Siapakah Ahlul Bayt Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam?

*

Author Topic: Siapakah Ahlul Bayt Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam?  (Read 12903 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Shohib Mirbat

  • *
  • Posts: 363
  • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
    • View Profile
13 December, 2008, 12:27:36 AM
  • Publish
  •  :)

    Kita sering mendengar istilah "Ahlul Bayt Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam" dari dahulu lagi dan status mereka (Ahlul Bayt) di zaman kini seakan-akan tiada diberi perhatian yang khusus sebagai rujukan terbaik Sunnah Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam.

    Mari kita kongsi maklumat :-

    1) Apakah yang dimaksudkan oleh istilah "Ahlul Bayt" itu?

    2) Mengapa Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam menekankan peri pentingnya Ahlul Bayt ini beserta bukti-bukti yang kukuh?

    3) Apakah kelebihan mereka sehingga mereka sebegitu istimewa di sisi Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam?

    4) Bagaimanakah untuk mengenali Ahlul Bayt itu?

    5) Apakah mereka itu sebahagian dari silsilah Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam?

    6) Di manakah mereka berada di zaman sekarang?

    7) Apakah jenis sikap dan layanan oleh orang Islam terhadap mereka dari dahulu hingga sekarang?

    8) Apakah maklumat terkini berkenaan Ahlul Bayt di seluruh dunia?

     :ins: Kita berkongsi pengetahuan berkenaan Ahlul Bayt supaya jelas situasi dan kedudukan mereka di sisi Allah, Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam dan Muslimiin serta Muslimaat seluruhnya..

    Saya bersungguh-sungguh mengharapkan perbincangan ini tidak menimbulkan kekeliruan dan perpecahan orang Islam di kemudian hari. Allah meghalalkan kita supaya bersatu dan mengharamkan kita berpecah-belah...semoga Allah mengangkat darjat kita di sisiNya dan ditempatkan beserta golongan Nabi dan Rasul, orang Soleh, orang Shiddiq, dan juga orang Syahiid di Jannatul Firdaus kelak.  :aamiin:
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #1 18 January, 2009, 10:35:21 PM
  • Publish
  • sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :

        "Amma ba'du, Perhatikan! Wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia (seperti kalian) yang sudah hampir didatangi oleh utusan Tuhanku, lalu aku menyambut. Dan, aku tinggalkan pada kalian dua hal yang besar; Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala (al Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpedomanlah dengan Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan berpegang teguhlah dengannya."



    Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam menggalakkan kepada kita untuk berpedoman dengan Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan menyukainya.

    Kemudian Baginda bersabda,

        "Dan semua keluargaku; aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku." Lalu Saidina Husain radiyaLlahu 'anhu bertanya, "Siapakah keluarga Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam termasuk keluarga?" Dia (Zaid radiyaLLahu 'anhu) menjawab, "Isteri-isteri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam termasuk keluarga Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam. Akan tetapi, keluarga Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam adalah orang-orang yang haram menerima sedekah." Saidina Husain radiyaLlahu 'anhu bertanya kembali, "Siapa mereka?" Dia menjawab, "Keluarga Saidina Ali radiyaLlahu 'anhu, keluarga Saidina 'Uqail radiyaLLahu 'anhu, keluarga Saidina Ja'far radiyaLLahu 'anhu, dan keluarga Saidina Abbas radiyaLlahu 'anhu" . Saidina Husain radiyaLLahu 'anhu bertanya, "Semua mereka ini haram menerima sedekah?" Dia (Zaid radiyaLLahu 'anhu) pun menjawab, "Benar."

    (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 366; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 4, hlmn 1873).

    Sumber : http://Http://jomfaham.blogspot.com

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #2 18 January, 2009, 10:37:52 PM
  • Publish
  • Di sini ada laman web ahlul bait di Malaysia :

    http://www.asyraaf.net/v2/

    AceGlobal13

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #3 20 February, 2009, 03:56:18 PM
  • Publish
  • Segalanya berdasarkan kepada ayat Ath-Thathhir (Penyucian) di dalam surah al-Ahzab: 33 yang berbunyi


                                            اِنمَّاَ يُريِدُ اللهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أهلَ البَيتِ وَيُطَهِّرَكُم تَطهِيرا

    "Sesungguhnya Allah bermaksud semata-mata mahu menghilangkan dosa dari kalian semua wahai Ahlul Bait dan menyucikan kalian sesuci-sucinya"

    Ahlul Bait adalah perkataan bahasa arab yang bemaksud ahli rumah atau keluarga. Pengertian ini menunjukkan kepada ahli keluarga Nabi s.a.w tanpa sebarang pengecualian samada yang kafir atau sebaliknya. Dari itu, dapatlah disimpulkan bahawa pengertian Ahlul Bait dari sudut bahasa (لغة) ini tidak sesuai untuk dijadikan ukuran dalam perbahasan ini. Seterusnya, dapat juga dirumuskan bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan Nabi merupakan individu-individu pilihan Allah dan Rasul-Nya.

    Sebuah hakikat yang tidak mungkin akan dinafikan oleh sesiapa bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan di dalam ayat Thathhir tersebut adalah Nabi s.a.w, Ali bin Abi Thalib, Fatimah az-Zahra`, Hasan bin Ali dan Husein bin Ali.

    Para ulama tafsir berserta hadits-hadits yang meriwayatkan tentang kenyataan ini sangat kuat dan jitu. Lebih kurang 24 orang para sahabat yang telah mengakui kebenaran ini. Diantaranya imam Ali, imam Hasan, imam Husein, Abdullah bin Ja`afar, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu Salamah, Anas bin Malik, Sa`ad bin Abi Waqqas, Abu Hamzah dan Mughaffal.

