WASIAT Luqman al-Hakim kepada ANAKnya

*

Author Topic: WASIAT Luqman al-Hakim kepada ANAKnya  (Read 20992 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • Posts: 1193
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
29 May, 2007, 01:57:25 AM
  • Publish
  •  :)

    Wasiat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya


    Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
    Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

    Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

    Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

    Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

    Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

    Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

    Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

    Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

    Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

    Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

    Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

    Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

    Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

    Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

    Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

    Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

    Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Reply #1 29 May, 2007, 08:29:43 AM
  • Publish
  • NASiHAT LUQMAN AL HAKIM KEPADA PUTERANYA
     
    Segala puji bagi Allah SWT, sholawat serta salam semoga tetap terlimpahkan kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW, shahabat, keluarga serta orang-orang yang masih berittiba' (mengikuti) kepada beliau sampai hari kiamat.
    Al Qur'an adalah sumber hukum dan ilmu pengetahuan yang tak pernah kering untuk ditimba, penuh dengan pelajaran, di dalamnya terdapat hikmah dan teladan. Salah satu isi pokok dari Al Qur'an adalah kisah perjalanan kehidupan para nabi dan rasul serta orang-orang saleh dari umat-umat sebelum nabi Muhammad SAW. Hikmah diceritakannya sirah manusia-manusia pilihan itu tidak lain kerana besarnya manfaat dari keteladanan iman, sifat dan akhlaq mereka. Maka disini akan saya angkat sebuah kisah Luqman Al Hakim yang penuh dengan hikmah bagi kita semua.
    .
    1. Tidak menyekutukan Allah.
    Sebesar-besar kedzaliman dan kemungkaran adalah menyekutukan Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".(Q.S. Luqman:13)
    Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik, kecuali ia bertobat dan meninggalkan perbuatannya. Sesungguhnya hanya Allah sajalah yang berhak untuk disembah (Allahu mustahiqqul 'ibaadah). Dia lah yang berhaq di mintai pertolongan. Hanya kepada-Nyalah segala urusan diserahkan, takut (khouf), berharap (raja') hanya layak ditujukan kepada Allah swt, bukan kepada yang lainnya
    2. Berbuat baik kepada kedua orang tua.
    Firman Allah SWT.
    "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu."( QS.Luqman: 14)
    Di dalam riwayat Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:
    "Amalan apakah yang dicintai oleh Allah ?Beliau menjawab: Shalat pada waktunya, ia bertanya lagi: Kemudian Apa ?, Beliau menjawab: berbuat baik kepada orang tua, .Ia bertanya lagi: kemudian apa?, Belau menjawab: Jihad di jalan Allah" (shahih Bukhari V/2227, hadits No.5625)
    3. Ketaatan kepada kedua orang tua harus dilandasi oleh ketaatan kepada Allah;
    Kerana tidak boleh taat kepada keduanya dalam rangka berbuat maksiat kepada Allah, lebih-lebih lagi menyekutukan Allah ( syirik ). Allah berfirman "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik"(QS. Luqman: 14).
    4. Mengikuti jalan orang-orang yang kembali kepada Allah SWT
    Firman Allah SWT
    Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(QS. Luqman: 15)
    Di sini Luqman memberikan sebuah nasihat kepada anaknya agar ia mengikuti jejak orang-orang yang kembali kepada Allah SWT iaitu para nabi dan rasul serta orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, yang selalu bertaubat kepada Allah SWT, yang telah diberi Allah SWT hidayah, iaitu tetap dalam agama yang hanif yakni Islam.
    5. Allah akan membalas semua perbuatan manusia.
    Firman Allah swt :
    (Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.(Q.S: 16)
    "Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula". (QS. Al Zalzalah: 7-8).
    6. Menegakkan sholat.
    Shalat adalah tiang agama, sehingga ia tidak akan tegak tanpa shalat. Maka sebagai seorang yang beriman kita diwajibkan menegakkannya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 17 yang berbunyi :
    "Hai anakku, dirikanlah shalat …"
    Shalat dapat mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar, sebagaimana firman Allah SWT.
    …"Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar." (QS. Al 'Ankabuut: 45)
    7. Amar Ma'ruf nahi Munkar.
    Ada dua komponen penting dalam Islam yang memberikan sebuah dorongan yang kuat kepada setiap muslim untuk mendakwahkan agama yang dianutnya, yaitu Amar ma'ruf nahi mungkar (memerintahkan berbuat kebajikan dan mencegah yang mungkar). Perintah untuk beramar ma'ruf nahi mungkar sangat banyak di dalam Al Qur'an seperti :
    "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".(QS. Ali Imran:104).
    8. Bersabar terhadap apa yang menimpa kita.
    Sesungguhnya segala cobaan yang menimpa seorang muslim itu adalah merupakan sesuatu yang mesti terjadi kerana itulah bentuk ujian (ikhtibar) dari Allah SWT, apakah ia sabar atau tidak ?, firman Allah SWT.
    "Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(QS. Luqman:17)
    9. Tidak Menyombongkan diri
    Sifat takabur atau merasa besar dihadapan manusia adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT.
    "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
    10. Bersikap pertengahan dalam segala hal dan berakhlaq yang baik
    Islam tidak menghendaki sikap Ghuluw (berlebih-lebihan) juga tidak menginginkan untuk bersikap tahawun (meremehkan) dalam segala hal termasuk juga dalam perkara-perkara yang menurut penilaian sebagian orang dianggap kecil seperti sikap berjalan, berbicara dsb. Allah SWT mengatur itu semua sebagaimana firmanNya:
    "Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."
    Manusia akan mempunyai nilai jika menampakkan akhlaq yang baik, kerana tujuan diutusnya Rasulullah SAW selain untuk menyeru kepada Allah ( Ad-dakwah ilallah) adalah untuk menyempurnakan Akhlaq dan budi pekerti.


