Sejarah Melayu Champa

*

Author Topic: Sejarah Melayu Champa  (Read 9677 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Daeng Jati

  • *
  • Posts: 616
  • Daeng Jati Merah Silu
    • View Profile
11 December, 2008, 07:41:54 AM
  • Publish
  • Negeri-negeri Melayu Champa tertegak antara abad ke-3 hingga abad ke-15 Masihi dengan kekuatan dan pengaruh yang meluas. Sepertimana keseluruhan Nusantara Melayu, fahaman Hindu-Buddha mencorak pemerintahan beraja dengan unsur-unsur ketuhanan yang menjadi sumber pujaan rakyat.

    Kawasan negeri-negeri Champa terletak di pertengahan dan selatan Vietnam masa kini. Bahan-bahan artifak dan monumen sejarah yang menakjubkan masih lagi wujud. Peninggalan ini serta penulisan yang ada memberi gambaran keupayaan Bangsa Cham mengolah pemikiran abstrak serta idea-idea falsafah yang tinggi. Ini mencernakan budaya Cham yang tersendiri yang berbeza dengan kuasa-kuasa besar sezaman dengannya iaitu Vietnam, Khmer di Kemboja, Siam dan China.

    Abad ke-12 menyaksikan permulaan pertembungan besar antara kerajaan Champa, Khmer, Siam dan Vietnam. Champa pula bukanlah satu persekutuan negeri-negeri yang kuat. Bahkan ia dikuasai oleh golongan-golongan berdarah raja yangs sering bertelingkah sesama sendiri. Dalam keadaan tertentu, raja yang kuat dapat menggarap kekuatan untuk menyerang kuasa besar yang lain. Ini berlaku pada tahun 1371 apabila armada laut Cham menyerang pusat pemerintahan Raja Vietnam.

    Satu ratus tahun kemudian, armada perang Vietnam menyerang Vijaya, ibu negeri Cham. Raja Cham dibunuh bersama dengan rakyat jelata yang tidak terkira banyaknya. Dari situ, bermulalah penghijrahan bangsa Cham ke Kemboja dan ke seluruh nusantara Melayu. Negeri-negeri Cham kemudiannya dijajah secara berperingkat dengan daerah Cham yang terakhir dijajah secara rasmi pada tahun 1834-35 oleh Vietnam.

    Dua batu bersurat berbahasa Arab dengan jelas menzahirkan kewujudan kelompok Islam di Champa pada tahun 1000 Masihi. Namun tiada catatan sejarah yang menunjukkan Raja Cham memeluk agama Islam sehingga tahun 1676. Mereka lebih terikat dengan fahaman Hindu-Buddha. Bagaimanapun, catatan sejarah juga menyatakan hampir keseluruhan rakyat Champa telahpun Islam pada tahun 1675.

    Perbezaan fahaman agama antara golongan istana dan rakyat jelata masih boleh dikesan hingga ke hari ini. Perkampungan Or Ressei, lebih kurang 50 km daripada Phnom Penh, merupakan kelompok keturunan istana Raja Champa. Amalan Islam mereka banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur batiniah serta upacara-upacara mistik kehinduan. Ini berbeza sekali dengan rakyat Cham yang lain, yang rata-rata ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi'e, yang tiada bezanya dengan amalan Islam di Malaysia.
    Proses Islamisasi bangsa Cham meningkat dengan mendadak apabila Putera Raja Khmer, Ponhea Chan menaiki takhta Kemboja dengan bantuan golongan Islam pada tahun 1642. Beliau memeluk agama Islam dengan mengambil nama Ibrahim. Musuh raja Ibrahim tidak berpeluk tubuh. Beliau telah digulingkan dengan bantuan Raja Vietnam dan dipenjarakan dan mati di Hue, Vietnam pada tahun 1650.

