Yoga secara sistematik haram - Majlis Fatwa

Author Topic: Yoga secara sistematik haram - Majlis Fatwa  (Read 12856 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

22 November, 2008, 11:02:34 PM

Yoga secara sistematik haram - Majlis Fatwa


KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Dato' Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dipetik Bernama di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. - mks._

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18023&Itemid=1

kanjeng sunan

  • *
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
Reply #1 23 November, 2008, 02:50:21 AM
kalu nak diikutkan kita dah boleh faham ianya haram bila ada uncur memuja...
macam pengkid..bohjan...mak nyah..etc...

tapi apa yang di buat oleh ulama khususnya...
adakah dengan membuat fatwa semata2..
sedangkan tugas untuk mengembalikan mereka kejalan yang benar....
tiada...so...

untuk buat hukum cam nie semua orang boleh buat...
coz dah ada dalam sukatan pelajaran agama kita..
cth...jangan menyerupai lelaki....atau perempuan jika jika sebaliknya,.,...

jangan menyerupai sesuatu kaum...
kalu tak kita sebahagian dari kaum tu...

yang penting adalah untuk mengajak mereka kejalan benar...

p/s...inilah ulama akhir zaman...

TuhAN cInTa aGuNg..

swordofdeen

  • *
  • Slashing Through Hypocrisy
    • View Profile
Reply #2 23 November, 2008, 05:59:23 AM
Quote

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. - mks._


That's the point, exactly.

Solat 5 waktu, ditambah tahajjud, tasbih... pelik, ada yang boleh 'tenang' membaca mantera tetapi tidak suka membaca ayat-ayat suci al-qur'an?
We Punish to Preach, not Preach to Punish

Reply #3 26 November, 2008, 11:20:42 PM
HUJAH PENGHARAMAN YOGA


Mohd Aizam bin Mas’od
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM


PENDAHULUAN

       Kebelakangan ini, senaman yoga telah menjadi satu budaya baru dalam

masyarakat di negara ini bagi membina kesihatan mental dan fizikal. Senaman

yoga menurut pengamalnya didakwa boleh menghilangkan tekanan fikiran dan

perasaan di samping menyihat dan mencantikkan tubuh badan.

Sehubungan dengan itu, banyak pihak tampil ke hadapan untuk

mempersembahkan teknik-teknik beserta faedah senaman yoga. Sambutan

yang memberangsangkan daripada orang ramai termasuk umat Islam

menyebabkan bisnes berasaskan yoga telah menjadi semakin tersebar luas.

Iklan-iklan berkenaan yoga memenuhi laman-laman web, kedai-kedai buku,

artikel-artikel di dalam majalah serta penubuhan pusat-pusat latihan yang

mengendalikan senaman yoga.

Pusat-pusat latihan yoga didapati tumbuh dengan pesat di seluruh negara

seperti Jiva Yoga, Ancient Yoga Consulting (AYC), Yoga House, TallTree Yoga,

Isha Foundation, Surya Yoga Malaysia, Persatuan Yoga Malaysia, Sahaja Yoga

Malaysia dan lain-lain. Kebanyakan penganjur dan pengajar senaman yoga

terdiri di kalangan bukan Islam namun terdapat juga segelintir di kalangan umat

Islam turut terlibat dalam pengajaran yoga.

Dalam kepelbagaian teknik yoga yang dipersembahkan kepada orang ramai,

terdapat juga sesetengah yoga yang mempunyai unsur-unsur penyelewengan

aqidah yang jelas. Contohnya, kaedah yang dibawa oleh Sahaja Yoga Malaysia

adalah jelas boleh membawa kepada syirik dan pluralisme agama. Menurut

ajaran pengasas yoga ini, iaitu Shri Mataji Nirmala Devi, Sahaja Yoga mampu

menyatukan inti kepada semua agama. Dalam upacara yoga yang dilaksanakan

pula, pelajar diminta supaya menatap gambar wajahnya, serta menyebut dengan

sepenuh hati, “Ibu (gelaran bagi beliau), berikanlah aku kesedaran diri (selfrealisation)”.

Pertubuhan ini dilihat telah berjaya mengembangkan pusat-pusat

latihannya hampir ke seluruh negara.

Sesetengah yoga yang lain pula seperti yang dibawa oleh Talltree Yoga

mendakwa yoga ialah penyatuan tenaga tersendiri dengan tenaga yang berada

di luar iaitu tenaga alam sekitar. Bermakna yoga ialah koleksi teknik dan amalan

kerohanian bertujuan untuk menyepadukan pemikiran, badan, jiwa, emosi dan

kepercayaan.

Fenomena yoga yang dikatakan mampu mengambil alih tempat agama bagi

mengisi kekosongan jiwa dan rohani manusia ini telah melahirkan kebimbangan

kepada umat beragama. Sebagai contoh, pada tahun 2004, pemimpin Gereja

Roman Katolik telah memberi amaran kepada penganut agama Kristian supaya

2

berhati-hati terhadap senaman yoga yang dikatakan boleh mengikis amalan

ibadat menurut agama Kristian. BBC News melaporkan kenyataan berikut:-
“The Roman Catholic Church has warned Christians against resorting to New

Age therapies to satisfy their spiritual needs. Publishing the results of a six-year

study of practices such as yoga, feng shui and shamanism, the Vatican said that

whatever the individual merits of such therapies, none provided a true answer to

the human thirst for happiness. New Age is a misleading answer to the oldest

hopes of man, Cardinal Paul Poupard”1.

Reply #4 26 November, 2008, 11:25:31 PM
HAKIKAT YOGA

Definisi Yoga
Yoga ialah perkataan Sanskrit yang mempunyai banyak makna2 . Ia berasal

daripada bahasa Sanskrit yuj, bermaksud mengawal, menyambung ataumenyatu3.
Yoga dari segi istilah ialah “union; kesatuan; ‘sambungan atau ‘kuk’roh individu dengan roh alam semesta; penyatuan dengan roh Ilahi4.

Sumber Ilmu Yoga

Pengajaran Yoga terdapat di dalam kitab suci agama Hindu ‘Bhagavad Gita’.
Nama 'Bhagavad Gita' bermaksud "lagu tuhan", dan Bhagavat merupakan

gelaran Krishna. Dalam konteks Bhagavad Gita, perkataan ‘Yoga’ memerihalkan

satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta

keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman),

dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman).

Menurut Bhagavad Gita, tujuan hidup adalah untuk membebaskan fikiran dan

intelek daripada kerumitan masing-masing, dan untuk menumpukan kedua-dua

ini kepada kemuliaan diri melalui penujuan tindakan kepada Tuhan. Tujuan ini

dapat dicapai melalui yoga-yoga tafakur, tindakan, pengabdian, dan

pengetahuan. Gita memerihalkan bahawa Yogi yang terbaik ialah yogi yang

sentiasa berfikir dalam-dalam tentang Tuhan. Krishna meringkaskan Yoga dalam
lapan belas bab. Terdapat empat jenis Yoga iaitu Raja Yoga atau Tafakur

Psikofizikal , Bhakti Yoga atau Pengabdian, Karma Yoga atau Tindakan TanpaMementingkan Diri
dan Jnana Yoga atau Pengetahuan Mengatasi Diri.

Setiap laluan berbeza, tujuan asas masing-masing adalah sama sahaja, iaitu

untuk menyedari bahawa: Brahman (Intipati Ketuhanan) merupakan kebenaran

tunggal, badan mempunyai batas waktu dan Tuhan Yang Maha Agung

(Paramatman) adalah tidak terhad.

kanjeng sunan

  • *
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
Reply #5 26 November, 2008, 11:27:41 PM


"ASsalamualaikum,,..