    Aminuddin
    Sumber : Tafsir Ibnu Katsir
     
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2093
      • View Profile
    Reply #2 08 October, 2007, 10:25:10 AM
  • Publish

  • Taujihat: Jadikan Shalat Pencegah Perbuatan Keji dan Munkar

    Setiap kewajiban yang telah dibebankan Islam kepada umatnya senantiasa memuat hikmah dan maslahat bagi mereka. Islam menginginkan terbentuknya akhlak Islami dalam diri Muslim ketika ia mengimplementasikan setiap ibadah yang telah digariskan oleh Allah SWT dalam Kitab dan Sunnah rasul-Nya.

    Pada akhirnya nilai-nilai keagungan Islam senantiasa mewarnai ruang kehidupan Muslim. Tidak hanya terbatas pada ruang kepribadian individu Muslim, namun nilai-nilai itu dapat ditemukan pula dalam ruang kehidupan keluarga dan komunitas masyarakat Muslim. Kita bisa merenungkan kembali ayat-ayat Allah yang berkaitan dengan hal ini, sebagaimana salah satu firman-Nya, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Q.S. Al-Baqarah: 183). Melalui ibadah puasa, Allah SWT menginginkan terbentuknya pribadi-pribadi Muslim yang bertakwa. Pribadi yang tidak pernah mengenal slogan hidup kecuali slogan yang agung ini: sami’naa wa atha’na.

    Pribadi yang senantiasa melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya dalam situasi dan kondisi apapun. Oleh karenanya, Nabiyullah agung Muhammad SAW telah bersabda: “Takutlah kamu kepada Allah di manapun kamu berada, ikuti keburukan dosa dengan kebaikan niscaya ia akan menghapuskannya dan gauli manusia dengan akhlak yang baik.” Dalam sabda beliau yang lain: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa faridlah (kewajiban) maka jangan sekali-kali kamu menyia-nyiakannya, Dia telah menetapkan batasan-batasan maka jangan sekali-kali kamu melampui batas, Dia telah mengharamkan banyak hal maka jangan sekali-kali melanggarnya….” “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdo\’alah untuk mereka. Sesungguhnya do\’a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. 9/At-Taubah: 103). Dengan ibadah zakat, Islam mengharapkan tumbuh subur sifat-sifat kebaikan dalam jiwa seorang Muslim dan mampu memberangus kekikiran dan cinta yang berlebihan kepada harta benda.

    Begitu juga ibadah shalat yakni ibadah yang jika seorang hamba melaksanakan dengan memelihara syarat-syarat, rukun-rukun, wajibat, adab-adab, dan kekhusyu`an di dalamnya, niscaya ibadah ini akan menjauhkannya dari perbuatan keji dan kemunkaran. Sebaliknya, ibadah ini akan mendekatkan seorang hamba yang melaksanakannya dengan sebenarnya kepada Sang Khalik dan mendekatkannya kepada kebaikan-kebaikan serta cahaya hidup. Perhatikan ayat berikut ini, “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Q.S. 29/Al-Ankabuut: 45). Muslim yang selalu menunaikan ibadah ini akan selalu aktif dalam kegiatan-kegiatan kebaikan dan mampu menjadi cahaya di tengah-tengah masyarakatnya. Muslim yang memiliki hamasah yang menggelora dalam memperjuangkan kebenaran dan memberangus nilai-nilai kemunkaran, kelaliman, dan perbuatan keji lainnya. Hatinya terasa tersayat di saat menyaksikan pornografi dan porno aksi mewabah di tengah-tengah masyarakatnya. Jiwanya akan terus gelisah ketika melihat kelaliman yang dipermainkan para budak kekuasaan. Memang, ia harus menjadi cahaya yang berjalan di tengah-tengah kegelapan zaman ini. Allah berfirman, “Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.” (Q.S. 6Al-An’am: 122)

