Puisi dari hati seorang guru

*

Author Topic: Puisi dari hati seorang guru  (Read 9250 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

jihad

  • *
  • Posts: 37
    • View Profile
29 May, 2007, 08:31:39 AM
  • Publish
  • puisi ni merupakan nasyid yang diubahsuai liriknya sempena hari guru oleh murabbi di sekolah ana...
    ketika nasyid ni didendangkan, memang terasa sayu,sedih.dll...kebanyakkannya menitiskan air mata....masulah lil muslimeen pun menitiskan air mata kot...kak asrar???

    lirik dia lebih krg macam nilah...~kalau nak bernasyid,rentak dia sama dengan rentak nasyid telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami(nasyid utk sahabat)

    Telah tiba saat waktu di takdirkan kita bersama.

    kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan.

    gembira rasa hati ini bila melihatkan

    wajah-wajahmu yang menceriakan.

    tulus ikhlasmu,luhur akhlakmu bagai tiada peganti.

    senyum tawamu juga usahamu menghiburkan kami.

    kenangan indah setiap hari terus bersemadi.

    kaulah muridku,kau permata hati.

    Ya allah jadikanlah mereka insan mulia,

    insan yg taat perintah agama.

    wahai muridku..bangkitlah dalam perjuangan ini..

    walaupun nanti ku tiada di sisi..

    perjuangan ini masih jauh beribu batu..

    selagi ruh masih dijasad,ilmu harus dicari,

    sedih rasa hati ini bila mengenangkan.

    andai kau masih lalai dan leka..

    Ya Allah,hadir kami bukan tuk dihargai.

    bukanlah pula untuk disanjungi malah bukan untuk disakiti..

    sekadar mengisi ruang di hati..

    moga bahagia dan berjaya dikau akhirnya..

    setangkai doa juga harapan terus ku kirimkan...

    moga akhirnya dikau bersama para solihin..

    kaulah muridku..kau permata hati..

    AsRaR

    • *
    • Posts: 205
    • hidup dengAn tArbiyyAh
      • View Profile
    Reply #1 28 September, 2008, 08:23:52 AM
  • Publish
  • herm, teringat murabbi2 di skolah menengah islam hira'..yg telah banyak berkoraban utk mentarbiyyah pelajar-pelajarnya
    kadang-kadang keadaan sukar untuk dimengertikan, ditafsirkan........

    maka kembara diteruskan...

    Ya Allah....redhailah perjalananku...

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 11 June, 2011, 12:55:38 PM
  • Publish
  • Dua telapak tangan terngadah hadap qiblatMu
    wajah dan mata bertatapan setiap waktu
    tuturan merutun harapan agar terpadu
    nikmatMU Allahu Rabbi seluruh alam inginkan RAHMATMU

    Ya Rasulullah Ya  habiballah
    Pandangilah kami dan bantulah kami
    kami berdoa pada Ilahairabbi
    kami bertawassul syafaatmu yang dijanji

    Maka kabulkan pintaan kami
    hanya MU Allahu Ahad
    hanya padaMu Ya muhammad
    kami dapat melihat

    Allahumma Ya Lathif fil-Ibaad
    Aghisna fiddunya  wal ma'ad
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    tulipputih

    • *
    • Posts: 67
      • View Profile
    Reply #3 11 June, 2011, 02:25:15 PM
  • Publish
  • puisi yg sangat menarik :-)

    tiada yg lebih membahagiakan bagi seorang guru
    melainkan melihat pelajarnya berjaya menjadi
    insan cemerlang dunia dan akhirat....
    ~mencAri NuRkaSih~  (^_^)

    nursolehah

    • *
    • Posts: 135
    • "Perbaiki diri dan serulah orang lain"
      • View Profile
    Reply #4 09 January, 2012, 09:52:57 PM
  • Publish
  • masyaAllah, sedihnya.........besarnya pengorbanan guru,...melekat dihati, adakau aku mampu menjadi seperti lirik nasyid itu?agak mustahil dengan diriku yang penuh dengan dosa ini.............FUTURE..itulah yang guru2ku telah membimbingku..........mereka telah membina masa depanku, mereka telah membimbingku, mereka telah berkorban demiku, dan yang UTAMA mereka telah membawaku padaMU, ALLAH...Jadikanlah aku orang yang BERMANFAAT buat anak muridku jua orang sekelilingku, tegurlah aku, nasihatilah aku...............
    .......................................
    Sabda Rasulullah SAW" Tidak berguna hari ini bagiku andai tidak bertambah ilmuku pada hari ini"

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    2817 Views
    Last post 07 February, 2010, 09:39:52 PM
    by aisyahsolehah
    24 Replies
    5771 Views
    Last post 18 December, 2009, 06:48:20 PM
    by cikanaISLAM
    48 Replies
    11603 Views
    Last post 19 November, 2011, 06:09:15 AM
    by Carreno