Amanah dalam kehidupan.

*

Author Topic: Amanah dalam kehidupan.  (Read 4394 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ashraf_

  • *
  • Posts: 14
  • berjihat lah kerana allah.....
    • View Profile
25 December, 2008, 10:20:14 PM
  • Publish
  • Amanah dalam kehidupan

    manusia yg berjaya adalah orang yg memanfaatkan
    paca indera dan tubah jasadnya bagi mencapai kecermelangan,Contohnye,otak digunakan bagi menghalusi ilmu,teliga untuk mendengar kabaikkan,
    mata utuk melihat keagungan ilahi dan begitulah
    seterusnya dgn anggota badan yg lain..


    Tugas adalah amanah,apabila tanggungjawab diberikan
    kpd mereka yg tidak beramanah,pancaroba timbul.dalam sebuah hadis riwayat imam bukhauri,nabi berkata"apavila amanah diabaikn orang,tunggulah waktu
    kehancuran9hari kiamat)."seorang lelaki bertanya kpda nabi,"bagaimanakah amanah diabaikn?"jawab nabi,"apabila sesuatu urusan diserahkn kpd yg bukan ahliya,tunggulah kehancuran(hari kiamat)


    Memilih kawan juga adalah amanah.imegikut imam tirmizi,nabi berkata yg bermaksud,"manusia mengikut agama kawannya,maka hendaklah diperhatikan orang yg hendak dijadikn kawan kamu."


    Memilih pasangan hidup juga adalh amanah.imam bukhari dan muslim meriwayatkn,nabi berkata,"pilihlah(wanita) dari kalangan yg baik agamanya nescaya kamu akan selamat."mengikut imam tirmizi pula,nabi berkata,
    "jika(lelaki)yang dtg meminang itu seorang yg kamu radai agama dan akhlaknya(terimalah)dan kahwilah dia."


    Memilih pemimpin tidak dpt dipisahkn dr amanah.dalam surah al-baqarahayat 124,allah berfirman yg bermaksud,"berkata allah(kepada ibrahim),"sesungguhnya allah akan menjadikn kamu imam(pemimpin)utk manusia,"berkata ibrahim,"dan juga dari keturunku."(berfirman allah),"janjiku tidak akan diberiknkpd mereka yg zalim."imam al-hakim meriwayatkn sabda nabi yg bermaksud,"sesiapa yg mempunyai kuasa berhubung dgn urusan kaum muslimin lalu dia memberikn sesuatu tugas kepada seseorang sedangkn die megetahui ada yg lebih baik drpd orang itu,dia mengkhianati allah,rasulnya dan kaum muslimin."


    berdakwah juga amanah.dlm sebuah hadis riwayat imam tirmizi,nabi berkata,"demi allah hendaklah kamu mengajak kpdmakruf dana hendaklah mencegah mungkar dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kpdmu balasan berbntk seksaan drpd allah dlm masa yg terdekat dan ketikaitu kamu semua berdoa sedangkn allah tidak akan mengabulkn doa-doa kamu."


    mendidik keluarga ke arahkebaikkan adalah amanah.allah berfirman dlm surah at-tahrim ayat 6 yg bermksd,"wahai mereka yg beriman,peliharalah keluarga kamu dr seksasa api neraka.."berhubung dgn pendidikan anak2,imam tirmizi meriwayatkn sabda nabi yg bermksd,"tidak ada pemberian yg diberikn oleh seseorang ayah kpd anaknya yg lebih utama drpd adab yg mulia.?


    Menegakislam sepenuhnya adalah amanah.Dlm surah al-baqarah ayat 108,allah berfirman yg brmksd ,"wahai mereka yg beriman,masuklah kamu ke dlm islam secara keseluruhan dan jgn lah kamu turut langkah syaitan.syaitan merupakan musuh yg nyata bagi kamu."


    menuntut ilmu juga adlah amanah.mengikut imam ibn majah,nabi berkata,"menuntut ilmu adalah 1 perkara yg diwajibkn ke atas setiap muslim."dalam hadis yg diriwayatkn olah imam buhkari dan muslim,nabi berkata,'muusia ibarat lombong emasdan perak,mereka yg baik pada masa jahiliah akan menjadi baik dlmislam apabila mereka mempunyai kefahaman yg mantap."apabila semua amanah ini dilaksanakn megikut landasan yg ditetapkn,kejayaan menanti umat islam...



