Soal Jawab Berkaitan Solat

*

Author Topic: Soal Jawab Berkaitan Solat  (Read 33242 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

beruang

  • *
  • Posts: 1352
  • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
    • View Profile
Reply #80 02 April, 2011, 05:28:45 PM
  • Publish
  • MUJTAHID MUTLAQ

    Assalamualaikum..

    Maafkan putri bertanya...
    MUJTAHID MUTLAQ itu apa?
    Boleh sesiapa terangkan pada putri maksudnya..

    Kira setaraf imam syafie, hanafi (imam empat) masih ada lagi ke sekarang ni? Ada kot (husnu zhon) tapi kadang tu yang macam Dr.MA... apa tu tak bole guna 'kot'....

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #81 02 April, 2011, 10:54:41 PM
  • Publish
  •  :)

    Soalan :

    1. Apa hukum lafaz niat dalam salat? Boleh sertakan dalil?

    Jawapan :

    Hukumnya adalah sunat. - Minhajut Thalibin li Imam An Nawawi.

    Begitu juga pendapat Ibnu Hajar al Haithami pengarang kitab Tuhfah iaitu syarah kepada Minhajut Thalibin.

    Begitu juga pendapat Imam Ramli - Nihayatul Muhtaj.

    Begitu juga pendapat Imam Khatib Syarbini


    Ia adalah diqiyaskan dari lafaz niat haji.

    Di dalam hadith ertinya :

    Dari saidina umar r.a, beliau berkata :
    Quote
    Saya dengan RasuluLLah s.a.w berkata di Wadi Aqiq : datang tadi malam pesuruh dari Tuhanku, ia memerintahkan supaya kita solat di lembah yang diberi berkah ini, dan ucapkanlah "Ini Umrah dalam Haji"
    (Hadith Sahih riwayat Imam-Bukhari, Sahih BUkhari I hal. 189 - Fathul Bari Juz IV hal 135)

    Imam Ibnu Hajar mengatakan dalam Tuhfah, bahawa Usolli ini diqiyaskan kepada haji. Qiyas adalah salah satu sumber hukum agama.

    Di dalam hadith Muslim :

    Dari Anas bin Malik, beliau berkata :
    Quote
    Saya dengar RasuluLLah s.a.w mengucapkan "Labbaika, Aku sengaja mengerjakan umrah dan Haji
    (Hadith riwayat Muslim - Syarah Muslim Juz VIII, hal 216)

    Berdasarkan hadith ini, maka lafaz niat hukumnya adalah sunat sebelum solat di dalam Mazhab Syafie.

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #82 02 April, 2011, 11:04:23 PM
  • Publish
  • Soalan : Bacaan basmallah dalam Surah Al Fatihah


    Jawapan :

    Bagaimana hukum membaca basmalah atau lafadz

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

    dalam Surat al-Fatihah ketika shalat? Dan kalau wajib, apakah harus dikeraskan bacaannya? Sebelum menjawab pertanyaan ini akan dibahas mengenai status surat al-Fatihah dalam shalat.

    Membaca Surat al-Fatihah merupakan rukun shalat, baik dalam shalat fardhu maupun shalat sunnah. Hal ini didasarkan pada Hadits Nabi SAW berikut ini:

    عَنْ عُبَادَةَ بْنِ صَامِتٍ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

    Dari ‘Ubadah bin Shamit, Nabi SAW menyampaikan padanya bahwa tidak sah shalatnya orang yang tidak membaca suratt al-Fatihah. (HR Muslim)

    Sementara basmalah merupakan ayat dari Surat al-Fatihah. Maka tidak sah jika seseorang shalat tanpa membaca basmalah berdasarkan dengan firman Allah SWT :
    Quote
    وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعاً مِّنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ   

    Dan sungguh Kami telah berikan kepadamu (Nabi Muhammad) tujuh ayat yang berulang-ulang dan Al-Qur’an yang agung.
    (QS al-Hijr: 87)

    Yang dimaksud dengan ”tujuh ayat yang berulang-ulang”' adalah Surat al-Fatihah. Karena al-Fatihah itu terdiri dari ayat yang dibaca secara berulang-ulang pada tiap-tiap raka'at shalat. Dan ayat yang pertama adalah basmalah. Dalam sebuah hadits disebutkan:
    Quote
    عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ أُمُّ الْقُرْآنِ وَ أُمُّ الْكِتَابِ وَالسَّبْعُ الْمَثَانِ

    Dari Abu Hurairah beliau berkata, Rasalullah SAW bersabda, ”alhamdu lillahi rabbil 'alamin” merupakan induk Al-Qur’an, pokoknya al-Kitab, serta Surat as-Sab'ul Matsani.
    (HR Abu Dawud)

    Berdasarkan dalil ini, Imam Syafi'i RA mengatakan bahwa basmalah merupakan bagian dari ayat yang tujuh dalam surat al-Fatihah. Jika ditinggalkan, baik seluruhnya maupun sebagian, maka raka' at shalatnya tidak sah.
    Quote
    قَالَ الشَّافِعِيُّ  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ الآيَاتُ السَّابِعَةُ فَإِنْ تَرَكَهَا أَوْ بَعْضَهَا لَمْ تُجْزِهِ الرَّكْعَةُ الَّتِيْ تَرَكَهَا فِيْهَا

    Imam Syafi'f RA mengatakan bahwa basmalah merupakan tujuh ayat dari surat al-Fatiاah. Apabila ditinggalkan atau tidak dibaca sebagian ayatnya, maka raka'atnya tidak cukup.
    (Al-Umm, juz I, haL 129)

    Karena merupakan bagian dari surat al-Fatihah, maka basmalah ini juga dianjurkan untuk dikeraskan ketika seseorang membaca al-Fatihah dalam shalatnya, sesuai dengan Hadits Nabi SAW:
    Quote
    عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ  قَالَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْهَرُ بِالْبَسْمَلَةِ

    Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW (selalu) mengeraskan suaranya ketika membaca basmalah (dalam shalat).
    (HR Bukhari)

