Soal Jawab Berkaitan Solat

*

Author Topic: Soal Jawab Berkaitan Solat  (Read 34040 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

Nur Muhammad86

  • *
  • Posts: 199
    • View Profile
Reply #40 19 May, 2009, 01:43:42 AM
  • Publish
  • Topik ni di bukak balik atas permintaan nur muhammad..
    Kata nya ingin di tukar tajuk..



    sy bkn apa....kenapa hrs di'lockn....xmggu pn...

    apa2pn terima ksh ats semua pndgn yg diberikn.....

    if you're any ideas....let share with others
    Ya Allah… Lemahnya diri ini…Aku pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah aku biar hanya mampu merangkak….. Itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku.. Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan aku mengenal makna Kasih sayangMu..

    http://www.sadusikedah.blogspot.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #41 04 June, 2009, 11:20:24 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Saya sekarang berada di luar negeri dan bekerja di Library.  Saya ada sembahyang didalam tandan yang bersih secara duduk olih ada tempat barang yang bolih saya duduk.  Macam kedudukan sembahyang saya.  Oh ya saya tidak sembahyang berdiri hanya duduk.  Saya rasa tuhan tahu niat saya iaitu hendak menjelankan perintah nya tetapi olih kerana keadaan itu sajalah yang saya bolih buat. Harap dapat pandangan.  Wassalam

    Minta tolong jawapkan soalan ini....
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #42 05 June, 2009, 09:40:22 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Saya sekarang berada di luar negeri dan bekerja di Library.  Saya ada sembahyang didalam tandan yang bersih secara duduk olih ada tempat barang yang bolih saya duduk.  Macam kedudukan sembahyang saya.  Oh ya saya tidak sembahyang berdiri hanya duduk.  Saya rasa tuhan tahu niat saya iaitu hendak menjelankan perintah nya tetapi olih kerana keadaan itu sajalah yang saya bolih buat. Harap dapat pandangan.  Wassalam


    Wsalam..

       Soalan   :
          Apakah hukum seorang solat duduk diatas kerusi sedangkan dia mampu berdiri?.
       Jawapan   :
          Harus bagi seseorang bersembahyang duduk dengan sebab tertentu tetapi sekiranya ia mampu berdiri , sebaik-baiknya ia berbuat demikian..
    Sumber http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/e10dc12a88d841bd4825738b00146563?OpenDocument

    [box title= Solat Duduk dan Baring ]Dah banyak kali saya baca berkenaan solat duduk atau baring dari thread yg lepas2 tapi tak sempat nak komen, sebab nak cari sumber hukum sohih tentang pekara ini. Saya pernah mengaji bab ini dulu tapi kemudian lupa jilid kitab nak rujuk. Alhamdulillah pagi tadi dah pun jumpa kitab Bahrul Mazi yg memperjelaskan dgn detail mengenai solat duduk/baring ini.

    Hadis Nabi SAW mengenai berdiri/duduk/baring ini adalah hadis yg dikelarkan oleh Imam Abu Isa At-Termizi :

    Diriwayatkan dari Imran bin Husin, seorang sahabat Nabi SAW yg menghidap penyakit buasir. Katanya telah aku bertanya kepada Rasulullah SAW perihal sesaorang yg bersembahyang fardhu atau sunat dalam keadaan duduk itu bagaimanakah pahalanya jika dibandingkan dgn sesaorang yg bersembahyang berdiri ? Apakala didengar oleh Rasulullah  soalan ku itu dijawab baginda :
    Barangsiapa yg bersembahyang dalam keadaan berdiri maka itulah yang lebih afdhal pahalanya ( mempunyai pahala yg lebih berbanding dgn orang yg bersembahyang duduk atau baring ). Dan barangsiapa yg bersembahyang dlm keadaan duduk maka pahalanya setengah dari pahala orang yg bersembahyang berdiri, Dan barangsiapa yg bersembahyang dlm keadaan berbaring maka pahalanya menyamai orang yg sembahyang duduk.
    ( ~ Adalah hadis dari Imran bin Husin ini juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar dan Anas bin Malik. Dan disifatkan hadis ini sebagai hadis yg hasan lagi sahih )