Ketika memandu pulang petang tadi, ana terdengar berita di radio IKIM FM versi bahasa inggerisnya yang menyiarkan berita presiden MIC Mr,Samy Vellu menyatakan  hasrat beliau untuk menemui PM bagi membincangkan fatwa majlis fatwa kebangsaan berkenaan yoga.

Menurutnya,Sungguhpun majlis fatwa kebangsaan berhak mengambil apa jua pendirian berkaitan apa apa isu yang berkaitan orang Islam tetapi fatwa terbaru majlis fatwa mengenai yoga banyak menimbulkan salah faham di kalangan bukan Islam terutamanya penganut agama hindu.Kerana itu adalah perlu baginya menemui PM bagi membincangkan fatwa berkenaan.

Terkejut sakan mendengar hujah Mr Samy Vellu ini.Dalam hati, ana berkata, apa kena Samy Vellu ini? Buat lawak atau buang tabiat? Di celah manakah fatwa yoga ini menimbulkan salah faham orang bukan Islam atau salah faham orang hindu?Hindraf yang diharamkan itupun rasanya lebih faham bahawa fatwa ini tidak ada kena mengena dengan agama hindu atau mana mana agama sekalipun.

Apakah benar Samy Vellu ini penganut agama hindu hadhari?Atau sekadar menyatakan bahawa beliau kahabisan modal untuk meraih semula sokongan?Kerana itu fatwa yoga mahu dijadikan isu.

Wahai Samy Vellu, apa sahaja yang berlaku dalam agama Islam tidak ada kena mengena dengan anda atau mana mana orang yang bukan beragama Islam, jadi jangan sibuk campur urusan agama kami.

Jangan cemarkan rasa hormat antara kaum dan agama di Malaysia seperti pernah dibuat oleh IFC , Article 11 serta satu NGO yang baru mengadakan demostrasi mengenai fatwa pengkid baru baru ini.Ingatlah, urusan agama kami tidak ada kena mengena dengan mana mana orang yang bukan Islam.Hormatilah agama kami dan cukuplah masalah yang diberikan oleh sistem in islam dan kumpulan sewaktu dengannya kepada kami."

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18861

Reply #6 26 November, 2008, 11:29:26 PM
Pan Kanjeng jangan kacau dulu.... biar selesai dulu... biar satu satu.

Reply #7 26 November, 2008, 11:31:13 PM
Matlamat tertinggi yoga

Matlamat Yoga ialah untuk mencapai nirvana atau moksha iaitu pelepasan diri

daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan

kebenaran muktamad. Terdapat tiga peringkat dalam kesedaran diri yang

diberikan dalam Bhagavad Gita iaitu; Brahman: tenaga sejagat yang tidak

bersifat peribadi, Paramatman: Tuhan yang berada di pusat setiap hidupan,
Bhagavan: Tuhan sebagai satu personaliti, dengan bentuk transendental5.

Falsafah yoga menurut agama bukan Islam

Falsafah yoga hampir diterima oleh semua agama, namun Islam tidak pernah

menerima falsafah yoga memandangkan Islam merupakan agama yang amat

mementingkan eksklusivisme iaitu perbezaan yang mendasar dalam soal-soal

yang berkaitan ketuhanan. Antaranya contoh penerimaan agama lain terhadap

yoga ialah seperti berikut:-

a) Yoga Hindu: Mengatakan bahawa kita boleh bersatu dengan Tuhan semasa

Roh masih ada dalam badan, semasa seseorang itu masih hidup di dunia
ini.6 Selepas matinya seseorang itu dia akan hidup semula ke dalam jasad

lain. Keadaan ini berterusan sehingga sampai ke tahap suci yang layak

bersatu dengan Tuhan - Brahma). Jalan keluar daripada dukkha dan
samsara yang berterusan ini hendaklah belajar cara-cara mengamalkanYoga yang betul7.

b) Yoga Buddha: Hasil daripada pertapaannya, Gautama Buddha mendapat
Kegemilangan Rohaniah ( Enlightened ). Hasil daripada terlepas dirinya

daripada kenyataan hidup di dunia ini yang tidak lain daripada dukkha dan
samsara.

c) Yoga Yahudi: Yahudi juga menerima Yoga. Mereka menggunakan cara

yang sama seperti lahihan bernafas, membaca mantra dan melakukan
kedudukan badan yang berbagai digelar Asana demi hendak mencapaisejenis keadaan kesedaran ( consciousness)8.

d) Yoga Kristian: Matlamat Yoga Kristian ialah “Kesatuan Roh dengan Tuhan”,

bererti Yoga sesuai dengan Kristian. Yoga Kristian mengatakan bahawa kita
bersatu dengan Allah selepas mati. Manakala Yoga Hindu mengatakan bahawa kita boleh bersatu dengan Allah semasa Roh masih ada dalambadan, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini9.



Reply #8 26 November, 2008, 11:32:22 PM
Aspek fizikal yoga

Aspek fizikal di dalam amalan yoga digelar Asana Yoga. Enam contoh senaman
asana ialah seperti berikut:-a) Padmasana Seorang duduk bersela di atas lantai. Kaki kanan di atas peha

kiri dan kaki kiri di atas peha kanan. Tapak tangan di atas lutut kanan dan

tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Inilah di
antara yang dilihat di layar putih TV tempatan. Erti Padmasana kedudukan

teratai. Di kalangan Hindu, bunga teratai adalah simbol keheningan,

kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai juga menjadi simbol kepada
anggota kemaluan perempuan10 . Padmasana merupakan imbangan yang

sempurna seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.
b) Yuga-Mudra simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya: Bersilasama seperti seperti duduk Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam,

kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu

dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah

tangan berpegangan. Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang

boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahanlahan
sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas.Yoga-

Mudra ini amat jelas melibatkan perkara agama atau ketuhanan.c)
Matsyasana- kedudukan ikan. Duduk sama seperti Padmasana juga.

Rebahkan badan ke belakang. Angkat dada ke atas supaya bahagian tengah

kepala dapat mencecah lantai. Tangan kanan memegang kaki kanan dan

tangan kiri memegang kaki kiri. Bernafaslah seperti biasa dan jangan ada
paksaan11.d) Padmasana cara Gheranda Saniluta: Duduk bersila sama seperti Padmasana;

kedua tangan silangkan ke belakang dan pegang jari ibu kaki yang bersilang

itu dengan kuat ( jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri

dengan tangan kiri); tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu serta
tekankan dagu itu ke dada serta mata melihat batang hidung’12.

e) Vajraana: menyerupai duduk tasyahhud dalan solat Islam, punggung duduk diatas tumit dan peha di atas labu betis
13.

f) Garudasana – Garuda nama burung khayalan berkepalakan rupa manusia

tunggangan Tuhan Vishnu bila dia mahu naik ke langit. Vishnu sendiri

biasanya digambarkan dengan bunga teratai.14 Cara melakukan Garudasana

hendaklah berdiri tegak dengan sebelah kaki kanan memijak kuat di atas

lantai. Sekarang angkat kaki kiri, peha kiri jadi bersilang dengan peha kanan.

