Berburuk sangka dan berbaik sangka

Author Topic: Berburuk sangka dan berbaik sangka  (Read 5012 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • Posts: 1195
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
29 May, 2007, 12:27:49 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    INDAHNYA BERBAIK SANGKA

    "Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).

    Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:
    "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6


    Manfaat Berbaik Sangka

    Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

    Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

    Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

    Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.


    Ruginya Berburuk Sangka

    Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

    Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya :
    "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
    Q.S Al-Hujuraat : 12

    Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi

    Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda :
    "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari


    Larangan Berburuk Sangka

    Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

    Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.
    Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

    Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

    "Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "


    ~penawarhati~
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    Muslih

    • *
    • Posts: 15
    • Mengharapkan KeredhaanNya
      • View Profile
    Jawab #1 30 January, 2009, 02:30:19 PM
  • Publish Di FB
  • bismillah

    org zaman sekarang, x semue, tp ade yg suke bersangka buruk...

    Orang beribadah                 
    disangka riak
    Orang yang relax     
    disangka malas
    Orang yang pakai baju baru
    disangka menunjuk

    Orang yang pakai baju buruk
    disangka zuhud
    Orang makan banyak
    disangka pelahap             
    Orang makan sikit
    disangka kedekut

    Orang baik                       
    disangka buruk
    Orang buruk                       
    disangka baik (eh ni dah bersangka baik ni)
    Orang senyum                   
    disangka mengejek

    Orang masam                       
    disangka merajuk
    Orang bermuzakarah
    disangka mengumpat
    Orang diam                         
    disangka sombong

    Yang ni lagi dahsyat...

    Orang menawan                   
    disangka pakai susuk
    Orang nampak ceria
    disangka membela

    ------------------

    mana tahu                               
    yang diam itu                       
    kerana
    berzikir kepada Allah

    mana tahu                               
    yang senyum itu                   
    kerana
    bersedekah

    mana tahu                                 
    yang masam itu                       
    kerana
    mengenangkan dosa

    mana tahu                                   
    yang menawan itu                 
    kerana
    bersih hati dan mindanya

    Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... Kalau kite lihat la kan... banyak yg boleh kite simpulkan drpd sesuatu... cume care kite melihat itu yg menentukan bgaimana kite 'judge' something...

    “Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu" - Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

    Moga bermanfaat, insyaAllah...
    « Last Edit: 30 January, 2009, 02:43:49 PM by Muslih »
    Allah, grant me the serenity to accept things I cannot change… The courage to change the things I can… and the wisdom to know the difference…

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Jawab #2 23 February, 2009, 09:48:43 AM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...
    senior ana selalu menasihatkan ana selalulah bersangka baik atas sesuatu perkara, lebih baik berbanding bila kita berburuk sangka,kerana ia dpt mgelakkan dari diri ini memfitnah ats sesuatu yg kita tdk tau...
    I lOVE ISLAM

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 23 February, 2009, 10:23:44 AM
  • Publish Di FB

  • Itu lah namanya manusia yang di dalam hatinya ada penyakit...

    suka bersangka-sangka...

    apa salahnya kita berbaik sangka dalam apa jua keadaan...

    anggaplah bila nampak orang tak makan...Ooo..bagusnya dia rajin berpuasa

    dia  menghilangkan diri waktu rehat pagi yang lama...Ooo..lepas makan dia buat solat dhuha...

     
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    al-maidah

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #4 13 March, 2009, 03:45:55 PM
  • Publish Di FB


  • اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مِنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ.

    Buruk sangka terbahagi dua, iaitu:

    Pertama:  Prasangka yang membawa kepada keburukan walaupun pada mulanya ia menyangka atau berniat baik. Misalnya menambah atau mengurangkan sesuatu amal yang tiada hujjahnya dari syara, maka ia diharamkan kerana selain bertentangan dengan syara ia juga adalah bid’ah yang diharamkan.  Dalilnya dapat difahami dari firman Allah Azza wa-Jalla:

    وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا

    "Dan mereka mengira (menyangka) bahawa apa yang mereka lakukan adalah baik (kebaikan)".
    AL KAHFI, 18:104.

    Menurut ayat di atas, perkiraan atau sangkaan mereka yang baik dalam mencipta serta mengadakan- adakan suatu amal yang baru adalah salah walaupun dengan niat yang baik dan kerana Allah, kerana menambah atau mengurangkan sesuatu dalam agama Islam tidak pernah ada keizinannya dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala.  Agama Allah (Islam) sudah sempurna sehingga tidak perlu ditokok tambah sebagaimana firman Allah:

    اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ

    "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu". 
    AL MAIDAH, 5:3.

