Mukjizat di sebalik BISMILLAH

*

Author Topic: Mukjizat di sebalik BISMILLAH  (Read 23767 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 15 September, 2009, 01:45:23 PM
  • Publish
  • BASMALAH ITU SEBESAR-BESAR AYAT

    Perhatikan Basmalah yang termaktub dalam Surat Sulaiman kepada Balqish. Basmalah diturunkan kali kedua untuk umat Muhammad s.a.w. sedang kali pertamanya kepada Sulaiman a.s. Hebatnya Basmalah di zaman Sulaiman a.s. itu diketahui oleh Fir'aun, hinggakan di atas pintu gerbang Fir'aun pun ditulis Basmalah itu (walaupun Fir'aun mendakwa dirinya Tuhan). Mengapa? Kerana Fir'aun pun tahu bahawa dia bukan Tuhan yang sebenar. Fir'aun tahu bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, cuma dia tidak mengaku. Menyedari bahawa Basmalah DIULANG turunnya kepada umat Muhammad s.a.w. tentulah akan mendorong kita mengkaji Basmalah itu dengan terperinci sebab ia mempunyai hikmah dan rahsia yang amat besar dalam usaha menundukkan orang-orang kafir yang memusuhi Islam:

    "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)." (An-Naml 027:30-31)

    Kalau anda kenal Sulaiman a.s., tentu anda sedar bahawa baginda dikurniakan oleh Allah kerajaan, ilmu, teknologi dan kekayaan yang amat hebat dan tidak ada lagi manusia yang dikurniakan kelebihan seperti itu sebelumnya mahupun selepasnya. Pada pendapat saya, kurniaan terbesar kepada Sulaiman a.s. ialah ayat Basmalah itu dan segala rahsianya, yang mana dengannya Allah kurniakan pula berbagai kelebihan yang lain itu kepada baginda. Kemudian Basmalah itu DIULANG turunnya untuk umat Muhammad s.a.w. Adakah anda fikir Allah lakukan itu dengan sia-sia? Semoga direnungkan masak-masak.

    BASMALAH DALAM AL-FATIHAH

    Sebenarnya Islam bukanlah agama mistik (bukan agama sihir). Dalam Al-Qur'an itu sarat mengandungi pengajaran, hikmah dan perumpamaan yang mendorong umat Islam agar membuat kajian lanjut. Basmalah merupakan ayat yang DIULANG turunnya kepada umat Muhammad s.a.w., dan ia adalah salah satu ayat dalam Surah Al-Fatihah. Ada ulama' yang berpendapat bahawa Malaikat Jibril ketika menyampaikan wahyu kali pertama kepada Rasulullah s.a.w. di Gua Hira' itu membawa sebuah lembaran, kemudian menyuruh Rasulullah s.a.w. membacanya. Jibril berkata "Iqra'.." buat pertama kali. Lembaran itu, menurut sebahagian ulama' ialah Surah Al-Fatihah.. Dan mereka berpendapat bahawa Al-Fatihah pun turun BERULANG (dua kali, dan hanya Al-Fatihah turun BERULANG). Pertama kali semasa di Gua Hira' (dalam keadaan sedia tertulis) dan kali keduanya di Mekah (dibacakan oleh Jibril a.s.). Sila rujuk lebih lanjut.

    Kalau semua umat Islam bukan saja 'mengaji' Al-Fatihah, bukan saja baca Al-Fatihah dalam solat, bukan saja faham makna setiap ayatnya tapi mengkaji Al-Fatihah dan memperhatikan ayat-ayatnya, umat Islam akan jadi umat yang paling kuat, paling maju, paling kaya, paling digeruni kerana kehebatan mereka. InsyaAllah.

    di petik dr megasutra

    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    Reply #21 27 October, 2009, 05:17:29 PM
  • Publish


  • Mukjizat di sebalik BISMILLAH

    BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

    KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
    1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

    2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
    3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

    4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
    5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

    6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

    7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

    8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

    9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

    10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

    11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

    Wallahualam
    Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

    Reply #22 27 October, 2009, 10:59:59 PM
  • Publish
  • kelebihan basmalah ni adalah sebahagian dari keberkatan asma' Allah 'azzawajalla. tapi, jangan dilupa semua yang berlaku dengan kehendakAllah semata2...
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    Reply #23 20 December, 2009, 06:51:52 AM
  • Publish
  • Artikel ni best..terima kasih kerana menghebahkan info .Alhamdulillah..sebab Allah kurniakan kalimah yang penuh hikmah kepada kita semua.Hanya dengan melafazkan bismillah kita akan mendapat perlindungan dan pertolongan daripada Allah Yang Maha Besar.Allah Maha Pemurah.