    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 30 May, 2009, 04:11:56 PM
  • Publish
  • 1.  Tugas adalah amanah

    Hadis riwayat Imam Bukhari,Nabi bersabda "apabila amanah diabaikan orang,tunggulah waktu kehancuran hari kiamat. "seorang lelaki bertanya kepada Nabi,"bagaimanakah amanah diabaikan? "jawab Nabi, "apabila sesuatu urusan diserahkn kepada yg bukan ahlinya, tunggulah kehancuran(hari kiamat).

    2. Memilih kawan juga adalah amanah
    Imam Tirmizi, Nabi bersabda yang bermaksud,"manusia mengikut agama kawannya,maka hendaklah diperhatikan orang yg hendak dijadikn kawan kamu."

    3. Memilih pasangan hidup juga adalah amanah

    Imam Bukhari dan Muslim , Nabi bersabda,"pilihlah(wanita) dari kalangan yg baik agamanya nescaya kamu akan selamat."

    Imam Tirmizi, Nabi bersabda,"jika(lelaki)yang dtg meminang itu seorang yg kamu redai agama dan akhlaknya(terimalah)dan kahwilah dia."

    4. Memilih pemimpin juga adalah amanah.

    Surah al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman yg bermaksud,"berkata Allah(kepada Ibrahim),"sesungguhnya Allah akan menjadikn kamu imam(pemimpin)utk manusia,"berkata Ibrahim,"dan juga dari keturunanku."(berfirman Allah),"janji Ku tidak akan diberikn kpd mereka yg zalim".

    Imam al-Hakim meriwayatkan,Nabi  bersabda yang bermaksud,"sesiapa yg mempunyai kuasa berhubung dgn urusan kaum muslimin lalu dia memberikn sesuatu tugas kepada seseorang sedangkn die megetahui ada yg lebih baik drpd orang itu,dia mengkhianati Allah,rasulnya dan kaum muslimin."


    5. Berdakwah juga amanah

    Riwayat Imam Tirmizi,Nabi bersabda,"Demi Allah hendaklah kamu mengajak kpd makruf dana hendaklah mencegah mungkar dan jika ini tidak dilakukan, akan datanglah kpdmu balasan berbenutk seksaan drpd Allah dlm masa yg terdekat dan ketika itu kamu semua berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkn doa-doa kamu.


    6. Mendidik keluarga ke arah kebaikkan adalah amanah

    Surah at-Tahrim ayat 6,Firman Allah yg bermaksud,"wahai mereka yg beriman,peliharalah keluarga kamu dr seksaan api neraka..

    Imam Tirmizi meriwayatkn,Sabda Nabi yg bermaksud,"tidak ada pemberian yg diberikan oleh seseorang ayah kpd anaknya yg lebih utama drpd adab yg mulia.


    7. Menegak Agama Islam sepenuhnya adalah amanah

    Dlm surah al-baqarah ayat 108,Allah berfirman yang bermaksud ,"wahai mereka yang beriman,masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan dan jangan lah kamu turut langkah syaitan. Syaitan merupakan musuh yg nyata bagi kamu."


    8. Menuntut ilmu juga adalah amanah

    Mengikut Imam Ibn Majah,Nabi bersabda,"menuntut ilmu adalah 1 perkara yg diwajibkn ke atas setiap muslim."

    Imam Bukhari dan Muslim,Nabi bersabda,"manusia ibarat lombong emas dan perak,mereka yg baik pada masa jahiliah akan menjadi baik dlm Islam apabila mereka mempunyai kefahaman yg mantap."
    « Last Edit: 30 May, 2009, 04:14:21 PM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 30 May, 2009, 06:08:08 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wr.wb


    Hanya perkongsian Ilmu

    Quote
    6. Mendidik keluarga ke arah kebaikkan adalah amanah

    Surah at-Tahrim ayat 6Firman Allah yg bermaksud,"wahai mereka yg beriman,peliharalah keluarga kamu dr seksaan api neraka.
    .,
    Imam Tirmizi meriwayatknSabda Nabi yg bermaksud,"tidak ada pemberian yg diberikan oleh seseorang ayah kpd anaknya yg lebih utama drpd adab yg mulia.