    Pada tahun 1691-97 Vietnam mengambil-alih pelabuhan-pelabuhan Cham dan penghijrahan meningkat dan sampai ke kemuncaknya pada tahun 1790-an apabila Raja Cham, Po Ca Ci beri membawa pengikut-pengikutnya masuk ke Kemboja. Mereka membina masjid besar Noor Alihsan di Chrang Chamraes di pinggir kota Phnom Penh.

    Kemboja : Sejarah Sepintas Lalu

    Enam puluh tahun pertama abad ke 19, Kemboja menjadi medan pergelutan dua kuasa besar serantau-Siam dan Vietnam. Percaturan politik istana Raja Kemboja merupakan dinamika untuk memelihara, menyekat ataupun mengembangkan pengaruh salah satu kuasa besar ini. Maharaja Vietnam menegaskan dengan sinis “ Kemboja merupakan satu negara yang berdaulat dan hamba kepada dua (iaitu Vietnam dan Siam) “.

    Dengan kuasa pentadbiran dan pemindahan penduduk daerah utara-barat Kemboja diserap ke dalam pemerintahan Siam manakala daerah Kampuchea Krom di selatan Kemboja pula diserap ke dalam pemerintahan Vietnam.

    Dengan tiadanya pemerintahan pusat yang kuat, muncullah pemerintah-pemerintah setempat yang mempunyai wewenangnya yang tersendiri untuk terus berkuasa. Rakyat jelata hanya dilihat sebagai sumber hasil percukaian yang mesti sentiasa diperah.

    Pemerintahan Perancis bermula pada tahun 1863 apabila Raja Kemboja Norodom menandatangani perjanjian keselamatan dengan pegawai-pegawai Perancis melalui konsensi balak dan logam galian. Untuk terus berkuasa, Raja Norodom pada tahun 1884 mementerai perjanjian yang mengandungi klausa berikut :

    ‘ D.yang.M.M Raja Kemboja menerima segala perubahan pentadbiran, perundangan, kewangan dan perniagaan mengikut budi bicara kerajaan Peranchis pada masa-masa akan datang yang dianggap berguna oleh kerajaan Peranchis untuk menjayakan tanggung-jawabnya melindungi keselamatan Kemboja'.

    Penjajahan Perancis berterusan sehingga kemerdekaan Kemboja tercapai pada tahun 1953. Corak pemerintahan di Kemboja selepas ini banyak diwarnai oleh personaliti Raja Sihanouk.

    Indo-Cina pada masa itu sedang terus bergolak dengan penglibatan langsung kuasa-kuasa besar dunia-Amerika, Russia dan Cina. Keamanan serta kemakmuran Kemboja tertakluk kepada arus-arus pergolakan politik yang sedang bergelora. Perang saudara meletus pada tahun 1970 apabila General Lon Nol merampas kuasa dengan sokongan Amerika dan Sihanouk mendapat sokongan daripada Cina dan Pol Pot. Bermulalah malapetaka yang menimpa rakyat Kemboja termasuk umat Islam Melayu-Champa.

    Perjanjian damai di Peranchis pada tahun 1991 membuka era baru bagi Kemboja. Pemerintahan Liberal-Demokrasi dengan Raja Berpelembagaan menyaksikan kemunculan 3 parti politik yang besar di Kemboja – Cambodian Peoples' Party di bawah pimpinan HunSen, FUNCIPEC di bawah pimpinan Putera Ranarridh dan Sam Rainsy Party.

    Genosid dan Penghapusan Etnik Melayu-Champa di Kemboja 1975-79

    Konvensyen Antarabangsa Genosid tahun 1948 menakrifkan genosid (genocide) sebagai pelbagai tindakan seperti “membunuh manusia daripada sesuatu kelompok yang mempunyai identiti nasional, etnik, ras atau agama yang tertentu, dengan tujuan untuk menghapuskan sebahagian atau keseluruhannya sesuatu kelompok itu”.

