Siapakah Pemimpin?

Author Topic: Siapakah Pemimpin?  (Read 9493 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
29 November, 2008, 01:07:33 AM
Siapakah Pemimpin?

Siapakah pemimpin? Siapa saja yang berada diatas dari sudut status
sosial maka dia adalah pemimpin. Seperti suami atau bapa adalah
pemimpin dalam keluarga. Ketua Kampung adalah pemimpin bagi
masyarakat sesuatu kampung. Guru Besar atau Pengetua adalah pemimpin
dalam lingkungan sekolah. Penghulu atau Penggawa adalah pemimpin
bagi satu-satu mukim. Dan begitulah seterusnya yang lain, umpamanya
Pengerusi atau Pengarah atau Pengurus Besar adalah pemimpin bagi
sesebuah institusi. Manakala Ahli Parlimen adalah pemimpin bagi
masyarakat disatu kawasan parlimen. Menteri Besar atau Gabenor bagi
seluruh rakyat negeri atau Wilayah. Perdana Menteri atau Presiden
pula adalah pemimpin bagi seluruh rakyat dalam sebuah negara. Dalam
pengertiannya yang umum maka setiap diri insan itu adalah pemimpin
bagi diri sendiri dan terhadap apa saja yang dimilikinya sebagai
amanah Allah SWT yang akan ditanya bagi setiap satunya.

Rasulullah SAW ada menyebut dalam Hadis tentang kepimpinan yang
bermaksud diantaranya, `Dua golongan apabila baik maka baiklah
rakyat iaitu Umara dan Ulama'.

Kedudukan pemimpin disisi rakyat adalah ibarat kayu dengan
bayangnya. Kayu yang lurus maka bayangnya sudah pasti lurus. Atau
kalau melihat bayangnya bengkok sudah diketahui bahawa kayunya pasti
bengkok biarpun tanpa melihat kayunya. Juga dalam Peribahasa Melayu
ada menyebut, `Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari.'
Oleh kerana kencing itu dalam tandas tertutup, tiada siapa yang
tahu, memadai dengan melihat muridnya kencing. Kalau muridnya
kencing dalam keadaan berlari, itu sudah memadai sebagai isyarat
bahawa gurunya kencing berdiri. Sebab kencing berlari dah tentu
diluar tandas. Itu hanya sebagai contoh dalam bentuk peribahasa.

Berdasarkan pengertian dari Hadis Rasulullah SAW diatas, juga dari
perbandingan kayu dengan bayangnya. Di tambah pula dengan Peribahasa
Melayu, kalau rakyatnya baik, itu menandakan bahawa pemimpin
atasannya adalah baik. Sebaliknya kalau rakyatnya jahat maka itu
adalah merupakan isyarat bahawa pemimpinya adalah jahat. Jahat
dikalangan pemimpin lazimnya jarang sangat dapat di buktikan kerana
mereka berkuasa, licik dan bijak melepaskan diri dengan berbagai
cara. Bahkan melalui media yang mereka sendiri kawal, mereka berjaya
mengadakan propanganda sehingga terbinalah imej bersih, baik dan
berwibawa.

Namun apabila difahami dari Hadis Rasulullah SAW itu, biarpun tanpa
dapat dibuktikan kejahatan pemimpin, memadai dengan melihat akhlak
dan perlakuan rakyatnya. Biarpun rakyat tidak pernah diajarkan untuk
berbuat jahat, namun mind set yang diberikan oleh pemimpin kepada
rakyat membuatkan rakyat menjadi jahat. Dan mind set itu sudah pasti
datangnya dari pemimpin juga. Sebagai bukti bagaimana mind set itu
berlaku tanpa disedari, lihat kepada contoh sejarah Qabil yang jahat
telah membunuh adiknya Habil. Nabi Adam mengajak anaknya supaya
bebuat kebaikan dengan beriman kepada Allah. Namun Qabil ingkar dan
tidak mahu beriman. Maka yang menjadi monitor kepada Qabil itu ialah
nafsu dan cinta dunia. Apabila nafsu dan cinta dunia menguasai
diri, maka suburlah sifat-sifat mazmumah. Dan syaitan pun amat mudah
menggoda orang yang subur sifat mazmumah.