    Reply #24 29 October, 2010, 03:15:42 PM
  • Publish
  • KESAN TAK BACA BISMILLAH


    DICERITAKAN OLEH SEORANG PEMBACA ( TOK DAHAMAN) 
    YG TINGGAL DI KG  SIDAM, KEDAH KPD MAJALAH IKTIBAR.


    Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

    Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara itu, jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walau bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

    Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

    Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...). Syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

    Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan  melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada  berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah  dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan  tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya  bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.

     Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.

    Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah... atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH...


    Abdullah Faqir

    Reply #25 29 October, 2010, 03:27:05 PM
  • Publish
  • Amalan dimulai pekerjaan dgn Bismillah ini adalah salah satu bukti punca keberkatan dan keyakinan diawal pekerjaan;

    cuba kita sama2 renungkan kandungan arti kalimah tsb;
    "BismillahirRahmanirRahiim;
    Dengan Nama Allah Yang Amat Pengasih  Lagi  Amat Penyayang "

    Maka cukup jelas dan terang Allah swt ucapkan kpd kita ; " I LOVE YOU"
    Tidakkah ia meyakinkan !!! Suatu kata Motivasi/Dorongan

    Memang sudah sewajarnyalah kita membalas ucapan ;
      "Alhamdulillah"
    "Segala Puji Bagi Allah swt"
    seolah2nya kita ucapkan "Thank's You"

    sbg Penghargaan kita kpd Kekasih kita yg tlh memberikan kegembiraan kpd kita.

    Wassalam.

    terima kasih atas keterangan mak halawah dan rakan sekalian..ini info terpenting bagi saya..serta maksudnya..akan saya kuncikan dalam minda..
    I am proud to be a MUSLIM

    Reply #26 13 December, 2010, 02:15:19 PM
  • Publish
  • SALAM..
    saya tertarik untuk mengetahui dan mengkaji ttg zikir bismillah...
    saya rasa ramai org sekadar menyebutnya sahaj...ttp disebalik nama dan huruf yg disebut rupa2nya tersimpan seribu rahsia...
    kalimah ini juga ada di mana2 di dalam diri kita....adakah kita layak sekadar menyebut tanpa mengetahui makna yg tersirat???
    mana janji-janji keberkatan dan kebahagiaan bagi org yg mengamalkannya??...apa yg salah dgn bismillah diwariskan???
    « Last Edit: 13 December, 2010, 02:17:10 PM by Qasseh »

    Reply #27 22 December, 2010, 10:02:59 PM
  • Publish
  •  :ws:

    Kalimah Basmalah; بسم الله الرحمن الرحيم

    Apabila dizikirkan hingga 21X ianya menjadi Syifa' bagi siapa yang mengamalkan dengan penuh yakin...

    Sifat AR RAHMAAN (yang Maha Pemurah) dan AR RAHIIM (yang Maha Penyayang),

    Dan kemudian ia meluruskan niat untuk melaksanakan jika adanya kehendak menyayangi.

    `Katakanlah: serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, DIA mempunyai Al-Asmaaul Husna (nama-nama yang paling indah) ' [Al Israa' 110]

    Manusia yang memiliki sifat Ar-Rahiim  adalah manusia yang tidak berpaling dari orang-orang yang memerlukannya, yaitu dengan memenuhi kebutuhan-kebutuhan mereka seberapa dirinya mampu.
    Wallahu 'Alam.

    Wbittaufiq  Walhidayah.
    Wassalam.

    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #28 17 January, 2011, 07:48:19 PM
  • Publish
  •  :)

    bismi-ll?hi ar-ra?m?ni ar-ra??mi
    “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”

    Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    Reply #29 17 January, 2011, 07:50:02 PM
  • Publish
  •  :)

    Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan

    Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :
    “Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”

    Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
    “Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

    Reply #30 17 January, 2011, 07:53:01 PM
  • Publish
  •  :)

    Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-

    Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.
    Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.

    Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.

    Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada- mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi. “Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ……. ” Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.

    Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti : ” Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.

    Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
    Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

    Artikel asal:  http//blog.mixterr.com/kelebihan-bismillah
    « Last Edit: 17 January, 2011, 07:57:14 PM by rabbitah »

    Reply #31 17 January, 2011, 08:36:32 PM
  • Publish
  •  :)

    saya cadangkan agar sesiapa yang minat untuk amalakan zikir bismillah ini berjumpa dengan guru yang dapat mengijazahkan zikir ini,memang besar faedah zikir bismillah sehinggakan ada yang mengamalkannya menjadi hamba Allah yang soleh padahal sebelum beramal dia seorang yang suka pada maksiat

    Reply #32 08 February, 2011, 08:38:24 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt..

    Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan

    Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud : " Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. " Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiada seorang hamba yang mengucapkab Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat  dalam buku amalannya 400 kebaikan."

    Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-

    01. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.

    02. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang mengejut dan sebarang bencana.

    03.  Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.

    04. Jika didapati seseorang yang sedang pensan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.

    05. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat. maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.

    06. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.

    07. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.

    08. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.

    09. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya.

         Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada-mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

        " Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi.

        " Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ....... "

    Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.

    10. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti :

         " Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu"

    11. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.

    12. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.

    13. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.

    14. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

    Petikan Dari Metro

    Laman web : http://www.al-azim.com/~beringin/agama/bismillah.htm
    Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

    Reply #33 20 July, 2011, 12:01:46 AM
  • Publish


  • Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.

    Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

    Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

    Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

    Reply #34 11 August, 2011, 12:11:12 PM
  • Publish
  • Bismillah...

    Assalamualikum wbt...
    Ya Robbi Sollai A'la Muhammad , Ya Robbi Solli Alahi Wassallim...

    Disini , ingin saya berkongsi sebuah video yang menunjukkan kebesaran Allah S.w.t..
    Benarlah kata orang Alim , orang dahulu.. dengan hanya lafaz bismillah sudah boleh
    menjadi Karomah.. sudah boleh berjalan atas air...

    Kesan Bismillah dengan izin Allah...


    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    Reply #35 22 April, 2012, 09:20:17 PM
  • Publish
  • Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

                            Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
    Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

                                Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

                                Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


    Rezeki di tangan ALLAH.
    Pelajari kaedah mendapat pendapatan lumayan disini.
    DAFTAR PERCUMA.
    http://www.drazizah.com/suria

    Reply #36 03 November, 2012, 06:51:57 PM
  • Publish
  •  :)
    Artikel dibawah ini;
    Pernyataan diri
     baru intro diri pada bius diri

    Alhamdulillah Ilmu bermenfaatkan diri,
    untuk ahli keluarga sendiri
     dan pada yang lainnya...

    Amantu billah
    Wabil amantu Rasulillah saw
    iqtikadtu ala sunnatillah wabiRasulillah saw

    Terima kasih daun pudina
    usaha ini agar tetap berguna..

    BismillahirRahmanirRahiim

    mulai bacaan bil qalam

    [float=left][/float]Telah menjadi suatu kebiasaan di dalam penulisan kitab-kitab agama, penulis kitab akan membuka penulisan mereka dengan kalam Basmalah, kemudian dituruti bersama dengan selawat dan puji-pujian ke atas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Terutamanya di dalam kitab-kitab syarah atau hasyiah yg dikarang oleh para ulama al-mutaqaddimeen, sebelum mereka mensyarahkan tentang isi kitab tersebut, terlebih dahulu mereka akan memulakan perbincangan dengan mensyarahkan hukum hakam yg berkaitan dengan BISMILLAH.

    Oleh itu, terdapat 2 persoalan penting yg dibincangkan mengenai Basmalah ini, iaitu:

    1. Mengapa penulis memulakan penulisan dengan Basmalah?

    2. Bilakah keadaan yg dituntut & tidak dituntut untuk mengucapkan Basmalah?

    Jawapan persoalan pertama:

    Para ulama menyatakan bahawa memulakan penulisan dengan Basmalah adalah dengan tujuan Iqtidaa’ (mengikut atau menyontohi) dengan sesuatu yg telah dimulakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran al-Kareem. Abu Bakr at-Tunisi telah menaqalkan bahawa telah menjadi ijma’ para ulama bagi setiap agama samawi(Islam, Yahudi & Nasrani) bahawa Allah SWT memulakan setiap kitab-Nya (Injil, Taurat, Zabur & Al-Quran) dengan Basmalah, berdasarkan kepada hadis:

    كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أبتر أو أجزم أو أقطع

    “Setiap pekerjaan yg tidak dimulai padanya dengan ucapan Basmalah, maka pekerjaan itu akan terpotong & terputus (iaitu cacat & kurang keberkatan)”

    Perkataan أمر menunjukkan kepada keumuman pekerjaan termasuklah perbuatan, percakapan dan penulisan. WA

    Jawapan kedua:

    Walaupun kalimah أمر berbentuk umum, tetapi para ulama menyatakan bahawa di sana terdapat pengecualiaan terhadap tuntutan memulakan pekerjaan, percakapan & penulisan dengan Basmalah pd 5 keadaan:

    1. Haram pada zatnya (dirinya) seperti zina, mencuri, merompak & sebagainya yg mana dalil pengharamannya thabit secara qat’ie di dalam al-Quran & sunnah nabi SAW.

    2. Haram li ‘aridhi (haram disebabkan faktor luaran) seperti berwuduk dengan menggunakan air yg dirampas, sedangkan membaca Basmalah ketika hendak berwuduk pada asalnya merupakan salah satu dari sunat-sunat wuduk.

    3. Makruh pada Zatnya seperti suami melihat faraj(kemaluan) isterinya tanpa sebarang sebab atau hajat.

    4. Makruh li ‘aridhi seperti makan bawang & petai.

    5. Berbeza ketika hendak membaca al-Quran, tidak disunatkan membaca Basmalah pada zikir semata-mata seperti “La ila ha illallah”. Begitu juga tidak disunatkan membaca Basmalah semata-mata ketika hendak mendirikan solat, kecuali kalau memulakannya dengan membaca surah al-Ikhlas sbg contoh, maka disunatkan membaca basmalah. Perkara nie banyak dilakukan masyarakat. Ia tidaklah haram, Cuma tidak disunatkan. WA.[1]

    Hikmah dituntut memulakan pekerjaan dengan Basmalah:

    Bukan setiap perkara yg Allah perintahkan dapat diketahui oleh manusia. Kadang-kadang ia merupakan perkara ta’abbudiyyah yg perlu kita laksanakan dengan penuh ketaatan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kebesaran Allah SWT bahawa Dia memiliki ilmu yg sangat luas melampaui keluasan alam semesta, sehingga tidak terjangkau oleh akal manusia yg lemah & terbatas ini. Namun begitu, kadang kala Allah SWT membukakan pintu rahsia & hikmah di sebalik perintah dan ciptaanNya kepada para ulama & hambaNya yg beriman. Ini suatu kelebihan yg tidak semua manusia mampu memilikinya.

    Berkenaan dengan Basmalah, di sana terdapat hikmah & rahsia mengapa kita dituntut untuk memulakan setiap pekerjaan dengan membacanya.

    “Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

    Kalau kita perhatikan, bukankah makna Basmalah ini seolah-olah seperti tergantung(tak sempurna)? Sebagai contoh kita sebut ‘dengan kerusi yg merah lagi kecil ini’ … bukankah tergantung maknanya? Ucapan seperti ini di dalam ilmu Balaghah dianggap sebagai ucapan yg tidak fasaahah kerana gagal memahamkan para audience. Namun begitu, adakah ini bermaksud bahawa kalam Allah SWT juga tidak fasaahah?

    Bagi sesiapa yg pernah mempelajari ilmu Nahu bahasa arab, di dalamnya terdapat satu tajuk berkenaan dengan Harfu al-Jar seperti lam(ل), ba(ب), min(من) & sebagainya. Allah SWT memulakan kalimah Basmalah dengan huruf ba(ب) yg membawa maksud ‘dengan’. Mengikut kaedah nahu, huruf jar perlu dita’liq (bergantung) dengan fi’il (perbuatan) sebelumnya. Sebagai contoh, “Zaid pergi ke kedai dengan motor”. Dalam contoh ayat ini, ‘dengan’ bergantung dengan perbuatan ‘pergi’. Namun dalam ayat ini, kalimah ‘pergi’ disebut secara zahir. Tetapi berbeza dengan kalimah di dalam Basmalah … ia dimulakan dengan huruf ba tanpa didahului oleh sebarang kalimat yg menunjukkan kepada perbuatan. Justeru dalam hal ini, setiap orang yg ingin menyebut Basmalah, dia hendaklah mentaqdirkan (menganggap) di dalam hatinya dengan perbuatan yg ingin dia lakukan. Contohnya sekiranya zaid hendak membaca buku, maka zaid perlu nyatakan di dalam hatinya atau melafazkannya seperti ‘aku membaca buku Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’.