    Ada juga satu riwayat lain dari Imran bin Husin yg pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai hal sembahyang orang yang sakit. Maka sabda Nabi SAW:
    Maka hendaklah engkau sembahyang berdiri, maka jika tidak kuasa berdiri maka hendaklah sembahyang duduk. Maka jika tidak kuasa sembahyang duduk maka hendaklah sembahyang baring.
    ( ~ Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya )

    Kedua2 hadis ini adalah asas yg membolehkan sesaorang yg sakit atau uzur utk bersolat dlm keadaan duduk. Imam Nawawi dlm Syarah Muslim menyimpulkan mengenai solat duduk ini spt berikut :

    1.) Orang yg sakit atau uzur dibenarkan utk solat fardhu atau sunat secara duduk atau baring. Pahala solat mereka yg berbuat demikian adalah SAMA dgn orang yg bersolat dlm keadaan berdiri.

    2.) Orang yg TIADA sakit atau uzur boleh SOLAT SUNAT secara duduk atau baring, namun pahala solatnya itu adalah setengah jika dibandingkan dgn orang yg solat dlm keadaan berdiri.

    3.) Orang yg TIADA sakit atau uzur sekiranya sekiranya ia mendirikan solat dlm keadaan duduk atau baring sedangkan dirinya berkuasa utk berdiri nescaya TIDAK SAH solatnya, tidak mendapat apa2 pahala bahkan perbuatanya itu mendatangkan dosa utknya.

    Hukum di atas ini menurut Imam Nawawi adalah tafsil mazhab Syafie dan juga diakui oleh jumhur ulamak.

    **** Bagaimana pula halnya jika sesaorang yg menghalalkan solat fardhu dgn dibuat secara duduk sedangkan dirinya kuasa utk berdiri ?
    Berkata Imam Nawawi : Telah berkata azhab kita Syafie bahawa jika sesaorang itu menghalalkan solat fardhu dgn duduk spt mana hukum orang yang solat berdiri nescaya jadi kafir dirinya, spt mana jatuhnya dirinya murtad atas sebab menghalalkan zina, riba dll yg diketahui haram pekara2 tersebut.

    **** Keadaan orang yang berkuasa utk solat fardhu berdiri pada satu atau dua rakaat.
    Imam Nawawi menjelaskan jika sesaorang itu mampu utk berdiri pada permulaan solat ( spt orang mengandung/orang yg cacat anggota dll ) kemudiannya ia tidak berkuasa meneruskan solat dgn berdiri maka bolehlah ia solat dgn duduk.

    KESIMPULANNYA : orang yang mampu utk solat secara berdiri maka wajib utknya utk berdiri walaupun utk satu rakaat. Seboleh2nya gagahkan diri samada dgn bertelkan dgn menggunakan kerusi utk solat berdiri. Kelonggaran utk solat duduk atau baring adalah utk orang yg benar2 tidak berkuasa utk berdiri. Solat dgn tiada keuzuran dlm keadaan duduk atau baring akan cuma mendatangkan dosa dan tidak sah solat tersebut.

    Wallahu A'lam[/box]

    sumber http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-375608.html
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    khairiarif

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #43 19 June, 2009, 05:17:45 PM
  • Publish
  • Assalam.

    Ingin mendapat kepastian dari yang berpengetahuan.

    Soalannya : Bilakah berakhirnya solah? Adalah pada salam yang pertama atau salam yang kedua?
    Apakah hukum kepada makmum yang bersembahyang berjemaah yang memberi salam setelah imam memberi salam ke dua?

    Adakah Nas yang menyatakan diwajibkan berniat semasa mengangkat takbiratul ihram? Bukankah rukun sah sembahyang itu ada 13. 1. Niat dan akhir sekali tertib. Masa bila pulak kata rukun tu kena buat serentak dalam tiga perkara iaitu Takbir, angkat tangan dan niat? kalau buat mcm 3 perkara serentak dah takde tertib, sedangkan tertib adalah membuat rukun2 tersebut dalam satu persatu.

    Minta huraikan.

    terima kasih

    mannmizz786

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #44 20 June, 2009, 10:48:31 AM
  • Publish
  • Assalam.