Dizaman mana pun kita berada, kalau manusia ini mind setnya sama
seperti Qabil iaitu dikuasai oleh nafsu dan cinta dunia, maka
hasilnya tetap sama, sebab fitrah manusia ini Tuhan cipta sama
sahaja. Cuma bezanya ialah jenis, bentuk dan tahap kejahatan saja
yang sentiasa berkembang.

Hari ini kita dihidangkan dengan berbagai gejala sosial yang berlaku
dalam semua golongan dan semua peringkat masyarakat. Hanya berbeza
pada bentuk, jenis dan tahap kejahatan diantara golongan dan
peringkat masyarakat. Jahat tetap sama-sama jahat. Hanya Umara dan
Ulama saja yang licik menyembunyikan atau pandai melepaskan diri
dari dilihat kejahatan mereka. Malangnya mereka sendiri tidak
menyedarinya. Mereka inilah yang membina mind set rakyat hingga
menjadikan rakyat hidup dengan nafsu dan cinta dunia. Merekalah yang
bersalah kerana mereka sendiri memang dikalangan orang yang sangat
bernafsu rakus, tamak, ego, sombong dan cinta dunia.

Untuk membetulkan kembali mind set seluruh rakyat, maka pemimpin
mesti kembali kepada fungsi atau peranan utama sebagai pemimpin dan
ulama. Nescaya hasilnya nanti seluruh rakyat akan menjadi baik.
Selama ini para pemimpin, dari serendah-rendah taraf kepimpinan
iaitu suami atau bapa hinggalah kepada Perdana Menteri, hanya
memenuhi fungsi kepimpinan yang lain ,tetapi sangat-sangat
mengabaikan, sangat-sangat meminggirkan, sangat-sangat tidak
mempedulikan fungsi utama mereka.

Apakah sebenarnya fungsi utama sebagai pemimpin? Lihatlah kepada
para Rasul. Mereka adalah pemimpin sejati, Tuhan jadikan para Rasul
sebagai tempat rujuk, tempat ikutan, figure contoh tauladan, tempat
menyalin dan meniru. Tuhan mahu pemimpin selain Rasul mesti melihat
bahawa para Rasul itu ada bukti kejayaan sebenar dalam kepimpinan.
Fungsi atau peranan paling utama para pemimpin ialah memperkenalkan
Tuhan kepada siapa saja yang berada dibawah kepimpinan masing-
masing. Suami atau bapa mesti pimpin, bimbing, didik isteri dan anak-
anak sehingga kenal dan cinta kepada Tuhan. Begitu juga Perdana
Menteri dan pemimpin-peminpin diperingkat lain, mesti pimpin, didik,
bimbing rakyat dan anak buah sehingga mereka kenal dan cinta kepada
Tuhan. Inilah kerja paling utama. Inilah tugas wajib, tidak boleh
tidak, mesti dilakukan oleh pemimpin pada setiap masa tanpa
bermusim. Kerana keperluan manusia kepada Tuhan itu tidak bermusim.
Dengan lain perkataan mendidik, mengasuh, memimpin, membimbing,
mentarbiyah hati rakyat hingga benar-benar kenal Tuhan, hingga takut
dan cintakan Tuhan adalah tuntutan utama para pemimpin. Keadilan
yang utama bagi pemimpin ialah apabila rakyat mendapat Tuhan.
Natijahnya rakyat akan menjadi baik. Kerja besar dan utama inilah
yang telah dibuat oleh para Rasul. Dan ingatlah bahawa kezaliman
yang paling besar yang dilakukan oleh para pemimpin ialah apabila
rakyat tidak mendapat Tuhan, rakyat tidak kenal Tuhan, rakyat tidak
takut dan tidak cintakan Tuhan, rakyat mengabaikan Tuhan, tidak
membawa Tuhan campur tangan dalam urusan hidup. Amat zalim apabila
pemimpin tidak mendidik rakyat agar mejadikan Tuhan sebagai cita-
cita dan matlamat hidup. Akibatnya rakyat menjadi jahat, melanggar
syariat, berkrisis dan bepecah belah, hilang bahagia dan mudah putus
asa.

