Puasa Sunat di Bulan Dzulhijjah

Author Topic: Puasa Sunat di Bulan Dzulhijjah  (Read 24062 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

halawah

  • *
  • Posts: 2590
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
04 December, 2008, 12:52:30 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    BismillahirRahmanairRahiim;

      Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
     "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim).

    Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.


     Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)

                     Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam  untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.


    Catatan;
    http://www.muis.gov.sg/cms/news/news.aspx?id=3136
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #1 04 December, 2008, 01:11:57 AM
  • Publish Di FB
  • PUASA PADA BULAN DZUL-HIJJAH?

    Soalan; apakah kelebihan berpuasa dalam bulan Zulhijjah? Apa pula kelebihan puasa hari Arafah?

    Jawapan;Dari Hafsah r.a. menceritakan;أربع لم يكن يدعهن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم صيام عاشوراء والعشر وثلاثة أيام من كل شهر والركعتين قبل الغداة
    “Empat amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘ashyr (yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah), puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, at-Thabrani dan an-Nasai)Maksud al-‘Ashyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Dzulhijjah hingga hari ke sembilannya. Disunatkan puasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari Arafah. Malah terdapat hadis lain yang menegaskan bahawa sepuluh hari awal Dzulhijjah adalah hari-hari paling baik untuk beramal dengan apa sahaja amal kebaikan, tidak tertumpu kepada puasa sahaja, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.;

    ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى اللَّه من هذه الأيام:يعني أيام عشر ذي الحجة
    “Tidak ada hari-hari di mana mengejakan amal soleh padanya paling disukai oleh Allah dari hari-hari ini; yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

    Adapun fadhilat puasa hari ‘Arafah iaitu hari ke 9 Dzulhijjah, Abu Qatadah r.a. menceritakan;

    سئل رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم عن صوم يوم عرفة؟ قال: يكفر السنة الماضية والباقية
    “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”. (Riwayat Imam Muslim)

    Hari ‘Arafah adalah hari yang paling afdhal dari segala hari.[1] Ini kerana Rasulullah bersabda;

    مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْداً مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
    “Tidak ada satu hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari api neraka dari hari ‘Arafah”. (Riwayat Imam Muslim)

    Namun demikian puasa pada hari ‘Arafah itu hanya disunatkan kepada yang bukan jamaah Haji. Adapun jemaah Haji, mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi disunatkan berbuka sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. dan untuk memperolehi kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut. Abu Hurairah r.a. menceritakan;

    أنَّ النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم نهى عنْ صوم يومْ عَرَفَة بعَرَفةَ
    “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

    Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; “Orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w, berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah”. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya. (Riwayat Imam Muslim).

    Wallahu A’lam.

    Rujukan;

    1. Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, kitab al-I’tikaf, bab Shaumi ‘Asyri Zilhijjah.
    2. Nailul-Authar, Imam as-Syaukani, 4/239.
    3. Raudhatul-Muttaqien, jil. 3, hlm. 253.
    4. Subulus-Salam, Kitabu as-Shiyam, bab Shaumu at-Tatawwu’ wa Ma Nuhiya ‘An Shaumihi.

    [1] Di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie ada dua pandangan berhubung hari yang paling afdhal iaitu;
    a) Pandangan pertama; hari jumaat. Berdalilkan hadis Nabi s.a.w.;
    خير يوم طلعت فيه الشَّمس يوم الجمعة
    “Hari terbaik muncul padanya matahari ialah hari jumaat”. (Riwayat Imam Muslim)
    b) Pandangan kedua; hari ‘Arafah. Berdalilkan hadis di atas. Inilah pandangan yang ashah. Adapun hadis kelebihan hari Jumaat, maka ditakwilkan sebagai hari paling afdhal di kalangan hari-hari dalam seminggu, bukan hari-hari secara keseluruhannya dalam setahun.
    (Rujuk; Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, juz. 9, Kitab al-Hajj).
    Jika ditanya; bagaimana pula dengan lailatul-Qadar? Maka apakah hari ‘Arafah lebih mulia dari lailatul-Qadar? Jawapannya; hari ‘Arafah adalah adalah hari paling mulia di antara hari-hari dalam setahun. Adapun Lailatul-Qadar, maka ia adalah malam yang paling mulia di antara malam-malam dalam setahun. Kerana itulah dalam hadis di atas disebutkan (من أيام), bukan (من ليال). (Lihat: Raudhatul-Muttaqien, jil. 3, hlm. 253).