    Ingin mendapat kepastian dari yang berpengetahuan.

    Soalannya : Bilakah berakhirnya solah? Adalah pada salam yang pertama atau salam yang kedua?
    Apakah hukum kepada makmum yang bersembahyang berjemaah yang memberi salam setelah imam memberi salam ke dua?

    Adakah Nas yang menyatakan diwajibkan berniat semasa mengangkat takbiratul ihram? Bukankah rukun sah sembahyang itu ada 13. 1. Niat dan akhir sekali tertib. Masa bila pulak kata rukun tu kena buat serentak dalam tiga perkara iaitu Takbir, angkat tangan dan niat? kalau buat mcm 3 perkara serentak dah takde tertib, sedangkan tertib adalah membuat rukun2 tersebut dalam satu persatu.

    Minta huraikan.

    terima kasih
    salam...

    kena belajaq hakikat solat....

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #45 20 June, 2009, 11:00:57 AM
  • Publish
  • Assalam.

    Ingin mendapat kepastian dari yang berpengetahuan.

    Soalannya : Bilakah berakhirnya solah? Adalah pada salam yang pertama atau salam yang kedua?
    Apakah hukum kepada makmum yang bersembahyang berjemaah yang memberi salam setelah imam memberi salam ke dua?

    Adakah Nas yang menyatakan diwajibkan berniat semasa mengangkat takbiratul ihram? Bukankah rukun sah sembahyang itu ada 13. 1. Niat dan akhir sekali tertib. Masa bila pulak kata rukun tu kena buat serentak dalam tiga perkara iaitu Takbir, angkat tangan dan niat? kalau buat mcm 3 perkara serentak dah takde tertib, sedangkan tertib adalah membuat rukun2 tersebut dalam satu persatu.

    Minta huraikan.

    terima kasih

    [box title=Jawapan:]


    Selesainya solat adalah dengan salam yang pertama tetapi sunat salam yang kedua kerana menurut sunnah.

    Makmum sunat salam setelah imam selesai salam yang kedua.

    Jika makmum salam selepas salam pertama imam hukumnya adalah harus.

    Rukun niat bukan dengan nas tetapi dengan ijtihad yang berdalilkan nas.

    Tidak ada tertib pada rukun takbir dan niat sebagaimana juga tiada tertib pada rukun qiam dan fatehah.

    Tertib hanya wajib pada sebahagian rukun sahaja.

    Angkat tangan bukan rukun tetapi sunat sahaja.[/box]

    Rujukan http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=1147

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #46 20 June, 2009, 11:16:22 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Saya sekarang berada di luar negeri dan bekerja di Library.  Saya ada sembahyang didalam tandan yang bersih secara duduk olih ada tempat barang yang bolih saya duduk.  Macam kedudukan sembahyang saya.  Oh ya saya tidak sembahyang berdiri hanya duduk.  Saya rasa tuhan tahu niat saya iaitu hendak menjelankan perintah nya tetapi olih kerana keadaan itu sajalah yang saya bolih buat. Harap dapat pandangan.  Wassalam


    [box title=Jawapan: ]
    Jika ada ruang yang kita boleh berdiri tanpa sebarang darurah maka tidak sah sembahyang duduk.
    Jika memang tiada ada ruang seperti tempat yang tidak boleh berdiri disitu maka sah sembahyang.[/box]

    Rujukan http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=1151

    haizam

    • *
    • Posts: 122
      • View Profile
    Reply #47 06 July, 2009, 11:15:39 AM
  • Publish


  • Was was kentut,Batal ke solat?

    Abd Allah b. Zayd b. Âsim telah mempersoalkan kepada Rasulullah SAW bahawa seseorang boleh merasakan dia telah terkentut ketika didalam Solatnya. Berkenaan ini Rasulullah SAW berkata : "Jangan berganjak dari tempat kamu kecuali kamu dengar atau bau sesuatu(keluar kentut)" Hadith ini sahih diriwayatkan didalam Sahîh al-Bukhârî dan Sahîh Muslim.


