HUKUM LELAKI BERAMBUT PANJANG

Author Topic: HUKUM LELAKI BERAMBUT PANJANG  (Read 17066 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

zombi

Jawab #20 24 April, 2009, 09:30:17 AM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum..

    hmmm lelaki rambut panjang ye...kalau saya, saya tak berapa nak suka tgk lelaki berambut panjang (yang panjang melampau macam perempuan), tapi kalau panjang sikit tu (cecah leher) dan kemas, okey lagi la..yang penting tak serabai.. :-)

    adakah anti inginkan suami sebegitu rupa?(sekadar bertanya)

    wslm..

    wardah_najihah

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Jawab #21 24 April, 2009, 10:30:01 AM
  • Publish Di FB
  • Satu lagi sy ingin bertanya, berdasarkan ape yang ditulis oleh ust.masri, kesimpulannya menyimpan rambut panjang sampai paras bahu ini adalah sunnah kebiasaan atau sunnah ibadah? harap yang arif sudi membantu..
    Let say thank you Allah..

    kakisamun

    • *
    • Posts: 187
      • View Profile
    Jawab #22 24 April, 2009, 10:34:51 AM
  • Publish Di FB
  • LELAKI berambut panjang! Sesetengah pihak mendakwa lelaki berambut panjang menampilkan imej mengagumkan, malah mempunyai nilai dan gaya tersendiri, yang mudah menjadi perhatian umum.

    Di sudut adat pula, golongan yang berambut panjang selalunya dipanjang sinis, sering dianggap tidak berdisiplin dan banyak kes dikaitkan dengan tabiat kurang baik, walaupun bukan semua mereka begitu.


    Ini berbeza dengan imej rambut pendek, yang kelihatan kemas, bersih dan berdisiplin, walaupun sesetengahnya tidaklah sedemikian, bahkan mereka yang berambut pendek kadangkala berperangai lebih teruk.

    Tetapi salahkah lelaki Islam menyimpan rambut dan membiarkannya panjang? Tidakkah Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi ikutan umat Islam juga mempunyai rambut panjang dan bukankah ia suatu sunnah, mengikuti jejak langkah kehidupan baginda?

    Presiden Pusat Penyelidikan Islam Amerika, Columbus, Ohio dan Ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Dr Salah Sultan, berkata tiada salahnya membiarkan rambut panjang sekiranya seorang itu menjaganya dengan baik.

    Ini kerana katanya, Nabi s.a.w dilaporkan bersabda (bermaksud): "Sesiapa yang mempunyai rambut, peliharalah ia" dan dilaporkan juga yang Nabi s.a.w mempunyai rambut panjang.

    Bagaimanapun, menurutnya, seseorang itu sewajarnya mengikut pertimbangan adat umum satu-satu masyarakat.

    "Tidak dianjurkan bagi Muslim melakukan yang berbeza dengan adat masyarakat, selagi adat itu tidak diharamkan," katanya, dipetik dalam satu laman sesawang soal jawab berkaitan hukum.

    Justeru, katanya, sekiranya membiarkan rambut panjang secara adatnya memperlihatkan sebagai tabiat buruk dalam sesetengah masyarakat, Muslim sewajarnya menghormati nilai itu walaupun dia lebih gemar berambut panjang.

    Ulama berpendapat, membiarkan rambut panjang bukannya sunnah dan perkara mendatangkan ganjaran kepada seseorang, bahkan ia hanya lebih kepada adat serta tradisi, malah dilaporkan ia adat kebiasaan orang Arab.

    Nabi s.a.w dilaporkan membiarkan rambutnya panjang dan mencukurnya. Baginda tidak mengatakan apa-apa ganjaran bagi orang yang membiarkan rambut panjang atau berdosa apabila mencukurnya. Tetapi baginda memerintahkan lelaki menjaga rambut.

    Begitupun, lelaki Muslim yang memilih untuk membiarkan rambut panjang harus berwaspada supaya jangan sampai menyerupai wanita kerana ia dilarang sama sekali oleh Islam. Begitu juga sebaliknya, wanita dilarang menyerupai lelaki.