    Ikhwan dan akhwat fillah, Ibadah shalat adalah awal kewajiban yang diperintahkan Allah SWT kepada umat ini pada peristiwa Isra dan Mi’raj. Ibadah yang merupakan simbol dan tiang agama, “Pokok urusan adalah Islam, tiangnya adalah shalat dan puncaknya adalah jihad di jalan Allah.” (HR Muslim). Ibadah yang dijadikan Allah sebagai barometer hisab amal hamba-hamba-Nya di akhirat, “Awal hisab seorang hamba pada hari kiamat adalah shalat. Apabila shalatnya baik maka seluruh amalnya baik, dan apabila buruk maka seluruh amalnya buruk.” (HR At-Thabrani). Ibadah shalat merupakan wasiat Nabi yang terakhir kepada umat ini dan yang paling terakhir dari urwatul islam (ikatan Islam) yang akan dihapus oleh Allah SWT. Selain ini, shalat juga penyejuk mata, waktu rehatnya sang jiwa, saat kebahagiaan hati, kedamaian jiwa dan merupakan media komunikasi antara hamba dan Rabbnya. Ibadah yang memiliki kedudukan atau manzilah yang agung ini tidak akan hadir maknanya dalam kehidupan kita, tatkala kita lalai menjaga arkan, wajibat dan sunah yang inheren dengan ibadah ini. Tatkala kita tidak mampu menghadirkan hati, merajut benang kekhusukan dan keikhlasan dalam melaksanakan ibadah ini maka kita tidak akan mampu menangkap untaian makna yang terkandung di dalamnya. Kita tidak akan mampu memahami sinyal-sinyal rahasia yang ada di balik ibadah ini. Tidakkah banyak di antara manusia Muslim yang ahli ibadah namun masih jauh dari nilai-nilai Islam. Ahli shalat namun masih suka melakukan kemaksiatan. Hal ini disebabkan nilai-nilai agung yang terkandung dalam ibadah sama sekali tidak mampu memberikan pesan-pesan ilahiah di luar shalat.

    Takbir yang dikumandangkan di saat beribadah tidak mampu melahirkan keagungan di luar shalat. Do’a iftitah “Inna shalaatii wa nusukii….” yang dilafazkan dalam shalat tidak mampu mengingatkan tujuan hidupnya. Ibadah ini seolah-olah hanya menjadi gerakan-gerakan ritual yang maknanya tidak pernah membumi dalam kehidupan orang yang melaksanakannya. Oleh karena itu, ibadah shalat yang mampu melahirkan hikmah pencegahan dari perbuatan keji dan kemungkaran, hikmah pensucian jiwa dan ketentraman, apabila dilakukan dengan penuh kekhusyukan, mentadabburkan gerakan dan ucapan yang terkandung di dalamnya, penuh ketenangan dan dengan tafakkur yang sesungguhnya. Maka ia akan keluar dari ibadah dengan merasakan kenikmatannya, terkontaminasi dengan nilai-nilai keta’atan dan mendapatkan cahaya ma’rifatullah. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak seorangpun yang melaksanakan shalat maktubah (fardlu), lalu ia memperbaiki wudlunya, khusyuk dan rukuknya kecuali shalat ini akan menjadi pelebur dosa-dosa sebelumnya selama tidak melakukan dosa besar. Dan ini berlaku sepanjang tahun.” (H.R. Muslim) Inilah yang pernah dilakukan oleh salaf shalih termasuk di dalamnya Ibnu Zubair RA. Mereka laksana tiang yang berdiri tegak karena kekhusyukannya. Mereka terbius dengan kerinduannya akan Rabbnya dan mereka asyik berkomunikasi dengan Sang Khalik tanpa terganggu dengan suara makhluk-Nya. Ikhwan dan akhwat fillah, Ada beberapa hal yang perlu kita perhatikan di saat melaksanakan ibadah shalat agar hikmah di dalamnya selalu terjaga. Pertama, menjaga arkan, wajibat dan sunah. Rasulullah SAW bersabda: “Shalatlah kamu sebagaimana kamu melihatku shalat.” Kedua, ikhlas, khusyuk dan menghadirkan hati. “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta\’atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Q.S. 98/Al-Bayyinah: 5). Ketiga, memahami dan mentadabburi ayat, do’a dan makna shalat. “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya.” (Q.S. 107/Al-Maa’uun: :4-5). Keempat, mengagungkan Allah SWT dan merasakan haibatullah. Rasulullah SAW bersabda, “…Kamu mengabdi kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya dan apabila kamu tidak melihat-Nya, maka (yakinlah) bahwasanya Allah melihat kamu…” (H.R. Muslim). Semoga kita semua mampu merenungkan kembali arti shalat dalam kehidupan dakwah dan memperbaikinya agar kita benar-benar mi’raj kepada Allah SWT. Wallahu A’lam Bish-shawwab