    Terdapat hadith yang hampir sama diriwayatkan oleh Abû Sa`îd al-Khudrî bahawa Rasulullah Saw berkata "Jika Syaitan mendekati kamu dengan berkata "kamu telah terbatal wudhu kamu", katakan kepada ia menipu, kecuali kamu dengar atau bau sesuatu(keluar kentut)" [Mustadrak al-Hâkim (1/134), Sahîh Ibn Hibbân (2663 and 2664), Musnad Ahmad (3/12), and Sunan Abî Dâwûd (1029)]


    Dalam riwayat dari Sahîh Ibn Hibbân menyebut "……… kemudian dia perlu berkata pada dirinya sendiri `kamu telah menipu'……"

    Ini adalah hadith masyhur yang menjadi bukti yang membentuk satu kaedah dalam hukum Syara' iaitu "Sesuatu yang pasti tidak dapat dihapuskan dengan was-was". Ini bermaksud apa-apa yang terbina atas keyakinan memerlukan bukti yang kukuh untuk menunjukkan sebaliknya. Ketidakpastian (was-was) tidak mencukupi untuk memansuhkannya(keyakinan). Hukum ini menjadi prinsip yang luas dan mustahil untuk menyebutkan kesemuanya.




    Implikasi hukum terhadap Hadith tersebut.






    Hukum terpenting yang dibentuk dari hadith ini adalah berkenaan seorang yang telah berwudhu dan tidak pasti adakah dia telah terbatal ataupun tidak.

    Jumhur ulama' termasuk Imam Abû Hanîfah, Imam al-Shâfi`î, dan Imam Ahmad b. Hanbal, menyatakan ketidakpastian (was-was) perlu diabaikan setiap masa. Ini juga disebut oleh Imam Mâlik.

    Akan tetapi terdapat 2 pendapat lain yang disandarkan kepada Imam Mâlik tentang perkara ini. Salah satu pendapat itu ialah ketidakpastian(was-was) membatalkan wudhunya. Tetapi riwayat ini adalah dhaif dan bertentangan dengan maksud yang jelas dari hadith-hadith yang sahih.

    Pendapat ke-3 yang disandarkan kepada Imam Mâlik ialah jika was-was berlaku diluar solat , maka dia perlu mengambil wudhu yang baru, tetapi jika was-was berlaku di dalam solat, maka dia perlu abaikannya. Pendapat ini amat pelik kerana apa yang membatalkan wudhu di luar solat sudah pastinya membatalkan wudhu didalm solat.

    Menurut Ibn Hajar al-`Asqalâni di dalam Fath al-Bârî (1/287) : "Riwayat yang menerangkan penbahagian tersebut tidak boleh disandarkan kepada Imam Malik , Ia hanyalah perkataan pelajarnya"

    Kita boleh katakan, tanpa syak lagi, pendapat yang benar tentang perkara ini adalah pendapat Jumhur Ulama – bahawa keraguan tidak membawa sebarang faedah. Seorang akan kekal dalam keadaan berwudhu sehingga dia pasti dia telah terbatal.


    Aplikasi Hukum

    Kesimpulannya:
    1) Jika seseorang dalam keadaan bersuci , terasa dia telah terkentut, ini tidak membawa apa-apa makna.Dia perlu benar-benar pasti untuk membuktikan wudhu'nya telah terbatal.

    2) Jika seseorang tahu dia dalam keadaan wudhu' dan was-was bahawa dia telah membuang air, dia perlu abaikannya.

    3) Jika seseorang dalam keadaan suci kemudian dia tertutup mata sebentar kerana mengantuk dan tidak pasti dia telah tertidur(lama) untuk wudhu'nya terbatal , maka dia perlu menganggap dia masih dalam keadaan suci.

    Dalam keadaan ini atau situasi yang hampir serupa, seseorang perlu mengabai was-wasnya. Begitu juga, jika seseorang tidak pasti air kolah telah tercemar dengan najis atau tidak , dia perlu mengaggapnya ia masih bersih. Sama juga berkenaan baju, tempat solat, dan makanan yang ingin dimakan. Ini adalah hukum asas dalam semua masalah berkenaan bersuci dan keharusan, yang mana keyakinan(kepastian) adalah penting untuk mengisytiharkan sesuatu(kesucian) itu sebaliknya.




