Amalan di bulan Muharram

*

Author Topic: Amalan di bulan Muharram  (Read 30512 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

aina_muda

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
01 January, 2009, 01:37:06 AM
  • Publish


  • Baca doa akhir tahun –   Selepas waktu  Asar  hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu).

    Baca doa awal tahun -     Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat).

    1 – 10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa.

    16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram

    1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

          Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

    2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

    3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.

    4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

    5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

    6.    Menziarahi rumah orang alim.

    7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

    8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

    9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

    10.   Menziarahi kaum keluarga

    11.   Mengerat kuku

    12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.

    13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

    14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

    15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

    16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali


    ---selamat beramal--- :ins:


    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1372
      • View Profile
    Reply #1 17 December, 2009, 01:36:40 AM
  • Publish
  • (1:1) Dgn menyebut nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.   
    (1:2) Segala puji  bagi Allah, Tuhan semesta alam.
    (1:3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
    (1:4) yg menguasai  di Hari Pembalasan
    (1:5) Hanya Engkaulah yg kami sembah,  & hanya kpd Engkaulah kami meminta pertolongan.
    (1:6) Tunjukilah  kami jalan yg lurus,
    (1:7) (yaitu) Jalan org2 yg telah Engkau beri ni'mat kpd mrk; bukan (jalan) mrk yg dimurkai & bukan (pula jalan) mrk yg sesat.
    Amin
    AWAL MUHARRAM

    Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg Sholeh
      [Al-Syura':83]

    Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

    DIANTARA AMALAN YG DISUNATKAN DLM BULAN MUHARAM :
    1. Berpuasa.
       Maksud Hadis:Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
       Maksud Hadis:brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
    2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.
    3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
    4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

    Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;
     Brgsiapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat;
     dan barangsiapa yg puasa pada hari Assyuuraa',  maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah,  dan 10, 000 org mati syahid;
     dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat.
     Dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa',  maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad
     SAW. dan mengenyangkan perut mereka
    .


    Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
    Jawab Rasulullah:  Benar!.
    Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
    dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
    dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
    dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
    dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
    dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
    dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
    dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
    dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
    dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'


    Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata;  Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'.

    Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

    Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa';  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka;  "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".  Maka sabda Nabi SAW.;  "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu".  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.

    AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM
    Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

    1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
    2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
    3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
    4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
    5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
    6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
    7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
    8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
    9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
    10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
    11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
    12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
    13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
    14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

    .

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

    Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Brgsiapa yg  berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)

    Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang  puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu".(Sahih Muslim)

    Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya org Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

    Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat org yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

    Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )

    Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dlm bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

    Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

    Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

    Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan  Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

    Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10  Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?"  Sabdanya :
    -    ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
    -    ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
    -    Diciptakan lautan pada 10 Muharram
    -    Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
    -    Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
    -    Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
    -    Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
    -    Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
    -    Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
    -    Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
    -    Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
    -    Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
    -    Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
    -    Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
    -    Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
    -    Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
    -    Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
    -    Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
    -    Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
    -    Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
    -    Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
    -   Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

    -   
    " Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang" (Ar-Ra'd:28)

    Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan'.
    Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya.

    Wallahua'lam.

    Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

    LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

    ada kesilapan harap beri teguran ... insyaAllah .. diambil copy n paste dari sumber2 lain2 ... sila rujuk yg lebih arif
    untuk doa akhir tahun dan doa awal Muharram ... sila dapatkan melalui pencarian Google ... maaf
    sila cuba mengamal apa yg dimudakan Allah kepada kita insyaAllah
    moga2 dirahmati-NYA
    Wallahua'lam.
    « Last Edit: 03 December, 2010, 11:21:43 AM by ساي همبا »

    Admin

    • *
    • Posts: 86
      • View Profile
    Reply #2 17 December, 2009, 06:19:23 AM
  • Publish
  • [box title=Muharram]

    Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.
    [/box]


    Kiriman yang bagus sebagai peringatan kepada kita semua.
    « Last Edit: 17 December, 2009, 07:15:08 AM by Admin »

    dya adriza

    • *
    • Posts: 423
      • View Profile
    Reply #3 17 December, 2009, 08:36:49 AM
  • Publish
  • Kisah Hijrah...

    RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

    Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

    Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

    Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

    Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

    Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

    Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

    Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

    Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

    Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

    Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


    Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

    Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

    Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

    Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

    Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

    Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

    nurqaseh

    • *
    • Posts: 285
    • http://nurqaseh2010.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #4 17 December, 2009, 11:03:31 AM
  • Publish
  • SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM BUAT SEMUA WARGA HALAQAH.
    Animasi - Hijrah : Sebuah Kisah

    imamah84

    • *
    • Posts: 485
    • sy rela dan sy redha biarpun mujahadah itu perit
      • View Profile
    Reply #5 17 December, 2009, 11:15:47 AM
  • Publish

  • Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua...