    http://dakwah.info/?p=23
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    almulk

    • *
    • Posts: 209
      • View Profile
    Reply #3 19 October, 2007, 10:00:53 AM
  • Publish
  • Suruh  Luqman ayat 13-19
    Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." (13 )


    Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (14)
    Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (15)

    Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus[1181] lagi Maha Mengetahui. (16)
    Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (17)

    Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.(18)
    Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai. (19)


    Kembara MencariNYA

    akhafullah

    • *
    • Posts: 82
      • View Profile
    Reply #4 28 October, 2007, 11:57:59 PM
  • Publish
  • Dengan apa yang telah diterangkan dalam Al-Quran berhubung dengan Luqman  al-Hakim, para ulama telah memperincikan lagi perbicaraan Luqman dengan anaknya menurut riwayat dalam kitab tafsir Ruhul Maani dan Kitab Hidayatul Mustarsyidin bahawa Luqman telah memberikan anaknya 25 wasiat iaitu:

    1.   Sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam banyak manusia yang karam di dalamnya, bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarkanlah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa. Isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.
    2.   Orang yang menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah SWT, orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah SWT.
    3.   Orang yang merasai dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan sentiasa taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan orang itu sentiasa menghindari diripada mendekati maksiat.
    4.   Seandainya orang tuamu memarahimu, itu adalah ibarat air yang menyiram tanaman yang kering kontang.
    5.   Jauhi dirimu dari berhutang, kerana berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan hina di waktu malam.
    6.   Takutkan Allah dengan benar-benar takut, tentu engkau akan terlepas dari sifat-sifat putus asa.
    7.   Seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan memikirkan perkara-perkara yang tidak benar.
    8.   Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalnya lebih mudah daripada memberi pengertian pada seseorang yang tidak mahu mengerti. Jika anda mengangkat batu atau besi yang berat tentu terasa begitu sangat, tetapi tidak sebegitu burukdan berat kerana mempunyai jiran yang jahat.
    9.   Jangan anda sesekali mengirimkan utusan kepada orang yang bodoh dan jahat, maka tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sahajalah yang menjadi utusan itu.
    10.   Jauhi daripada sifat-sifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, bagai ikan memakan daging burung, padahal sedikit dusta yang dilakukan, tetapi akibatnya adalah lebih besar.
    11.   Jangan engkau menelan sesuatu makanan itu kerana manisnya dan jangan engkau memuntahkan sesuatu makanan kerana pahitnya, kerana yang manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan yang pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.
    12.   Makanlah bersama-sama orang yang takwa dan musyawarahlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat dari mereka.
    13.   Bukan satu kebaikan namanya jika engkau mencari ilmu tetapi tidak mengamalkannya, hal ini tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, setelah
    قل الحق ولو كان مرا

    http://luqmankhairi.blogspot.com/

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Reply #5 25 November, 2007, 08:48:48 AM
  • Publish
  • berbuat baik pada org tua...

    slalu ramaja skang abaikan...

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #6 25 November, 2007, 02:40:55 PM
  • Publish
  • Zaman kita ini ramai yg hurmat dan patuh kpd manusia lebih dari Berjaga-jaga dalam amal-ibadatnya...ini juga ciri2 yg Mensyirikkan Allah...manusia punya Jasa bakti dibesar2kan dan diberi penghurmatan tinggi sampai Berdaulat2 kalau tidak ikut kata bernobat dan berdolat-dolet hukumannya diseret ke .....
    Tapi JASABUDI/BAKTI dari Allah swt sendiri..Hm....
    Malah Allah tetap memberi Pengampunan dan sanjungan tinggi pd setiap kebaikan walaupun sebiji sawi...
    Astaghfirullahal'aziim. 100X
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    shihab

    • *
    • Posts: 72
    • :: Tunjukkan daku jalan yang lurus ::
      • View Profile
    Reply #7 11 January, 2008, 03:12:08 AM
  • Publish
  •  :)

    Seorang wartawan bertanya Imam Assyahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai.