    Sementara para ulama Sunni diantaranya Jalaluddin as-Suyuthi asy- Syafi`ie – pengarang tafsir ad-Durul Mantsur – telah membawakan periwayatan mengenainya sebanyak 20 riwayat. Hal ini dilakukan juga oleh ath-Thabari – penulis tafsir Sunni pertama – dan Ibnu Katsir. Kedua-dua mereka telah mencatat dalam karya tafsir masing-masing tidak kurang dari 15 riwayat dari rantai sanad yang berbeza.

    Ahlul Bait yang Allah s.w.t sebutkan dalam ayatNya tersebut adalah sebagai menunjukkan kepada satu golongan keluarga Nabi yang terpilih dari bilangan mereka yang besar. Ahlul Bait kalau dalam ertikata bahasa memang bermaksud keluarga Nabi tapi demi untuk membezakan antara keluarga Nabi yang suci dan tidak maka Allah s.w.t menyebutnya di dalam al-Quran dan memerintahkan nabi menunjukkan siapakah gerangan individu pilihan tersebut.
    Contohnya imam Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya dari isteri Nabi sayyidatina Aisyah berkata:

    Pada suatu pagi, Nabi membaluti tubuhnya dengan kain yang diperbuat dari wool berwarna hitam. Setelah Hasan datang, baginda memasukkannya ke dalam kain tersebut. Datang Husein, baginda juga memasukkannya ke dalam kain. Kemudian datang Fatimah juga baginda memasukkannya ke dalam kain. Akhirnya datang Ali dan baginda memasukkannya ke dalam kain. Setelah itu baginda terus membaca ayat…..(Thathhir)

    (Rujukan: Penyaksian Aisyah tanpa menggolongkan dirinya: Shahih Muslim: Bil Hadits. 6211, Syawahidul Tanzil: Bil. 676-684, Kifayatuth Thalib: Kanji Hal. 54, 373-374, Nuzm Durar As-Simthin: Hal 198-199, Fathul Qadir: Syaukani. Ayat Thathhir, Zakhairul `Uqba: Hal 24 dan Mustadrak al-Hakim: 3/147)
    « Last Edit: 20 February, 2009, 04:07:41 PM by AceGlobal13 »

    AceGlobal13

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #4 20 February, 2009, 03:58:47 PM
  • Publish
  • Hakikatnya, sebab utama Allah s.w.t memilih kalangan keluarga Nabi s.a.w untuk disucikan kerana mereka bakal menjadi gandingan al-Quran sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

    يا ايُّهَا النَّاس اِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُم مَا اِنْ أخَذْتُمْ بِهِ لَن تَضِلُّوا: كِتاَبُ الله وعِترَتِي أهل بَيتِي

    "Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku"

    Hadits berpegang kepada al-Quran dan Ahlul Bait ini dinamakan hadits ats-Tsaqalain. Ianya telah mencapai tahap keshahihan yang mutawatir khususnya bila kita mendapati ianya diriwayatkan oleh para ulama ulung Ahlus Sunnah menerusi kitab-kitab tulisan mereka yang menjadi rujukan utama golongan Sunni. Berikut dikemukakan sebahagian darinya:

    1.Muslim: Shahih. Hadits No. 6175-6177.
    2.Tirmidzi: Shahih. Hadits No. 3786 & 3788.
    3.An-Nasaie: Khasais Amiril Mukminin Ali. Hadits No. 79.
    4.Ahmad: Musnad. 5/181&182 & 3/26 & 5/189.
    5.Ibnu Abi `Asim: As-Sunnah. Hadits No. 754, 1548-1555 & 1558
    6.Nuruddin al-Haitsami: Majma`uz Zawaid. Juz 5 Hal 166
    7.Ibnu Hajar al-Haitami: As-Sawa`iqul Muhriqah. Hal 223 & 229-230
    8.Al-Khateeb al-Tabrizi: Misykatul Masabih. Hadits No. 6152-6153
    9.Al-Hakim: Mustadrak. Hadits No. 3786-3789 & 4711
    10.Ath-Thabrani: Al-Mu`jamul Kabir. Hadits No. 4968-4971 & 4922
    11.Al-Muttaqi al-Hindi: Kanzul Ummal. No. 873, 874, 945 & 36340
    12.As-Suyuthi: Ihya`ul Mayyit Bi Fadhail Ahlil Bait. Bil. 55-57 & Al-Jami`us Saghir Bil 2631 & Ad-Durul Mantsur Jil 7 Hal 349 (Ayat Mawaddah)
    13.Ibnu Katsir: Tafsir. Jil 3 hal 453-454
    14.Ibnu Sa`ad: Ath-Thabaqatul Kubra. Juz 2 Hal 194
    15.Ibnu Atsir: Jami`ul Usul. Juz 1 Hal 187& Usudul Ghabah. Juz 2 Hal 13
    16.Ibnu `Asakir: Tarikh. Juz 5 Hal 436
    17.An-Nabhani: Al-Fathul Kabir. Juz 1 Hal 451
    18.Al-Khawarizmi: Al-Manaqib. Hal 182
    19.Ibnu Hibban: Shahih. 6931
    20.Sulaiman al-Balkhi al-Hanafi: Yanabi`ul Mawaddah. Hal 18, 25, 29-34, 95, 115, 126, 199 & 230.
    21.Mir Sayyid Ali Hamadani: Mawaddatul Qurba. Mawaddah ke-2
    22.Shablanji: Nurul Absar. Hal 99
    23.Nuruddin as-Sabbagh al-Maliki: Fusulul Muhimmah. Hal 25
    24.Muhammad bin Yusuf al-Kanji: Kifayatuth Thalib.Bab 1 & 63.
    25.Hafiz Abu Nu`aim Isfahani: Hilyatul Awliya`. Jil 1 Hal 355
    26.Sibt Ibnu Jauzi: Tadzkiratu Khawasil Ummah. Hal 182
    27.Abu Ya`la: Musnad. No. 1027
    28.Al-Manawi: Faidhul Qadir. No 2631
    29.Ad-Darimi: Sunan. Jil 2 Hal 432
    30.Al-Baihaqi: As-Sunan al-Kubra. Jil 2 Hal 148
    31.Al-Hamwini: Faraidus Simthain. Jil 2 Hal 268, 272 & 274
    32.Muhammad Thalhah asy-Syafi`ie: Mathalibus Suul. Hal 8