    Menjelaskan hadits ini, 'Ali Nayif Biqa'i dalam tahqiq kitab Idza Shahha al-Hadits Fahuwa Madzhabi karangan Syeikh as-­Subki menjelaskan:
    Quote
    "Ibn Khuzaimah berkata dalam kitab Mushannaf-nya menyatakan, pendapat yang menyatakan sunnah mengeraskan basmalah merupakan pendapat yang benar. Ada hadits dari Nabi SAW dengan sanad yang muttashil (urutan perawi hadfts yang sampai langsung kepada Nabi Muhanzmad SAW), tidak diragukan, serta tidak ada keraguan dari para ahli hadfts tentang shahih serta muttashil-nya sanad hadfts ini. Lalu Ibn Khuzaimah berkata, telah jelas dan telah terbukti bahwa Nabi SAW (dalam hadits tersebut) mengeraskan bacaan basmalah dalam shalat.”
    (Ma’na Qawl al-Imam al-Muththalibi Izda Shahha al-Hadits Fahuwa Madzhabi, hal 161)

    Dengan demikian dapat kita ketahui bahwa basmalah merupakan sebagian surat dari al-Fatihah, sehingga wajib dibaca manakala membaca al-Fatihah dalam shalat. Dan juga basmalah disunnahkan untuk dikeraskan dalam shalat jahriyyah atau shalat yang disunnahkan untuk mengeraskan suara yakni maghrib, isya’ dan subuh dan beberapa shalat sunnah berjamaah yang dikerjakan pada malam hari.

    Sunnah artinya lebih utama dikerjakan tapi tidak sampai pada hukum wajib. Kesunnahan mengeraskan bacaan basmalah ini sebagaimana sunnahnya mengeraskan keseluruhan al-Fatihah dalam shalat jahriyyah tersebut.

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #83 03 April, 2011, 10:10:58 AM
  • Publish
  • Terima kasih IbnuNafis.
    Sekarang ragu-ragu saya dah kurang. :D

    Mungkin apa yang Anas bin Malik r.a. maksudkan, masa tu Rasulullah dan sahabat tak jaharkan bacaan basmallah kot.

    Wallahu 'alam.

    Apa-apa pun terima kasih ya. (:


     :)

    AlhamduliLlah ! Pertamanya tahniah diucapkan kerana saudara ada semangat ingin belajar ilmu agama dan suka bertanya. Memang di zaman ini, ramai yang dahagakan ilmu pengetahuan serta kesedaran beragama yang semakin meningkat. Ia adalah satu kesedaran yang amat positif.

    Maaf ya saudara Ace, sedikit teguran, dalam perkara agama, kita tidak boleh cakap 'mungkin', 'rasa-rasa'. Jika kita tidak tahu, eloklah kita kata sahaja tidak tahu. Para ulamak yang faqeh di zaman salafussoleh pun tidak segan untuk kata 'Aku Tidak Tahu'. Dan mereka amat takut untuk mengeluarkan fatwa, hukum dalam keadaan mereka sendiri tidak mengamalkan. Apatah lagi dalam keadaan mereka tidak tahu mengenainya. Mari kita lihat bagaimana ulamak di zaman salafussoleh beradab dalam ilmu :

    Rujuk : Disiplin Ilmu : Maaf Saya Tidak Tahu...


    Dengan berpandukan hadith sahaja kita tidak boleh terus faham, dan amalkan tanpa ada ilmu yang mencukupi. Ilmu yang paling asas (basic) yang perlu dikuasai untuk melayakkan seseorang itu adalah Bahasa Arab. Kena tahu balaghah, majaz, adab nusus, arudh, nahu sorof, dan sebagainya. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah sendiri mempelajari Bahasa Arab yang tulen lagi fasih, dan begitu juga para ulamak salafussoleh juga menguasainya - (itu baru asas je..) - ini nasihat untuk diri saya sendiri juga. Manakala dalam ilmu hadith - untuk seseorang itu layak bercakap tentang hadith - bukan hanya rujuk pada Kitab Sahihain - sebab 2 ulamak hadith yang mengumpulkan kitab sahih itu sendiri menyatakan tidak semua hadith-hadith sahih dimasukkan dalam kitab mereka. Dan antara ilmu-ilmu yang perlu dikuasai dalam hadith antaranya mustolahul hadith - kita akan mempelajari istilah-istilah hadith seperti pengertian sunnah dan hadith, hadith qudsi, hadith nabawi, sanad, matan, musnad, darjat hadith, darjat muhaddith, sejarah pembukuan hadith, dan banyak lagi. Ulumul hadith memperincikan pula tentang hadith-hadith dari sudut bilangan orang yang meriwayatkan, taraf hadith, ciri-ciri perawi. Nasikh dan mansukh, jarh wa at ta'dil, riwayah dan diroyah dan sebagainya. (Oh ya ! ini semua perlu dipelajari dengan berguru bukan dengan buku dan internet semata-mata).

    Memang ada Rasulullah menjaharkan dan juga membaca secara sir - ini semua ada hujjah dan dalilnya mengikut mazhab yang lain. Dan semuanya bersandarkan dari al Quran dan Sunnah, manakala yang berijtihad mengenainya adalah ulamak yang bertaraf mujtahid (bukan orang awam macam kita-kita nih..)

    Banyak lagi disiplin ilmu yang lain untuk melayakkan kita bercakap mengenai hukum. Ada antaranya yang sudah kami bahaskan dalam forum ini. WaLlahua'lam ^_^

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #84 03 April, 2011, 10:46:07 AM
  • Publish
  • Soalan  :

    Bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud

    Jawapan :

    Setiap orang yang menunaikan solat disunatkan untuk bertasbih dalam rukuknya. Tasbih yang dimaksudkan ialah SEPERTI : Mengucapkan Subhana Rabbiya 'azimi wa bihamdihi (Maha suci Tuhanku yang Maha Agung. KepadaMu lah segala puji-pujian). Tasbih ini dibacakan beberapa kali dengan bilangan yang ganjil. Berdasarkan hadith :
    Quote
    إن الله وتر يحب الوتر

    Sesungguhnya Allah itu ganjil (ESA). Dan Dia menyukai bilangan yang ganjil
    (Riwayat Muslim m/s 2062 juz 4)

    Disunatkan seseorang itu juga untuk berdoa dengan mana-mana doa. Lebih-lebih lagi doa yang diisyaratkan oleh hadith-hadith yang sahih.