    Beliau berkata:

       "Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah menusia yang mencari erti sebenar kemanusian. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan islam yang murni.

       Saya hanyalah ibarat seseorang yang memahami Rahsia hidupnya. Jesteru dia berseru: Sembahyangku, Ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-NYA. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya adalh seorang yang menyerah diri.

       Inilah saya, anda pula siapa?"
    [3:26] say (ya Muhammad):"Ya Allah, Possessor of Kingdom, You give the kingdom to whom You will,
    and You take the kingdom from whom you will, and you endue with honour whom You will, and You humiliate whom You will,
    In Your Hand is the Good. Verily, You are Able to do all Things

    shaiful_ahmad

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #8 12 February, 2008, 10:43:59 AM
  • Publish
  • salam....

    [box title=Nasihat luqman Al Hakim Kepada Putranye]Segala puji bagi Allah SWT, sholawat serta salam semoga tetap terlimpahkan kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW, shahabat, keluarga serta orang-orang yang masih berittiba' (mengikuti) kepada beliau sampai hari kiamat. Al Qur'an adalah sumber hukum dan ilmu pengetahuan yang tak pernah kering untuk ditimba, penuh dengan pelajaran, di dalamnya terdapat hikmah dan teladan. Salah satu isi pokok dari Al Qur'an adalah kisah perjalanan kehidupan para nabi dan rasul serta orang-orang saleh dari umat-umat sebelum nabi Muhammad SAW. Hikmah diceritakannya sirah manusia-manusia pilihan itu tidak lain karena besarnya manfaat dari keteladanan iman, sifat dan akhlaq mereka. Maka disini akan saya angkat sebuah kisah Luqman Al Hakim yang penuh dengan hikmah bagi kita semua.[/box]
    .

    [box title=1. Tidak menyekutukan Allah.]Sebesar-besar kedzaliman dan kemungkaran adalah menyekutukan Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".(Q.S. Luqman:13)
    Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik, kecuali ia bertobat dan meninggalkan perbuatannya. Sesungguhnya hanya Allah sajalah yang berhak untuk disembah (Allahu mustahiqqul 'ibaadah). Dia lah yang berhaq di mintai pertolongan. Hanya kepada-Nyalah segala urusan diserahkan, takut (khouf), berharap (raja') hanya layak ditujukan kepada Allah swt, bukan kepada yang lainnya
    [/box]

    [box title=2. Berbuat baik kepada kedua orang tua.]Firman Allah SWT. "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu."( QS.Luqman: 14)
    Di dalam riwayat Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:
    "Amalan apakah yang dicintai oleh Allah ?Beliau menjawab: Shalat pada waktunya, ia bertanya lagi: Kemudian Apa ?, Beliau menjawab: berbuat baik kepada orang tua, .Ia bertanya lagi: kemudian apa?, Beliau menjawab: Jihad di jalan Allah" (shahih Bukhari V/2227, hadits No.5625)
    3. Ketaatan kepada kedua orang tua harus dilandasi oleh ketaatan kepada Allah; karena tidak boleh taat kepada keduanya dalam rangka berbuat maksiat kepada Allah, lebih-lebih menyekutukan Allah ( syirik ). Allah berfirman

    "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik"(QS. Luqman: 14).
    [/box]

    [box title=4. Mengikuti jalan orang-orang yang kembali kepada Allah SWT]Firman Allah SWT :Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(QS. Luqman: 15) Disini Luqman memberikan sebuah nasehat kepada anaknya agar ia mengikuti jejak orang-orang yang kembali kepada Allah SWT yaitu para nabi dan rasul serta orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, yang selalu bertaubat kepada Allah SWT, yang telah diberi Allah SWT hidayah, yaitu tetap dalam agama yang hanif yakni Islam. [/box]


    Aminuddin
    Sumber : Tafsir Ibnu Katsir



     
    « Last Edit: 11 May, 2009, 09:06:02 PM by Munaliza Ismail »
    kekadang hati mrintih derita,jiwa mnangis sedih,akal mgeluh letih..namun hakikat hidup xkan berubah,yang perlu d'ubah adlh diri yg mhadapinye...hatimmilih jln,akal mmulakan lngkh dan iman meluruskan arah...moga kasih ALLAH bersamamu..