Belakang betis kiri dan kaki mebelit betis kanan “seperti akar membelit

pohon”. Cara yang sama dilakukan ke atas lengan, sebelah lengan membelit

lengan sebelah lagi. Tapak tangan menyentuh satu sama lain. Tangan terletak

di hadapan muka. Kedudukan kaki dan tangan hendaklah bertukar ganti.15

Lima jenis senaman yoga yang lain ialah seperti berikut:-
a) Hatha Yoga, Ha ertinya matahari dan tha ertinya bulan. Dengan pengertian

menyatukan matahari dan bulan melalui jalan pernafasan. Hatha Yoga inisemata-mata mengenai badan fizikal kita. Ini bererti
Hatha Yoga bermaksud

menguasi pemikiran kita melalui cara pernafasan tertentu. Menyedut nafas ke

paru-paru digelar puraka; menahan nafas dalam paru-paru digelar kumbhaka
dan menghembuskan nafas dari dalam paru-paru digelar rerchaka. Cara

menamalkannya: Tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan; tarik
nafas perlahan-lahan (puruka); ulang beberapa kali; lepaskan ibu jari dan

tutup lubang hidung kiri dengan jari tengah dan jari manis; lakukan sedutan

dan hembusan nafas beberapa kali sama seperti yang dilakukan sebelumnya.
Pranayama tertentu (pernafasan tertentu):Tutup lubang hidung kanan dengan

ibu jari kanan; tarik nafas perlahan-lahan; tutup lubang hidung kiri dengan jari
tengah dan jari manis; lakukanlah kumbhaka (simpan nafas dalam paru-paru);

hembuskan nafas perlahan-lahan; tarik nafas semula; tutup dengan ibu jari;
lakukan kumbhaka; jatuhkan jari; hembus nafas perlahlan-lahan. Amalan inibertujuan menguasai pernafasan digelara pranayama Hatha Yoga. Ini

diperingkat permulaan, boleh diulangi amalan seperti ini berberapa kali

sesuka hati.Amalan seperti ini ada bahayanya kecuali jika dilakukan dengan

cara sederhana yang ketat. Ada aliran lain yang seakan dengan Hatha Yoga
digelar chakra ( pusat )16. Hatha Yoga ini bertujuan mendapatkan kesegaran dan kesihatan sebagai sokongan kepada Asana Yoga yang mempunyai

tujuan yang sama. Selepas Hatha Yoga diikuti dengan Karma Yoga17.
b) Karma Yoga ialah Yoga sebab musabbab. Karma Yoga melatih hidup tidak

mementingkan diri, berkhidmat untuk umat manusia, kepada masyarakat dan
negara di mana anda berada. Dari Karma Yoga kita mempelajari

bagaimanakah cara kita melawan sifat tama’ dan mementingkan diri sendiri.

Kita tuai atau petik buah daripada pokok yang kita tanam. Karma Yoga

adalah latihan penyucian diri. Melalui meditasi mengangkatkan darjat kita ke

darjat tertinggi. Hasil daripada latihan ini hati kita menjadi lembut yang

melayakkan kita kepada mengamalkan Bhakti Yoga18.
c) Bhakti Yoga ialah Yoga Ibadat, atau Yoga Cinta Ilahi. Dengan ini terbukalah

akal dan hati kepada martabat Kehidupan Tertinggi, mengajar kita beribadat
kepada Tuhan. Karma dan Bhakti Yoga ini disatukan lalu melahirkan tenaga,

kemahuan dan kekuatan Mental. Dari sinilah Raja Yoga menarik kita ke jalanmenguasai daya fikiran, melalui proses mengira
muhasabah diri menaikan darjat kita ke darjat Kuasaan Rohaniyah (Psychic Powers). Bhakti Yoga ialah

Yoga Devotion (Ibadat) atau Yoga Kecintaan kepada Tuhan dengan

menyerahkan diri dengan sepenuhnya kepada Tuhan, Yoga seorang Faqir,

atau seorang sederhana bersahaja, dan inilah namanya Bhakti19. Bhakti Yoga

ialah hubongan Yogin dengan Allah melaui cinta, ta’at dan menyerah diri
( Bhakti )20.d) Jnana Yoga Bila sampai ke tahap ini, kita sudah layak memeriksa diri

dengan minda yang terlatih dan daya yang tinggi melakukan konsentrasi

terhadap apakah Hikmat Manusia Ada Di Dunia ini, Kesatuan segala-gala
( Unity of Allah Things; Wahdat al-Wujud atau Allah ialah segala-gala ), serta

lain-lain masalah; meneliti secara umum alam dunia di mana kita berada,

bagaimanakah evolusi manusia sehingga boleh sampai ke tahap di mana

sekarang kita berada dan pola kehidupan manusia mengikut arus masa
mendatang. Kajian seperti ini digelar Jnana Yoga, Yoga Pengetahuan21.

e) Raja Yoga membawa kita kepada Mutlaq ( Absolute, Tuhan, God, Allah,
Ultimate Reality) melalui concentration dan meditation. Raja Yoga atau Yoga

Diraja, laluan pencapaian. Manakala Yoga-yoga yang lain itu hanyalah

persediaan belaka. Dicantumkan semuanya itu menjadi laluan hingga ke
matlamat pencapaian Yoga Diraja ini. Raja Yoga ialah kuasa mental, selaras

dengan meditasi, jasad mesti ikut fikiran dan bukan sebaliknya. Raja Yoga

membimbing seseorang pengamal Yoga (yogin) itu kepada mengalami
pencapaian Samadhi ( bersatu ) tertinggi boleh bersatu dengan Mutlaq(Allah)22.

Kaitan senaman yoga dengan agama Hindu boleh disimpulkan seperti berikut: -

a) Padmasana merupakan imbangan yang sempurna seperti bunga terataiterapung di atas air kolam yang tenang.
Bunga Teratai di kalangan Hindu

adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai

selalunya digambarkan dengan Tuhan Vishnu.
b) Garudasana senaman garuda. Nama burung khayalan yang menjadi

tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.
c) Bhakti Yoga ialah Yoga Ibadat, atau Yoga Cinta Ilahi dengan ini terbukalah

akal dan hati kepada martabat Kehidupan Tertinggi, mengajar kita beribadat

kepada Tuhan.
d) Jnana Yoga, (Yoga Ma’rifat) Jnana Yoga bertukar daripada perkara zahir

dunia kepada batin yang ada dalam diri kita.
e) Raja Yoga atau Yoga Diraja, membimbing seseorang pengamal Yoga (yogin) itu kepada mengalami pencapaian Samadhi (bersatu) tertinggi boleh bersatu

dengan Mutlaq (Allah).


Kesimpulan kaitan senaman yoga dengan Hinduisme
Yoga bukan senaman badan asana semata-mata. Senaman Yoga tidak lengkaptanpa meditasi yang melibatkan fikiran. Meditasi (tumpuan fikiran semata�� ke alam

rohaniah) bermatlamatkan bersatu dengan Roh Alam (Tuhan), seperti tersebut di

atas.

Terdapat banyak risalah yang menerangkan bagaimanakah cara-cara mengamal
dan melakukan Asana Yoga. Semuanya ini dengan tujuan dapat bersatu denganroh alam. Di antaranya sebelum melakukan Asana Yoga, tiga perkara perlu dipatuhi

iaitu:-

a) melakukan dan menguasai cara-cara bernafas (bukan lagi seperti cara

bernafas biasa sehari-hari.
b) berdoa, temasuk menyebut kalimah suci OM atau AUM dan

c) bermeditasi. (Semua tiga perkara a, b dan c ini dengan cara agama Hindu).