    Inilah yang berlaku pada zaman pemerintahan rejim komunis Pol-Pot di Kemboja pada tahun 1975-79. Bangsa Melayu-Champa yang keseluruhannya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Cham serta mempunyai adat resam dan sejarah yang tersendiri menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai. Sejak tahun 1974 lagi ‘alim ulama' Islam sudah mula dibunuh. Apabila Pnom Penh, ibukota Kemboja jatuh pada tahun 1975, keseluruhan ahli Majlis Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan kemudiannya terus dibunuh. Imam Abdullah bin Idris Mufti Kemboja turut syahid.

    Polisi penghapusan etnik ini terlaksana dengan beberapa pendekatan:

    Pendekatan pertama ialah penghinaan jiwa dan maruah bangsa Cham. Lelaki bangsa Cham yang konon berdegil untuk terus bersongkok, berkopiah atau berserban akan dibunuh. Begitu juga orang perempuan yang ingin terus berselendang, bersanggul dan berpakaian labuh seperti baju kurung. Semua dipaksa berpakaian hitam. Bahasa Melayu-Champa diharamkan langsung.

    Pendekatan kedua ialah pengharaman amalan-amalan beragama. Sembahyang, berpuasa, membaca Al-Qur'an merupakan amalan–amalan yang ditegah. Masjid atau surau dirobohkan atau dijadikan stor makanan atau barang. Memakan daging bab* dijadikan petanda untuk menguji kesetiaan dan keikhlasan seseorang Cham itu kepada perjuangan komunis. Dua kampung kecil orang Islam di Kahpol dan di Svey Kliang telah bangun melancarkan jihad. Mereka rela mati daripada tunduk kepada kekuasaan komunis.

    Pendekatan ketiga ialah pemindahan-paksa. Masyarakat Cham dari sesuatu kampung dipecah-pecahkan dan dihantar ke tempat-tempat yang jauh di antara satu sama lain.

    Ketiga-tiga pendekatan ini mengorbankan banyak nyawa.

    Faham komunis dan ras yang dijiwai oleh Pol Pot dengan impian kemegahan bangsa Khmer seperti zaman Angkor buat tidak dapat menerima kewujudan Bangsa Cham di bumi Kemboja. Polisi pembunuhan langsung dimulakan terutamanya di tebing timur Sungai Mekong mulai tahun 1978. Namun rahmat Allah swt sentiasa bersama mereka yang sabar. Vietnam dengan bala tentera yang besar telah melanggar Kemboja dan menjatuhkan pemerintahan rejim Pol Pot pada 7 Januari 1979.

    Pada keseluruhannya 90,000 atau 36% umat Islam mati di antara tahun 1975-79 di Kemboja. Nisbah ini lebih tinggi daripada anggaran 21% keseluruhan rakyat Kemboja yang turut terkorban iaitu 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975

    Sumber: Korban Aqiqah
    'Berjinjang Naik, Bertangga Turun' - http://signifikankkal.blogspot.com

    ariffuddin

    • *
    • Posts: 249
      • View Profile
    Reply #1 24 May, 2009, 11:32:59 AM
  • Publish
  • kalo diperhalusi dengan lebih teliti dan mendalam.
    sebetulnya...ada dua fakta (bukan teori!) berkenaan sejarah kerajaan Champa.

    satu...fakta umum yang menegaskan tapak kerajaan ini adalah terletak di atas sempadan tiga buah negara masa kini iaitu vietnam, kemboja dan thailand.

    kedua..fakta yang sengaja digelapkan pihak tertentu..meriwayatkan..tapak kerajaan ini terletak di dalam wilayah Aceh sekarang.