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #9 12 February, 2008, 05:03:38 PM
  • Publish
  • Ya senang hati membaca artikle yg bertopik diatas
    berduet plak tu cam sehati sejiwa,
    moga2 senyawa
    dan ank gak namanya tsb jg...Amin
    Insya Allah.
    Terima kasih
    Sambut salam ukhuwah dr ana ya!

    ummie_fatimah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Reply #10 13 February, 2008, 08:17:22 AM
  • Publish
  • Quote
    Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

    ermmm,  macam tu ek? bestnyer kalau ada sahabat macam ni....

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #11 13 February, 2008, 06:56:10 PM
  • Publish
  • Quote
    Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

    Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

    Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.
    Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

    Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

    Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah

    Renungan yang paling indah pengajaran dr al-kisah Luqmanhakim terhdp anknya.
    Kawalan yg kuat bagi setiap peminat pengamalannya.

    123456

    • *
    • Posts: 76
      • View Profile
    Reply #12 02 April, 2009, 10:22:29 PM
  • Publish
  • Dengan apa yang telah diterangkan dalam Al-Quran berhubung dengan Luqman  al-Hakim, para ulama telah memperincikan lagi perbicaraan Luqman dengan anaknya menurut riwayat dalam kitab tafsir Ruhul Maani dan Kitab Hidayatul Mustarsyidin bahawa Luqman telah memberikan anaknya 25 wasiat iaitu:

    1.   Sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam banyak manusia yang karam di dalamnya, bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarkanlah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa. Isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.
    2.   Orang yang menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah SWT, orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah SWT.
    3.   Orang yang merasai dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan sentiasa taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan orang itu sentiasa menghindari diripada mendekati maksiat.
    4.   Seandainya orang tuamu memarahimu, itu adalah ibarat air yang menyiram tanaman yang kering kontang.
    5.   Jauhi dirimu dari berhutang, kerana berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan hina di waktu malam.
    6.   Takutkan Allah dengan benar-benar takut, tentu engkau akan terlepas dari sifat-sifat putus asa.
    7.   Seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan memikirkan perkara-perkara yang tidak benar.
    8.   Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalnya lebih mudah daripada memberi pengertian pada seseorang yang tidak mahu mengerti. Jika anda mengangkat batu atau besi yang berat tentu terasa begitu sangat, tetapi tidak sebegitu burukdan berat kerana mempunyai jiran yang jahat.
    9.   Jangan anda sesekali mengirimkan utusan kepada orang yang bodoh dan jahat, maka tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sahajalah yang menjadi utusan itu.
    10.   Jauhi daripada sifat-sifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, bagai ikan memakan daging burung, padahal sedikit dusta yang dilakukan, tetapi akibatnya adalah lebih besar.
    11.   Jangan engkau menelan sesuatu makanan itu kerana manisnya dan jangan engkau memuntahkan sesuatu makanan kerana pahitnya, kerana yang manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan yang pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.
    12.   Makanlah bersama-sama orang yang takwa dan musyawarahlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat dari mereka.
    13.   Bukan satu kebaikan namanya jika engkau mencari ilmu tetapi tidak mengamalkannya, hal ini tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, setelah

    acapklcc9

    • *
    • Posts: 335
    • Perjuangan Belum Selesai
      • View Profile
    Reply #13 02 April, 2009, 11:10:04 PM
  • Publish
  • bgsnye nasihat ni......
    ada smbgn lg kan......
    bleh la tlg tmbhkan ye utk kebaikan semua...........
    thank...........

    akhafullah

    • *
    • Posts: 82
      • View Profile
    Reply #14 09 April, 2009, 01:29:09 AM
  • Publish
  • asifni.ana x prasan rupenya masih berbaki lagi..
    syukran alal ihtimam.