Cara meditasi utama di kala hendak mengamalkan yoga ialah kosentrasi pada satu

titik. Ini mungkin merupakan perkara fizikal, seperti titik cahaya di dinding, atau

memusatkan perhatian mata kepada batang hidung sendiri, atau boleh jadi satu

buah fikiran, atau Kewujudan Tuhan sendiri. Semua fikiran-fikiran yang bertaburan

dan perhatian yang berselerak jadi tersusun rapi ditujukan kepada maha satu.

Tujuannya ialah supaya boleh dikuasai, boleh dihapuskan atau, semua fikiran-fikiran

yang bercelaru, sama ada datangnya daripada pancaindera atau kesedaran batin

diikat-sekat dengan melakukan konsentrasi. Pengamal yoga sebenar mengamalkan

konsentrasi ini ke atas satu titik pada bila-bila masa, dan terhapuslah kecelaruan

fikiran.

Melalui disiplin ini sebenarnya seorang yogi (pengamal yoga) bermujahadah hendak

membebaskan fikiran daripada belenggu kebendaan deria agar dapat mencapai
samadhi – bersatu dengan tuhan Brahma – lalu menjadi satu.23 ‘Brahman (Allah)

ialah segala-gala dan Atman (zat maha batin setiap individu) ialah Brahman’; diri

alam semesta maha tinggi dengan Tuhan”.24


Reply #9 26 November, 2008, 11:34:54 PM
DALIL DAN HUJAH

Kewajipan umat Islam memelihara aqidah daripada segi niat, perkataan dan

perbuatan

Dalil :

 

“Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, janganlah kamu

membatalkan amalan-amalan kamu”. (Surah Muhammad: 33)


Hujah :

Ayat ini memerintahkan supaya umat Islam tidak mempersia-siakan segala

amalan kebaikannya dengan sengaja membiarkan diri terjebak ke dalam

perbuatan syirik. Menurut Imam al-Razi, perkara yang membatalkan amalan di

sini ialah melakukan kesyirikan. Ia berdasarkan firman Allah: “Sekiranya kamu
melakukan syirik, maka gugurlah amalan kamu” (Surah al-Zumat: 65) 25 .

Melakukan senaman yoga tanpa sebarang kefahaman mendalam tentang aqidah

Islam, dikhuatiri boleh membawa kepada syirik kerana yoga mempunyai

matlamat penyatuan diri manusia dengan tuhan.

“Wahai orang beriman, masuklah ke dalam Islam keseluruhannya, janganlah

kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia bagi kamu ialah

musuh yang nyata”.(Surah al-Baqarah: 208)

Hujah :

Menurut Dr. Sayyid Tantawi maksud mengikuti langkah-langkah syaitan di dalam

ayat ini iaitu :

“Satu amaran bahawa syaitan banyak mendorong manusia melakukan kejahatan

selangkah demi selangkah, peringkat demi peringkat sehingga menjadikan

(manusia) itu jinak lalu menyerangnya tanpa sebarang keraguan lagi, demikian

itu berlaku bagi sesiapa yang diirnya telah dipengaruhi oleh syaitan lalu

dilalaikan oleh Allah SWT. Orang berakal ialah yang menjauhkan diri daripada

setiap godaan dan bisikan syaitan. Sesungguhnya dosa yang kecil boleh menjadi

besar dan sesiapa yang duduk berdekatan kawasan larangan dikhuatiri akan
terjatuh ke dalamnya” 26 . Oleh itu, meninggalkan pengamalan yoga itu lebih

selamat kerana ditakuti pengamalan yoga boleh membawa kepada ikutan

terhadap ajaran Hinduisme yang sama sekali bercanggah dengan aqidah.


Perintah supaya umat Islam istibra’ (berlepas diri) daripada peribadatan

agama lain

Dalil :

Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku

tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu

menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara

kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi

kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.

Hujah :

Menurut Imam Ibn Kathir surah ini merupakan surah al-bara’ah (pelepasan diri)

daripada amalan yang diamalkan oleh orang musyrikin. Ayat tiga yang
bermaksud “Dan tidaklah aku menyembah apa yang kamu sembah” bermakna

aku tidak beribadat dengan ibadat kamu iaitu tidak mengambil jalan itu dan

mengikutinya, sebaliknya aku menyembah Allah s.w.t. berdasarkan cara yang
disuruh dan diredhainya. Manakala ayat empat yang bermaksud “Dan tidaklahkamu menyembah apa yang aku sembah” bermakna kamu tidak mengikut

perintah-perintah Allah s.w.t. dan syariat-Nya dalam beribadat bahkan kamu

telah mereka-reka sesuatu daripada diri kamu sendiri.

Ianya bersamaan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Yunus ayat 41:

 

Bermaksud: “Dan sekiranya mereka membohongi kamu maka katakanlah bagiku

amalanku dan bagi kamu amalan kamu, (ibadat) kamu tidak berkaitan dengan

amal (ibadat) ku dan aku berlepas diri dengan segala (ibadat) yang kamu

kerjakan.”

Begitu juga dengan ayat 15 surah al-Syura:

Yang bermaksud: “Bagi kami amal (ibadat) kami dan bagi kamu amal (ibadat)
kamu.” Yang bermakna kami berlepas diri daripada (ibadat) kamu. 27Oleh kerana

yoga berasal daripada unsur-unsur peribadatan di dalam agama Hindu, maka

amat wajar umat Islam untuk berlepas diri (istibra’) daripada amalan ini bagi

memastikan keimanan mereka benar-benar terjamin di sisi Allah SWT.

Reply #10 26 November, 2008, 11:35:15 PM
Larangan menyerupai perbuatan ibadah agama lain

Dalil :

 

Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menyerupai

(bertasyabbuh) dengan suatu kaum, maka ia termasuk di kalangan mereka.

(Riwayat Abu Daud, no. 3512)

Hujah :

Menurut Ibn Taimiyah hadith ini dengan jelas menyebut tentang larangan

menyerupai orang kafir dalam hal berkaitan syiar agama mereka. Sedangkan

yoga adalah termasuk daripada sebahagian syiar ibadat agama Hindu. Beliau

menukilkan pandangan seperti berikut:-

“Imam Ahmad dan selainnya telah berhujah dengan hadith ini, dan hadith ini

ialah serendah-rendah keadaan yang mengandungi pengharaman menyerupai

mereka (kuffar) sebagaimana firman Allah “sesiapa yang mengambil mereka

sebagai pemimpin maka orang itu termasuk golongan mereka” ianya sama

dengan pandangan Abdullah ibn ‘Amru: sesiapa yang menetap di bumi orang

musyrikin, melakukan perayaan Nairuz dan pesta mereka lalu menyerupai

mereka sehingga mati, ia dibangkitkan bersama mereka pada hari Qiyamah. Ini

boleh difahami dengan maksud penyerupaan secara mutlak, maka ia membawa

kekufuran. Namun ia juga bermaksud pengharaman terhadap penyerupaan

sebahagian yang demikian. Boleh jadi juga ia mengandung makna ia

(penyerupa) serupa dengan mereka pada kadar yang menyamai sahaja.

Sekiranya kekufuran atau kemaksiatan atau syiar (agama) yang ditirunya maka

hukumnya adalah sama”28.