    Sayyidina AbduLlah bin Abbas meriwayatkan bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :
    Quote
    ألا إني نهيت أن أقرأ راكعا وساجدا- يعني ألقران - أما الركوع فعظموا فيه الرب, و اما السجودفاجتهدوا في الدعاء, فقمن إن يستجاب لكم

    Ingatlah bahawa sesungguhnya aku dilarang untuk membaca al Quran di dalam rukuk dan sujud. Adapun ketika rukuk, agungkanlah Tuhanmu. Dan ketika sujud, perbanyakkanlah berdoa kerana berdoa ketika itu amat mudah diperkenankan demi kemaslahatanmu
    (Riwayat Imam as Syafie di dalam musnadnya m/s 95 juz 1, Muslim di dalam sahihnya m/s 348 juz 1)

    Uqbah bin Amir mengatakan (yang bererti) :
    Quote
    Ketika turunnya ayat فسبح باسم ربك العظيم . Maka sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Agung - Baginda bersabda : "Jadikanlah (tasbih ini) di dalam rukukmu". Dan apabila turunnya ayat سبح اسم ربك الأعلى . Maha suci Tuhanmu yang Maha Tinggi . Baginda bersabda : Jadikanlah ianya di dalam sujudmu.
    (Riwayat Abu Daud m/s 230 juz 1, Ibn HIbban dalam sahihinya m/s 225 juz 5 dll. Ia adalah sahih)

    Diriwayatkan daripada Hudzaifah al Yamani berbunyi (yang bererti) :
    Quote
    Aku pernah menunaikan solat bersama RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, ketika baginda rukuk, Baginda mengucapkan subhanarabbiyal 'azim (Maha suci Tuhan yang Maha Agong). Ketika Baginda sujud, Baginda mengucapkan subhana rabbiyal a'la (Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi)
    (Riwayat Muslim m/s 537 juz 1 no : 772, Ibn Hibban di dalam sahihnya m/s 223 juz 5 dll.)

    Begitu juga terjemahan hadith yang enta quotekan adalah bacaan-bacaan tasbih dalam Rukuk dan Sujud. WaLlahua'lam

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #85 04 April, 2011, 09:08:50 AM
  • Publish
  • Buat makluman halaqian:

    IbnuNafis nampaknya memang orang yang mahir soal feqah dan hadeeth.
    Tak sia-sia saya join halaqah ni.

    IbnuNafis nampaknya memang orang yang mahir soal feqah dan hadeeth.Ini sama juga mungkin. Bukan nampaknya,memang seorang yang mempunyai ilmu. Antara faktor seseorang itu dilantik menjadi moderator halaqahnet.

    Begitu juga dengan ustaz Syarqowy, Ustaz alhaudhie,Pak Arab,Ustaz Mooks, Ustaz Ibnuwalidaini , ustazah halawah dan ramai lagi. Setiap orang mempunyai keilmuan dalam bidang basing-masing.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    apieyt

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #86 30 May, 2011, 01:56:39 PM
  • Publish
  • Bagaimana duduk antara dua sujud jika sakit?


    assalamualaikum para sahabat,
    ada satu persoalan ingin saya bertanya
    saya mengalami kecederaan lutut semasa bermain...
    sekarang ni sy dalam proses untuk pulih....
    sy mampu berdiri,berjalan...
    berdasarkan pengatahuan saya,solat wajib dilakukan berdiri sekiranya seseorang boleh berdiri..
    jadi sekarang kaki saya x boleh membengkok sepenuhnye,hanya dapat bengkok 45 darjah sahaja....
    rukuk dan sujud saya boleh lakukan,tp duduk antara dua sujud saya tak boleh...
    jd bagaimana sy nak buat duduk antara dua sujud??

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #87 31 May, 2011, 04:37:21 PM
  • Publish
  • Tata Cara dan Bacaan Sujud Serta Duduk Di Antara Dua Sujud

    Setelah i’tidal Rasulullah SAW bertakbir dan turun bersujud. Beliau SAW memerintahkan yang demikian ini kepada orang yang tidak benar sholatnya dalam sabdanya ”Tidaklah sempurna sholat seseorang sampai ia mengucapkan ’Sami’ Allohu liman hamidah’ sampai tegak berdiri. Kemudian mengucapkan takbir, lalu bersujud sampai ruas tulang belakangnya kembali sempuran.” (HR Abu Daud dan Hakim).

    Dalam hadits riwayat Abu Ya’la dan Ibnu Khuzaimah disebutkan bahwa jika hendak sujud, Nabi SAW mengucapkan takbir (dan Beliau SAW merenggangkan tangannya dari lambungnya), lalu bersujud. Sedangkan dalam riwayat Nasa’i dan Daruquthni disebutkan bahwa kadang Beliau SAW mengangkat kedua tanganya bila hendak bersujud.

    A. Turun Bersujud Dengan Mendahulukan Kedua Tangan

    Rasulullah SAW meletakkan kedua tangannya di atas tanah sebelum kedua lututnya. Beliaupun memerintahkan sahabatnya melakukan hal demikian ”Apabila seseorang dari kalian hendak bersujud, hendaknya tidak melakukannya seperti duduknya unta. Tetapi hendaknya meletakkan tangannya sebelum meletakkan kedua lututnya.” (HR Abu Daud dan Nasa’i).

    Beliau SAW bersabda, ”Sesungguhnya kedua tangan turut bersujud sebagaimana sujudnya wajah. Apabila seseorang dari kalian meletakkan wajahnya diatas tanah, maka hendaklah meletakkan juga kedua tangannya. Apabila mengangkat wajahnya maka hendaknya mengangkat juga kedua tangannya.” (HR Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Siraj).

    Dalam bersujud Beliau meletakkan telapak tangannya, mengembangkannya, serta
    mengarahkannya ke arah kiblat. Beliau meletakkan kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya, dan terkadang sejajar dengan kedua telinganya.

    Dalam hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad disebutkan bahwa Nabi SAW menekan hidung dan dahinya ke tanah. Beliau berkata kepada orang yang sholatnya tidak benar ”Jika engkau bersujud maka lakukanlah dengan menekan.”

    Dalam riwayat lain disebutkan ”Bila engkau bersujud, maka lakukanlah dengan cara menekan wajah dan kedua tanganmu sampai seluruh ruas tulangmu kembali ke tempatnya.” (HR Ibnu Khuzaimah.)