    13.   Bukan satu kebaikan namanya jika engkau mencari ilmu tetapi tidak mengamalkannya, hal ini tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul maka dia tidak dapat mampu memikulnya, pada hal dia masih terus mengumpulkannya.
    14.   Jika anda ingin mencari teman sejati, maka ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya, bila mana dalam keadaan kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan anda, maka bolehlah anda ambil dia sebagai kawan, jika tidak berhati-hatilah terhadapnya.
    15.   Apabila anda berteman jadikanlah diri anda yang tidak pernah mengharapkan sesuatu darinya, biarpun dia berharap sesuatu dari anda.
    16.   Jadikanlah diri anda pada setiap masa tidak berharapkan kepada kepujian dan sanjungan orang lain. Kerana sikap yang minta disanjung dan dipuji itu akan memusnahkan diri anda.
    17.   Usahakanlah agar mulut anda tidak mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar. Dalam hal ini anda akan lebih selamat dengan berdiam diri.
    18.   Jangan anda cenderung kepada dunia semata-mata, kerana anda diciptakan oleh Allah bukanuntuk dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina daripada insan yang terpedaya dengan dunia semata-mata.
    19.   Jangan anda terlalu mudah ketawa jika bukan perkara yang menggelikan, jangan berjalan tanpa tujuan yang pasti, jangan menanyakan sesuatu yang tidak berguna kepada diri anda. Jangan anda mensia-siakan harta dunia anda.
    20.   Barangsiapa yang bersifat penyayang sudah tentu disayangi, siapa yan suka berdiam diri tentu selamat dari berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun. Jika anda tidak mamapu menahan lidah daripada berkata kotor tentu anda akan menyesal.
    21.   Bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu, perhatikan kata-kata dan nasihat mereka, kerana sesungguhnya hati anda akan sejuk apabila mendengar nasihat mereka.
    22.   Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat.
    23.   Jangan anda rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya apa yang anada makan dan pakai itu adalah tanh belaka. Jangan anda bertemankan orang yang bodoh dan bermuka dua, kerana akan membahayakan diri anda.


    ni shj baki yg tinggal. yg lain ana sndri x pasti tcicir kt mana. asifni.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #15 11 May, 2009, 09:06:41 PM
  • Publish

  • [box title=5. Allah akan membalas semua perbuatan manusia.]Firman Allah swt : (Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.(Q.S: 16)

    "Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula". (QS. Al Zalzalah: 7-8).
    [/box]

    [box title=6. Menegakkan sholat.]Shalat adalah tiang agama, sehingga ia tidak akan tegak tanpa shalat. Maka sebagai seorang yang beriman kita diwajibkan menegakkannya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 17 yang berbunyi :
    "Hai anakku, dirikanlah shalat …" Shalat dapat mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar, sebagaimana firman Allah SWT.
    …"Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar." (QS. Al 'Ankabuut: 45)
    [/box]

    [box title=7. Amar Ma'ruf nahi Munkar.]Ada dua komponen penting dalam Islam yang memberikan sebuah dorongan yang kuat kepada setiap muslim untuk mendakwahkan agama yang dianutnya, yaitu Amar ma'ruf nahi mungkar (memerintahkan berbuat kebajikan dan mencegah yang mungkar). Perintah untuk beramar ma'ruf nahi mungkar sangat banyak di dalam Al Qur'an seperti :

    "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".(QS. Ali Imran:104).
    [/box]
    [box title=8. Bersabar terhadap apa yang menimpa kita.]Sesungguhnya segala cobaan yang menimpa seorang muslim itu adalah merupakan sesuatu yang mesti terjadi karena itulah bentuk ujian (ikhtibar) dari Allah SWT, apakah ia sabar atau tidak ?, firman Allah SWT.
    "Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(QS. Luqman:17)
    [/box]
    [box title=9. Tidak Menyombongkan diri]
    Sifat takabur atau merasa besar dihadapan manusia adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT."Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
    [/box]
    [box title=10. Bersikap pertengahan dalam segala hal dan berakhlaq yang baik]Islam tidak menghendaki sikap Ghuluw (berlebih-lebihan) juga tidak menginginkan untuk bersikap tahawun (meremehkan) dalam segala hal termasuk juga dalam perkara-perkara yang menurut penilaian sebagian orang dianggap kecil seperti sikap berjalan, berbicara dsb. Allah SWT mengatur itu semua sebagaimana firmanNya:
    "Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."
    Manusia akan mempunyai nilai jika menampakkan akhlaq yang baik, karena tujun diutusnya Rasulullah SAW selain untuk menyeru kepada Allah ( Ad-dakwah ilallah) adalah untuk menyempurnakan Akhlaq dan budi pekerti.
    [/box]


    Aminuddin
    Sumber : Tafsir Ibnu Katsir
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1375
      • View Profile
    Reply #16 10 June, 2010, 01:41:37 AM
  • Publish
  • LUQMAN al-Hakim adalah seorang tokoh yang menjadi sebutan masyarakat Islam hingga kini, lebih-lebih lagi apabila menyentuh mengenai mutiara kata dan ungkapan yang baik lagi terpuji.

    Kebenaran mengenai kewujudannya suatu masa dulu di perakui al-Quran apabila kitab suci itu sendiri merakamkan nama beliau dan nasihat bermanfaat daripadanya seperti yang dapat diperhatikan melalui surah Luqman.

    "Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmah kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (Luqman:12)

    Al-Quran menceritakan secara umum personaliti Luqman seperti juga tokoh lain daripada kalangan nabi dan orang beriman.