    Hukum ini – cara fikir ini – menutup pintu kepada ketidakpastian(was-was) dan keraguan yang dialami oleh sebilangan besar umat Islam.
    Tambahan, para ulama' telah Ijma' apabila Rasulullah SAW berkata: "Kecuali kamu mendengar bunyi atau bau sesuatu" Beliau bukanlah memaksudkan kepada 2 perkara itu sahaja, - Beliau hanyalah menerangkan tentang tahap keyakinan yang perlu ada dalam keadaan tersebut.


    Al-Khattâbî menyebut dalam I`lâm al-Hadîth (1/227-228): "Rasulullah SAW tidak bermaksud hukum ini terhad kepada isu kentut dan 2 cara memastikannya. Jawapan Rasulullah SAW, bersesuaian dengan soalan yang dikemukakan. Maksudnya boleh diperluaskan kepada tahi , kencing, air madzi, air mani, darah, dana apa-apa yang boleh membatalkan kesucian seseorang."

    | Sheikh Salman al-Oadah|

    Diterjemahkan oleh:

    FAZH

    Institut al-Imam asy-Syafie Consultant dan Training

    sumber dr tazkirah online

    « Last Edit: 27 September, 2009, 06:23:13 AM by Ummi Munaliza »

    latifah_aesyah

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #48 07 September, 2009, 12:52:25 AM
  • Publish
  •  :)

    Mohon ada yang menjawab persoalan ini.

    Ketika solat berjemaah, seorang makmun yang berada ditengah-tengah tiba-tiba keluar. Bermakna saf ditempatnya itu kosong.
    Soalan ana.. Siapa yang wajib rapatkan saf dahulu? Jemaah disebelah kanan atau disebelah kiri atau jemaah dari belakang?

    Syukran.
    Hadirkanlah hati dengan keinsafan. Moga ilmu menjadi wadah mendekatkan diri pada Allah...Ameen

    qurratull

    • *
    • Posts: 34
    • man jadda wajada
      • View Profile
    Reply #49 07 September, 2009, 01:47:35 AM
  • Publish
  • salam pad pengetahuan sy..sekiranya semasa kita sedang solat dan ada makmun lain keluar/meninggalkan saf..sepatutnya makmun disebelah berhak dan wajib merapatkan saf antr satu sama lain..
    sekiranya..makmun belakang yakin bleh melangkah dengan bilangan yg ditetapkan untuk naik penuhkan saf adalah diharuskan..sehingga ia tak membatalkan solat seperti terlebih pergerakan..
    jd yg paling baik dan senang makmun disebelah layak untuk meapatkan saf mereka..
    wassalam..
    salam ukhwah

    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #50 07 September, 2009, 09:06:38 AM
  • Publish
  • PETUA MENGKHUSYUKKAN SEMBAHYANG
    1. Menjaga makan dan minum dan memastikan ianya diambil dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang syubahat.
    2. Membanyakkan sedekah terutama pada fakir miskin.
    3. Jangan menahan membuang air besaratau air kecil sebaliknya hendaklah selesaikan dulu hajat itu.
    4. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air kerata pada semua anggota yang wajib serta membaca doa apabila melalui di tiap-tiap anggota tersebut.
    5. Memakai pakaian yang bersih lagi kemasserta bau-bauan diharuskan.
    6. Sentiasa sembahyang di awal waktu (melainkan ada majlis ilmu atau zikir).
    7. Memastikan di hadapan temoat sujud tidak ada gambar yang menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu.
    8. Banyak mengingatkan mati dan menggangapkan sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir sekali dalam hidupnya.
    9. Menyedari hakikat yang ia sedang berhadapan dengan ALLAH Yang Maha Agong dan Maha Mengetahuisegala rahsia hambanya.
    10. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap ALLAH Yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.
    11.Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al-Quran dan segala zikir.
    12.Sebelum mengangkat takbiratulihram hendaklah membaca surah An Nas, selawat keatas Nabi s.a.w. istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan hasutan syaitan.
    13. Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan atau berpaling semasa dalam sembahyang.
    14. Memusatkan seluruh ingatan pada sembahyang dan melambatkan bacaan tasbih semasa dalam rukuk dan sujud.
    15. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau di persekitaran sembahyang.
    16. Tidak memandang ke kiri dan kekanan sebaliknya hendaklah memandang ke tempat sujud.