    Beliau bersabda, ”Tidak sah sholat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh tanah sebagai mana halnya dahinya.” (HR Daruquthni, Thabrani dan Abu Na’im).

    Beliau menekan kedua lututnya dan ujung kedua telapak kakinya. Menghadapkan ujung jarinya ke arah kiblat, merapatkan tumitnya dan menegakkan telapak kakinya. Beliau pun menyuruh berbuat demikian.

    Inilah tujuh anggota yang dipergunakan Nabi SAW untuk bersujud, yaitu dua telapak tangan, dua lutut, dua kaki, dahi dan hidung. Rasulullah SAW menjadikan dua anggota terakhir (dahi dan hidung) menjadi satu dalam sujud. Beliau SAW bersabda ”Aku perintahkan untuk bersujud, (dalam riwayat lain disebutkan : Kami diperintahkan untuk bersujud dengan menggunakan 7 anggota badan) yaitu dahi, (dan menunjuk hidungnya dengan tangan) serta kedua tangan, (Dalam lafal lain disebutkan : Dua telapak tangan, dua lutut, ujung kedua telapak kaki, dan kami tidak boleh menyibak baju dan rambut).” (HR Bukhari dan Muslim).

    Beliau bersabda ”Apabila seorang hamba bersujud, hendaklah menyertakan 7 anggota badan (wajah, kedua telapak tangan, kedua lutut dan kedua telapak kaki).” (HR Muslim, Abu Uwanah dan Ibnu Hibban).

    Dalam hadits riwayat Muslim, Abu Uwanah dan Ibnu Hibban disebutkan bahwa Nabi SAW berkomentar terhadap orang yang sholat sedangkan rambutnya diikat dari belakang, ”Orang yang sholatnya seperti itu sama halnya dengan orang yang sholat menggelung rambunya.” Beliau juga bersabda ”Yang demikain ini menjadi tempat duduk setan.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi).

    Rasulullah SAW tidak membentangkan kedua lengannya, akan tetapi Beliau SAW mengangkat kedua lengannya, menjauhkan dari sisinya sehingga tampak bulu ketiak putihnya dari belakang. Apabila seekor anak domba menerobos di bawah lengannya, tentu dengan mudah dapat melewatinya.

    Beliau SAW melebarkan lengannya sehingga seorang sahabatnya berkata ”Mungkin kami bisa menerobos di bawah ketiaknya, saking lebarnya jarak antara lengan dan lambungnya dalam bersujud.” Demikian yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah. Beliau SAW memerintahkan melakukan hal itu dalam sabdanya ”Apabila engkau bersujud, letakkanlah tanganmu dan angkatlah kedua sikumu.” (HR Muslim dan Abu Uwanah).

    ”Bersujudlah kamu dengan lurus dan janganlah membentangkan kedua lenganmu seperti
    membentangkannya (dalam lafal lain disebutkan : Seperti anjing membentangkan kakinya).” (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

    ”Janganlah seseorang dari kalian membentangkan kedua lengannya seperti anjing
    membentangkan kakinya.” (HR Ahmad dan Tirmidzi).

    ”Janganlah kamu membentangkan kedua lenganmu (seperti binatang). Tetapi tegakkanlah lengamu dan jauhkanlah dari lambungmu. Karena bila engkau melakukan seperti itu maka setiap anggota badan ikut bersujud denganmu.” (HR Ibnu Khuzaimah dan Hakim)

    B. Kewajiban Thumuninah Dalam Sujud

    Rasulullah SAW selalu memerintahkan agar menyempurnakan ruku dan sujud. Orang yang tidak melakukannya diperumpamakan seperti orang yang lapar. Ia memakan satu atau dua butir kurma yang tidak mengenyangkan sama sekali. Beliau SAW bersabda ”Orang yang demikian itu adalah pencuri yang paling buruk.”

    Beliau SAW menyatakan tidak sah sholat orang yang ruku dan sujudnya tidak lurus, sebagaimana yang telah diuraikan pada bab Ruku.

    C. Doa-doa Sujud

    Dalam sujudnya Rasulullah SAW membaca beberapa zikir dan doa yang berbeda-beda, diantaranya sebagai berikut :

    1. ”Subhana rabbiyal a’la” (”Mahasuci Tuhanku Yang Mahatinggi”), tiga kali atau lebih. Pernah dalam sholat malam Rasulullah SAW mengucapkan berulang-ulang sehingga lama sujudnya hampir sama dengan berdirinya. Padahal dalam berdirinya Beliau SAW membaca 3 surat yang panjang (al-Baqarah, an-Nisaa dan Ali Imran), diselingi dengan bacaan doa dan istighfar sebagaimana yang dijelaskan dalam sholat lail (malam, tahajjud)

    2. ”Subhaana rabbiyal a’la wabihamdih.” (”Mahasuci Tuhanku Yang Mahatinggi dan segalapuji bagiNya”).

    3. ”Subbuuhun qudduusun rabbul malaaikati warruuhu.” (”Mahasuci dan Mahakudus, Tuhan malaikat dan ruh).

    4. ”Subhaanaka Allohumma rabbanaa wabihamdika Allohummaghfirlii.” (”Mahasuci Engkau, wahai Tuhan, Tuhan kami dan dengan memujiMu wahai Tuhan, ampunilah aku”). (HR Bukhari dan Muslim). Bacaan ini banyak Beliau SAW baca pada saat ruku dan sujudnya sebagaimana yang diperintahkan al-Qur’an.

    5. Dan lain-lain.

    D. Larangan Membaca Al-Qur’an Ketika Sujud

    Rasulullah SAW melarang membaca al-Qur’an ketika ruku dan sujud. Namun Beliau SAW menyuruh untuk bersungguh-sungguh dan memperbanayk doa waktu sujud sebagaimana diterangkan dalam bab Ruku.

    Rasulullah SAW bersabda ”Seorang hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia sedang sujud maka perbanyaklah doa (dalam sujud).” (HR Muslim, Abu Uwanah dan Baihaqi).