    Sebagai kesinambungan ayat selanjut dan kesamaan hubungan kait tentang Amanah keluarga dari Allah swt kepada setiap individu yang mengakui hamba Allah swt.maka tanggongjawab yang mesti dan wajib untuk dilaksanakan kerana hal ini yang akan dipertanggongjawabkan di dunia dan di -akhirat kelak,kedamaian sebuah bangsa bergantung keseimbangan sesebuah masyarakat yang aman damai,masyarakat yang kecil dan  pertama adalah dari sebuah keluarga jika baik maka akan terbinalah sebuah negara yang aman dan maju-jaya.Insya Allah.

    Tapi bagaimana cara dan tanggongjawab itu terserah setiap individu muslim +muslimah yang mengendalikan secara bijaksana berdasarkan  ilmu dan pegangan sesaorang individu.Semuanya sudah merakumi dalam dasar ajaran dari Allahurabbi dan patuh tunduk perintah (ketaatan)kepada Allah swt.Semuanya sudah jelas termaktub di dalam surah Al-mukminuun dibawah ini.


    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦) فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠) ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١)


    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
    Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (8) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11)

    Sodaqallahul'Aziim.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #3 21 May, 2013, 08:15:33 PM
  • Publish

  • Satu Amanah - Hijjaz


    bila ia datang..tak reti menolak..

    dia kata tolaklah secara baik..

    bagi diri ia suatu amanah..

    sungguh tak mampu tolak kerana terlihat tiada sia2 tiap sesuatu..ada baiknya tiap sesuatu....lagi baik dariNya

    Hijjaz- Sebelum Terlena (Lirik).wmv


    terima kasih semuanya maaf segalanya...

    ^,~





    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1024
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #4 22 May, 2013, 11:34:30 AM
  • Publish


  • Bagaimana pula Amanah kita terhadap Allah SWT?

    Mungkin amanah untuk diri kita untuk negara, agama dan bangsa(manusia) sudah terlaksana bagiamana pula perjanjian Amanah kita dengan Allah swt?

    Adakah sudah terlaksana?
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #5 22 May, 2013, 11:36:22 AM
  • Publish


  • Bagaimana pula Amanah kita terhadap Allah SWT?

    Mungkin amanah untuk diri kita untuk negara, agama dan bangsa(manusia) sudah terlaksana bagiamana pula perjanjian Amanah kita dengan Allah swt?

    Adakah sudah terlaksana?


    amanah kak yuzie hampir ke situ...:senyum:..syahadah

    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #6 22 May, 2013, 07:09:42 PM
  • Publish


  • nak cari orang cerdik ekarang senang saja...

    tapi mau cari orang amanah itu susah....


    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #7 16 June, 2013, 07:24:23 PM
  • Publish
  • Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, katanya :
     Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
    menanyakan tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda.
    Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda,

    mereka merasa bahawa 'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang."

    Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita?

    Padahal Baginda adalah orang yang ma'shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?.

    "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam."

    Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka."

     Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)"

    Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:

    Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    ada persoalan timbul darinya..namun saya tak tahu nak tanya apa....=,='


    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #8 16 June, 2013, 08:22:30 PM
  • Publish
  • .....................................

    ..............................................................................................
    ada persoalan timbul darinya..namun saya tak tahu nak tanya apa....=,='

    1. Masuklah kamu, kedalam Islam keseluruhannya, itulah maksud hadis di atas
        yakni mengamalkan alQuran dan sunnah, menjadilah kehidupan yang Allah redha, masuklah keseluruhan, bukan bererti, kesemua sunnah kena amalkan
        sebaliknya, bermaksud, Diri kita itu, kenalah, keseluruahn diri, zahir dan bathin, tulang 4 kerat, kudrat dan kehendak, hati dan perasaan, kesemuanya, kena berada dalam Islam, tak BOLEH menjadi munafik. kenyataan di atas di sokong oleh, hadis, Islam itu Mudah, mudah ikut tafsir Ibnu Kathir, adalah, sesiapa yang masuk Islam dan mengamalkan, segala yang di wajibkan ke atas dirinya, itu sudah memadai. maksudnya dalam Islam, ada yang WAJIB< buat yang tu saja, CUKUP - kerana Akhlak yang Mulia itu milik Rasulullah, bersama sahabat 4, dan beberapa sahabat lain, kebanyakkannya AHLI SYURGA

    kita pula di takdirkan akan hidup menurut kesesatan Yahudi dan Nasara, sesiapa yang LEMAH akan mudahlah di perdayakan syaitan, tentu saja, menyusahkan diri masing masing, SEMUA itu untuk melihat - siapakah yang lebih Taqwa nya, siapakah Yang lebih banyak menolong orang lain, siapakah yang  lebih baik amalnya, Sesiapa yang berjaya mendirikan sunnah dalam kehidupannya, berjayalah dia.