    Selain kitab-kitab di atas, ia juga dikeluarkan oleh Tsa`labi di dalam Kasyful Bayan, Sam`ani, Ibnu Maghazili asy-Syafi`ie dan Khatib al-Khawarizmi di dalam Al-Manaqib, Ibnu Abil Hadid dalam Syarh Nahjul Balaghah, Al-Humaidi dalam Jam`u Bainas Shahihain dan banyak lagi.

    Kesucian yang Ahlul Bait miliki ada dinyatakan oleh para ulama diantaranya:

    1. Ibnu Jarir ath-Thabari berkata: Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan السوء (kenistaan) dan الفحشاء (kekejian) dari mereka dan mensucikan mereka dari kotoran yang timbul akibat maksiat dengan sesuci-sucinya.

    (Tafsir ath-Thabari: Ayat Thathhir)

    2. Ibnu Hajar al-Haitami pula berkata: Ayat Thathhir ini adalah sumber keutamaan Ahlul Bait a.s kerana ianya terkandung kemuliaan dan perhatian Allah terhadap mereka, di mana ayat ini dimulakan dengan kata إنما yang faedahnya sebagai للحصر iaitu keterbatasan dan pengkhususan kehendak Allah terhadap mereka bagi menghilangkan nista الرجس iaitu dosa atau syak yang wajib aman dari mereka. Juga mensucikan mereka dari seluruh akhlak dan perihal yang keji.

    (As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. 223)

    3. Jalaluddin as-Suyuthi di dalam bukunya Al-Iklil Fi Istimbatit Tanzil mengatakan bahawa berdasarkan ayat inilah (ayat Thathhir), maka mereka (para ulama) berpendapat bahawa ijma` (persepakatan fatwa) Ahlul Bait adalah hujjah. Ini adalah kerana ar-Rijs tidak mungkin ada pada diri mereka.

    (Al-Iklil Fi Istimbatit Tanzil: Hal. 178.)

    halawah

    • *
    • Posts: 2602
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #5 20 February, 2009, 04:41:30 PM
  • Publish
  •  :ws:

    Quote
    Hakikatnya, sebab utama Allah s.w.t memilih kalangan keluarga Nabi s.a.w untuk disucikan kerana mereka bakal menjadi gandingan al-Quran sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

    يا ايُّهَا النَّاس اِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُم مَا اِنْ أخَذْتُمْ بِهِ لَن تَضِلُّوا: كِتاَبُ الله وعِترَتِي أهل بَيتِي

    "Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku"

    Apabila Orang Beriman yang menemui/ terbaca/membaca ayat Allah yang Menyeru dengan kalimah "يا ايُّهَا النَّاس"maka ayat ini diturunkan di Mekah ditujukan kebanyakan kepada orang-orang Quraisy dan kuffar ,maka seruan yang cukup Hebat Peringatan dan bentuk ancaman  dan pengajaran yang Besar sekali . :msya:

    maka sebaiknya bagi orang-orang Islam yang Abdikan diri kepada Allah swt hendaknya rasa gementar ,agar berhati-hati dalam tindak-tanduk untuk menyampaikan ilmu,amal ,akhlaqulkareem dari sudut aqeedah yang hak/benar....dan ditinjau rujukannya adalah  dua saja kembali kepada :"Al-Qur'an dan Al-Hadis" .

    Agar segala tindak-tanduk merupakan akhlaq yang digambarkan Al-Qur'an dan mengikut perbuatan dari Sunnah RAsulillah saw.

    BismillahirRAhmanirRAhiim.

    "Innaka La'ala khiluqul'aziim"Artinya;
     "Sesungguhnya Nabi Muhammad saw akhlaqnya Ynag Terbesar/Mulia adalah Al-Qur'an"

    Sodaqallhul'aziim

    BismillahirRahmanirrahiim

    "Innama buistuliutammimal-makarimal-akhlaq"
    ;artinya sesungguhnya Aku (Nabi)diutuskan kepada Kamu sekelian untuk menyempurnakan Akhlaqulkareem"
     
    Sodaqar-Rasulillah saw.

    Wabillahittaufiq walhidayah
     wassalamualakum.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    AceGlobal13

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #6 21 February, 2009, 02:39:58 PM
  • Publish
  • :ws:

    Quote
    Hakikatnya, sebab utama Allah s.w.t memilih kalangan keluarga Nabi s.a.w untuk disucikan kerana mereka bakal menjadi gandingan al-Quran sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

    يا ايُّهَا النَّاس اِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُم مَا اِنْ أخَذْتُمْ بِهِ لَن تَضِلُّوا: كِتاَبُ الله وعِترَتِي أهل بَيتِي

    "Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku"

    Apabila Orang Beriman yang menemui/ terbaca/membaca ayat Allah yang Menyeru dengan kalimah "يا ايُّهَا النَّاس"maka ayat ini diturunkan di Mekah ditujukan kebanyakan kepada orang-orang Quraisy dan kuffar ,maka seruan yang cukup Hebat Peringatan dan bentuk ancaman  dan pengajaran yang Besar sekali . :msya:

    maka sebaiknya bagi orang-orang Islam yang Abdikan diri kepada Allah swt hendaknya rasa gementar ,agar berhati-hati dalam tindak-tanduk untuk menyampaikan ilmu,amal ,akhlaqulkareem dari sudut aqeedah yang hak/benar....dan ditinjau rujukannya adalah  dua saja kembali kepada :"Al-Qur'an dan Al-Hadis" .