    E. Melamakan Sujud

    Lama Rasulullah SAW melakukan sujud adalah hampir sama dengan lama Beliau SAW melakukan ruku. Bahkan lebih lama lagi jika Beliau SAW sedang menghadapi masalah yang sulit sebagaimana dikatakan oleh sahabat Beliau ” Rasulullah SAW keluar menemui pada waktu sholat Dhuhur atau Ashar. Ketika itu Beliau menggendong Hasan dan Husen. Rasulullah SAW maju lalu meletakkan gendongannya disebelah kanannya. Kemudian bertakbir untuk melakukan sholat, lalu
    sujud dalam sholatnya itu. Beliau SAW bersujud lama sekali.” Perawi berkata ”Aku mengangkat kepalaku diantara orang banyak. Tapi ternyata anak kecil itu berada diatas punggung Beliau, padahal Beliau sedang sujud. Kemudian aku kembali sujud. Ketika Rasulullah SAW selesai melakukan sholat, orang-orang bertanya ”Wahai Rasulullah engkau melakukan sujud dalam sholatmu ini lama sekali sehingga kami mengira bahwa telah terjadi sesuatu atau engkau sedang menerima wahyu.” Beliau bersabda ”Semua itu tidak terjadi tetapi cucuku ini naik diatas punggungku dan aku tidak senang tergesa-gesa sampai anak ini puas dengan keinginannya.”

    F. Keutamaan Sujud

    Rasulullah SAW bersabda ”Tidak ada seorang pun dari umatku kecuali aku mengenalnya pada hari kiamat kelak.” Para sahabat bertanya ”Wahai Rasulullah bagaimana Anda mengenal mereka padahal mereka berada diantara banyak makhluk?” Beliau bersabda ”Bagaimana pendapatmu jika diantara kumpulan kuda yang berwarna hitam terdapat seekor kuda yang berwarna putih di dahinya dan pada kaki-kakinya” Bukankah engkau dapat mengenalinya?” Jawab mereka ”Ya.”
    Beliau bersabda ”Sesungguhnya pada hari itu umatku memancarkan cahaya putih dari wajahnya yang bekas sujud dan cahaya putih di wajah, tangan dan kaki yang bekas wudhu.” (HR Ahmad dan Tirmidzi).

    Beliau SAW juga bersabda ”Jika Alloh ingin memberikan rahmat kepada ahli neraka maka Alloh memerintahkan malaikat untuk mengeluarkan mereka yang menyembah Alloh lalu malaikat mengeluarkan mereka. Mereka dikenal karena ada bekas sujud pada wajahnya dan Alloh mengharamkan neraka untuk memakan tanda bekas sujud sehingga mereka dikeluarkan dari neraka. Semua anggota anak Adam akan dimakan oleh api neraka kecuali tanda bekas sujud.” (HR Bukhari & Muslim).

    G. Sujud Diatas Tanah Dan Tikar

    Rasulullah SAW biasa sujud diatas tanah karena masjid Beliau tidak beralaskan tikar atau lainnya. Banyak hadits yang menerangkan hal ini diantaranya hadist Abu Said al-Khudri. Dalam hadits riwayat Muslim dan Abu Uwanah disebutkan bahwa para sahabat melakukan sholat berjamaah bersama Beliau ketika cuaca sangat panas. Jika diantara mereka ada yang tidak sanggup menempelkan dahinya ke tanah, maka dia membentangkan kainnya dan sujud diatas kain tersebut.

    Rasulullah SAW bersabda ”Bumi seluruhnya telah dijadikan sebagai masjid dan alat untuk bersuci (tayamum) bagiku dan seluruh umatku. Untuk itu dimana saja seseorang dari umatku menemui waktu sholat maka disitulah masjidnya dan alat bersucinya. Sebelumku mereka tidak dapat melakukan demikain karena meraka sholat di gereja-gereja dan kuil-kuil.” (HR Ahmad dan Baihaqi).

    Terkadang Beliau SAW melaksanakan sholat diatas tanah yang becek. Hal ini pernah terjadi pada pagi hari tanggal 12 Ramadhan ketika turun hujan dan halaman masjid tergenang air sedangkan atapnya terbuat dari pelepah kurma. Sehingga Rasulullah SAW terpaksa sujud diatas tanah yang becek.

    Abu Sa’id al-Khudri dalam riwayat Bukhari dan Muslim berkata ”Saya melihat Rasulullah dan dikening serta hidung Beliau terlihat bekas lumpur.”
    Sementara itu dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa kadang Rasulullah SAW sholat diatas khumrah (tikar atau anyaman selebar sapu tangan) atau diatas tikar kecil. Nabi SAW pernah sujud diatas tikar yang sudah hitam karena sudah lama dipakai.

    H. Bangkit Dari Sujud (I’tidal)

    Rasulullah SAW mengangkat kepalanya dari sujud (i’tidal) seraya mengucapkan takbir. Beliau SAW memerintahkan orang yang salah dalam sholatnya untuk melakukan yang demikian, ”Tidak sempurna sholat seseorang hinga sujud sampai tulang punggungnya tenang, kemudian mengucapkan Allhu Akbar. Lalu bangkit dari sujud sehingga duduk dengan tegak.” (HR Ahmad dan Abu Daud).

    Terkadang Beliau SAW mengangkat kedua tangannya seraya mengucapkan takbir. Kemudian membentangkan kaki kiri dan duduk diatas telapaknya dengan tenang. Beliau SAW juga menyuruh orang yang salah dalam sholatnya untuk melakukannya dan Beliau bersabda kepada orang itu ”Jika kamu bersujud maka hendaknya kamu menekan. Apabila bangkit dari sujud (i’tidal) maka duduklah diatas betis kirimu.” (HR Bukhari dan Baihaqi).

    Beliau SAW menegakkan kaki kanannya dan menghadapkan jari-jari kanannya ke arah kiblat.

    I. Thumuninah Ketika Duduk Diantara Dua Sujud

    Terkadang Rasulullah SAW duduk dengan menegakkan telapak kaki dan tumit kedua kakinya. Rasulullah SAW melakukan duduk diantara dua sujud dengan thumuninah sehingga tulang belakangnya rata dan mapan. Beliau SAW juga menyuruh orang yang salah dalam sholatnya untuk melakukan hal itu. Beliau SAW bersabda ”Tidak sempurna sholat seseorang diantara kamu sehingga dia melakukan yang demikian.” (HR Abu Daud dan Hakim).

    Beliau SAW melamakan duduknya sehingga hampir sama dengan sujudnya. Demikian yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Terkadang Beliau SAW diam lama sampai ada yang mengatakan ”Beliau telah lupa.”

