Pergaulan Sesama Mukmin

*

Author Topic: Pergaulan Sesama Mukmin  (Read 4738 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

29 May, 2007, 08:25:25 AM
  • Publish
  • PANDANGAN ISLAM MENGENAI PERGAULAN

    Manusia tertakluk untuk memelihara dua bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas).

    Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan , seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan survival kehidupan.

    Dalam Islam, konteks pergaulan adalah cukup luas dan mencakupi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan jual beli, kerja,belajar,perubatan,penyaksian di mahkamah dan sebagainya.

    Kita digalakkan untuk saling mengenali antara satu-sama lain dan ini amat bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujurat : ayat 13 yang berbunyi ;

        Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

    PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG BUKAN MAHRAM


    Sekiranya pergaulan itu berasaskan kepada tujuan mendesak ataupun keperluan, maka ianya dibolehkan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, perlu menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana yang telah digariskan Islam.

    Pandangan yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi  di dalam Fatawa Muasyirah, Jilid 2 menyebutkan :
    ”Pada prinsipnya, perhubungan di antara lelaki dna wanita tidaklah ditolak secara total, malahan dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan syarak.. Dan wajib patuhi kehendak dan ajaran Islam serta prihatin tentang akhlak dan adab”.

    TATACARA/ ETIKA PERGAULAN MENURUT ISLAM

    Sekali lagi ditegaskan, meskipun Islam mengharuskan pergaulan, tetapi ia bukanlah satu kebebasan mutlak namun masih dalam ruang lingkup dan batasan tertentu.
    Terdapat beberapa tatacara yang mesti dijaga dalam pergaulan, khususnya antara lelaki dan wanita.



    a) Menundukkan pandangan

        Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (An-Nuur : ayat 30)

    Tidak melihat aurat / memandang dengan pandangan syahwat / bukan pandangan yang liar.

    Pandangan pertama dimaafkan, namun jangan pula disusuli dengan pandangan kedua dan ketiga kerana ianya haram.

    b) Menjaga aurat dan kehormatan

        Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31)
    « Last Edit: 29 May, 2007, 08:34:54 AM by faseh@فصيح »
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    Reply #1 29 May, 2007, 12:41:07 PM
  • Publish
  • sifat malu(bertempat) sangat disukai disukai Rasulullah...

    sifat malu Rasulullah mengatasi gadis sunti..

    Abu Sa'id Khudri meriwayatkan bhw :

    "sifat malu Rasulullah mengatasi sifat seorang gadis sunti yg berada di sebalik purdah,jika baginda tdk menyukai sesuatu,kami dpt mrngenalinya melalui wajahnya,disebabkan sifat pemalu yg bersangatan,baginda tidak suka menyatakan sesuatu yg baginda tdk suka."

    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    Reply #2 29 May, 2007, 12:54:23 PM
  • Publish
  • kerna... "malu itu daripada iman"
    hayya rigaLL RoHHu KitaLL

    Reply #3 29 May, 2007, 02:32:18 PM
  • Publish
  • kalau dapat disematkan...
    dalam diri..
    malu dengan allah..
    lagi hebat...
    semuanya akan ikut...
    termasuk malu keatas manusia...
    dan etc..
    TuhAN cInTa aGuNg..

    Reply #4 29 May, 2007, 06:07:46 PM
  • Publish
  • LA TAQRABUZ ZINA INNAHU KAANA FAAHISHATAU WA SAA SABILA

    janganlah kamu dekati zina...sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan mungkar...

    salah satu bunga2 zina adalah IKHTILAT...

    iaitu..pergaulan antara laki n pompuan yg x muhrim...
    x mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam ISLAM...

    Reply #5 16 July, 2007, 11:34:56 PM
  • Publish
  • Adapun dalil-dalil yang sabit daripada Nabi s.a.w tentang larangan percampur-gaulan antara lelaki dan perempuan, ialah seperti berikut:

    Allah telah berfirman:

    "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya...Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya..." (An-Nur: 30-31)

    Bagaimana boleh menahan penglihatan bagi lelaki dan perempuan, apabila mereka berjumpa muka di suatu tempat. Jelaslah, bahawa ayat tadi menjadi bukti yang kuat tentang larangan percampur-gaulan bebas dan pengharaman hukumnya.

    Dalam firman Allah yang lain lagi:

    "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka." Al-Ahzab: 53)

    At-Termidzi telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, bahawasanya baginda telah bersabda:

    "Tiada yang akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan, melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya."