    Agar segala tindak-tanduk merupakan akhlaq yang digambarkan Al-Qur'an dan mengikut perbuatan dari Sunnah RAsulillah saw.

    BismillahirRAhmanirRAhiim.

    "Innaka La'ala khiluqul'aziim"Artinya;
     "Sesungguhnya Nabi Muhammad saw akhlaqnya Ynag Terbesar/Mulia adalah Al-Qur'an"

    Sodaqallhul'aziim

    BismillahirRahmanirrahiim

    "Innama buistuliutammimal-makarimal-akhlaq"
    ;artinya sesungguhnya Aku (Nabi)diutuskan kepada Kamu sekelian untuk menyempurnakan Akhlaqulkareem"
     
    Sodaqar-Rasulillah saw.

    Wabillahittaufiq walhidayah
     wassalamualakum.


    Quote
    Apabila Orang Beriman yang menemui/ terbaca/membaca ayat Allah yang Menyeru dengan kalimah "يا ايُّهَا النَّاس"maka ayat ini diturunkan di Mekah ditujukan kebanyakan kepada orang-orang Quraisy dan kuffar ,maka seruan yang cukup Hebat Peringatan dan bentuk ancaman  dan pengajaran yang Besar sekali . :msya:

    Berkenaan perkara ini jelas jika mengatakan bahawa ayat Allah yanbg dimulakan dengan يا ايها الناس sebagai ayat makiyyah. tapi jangn dilupa bahawa sebab turun tidak mempengaruhi dalam pengajaran ayat tersebut. Sebagaimana sebauh kaedah ulumul quran yang berbunyi:

                                                                 العبرة من عموم اللفظ لا بخصوص السبب 

    "Pengajaran diambil dari umum lafaz ayat bukan berdasarkan sebab khusus turun ayat tersebut"

     Namun apa yang saya tonjolkan di sini adalah al-hadits yang juga memulakan perkataan yang sama. Ini sekaligus membuktikan hadits ini ditujukan buat seluruh umat islam tanpa terkecuali iaitu selagi kamu semua berpegang teguh kepada al-Quran dan Ahlul Bait, maka kamu takkan sesat buat selama2nya.

    Bahkan hadits ini bukan mainan atau daif. Ia benar2 mencapai tahap kesahihan mutawatir. Manakala hadits yang minta umat berpoegang kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah dhaif. Minta dikaji soal ini.

    Apa yang mahu ditonjolkan di sini adalah kedudukan Ahlul bait dalam menjadi rujukan agama sesudah pemergian Rasul s.a.w dan merekalah golongan yang benar2 memahami al-Quran bukan mereka yang lain. Jika tidak maksud ayat2 al-Quran akan jadi berbagai2.



    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #7 21 February, 2009, 03:35:58 PM
  • Publish
  • Bagaimana pula jalur nasab Rasulullahi shollallahu 'alaihi wa sallam yang ada hingga kini? Bagaimana kita mahu menemukan Ahlul Bayt yang ada di zaman sekarang? Apakah nama keluarga Ahlul Bayt yang masih bertahan hingga zaman ini? Minta nyatakan beserta kenyataan bukti yang jelas lagi diyaqini...

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #8 21 February, 2009, 06:04:39 PM
  • Publish
  • Di dalam kitabnya Al-Kabir, Thabrany dan ar-Rafi'iy dan Ahmad bin
    Hanbal di dalam Musnadnya, diriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda,

    "Mereka itu (Ahlul Baitku) adalah keturunanku. Mereka diciptakan dari
    darah dagingku dan dikarunia pemahaman dan ilmuku. Celakalah umatku
    yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku
    melalui mereka. Allah tidak akan menurunkan syafa'at kepada
    orang-orang seperti itu!"

    Rasul saw bersabda, "Tidaklah yang mencintai kami Ahlul Bait melainkan
    orang beriman dan tidaklah yang membenci kami kecuali orang munafiq !"
    (Al-Mala dalam Sirah-nya)
    TuhAN cInTa aGuNg..

    swordofdeen

    • *
    • Posts: 465
    • Slashing Through Hypocrisy
      • View Profile
    Reply #9 21 February, 2009, 06:57:36 PM
  • Publish
  • Secara asasnya, seseorang manusia itu tetap diukur dari imannya. Bukan dari keturunan semata-mata. Yang dikatakan ahlul bayt itu jauh lagi kena difahami.
    We Punish to Preach, not Preach to Punish

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 26 December, 2009, 11:04:44 PM
  • Publish
  • Istilah AHLUL BAIT berasal dari firman Allah swt sebagaimana termaktub di dalam Al-Quran- Karim Surah Al-Ahzab:33 yang berbunyi:
    [box title=AHLUL BAIT]

     إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَالْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً

    "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

    QS Al-Ahzab 3:33[/box]

    Dalam artikata biasa "ahlul-bait" bermakna "keluarga" atau "anggota rumahtangga. Akan tetapi dalam kaitanya dengan makna ayat tersebut, para ahli tafsir berbeza pendapat. Muhammad Jawad Maghniyyah dalam kitabnya yang berjudul "Al-Husain Wal-Quran" halaman 18-19 menerangkan, bahawa menurut riwayat 'Ikrimah dan Az-Zayyad ayat tersebut ditujukan khusus kepada para isteri Rasulullah saw kerana penafsiran ayat tersebut dikaitkan dengan ayat sebelumnya, iaitu yang berkenaan dengan para isteri beliau saw. Akan tetapi sebagian besar para ahli tafsir berpegang pada riwayat Abu Sa'id Al-Khudhariy yang mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah menegaskan: " Ayat itu turun untuk lima orang iaitu aku sendiri,'Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Husein. Bedasarkan penegasan beliau itu maka yang dimaksudkan dengan istilah "Ahlul Bait" bukan lain adalah lima anggota keluarga Rasulullah saw.