Selama ini pemimpin hanya tertumpu kepada mahu menjadikan, `Baldatun
Taiyibah.' Yang aman, makmur, bercukupan serba serbi, bebas,
terjamin hak asasi dan sebagainya. Ini pun masih disangsikan
mencapai tahap sebenar, sebab itu terlalu banyak pertikaian terjadi
dalam masyarakat. Terlalu banyak rintihan, keluhan, tak puas hati
dan sebagainya. Masih ramai rakyat yang hidupnya terpinggir ditengah-
tengah kepesatan pembangunan dan kemajuan. Lebih-lebih lagi apabila
pemimpin amat gagal dalam membangunkan, `Wa Rabbun Ghafur.' Yang
mendapat keampunan Allah SWT dengan iman, taqwa, bersyariat dan
berkasih sayang. Sedangkan gabungan kedua-dua inilah yang menjadi
negara idaman setiap menuasia yang belum rosak hatinya. Sanggupkah
para pemimpin, di peringkat mana pun, berhadapan dengan Tuhan
diakhirat kelak dalam kedudukan kini mereka sangat zalim kepada
rakyat masing-masing iaitu tidak melaksanakan fungsi dan peranan
utama sebagai pemimpin? Inilah antara perkara yang utama akan
disoal oleh Tuhan kepada seorang pemimpin diakhirat kelak.
Tanggungjawab dan peranan sebagai pemimpin itu sangat berat disisi
Tuhan. Kalau seseorang itu adalah Suami, Bapa, Guru Besar, Pengetua,
Ketua Kampung, Pengerusi atau Pengurus syarikat, Wakil Rakyat, Ahli
Parlimen, Menteri Besar, Menteri, Perdana Menteri dll, maka fungsi
utama mereka ialah memperkenalkan Tuhan kepada rakyat atau orang
bawahan mereka sehingga rakyat dan orang bawahan itu kenal, takut
dan cinta kepada Tuhan, inilah peranan atau fungsi paling utama dan
wajib bagi seseorg pemimpin. Pemimpin yang bertangunggjawab terhadap
orang bawahanya akan melaksanakan fungsi dan peranan paling utama
ini kerana memikirkan tangungjawabnya yang besar apabila berhadapan
dengan Tuhan di Akhirat kelak. Sanggupkah para pemimpin diperingkat
mana pun berhadapan dengan Tuhan di akhirat kelak dalam keadaan
mereka sangat zalim kepada orang bawahan atau rakyat dibawahnya?

http://www.eratimur. com
TuhAN cInTa aGuNg..

Reply #1 18 January, 2009, 12:10:14 AM
"Apakah sebenarnya fungsi utama sebagai pemimpin? Lihatlah kepada
para Rasul. Mereka adalah pemimpin sejati, Tuhan jadikan para Rasul
sebagai tempat rujuk, tempat ikutan, figure contoh tauladan, tempat
menyalin dan meniru. Tuhan mahu pemimpin selain Rasul mesti melihat
bahawa para Rasul itu ada bukti kejayaan sebenar dalam kepimpinan.."