    Ibnu Abas r.a melaporkan: "Nabi s.a.w mengutuk lelaki yang menyerupai wanita." (Hadis riwayat Al-Bukhaari)

    Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1993 ada menyatakan, yang baginda ada menyimpan rambut tetapi caranya atau kaifiatnya itu bermacam-macam riwayat.

    "Sesetengah riwayat, rambut Rasulullah itu panjang sampai ke telinga, setengah riwayat sampai cuping telinga dan ada lagi riwayat lain yang mengatakan rambut baginda itu jejak ke bahu."

    Menurut fatwa itu, Imam Nawawi menanggung perselisihan riwayat berkenaan kerana berselisih masa, iaitu masa bergunting, rambutnya akan panjang sampai cecah di bahu, dengan setiap orang yang melaporkan riwayat terbabit memberitakan apa yang dia lihat pada suatu masa.

    Jadi di sini jelas, rambut Nabi s.a.w bukanlah terlalu panjang sebagaimana dijadikan alasan bagi mereka yang lebih cenderung berambut panjang melepasi batas bahu, hingga menimbulkan kekeliruan dari segi gender.

    Seorang lelaki Islam itu sangatlah dilarang berambut panjang sekiranya ia disebabkan perbuatan meniru bangsa bukan Islam dan bertujuan menunjuk-nunjuk, malah gagal menjaganya dengan rapi.

    Demikian juga, perbuatan membiarkan sebahagian kepala berambut panjang, manakala yang lain dipendekkan atau dicukurkan atas alasan mengikut gaya terkini dan kelihatan lebih 'mengancam' turut diharamkan.

    Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang meniru orang, dia seorang daripada mereka." (Hadis riwayat Abu Daud).

    Prof Undang-Undang Perbandingan Universiti al-Azhar, Dr Sabri Abdul-Ra'oof, menyatakan Islam adalah satu ajaran universal yang sah bagi semua orang di semua zaman.

    Islam katanya, tidak sekali-kali melarang sesuatu kecuali ia bertentangan dengan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

    "Demikian itu, ia adalah tugas Muslim untuk mengikuti contoh orang yang betul dan tidak membenarkan mana-mana perkara bidaah dalam Islam. Dengan itu, dia tidak meletakkan tabiat ganjil bukan Muslim dalam gaya rambut mereka.

    "Ijmak ahli perundangan bersetuju yang qaz' (mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan yang lain) adalah dilarang kerana Nabi s.a.w memberikan ingatan terhadap larangannya, dengan bersabda: "Cukur semua atau tinggalkan ia semua."

    Imam Ibn Hajar Al-'Asqalani melaporkan dalam kitabnya, Fathul-Bari, yang mana Abu Daud menyatakan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Qaz' ialah tabiat orang Yahudi."

    Bagi remaja Muslim, sudah semestinya mengikuti gaya yang sesuai dengan agama dan norma masyarakat, sekali gus melupakan angan-angan untuk meniru rupa rambut golongan bukan Islam.

    Memang benar rambut adalah kebebasan peribadi, tetapi seseorang itu sewajarnya menggunakan kebebasan pada tujuan yang lebih berfaedah untuk diri dan masyarakat, bukannya yang meruntuhkan nilai agama serta masyarakat.

    Dalam soal ini, Abdullah Nasih Ulwan dalam karyanya menyatakan pendapat yang lebih tegas, dengan katanya, pemuda yang berambut panjang, beraksi pondan, bergaya seperti wanita serta menyerupai wanita adalah peniruan membuta tuli.

    "Nabi memanjangkan rambut, baginda tidak keluar di hadapan orang ramai dengan kepalanya terdedah, malah dia memakai serban, iaitu mahkota kenabian dan syiar Islam," katanya.

    Menurutnya, memanjangkan rambut pada hari ini melambangkan syiar anak tepi jalan dan tanda keruntuhan moral.