    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #51 07 September, 2009, 09:07:08 AM
  • Publish
  • RUKUN SOLAT
    1. Berniat solat
    2. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar, yang pertama).
    3. Berdiri bagi yang mampu (dalam solat wajib dan sunat)
    4. Membaca surah al-fatihah.
    5. Rukuk dengan thuma'ninah (tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
    6. I'tidal dengan thuma'ninah.
    7. Sujud dengan thuma'ninah dua kali.
    8. Duduk dengan thuma'ninah di antara dua sujud.
    9. Tasyahhud Akhir/membaca bacaan Tasyahhud.
    10Duduk dalam Tasyahhud akhir.
    11. Selawat kepada nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir
    12. Membaca salam
    13. Tertib.
    .
    SYARAT-SYARAT SAHNYA SOLAT:
    1. Suci badan dari dua hadas.
    2. Suci dari najis, baik badannya, tempat solatnya, dan pakaian yang dipakai dalam solat.
    3. Menutup aurat.
    4. Menghadap qiblat, mengarah kepada Ka'bah/Baitullah
    5. Solat tiba /masuk waktunya.
    6. Mengetahui fardhunya/kewajibannya.
    7. Tidak boleh beranggapan, bahawa salah satu rukunnya adalah sunat atau sebaliknya.
    8. Menjauhkan diri dari hal-hal yang membatalkan solat.
    .
    PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT.
    1. Keluar hadas/kedatangan hadas.
    2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit atau tertawa.
    3. Makan.minum walau sedikit/setitik air.
    4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga gerakan berturut-turut (Mutawaliyat).
    5. Berniat keluar dari solat.
    6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.
    7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.
    8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi segera ditutup.
    .
    PERLAKSANAAN SOLAT YANG UTAMA (AFDAL)
    1. Segera solat bila tiba waktunya (Solat di awal waktu)
    2. Khusuk, iaitu bersikap tenang penuh konsenterasi dan khimat.
    3. Di mesjid bagi lelaki dan berjema'ah.
    4. Diikuti dengan solat Sunat Rowatib.
    5. Diikuti pula dengan berzikir sesudah selesai solat.

    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #52 07 September, 2009, 09:20:59 AM
  • Publish
  • 7 PERINGKAT SOLAT
    Apakah sembahyang yang kita lakukan sejak baligh sehingga ke hari ini diterima Allah? Pernahkan kita menganalisa, sejauh manakah kita khusyuk di dalam sembahyang, kerana khusyuk merupakan salah satu syarat untuk sembahyang itu diterma Allah. 
    Bagi orang-orang yang soleh dan solehah, mereka sangat mengambil berat tentang sembahyang. Sekiranya pekerjaan seharian terganggu, atau tiada kelancaran semasa bekerja, perkara pertama yang dilakukan ialah memeriksa semula sejauh mana khusyuknya mereka dalam sembahyang. Ini adalah kerana sembahyang merupakan hubungan manusia dengan Allah. 

    Sekiranya hubungan dengan Allah pun tidak selesai, dengan manusia tentunya lebih susah lagi. Seterusnya, ketaatan kepada pemimpin tidak akan berlaku sekiranya tiada ketaatan kepada Tuhan. Sembahyang perlu dinilai dari segi berjemaah atau tidak, tepat pada waktunya ataupun tidak, khusyuk atau tidak dan kelurusan saf di dalam sembahyang. Untuk menilai sembahyang kita, mari kita bersama-sama meneliti peringkat-peringkat sembahyang berikut. Dalam golongan manakah kita dikategorikan.

    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #53 07 September, 2009, 09:24:01 AM
  • Publish
  • Sembahyang Orang Jahil

    Sembahyang seseorang yang tidak faham tentang rukun sembahyang, syarat wajib sembahyang, syarat sah sembahyang, persoalan suci dari hadas kecil dan hadas besar dan sebagainya. Sekalipun sembahyang itu kemas, tepat pada waktunya dan berjemaah, tetap tertolak kerana dilakukan tanpa ada ilmu.