Syabas...semoga derap kepimpinan yg benar2 dihayati oleh kalimat diatas dpt
diserapi oleh kita semua. Semoga sifat kasih sayang Allah swt dgn limpah kurniaNya
mengurniakan kita akal fikiran yg sihat didalam menghayati kepimpinan Islam sesuai
dgn sirah Nabi Muhammad SAW.
..jasadmaya..

alfaiz95

  • *
  • salam
    • View Profile
Reply #2 07 June, 2009, 04:16:57 PM
 :)
semua d kalangan manusia adalah seorg pemimpin..
manusia berada d bumi Allah untuk memimpinnya dan menjadi khalifah..
setiap pemimpin akan disoal oleh tuhannya <ALLAH> apa yg telah ia lakukan
semasa ia berada d muka bumi Allah yg telah diciptakan..

setiap imam ia akan ditanya apakah yg ia telah lakukan kepada makmumnya,
setiap pemimpin keluarga akan ditanya apakah yg ia telah lakukan trhadap keluarganya..
setiap pemimpim negara, ia akan dtanya apakh yg tlah dlakukn terhadap rakyatnya..
jika ia tidak mempunyai keadilan, maka hanyutlah ia ke lembah neraka..renung2kanlah..wallahua'lam..
semua itu pada pendapat ana lah klau ada yg salah atau sebaliknya tegur2 lah yer..

salam..

Reply #3 01 June, 2010, 06:09:56 PM
Sifat pemimpin hendaklah berilmu
Dalam konteks ini, Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menyentuh secara langsung dalam kaedah kepemimpinan, betapa ilmu adalah suatu seni keutamaan yang mesti dilalui dan dikuasai. Lantas menguasai pelbagai cabang ilmu termasuk ilmu agama adalah syarat bagi semua jenis kepemimpinan (politik, ketenteraan dan kehakiman). Justeru itu, penguasaan ilmu kalangan pemimpin hendaklah diselarikan dengan mengamalkan ilmu dan komited atas amalannya. Natijah sifat pemimpin itu akan membawa kebaikan kepada seluruh kepemimpinannya.
Ia bermakna, pemimpin politik harus menguasai ilmu pemerintahan, pengurusan sumber negara dan cukup amalan agamanya. Begitu pula, pemimpin tentera harus menguasai semua ilmu peperangan, strategi keselamatan dan komited dengan agama. Pun seorang kadi juga mufti yang mengurus dan merencana kehakiman harus mendalami kesemua ilmu kehidupan umat, kepemimpinan dan sedia taat mengamalkan ajaran agama.
Apa pun, seseorang pemimpin itu hendaklah berilmu pengetahuan tinggi dan sedia lengkap dengan kefahaman dan amalan agamanya. Tanpa ilmu dan agama, pemimpin itu hanya akan berjaya menguruskan diri dan umat yang dipimpinnya setakat di dunia sahaja. Tanpa agama, kepimpinannya tidak mungkin akan menyelamat dirinya dan umatnya sampai ke akhirat. Ini merupakan visi kepimpinan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.
aku hanya insan biasa,
insan yang tak punya apa-apa,
hanya seorang hamba,
yang menghitung masa,
untuk bertamu TUHAN yang - ESA...

Reply #4 30 June, 2010, 01:47:09 AM
Assalamualaikum.

Bila mati kita ditanya: "Siapakah imam kamu?"
Jawablah: "Al-Quran imamku".

Nota: Patuhilah pimpinan al-Quran.

Wassalam.

Reply #5 30 June, 2010, 01:58:17 AM
wasalam,

aiseh.....sonang nye nak jawap.....

agak2 nye yang jawab tu gigi ngan gusi aje ke?....

ceria*
" Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

5zul

  • *
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
Reply #6 30 June, 2010, 08:32:05 AM
Aku pun boleh..... kenapa tak percaya ker...
dalam konteks yg berlainan ia menyatakan siapa itu Lelaki dan siapa itu pemimpin....
huuu~~
~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

Reply #7 30 June, 2010, 10:52:13 AM
Assalamualaikum,

Dalam surah Al Baqarah Ayat 124, Allah telah melantik Nabi Ibrahim A.S sebagai Imam ( pemimpin ) manusia. Manusia yang secara direct dilantik.