    J. Doa Ketika Duduk Diantara Dua Sujud

    Ketika duduk diantara dua sujud Rasulullah SAW membaca doa sebagai berikut :

    1. ”Rabbighfirlii warhamnii wajburnii warfa’nii, wahdinii, wa’aanifinii, warzuqnii.” (”Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah derajatku, berilah aku petunjuk, jadikanlah aku sehat dan berilah rizki.” (HR Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

    2. ”Rabbighfirlii rabbighfirlii.” (Wahai Tuhan, ampunilah aku, ampunilah aku”)

    Beliau kadang membaca kedua doa tersebut ketika sholat malam. Kemudian Beliau bertakbir dan sujud yang kedua kalinya.

    Beliau menyuruh orang yang salah dalam sholatnya untuk melakukan yang demikian. Beliau SAW mengatakan kepadanya setelah menyuruhnya untuk melakukan thuma’ninah ketika duduk di antara dua sujud ”Kemudian hendaknya kamu mengucapkan Allahu Akbar. Lalu sujud sehingga ruas-ruas tulang punggungmu rata atau mapan. Kemudian melakukan hal itu dalam semua sholat kamu.” (HR Abu Daud dan Hakim).

    Nabi SAW kadang mengangkat kedua tangannya seraya mengucapkan takbir. Beliau SAW melakukan sujud kedua sebagaimana sujud pertama kemudian bangkit sambil mengucapkan takbir.

    Beliau SAW menyuruh melakukan itu kepada orang yang salah dalam sholatnya sebagaimana perkataan Beliau kepada orang tersebut setelah menyuruhnya untuk melakukan sujud yang kedua. Kemudian Beliau mengangkat kepalanya dan bertakbir. Beliau mengatakan kepadanya ”Kemudian lakukanlah hal itu dalam setiap ruku dan sujud. Jika kamu melakukannya maka sempurnalah sholatmu. Tapi jika kamu menguranginya sedikit saja dari hal itu maka kamu telah mengurangi sholatmu.” (HR Ahmad dan Tirmidzi).

    Setelah itu Beliau SAW duduk tegak. Yaitu duduk diatas telapak kaki kirinya dengan tegak sampai setiap ruas tulang punggungnya mapan. Kemudian Nabi SAW bangkit ke rakaat kedua dengan tangan bertumpu ke tanah. Demikian diriwayatkan Bukhari dan Syafi’i.

    Menurut riwayat Abu Ishaq dan Bihaqi Nabi SAW bertumpu pada kedua tangannya jika berdiri ke rakaat berikutnya. Lalu ketika berdiri pada rakaat kedua, Beliau SAW mengawali bacaan dengan alhamdulillah tanpa diam lebih dahulu. Demikian menurut Muslim dan Abu Uwanah. Pada rakaat kedua ini Nabi SAW melakukan seperti yang Beliau SAW lakukan pada rakaat pertama, hanya saja bacaannya lebih pendek.

    Nabi SAW telah memerintahkan orang yang sholatnya salah untuk membaca al-Faatihah pada setiap rakaat sebagaimana sabda Beliau kepada orang tersebut setelah membaca al-Faatihah pada rakaat pertama, ”Kemudian lakukanlah seperti itu pada seluruh sholatmu.” (HR Bukhari dan Muslim).

    Dalam riwayat lain disebutkan ”Pada setiap rakaat dalam sholatmu.” (HR. Ahmad). Dalam riwayat lain Beliau SAW bersabda ”Pada setiap rakaat ada bacaan (al-Faatihah).” (HR Ibnu Majah dan Ibu Hibban).

    petikan sahabat-
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    imanhaqeem

    • *
    • Posts: 57
      • View Profile
    Reply #88 31 May, 2011, 08:16:56 PM
  • Publish
  • Sayapun pernah mengalami kecederan lutut semasa bermain bola..ligament koyak
    Sakit sangat bila nak sujud antara dua sujud..lepas buat fisioterapi dan pergi
    berurut ..dalam masa enam bulan baru ok..tetapi perlahan lahanlah..insya ALLAH

    apieyt

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #89 01 June, 2011, 09:19:44 PM
  • Publish
  • jadi mcm mana sy nak duduk antara dua sujud???
    sy masih xpham dgn apa yg dijelasoleh 5zul

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #90 02 June, 2011, 12:50:02 AM
  • Publish
  • Solatlah mengikut kemampuan diri....jika tak boleh duduk antara dua sujud, solatlah dengan duduk di atas kerusi...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #91 24 June, 2011, 08:35:03 PM
  • Publish
  • Allah melihat ke dasar hati masing masing

    Allah mengatakan, Solat mencegah Keji dan Mungkar - inilah petanda solat di terima, kesan yang baik kepada diri pelakunya, seharusnya, beroleh hikmah dan bijaksana, mulutnya hanya pertuturan yang sederhana, melihat kamu akan dia, pasti tertarik, ingin bersama, terasa aura kebaikannya, sebagaimana, orang ingin duduk dalam majlis rasulullah SAW

    solat nabi, di makbol Allah, umar al khattab menjadi salah sorang sahabatnya yang terbilang

    maka - solatlah untuk mengingati AKU

    kamu kenalkah AKU?,  ulamak nyatakan kena ada HARAP dan TAKUT

    katalah kamu di panggil mengadap MAJIKAN mu yang demikian sifatnya, PEMARAH tapi sangat PENGASIH
    lalu kamu pun, berpakaian
    yang bagaimana - moleklah hendaknya, selayak baginya, agar tidak menjolok matanya

    pakaian hendaklah bersih dan suci tempat juga suci, diri mu juga suci, sedar,

    sekiranya tercabut salah satu gagal SUCI, maka terbatallah solat mu

    subhanllah,

    sah atau idak, antara kamu, dengan RABB kamu

    kami hanya boleh lihat, baik idak apendantahlaweh an mu

    Mulia kah akhlak mu

    terhindar maksiat, mungkar, serta terhindar dari keji dan nista

    subhanallah

    inshallah

    mr maliki

    • *
    • Posts: 134
      • View Profile
    Reply #92 27 June, 2011, 06:08:03 PM
  • Publish
  • soalan saya,kalau jadi iman tu,time berdiri surah fatihah sudah hampir habis dibaca,tiba2 terdengar salah sorang makmum yang masih membaca dipertengahan surah,dah la baca agak kuat,lmbat pulak tu.bacaan tahiyat macam tu gak.orang tua la biasanya.menyebabkan dia agak lewat ikut iman di depan.rasa serba salah.adakah patut tunggu dulu dia habis atau kita sebagai iman ikut kecepatan yang kita baca je..
    « Last Edit: 27 June, 2011, 06:11:33 PM by mr maliki »