    Salam Maal Hijrah 1431. Moga tahun baru lebih memantapkan iman, ibadah dan taqwa kepada Allah...
    Moga Allah berkati segala usaha sahabat sahabiah warga HQ dan keluarga..
    Semoga diiringi azam dan tekad baru...menuju jalan yang diredhaiNya...Amin..
    ..indahnya dunia tuhan, Indah lagi syurgaNya akan datang..http://www.intelekniaga.com.my/amamah_rt

    princess luqman

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #6 17 December, 2009, 11:35:25 AM
  • Publish
  • Salamunalaik wbt..

    Maal Hijrah menyingkap sejarah.. kisah perpindahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah untuk menyelamatkan Islam dari ditindas. Tiba di Madinah disambut dengan meriah. Seluruh mukmin bersyukur dan gembira. Selamatlah Islam dari kekejaman. Terus berkembang membina sebuah impaian.. Selamat Menyambut Awal Muharram 1431H / Maal Hijrah =)

    Semoga tahun baru Hijrah ni akn dipamerkan dgn warna-warna yg indah sbg perubahan yg cantik dlm hidup kita. doa-doakn. insyaAllah, amin.. 
    "Semakin dekat bahtera diri kepada Allah, semakin kuat ribut taufan yang melanda. Biar rebah, jangan berubah. Biar terbuang, teruskan berjuang. Senyum mujahid, memburu syahid" (~_^)

    http://anamuslimat.blogspot.com

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #7 17 December, 2009, 05:33:45 PM
  • Publish
  • Once upon a time.............. Nabi SAW berjaya keluar dari rumahnya yang dikepung oleh Orang Kafir Quraish. Lantas menemui Abu Bakar RA. Dilihatnya ditangan Abu Bakar RA ada 2 ekor unta. Lalu Nabi SAW bertanya dari mana datangnya unta ini. Abu Bakar RA menjawab "sejak beberapa tahun dahulu apabila Tuan berkata bahawa suatu masa kita akan berpindah dari sini, sejak itulah saya telah membeli unta ini dan memeliharanya sampai hari ini. Nabi SAW kemudian berkata, Baiklah kalau begitu biarlah saya beli unta ini dari kamu. Terkejut Abu Bakar RA apabila Nabi SAW berkata ingin membeli untanya. Abu Bakar RA berkata "selama ini semua harta saya telah Tuan gunakan seperti harta Tuan sendiri dan saya telah mengorbankan segala-galanya pada Tuan tapi kenapakah hari ini Tuan mahu membeli unta ini dari saya. Nabi SAW berkata "benar, selama ini memang Aku menggunakan harta kamu sehabis-habisnya....Tapi hari ini Allah telah memerintahkan Aku untuk berhijrah dengan "diri" dan "hartaku" sendiri. Maka fahamla Abu Bakar RA maka dijualnya kepada Nabi SAW untanya secara hutang. Maka mereka meneruskan perjalanannya.........

    Selamat Menyambut Maal Hijrah. Dengan diri dan harta sendiri marilah "hijrah" di jalan Allah.......
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #8 17 December, 2009, 05:42:17 PM
  • Publish
  • Once upon a time.......Nabi SAW berkata kepada Ali RA. Semua harta-harta ini mesti dikembalikan kepada  pemiliknya. Dan kamu akan berjumpa saya di Madinah nanti. Maka Ali RA mengambil alih tempat tidur Nabi SAW dan Nabi SAW pun keluar dari rumah yang telah dikepung oleh Orang Kafir Quraish. Hatinya amat tenteram pada malam itu walaupun dikelilingi puluhan pemuda lengkap bersenjata yang bila-bila masa sahaja akan menyerbu masuk dan menghunus pedang kepadanya........Beberapa tahun telah berlalu, seseorang bertanya kepada Ali RA. Wahai Ali, bilakah kamu rasa tidurmu yang paling aman sekali. Ali RA menjawab "satu ketika dimana puluhan pemuda Quraish mengelilingi daku dengan pedang-pedang mereka dan bersedia untuk menghabiskan nyawaku. Waktu itulah aku merasa paling aman dan tenteram kerana Nabi SAW telah berkata kepadaku "Dan kamu akan berjumpa saya di Madinah nanti"

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #9 17 December, 2009, 06:02:07 PM
  • Publish
  • Selamat Tahun baru 1431 H....jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun....