Allahu'lam
Subhanallah

Reply #8 30 June, 2010, 03:26:26 PM
wasalam,

kalau manusia aje, makhluk2 jin tu siapa pulak nak memimpin.....

takkan 5zul kot.... ceria*

5zul

  • *
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
Reply #9 30 June, 2010, 03:32:33 PM
wasalam,

kalau manusia aje, makhluk2 jin tu siapa pulak nak memimpin.....

takkan 5zul kot.... ceria*
Arujuna leh terbang apa salahNya...
* kalau di beri hidayah dan pentunjuk apa salahNya..heee

51-56
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

5zul

  • *
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
Reply #10 30 June, 2010, 03:35:05 PM
72-23 "(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".

Reply #11 30 June, 2010, 03:44:17 PM
wasalam,

kalau manusia aje, makhluk2 jin tu siapa pulak nak memimpin.....

takkan 5zul kot.... ceria*

----------------

 berisalam

Dalam Al Quraan Surah Al-Jinn Ayat 6 ada sebut ketua-ketua jin, so ketua-ketua ni pemimpin mereka lah,  " Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat".

Allahu'lam
Subhanallah

Reply #12 30 June, 2010, 05:23:39 PM

 berisalam

Dalam Al Quraan Surah Al-Jinn Ayat 6 ada sebut ketua-ketua jin, so ketua-ketua ni pemimpin mereka lah,  " Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat".

Allahu'lam
Subhanallah

Assalamualaikum.

Orang kata jin tu macam anjing. Bila kita tunjuk takut dia garang. Bila kita lari dia kejar. Bila kita gertak dia lari. Kalau kita buat dek je, dia jadi macam anjing bodoh.

A'uzubillahi minasy-syaitanir-rajim. Wassalam.

mentaripagi90

  • *
  • senyumlah sokmo
    • View Profile
Reply #13 30 June, 2010, 05:39:48 PM
“aku bukan seorang Qadi,tapi aku adalah seorang yang akan melaksanakan perintah Allah.Aku bukanlah orang yang terbaik,tp aku adalah manusia seperti kalian juga.Cuma, aku dibebankan dengan bebanan yang berat berbanding kalian”...Khalifah Umar Abd Aziz...

“Hai ummat manusia!aku telah di lantik sebagai pemimpin kamu.Aku bukanlah terbaik,jika aku berbuat baik dalam urusanju sokonglah aku,jika aku berbuat salah maka betulkanlahko.jujur satu amanah dan dusta adalah khianat.orang yang kuat antara kamu,padaku lemah sehingga hak orangkuataku tarik daripadanya…orang yang lemah antara kamu padaku kuat sebab akanku ambil haknya dari yang kuat,insyaAllah..janganlah kamu hentikan jihad,kamu tak akan di timpa kehinaan,taatlah kepadaku selamaku taat pada allah dan RasulNya..jika ku inggkar perintahNya,janganlah ikut ku lagi-saidina abu Bakar”

~"semoga hati kita sinarannya bak sinaran mentari di pagi hari,menyuluh dan menerangi alam,tidak pula ia panas lagi memanaskan tapi ianya menenangkan lagi mententeramkan jiwa...  "~

Reply #14 30 June, 2010, 09:44:31 PM

Assalamualaikum.

Orang kata jin tu macam anjing. Bila kita tunjuk takut dia garang. Bila kita lari dia kejar. Bila kita gertak dia lari. Kalau kita buat dek je, dia jadi macam anjing bodoh.

