Mukjizat di sebalik BISMILLAH

*

Author Topic: Mukjizat di sebalik BISMILLAH  (Read 23304 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

jihad

  • *
  • Posts: 37
    • View Profile
29 May, 2007, 07:29:16 AM
  • Publish
  • Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

    Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

    Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah swt. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

    Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

    Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

    Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah swt menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

    Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

    sumber  http://www.raudhah.net/
    « Last Edit: 29 May, 2007, 08:56:10 AM by jihad »

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 693
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Reply #1 29 May, 2007, 07:46:28 AM
  • Publish
  • Inilah kekuatan manusia yang sering ingat pada Allah.
    ni ambil dari mana. Ana pernah baca ni.
    isikan juga sumber mudah-mudahan senang yang lain nak rujuk..
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    noor syamilah

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #2 15 December, 2007, 10:22:16 AM
  • Publish
  • Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

    Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

    Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


    Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

    Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.


    Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

    Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.


    Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.




    Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

    umsha

    • *
    • Posts: 695
    • Be yourself & always remember ALLAH
      • View Profile
    Reply #3 15 December, 2007, 12:44:28 PM
  • Publish
  • 'Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah'

    Sentiasalah mulakan hidup anda dengan ayat Allah supaya Allah memberkati dan meredhai setiap perkara yg kita buat pada hari itu.
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #4 15 December, 2007, 05:31:35 PM
  • Publish
  • Amalan dimulai pekerjaan dgn Bismillah ini adalah salah satu bukti punca keberkatan dan keyakinan diawal pekerjaan;

    cuba kita sama2 renungkan kandungan arti kalimah tsb;
    "BismillahirRahmanirRahiim;
    Dengan Nama Allah Yang Amat Pengasih  Lagi  Amat Penyayang "

    Maka cukup jelas dan terang Allah swt ucapkan kpd kita ; " I LOVE YOU"
    Tidakkah ia meyakinkan !!! Suatu kata Motivasi/Dorongan

    Memang sudah sewajarnyalah kita membalas ucapan ;
      "Alhamdulillah"
    "Segala Puji Bagi Allah swt"
    seolah2nya kita ucapkan "Thank's You"

    sbg Penghargaan kita kpd Kekasih kita yg tlh memberikan kegembiraan kpd kita.

    Wassalam.
    « Last Edit: 15 December, 2007, 05:37:22 PM by halawah »
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2090
      • View Profile
    Reply #5 15 December, 2007, 08:02:01 PM
  • Publish
  • [float=left][/float]Telah menjadi suatu kebiasaan di dalam penulisan kitab-kitab agama, penulis kitab akan membuka penulisan mereka dengan kalam Basmalah, kemudian dituruti bersama dengan selawat dan puji-pujian ke atas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Terutamanya di dalam kitab-kitab syarah atau hasyiah yg dikarang oleh para ulama al-mutaqaddimeen, sebelum mereka mensyarahkan tentang isi kitab tersebut, terlebih dahulu mereka akan memulakan perbincangan dengan mensyarahkan hukum hakam yg berkaitan dengan BISMILLAH.

    Oleh itu, terdapat 2 persoalan penting yg dibincangkan mengenai Basmalah ini, iaitu:

    1. Mengapa penulis memulakan penulisan dengan Basmalah?

    2. Bilakah keadaan yg dituntut & tidak dituntut untuk mengucapkan Basmalah?

    Jawapan persoalan pertama:

    Para ulama menyatakan bahawa memulakan penulisan dengan Basmalah adalah dengan tujuan Iqtidaa’ (mengikut atau menyontohi) dengan sesuatu yg telah dimulakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran al-Kareem. Abu Bakr at-Tunisi telah menaqalkan bahawa telah menjadi ijma’ para ulama bagi setiap agama samawi(Islam, Yahudi & Nasrani) bahawa Allah SWT memulakan setiap kitab-Nya (Injil, Taurat, Zabur & Al-Quran) dengan Basmalah, berdasarkan kepada hadis:

    كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أبتر أو أجزم أو أقطع

    “Setiap pekerjaan yg tidak dimulai padanya dengan ucapan Basmalah, maka pekerjaan itu akan terpotong & terputus (iaitu cacat & kurang keberkatan)”

    Perkataan أمر menunjukkan kepada keumuman pekerjaan termasuklah perbuatan, percakapan dan penulisan. WA

    Jawapan kedua:

    Walaupun kalimah أمر berbentuk umum, tetapi para ulama menyatakan bahawa di sana terdapat pengecualiaan terhadap tuntutan memulakan pekerjaan, percakapan & penulisan dengan Basmalah pd 5 keadaan:

    1. Haram pada zatnya (dirinya) seperti zina, mencuri, merompak & sebagainya yg mana dalil pengharamannya thabit secara qat’ie di dalam al-Quran & sunnah nabi SAW.