    2. Setiap kejadian, adalah berpasangan, maka setiap yang hidup akan bertemu JODOHnya, Rezekinya, Ajalnya, maka sesiapa tak mahu ikut Sunnah nya Rasulullah, dan sunnahnya sahabat 4, tentu saja, sia sia hidupnya. Sebab itu Jangan sombong, Jangan dengki, berkasih syanglah kerana Allah
    Inshallah ya, Rasulullah suka melihat ramainya ummat keturunannya
    yang masuk Islam keseluruhannya

    tidaklah memandai mandai sendiri - melakukan innovasi - menyangka berkuasa dan mampu melakukannya
    adalah itu perkara sia sia, kerana, sahabt baginda dulu telah berjanji, Kami Dengar dan Taat

    Bacalah serta ikutlah  akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solah (dengan tekun); sesungguhnya solah itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-'Ankabuut 29:45)

    inshallah yaa, deenun nasihah

    kejujuran menyampaikan amanahNya itu, menjaga kesucian Islam, inshallah
    « Last Edit: 16 June, 2013, 08:40:59 PM by al_ahibbatu »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 17 June, 2013, 02:51:07 PM
  • Publish
  • Amanah bukan suatu yang dipaksa atau terpaksa seperti mana contohnya ketika kita mengerjakan solat. Berapa rakaat kamu lakukan solat zohor? 2,3 atau 4 rakaat? Hanya kamu yang tahu. Jika kamu amanah tentu kamu buat 4 rakaat.

    Jika kamu buat 3 pun, tak ada sapa yang tahu kerana ia merupakan sifat amanah kamu dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah Ta'ala. Bukan ada sesiapa yang nak tengok atau nak tunggu kamu mengerjakan solat. Jadi amanah ini ada dalam diri kita sendiri.

    Begitu juga jika kita berpuasa. Tidak ada sesiapa yang nak kawal atau perhatikan samada kamu ada minum air atau makan.

    Cuma jangan lupa, Rakib dan atid sentiasa bersama kamu, mencatat segala amal perbuatan kamu!



    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #10 17 June, 2013, 03:05:38 PM
  • Publish
  • kita pula di takdirkan akan hidup menurut kesesatan Yahudi dan Nasara, sesiapa yang LEMAH akan mudahlah di perdayakan syaitan, tentu saja, menyusahkan diri masing masing, SEMUA itu untuk melihat - siapakah yang lebih Taqwa nya, siapakah Yang lebih banyak menolong orang lain, siapakah yang  lebih baik amalnya, Sesiapa yang berjaya mendirikan sunnah dalam kehidupannya, berjayalah dia.


    tidaklah memandai mandai sendiri - melakukan innovasi - menyangka berkuasa dan mampu melakukannya
    adalah itu perkara sia sia, kerana, sahabt baginda dulu telah berjanji, Kami Dengar dan Taat



    Islam itu Mudah, mudah ikut tafsir Ibnu Kathir, adalah, sesiapa yang masuk Islam dan mengamalkan, segala yang di wajibkan ke atas dirinya, itu sudah memadai. maksudnya dalam Islam, ada yang WAJIB< buat yang tu saja, CUKUP - kerana Akhlak yang Mulia itu milik Rasulullah, bersama sahabat 4, dan beberapa sahabat lain, kebanyakkannya AHLI SYURGA


    Bacalah serta ikutlah  akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran<---- takkan sesat.. namun kenapa dikatakan sesat lagi???melakukan amalan2 baik...? bukankah makhluk tidak memberi mudharat dan manfaat???syaitan mampu kah???menyesatkan manusia???ke manusia yang ikut???


    (maaf quote saya ambil dari al_ahibbatu)
    « Last Edit: 17 June, 2013, 03:31:21 PM by afiQoh »

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #11 17 June, 2013, 03:14:15 PM
  • Publish
  • Saya faham amanah gini jer...