A'uzubillahi minasy-syaitanir-rajim. Wassalam.


aiseymen.....taik kucing atas simen.....jin tu walaupun mungkin ada yang kata berupa macam anjing, malah lebih teruk dari tu tapi aku rasa tak ler bodoh sangat macam kau cakap tu.....bebal sikit2 mungkin ada la kot.....aku pun nak citer gak lah sikit, jin2 tu juge jatuh taklif syarak atas mereka juga.....tetap dianugerahkan oleh Allah akal dan fikiran.....ada yang mukallaf dan ada yang jahil.....yang kafir pun ramai juge.....dan pulak ada berapa jenis golongan jin ni.....dan terdiri lah mereka dari beberapa kaum.....ada nama masing2.....walaupun mereka ada pemimpin macam manusia, ada raja.....ada menteri.....ada ketua kampung......kalau yang Islam, mereka tetap beriman kepada Nabi Muhammad SAW yang mulia itu.....mmm.....tak pasai2 yang kau pi pukul rata cela makhluk jin tu?.....:senyum:.....nasib kau lah......kau bukan nye tak tau pasal jin tu.....jin2 yang soleh pun ada jugak buat silap jugak macam manusia2 ni.....yang jahat lagi ler banyak.....silap2 malam ni depa pi pakat ramai2 piyat telinga kau.....alah piyat sikit ajer, jangan ler mare......:senyum:.....

ceria*

Reply #15 30 June, 2010, 09:50:50 PM
wasalam,

kalau manusia aje, makhluk2 jin tu siapa pulak nak memimpin.....

takkan 5zul kot.... ceria*
Arujuna leh terbang apa salahNya...
* kalau di beri hidayah dan pentunjuk apa salahNya..heee

51-56
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


alah.....abg hensem ni.....menci lahh.....gurau sikit aje pun tak bley....eww....tak kuasa i....

p/s: aiyok....ada jin geram kat aku....:senyum:.... ceria*

5zul

  • *
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
Reply #16 01 July, 2010, 08:44:06 AM
heee.... alah cam cam pun dia ( JIN ) dan kita ( Manusia ) mengamalkan taat kepada ALLAH dan ader kalangan mereka berpegang pada Azazzil seperti mana sama ngan kita..itu yg tersesat...


Reply #17 10 July, 2010, 12:02:16 AM

aiseymen.....taik kucing atas simen.....jin tu walaupun mungkin ada yang kata berupa macam anjing, malah lebih teruk dari tu tapi aku rasa tak ler bodoh sangat macam kau cakap tu.....bebal sikit2 mungkin ada la kot.....aku pun nak citer gak lah sikit, jin2 tu juge jatuh taklif syarak atas mereka juga.....tetap dianugerahkan oleh Allah akal dan fikiran.....ada yang mukallaf dan ada yang jahil.....yang kafir pun ramai juge.....dan pulak ada berapa jenis golongan jin ni.....dan terdiri lah mereka dari beberapa kaum.....ada nama masing2.....walaupun mereka ada pemimpin macam manusia, ada raja.....ada menteri.....ada ketua kampung......kalau yang Islam, mereka tetap beriman kepada Nabi Muhammad SAW yang mulia itu.....mmm.....tak pasai2 yang kau pi pukul rata cela makhluk jin tu?.....:senyum:.....nasib kau lah......kau bukan nye tak tau pasal jin tu.....jin2 yang soleh pun ada jugak buat silap jugak macam manusia2 ni.....yang jahat lagi ler banyak.....silap2 malam ni depa pi pakat ramai2 piyat telinga kau.....alah piyat sikit ajer, jangan ler mare......:senyum:.....

ceria*
Assalamualaikum.

Itu orang kata. Yang sdr cakap tu betul la tu.

Wassalam.

Reply #18 10 July, 2010, 12:04:05 AM
heee.... alah cam cam pun dia ( JIN ) dan kita ( Manusia ) mengamalkan taat kepada ALLAH dan ader kalangan mereka berpegang pada Azazzil seperti mana sama ngan kita..itu yg tersesat...
Assalamualaikum.

Jin dan manusia sama-sama makhluk alternatif.

Wassalam.


5zul

  • *
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
Reply #19 03 August, 2010, 01:32:25 AM
Manusia makhluk di agungkan bukan altanetif...
malaikat lagi sujud hormat,.tandaNya penerimaan akan PenciptaNya..

divider3
halaqahforum4