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Kasih_hati

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Reply #10 17 December, 2009, 09:11:38 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...kasih nk tanya la.. ada kawan kasih cakap orang tua kata tak elok kawin/bertunang bln muharram.. Jujurnya kasih tak percaya ye la, bulan nie banyak sangat peristiwa hebat berlaku.
    tapi sekadar nak tanya, mana tahu rakan-rakan di halaqah pun pernah dengar info yang sama.

    minaina

    • *
    • Posts: 201
    • setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya
      • View Profile
    Reply #11 17 December, 2009, 09:20:40 PM
  • Publish
  • salam maal hijrah..utk warga halaqah.net
    bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup..
    selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..
    kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya..

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #12 17 December, 2009, 10:08:56 PM
  • Publish
  • Once upon a time.............. Nabi SAW berjaya keluar dari rumahnya yang dikepung oleh Orang Kafir Quraish. Lantas menemui Abu Bakar RA. Dilihatnya ditangan Abu Bakar RA ada 2 ekor unta. Lalu Nabi SAW bertanya dari mana datangnya unta ini. Abu Bakar RA menjawab "sejak beberapa tahun dahulu apabila Tuan berkata bahawa suatu masa kita akan berpindah dari sini, sejak itulah saya telah membeli unta ini dan memeliharanya sampai hari ini. Nabi SAW kemudian berkata, Baiklah kalau begitu biarlah saya beli unta ini dari kamu. Terkejut Abu Bakar RA apabila Nabi SAW berkata ingin membeli untanya. Abu Bakar RA berkata "selama ini semua harta saya telah Tuan gunakan seperti harta Tuan sendiri dan saya telah mengorbankan segala-galanya pada Tuan tapi kenapakah hari ini Tuan mahu membeli unta ini dari saya. Nabi SAW berkata "benar, selama ini memang Aku menggunakan harta kamu sehabis-habisnya....Tapi hari ini Allah telah memerintahkan Aku untuk berhijrah dengan "diri" dan "hartaku" sendiri. Maka fahamla Abu Bakar RA maka dijualnya kepada Nabi SAW untanya secara hutang. Maka mereka meneruskan perjalanannya.........

    Selamat Menyambut Maal Hijrah. Dengan diri dan harta sendiri marilah "hijrah" di jalan Allah.......


    itu lah tuan, sebabnya, teman hanya boleh, menjemput, sesiapa yang mahu, agar datang bertamu, dapatkan ILMUnya, untuk DIRI sendiri - Inshallah

    http://al-merapu.blogspot.com/2009/12/ilmu.html

    terima kasih tuan.........keluaQ ayaQ mata laa.................

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Reply #13 17 December, 2009, 10:49:19 PM
  • Publish
  • salam maal hijrah...

    jawdan

    • *
    • Posts: 318
      • View Profile
    Reply #14 17 December, 2009, 11:28:46 PM
  • Publish
  • YA ALLAH...AMPUNILAH DOSA2 KU DOSA2 KEDUA IBU BAPAKU DOSA2 SELURUH UMAT ISLAM SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...YA ALLAH..JADIKANLAH TAHUN BARU INI LEBIH BAIK DARI TAHUN2 YANG LALU...KUATKAN LAH IMAN KAMI..TEGUHKANLAH IMAN KAMI....LINDUNGILAH KAMI....MOGA DI TAHUN BARU INI ENGKAU YA ALLAH MENJADIKAN KAMI DI ANTARA ORANG YANG BERSYUKUR DAN BERTAQWA KEPADAMU....

    SALAM MAAL HIJRAH...

    silap dan salah saya mohon dimaafkan dan diperbetulkan
    * nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
    *Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.....
    * Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan...

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #15 18 December, 2009, 12:04:05 AM
  • Publish
  • once upon a time....... Orang2 Quraish begitu marah dengan terlepasnya Nabi SAW. Mereka telah bermesyuarat dan mengistiharkan bahawa sesiapa yang dapat membawa balik Nabi SAW "dead or alive" akan mendapat ganjaran 100 ekor unta. Maka bangunlah seorang pemuda yang bernama Suraqah Ibnu Malik. Beliau adalah "trekker" yang paling mahir di Kota Mekah. Dikatakan melihat najis unta sahaja Beliau tahu unta ini dari Mekah atau Madinah. Suraqah keluar dan mula menjejak Nabi SAW dan Abu Bakar RA. Apabila berjumpa dengan Nabi SAW maka Suraqah pun mengeluarkan panah (sesetengah mengatakan tombak) dan cuba membunuh Nabi SAW. Namun Allah menenggelamkan kuda Suraqah. Selepas berjaya meloloskan diri Suraqah cuba membunuh Nabi SAW buat kali yang kedua namun Allah menenggelamkan lagi kudanya. Buat kali ketiga Suraqah cuba membunuh Nabi SAW tetapi Allah menenggelamkan lagi kudanya. Kali ini Nabi menghampiri Suraqah. Suraqah memohon kemaafan dari Nabi SAW. Nabi SAW berkata, "wahai Suraqah , kamu ingin membunuh saya dengan tangan mu...mulianya tangan mu pada suatu hari nanti akan dipakaikan gelang kesayangan Kisra (pemerintah parsi).