    Tersebut di dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim, sebuah Hadis daripada Rasulullah s.a.w berbunyi:

    "Waspadalah kamu dari mendatangani kaum wanita! Berkata seorang: Wahai Rasulullah! Bagaimana menemui mertua? Sabda Rasulullah: Mertua itu maut."

    Tersebut di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim juga sebuah Hadis daripada Ibnu Abbas r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:


    "Jangan seseorang kamu duduk sendirian dengan seorang wanita, kecuali ada bersama kamu kaum kerabat."

    Adapun dalil-dalil tentang pengharaman kepada wanita asing ialah seperti berikut:

    Allah telah berfirman:

    “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 30)


    FirmanNya lagi:


    “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Isra’: 36)

    Muslim telah meriwayatkan daripada Jarir r.a katanya:

    "Aku bertanya Rasulullah s.a.w tentang penglihatan terserempak, maka jawab baginda: Alihkan penglihatanmu!"

    Abu Daud dan At-Termidzi telah meriwayatkan daripada Ummi Salamah r.a. katanya:

    "Saya berada di sisi Rasulullah s.a.w dan Maimunah ada di sisi kami, maka datanglah Ibnu Ummi Maktun; iaitu setelah turun perintah menyuruh kami berhijab. Maka berkata Nabi s.a.w.: Tutuplah muka kamu kedua (Ummi Salamah dan Maimunah) daripadanya.Kami pun menjawab: Wahai Rasulullah! Bukankah dia itu (Ibnu Ummi Maktun) orang buta, tidak dapat melihat kami, dan tidak boleh mengenali kami?! Bersabda la Rasulullah s.a.w.: Apakah kamu kedua juga buta, tidakkah kamu melihatnya?!"

      Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

    “Waspadalah kamu dengan duduk-duduk di perjalanan orang ramai! Jawab para sahabat: Wahai Rasulullah! Kami tidak dapat mengelakkan diri dari duduk-duduk di situ, kami bercakap-cakap di situ. Maka berkata Rasulullah s.a.w: Jika kamu tidak dapat lepaskandiri kamu duduk-duduk di situ, maka hendaklah kamu berikan jalan itu haknya! Mereka bertanya: Apa dia hak jalan itu, wahai Rasulullah?! Jawab baginda: Menahan penglihatan, memberhentikan pengacauan, menjawab salam, menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.”

    Memang dimaklumi secara spontan, bahawasanya perhimpunan manusia seluruhnya, dan umat manusia sekaliannya, yang tua dan muda, yang lelaki dan perempuan, pemerintahnya dan rakyat umumnya, apabila menganut prinsip yang kukuh ini, lalu melaksanakan kefahaman-kefahaman yang bernilai ini, menjahui segala yang mencacat kehormatan dan akhlak daripada pendedahan diri, percampuran liar, penglihatan kepada yang diharamkan, tiada syak lagi masyarakat ini dan umat ini akan merasakan nikmat hidup dalam syurga-syurga kebersihan dan kehormatan, dan akan berbahagia di bawah lindungan keamanan dan ketenteraman, yang akan membawa mereka ke kemuncak kemuliaan dan kebahagiaan. Sebab mereka telah mengikuti jalan yang telah digariskan oleh Allah Ta’ala bagi mereka, dan telah melaksanakan dasar yang diwajibkan oleh Islam ke atas diri mereka. Memang benar sekali Allah telah berfirman :

    Sumber : Buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan terjemahan Syed Ahmad Semait

    Reply #6 16 July, 2007, 11:37:02 PM
  • Publish
  • Di antara kelucuan yang disebutkan oleh Syaikh Zahid Al-Kautsari rahimahullah di dalam makalahnya: Bahawa duta Kerajaan Utsmaniyah di negeri Inggeris, pada suatu peristiwa telah bertemu dengan orang-orang besar kerajaan British, maka berkatalah salah seorang besar yang hadir kepada duta Islam itu: Mengapa kamu menetapkan supaya waita Islam di timur itu berbeza, terasing dari kaum lelaki, tertutup dari cahaya?! Maka menjawab duta Kerajaan Utsmaniyah itu: Sebab kaum wanita kami di Timur enggan melahirkan anak yang bukan dari suami-suami mereka! Maka merasa malulah si penanya itu, dan tidak dapat menjawab lagi.