    Champa adalah panggilan dalam dialek Jawa daripada pengenalan sebuah kerajaan islam lama yang pernah wujud di dalam wilayah Aceh sekitar awal abad ke-8 dulu...yang bernama Jeumpa.
    Kerajaan ini asalnya adalah warisan daripada kerajaan hindu purba. diIslamkan oleh seorang ulama' muda bernasabkan ahlu bait yang hanya dikenali nama Abdullah. menurut mantan ketua pengarah jabatan muzium malaysia dato’ syahrom bin yub..ahlu bait ini datang dari Parsi/Iran ketika itu...telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki lalu mengikuti pelayaran ke asia nusantara yang dikemudikan oleh sebahagian para pendakwah yang turut melakukan kerja dagangan.

    wilayah takluk kerajaan islam jeumpa ini didapati meliputi sebahagian besar pula sumatera sehingga ke utara pulau jawa. kemudian menaungi bahagian utara semenanjung tanah melayu sehingga ke sempadan negara laos.

    Allahu'alam.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #2 24 May, 2009, 02:15:53 PM
  • Publish
  • kalo diperhalusi dengan lebih teliti dan mendalam.
    sebetulnya...ada dua fakta (bukan teori!) berkenaan sejarah kerajaan Champa.

    satu...fakta umum yang menegaskan tapak kerajaan ini adalah terletak di atas sempadan tiga buah negara masa kini iaitu vietnam, kemboja dan thailand.

    kedua..fakta yang sengaja digelapkan pihak tertentu..meriwayatkan..tapak kerajaan ini terletak di dalam wilayah Aceh sekarang.

    Champa adalah panggilan dalam dialek Jawa daripada pengenalan sebuah kerajaan islam lama yang pernah wujud di dalam wilayah Aceh sekitar awal abad ke-8 dulu...yang bernama Jeumpa.
    Kerajaan ini asalnya adalah warisan daripada kerajaan hindu purba. diIslamkan oleh seorang ulama' muda bernasabkan ahlu bait yang hanya dikenali nama Abdullah. menurut mantan ketua pengarah jabatan muzium malaysia dato’ syahrom bin yub..ahlu bait ini datang dari Parsi/Iran ketika itu...telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki lalu mengikuti pelayaran ke asia nusantara yang dikemudikan oleh sebahagian para pendakwah yang turut melakukan kerja dagangan.

    wilayah takluk kerajaan islam jeumpa ini didapati meliputi sebahagian besar pula sumatera sehingga ke utara pulau jawa. kemudian menaungi bahagian utara semenanjung tanah melayu sehingga ke sempadan negara laos.

    Allahu'alam.

    :senyum:.. Syabas arifuddin.. ilmu yg berguna..

    p/s: nape ari rabu baru ni xdatang ek?
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    ariffuddin

    • *
    • Posts: 249
      • View Profile
    Reply #3 25 May, 2009, 01:01:42 PM
  • Publish
  • Fakta yang kedua tue…
    Saya temui ketika menelusuri nasab/susurgalur nenek moyang saya sebelah arwah ayah di kampung raja dalam daerah besut. Dari situlah tersingkap segala sejarah silam yang selama ini sengaja disembunyikan oleh orang-orang tua kami yang terdahulu. Disokong pula oleh ahli sejarawan dan pihak muzium negeri.

    Saya memang ada kecenderungan dalam bidang sejarah.
    Tambah lagi sejarah yang berkait rapat dengan melayu dan islam di nusantara.
    Tapi dengan syarat…hati biar ikhlas!

    p/s: dua tiga minggu nie..saya harus tangguh dulu kuliyyah di madrasah sementara waktu.
    ada beberapa hal peribadi perlu diselesaikan. maaf..saya tidak mahu jelas di sini. 

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #4 25 May, 2009, 01:03:37 PM
  • Publish
  • Fakta yang kedua tue…
    Saya temui ketika menelusuri nasab/susurgalur nenek moyang saya sebelah arwah ayah di kampung raja dalam daerah besut. Dari situlah tersingkap segala sejarah silam yang selama ini sengaja disembunyikan oleh orang-orang tua kami yang terdahulu. Disokong pula oleh ahli sejarawan dan pihak muzium negeri.