    2. Haram li ‘aridhi (haram disebabkan faktor luaran) seperti berwuduk dengan menggunakan air yg dirampas, sedangkan membaca Basmalah ketika hendak berwuduk pada asalnya merupakan salah satu dari sunat-sunat wuduk.

    3. Makruh pada Zatnya seperti suami melihat faraj(kemaluan) isterinya tanpa sebarang sebab atau hajat.

    4. Makruh li ‘aridhi seperti makan bawang & petai.

    5. Berbeza ketika hendak membaca al-Quran, tidak disunatkan membaca Basmalah pada zikir semata-mata seperti “La ila ha illallah”. Begitu juga tidak disunatkan membaca Basmalah semata-mata ketika hendak mendirikan solat, kecuali kalau memulakannya dengan membaca surah al-Ikhlas sbg contoh, maka disunatkan membaca basmalah. Perkara nie banyak dilakukan masyarakat. Ia tidaklah haram, Cuma tidak disunatkan. WA.[1]

    Hikmah dituntut memulakan pekerjaan dengan Basmalah:

    Bukan setiap perkara yg Allah perintahkan dapat diketahui oleh manusia. Kadang-kadang ia merupakan perkara ta’abbudiyyah yg perlu kita laksanakan dengan penuh ketaatan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kebesaran Allah SWT bahawa Dia memiliki ilmu yg sangat luas melampaui keluasan alam semesta, sehingga tidak terjangkau oleh akal manusia yg lemah & terbatas ini. Namun begitu, kadang kala Allah SWT membukakan pintu rahsia & hikmah di sebalik perintah dan ciptaanNya kepada para ulama & hambaNya yg beriman. Ini suatu kelebihan yg tidak semua manusia mampu memilikinya.

    Berkenaan dengan Basmalah, di sana terdapat hikmah & rahsia mengapa kita dituntut untuk memulakan setiap pekerjaan dengan membacanya.

    “Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

    Kalau kita perhatikan, bukankah makna Basmalah ini seolah-olah seperti tergantung(tak sempurna)? Sebagai contoh kita sebut ‘dengan kerusi yg merah lagi kecil ini’ … bukankah tergantung maknanya? Ucapan seperti ini di dalam ilmu Balaghah dianggap sebagai ucapan yg tidak fasaahah kerana gagal memahamkan para audience. Namun begitu, adakah ini bermaksud bahawa kalam Allah SWT juga tidak fasaahah?

    Bagi sesiapa yg pernah mempelajari ilmu Nahu bahasa arab, di dalamnya terdapat satu tajuk berkenaan dengan Harfu al-Jar seperti lam(ل), ba(ب), min(من) & sebagainya. Allah SWT memulakan kalimah Basmalah dengan huruf ba(ب) yg membawa maksud ‘dengan’. Mengikut kaedah nahu, huruf jar perlu dita’liq (bergantung) dengan fi’il (perbuatan) sebelumnya. Sebagai contoh, “Zaid pergi ke kedai dengan motor”. Dalam contoh ayat ini, ‘dengan’ bergantung dengan perbuatan ‘pergi’. Namun dalam ayat ini, kalimah ‘pergi’ disebut secara zahir. Tetapi berbeza dengan kalimah di dalam Basmalah … ia dimulakan dengan huruf ba tanpa didahului oleh sebarang kalimat yg menunjukkan kepada perbuatan. Justeru dalam hal ini, setiap orang yg ingin menyebut Basmalah, dia hendaklah mentaqdirkan (menganggap) di dalam hatinya dengan perbuatan yg ingin dia lakukan. Contohnya sekiranya zaid hendak membaca buku, maka zaid perlu nyatakan di dalam hatinya atau melafazkannya seperti ‘aku membaca buku Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’.