    "Bukankah tabiat memanjangkan rambut dan membiarkannya panjang hingga kepada kedua-dua bahu itu suatu penyerupaan yang nyata dengan wanita, sedangkan Allah melaknati lelaki yang menyerupai wanita."

    dipetik dari Ad-Din harian Metro
    "we support anti zionist movement"

    wardah_najihah

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Jawab #23 24 April, 2009, 10:47:46 AM
  • Publish Di FB
  • terima kasih kakisamun, jadi menyimpan rambut panjang sehingga paras bahu pada zaman ini adalah tidak digalakkan?

    ayie45

    • *
    • Posts: 53
    • Jaring Hitam Di Rumah Pak Abui
      • View Profile
    Jawab #24 08 June, 2009, 03:18:57 PM
  • Publish Di FB
  • Pada zaman Hang Tuah dl org simpn rmbt untuk keselmatan .Waktu tu orang suke tetak dari belakang .Rambut berfungsi penangkis/pelindung  senjata tajam tapi tak la efektif sangat.

    kakisamun

    • *
    • Posts: 187
      • View Profile
    Jawab #25 08 June, 2009, 05:20:23 PM
  • Publish Di FB
  • ermm.. nasib baik aku berkepala botak.. senang.. aku mandi ke aku x mandi ke bukan org perasan sgt.. cuma sembur minyak wangi je.. dah nampak mcm aku ni mandi.. dapat menjimatkan air.. bukan aku x nak mandi.. tp bila terkenangkan org2 yg susah mendapat air( kebanyakkannya di negara2 luar la.. klu ada pon di negara kita hanya kes terpencil) jadi aku pon malas mandi.. bukan sebab takutkan air tp nak rasa susah senang org2 yg susah mendapat air.. ahaks..

    Nezumi

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Jawab #26 06 September, 2009, 03:00:28 PM
  • Publish Di FB
  • Rambat Sy panjang. . .melebihi paras bahu. . .tapi takde la dijaga mcm rambut perempuan.. cume saya pastikan rambut saye kemas je la. . apa hukumnya? haram ke?

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #27 06 September, 2009, 03:49:15 PM
  • Publish Di FB
  • Senarnnya kalau zaman Rasululllah berambut panjang adalah untuk perang dan perempuan di botak.Peremuan di botakkan kerana untuk mengaburi atau untuk menggerunkan pihak musuh.So zaman sekarang adalah kerana fesyen dan ia boleh menyamai perempuan sebenarnya

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #28 06 September, 2009, 03:53:38 PM
  • Publish Di FB
  • Mungkin juga adalah kerana berambut panjang adalah manhaj atau cara kita menarik perhatian kepada sasaran....itu aku tidak tau....ini sekadar persepsi

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #29 06 September, 2009, 03:55:50 PM
  • Publish Di FB
  • Tapi sekarang berambut panjang bukan kerana sunnah tapi fesyen semata-mata.

    voda

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Jawab #30 06 September, 2009, 10:00:11 PM
  • Publish Di FB
  • Tapi sekarang berambut panjang bukan kerana sunnah tapi fesyen semata-mata.

    yea btol tue... kan zamannnnnnnnn dh berubahhhhhhhhh dunia dhhhh majuuuuuuuuuu

    Nezumi

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Jawab #31 07 September, 2009, 02:19:46 AM
  • Publish Di FB
  • Tapi sekarang berambut panjang bukan kerana sunnah tapi fesyen semata-mata.

    yea btol tue... kan zamannnnnnnnn dh berubahhhhhhhhh dunia dhhhh majuuuuuuuuuu

    Betul2. . .tapi bagi hamba kalau mengikut sunnah tapi tak sembahyang apa gunanya. . .

    jihad93

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #32 07 September, 2009, 01:26:32 PM
  • Publish Di FB
  • tiada masalah untuk berambut panjang...
    asalkan tidak menyerupai perempuan..

    saiful ikhwan

    • *
    • Posts: 50
    • dari Allah, kerana Allah, untuk Allah......
      • View Profile
    Jawab #33 26 October, 2009, 08:17:14 AM
  • Publish Di FB
  • berambut panjang kalau mengikut sunnah adalah sunnah Rasulullah S.A.W yang tidak disyariatkan iaitu Rasulullah menganjurkan berambut panjang kerana tujuan tertentu. salah satu yang paling penting adalah untuk menggerunkan musuh di medan perang. kite boleh berambut panjang tetapi tidak boleh menyerupai perempuan. dalam persoalan ini kita harus menyesuaikan keadaan dengan sunnah. ada sunnah yang mesti dilakukan dan ada sunnah yang mengikut waktu dan adat masyarakat ketika itu yang tidak wajib kita ikuti.

