Hukum Bunuh Diri dan Menyembahyangkan Jenazahnya

*

Author Topic: Hukum Bunuh Diri dan Menyembahyangkan Jenazahnya  (Read 8076 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

PenaHalaqah

  • *
  • Posts: 175
    • View Profile
20 November, 2008, 10:09:29 PM
  • Publish
  • Ust. Abdul Kadir

    Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

    Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
    مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
    Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

    Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
    مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
    Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

    Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
    ‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
    Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

    Hukum Orang Bunuh Diri
    Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
    Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

    Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:


    ‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
    Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)

    Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
    “Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
    Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

    Wallahu a’lam.
    Pengurusan Artikel, Bahasa dan Ejaan Halaqahnet.

    rufaydah

    • *
    • Posts: 18
      • View Profile
    Reply #1 21 November, 2008, 11:00:10 AM
  • Publish
  • salam.

    alhmdulillah, sbnanye sy mmg tgh cr artikel psl hukum sbnar bunuh dr ni. sbb dr ape yg sy dgr org yg bunuh dr ni mati dlm keadaan kafir/murtad. so sy nk tau gak la ksahihannye. alhmdulillah jmpe thread ni. syukran pena halaqah:)

    o ye, ad lg 1 soaln. btol ke org yg mati bunuh dr xleh dkebumikan bsama2 jnazah lain d tanah pkuburan islam?
    Terus mengingati ILAHI dlm apa jua keadaan diri...

    asrar_syamim

    • *
    • Posts: 222
    • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
      • View Profile
    Reply #2 21 November, 2008, 11:06:43 AM
  • Publish
  • Pada hari ini, banyak golongan remaja yang ingin membunuh diri semata-mata kerana cinta tak kesampaian..
    Moga-moga kita dijauhkan daripada perbuatan yang tidak diredhai Allah... :aamiin:

    rufaydah

    • *
    • Posts: 18
      • View Profile
    Reply #3 21 November, 2008, 11:48:00 AM
  • Publish
  • btol tu asrar. stkat bln ni je sy dh dgr 3 crite org bunuh diri ni. tu x t'msuk lg brite2 dlm paper. bunuh diri ni sgt dlaknat Allah, seolah2 pelakunye dh putus asa dr rhmat Allah. pdhal rahmat Allah tu t'amat la luas. la haula wala quwwata illa billah... 

    asrar_syamim

    • *
    • Posts: 222
    • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
      • View Profile
    Reply #4 21 November, 2008, 12:02:51 PM
  • Publish
  • Mereka yang bunuh diri ni sebenarnya tak ada keyakinan terhadap Allah. Lebih mendukacitakan, ada yang menyalahkan takdir Allah.

    Ketahuilah sesungguhnya ada dalam satu hadith Qudsi yang ana baca yang maksudnya :

    "Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya: 'Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar suaranya."   (HR. Tabrani)

    Dalam hadith ni, sebenarnya Allah menyuruh hambanya untuk berdoa kepada Allah. Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah, bergantung 100% kepada Allah..

    wallahualam..

    irdina

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Reply #5 21 November, 2008, 01:12:02 PM
  • Publish

  • Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.


    ana kurang faham tentang menghalalkan perbuatan membunuh diri.. boleh jelaskan lebih lanjut?

    asrar_syamim

    • *
    • Posts: 222
    • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
      • View Profile
    Reply #6 21 November, 2008, 03:48:27 PM
  • Publish

  • Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.


    ana kurang faham tentang menghalalkan perbuatan membunuh diri.. boleh jelaskan lebih lanjut?

    Irdina, maksudnya mana-mana orang yang menyatakan hukum bunuh diri itu halal, akan masuk neraka dan kekal di dalamnya.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #7 25 April, 2009, 02:37:27 PM
  • Publish
  • Salam ustaz..sani sy dgr ustaz kata dlm CD org bunuh diri tetap islam.

    soalan

    1.sy dgr org islam bunuh diri dgn waraf akal fikirannya x akan masuk syurga lagi n akan kekal di neraka.betul k?

    Jawapan:
    Jumhur ulamak berpendapat orang islam yg mati bunuh diri tidaklah kekal didalam neraka kerana dosa bunuh diri bukan dosa murtad atau kufur walau pun ianya adalah dosa yang sangat besar.

    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #8 25 April, 2009, 02:47:08 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum ustak...
    betul ke mayat orang Islam yang mati bunuh diri TIDAK buleh tanam didalam kawasan perkuburan Islam??

    Jawapan:Menurut pendapat jumhur ulamak, mayat orang Islam yg mati bunuh diri ditanam dikubur orang Islam juga sebagaimana mayat2 orang Islam yg lain melainkan jika dihalalkannya perbuatan bunuh diri itu maka tidaklah ditanam di kubur orang Islam kerana telah murtad.

    wallahua'lam

    elsanxs

    • *
    • Posts: 903
      • View Profile
    Reply #9 13 November, 2013, 09:36:23 PM
  • Publish
  • Syukron di atas perkongsian.

    Kadang terfikir juga, orang yang bunuh diri ni sakit mental juga ke macam orang yang membunuh.. tapi lagi kejam kot bunuh diri..
    halaqahforum4

    NurinAina

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Reply #10 14 November, 2013, 11:12:11 AM
  • Publish
  •  :)

    Jika orang yang bunuh diri tu, sakit mental, apakah hukumnya? Adakah dia juga akan di masukkan ke dalam neraka?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #11 14 November, 2013, 01:04:18 PM
  • Publish
  • Bunuh diri itu Haram hukumnya jika muslim, mukmin
    Sementara bagi Kafir dan munafik, biasa lah, tak mampu hadapi, lebih baik mati

    sebab itu ada dua pendapat, yang kata boleh hara-kiri, bom diri sendiri di khalayak kafir
    ada ulamak kata, boleh
    ramai semakin hari kata tak boleh

    hara-kiri ni zaman perang jepun dan ada yang lakukan, itu kafir jepun
    kita ikut sunnah kafir, dakyah kafir, sesatlah

    mabuk di haramkan sebab hilang akal, tak mampu memilih jalan keluar
    sedangkan di pesan, jangan kamu campakkan dirimu dalam kebinasaan

    sayugia di ingatkan, tuntutlah ilmu, agar dapat tahu, kemudian mohon Allah hidayahkan kekuatan memilih kebaikan

    inshallah

    sesiapa yang akhir kalimahnya -syahaadah-  maka wajib baginya syurga
    itu jaminan Allaah

    orang yang bunuh diri, waras atau idak, adakah niatnya Lillahi Taala
    itulah menentukan amalnya, samada ikut tuhan Nafsu
    atau dengar bisikan syaitan, subhanallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    30 Replies
    4956 Views
    Last post 05 May, 2011, 10:34:24 AM
    by norsya
    9 Replies
    2186 Views
    Last post 18 August, 2013, 09:34:52 PM
    by mashatul
    9 Replies
    5357 Views
    Last post 06 October, 2012, 10:11:45 AM
    by Yuzie