Menyekat jalan-jalan kerosakan / kebinasaan (sad al-zara’i‘)

Menggunakan Kaedah Usul Fiqh: Sadd al-Zara’i’ ($% &! ')

Ia adalah perkara-perkara yang pada zahirnya harus tetapi dibawa dengannya

kepada perbuatan haram. Makna sadd al-zara’i’: Menyekat alat dan jalan-jalan

kerosakan bagi menyekat kerosakan sekiranya perbuatan yang selamat
daripada kerosakan menjadi jalan kepada kerosakan29.

Hujah :

Kaedah sadd al-zara’i‘ perlu dilakukan ke atas senaman yoga kerana didapati

senaman ini ialah salah satu aktiviti utama untuk mencapai matlamat asal yoga

iaitu penyatuan diri dengan tuhan. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, jalanjalan

itu terbahagi kepada beberapa jenis. Perbuatan dan perkataan yang

menuju kepada kerosakan itu dua bahagian. Pertama, peletakannya itu memang

untuk menuju kepada kerosakan, zahirnya tiada maksud yang lain. Kedua,

peletakannya itu bagi perkara yang harus atau sunat, tetapi ia diambil sebagai

jalan kepada yang diharamkan sama ada dengan niat atau tanpa niat. Kemudian

jalan-jalan ini juga terbahagi kepada dua bahagian. Pertama hendaklah kebaikan

perbuatannya lebih kuat daripada kerosakannya. Kedua, hendaklah

kerosakannya lebih kuat daripada kebaikannya. Kesimpulannya, jalan-jalan itu

terbahagi kepada empat bahagian. Pertama, jalan yang diletakkan untuk menuju

kepada kerosakan semata-mata. Kedua, jalan yang diletakkan harus tetapi

ditujukan untuk sampai kepada kerosakan. Ketiga, jalan yang harus, tidak diniat

untuk menuju kepada kerosakan tetapi ia menjadi sebab terjebak kepada yang

haram pada kebiasaannya dan kerosakan lebih kuat daripada kebaikannya.

Keempat, jalan yang harus dan boleh jadi menuju kepada kerosakan tetapi
kebaikannya lebih kuat daripada kerosakannya30.

Penggunaan senaman yoga untuk kesihatan semata-mata termasuk di dalam

kategori jalan yang ketiga iaitu jalan yang harus, tidak diniat untuk menuju

kepada kerosakan tetapi ia menjadi sebab terjebak kepada yang haram pada

kebiasaannya dan kerosakan lebih kuat daripada kebaikannya. Walaupun

pengamal yoga mendakwa mereka mendapat manfaat daripada mengamalkan

yoga tanpa sebarang unsur-unsur keagamaan luar, namun jalan tersebut

dikhuatiri boleh menjejaskan aqidah mereka secara sedikit demi sedikit. Paling

kurang iaitu berlakunya penyerupaan terhadap perbuatan ibadat agama Hindu

walaupun dilakukan tanpa sebarang niat. Sedangkan mudarat aqidah lebih besar

daripada kebaikan manfaat kesihatan. Malah kesihatan fizikal mampu diperolehi

walaupun bukan melalui senaman yoga.


Matlamat untuk memelihara kesihatan tidak boleh menghalalkan cara

Kaedah Syar’iyyah : Matlamat tidak menghalalkan cara

Hujah :

Bagi tujuan memelihara kesihatan dan perubatan, Islam menegah umatnya

daripada menggunakan jalan atau perkara yang diharamkan. Para ulama

bersepakat bahawa menggunakan perkara yang diharamkan untuk perubatan

adalah dilarang31. Ia berdasarkan beberapa hadith Nabi SAW:

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kamu pada apa yang

diharamkan ke atas kamu”. (Riwayat al-Bukhari)

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan

setiap penyakit ada ubatnya, maka berubat lah dan jangan kamu berubat dengan

perkara yang haram”. (Riwayat Abu Daud)

Hanya dalam keadaan tertentu yang disifatkan sebagai darurat (terdesak) kerana

tiada lagi jalan atau perkara yang halal menurut pakar perubatan, maka pada

ketika itu harus bagi umat Islam menggunakan jalan atau perkara yang haram

(sekadarnya sahaja) untuk tujuan perubatan dengan syarat mendapat nasihat

pakar perubatan muslim yang dipercayai.

Oleh itu, melakukan senaman yoga pada hakikatnya bukanlah suatu bentuk

keadaan yang darurat, sebaliknya di sana terdapat pelbagai bentuk terapi fizikal

yang boleh menenangkan minda dan tubuh badan. Malah al-Qur’an sendiri

merupakan ayat-ayat yang mampu memberikan ketenangan kepada jiwa muslim

yang mengalami kegelisahan dan ketidaktenteraman.

Di samping itu, yoga juga merupakan suatu bentuk senaman yang boleh

membawa kepada hukum syubhat kerana percampuran antara amalan fizikal

yang mengandungi unsur Hindu dengan yang hanya melibatkan fizikal sematamata.

Dalam hal ini Nabi SAW mengarahkan umat Islam meninggalkan perkaraperkara

syubhat kerana ia dikhuatiri terjerumus melakukan yang haram. Sabda

Nabi SAW:

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya

terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh

orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah

menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam

perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.

Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya

disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan

memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan

Allah adalah apa yang Dia haramkan”. (Riwayat Bukhari)

Reply #11 26 November, 2008, 11:36:04 PM
FATWA ULAMA DAN INSTITUSI ISLAM BERKENAAN YOGA

Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura

“Yoga adalah antara perkara-perkara bid'ah yang digolongkan ke dalam bid'ah
dhalalah ((+,). Ia mengandungi unsur-unsur agama Hindu.

Segala perkara yang mengandungi unsur-unsur syirik dan boleh merosakkan

kepercayaan (iktikad) seperti yang menganjurkan kepada persemadian kepada
yang bukan mengingati Allah adalah dilarang dan hukumnya haram”32.

Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir

 
“Bahawa pergerakan senaman semata-mata yang bermanfaat bagi tubuh atau

sebahagian anggota badan, tidak salah dan tidak haram tetapi ini tidak

dinamakan yoga. Bahawa apa yang disandarkan kepada nama ini (yoga)

semestinya dikaitkan dengan konsep ‘guru’ (mursyid), konsep cakra (titik-titik

pusat) dan konsep ‘energi’ (tenaga tertinggi), semuanya ini konsep-konsep yang

berkaitan dengan keberhalaan dan kesyirikan. Adapun hanya pergerakan

semata-mata maka ia tidak dinamakan dengannya (yoga). Pemaksaan

seseorang untuk menamakan pergerakan-pergerakan badan ini sebagai yoga

tidak harus dari segi syara’. Ia termasuk dalam bab menamakan sesuatu dengan

bukan namanya yang boleh menatijahkan penghalalan atau pengharaman

sesuatu, dan ia telah pun ditegah. Rasulullah SAW bersabda: ”Akan ada

manusia di kalangan umatku yang meminum arak yang mereka gelarkan bukan

dengan namanya”. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Malik al-

Asy’ari r.a. Dalam riwayat al-Darimi daripada ’Aisyah r.a.h. menyebut: ”Mereka

menamakannya dengan selain namanya lalu menghalalkannya (arak)”.