    Wallhualam Bissawab.

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Jawab #34 28 October, 2009, 09:33:04 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    Bila bicara tentang sunnah Nabi yang mulia, orang lelaki memang hebat. Namun kesempurnaan dalam melaksanakan sunnah itu tidak pula diperhatikan. Sebagai contoh, lelaki yang hendak berkahwin empat pasti akan mengatakan itu adalah sunnah Nabi. Tapi mereka lupa tentang kesempurnaan yang dituntut oleh Islam apabila berkahwin empat, iaitu mestilah bersikap adil.

    Begitu jugalah dengan kaum lelaki yang hendak menyimpan rambut panjang. Bila ditanya mengapa menyimpan rambut panjang, pastinya akan dikatakan sunnah Rasul. Tetapi Nabi menjaga dengan rapi dan kemas rambutnya yang panjang itu. Tetapi kita orang lelaki berambut panjang hendak diikut, tetapi kekemasan dan kerapian dalam menjaga rambut diabaikan.

    Akibatnya mendatangkan fitnah. yelah, apakata orang bila melihat kaum lelaki yang berambut panjang tapi rambutnya dalam keadaan serabai dan tak terurus. Pastinya mereka akan mengaitkan bahawa agama Islam ini tidak mementingkan kekemasan dan kebersihan. Sedangkan Nabi telah pun menunjukkan contoh teladan yang terbaik.

    Jadi kepada kaum lelaki yang berhasrat untuk menyimpan rambut panjang atas dasar mengamalkan sunnah pastikan yang anda juga akan mampu untuk memelihara kekemasan rambut yang panjang itu. Sekiranya tidak mampu, biarkanlah sahaja rambut tu pendek supaya nampak lebih kemas dan rapi.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    rahmad

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #35 28 October, 2009, 10:16:37 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum,
    pada zaman sekarangl laki-laki berambut panjang sdah menjadi treend bukan lagi karena sunnah rosul, ia melakukan itu semata-mata hanya ingin di pandang orang sebagai laki-laki yang anarkis atau sebagainya hingga ia ingin disegani dan ditakuti karna memliki rambut panjang, namun ada jg yang membiarkan rambutnya tumbuh panjang karena mengikuti sunnah rosul...
    ...itu semua tergantung hati dan tujuan masing-masingg...
    Pengalaman saya": saya dahulu berambut panjang, alasan saya berambut panjang 1. karena saya bersekolah di campus seni, dan itu sdah biasa di klangan kampus seni. tujuan nya antara lain untuk membedakan antara senior dan yunior.dan itu sdah menjadi kebudayaan sepertinya.....
    kembali pada perbincanagn kita, boleh kah laki-laki itu berambut panjang?  rambut panjang merupakann salah satu sunnah rosul...
    boleh-boleh saja asalkan tujuannya tidak mengharapkan pujian orang lain, atau sebagainya, hingga membawa kita kepada perbuatan riya, boleh panjang tapi kerapian juga harus diperhatikan karena penampilan rapi mencerminkan hati seseorang yang beriman.
    tapi... sebaiknya seorang laki-laki alangkah baiknya memiliki rambut yang tidak terlalu panjang,..