    Saya memang ada kecenderungan dalam bidang sejarah.
    Tambah lagi sejarah yang berkait rapat dengan melayu dan islam di nusantara.
    Tapi dengan syarat…hati biar ikhlas!

    p/s: dua tiga minggu nie..saya harus tangguh dulu kuliyyah di madrasah sementara waktu.
    ada beberapa hal peribadi perlu diselesaikan. maaf..saya tidak mahu jelas di sini. 


    Ya.. keikhlasan tu penting..
    Tp itu semua dalam Ilmu ALLAH..
    Moga2 saudara menjadi ahli sejarah islam yg terkemuka suatu hari nanti..
    :)

    p/s: ok la tu.. selasa ngan rabu ni insyaALLAH sy pergi..~

    ariffuddin

    • *
    • Posts: 249
      • View Profile
    Reply #5 26 May, 2009, 12:25:46 PM
  • Publish
  • Doakan kebaikan untuk kita semua.
    Guru-guru kita dan semestinya kedua-dua ibu bapa kita.

    muaz

    • *
    • Posts: 90
    • "DoA SeOrAnG UlAmA"
      • View Profile
    Reply #6 02 June, 2009, 07:36:59 AM
  • Publish
  • sya pernah belajar nie sejarah melayu champa,seronak gak citernyer....tp ingtlah bahawa melayu tidk ada nilai di akhirat nnti..

    ariffuddin

    • *
    • Posts: 249
      • View Profile
    Reply #7 05 June, 2009, 03:52:27 PM
  • Publish
  • walaupun nabi tidak perjuangkan bangsanya...
    tidaklah pula nabi melarang umatnya mengaji dan mendalami ilmu salasilah.

    ilmu salasilah ada dua.
    satu salasilah ilmu dan duanya..salasilah nasab.
    dua-duanya mustahak dipelajari oleh ummat islam.
    untuk apa?? adalah hikmahnya....

    lihatlah...
    hari nie...baper ramai yang tertukarfaham perihal salasilah ilmu dgn salasilah nasab.
    lantaran tidak ada ilmu mengenainya.
    lebih-lebih lagi...mereka yang melalui jalan sufi/tareqat.

    sampai kepada anak cucu...terus terpedaya konon si atuk dulunya adalah berketurunan RSAW (salasilah nasab)..sedangkan hakikatnya..si atuk hanyalah mewarisi ilmu tareqat dari mursyidnya yang berketurunan RSAW (salasilah ilmu).

    inilah masa'alah yang sedang dihadapi oleh persatuan ahli bait RSAW Malaysia.
    ramai yang mendakwa ada bukti kukuh mereka adalah bernasabkan RSAW melalui warisan ilmu tareqat daripada mursyid tareqat RSAW melalui atuk2 mereka. sedangkan...atuk2 mereka dulu...sekadar menerima salasilah ilmu tareqat daripada mursyid yang bernasabkan RSAW.
    belum tentu mereka adalah salasilah nasab RSAW!

    hmmm...
    penting sangatker benda nie semua??
    kata mursyid saya...memang mustahaq!!
    sejarah adalah agama...agama adalah salasilah..salasilah adalah sejarah!!
    ini soal kepentingan nasab dalam pencaturan agama.

    di mana letak duduk melayunya kamu??
    mata sepet macam orang cina monggolia.
    mulut kecil macam orang russia.
    hidung besar macam orang pakistan dan arab.
    rambut merah macam orang eropah.
    carilah maksud melayu tue.

    Allah jadikan bangsa nie bukan main-main.
    ada tujuannya.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1151 Views
    Last post 08 June, 2007, 10:29:23 AM
    by Daeng Jati
    14 Replies
    6240 Views
    Last post 29 January, 2010, 02:04:46 PM
    by ummi@uli@09
    10 Replies
    2239 Views
    Last post 25 February, 2011, 10:02:21 AM
    by abuzulfiqar