Login  |  Daftar

Author Topik: Irsyad Al-Fatwa (6): Maksud Aamiin selepas membaca Surah Al-Faatihah  (Dibaca 130 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Halaqah

  • Newbie
  • *
  • Posts: 18
    • View Profile
Soalan : Apakah maksud ‘Aamin’ (آمين) dan adakah ia daripada surah al-Fatihah?

Jawapan:

‘Aamin’ bermaksud: Perkenankanlah. Ia adalah kalimah doa yang bukan daripada al-Quran al-Karim dengan ijma’. Ini berdasarkan kepada dalil bahawa ia tidak ditulis dalam mushaf. Ibn al-Anbari bersetuju dengan pendapat di atas, katanya: Aamin adalah termasuk kumpulan 'isim fi'il' iaitu kata nama yang membawa maksud perbuatan. Ia bermaksud: “Ya Allah, perkenankanlah doa kami.” Cara menyebutnya ada dua cara yang masyhur, sama ada dibaca dengan pendekأمين  atas wazan فعيل atau dibaca secara panjang iaitu آمين atas wazan فاعل .

 

Antara amalan sunnah selepas membaca al-Fatihah ialah membaca Aamin. Ia berdasarkan hadis Wail bin Hujr RA daripada Rasulullah SAW yang menyuruh dibaca panjang Aamin. Riwayat Ahmad (no: 18842), Abu Daud (no: 933) dan al-Tirmizi (no: 248). Kata Tirmizi, "Hadith hasan". Dinilai sahih oleh Ibn Hibban (no: 1805).

Dalam hadis Abi Musa al-Asy’ari, sabda Rasulullah SAW yang:

“Apabila selesai membaca ayat akhir al-Fatihah, maka sebutlah Aamin nescaya diterima Allah SWT bagimu.”

Riwayat Muslim (no: 404)

 Kelebihannya jelas berdasarkan hadis Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila imam mengaminkan, maka hendaklah kamu aminkan bersama, kerana siapa yang berbetulan aminnya dengan amin malaikat nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu.”

Riwayat al-Bukhari (no: 747) dan Muslim (no: 410)

 

Makna perkataan Amin

Mengikut ulama, aamin diertikan dengan ‘Ya Allah, terimalah doa kami.’ Inilah pendapat al-Hasan dan al-Zajjaj. Ianya boleh dibaca sama ada panjang atau pendek mengikut bahasa Arab. Al-Hafiz al-Munziri berkata: Dikatakan bahawa Aamin merupakan satu nama daripada nama-nama Allah SWT. Inilah juga pendapat Mujahid, Hilal bin Yasaf dan Ja’far bin Muhammad. Ada pendapat menyatakan maksud aamin ialah begitulah yang diharap, seperti yang dihikayatkan daripada Ibn al-Anbari daripada Ibn Abbas dan al-Hasan. Ulama-ulama nahu menyatakan aamin sebagai isim fi’il (kata nama perbuatan). Perkataan Aamin bukan daripada al-Quran secara ijmak. Justeru disunatkan memisahkan antaranya dengan akhir surah al-Fatihah dengan berhenti seketika.

Sunat Amin pada Setiap DoaMengikut riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan daripada Abi Zuhair al-Numairi (seorang sahabat Rasulullah SAW), beliau telah mengucapkan satu ucapan yang baik. Apabila salah seorang mereka berdoa, lalu dia berkata: “Khatamlah doamu dengan aamin kerana aamin seperti cop di atas surat.”

Kemudian beliau menceritakan bahawa Nabi SAW berkata kepada seseorang yang berdoa:

“Khatamlah (doamu) dengan Aamin, dan terimalah berita gembira!”

Riwayat Abu Daud (no: 939).

Di dalam hadis Anas RA: “Sesiapa yang mengkhatamkan bacaan Fatihah dengan aamin, nescaya tidak kekal di langit malaikat yang hampir kecuali meminta keampunan untuknya.” Di dalam hadith Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Aamin adalah cop Tuhan sekalian alam di atas lisan hamba-hambanya yang beriman.”

Riwayat al-Tabarani dalam al-Du'aa (no: 202).

 Al-Allamah al-Munawi dalam syarah hadis ini berkata: Aamin mencegah doa daripada rosak dan ditolak, seperti metri di atas satu surat menegah daripada dizahirkan ke tangan orang yang tidak layak. Orang-orang yang berdoa dan orang yang mengaminkan doa, kesemua mereka mendapat bahagian daripada doa. Inilah yang diriwayatkan daripada Ikrimah dalam tafsiran ayat 89 surah Yunus, katanya: “Musa berdoa dan Harun mengaminkannya. Maka itulah yang disebut dalam ayat, dan telah diperkenankan doa kamu berdua.” Riwayat al-Tabari dalam tafsirnya (15/185).

Meskipun yang berdoa ialah Nabi Musa, tetapi dinisbahkan doa kepada kedua-duanya kerana orang yang mengaminkan doa juga dikira orang yang berdoa.

Penulis menutup kenyataan ini dengan nukilan Saidina Ali RA, yang berkata: ‘Amin adalah cop mohor Tuhan untuk menyeru sekalian alam, sebagai penutup doa hamba-Nya’, iaitu penerangan mengenai ucapan ‘amin’ seumpama suatu cop surat rasmi yang telah ditutup dan cop tersebut dapat menghalang seseorang daripada membuka atau membuat sesuatu perlakuan pada surat itu. Manakala bagi orang yang berdoa pula dengan ucapan itu, akan dapat menghalang sebarang kegagalan.

Akhukum Fillah
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Sumber