    At-Tirmudziy mengetengahkan sebuah Hadis yang dibenarkan oleh Jarir, Ibnul-Mundzir, Al-Hakim, Ibnu Mardawih dan Al Baihaqiy, iaitu sebuah Hadis yang berasal dari isteri Rasulullah saw, Ummu Salamah. Ummu Salamah ra mengatakan: " Di rumahku turun ayat "innamaa yuridullahu...' (yakni ayat 33 Surah Al-Ahzab tersebut di atas) dan ketika itu di rumahku terdapat Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein. Rasulullah saw kemudian menutupi mereka dengan kain yang dipakainya sambil berkata: Mereka inilah ahli-baitku. Allah telah menghapuskan noda dan kotoran dari mereka dan telah mensucikan mereka". Hadis ini terkenal denagn nama "Haditsul-Kisa".

    Kedudukan khussus para anggota Ahlul bait itu diperkukuh oleh kesaksian Ibnu 'Abbas ra yang mengatakan: "Aku menyaksikan sendiri selama sembilan bulan Rasulullah saw secara terus menerus menghampiri tempat kediaman 'Ali b Abi Talib setiap beliau hendak bersembahyang di masjid. Beliau selalu mengatakan: Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabaarakaatu. Sungguhlah Allah hendak menghapuskan noda dari para ahlul bait dan benar-benar hendak mensucikan kalian. Marilah bersembahyang, semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kalian". Tidak diragukan lagi ucapan Rasulullah saw itu ditujukann kepada 'Ali bin Abi Talib, Sitti Fatimah Az-Zahra dan kepada dua orang cucu beliau saw iaitu Al-Hassan dan Al-Hussain - radhiyallahu 'anhum.

    Kesaksian Inbu Abbas ra itu diperkuat oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Mardawih berdasarkan kesaksian Abul-Hamra yang yang mengatakan sebagai berikut: "Selama delapan bulan di madinah aku menyaksikan, tiap kali Rasulullah saw keluar hendak menuaikan shalat di masjid, beliau selalu menghampiri 'Ali bin Abi Talib dirumahnya. sambil berpegang pada pintunya beliau saw berucap: Marilah bersembahyang, sungguhlah bahawa Allah hendak menghapuskan kotoran dari kalian, hai ahlul-bait dan Dia benar-benar hendak mensucikan kalian"

    Sebuah hadis yang berasal dari Abu Hurairah ra diriwayatkan oleh Al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Ad-Dailamiy bawasanya Rasulullah saw pernah bersabda:-

    "Yang terbaik di antara kalian ialah yang terbaik perlakuannya terhadap ahlulbaitku setelah aku kembali ke hariban Allah."

    Demikian juga At-Thabraniy dalam kitabnya yang berjudul "Al-Kabir"; kedua-duanya meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abu Sa'id Al-Khudhariy ra yang mengatakan, bahawa Rasulullah saw bersabda sebagai berikut:-

    "Sesungguhnya bahawa bagi Allah ada tiga hurumat - yakni tiga perkara yang tidak boleh dilanggar - barangsiapa menjaga baik-baik tiga perkara tersebut, niscaya Allah akan menjaga urusan agamanya (akhiratnya) dan urusan dunianya.

    Barangsiapa yang tidak menjaga baik-baik tiga perkara tersebut maka tidak ada suatu apa pun baginya yang mendapat perlindungan Allah. Tiga hurumat itu ialah: Hurumat Islam (yakni kewajiban terhadap ahlulbait atau keluarga beliau saw."

    Imam Muslim di dalam "Shahih" nya Bab "Fadha'il Ahlul Bait", mengatakan bahawa ayat 33 Surah Al-Ahzab ditujukan kepada Muhammad Rasulullah saw, 'Ali b Abi Talib, Siti Fatimah dan dua puteranya iaitu Al-Hassan dan Al-Husin - radhiyallahu ' anhum. Demikian pula yang dikatakan oleh Imam Ahmad b hambal. Penegasan seperti itu dapat kita temukan juga dalam berbagai kitab, antara lain: " Mustadrakus-Shahihain",Ad-Dur Al-Mantsur" tulisan As-Sayuthiy",Kanzul - Ummal", "Sunah At- Tirmudziy", Tafsir At-Thabraniy", "Khasha'ish an-Nasaiy", "Tarikh Baghdad", "Al-Isti'ab", Ar-Riyadh an-Nadh-rah, "Musanad Abi Dawud", "Asad Al-Ghabah" dan lain-lain.

    Penulis Tafsir "Al-Manar", Syeikh Muhammad 'Abduh, dalam menafsir ayat 84 Surah Al-An'am, antara lain mengatakan, bahawanya Rasulullah saw pernah bersabda:

    "Semua anak Adam bernasab kepada orangtua lelaki (ayah mereka), kecuali anak-anak fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka".

    Dari hadis tersebut jelaslah, bahawa putera-puteri Sitti Fatimah ra semuanya adalah anggota-anggota ahlulbait rasulullah saw. Hal itu lebih ditegaskan lagi oleh sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhariy dalam kitab "Al-Ahkam", hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah saw sambil menunjuk kepada dua orang cucunya, Al- hasan dan Al-Husin - radhiyallahu 'anhuma, menyatakan:

    "Dua orang puteraku ini adalah Imam-Imam, baik di saat mereka sedang duduk atau pun sedang berdiri".