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: "Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? Mereka pun menjawab: Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu. Baginda bersabda: Dia adalah seorang Habsyi."


    Al-Hassan al-Basri berkata: "Luqman membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu tempat terbabit masih lagi belum dibangunkan. Beliau berada di sana se hinggalah lanjut usianya dan meninggal dunia."

    Ibrahim bin Adham berkata: "Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini. Di tempat terbabit terdapat 70 kubur nabi ."

    Menurut Ibnu Kathir, Luqman adalah seorang lelaki yang soleh, kuat beribadat dan suka memberikan nasihat serta mempunyai kebijaksanaan yang amat tinggi.

    Katanya lagi, Luqman adalah seorang hamba yang banyak berfikir dan mempunyai imaginasi yang baik, malah me ngasihi Allah sehingga Allah mengasihinya.

    "Beliau juga dianugerahkan dengan kebijaksanaan iaitu lidahnya menuturkan kata-kata yang hak, hatinya berfikir perkara baik sementara badannya bergerak dengan baik.

    "Sekiranya beliau berbicara, bicaranya penuh bijaksana dan sekiranya beliau berfikir, pemikirannya penuh bijaksana dan sekiranya beliau bergerak, pergerakannya penuh bijaksana," katanya.

    Dikatakan, sesungguhnya rumah Luqman adalah seburuk-buruk rumah dan lebih daif dari sarang labah-labah. Suatu ketika beliau pernah ditanyakan mengenai keadaan terbabit lalu katanya: "Ini sudah cukup banyak bagi orang yang akan mati."

    Luqman melalui pelbagai peristiwa dalam kehidupannya, antaranya seperti diceritakan, suatu hari beliau masuk ber temu Nabi Daud a.s yang sedang membakar baju besi, lalu beliau ingin bertanya kepadanya namun Nabi Daud mendiamkan diri.

    Apabila Nabi Daud menyelesaikan baju besi terbabit dan siap untuk dipakainya, baginda berkata: "Engkaulah pemakai baju perang yang paling baik."

    Luqman pun berkata: "Berdiam diri itu adalah hikmah (kebijaksanaan), tetapi amat sedikit orang yang melaku kannya."

    Beliau suka duduk lama bersendirian. Pada suatu hari tuannya lalu di hadapannya lalu berkata: "Wahai Luqman, sesungguhnya engkau ini sering kali duduk lama bersen dirian. Sekiranya engkau duduk dengan manusia ternyata ia lebih baik buatmu."   
    Dijawab Luqman: "Bahawa duduk bersendirian itu aku dapat memahami bagaimana untuk berfikir. Sementara lama berfikir penunjuk jalan ke syurga."

    Dipetik dari Ibnu Abbas katanya: "Luqman bukanlah se orang nabi mahu pun raja, tetapi beliau seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Allah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia reda dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman..."

    Mengenai sifat hikmahnya, Luqman al-Hakim pernah di tanya, lalu beliau menjawab: "Aku tidak meminta sesuatu yang sudah aku cukupi (ada) dan aku tidak melampau-lampau dalam sesuatu yang tidak berkenaan dengan diriku."

    Beiau juga pernah ditanya, dari siapa mempelajari kata-kata hikmah itu, lalu katanya: "Dari orang yang jahil dan bodoh. Setiap kali aku melihat suatu keaiban di kalangan mereka, aku berusaha keras untuk menjauhinya."

    Dalam satu dialog dengan anaknya, beliau ditanya: "Wahai bapaku sifat manakah yang ada dalam diri manusia yang paling baik?"

    Luqman menjawab: Agama.

    Anaknya bertanya: Sekiranya ada dua?

    Luqman: Agama dan harta.

    Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada tiga?

    Luqman: Agama, harta dan sifat malu.

    Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada empat?

    Luqman: Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.

    Anak bertanya lagi: Sekiranya ada lima?

    Luqman: Agama, harta, sifat malu, akhlak yang baik dan sifat pemurah.

    Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada enam?

    Luqman: Wahai anakku, sekiranya lima sifat ini terkumpul dalam diri manusia, dialah seorang yang bersih lagi bertakwa. Dia hanya bertuankan kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan.
    « Last Edit: 10 June, 2010, 01:46:24 AM by ساي همبا »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1829 Views
    Last post 20 August, 2009, 03:49:03 PM
    by alfaiz95
    5 Replies
    2217 Views
    Last post 19 December, 2010, 10:03:31 AM
    by Eyda Aam
    1 Replies
    2112 Views
    Last post 15 August, 2010, 02:13:30 PM
    by abuzulfiqar