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #93 01 July, 2011, 09:39:58 AM
  • Publish
  • :)

    Mohon soal jawab agama dijawab berdasarkan Mazhab Syafie (kecuali persoalannya itu memerlukan jawapan dari mazhab lain). Dan bukan merujuk pula pada mereka yang tidak bermazhab (kecuali mereka itu adalah MUJTAHID MUTLAQ). Rujuk peraturan yang telah ditetapkan dalam forum. Jazakallah ^_^

    lawok tuan Ibnunafis..ada ke yang berangan jadi mujtahid.heee..
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #94 01 July, 2011, 09:55:57 AM
  • Publish
  • Awas ye..

    Bab-bab fekah ni, seeloknya berlajar bertalaqi kerana dikhuatiri apa yang disampaikan
    melalui bacaan ini disalah tafsir oleh pembaca yakni salah faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh ustaz-ustaz disini. Mungkin penyampaiannya sohih tapi dikhuatiri pembaca tidak memahami dengan jelas. Apabila pembaca tidak memahami dengan jelas maka tidak mustahil dipraktikkan dengan salah didalam solat.

    Ana berpesan berdasarkan kata-kata hikmat daripada Saidina Ali jika kita belajar fikah tanpa guru maka syaitanlah gurunya. Lebih-lebih lagi dengan kalam yang lebih sahih iaitu "sesungguhnya ilmu itu didapati dengan dipelajari." Imam Syafie pula pernah menyatakan, "sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam". Para ulamak juga menyebutkan, "antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh".

    Bila berguru, belajar depan-depan , sebarang pertanyaan boleh lah diusul direct. Kemudian siap boleh buat praktikal lagi sebab perihal solat ni bukan setakat teori semata.



    khairul1726

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #95 29 July, 2011, 10:26:36 AM
  • Publish
  • Salam. Minta perkongsian ilmu sahabat2 sekalian..

    Kalau kita tgh solat sunat sebelum @ selepas solat fardhu bersendirian tiba2 dtg seorang hamba Allah nak jd makmum kita kerana mgkin dia menyangka kita tgh solat fardhu..apakah yg perlu kita lakukan? kena bg isyaarat pd dia @ teruskan solat? dan kalau kita pula di tempat makmum sah @ tidak solat kita kerana niat imam berlainan dr kita..syukran

    che may

    • *
    • Posts: 200
      • View Profile
    Reply #96 29 July, 2011, 04:30:13 PM
  • Publish
  • Kalau kita tgh solat sunat sebelum @ selepas solat fardhu bersendirian tiba2 dtg seorang hamba Allah nak jd makmum kita kerana mgkin dia menyangka kita tgh solat fardhu..apakah yg perlu kita lakukan?kena bg isyaarat pd dia @ teruskan solat?

    xperlu buat apa-apa, terus solat macam biasa..

      dan kalau kita pula di tempat makmum sah @ tidak solat kita kerana niat imam berlainan dr kita..syukran

    niat berlainan xpe, jangan kaifiat berlainan dahlah...umpamanya imam solat jenazah kita solat zohor, tak boleh lah..contoh paling mudah dalam masalah ni, bila ma'mum solat isya' imam pula solat terawih...
    kenalilah dan cintailah islam kerana kebahagiannya ada padanya..

    nor0523

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #97 02 August, 2011, 04:12:40 PM
  • Publish
  •  :)... saya ada 1 kemusykilan... saya pergi solat terawih di masjid kawasan rumah saya... bila masuk masjid 2 orang dah penuh dalam masjid sbb semua makmum tgah duduk.. dan saya dengar ade seseorang cakap, mesti kene solat kat luar sebab dah penuh. tapi kebiasaan saya solat di sekolah, masa duduk memang tak muat, tp bila dah msuk saf muat je... so, saya rase mesti muat ni... bila mula solat, semua makmum x gerak pon.. semua solat kat tempat yang diaorang duduk.. bahu memang jauh la satu sama lain... mase nak solat tu saya rasa pelikla,sebab setahu saya nak solat jemaah kene rapat bahu ke bahu... tapi kat masjid ni tak(tempat perempuan jela)... tapi saya teruskan jela... bila saya tnye pada seseorang, dia cakap xpe, sebab tmpat luas... tapi saya tetap keliru, boleh ke bahu x rapat bile solat jemaah walaupun tempat tu luas.. . sesiapa boleh jelaskan pada saya..terima kasih

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #98 02 August, 2011, 06:44:55 PM
  • Publish
  • Bagus sekali jika melihat sunah dalam mendirikan saf dalam solat berjamaah ini. Daripada sahabat Jabir bin Samarah r.a, mengatakan Rasulullah bersabda (maksudnya), “Tidakkah kalian berbaris seperti para malaikat berbaris di hadapan Tuhannya?” Kemudian kami bertanya, “Bagaimana ya Rasulullah?” Maka jawab Nabi s.a.w. “Mereka menyempurnakan saf-safnya baris demi baris.” Hadis riwayat Muslim, Nasa’i dan Khuzaimah.

    Kemudian untuk melihat lebih dekat kedudukan kaki dan bahu boleh diperhatikan hadis ini. Daripada Al-Nu’man bin Basyir r.a. berkata (maksudnya), “Dahulu Rasulullah menghadap orang banyak seraya berkata, ‘dirikanlah saf-saf (baginda mengulangnya sebanyak tiga kali). Demi Allah kamu meluruskan saf-saf kamu atau Allah mencerai-beraikan hati kamu. Al Nu’man berkata, “aku melihat seorang menempelkan (merapatkan) bahunya dengan bahu temannya, menempelkan lututnya dengan lutut temannya dan menempelkan mata kaki (buku lali)nya dengan mata kaki temannya.” Hadis riwayat Abu Dawud, Ibnu Hibban, Ahmad Hanbal dan al Daulabi.