    Zaman telah berlalu. Nabi SAW telah wafat. Kata-kata Nabi SAW kepada Suraqah telah tersebar luas. Suraqah telah pun memeluk Islam. Umar RA telah menjadi khalifah Islam menggantikan Abu Bakar RA. Di zaman ini juga kerajaan Kisra telah tunduk kepada kerajaan Islam. Istana Kisra telah jatuh ke tangan tentera Islam. Umar RA menyuruh Abu Ubaidah RA untuk mencatit semua harta-harta kerajaan Kisra. Dianggarkan jumlahnya kira-kira 2 trillion. Setelah senarai itu dibawa kepada Umar RA,  Umar RA pun membacanya, Umar RA berkata senarai ini masih belum lengkap. Disuruhnya Abu Ubaidah RA untuk mengira sekali lagi kesemua harta-harta kepunyaan Kisra. Abu Ubaidah adalah orang yang Nabi SAW gelarkan sebagai Al-Amin (amanah) mustahill berlaku penyelewengan. Senarai kedua di bawa kepada Umar RA. Setelah membacanya Umar berkata bahwa senarai ini masih belum lengkap. Maka Umar RA sendiri pergi melihat kesemua harta-harta kepunyaan Kisra. Tiba-tiba Umar RA terlihat sebuah pasu yang besar. Dipegangnya pasu itu lalu dipecahkannya. Maka keluarlah dari pasu itu sebentuk gelang. Gelang yang merupakan gelang kesayangan Kisra. Umar mengambil gelang itu kemudian berkata panggilkan Suraqah.

    Suraqah telah datang mengadap Umar RA. Umar RA berkata Suraqah keluarkan tangan kamu. Umar RA  lantas menyarungkan gelang itu ke tangan Suraqah. Umar RA berkata. Mata mungkin tersilap melihat. Telinga juga mungkin tersilap mendengar. Tapi "KATA-KATA NABI SAW TAK MUNGKIN AKAN TERSILAP".


    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #16 18 December, 2009, 12:14:53 AM
  • Publish
  • Kesimpulan daripada ketiga-tiga kisah diatas ialah Sahabat RA mereka meyakini setiap perkara yang telah disampaikan oleh Nabi SAW. Mereka menelan bulat-bulat apa-apa yang dikatakan oleh Nabi SAW. Inilah keyakinan mereka kepada Nabi SAW. Inilah Iman mereka. Dan inilah perkara yang sebenarnya telah berkurangan pada ummat hari ini. Sempena kedatangan Muharram ini marilah kita berhijrah, berhijrah untuk yakin 100 peratus kepada agama ini. Yakin 100 peratus pada sunnah Nabi SAW. Yakin 100 peratus kepada Allah SWT. Tidak mustahil untuk jadi seperti sahabat. Tahap agama yang telah dicapai oleh sahabat sebenarnya boleh dicapai oleh ummat ini. Sahabat RA merekalah sebenarnya standard agama yang sempurna. Marilah kita berjalan di jalan jalan yang telah mereka lalui. Mulakan langkah pertama. Kerana langkah yang terakhir sedang menuju ka arah kita. InshaAllah Doa.

    Salam Maal Hijrah dari Ku yang lemah.......

    maharcinta5740

    • *
    • Posts: 555
    • Aku Hamba Allah...
      • View Profile
    Reply #17 18 December, 2009, 07:39:03 PM
  • Publish
  • Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: “Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal saleh, bererti sudah  tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”

     :msya:

    minta dijauhkan Allah dari rasa riak dan takabbur..... :aamiin:
    "aku mencintaimu kerna agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.."
    (Imam Nawawi)  baguss

    Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang
    menjadi taman yang menghijau.. ceria* ceria* ceria*

    hasin

    • *
    • Posts: 885
      • View Profile
    Reply #18 19 December, 2009, 10:31:01 AM
  • Publish
  • Kita wajib berhijrah. Dari kesalahan kepada kebenaran. Dari perpecahan kepada perpaduan. Dari kejahilan kepada ilmu pengetahuan.
    Salam Hijrah 1431 untuk semua umat Islam.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #19 19 December, 2009, 11:46:11 AM
  • Publish

  • divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    15188 Views
    Last post 03 September, 2009, 11:43:50 AM
    by Ummi Munaliza
    2 Replies
    1319 Views
    Last post 25 August, 2010, 04:18:27 PM
    by mohdazri
    3 Replies
    2075 Views
    Last post 29 July, 2013, 09:18:15 AM
    by Ummi Munaliza