    Kedua:  Buruk sangka dari hati yang sedar dan disengajakan oleh pembuatnya.  Al-Quran dan as-Sunnah telah menjelaskan bahawa kebanyakan manusia mempunyai rasa buruk sangka terhadap Allah dan agamaNya.  Termasuklah mereka yang mengakui sebagai muslim lantaran kejahilannya.  Sama ada mereka berburuk sangka terhadap Allah mengenai kesempurnaan syariatNya atau terhadap kebenaran dan kesucian agamaNya.  Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:

    وَمَا يَتَّبِعُ اَكْثَرُهُمْ اِلاَّ ظَنًّا اِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

     

    "Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun  berguna untuk mencapai kebenaran".

    YUNUS, 10:36.

    Buruk sangka terhadap Allah sehingga kurang meyakini akan kebesaranNya, kebijaksanaanNya dan kuasaNya untuk melakukan segala apa sahaja yang dikehendakiNya.  Atau tidak dapat menerima hakikat bahawa manusia dicipta untuk diuji dan untuk menghambakan diri kepada Allah,  maka penafian dan keingkaran yang tidak berasas ini diistilahkan sebagai buruk sangka terhadap Allah.  Sikap manusia seperti ini telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:

    وَقَالُوْا مَاهِى اِلاَّ حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوْتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَآ اِلاَّ الدَّهْرُ وَمَالَهُمْ بِذَالِكَ مِنْ عِلْمٍ اِنْ هُمْ اِلاَّ يَظُنُّوْنَ

     

    "Dan mereka berkata:  Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa, dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah sangkaan sahaja".  AL JAATSIYAH,  45:24.

     

    اَفَحَسِبْتُمْ اَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَانَّكُمْ اِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُوْنَ

     

    "Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?".  AL MU'MINUUN, 23:115.

    Orang-orang yang kufur dan fasik menyangka bahawa Allah tidak akan menyiksa mereka, begitu juga dengan perkiraan sebahagian orang-orang yang jahil yang menyangka bahawa Allah tidak akan menyiksa mereka selagi mereka mengakui sebagai orang Islam sedangkan mereka tidak melaksanakan kewajiban syara seperti sembahyang, puasa dan lainnya.  Allah telah menjelaskan tentang orang-orang yang fasik seperti ini sebagaimana firmanNya:

    لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِيْنَ يَفْرَحُوْنَ بِمَآ اَتَوا وَّيُحِّبُّوْنَ اَنْ يُحْمَدُوْا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوْا فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنَ الْعَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ.

     

    "Janganlah kamu sekali-kali menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan janganlah kamu menyangka bahawa mereka akan terlepas dari siksa, dan bagi mereka siksa yang pedih". ALI IMRAN, 3:188.

    Ada segolongan manusia yang berburuk sangka terhadap penerimaan Allah tentang sebahagian amal ibadah yang telah dikerjakan, ia menyangka ada amal ibadahnya yang tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala.  Ia berpunca sama ada disebabkan keraguan atau penyakit was-was. Keraguan dan was-was seperti ini adalah haram dan boleh membawa kepada buruk sangka terhadap Allah.  Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang umatnya dari berasa ragu-ragu dan was-was tentang ibadah yang telah dikerjakan sebagaimana sabda baginda:

    عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)

     

    "Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam:  Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi".  (FUSHSILAT, 23:41).  H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

    Orang-orang yang beriman diharamkan dari meragui apa sahaja perkara dan kejadian yang berlaku terhadap dirinya atau terhadap yang lainnya sehingga membelakang dan mengenepikan Allah atas urusan tersebut, kerana keraguan seperti itu boleh membawa kepada buruk sangka terhadap Allah.

    عَنْ اَبِى بَكْرٍ قَالَ : قُلْتُ لِلنَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاَنَا فِى الْغَارِ لَوْ اَحَدَهُمْ نَظَرَ تَحْتَ قَدَمَيْهِ لاَبْصَرَنَا فَقَالَ : مَا ظَنُّكَ يَا اَبَا بَكْرٍ بِاثْنَيْنِ اللهُ ثَالِثُهُمِا

     

    "Dari Abi Bakar berkata:  Aku katakan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan aku di dalam gua:  Jika salah seorang dari mereka melihat (melalui) bawah kakinya, nescaya akan melihat kita hanya berdua.  Maka baginda bersabda:  Tidaklah begitu persangkaanmu wahai Abi Bakar, dengan berdua (dan) Allah yang ketiga".  H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

       Kesemua dalil-dalil dari al-Quran dan hadith di atas menjelaskan bahawa berburuk sangka (berperasangkaan buruk) terhadap Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam apa hal sekalipun adalah perbuatan keji dan kufur (syirik terhadap Allah).  Buruk sangka terhadap Allah adalah sikap orang-orang kafir (musyrikin) jahiliah yang sangat dikutuk dan dilaknat oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

    Setiap orang yang beriman dilarang dari berburuk sangka terhadap keadilan Allah kepada makhlukNya, berburuk sangka terhadap kesempurnaan agama Allah dan berburuk sangka terhadap kekuasaan Allah sehingga membelakangkan Allah dalam segala aspek dan cara hidup yang dianggap ibadah oleh syara.

    asrar_syamim

    • *
    • Posts: 222
    • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
      • View Profile
    Jawab #5 13 March, 2009, 10:17:32 PM
  • Publish Di FB
  • Sekiranya seluruh umat manusia mempunyai prasangaka yang baik, masyaALlah harmonilah alam ini!