    Di antara fadilat solat di saf pertama:

    1) Menjaga kesempurnaan saf pertama sama seperti safnya para malaikat. Riwayat Jabir bin Samurah yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?” Kami bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tuhan?” Jawab Nabi: “Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan.” (Riwayat Muslim)
    Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa mereka yang memenuhi saf paling depan ketika solat adalah sama dengan saf para malaikat yang sentiasa menjaga kesempurnaan saf mereka dan saf para malaikat ini hampir dengan Allah s.w.t. Dari sini boleh kita katakan bahawa mereka yang berada di saf paling hadapan adalah orang yang paling hampir dengan Allah dan lebih mudah memperoleh rahmat-Nya.

    2) Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan. Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua.” Rasulullah menjawab: “Ya, juga saf kedua.” (Riwayat Ahmad).
    Selawat
    Menurut Dr. Fadhal Ilahi, makna selawat Allah atas mereka (yang berada di saf pertama) adalah seperti yang dikatakan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani, iaitu: “Tazkiyah (Penyucian daripada dosa-dosa) terhadap mereka.” Selawatnya para malaikat pula: “Iaitu berbentuk doa dan permohonan keampunan.” Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapat tazkiyah daripada Allah dan doa pengampunan daripada para malaikat.

    3) Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf pertama sebanyak tiga kali. Daripada ‘Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali.
    (Riwayat Ibnu Majah). Alangkah bahagia sekiranya orang yang paling mulia di atas muka bumi ini memohon keampunan untuk kita.
    Demikianlah beberapa keutamaan saf paling hadapan di dalam solat berjemaah. Yang amat dikesalkan terdapat ramai di antara kita yang tidak lagi memberi perhatian terhadap keutamaan-keutamaan ini. Umat Islam di Malaysia seakan-akan tidak ghairah merebut saf pertama.
    Mereka lebih memilih untuk mendapatkan tempat yang membolehkan mereka bersandar dengan selesa seperti di tiang-tiang atau di dinding masjid, berdekatan dengan kipas dan pintu supaya dapat cepat keluar setelah selesai bersolat.
    Ada pula yang datang awal ke masjid tetapi berborak dahulu di luar masjid sambil menghisap rokok. Alangkah ruginya mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah menyatakan bahawa sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf belakang, maka Allah akan membelakangkan mereka.
    Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah melihat ada sebahagian sahabatnya yang tidak mahu maju ke saf pertama, maka baginda bersabda: Majulah dan ikutilah saya, sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu kaum yang selalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula oleh Allah. (Riwayat Muslim).
    Adakah kerugian yang lebih besar daripada kerugian dibelakangkan oleh Allah? Oleh itu datanglah awal ke masjid untuk solat berjemaah dan rebutlah saf pertama.

    PERANAN IMAM

    Rasulullah sebelum memulakan solat, akan memastikan makmum di belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu. Anas bin Malik berkata, ketika telah iqamah untuk solat, Rasulullah menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya bersabda: Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku. (Riwayat Bukhari)
    Kebiasaan yang kita lihat di masjid-masjid, para imam hanya melaungkan “luruskan saf”, “luruskan saf” tanpa melihat jemaah di belakang sama ada mereka mematuhi perintahnya atau tidak.
    Mereka seperti hanya melepaskan batuk di tangga. Sedangkan Rasulullah akan menghadap para makmum dan memastikan arahan meluruskan saf benar-benar dilaksanakan oleh para sahabat. Malah ada riwayat yang menyatakan Baginda pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelum memulakan solat.
    Daripada Albara’ bin ‘Aazib berkata: Adalah Rasulullah memasuki celah-celah barisan (saf) sambil mengusap dada dan bahu kami. (Riwayat Abu Daud).

    Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib, mereka berdua bersepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar. Dulu, Ali selalu mengatakan: “Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan!”
    Penulis menyarankan para imam masjid-masjid di Malaysia agar memerhatikan perkara ini dengan penuh teliti supaya amalan mereka selari dengan sunah Nabi dan Khulafa’ ar-Rasyidin.

    CARA MELURUSKAN SAF

    Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani: ”Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana terdapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib tersebut.
    Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:

    1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
    2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
    3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.
    Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar.

    Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut:

    * Daripada Nu’man bin Bashir berkata: “Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya.” (Riwayat Abu Daud).

    * Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda:
    (Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya. (Riwayat Bukhari).

    Sunah Nabi s.a.w. ini seakan-akan sudah lenyap dari masjid-masjid di Malaysia.
    Penulis pernah cuba mempraktikkan sunah ini dalam solat berjemaah di beberapa masjid, namun hasilnya amat mengecewakan.

    Ramai dari kalangan jemaah akan menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika penulis cuba merapatkan saf tersebut.
    Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan dan meluruskan saf dengan cara begini.
    Namun begitu kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan mereka kerana sunah ini memang tidak disebarkan secara meluas di Malaysia, apalagi untuk dipraktikkan.
    Penulis yakin sekiranya sunah ini diajar secara meluas di dalam kelas-kelas atau kitab-kitab fardu ain nescaya ia akan diamalkan di seluruh masjid di Malaysia.

    HIKMAH MERAPATKAN SAF

    1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat. Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

    2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).
    Menurut Syaikh Abu Ubaidah
    Masyhur:
    ”Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.

    3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat. Sabda Rasulullah:
    Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

    4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf. Sabda Rasulullah:
    Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).

    5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya. Rasulullah bersabda:
    Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf. (Riwayat Thabrani).

    6. Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat.
    Sabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Rasulullah menjawab: Ya, juga bagi saf kedua. (Riwayat Ahmad).
    Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

    Apa yang ingin penulis sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia.
    Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya.
    Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan:
    Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat Bukhari).

    flowerpink

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Reply #99 04 August, 2011, 09:44:13 AM
  • Publish
  • Aswt...

    Saya ada sedikit kemusykilan. Perlukah saya mengqadakan solat sekiranya terlepas untuk menunaikan solat isyak disebabkan oleh kedatangan haid pada waktu tersebut.

    Wassalam.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    53 Replies
    11507 Views
    Last post 21 September, 2011, 11:28:06 AM
    by IbnuNafis
    9 Replies
    3805 Views
    Last post 29 April, 2009, 10:23:50 PM
    by abuqais
    7 Replies
    4615 Views
    Last post 16 February, 2009, 03:22:37 PM
    by Shohib Mirbat