Pandangan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi

“Dan sesiapa yang mengamalkan senaman yoga – iaitu latihan pergerakan

tubuh – dan tidak terlintas di fikirannya unsur penyembahan, tidak juga untuk

mengikuti golongan penyembah berhala, tidak juga menyerupai mereka, maka

yang lebih selamat dan lebih berhati-hati ialah menjauhkan diri daripada

menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui bahawa asal-usul

senaman yoga yang mempunyai unsur keberhalaan, sebagai beramal dengan

hadith: “Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak

meragukan”. Malah Islam telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan

penyembah berhala walaupun hanya dari segi supa dan bentuk. Oleh sebab itu

Islam telah menegah solat pada waktu terbit matahari dan ketika tenggelamnya,

kerana penyembah matahari menyembah matahari pada kedua-dua waktu ini.

Tidak diragukan lagi bahawa larangan daripada solat pada kedua-dua waktu

tersebut ialah sebagai menyekat jalan-jalan kerosakan walaupun ia tidak terlintas

di benak orang yang solat untuk menyembah matahari atau menghadap ke

arahnya di dalam solat”.

Fatwa Ustaz Mas’ud Sobri (Islamonline)

“Hukum syara’ bagi melakukan senaman ini boleh disimpulkan seperti berikut:

Sesiapa yang mengamalkan yoga dan mempercayai yoga sebagai satu

kepercayaan yang meningkatkan kerohanian dan diri, menyerupai aqidah agama

Hindu, maka mengamalkannya adalah haram. Manakala sesiapa yang

melakukan senaman yoga sebagai satu jenis senaman semata-mata yang tiada

kaitannya dengan aqidah, maka hukumnya ialah harus berasaskan kepada asal

yang telah diletakkan oleh jumhur fuqaha’: Bahawa asal setiap sesuatu itu harus

sehingga terdapat nas yang mengharam, diringi pula dengan niat seseorang

yang melakukannya, sebagaimana yang berlaku ke atasnya kebanyakan hukum

berdasarkan sabda Rasulullah SAW, ”Bahawasanya setiap amalan itu dengan

niat, dan setiap orang berdasarkan apa yang diniatkannya”. Sebagaimana Islam

mendapati banyak amalan tradisi kemasyarakatan seperti perkahwinan dengan

pelbagai jenis. Lalu Islam membatalkan kesemuanya dan mengekalkan apa

yang dimaklumi oleh ramai hingga ke hari ini iaitu (kebiasaan) seorang lelaki

menuntut anak gadis daripada bapanya dan lain-lain bentuk tradisi

kemasyarakatan dalam perkahwinan yang telah dikekalkan oleh Islam.

Berdasarkan apa yang diterangkan sebelum ini, tidak mungkin dihukumkan

haram ke atas pengamalan yoga, sekiranya yoga itu hanya senaman secara

jasmani semata-mata, yang tiada kaitannya dengan aqidah”.


Pandangan Fatwa Islamweb.net
Yoga bukanlah hanya senaman badan semata-mata tetapi ianya ialah ibadah

yang dihadapkan oleh pelakunya kepada matahari selain daripada Allah SWT.

Ianya tersebar ke seluruh India sejak zaman dahulu. Nama asal bagi senaman

ini dalam bahasa Sanskrit (sastanja surya nama sakar). Bermaksud sujud

kepada matahari dengan lapan titik di tubuh. Bermula latihan-latihan yoga

dengan kedudukan pertama yang menggambarkan penghormatan kepada yang

disembah iaitu matahari. Latihan-latihan ini semestinya diiringi dengan sejumlah

daripada lafaz-lafaz yang dengan jelas menyebut tentang penyembahan

matahari dan menghadap ke arahnya.

Dan sekiranya ditanya: Adakah harus beramal dengan latihan-latihan ini tanpa

menghadap ke arah matahari dan melafazkan ucapan-ucapan yang disebutkan

(mantera)? Jawapannya: Bahawa sekiranya latihan-latihan ini terlepas daripada

kalimah-kalimah keberhalaan dan menghadap ke arah matahari serta tunduk

dan hormat kepadanya, ianya tidak dinamakan yoga. Sebaliknya ia adalah

senaman mudah yang dilakukan oleh kesemua bangsa, maka tiada larangan

untuk melakukannya ketika itu, di samping memelihara dua perkara berikut:-

a) Menyalahi susunan posisi-posisi yang disebutkan dalam yoga serta

memasukkan sesetengah posisi-posisi yang baru ke atasnya bagi

mengelakkan unsur penyerupaan.

b) Tidak melakukannya pada waktu yang digalakkan oleh agama Hindu

melakukannya seperti pada waktu terbit matahari”.


Keputusan Panel Kajian Aqidah JAKIM

Kertas berkenaan yoga telah dibentangkan di dalam mesyuarat PKA sebanyak

tiga kali oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim dan Urusetia JAKIM.

Kali pertama ia dibentangkan pada mesyuarat PKA kali ke-31 bertarikh 20

Disember 2005, kali kedua pada mesyuarat PKA kali ke-35 bertarikh 19 Jun

2007 dan kali ketiga pada mesyuarat PKA kali ke-37 bertarikh 13-15 Mei 2008.

Kesemua mesyuarat memutuskan bahawa amalan yoga adalah bercanggah

dengan Islam dan secara tidak langsung mempromosikan ajaran Hindu.

Mesyuarat PKA kali ke-31 juga antara lain mengesyorkan supaya senaman lain

seperti taichi boleh dijadikan sebagai senaman alternatif kepada yoga kerana

ianya tidak mempunyai falsafah tertentu di sebaliknya.


Keputusan Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam

Malaysia yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah memutuskan setelah

mengkaji dan meneliti hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan

yoga maka, ahli muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman

yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi yang

menggabung amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan

bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya,

penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan

boleh merosakkan aqidah seseorang muslim.

Oleh ahli muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk

amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan

bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa

unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.

Namun demikian, masyarakat Islam diingatkan wajib berhati-hati dan

berwaspada daripada perkara-perkara yang boleh menghakis aqidah seseorang

muslim. Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis

aqidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:-

a) Kepercayaan atau keyakinan di hati

b) Menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah

c) Perbuatan

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat
Islam wajib memelihara aqidah mereka daripada terhakis.
"

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18867

qiraati

  • *
  • Ukhwah Fillah Abadan Abada
    • View Profile
Reply #12 27 November, 2008, 01:19:37 AM
Assalamualaikum wbt..

Ana dulu selalu amalkan Yoga semasa di sekolah menengah. Sebulan sekali. Takde pun kurus atau cantik. Maybe dari segi penafasan kot. Alhamdulillah, ana berhenti selepas sekolah. Dan kini ana faham kenapa dan mengapa Yoga ni dikatakan haram..
Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

Reply #13 27 November, 2008, 03:39:10 PM
Senaman - antara yang haram dan 'yang diharamkan'       
Oleh HTM     
Khamis, 27 November 2008 11:12 
Sekali lagi fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) menarik minat umat Islam untuk diperbincangkan.  Kali ini berkenaan dengan pengharaman senaman yoga, selepas sebelum itu isu fatwa pengharaman pengkid telah dikeluarkan oleh pihak yang sama. Pelbagai pandangan telah diberikan oleh umat Islam berkenaan isu pengharaman senaman yoga ini, sebagaimana juga dengan isu pengharaman pengkid. Bukan sekadar pandangan atau kritik, malah kekeliruan juga banyak muncul hasil dari keputusan majlis fatwa ini.