    Dengan keterangan-keterangan tersebut di atas semuanya, kiranya jelaslah sudah, bahwa yang dimaksud dengan istilah "ahlul-bait" dalam ayat 33 Surah Al-Ahzab ialah: Imam 'Ali b Abi Talib ra, isteri beliau Siti fatimah ra puteri bungsu Rasulullah saw, Al-hasan dan Al-Husin radhiyallahu 'anhuma. Penafsir dan definasi (tarif) tersebut sepenuhnya didasarkan pada ucapan-ucapan Rasululallah saw sendiri, sebagaimana yang di riwayatkan oleh hadi-hadis Shahih. Dengan perkataan lain yang lebih tegas ialah: Rasulullah saw sendirilah yang menafsirkan ayat 33 Surah Al-Ahzab. Sedangkan beliau saw adalah seoarng Nabi dan Rasul yang oleh Allah swt dinyatakan dalam Al-Quran ul-Karim:

    "Sahabat kalian (yakni Muhammad Rasulullah saw) tidak sesat dan tidak keliru. Ia tidak mengucapkan sesuatu menurut hawa nafsunya. Apa yang diucapkannya adalah wahyu yang di wahyukan Allah kepadanya". (S.An-Najm: 2-4)

    Rujukan :Keutamaan Keluarga Rasulullah saw Oleh K.H. Abdullah bin Nuh
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 26 December, 2009, 11:07:37 PM
  • Publish
  • Pendapat Prof. HAMKA tentang Ahlul Bait

    H. Rifai, seorang Indonesia beragama Islam yang tinggal di Florijn 211 Amsterdam, Nederland, pada tanggal 30 Desember 1974 telah mengirim surat kepada Menteri Agama H.A Mukti Ali dimana ia mengajukan pertanyaan dan mohon penjelasan secukupnya mengenai beberapa hal diantaranya tentang keturunan Rasulullah saw.

    Oleh Menteri Agama diserahkan kepada Prof. Dr.H. Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) untuk menjawabnya melalui Panji Masyarakat, dengan pertimbangan agar masalahnya dapat diketahui umum dan manfaatnya lebih merata. Jawaban HAMKA atas pertanyaan diatas sebagai berikut :

    Yang pertama sekali hendaklah kita ketahui bahwa Nabi saw tidak meninggalkan anak laki-laki. Anaknya yang laki-laki yaitu Qasim, Thaher, Thayib dan Ibrahim meninggal di waktu kecil belaka. Sebagai seorang manusia yang berperasaan halus, beliau ingin mendapat anak laki-laki yang akan menyambung keturunan (nasab) beliau. Beliau hanya mempunyai anak-anak perempuan, yaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kulsum dan Fathimah. Zainab memberinya seorang cucu perempuan. Itupun meninggal dalam sarat menyusu. Ruqayyah dan Ummu Kulsum mati muda. Keduanya isteri Usman bin Affan, meninggal Ruqayyah berganti Ummu Kulsum (ganti tikar). Ketiga anak perempuan inipun meninggal dahulu dari beliau.

    Hanya Fathimah yang meninggal kemudian dari beliau dan hanya dia pula yang memberi beliau cucu laki-laki. Suami Fathimah adalah Ali Bin Abi Thalib. Abu Thalib adalah abang dari ayah Nabi dan yang mengasuh Nabi sejak usia 8 tahun. Cucu laki-laki itu ialah Hasan dan Husain. Maka dapatlah kita merasakan, Nabi sebagai seorang manusia mengharap anak-anak Fathimah inilah yang akan menyambung turunannya. Sebab itu sangatlah kasih sayang dan cinta beliau kepada cucu-cucu ini. Pernah beliau sedang ruku' si cucu masuk ke dalam kedua celah kakinya. Pernah sedang beliau sujud si cucu berkuda ke atas punggungnya. Pernah sedang beliau khutbah, si cucu duduk ke tingkat pertama tangga mimbar.

    Al-Tarmidzi merawaikan dari Usamah Bin Zaid bahwa dia (Usamah) pernah melihat Hasan dan Husain berpeluk di atas ke dua belah paha beliau. Lalu beliau saw berkata, 'Kedua anak ini adalah anakku, anak dari anak perempuanku. Ya Tuhan aku sayang kepada keduanya'.

    Dan diriwayatkan oleh Bukhari dan Abi Bakrah bahwa Nabi saw pernah pula berkata tentang Hasan, 'Anakku ini adalah Sayyid (tuan), moga-moga Allah akan mendamaikan tersebab dia diantara dua golongan kaum muslimin yang berselisih'.

    Nubuwat beliau saw itu tepat. Karena pada tahun 60 hijriyah Hasan menyerahkan kekuasaan kepada Muawiyah, karena tidak suka melihat darah kaum muslimin tertumpah. Sehingga tahun 60 itu dinamai 'Tahun Persatuan'. Pernah pula beliau berkata, 'Kedua anakku ini adalah Sayyid (tuan) dari pemuda-pemuda di syurga kelak'.