    Apakah hikmahnya?

    Hikmahnya adalah supaya kita sentiasa bergantung kepada Allah SWT, Tuhan yg memiliki sekalian langit dan bumi. Kita perlu sedar bahawa apa yg kita lakukan adalah dengan Iradah dan Qudrat-Nya. Sekiranya Allah SWT tidak mengkehendaki kita melakukannya, walaubagaimana cara sekalipun usaha yg kita lakukan … perkara tersebut tidak akan terlaksana. Kerana segalanya di bawah kuasa Allah … yg merupakan Raja dan Pemerintah bagi setiap yg bernyawa dan yg mati. Allah telah bersaksi bahawa agamaNya tidak akan hilang & hapus dari muka bumi ini walaupun orang kafir dan musyrik membencinya.

    "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya"

    (as-Shaff: 8)

    Sekarang telah terbukti bahawa usaha yg selama ini mereka lakukan tidak berhasil. Mereka pernah meruntuhkan panji-panji Islam di Sepanyol suatu ketika dulu, tetapi hari ini suara Islam kembali kedengaran di sana. Rakyat beragama Islam menuntut hak mereka untuk mendirikan solat di masjid. Umat Islam bukan sahaja di Sepanyol, bahkan di negara-negara Eropah seperti England, Perancis dan sebagainya … jumlah mereka sudah semakin ramai. Di England, komuniti umat Islam merupakan komuniti kedua terbesar setelah Kristian. Gereja kosong … masyarakat Kristian tidak datang ke gereja lagi. Semangat keagamaan semakin hari semakin pupus di dalam diri mereka. Mereka mahu hidup bebas, menjadi atheis yg tidak mengenal tuhan. Gereja diambil alih & diganti menjadi masjid. Masjid-masjid tumbuh seperti cendawan. Ini membuktikan bahawa cahaya Islam sudah kembali menampakkan sinarnya dan akan terus terbit memancarkan cahayanya kepada seluruh alam.

    Pejuang Islam dituduh zalim, terrorist dan penindas … mereka ditindas, dikecam dan dizalimi … tetapi ia tidak pernah memadamkan nama Islam dari peta masyarakat dunia, bahkan terjemahan al-Quran semakin banyak dicetak dek permintaan yg begitu tinggi dari masyarakat bukan Islam. Mereka ingin tahu Islam yg sebenarnya. Adakah benar ia ganas? Adakah benar ia zalim? Adakah benar ia mendiskriminasikan wanita? Jumlah manusia yg menganut Islam bertambah ramai … Allahu Akbar Allahu Akbar … suaran azan sayup-sayup kedengaran memanggil manusia …… Rumah Allah tidak pernah kosong dengan manusia seperti mana agamaNya tidak pernah kosong dari lambakan penganutnya.

    Mengapa jadi begini..?

    “Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

    (al-Hasyr: 22-24)

    Kerana Dia adalah Allah. Bukan patung, bukan binatang & bukan juga manusia … tetapi dia adalah Tuhan sekalin alam. Qudrat Allah tiada siapa yg boleh menandinginya ..
    Jangan melihat kalimah Basmalah pada bilangan hurufnya, tetapi lihatlah pada besarnya maknanya …

    “Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang … aku memulakan pembacaan”

    [1] Tuhfatul Mureed li Jauharatit Tauhid, Syeikh Ibrahim al-Baijuri, m.s 9, cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

    http://ibnasmuni.blogspot.com/2007/11/basmalah-hukum-rahsianya_05.html
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #6 15 December, 2007, 09:53:48 PM
  • Publish
  • itulah dia keberkatan bismillah.. bukan stakat bismillah shja.. alhamdulillah.. masyaallah.. n lain2.. kdg2 kta ini mengmbl endah xendah jer pd ungkapan2 tersebut... tetapi byk faedah.. walopun sepatah,, tetapi berkatnya.. Allah shj yg maha mengetahuinya.. insyaAllah.. sm2 lah kta memperbaiki dr kita yg lemah nh..
    Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

    Nur Muhammad86

    • *
    • Posts: 199
      • View Profile
    Reply #7 24 April, 2009, 04:26:04 PM
  • Publish
  • Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
    yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
    berbuat kebaikan.

    Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan
    setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
    Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
    memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
    Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
    Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
    supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
    : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
    itu."

    Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
    wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
    Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
    samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
    Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
    mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
    Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
    berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
    untuk disimpan."

    Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
    suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
    dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
    S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
    menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

    Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
    perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
    mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
    hendak memulakan sesuatu kerja.
    Ya Allah… Lemahnya diri ini…Aku pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah aku biar hanya mampu merangkak….. Itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku.. Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan aku mengenal makna Kasih sayangMu..

    http://www.sadusikedah.blogspot.com

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 515
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Reply #8 24 April, 2009, 04:50:12 PM
  • Publish
  • bismillahhirahmanirrahiim....
    dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

    Menunjukkan betapa kasih dan sayangnya ALLAH
    Sifat Kasih dan Sayangnya melebihi segalanya
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Reply #9 24 April, 2009, 06:15:59 PM
  • Publish
  • Allahlah YANG MAHA PENGASIH Allahlah YANG MAHA PENYAYANG.Itulah ganjaran bagi mereka yang beramal dengan iman.
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    mirana

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #10 24 April, 2009, 06:19:38 PM
  • Publish
  • allah itu maha pengasih dan maha penyayang,allah sentiasa menolong hambanya didalam kesusahan

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Reply #11 24 April, 2009, 07:11:11 PM
  • Publish
  • Ya benar ya mirana...nampaknya macam sama bendera je...

    rsuha

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Reply #12 07 July, 2009, 12:44:13 PM
  • Publish
  • Mukjizat di sebalik BISMILLAH

    BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '
    KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
    1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
    2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
    3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
    4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
    5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
    6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL <http://qs.al/>        Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
    7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
    8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
    9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
    10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
    11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

    Renung renungkan dan selamat beramal…….

    auni90

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #13 26 July, 2009, 11:05:05 AM
  • Publish


  • Renung renungkan dan selamat beramal…….

    « Last Edit: 26 July, 2009, 12:00:13 PM by assiddiq »

    fakiri

    • *
    • Posts: 132
      • View Profile
    Reply #14 26 July, 2009, 07:53:22 PM
  • Publish
  • bismillahirrahmanirrahim...:>

    swordofdeen

    • *
    • Posts: 465
    • Slashing Through Hypocrisy
      • View Profile
    Reply #15 26 July, 2009, 09:14:37 PM
  • Publish
  • mukjizat...? atau kelebihan? mukjizat di pakai di sini dalam tafsiran direct atau dari sudut bahasanya?

    Sebenarnya, banyak aja kelebihan kalimah basmallah, cuma nak amalkan tu sebelum buat setiap benda..adus..
    We Punish to Preach, not Preach to Punish

    asshafiee

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #16 01 August, 2009, 12:11:12 PM
  • Publish
  • Salam ana copy anta punyai artikel, bagus ana ambik untuk sebarkan kepada orang ramai

    ibnu_sina

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #17 01 August, 2009, 04:28:29 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..minta izin utk copy artikel ini utk dijadikan panduan dan peringatan agar tidak lalai..

    Badar

    • *
    • Posts: 145
      • View Profile
    Reply #18 01 August, 2009, 11:04:45 PM
  • Publish
  •  :)
    Artikel yang menarik, subahanallah..banyak nikmat yang allah swt kurniakan kepada kita mudah-mudahan allah memberi petunjuk kepada kita semua.

    syazana hamizah

    • *
    • Posts: 52
    • kehidupan abadi adalah di akhirat
      • View Profile
    Reply #19 15 September, 2009, 01:17:50 PM
  • Publish
  • walaupun perkataan bismillah nampak simple tp hikmahnya sunggh besar...
    hanya allah saja yg mengtahui nya hikmah bismillah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2469 Views
    Last post 25 April, 2009, 05:13:39 PM
    by firdausnur
    2 Replies
    3234 Views
    Last post 17 November, 2009, 04:36:27 PM
    by wahieyda
    11 Replies
    3328 Views
    Last post 27 January, 2012, 12:22:41 AM
    by Ayatul Ukhuwwah