     http://dupwp.wordpress.com/tj/

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #2 04 December, 2008, 08:20:52 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Semoga sama-sama mendapat menfaatkan ilmu yang benar dari kebenaran dan menghayati Faedah di Bulan Dzulhijjah yang mulia ini,

    Dr Abd Basit: Khutbah Kelebihan 10 Zulhijjah 1/4






    Fadhilah Puasa Yaumul-Arafah;










    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #3 31 October, 2011, 01:28:24 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
     Silakan baca artikel keterangan diatas dahulu,Insya Allah akan faham maksud yang dinyatakan dibawah berikut;
    Alangkah indahnya Islam setiap tahun diperingati peristiwa-peristiwa bersejarah sebagai qudwah ikutan dan memperkuatkan iktikad semangat hidup lebih cekal dan tabah dalam hidup.
    Semoga ummat Nabi Muhammad saw masa kini lebih cekal dan canggih dalam kenal hidup,terutama korban dalam diri,Allah swt hanya memberikan kurniaan dan kelebihan buat hamba-hambanya saja yang mengamalkan dan melaksanakan,tanpa amalan mana dapat melihat hikmah dan pernyataan bukti yang Allah swt berikan/hadiahkan pada hambanya,

    Maha besar fadhilah dan budinya Allah swt dan maha Benarnya Rasulullah saw menyampaikan ajarannya semata membantu dan menyama-rata rasakan atas segala pengamalan yang dilakukan Pengorbana oleh para mursalin dan jamaah hujjaj di Arafah;

    semoga kita tidak ketinggalan untuk melaksanakan perintah dengan ikhlas dan tenang penuh yakin;
      Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
     "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim).

     Setiap tahun berbedza jatuhnya haribulan dan berlakunya amaalan ini jika mengikut tanggal Hari bulan miladiyah,kerana kita penduduk yang jauh dari negara Saudiyyah berbeza jam/waktu dan hari,secara bijaksana kita hendaklah berhati-hati untuk melaksanakan puasa sunnat yang besar hikmah dan fadhilahnya;
    Tahun ini Aidhil-Adha mengikut Hisab jatuhnya pada tanggal 6hb November 2011,semperna dengan 11 Zulhijjah 1432,
    maka kita digalakkan berpuasa tiga hari sebelumnya itu.agar dapat fadhilah dan kurniaan untuk Hamba dimukabumi i dari Allah swt untuk kita semua iaitu;

     3hb November 2011 Hari khamis bersamaan dengan 7 zulhijjah 1432
     4 November 2011 hari Jumaat bersamaan dengan 8 Zulhijjah 1432
     5 hb November 2011 Hari Sabtu bersamaan 9 Zulhijjah 1432

    6hb November 2011 Hari Ahad bersamaan 10hb Zulhijjah 1432 (yaumul Arafah=Hari Raya AidhilAdha)
    apabila tanggal yang ditetapkan Saudiyyah bertukar maka Hari Raya itu jatuh pada hari sebelumnya maka kita terselamat dari mengerjakan puasa sunnat itu pada tanggal Haram yaitu yaumul Tasyriq .

    Hanya sukacitanya saya pribadi ingatkan usah sampai kita terlanjur pada  hari yang Haram maka lebih baiklah kita laksanakan lebih awal dari tanggal ditetapkanl.(haribulan yang dianggarkan itu),kerana mengelakkan jatuhnya Arafah pada hari Sabtu secara spontan tanpa kita sedari termasuk pula waktu yang diharamkan,nauzubillahimin zalik.
    Jadi hendaknya kita berpuasa dimulai  pada 2hb November 2011 Hari Rabu bersamaan 6 Zulhijjah 1432.
    Allahumma Yahdina ila Siratalmustaqiim.
    Wabittaufiq wal Hidayah
    Wassalamualaikum wr wb.
    « Last Edit: 31 October, 2011, 01:31:13 PM by halawah »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    28 Replies
    22909 Views
    Last post 20 August, 2013, 07:03:28 PM
    by al_ahibbatu
    2 Replies
    4348 Views
    Last post 22 December, 2009, 09:12:57 PM
    by Ummi Munaliza
    1 Replies
    765 Views
    Last post 14 October, 2013, 09:33:36 AM
    by Mei