    Barangkali ada yang bertanya : 'Kalau begitu jelas bahwa Hasan dan Husein itu cucunya, mengapa dikatakannya anaknya?. Ini adalah pemakaian bahasa pada orang Arab, atau bangsa-bangsa Semit. Di dalam alquran surat ke-12 (Yusuf) ayat 6 disebutkan bahwa nabi Ya'kub mengharap moga-moga Allah menyempurnakan ni'mat-Nya kepada puteranya Yusuf, sebagaimana telah disempurnakan-Nya ni'mat itu kepada kedua bapamu sebelumnya, yaitu Ibrahim dan Ishak. Padahal uang bapak atau ayah dari Yusuf adalah Ya'kub. Ishak adalah neneknya dan Ibrahim adalah nenek ayahnya. Di ayat 28 Yusuf berkata, 'Bapak-bapakku Ibrahim dan Ishak dan Ya'kub'. Artinya nenek-nenek moyang disebut bapak, dan cucu cicit disebut anak-anak. Menghormati keinginan Nabi yang demikian, maka seluruh ummat Muhammad menghormati mereka. Tidakpun beliau anjurkan, namun kaum Quraisy umumnya dan Bani Hasyim dan keturunan Hasan dan Husain mendapat kehormatan istimewanya di hati kaum muslimin.

    Bagi ahlus sunnah hormat dan penghargaan itu biasa saja. Keturunan Hasan dan Husain dipanggilkan orang Sayyid kalau untuk banyak Sadat. Sebab Nabi mengatakan 'Kedua anakku ini menjadi Sayyid (tuan) dari pemuda-pemuda di syurga'. Di setengah negeri di sebut Syarif, yang berarti orang mulia atau orang berbangsa, kalau banyak Asyraf. Yang hormat berlebih-lebihan, sampai mengatakan keturunan Hasan dan Husain itu tidak pernah berdosa, dan kalau berbuat dosa segera diampuni Allah adalah ajaran (dari suatu aliran-penulis) kaum Syi'ah yang berlebih-lebihan.

    Apatah lagi di dalam alquran, surat ke-33 'al-Ahzab', ayat 30, Tuhan memperingatkan kepada isteri-isteri Nabi bahwa kalau mereka berbuat jahat, dosanya lipat ganda dari dosa orang kebanyakan. Kalau begitu peringatan Tuhan kepada isteri-isteri Nabi, niscaya demikian pula kepada mereka yang dianggap keturunannya.

    Menjawab pertanyaan tentang benarkah Habib Ali Kwitang dan Habib Tanggul keturunan Rasulullah saw? Sejak zaman kebesaran Aceh telah banyak keturunan-keturunan Hasan dan Husain itu datang ke tanah air kita ini. Sejak dari semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia dan Filipina. Harus diakui banyak jasa mereka dalam penyebaran Islam di seluruh Nusantara ini. Penyebar Islam dan pembangun kerajaan banten dan Cirebon adalah Syarif Hidayatullah yang diperanakkan di Aceh. Syarif kebungsuan tercatat sebagai penyebar Islam ke Mindanau dan Sulu. Sesudah pupus keturunan laki-laki dari Iskandar Muda Mahkota Alam pernah bangsa Sayid dari keluarga Jamalullail jadi raja di Aceh. Negeri Pontianak pernah diperintah bangsa sayid al-Qadri. Siak oleh keluarga bangsa sayid Bin Syahab. Perlis (Malaysia) dirajai oleh bangsa sayid Jamalullail. Yang Dipertuan Agung III Malaysia Sayid Putera adalah raja Perlis. Gubernur Serawak yang sekarang ketiga, Tun Tuanku Haji Bujang ialah dari keluarga Alaydrus. Kedudukan mereka di negeri ini yang turun temurun menyebabkan mereka telah menjadi anak negeri di mana mereka berdiam. Kebanyakan mereka jadi ulama. Mereka datang dari hadramaut dari keturunan Isa al-Muhajir dan al-Faqih al-Muqaddam. Mereka datang kemari dari berbagai keluarga. Yang kita banyak kenal ialah keluarga Alatas, Assaqaf, Alkaf, Bafaqih, Alaydrus, Bin Syekh Abubakar, Al-Habsyi, Al-Haddad, Bin Smith, Bin Syahab, Al-Qadri, Jamalullail, Assiry, Al-aidid, Al-jufri, Albar, Al-Mussawa, Gathmir, Bin Aqil, Al-Hadi, Basyaiban, Ba'abud, Al-Zahir, Bin Yahya dan lain-lain. Yang menurut keterangan almarhum Sayid Muhammad bin Abdurrahman Bin Syahab telah berkembang jadi 199 keluarga besar. Semuanya adalah dari Ubaidillah bin Ahmad bin Isa al-Muhajir. Ahmad bin Isa al-Muhajir Illallah inilah yang berpindah dari Basrah ke Hadramaut. Lanjutan silsilahnya ialah Ahmad bin Isa al-Muhajir bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Uraidhi bin Ja'far al-Shaddiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husain al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib. As-Sibthi artinya cucu, karena Husain adalah anak dari Fathimah binti Rasulullah saw. Sungguhpun yang terbanyak adalah keturunan Husain dari Hadramaut itu, ada juga yang keturunan Hasan yang datang dari Hejaz, keturunan syarif-syarif Mekkah Abi Numay, tetapi tidak sebanyak dari Hadramaut. Selain dipanggilkan Tuan Sayyid, mereka dipanggil juga HABIB, di Jakarta dipanggilkan WAN. Di Serawak dan Sabah disebut Tuanku. Di Pariaman (Sumatera Barat) disebut SIDI. Mereka telah tersebar di seluruh dunia. Di negeri-negeri besar seperti Mesir, Baghdad, Syam dan lain-lain mereka adakah NAQIB, yaitu yang bertugas mencatat dan mendaftarkan keturunan-keturunan itu. Di saat sekarang umumnya telah mencapai 36-37-38 silsilah sampai kepada sayidina Ali dan Fathimah.

    Dalam pergolakan aliran lama dan aliran baru di Indonesia, pihak al-Irsyad yang menantang dominasi kaum Ba'alawi menganjurkan agar yang bukan keturunan Hasan dan Husain memakai juga title sayid di muka namanya. Gerakan ini sampai menjadi panas. Tetapi setelah keturunan Arab Indonesia bersatu, tidak pilih keturunan Alawy atau bukan, dengan pimpinan AR Baswedan, mereka anjurkan menghilangkan perselisihan dan masing-masing memanggil temannya dengan 'al-Akh', artinya saudara.