    Reply #7 22 July, 2007, 06:43:54 PM
  • Publish
  • LA TAQRABUZ ZINA INNAHU KAANA FAAHISHATAU WA SAA SABILA

    janganlah kamu dekati zina...sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan mungkar...

    salah satu bunga2 zina adalah IKHTILAT...

    iaitu..pergaulan antara laki n pompuan yg x muhrim...
    x mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam ISLAM...

    ikut syariat islam nescaya kita selamat
    yang hak itu hak , yang batil itu batil
    http://fightforjusticeforever.blogspot.com/

    Reply #8 16 August, 2007, 09:18:06 AM
  • Publish
  • LA TAQRABUZ ZINA INNAHU KAANA FAAHISHATAU WA SAA SABILA

    janganlah kamu dekati zina...sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan mungkar...

    salah satu bunga2 zina adalah IKHTILAT...

    iaitu..pergaulan antara laki n pompuan yg x muhrim...
    x mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam ISLAM...

    ikut syariat islam nescaya kita selamat

     >:(....innama a'malu binniat...kite x kan lakukan sesuatu yg melanggar perintahNYA selagi kita berniat kerana ALLAH...

    Reply #9 28 February, 2011, 05:56:02 PM
  • Publish
  • TIPS-TIPS PERGAULAN YANG CEMERLANG UNTUK DIPRAKTIKKAN

    Tips yang mungkin bermanfaat untuk dikongsikan dalam amalan pergaulan supaya disenangi adalah :

    a) Bersangka baik – elakkan bersangka buruk kerana ia menhjadi punca permusuhan

    b) Murah dengan senyuman – tidak memerlukan modal dan dari aspek kesihatan, kajian mendapati kita hanya menggunakan 17 otot muka sewaktu senyum berbanding 43 otot sewaktu mengerutkan dahi (rahsia awet muda)

    c) Lahirkan simpati dan empati – turut berdukacita dengan musibah yang menimpa kawan-kawan dan cuba meletakkan diri di tempat mereka.

    d) Sebarkan salam – tidak terbatas kepada orang yangdikenali sahja tetapi kepada semua

    e) Pamerkan kasih sayang – saling membantu, mengambil berat dsb

    f) Latih diri ingat nama kawan  -  insan lain akan merasa dihargai

    g) Hormati pandangan pihak lain – sekalipun tidak bersetuju, cuba raikan atau bangkang dengan cara yang penuh berhikmah

    h) Minta maaf dan sedia memaafkan – meminta maaf dan mengakui kesalahan tidak akan menjadikan diri kita hina malah kita menjadi lebih mulia. Bersedia memaafkan
    orang lain pada bila-bila masa sahaja. Siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain sedangkan Allah itu maha Pemaaf (Al’Afuwwu) dan Nabi juga sentiasa memafkan kesalahan umatnya.

    i) Tepati janji – salah satu tanda orang munafiq ; apabila berjanji tidak menepati

    j) Doakan kebahagiaan sahabat dan doakan semoga persahabatan dipelihara Allah – antara amalan doa yang boleh diamalkan adalah Doa Rabitah (di dalam Al-Ma’thurat).  Ketika membaca doa tersebut, bayangkan wajah  insan-insan yang disayangi, mudah-mudahan Allah akan sentiasa mempertautkan hati antara kita.


    Elakkan :

    a) Menyakiti hati orang lain

    b) Gurauan melampaui batas

    c) Memperkecilkan orang lain

    d) Bercakap kasar (sekalipun bergurau)

    e) Mempamerkan riak wajah tidak selesa atau tidak suka


    KESIMPULAN

    a) Bergaullah dengan cara yang baik dan mengikut batasan syarak kerana apa yang dianjurkan Islam adalah untuk maslahah atau kebaikan kita juga.

    b) Ikhtilat yang diharamkan seperti bercouple, berdating,bersentuhan dan sebagainya wajar dihindari.

    c) Sekiranya kita menjaga Allah, Allah akan menjaga dan memelihara diri kita.

    d) Pilih kawan yang baik (Manusia itu mengikut agama kawannya)

    Reply #10 18 November, 2014, 09:13:36 AM
  • Publish
  • Malu itu sebahagian Iman, betullah kan,

    memang tak ada malu, tu pasal suka menuduh, suka perli, suka pelece,
    memang bersifat keji tak tahu malu, tu pasal dengki, khianat, cemburu buta

    jika malu, tahulah bertolong tolongan didalam kebaikan

    tentulah tak sanggup bertolong tolongan di dalam maksiat dan mungkar

    inshaAllah

    divider3
    halaqahforum4