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu. Inilah amanah dalam kehidupan. Untuk mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Melaksanakan apa jua perintah-Nya, meninggalkan apa jua larangan-Nya, tak kira besar mana atau bagaimana pun jua perintah dan larangan itu.

    Ya Allah, bantulah kami untuk taat kepada-Mu, untuk-Mu dan kerana-Mu.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #12 17 June, 2013, 05:11:33 PM
  • Publish
  • Amanah = ikut skrip

    Tiada lah ia berkata, melainkan wahyu yang di wahyukan belaka

    Amanah ialah tunduk dan taat hayalah kepada Allah
    Insaf, atas izinnyalah, terima kasih ya Allaah

    silakan ya

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #13 27 June, 2013, 08:19:39 AM
  • Publish
  • Kisah Amanah

    Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.

    Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi.

    Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, “Berapakah harga barang ini kamu beli?”

    Badwi itu menjawab, “Empat ratus dirham.”
    “Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara.” Kata saudagar Yunus lagi.
    “Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham.”

    Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, “Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?” Marah saudagar Yunus lagi.

    “Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham.” Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.

    Kata saudagar Yunus lagi, “Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri.”


    Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

    Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga.” (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa’i)

    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #14 28 June, 2013, 12:06:02 AM
  • Publish
  • Apa yang datang...
    Itu amanah...
    Tiada sia2 tiap sesuatu...
    Sebesar zarah diperhitungkan...
    Buatlah ikut mampu..
    Bukan pula ikut suka...
    Moga dipermudahkan segala urusan :ins:

    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #15 10 July, 2013, 05:34:32 PM
  • Publish
  • Apa yang diperintahkan itulah amanah...
    yang amanah tu berat bak kata imam..

    Berikan kami kemampuan melaksanakan amanah meskipun
    orang yang amanah atas kami tak menjalankan amanahnya ke atas kami..

    Jangan dipertikaikan mengapa mereka tak jaga sungguh amanah diberikan...cukuplah diri melaksanakan amanah..
    takrugi pun..

    Baginda suap mulut si buta yang selalu mencercanya..


    Tetap berbuat kebaikan..


    Allah..Allah..Allah..tak kelih sebab dia nampak...

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #16 12 July, 2013, 10:23:08 AM
  • Publish
  • Contoh dari SIRAH hal berkaitan Amanah, yang menjadi sifat Wajib kepada Rasulullah, muhammad SAW

    kisahnya:

    Lelaki buta lagi miskin itu (Ibnu Ummi Maktum) datang kepada Rasulullah saw yang tengah sibuk menghadapi sejumlah orang dari kalangan elite Quraisy. Utbah dan Syaibah, keduanya anak Rabi’ah, Abu Jahal Amar bin Hisyam, Umaiyyah bin Khalaf, al walid bin al Mughirah, di samping Abbas bin Abdul Muthalib.

    Rasulullah mengajak mereka kepada Islam dan berharap keislaman mereka menjadi kebaikan Islam di masa sulit yang dihadapinya di Makkah. Karena mereka menentang dakwah dengan harta, kehormatan, dan kekuatan mereka. Mereka menghalang-halangi manusia manusia dari Islam dan membuat maksiat dan mungkar yang keras terhadapnya, sehingga mereka dapat membekukan Islam secara nyata di Makkah.
                    Lelaki buta lagi miskin itu datang kepada Rasulullah yang tengah sibuk menghadapi orang-orang tersebut bukan untuk dirinya ataupun untuk kepentingannya, tetapi untuk Islam dan kepentingan Islam. Sekiranya mereka masuk Islam niscaya berbagai hambatan yang sangat keras dan duri-duri tajam akan tersingkirkan dari jalan dakwah di Makkah bahkan Islam akan berkembang di sekitarnya, setelah para pemimpin itu masuk Islam.

                    Lelaki itu datang seraya mengatakan kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, bacakan dan ajarkan kepadaku apa yang telah diajarkan Alloh kepadamu. Ia mengulanginya sebab dia tidak nampak bahwa rasulullah saw tengah sibuk dengan perkara yang dihadapinya, sehingga Rasulullah saw tidak suka pembicaraan dan perhatiannya disela.