Beberapa hari lepas, pengerusi MFK, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, boleh merosakkan akidah umat Islam. Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

Walaupun terdapat pihak yang mengkritik, namun di sini kita melihat satu usaha yang baik telah dilakukan oleh pihak Majlis dalam usaha mereka untuk menjaga aqidah umat Islam itu sendiri. Tetapi apa yang lebih penting yang perlu kita sedar adalah bahawa fatwa ini tidak akan dapat memberikan kesan apa-apa kepada masyarakat jika sekiranya ianya tidak di dokong oleh penerapan undang-undang oleh negara. Hukum haramnya pengkid mahupun senaman yoga ataupun apa sahaja yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu hanya akan menjadi sekadar penyedap hati yang dapat memuaskan segelintir umat Islam. Tetapi hakikatnya adalah, fatwa yang dikeluarkan itu tidak akan dapat dilaksanakan di tengah-tengah kehidupan umat. Dengan kata lain, umat Islam di Malaysia boleh ‘percaya’ bahawa yoga itu haram, namun jika ada di kalangan umat Islam yang masih melakukan yoga, maka siapakah yang akan mengenakan hukuman terhadap perbuatan tersebut?

Wahai umat Islam! Wahai penguasa umat Islam! Wahai para ulama kaum Muslimin! Sedarlah bahawa Islam itu bukan hanya sekadar fikrah yang hanya tertulis sebagai suatu maklumat semata-mata, tetapi ianya adalah sesuatu yang wajib dan perlu diterjemahkan sebagai suatu thariqah pelengkap kepada keyakinan kita bahawa Islam itu adalah merupakan suatu cara hidup yang sempurna. Dalam erti kata yang mudahnya hukum-hakam Islam itu wajib diterapkan di dalam kehidupan umat Islam itu secara nyata. Sebagai contoh, fikrah Islam mengajar bahawa zina itu haram dan sesiapa melakukan zina, maka dia wajib dihukum 100 kali rotan. Thariqah Islam di dalam kes ini menyatakan bahawa wajiblah ada satu institusi yakni Mahkamah Khusumat yang wajib menjatuhkan hukum ke atas pelaku zina dan merotan mereka dengan 100 kali rotan. Penggabungan di antara fikrah dan thariqah inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang sempurna.

Tidak ada guna jika zina difatwakan haram, namun tidak ada hukuman ke atas pelaku zina, sebagaimana di dalam kes tidak ada hukuman ke atas pelaku yoga ini. Juga, tidak ada guna jika zina difatwakan haram, namun pelakunya hanya dihukum 6 kali sebatan. Islam bukanlah satu agama yang mengandungi hukum-hakam yang hanya perlu ‘difatwakan’, namun tidak ada ‘akibat’ (hukuman) dari pelanggaran keharaman tersebut. Dalam erti kata yang mudahnya Islam itu bukan hanya sekadar untuk ‘difatwakan’ semata-mata bahawa itu haram dan itu halal, tetapi ianya adalah suatu bentuk fikrah dan thariqah yang wajib diterapkan oleh individu, masyarakat dan juga negara.

Dalam pada seluruh Malaysia, khususnya umat Islam di Malaysia kecoh kerana pengharaman senaman Hindu ini, umat Islam hendaklah sedar bahawa banyak lagi senaman lain yang mengandungi unsur haram di dalamnya. Boleh dikatakan semua senaman yang lain yang dilakukan oleh umat Islam, khususnya yang selalu dianjurkan dan banyak juga yang muncul di kaca TV adalah juga haram hukumnya. Apa tidaknya, semua senaman yang muncul di kaca TV memaparkan perempuan yang tidak menutup aurat dan kalau menutup aurat sekalipun, di dalam keadaan yang cukup tidak sempurna seperti berbaju T dan berseluar track. Walhal pakaian bagi wanita Muslimah yang diwajibkan oleh Allah di dalam Al-Quran adalah berjilbab dan bertudung labuh. Perbuatan perempuan yang tidak bertudung atau bertudung pendek, terkinja-kinja melompat ke sana-sini, berbaring, berlakunya ikhtilath (percampuran) di antara kaum lelaki dan banyak lagi perbuatan lainnya, semuanya adalah haram!

Justeru, semua bentuk senaman ini juga mesti difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Kita tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya sama ada Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwanya terhadap senaman-senaman lain yang jelas-jelas haram di sisi Islam, walaupun tidak terdapat unsur pemujaan sekalipun. Janganlah hendaknya MFK memilih-milih untuk berhukum dengan hukum Allah ini kerana jelas bahawa membeza-bezakan hukum Allah ini adalah suatu perkara yang pastinya mengundang murka dan azab dari Allah swt. FirmanNya: 

“...Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian (dari isi) Kitab dan kufur (mengingkari) akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan dimasukkan mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu kerjakan. Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan” [TMQ al-Baqarah (2):85-86].

 

muhammad161967

  • *
  • Berbudi.Membalas budi.Mengenang budi
    • View Profile
Reply #14 30 November, 2008, 02:48:19 AM
pergerakan tidak mengapa

jampi serapah dan yakin dapat bersatu dengan tuhan itu yang haram dalam urutan islam


jika kita umat islam yang tahu sedikit hal mengenal Allah ,,, bahawa islam sudah sumperna sekali .. ini kerana Allah sentiasa berada dalam diri kita--jika rasa terkeliru..sila rujuk pada ustaz anda
SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNI PERBUATAN SYIRIK TERHADAP-NYA DAN DIA AKAN MENGAMPUNI YANG SELAIN ITU,KEPADA ORANG YANG DIA KEHANDAKI

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #15 31 July, 2009, 04:02:06 PM

Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan     
Monday, 24 November 2008 11:28

Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman berkenaan. Kalau masih ada pihak yang mempertikaikan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa amalan senaman berkenaan haram, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa yang mempertikainya sedang terlena dalam kejahilan yang teramat sangat. Cuba perhatikan kenapa alim ulama kebanyakannya lebih lanjut usianya. Jarang benar guru-guru sekolah pondok umpamanya mati pada usia masih muda gara-gara diserang sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Kebanyakan mereka mati kerana sakit tua.

Antara rahsianya adalah kerana mereka banyak sembahyang sunat selain daripada sembahyang wajib lima waktu sehari semalam. Alim ulama akan tidur selepas Isyak dan akan bangun selepas pukul 12.00 tengah malam melakukan sembahyang malam.

Mereka akan tidur sekejap sebelum masuk waktu Subuh. Sebaik-baik sahaja bangun dari tidur, mereka akan sembahyang sunat Fajar, sunat Subuh dan tidur sekejap untuk kemudiannya akan bangun dan menunaikan sembahyang sunat Dhuha.

Rukun sembahyang yang rata-rata melibatkan kegunaan anggota badan itu sendiri lebih bersifat kepada gerakan senaman sama ada rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, bersimpuh ketika membaca tahyat, malah ketika berpaling kanan kiri ketika memberi salam.

Semalas-malas umat Islam menunaikan sembahyang yakni dengan hanya menunaikan sembahyang fardu sahaja pun, mereka akan melakukan 17 rukuk, 17 iktidal, 68 kali sujud, 32 bersimpuh dan 10 paling muka ke kanan dan 10 paling muka ke kiri.

Kebanyakan alim ulama akan memastikan jumlah sembahyang yang dilakukan adalah 50 rakaat sehari semalam bila dicampur jumlah sembahyang sunat dan fardu. Lazimnya sembahyang sunat dilakukan sebanyak dua rakaat.

Maknanya setiap hari mereka melakukan 50 rukuk, 50 iktidal, 318 sujud 164 kali bersimpuh, 76 memalingkan muka ke kanan dan 76 lagi memalingkan muka ke kiri.