    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #54 07 September, 2009, 09:26:23 AM
  • Publish
  • Sembahyang Orang Lalai.

    Pada zahirnya adalah lengkap. Ini kerana sebelum sembahyang itu dikerjakan, ilmu mengenainya sudah dipelajari. Bacaan dalam sembahyang dijaga betul. Tapi fikiran orang orang yang bersembahyang itu melayang, memikirkan perkara lain, tidak menghayati sembahyangnya. Sedangkan khusyuk dalam sembahyang merangkumi khusyuk, akal, hati dan perbuatan. Golongan inilah yang dikatakan lalai di dalam sembahyang sepertimana firman Allah: "Sebab itu, celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang dan mereka lalai dari sembahyangnya."
    Surah Al-Ma'un, Ayat 3 dan 4. Mereka ini akan Allah masukkan ke dalam Neraka Wail.

    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #55 07 September, 2009, 09:26:56 AM
  • Publish
  • Sembahyang Kerana Selain Allah.

    Sembahyang yang dilakukan kerana adat dan budaya. Mungkin seseorang itu lahir dalam suasana Islam. Sejak kecil dia melihat orang sekelilingnya sembahyang, lantas dia pun sembahyang. Ini bermakna sembahyangnya bukan kerana syariat tapi kerana takut dimarahi ibu bapa, takut tersisih dan sebagainya. Sembahyang bagi golongan ini juga tertolak.

    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #56 07 September, 2009, 09:27:18 AM
  • Publish
  • Sembahyang Peringkat Mujahadah.

    Golongan yang sembahyangnya diperingkat ini pula, mereka memiliki ilmu tentang sembahyang dan berusaha menghayati sembahyangnya. Mereka ada kesungguhan tetapi jiwa tidak hidup. akal sudah berperanan, tetapi hati belum dapat dibawa bersama di dalam sembahyangnya. Bahkan di dalam sembahyang, mereka bermujahadah untuk mendapatkan rasa khusyuk. Allah sayang pada orang yang bermujahadah. Allah menerima sembahyang golongan ini setakat yang mereka khusyuk sahaja. Walau bagaimanapun, mereka masih belum tentu selamat. Terpulanglah kepada Allah menentukannya. Kalau dengan rahmat Allah, Dia hendak mengampunkan dosa hambaNya, Dia ampunkan. Kalau Dia hendak siksa pun, itu adalah hakNya sebagai Tuhan.

    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #57 07 September, 2009, 09:27:53 AM
  • Publish
  • Sembahyang Orang Soleh.

    Diperingkat sembahyang ini, akal fikiran sudah boleh ditumpukan supaya khusyuk kepada Tuhan di dalam sembahyangnya tetapi jiwa dan hati belum sepenuhnya dikawal. Akal sudah boleh disibukkan dengan mengingatkan makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang. Golongan ini sudah tidak lalai dalam sembahyang. Untuk sembahyang kita diterima, kita sekurang-kurangnya berada diperingkat ini. Ia peringkat paling minimum.

    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #58 07 September, 2009, 09:28:08 AM
  • Publish
  • Sembahyang Para Wali.

    Di peringkat sembahyang para wali, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal. Golongan ini sudah dapat menghayati sembahyang. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, dia dapat merasakan bahawa dirinya sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap. Sembahyang beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam sembahyang.

    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #59 07 September, 2009, 09:28:48 AM
  • Publish
  • Sembahyang Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

    Golongan ini terlalu khusyuk sembahyangnya, dengan lain perkataan 'fana' dengan Allah. Roh mereka sampai ke alam yang tinggi. Sifat-sifat Allah dihayati sungguh-sungguh. Bahkan mereka boleh sampai ke alam malakut.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    53 Replies
    11703 Views
    Last post 21 September, 2011, 11:28:06 AM
    by IbnuNafis
    9 Replies
    3894 Views
    Last post 29 April, 2009, 10:23:50 PM
    by abuqais
    7 Replies
    4760 Views
    Last post 16 February, 2009, 03:22:37 PM
    by Shohib Mirbat