    rahmad

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #36 28 October, 2009, 10:17:30 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum,
    pada zaman sekarangl laki-laki berambut panjang sdah menjadi treend bukan lagi karena sunnah rosul, ia melakukan itu semata-mata hanya ingin di pandang orang sebagai laki-laki yang anarkis atau sebagainya hingga ia ingin disegani dan ditakuti karna memliki rambut panjang, namun ada jg yang membiarkan rambutnya tumbuh panjang karena mengikuti sunnah rosul...
    ...itu semua tergantung hati dan tujuan masing-masingg...
    Pengalaman saya": saya dahulu berambut panjang, alasan saya berambut panjang 1. karena saya bersekolah di campus seni, dan itu sdah biasa di klangan kampus seni. tujuan nya antara lain untuk membedakan antara senior dan yunior.dan itu sdah menjadi kebudayaan sepertinya.....
    kembali pada perbincanagn kita, boleh kah laki-laki itu berambut panjang?  rambut panjang merupakann salah satu sunnah rosul...
    boleh-boleh saja asalkan tujuannya tidak mengharapkan pujian orang lain, atau sebagainya, hingga membawa kita kepada perbuatan riya, boleh panjang tapi kerapian juga harus diperhatikan karena penampilan rapi mencerminkan hati seseorang yang beriman.
    tapi... sebaiknya seorang laki-laki alangkah baiknya memiliki rambut yang tidak terlalu panjang,..

    rahmad

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #37 28 October, 2009, 10:18:22 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum,
    pada zaman sekarangl laki-laki berambut panjang sdah menjadi treend bukan lagi karena sunnah rosul, ia melakukan itu semata-mata hanya ingin di pandang orang sebagai laki-laki yang anarkis atau sebagainya hingga ia ingin disegani dan ditakuti karna memliki rambut panjang, namun ada jg yang membiarkan rambutnya tumbuh panjang karena mengikuti sunnah rosul...
    ...itu semua tergantung hati dan tujuan masing-masingg...
    Pengalaman saya": saya dahulu berambut panjang, alasan saya berambut panjang 1. karena saya bersekolah di campus seni, dan itu sdah biasa di klangan kampus seni. tujuan nya antara lain untuk membedakan antara senior dan yunior.dan itu sdah menjadi kebudayaan sepertinya.....
    kembali pada perbincanagn kita, boleh kah laki-laki itu berambut panjang?  rambut panjang merupakann salah satu sunnah rosul...
    boleh-boleh saja asalkan tujuannya tidak mengharapkan pujian orang lain, atau sebagainya, hingga membawa kita kepada perbuatan riya, boleh panjang tapi kerapian juga harus diperhatikan karena penampilan rapi mencerminkan hati seseorang yang beriman.
    tapi... sebaiknya seorang laki-laki alangkah baiknya memiliki rambut yang tidak terlalu panjang,..

    lily_mawar

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Jawab #38 28 October, 2009, 10:50:51 PM
  • Publish Di FB
  • Berambut panjang adalah merupakan budaya org Arab. Menurut beberapa ahli sejarah Nabi pernah berambut panjang hingga mencecah kebahu dan ada sesetengah riwayat menceritakan Waa'il bin Hujr pernah bertemu Rasulullah dalam keadaan berambut panjang, tiba2 Nabi berkata "Ini tidak baik" ... lalu Waa'il bin Hujr pun pulang dia segera memotong rambutnya kemudian beliau datang menemui Rasulullah sekali lagi, Rasulullah berkata "Aku tidak maksudkan engkau, tapi perbuatan kamu itu baik ..." 


    Nabi tidak pernah mencukur rambut kecuali dalam urusan Haji atau Umrah dan dikatakan berambut panjang tidak menjadi kesalahan asal tidak menyerupai saperti wanita.


    zulkbo

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Jawab #39 30 October, 2009, 12:02:00 AM
  • Publish Di FB
  • rasanya bab simpan janggut lagi afdal
    buat lelaki muslim..dah tentu sunnah nabi saw
    rambut panjang kalau niat kebykn  nak melawa
    baik dijauhkan..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1514 Views
    Last post 10 March, 2011, 07:00:15 AM
    by Qalam Buana
    1 Replies
    2068 Views
    Last post 19 March, 2011, 06:30:26 PM
    by mazri
    3 Replies
    8454 Views
    Last post 16 February, 2012, 09:43:25 PM
    by qalamsuci