    Hal ini tampak pada muka masam Rasulullah dan berpaling. Rasulullah berpaling dari seorang buta lagi miskin yang ‘mengganggunya’ dari masalah yang sangat penting. Masalah yang diharapkan akan memberikan banyak hal untuk kepentingan dakwah dan Islam. Masalah yang karenanya ia berjuang untuk memenangkan agamanya, memurnikan dakwahnya, mencintai kepentingan Islam dan berkeinginan keras untuk menyebarkannya!

    turun wahyu surah ABASA

    kisah Allah menegur sikap yang tak sepatutnya

    di sebabkan Amanah sifatnya Muhammad SAW
    dia menyampaikan wahyu tersebut kepada para sahabatnya
    demikianlah terjaganya kesucian Islam, apabila diri Ikhlas, jujur, suci

    inshallah dari kisah tersebut dapatlah ambil pelajaran agar mengutamakan kebenaran
    dalam mengungguli sikap diri
    agar dapat melaksnakan Amanah Allah
    Yang Maha Adil

    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #17 20 July, 2013, 10:14:22 AM
  • Publish


  • tetap berlaku adil...

    dalam keadaan rasa tak puas hati dengan orang lain..
    rasa tak puas hati timbul sebab diri kita sendiri

    sehinggakan berbicara kasar tidak elok,dengan sikap kasar orang terhadap kita
    kononnya membalas apa yang patut..

    tapi..apa sebenarnya yang Allah ajarkan??apa yang dipertonton dari baginda(akhlak)??

    dalam dalam 1 situasi..kedua2 manusia tetap diuji


    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #18 25 July, 2013, 08:14:28 AM
  • Publish
  • PENUNTUT ILMU ITU AMANAH DARIPADA RASULULLAH KEPADA SEORANG GURU.       

    Daripada Abu Harun al-Abdi r.a beliau berkata : Kami sering datang menemui Abu Said al-Khudri r.a , lalu beliau berkata: Selamat datang dengan wasiat Rasulullah s.a.w kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami:  "sesungguhnya umat manusia akan datang mengikuti kamu. Sesungguhnya manusia akan datang menemui kamu dari seluruh penjuru dunia untuk belajar ilmu agama daripada kamu . Oleh itu,apabila mereka datang, maka wasiatku kepada kamu melayani mereka dengan baik" (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)     

    KETERANGAN HADIS:  Para penuntut ilmu agama itu merupakan amanah Rasulullah s.a.w kepada seorang guru. Mereka itu datang dari seluruh pelusuk daerah untuk berserah diri di hadapan seorang guru. Mereka bersedia menerima apa yang disampaikan oleh seorang guru. Mereka seakan-akan kertas yang putih dan bersedia menerima apa yang akan dituliskan oleh seorang guru.

    Maka tanggungjawab gurulah untuk mengisi dada  mereka dengan ilmu yang sebenar, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang diwarisi daripada para ulama' sejak turun - temurun sampailah kepada Rasulullah s.a.w . Oleh sebab itu, jangan pula ada seorang guru mengajar ilmu yang bertentangan dengan syariat Islam, berlainan daripada ilmu yang telah mereka warisi sejak dahulu .

    Janganlah ada ulama' yang berniat mendidik pelajarnya semata-mata memenuhi kepentingan peribadinya atau memenuhi toujuan yang lain dan bukannya menuntut keredhaan Allah. Disinilah letaknya ujian kepada seorang guru. Maka apabila dia sentiasa ingat bahawa pelajarnya itu amanah Rasulullah s.a.w maka dia perlu berhati-hati semasa membimbing mereka, agar mereka benar-benar menjadi ulama' pewaris Nabi yang membimbing manusia ke jalan Allah dan untuk mencapai keredhaanNya.benar-benar menjadi ulama' pewaris Nabi yang membimbing manusia ke jalan Allah dan untuk mencapai keredhaanNya.

    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #19 18 October, 2013, 04:31:30 PM
  • Publish
  • ~Amanah lakukan kerana kasih padaNya.. ~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    11 Replies
    6330 Views
    Last post 16 July, 2013, 01:41:16 PM
    by Syumaimah
    5 Replies
    2647 Views
    Last post 05 October, 2011, 09:03:41 PM
    by htc android
    2 Replies
    425 Views
    Last post 09 August, 2012, 12:57:28 PM
    by bulan madu