Dengan sebanyak itu pergerakan anggota badan dilakukan, maka ia sudah lebih daripada cukup bagi tujuan senaman untuk kesihatan badan.

Lagi pun dengan memperbanyakan sembahyang, bukan sahaja badan akan sihat tetapi akan mendapat pahala berganda di samping otak dan dada akan menjadi lapang.

Antara tujuan direnggangkan waktu-waktu sembahyang juga adalah untuk mengingatkan kita bahawa pemikiran dan badan perlukan rehat.

Kebanyakan alim ulama juga suka berkebun, memancing dan pelbagai aktiviti berbentuk riadah, seperti menunggang kuda, menembak dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sedemikian juga ada kaitan dengan penjagaan kesihatan, kerehatan mental dan fizikal serta kawalan perbelanjaan harian.

Kenapa kita mesti ikut tatacara untuk kesihatan badan yang bertentangan dengan Islam? Kenapa kita tidak 'fotostat' kehidupan alim ulama ke dalam kehidupan kita. Bukankah alim ulama juga mencontohi kehidupan Rasulullah SAW ke dalam kehidupan mereka. Memilih kehidupan yang bercanggah dengan sunnah bermakna kita memilih kecelakaan.

Sumber : Utusan Malaysia
Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim


beruang

  • *
  • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
    • View Profile
Reply #16 31 July, 2009, 07:40:29 PM
Selain itu cubalah martial art atau seni bela diri. Ana ada mencuba tae kwon do dan Alhamdulillah kesihatan pun terkawal.

Cumanya ana ingin berpesan kepada pengamal Tae Kwon DO, Judo, Karate Do, dan seni bela diri yang lain yang mempunyai perbuatan menunduk hormat atau sujud hormat. Perbuatan berkenaan boleh menyebabkan seseorang itu murtad apabila menunduk hormat melebihi paras rukuk dan sujud hormat yang menyamai sujud dalam solat.

Ini kerana tiada yang lebih layak untuk dirukuk dan disujud melainkan Al-Khaliq kita iaitu Allah subhanahu wa taala. Jadi, jika ingin menunduk hormat maka pastikan tapak tangan kita tidak mencapai kepala lutut. Jika sujud hormat pula cubalah elakkan dan berbincang dengan instuctor anda...

SNF

  • *
  • "Kau ibarat permata berharga"
    • View Profile
Reply #17 31 July, 2009, 07:56:16 PM
Selain itu cubalah martial art atau seni bela diri. Ana ada mencuba tae kwon do dan Alhamdulillah kesihatan pun terkawal.

Cumanya ana ingin berpesan kepada pengamal Tae Kwon DO, Judo, Karate Do, dan seni bela diri yang lain yang mempunyai perbuatan menunduk hormat atau sujud hormat. Perbuatan berkenaan boleh menyebabkan seseorang itu murtad apabila menunduk hormat melebihi paras rukuk dan sujud hormat yang menyamai sujud dalam solat.

Ini kerana tiada yang lebih layak untuk dirukuk dan disujud melainkan Al-Khaliq kita iaitu Allah subhanahu wa taala. Jadi, jika ingin menunduk hormat maka pastikan tapak tangan kita tidak mencapai kepala lutut. Jika sujud hormat pula cubalah elakkan dan berbincang dengan instuctor anda...
Yaaa,ana pun setujuh,janganlah kita menunduk hormat seperti kita bersujud kepada ALLAH SWT..
Wa'allhua'alam

Qishashul

  • *
  • Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!
    • View Profile
Reply #18 16 October, 2009, 08:25:48 PM
JAKARTA 27 Jan. – Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan merokok dan yoga adalah haram bagi umat Islam.

Bagi merokok, MUI memutuskan bahawa ia haram kepada wanita Islam yang mengandung dan kanak-kanak.

Selain itu, merokok di tempat awam juga dihukum sebagai haram.

Majlis itu juga memutuskan senaman yoga yang mengandungi meditasi dan ritual agama adalah haram bagi umat Islam.

“Merokok adalah haram bagi wanita yang mengandung dan kanak-kanak, merokok di tempat awam juga haram dan begitu juga bagi ahli majlis ulama,” kata H.M. Amin Suma yang mempengerusikan mesyuarat itu di Padang Panjang, Sumatera Barat, kelmarin.

Beliau yang dipetik agensi berita Antara berkata, merokok bagi wanita mengandung dan kanak-kanak adalah berdosa.

Beliau juga meminta kerajaan menggubal undang-undang bagi menyokong fatwa tersebut.

Seorang penasihat MUI, Nurhayati Hakim berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara dan ia sejajar dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

“Sekurang-kurangnya fatwa itu menetapkan had, supaya orang ramai tidak merokok sesuka hati mereka,” katanya.

Namun, MUI juga mengeluarkan fatwa bahawa yoga yang berbentuk senaman untuk kepentingan kesihatan sebagai dibolehkan.

“Fatwa tersebut diperlukan agar umat Islam tidak mencampuradukkan yang hak dengan yang batil,” kata Amin yang juga Ketua MUI Pusat.

Menurutnya, fatwa MUI itu adalah berlandaskan al-Quran iaitu ayat 33 surah Muhammad yang mewajibkan umat Islam mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW serta tidak merosak pahala amalan yang diperbuat.

Ayat yang mensyaratkan larangan mencampuradukkan yang hak dengan yang batil pula, katanya terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 42.

“Fatwa tersebut lebih berdasar, persoalan hukum yoga setelah munculnya berita tentang fatwa ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, yang memutuskan yoga adalah haram,” katanya.

Atas fatwa tersebut, menurut beliau, menyebabkan banyak persoalan timbul dan termasuk permintaan agar MUI mengkaji, membahas dan juga memfatwakan masalah yoga.

Yoga oleh masyarakat Indonesia umumnya sebagai salah satu bentuk senaman pernafasan.

Difahamkan juga yoga wujud sejak sejak 6 abad sebelum Masihi, jauh sebelum agama Hindu lahir.

Yoga awal tidak terkait dengan agama, tetapi dalam perkembangannya banyak pendita Hindu yang mendalami yoga yang kemudian melakukan asimilasi yoga dengan ajaran agama Hindu. – Utusan
Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!

dol_bendol

  • *
  • http://al-merapu.blogspot.com
    • View Profile
Reply #19 16 October, 2009, 09:50:33 PM
Brahma pada aslnya bukanlah agama Hindu

semasa di buat penentuan agama agama, Brahma tu tak tau nak di masukkan ke bawah agama mana, nak letak bawa Islam, bukan pula, so di masukkan bawah Hindu, jadi Kasta paling atas.

Yoga pada awalnya, hanyalah meditasi kumpulan Brahma

Bagaimana pun akhirnya itulah, makin ramai, sami sami, berjaya, mencapai tahap tinggi, dan ada sesetengahnya, dengan dampingan Jin, dapatlah buat macam macam,

Tuan puan boleh lihat "Valley of Flowers"  ada kisah sami, leh meditasi terangkat ke atas, di curi jin dampingannya, oleh org lain menggunakan cermin sahaja, ...................kisah tu kena 18sx, di buat oleh Jepun, cakap hindi dan Jepun.

menariknya, kisah, bagaimana jin mendampoingi manusia, syaitan menipu manusia, dalam rupa, wanita, dll, Jika tengok bila ada ilmu dapatlah mengetahui, jika idak, hanyalah hiburan buta sahaja.

buatlah apa pun, minta minta Ingat Allah senantiasa, semuga idaklah melakukan maksiat

divider3
halaqahforum4