    Apakah hikmahnya?

    Hikmahnya adalah supaya kita sentiasa bergantung kepada Allah SWT, Tuhan yg memiliki sekalian langit dan bumi. Kita perlu sedar bahawa apa yg kita lakukan adalah dengan Iradah dan Qudrat-Nya. Sekiranya Allah SWT tidak mengkehendaki kita melakukannya, walaubagaimana cara sekalipun usaha yg kita lakukan … perkara tersebut tidak akan terlaksana. Kerana segalanya di bawah kuasa Allah … yg merupakan Raja dan Pemerintah bagi setiap yg bernyawa dan yg mati. Allah telah bersaksi bahawa agamaNya tidak akan hilang & hapus dari muka bumi ini walaupun orang kafir dan musyrik membencinya.

    "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya"

    (as-Shaff: 8)

    Sekarang telah terbukti bahawa usaha yg selama ini mereka lakukan tidak berhasil. Mereka pernah meruntuhkan panji-panji Islam di Sepanyol suatu ketika dulu, tetapi hari ini suara Islam kembali kedengaran di sana. Rakyat beragama Islam menuntut hak mereka untuk mendirikan solat di masjid. Umat Islam bukan sahaja di Sepanyol, bahkan di negara-negara Eropah seperti England, Perancis dan sebagainya … jumlah mereka sudah semakin ramai. Di England, komuniti umat Islam merupakan komuniti kedua terbesar setelah Kristian. Gereja kosong … masyarakat Kristian tidak datang ke gereja lagi. Semangat keagamaan semakin hari semakin pupus di dalam diri mereka. Mereka mahu hidup bebas, menjadi atheis yg tidak mengenal tuhan. Gereja diambil alih & diganti menjadi masjid. Masjid-masjid tumbuh seperti cendawan. Ini membuktikan bahawa cahaya Islam sudah kembali menampakkan sinarnya dan akan terus terbit memancarkan cahayanya kepada seluruh alam.

    Pejuang Islam dituduh zalim, terrorist dan penindas … mereka ditindas, dikecam dan dizalimi … tetapi ia tidak pernah memadamkan nama Islam dari peta masyarakat dunia, bahkan terjemahan al-Quran semakin banyak dicetak dek permintaan yg begitu tinggi dari masyarakat bukan Islam. Mereka ingin tahu Islam yg sebenarnya. Adakah benar ia ganas? Adakah benar ia zalim? Adakah benar ia mendiskriminasikan wanita? Jumlah manusia yg menganut Islam bertambah ramai … Allahu Akbar Allahu Akbar … suaran azan sayup-sayup kedengaran memanggil manusia …… Rumah Allah tidak pernah kosong dengan manusia seperti mana agamaNya tidak pernah kosong dari lambakan penganutnya.

    Mengapa jadi begini..?

    “Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

    (al-Hasyr: 22-24)

    Kerana Dia adalah Allah. Bukan patung, bukan binatang & bukan juga manusia … tetapi dia adalah Tuhan sekalin alam. Qudrat Allah tiada siapa yg boleh menandinginya ..
    Jangan melihat kalimah Basmalah pada bilangan hurufnya, tetapi lihatlah pada besarnya maknanya …

    “Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang … aku memulakan pembacaan”

    [1] Tuhfatul Mureed li Jauharatit Tauhid, Syeikh Ibrahim al-Baijuri, m.s 9, cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

    http://ibnasmuni.blogspot.com/2007/11/basmalah-hukum-rahsianya_05.html
    « Last Edit: 03 November, 2012, 06:53:52 PM by halawah »

    Reply #37 03 December, 2012, 10:23:20 AM
  • Publish
  •  :)

    Tazkirah UAI 211012 - Kolam Kauthar


    Pemahaman "Bismillah" antara orang biasa dan orang ulama di minit ke-50 keatas

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2489 Views
    Last post 25 April, 2009, 05:13:39 PM
    by firdausnur
    2 Replies
    3258 Views
    Last post 17 November, 2009, 04:36:27 PM
    by wahieyda
    11 Replies
    3383 Views
    Last post 27 January, 2012, 12:22:41 AM
    by Ayatul Ukhuwwah