    Maka baik Habib Tanggul di jawa Timur dan almarhum Habib Ali di Kwitang Jakarta, memanglah mereka keturunan dari Ahmad bin Isa al-Muhajir yang berpindah dari Basrah ke Hadramaut itu, dan Ahmad bin Isa tersebut adalah cucu tingkat ke-6 dari cucu rasulullah Husain bin Ali bin Abi Thalib itu. Kepada keturunan-keturunan itu semua kita berlaku hormat dan cinta, yaitu hormat dan cintanya orang Islam yang cerdas, yang tahu harga diri. Sehingga tidak diperbodoh oleh orang-orang yang menyalahgunakan keturunannya itu. Dan mengingat juga akan sabda Rasulullah saw, 'Janganlah sampai orang lain datang kepadaku dengan amalnya, sedang kamu datang kepadaku dengan membawa nasab dan keturunan kamu'. Dan pesan beliau pula kepada puteri kesayangannya, Fathimah al-Batul, ibu dari cucu-cucu itu, 'Hai Fathimah binti Muhammad, beramallah kesayanganku. Tidaklah dapat aku, ayahmu menolongmu di hadapan Allah sedikitpun'. Dan pernah beliau bersabda, 'Walaupun anak kandungku sendiri fathimah, jika dia mencuri aku potong juga tangannya.'

    Sebab itu kita ulangilah seruan dari salah seorang ulama besar Alawy yang telah wafat di Jakarta ini, yaitu sayid Muhammad bin Abdurrahman Bin Syahab, agar generasi-generasi yang datang kemudian dari turunan Alawy memegang teguh agama Islam, menjaga pusaka nenek-moyang, jangan sampai tenggelam ke dalam peradaban Barat. Seruan beliau itupun akan tetap memelihara kecintaan dan hormat ummat Muhammad kepada mereka.

    Panji Masyarakat No. 169/Tahun ke XVII, 15 Februari 1975 (4 Shafar 1395 H) hal 37-38.

    hazanutz

    • *
    • Posts: 426
    • Salam ukhuwah
      • View Profile
    Reply #12 29 October, 2010, 05:30:59 AM
  • Publish
  • nak tanya la,ada tak ahlul bait di kalangan orang melayu?
    Abdullah Faqir

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #13 29 October, 2010, 08:29:04 AM
  • Publish
  • nak tanya la,ada tak ahlul bait di kalangan orang melayu?
    Banyak-banyakkan berselawat, insya Allah nanti jadi ahlul bait...........ikut sunnah baginda semampu-mampunya....insya Allah jadi ahlul bait juga.....paling-paling tidak jadi umat Muhammad pun dah TERAMAT HEBAT nanti kat Padang Mahsyar....
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    zaidy

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #14 04 January, 2011, 05:24:45 PM
  • Publish
  • Saya cuma nak tnya pendapat moderator jika terdapat sekumpulan manusia di Malaysia mngaku bertemu dengan Ahli bait dan mengikut ajaran ahli bait berkenaan sehingga tidak bercampur dengan orang luar, berkahwin sesama ahli, jika mahu berkahwin mereka perlu membawa bakal mereka bertemu dengan ahlil bait utk disucikan, dan skiranya ingkar maka jatuh hukum seolah2 hukum berkenaan sama seperti murtad kerana ingkar pada ajaran ahli bait tersebut. sekian terima kasih

    zaidy

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #15 05 January, 2011, 08:02:15 PM
  • Publish
  •  :)
    baru2 ni saya terdapat satu kisah dikalangan umat islam di Malaysia yg mendakwa kita dikatakan belum sempurna islamnya kerana tidak mengucap @ kalimah syahadah dgn mereka yg haq dan golongan yg boleh menerima kesaksian syhadah kita adalah Ahlulbayt (keluarga Rasullah). sejauh mana kebenaran pendapat ini?? apakah keutamaan kita terhadap ahlulbayt.? apakah yg dimaksudkan dengan satu hadis yang menyebut "Wahai manusia, aku tinggalkan pada kalian perkara yang apabila kalian berpegang dengannya, pasti kalian tidak akan tersesat : Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan keturunanku (ahlulbait) " (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 26 dan Tirmidzi, Sunan Tirmidzi vol 5, hlm 662)

    yg terkeliru

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Reply #16 13 March, 2012, 01:39:58 PM
  • Publish
  • 1) Apakah yang dimaksudkan oleh istilah "Ahlul Bayt" itu?
    Shaykh saya ajar ada empat pendapat.
    1. Ahl al-Kisa 'alayhimus salam.
    2. Keturunan Rasulullah sall Allahu 'alayhi wa alihi wa sallam (Syed dan Syarif).
    3. Keturunan Bani Hashim (termasuk Aqil, Ja'far dan Abbas).
    4. Isteri-isteri Rasulullah sall Allahu 'alayhi wa alihi wa sallam radiyAllahu 'anhum ajma'in.

    Tapi saya secara peribadi berpegang dengan pendapat yang menyatakan Ahl al-Bayt ialah Ahl al-Kisa 'alayhimus salam (based on al-Qur'an, surah Ali Imran, ayat ke-61 dan surah al-Ahzab, ayat ke-35).

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    2122 Views
    Last post 09 January, 2012, 06:39:21 PM
    by al_ahibbatu
    7 Replies
    2620 Views
    Last post 07 September, 2011, 06:47:52 AM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    351 Views
    Last post 29 January, 2014, 07:31:56 PM
    by abuzulfiqar