    Annalthafunnisa

    • *
    • Posts: 519
    • put ALLAH first,everything will come to you..
      • View Profile
    Jawab #6 05 May, 2009, 08:57:44 AM
  • Publish Di FB
  • buruk sangka ni sama lah seperti berfikiran negatif...
    ~utk pengetahuan anda,apabila kita berfikiran negatif,secara tidak langsung anda telah merugikan diri anda sendiri..
    apabila seseorang itu berfikiran negatif,secara automatik dia akan membunuh 5000 sel sel otaknya...seperti yang anda tahu,sel otak yg telah mati tiada pembaharuan....apabila sel otak mati,there is no replacement...bukankah ianya sesuatu yg merugikan?gunakanlah otak dgn sebaiknya...gunakanlah akal yg dikurniakan Tuhan..
    smile until you cant smile;

    siapa aku

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #7 25 June, 2009, 10:52:43 AM
  • Publish Di FB
  • KENAPA HARUS BERBURUK SANGKA SEDANGKAN YANG BAIK ITU BUKANKAH INDAH?

    Tapi bukankah kita juga manusia biasa yang punya pelbagai rasa..... :-)
    santai sebentar di http://easza.blogspot.com

    siapa aku

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #8 25 June, 2009, 10:56:25 AM
  • Publish Di FB
  • berbaik sangkalah sesama kita...
    kerana org lain juga akan ada mcm2 prasangka terhadap kita...

    Mei

    • *
    • Posts: 1017
      • View Profile
    Jawab #9 01 February, 2012, 05:39:30 PM
  • Publish Di FB
  • Seorang Pakcik bukak satu cerita.....

    "Ada seorang lelaki, dia ni seorang yang sangat warak. berbagai2 musibah dan dugaan di turunkan, lelaki ni tempuhi dengan sabar, hinggalah satu hari diturunkan banjir.

    Pasukan menyelamat datang ke rumah lelaki tu dan menyuruh dia berpindah tetapi lelaki tu cakap
    Takpalah Allah akan tolong aku.

    Air makin naik kali ni Pasukan Penyelamat datang menaiki bot, lelaki tu tetap juga enggan berpindah, Takpalah Allah akan tolong aku katanya.

    Akhirnya air sudah ke paras bumbung dan Pasukan Penyelamat tetap datang.

    Kali ni  dengan bantuan Helikopter tetapi lelaki  itu tetap tak mau berpindah, Takpalah Allah akan tolong aku.Jawabnya.

     Akhirnya lelaki tu mati kelemasan.

    Di Sana lelaki tu bertanya pada Tuhannya, Kenapa engkau tidak mahu menolong aku padahal aku tetap hatiku padamu.

    Jawab tuhan,

    Bukankah sudah aku hantar Pasukan Penyelamat menyelamat kan engkau?
    kemudiannya aku hantar bot menyelamatkan kau?
    kau masih berdegil......dan aku hantar Helicopter juga menyelamatkan kau.
    Janganlah kau bersangka Buruk padaku."

    Moral of the story kata pakcik tu...jangan sesekali bersangka buruk pada Allah.

    Allah dah bagi jalan..kita sendiri yang tak mahu ikut....!!


    kasba

    • *
    • Posts: 245
    • hmmm.....
      • View Profile
    Jawab #10 18 October, 2012, 11:01:25 AM
  • Publish Di FB

  • Positive thinking adalah salah satu cabang daripada berbaik sangka. Oleh itu amalkan berfikiran secara positif, dan kita dapat memupuk sifat berbaik sangka sesama kita.

    md_helmi84

    • *
    • Posts: 155
      • View Profile
    Jawab #11 18 October, 2012, 01:54:14 PM
  • Publish Di FB
  • buruk sangka ni sebenarnya menyempitkan fikiran kita dan jika kita menyebarkan pada orang lain maka kita mendedahkan keperibadian diri sendiri yang tidak baik
    jika baik sangka pula akan sentiasa rasa lapang dada dan sentiasa rajin memperbaiki diri sendiri 

    miszniena

    • *
    • Posts: 548
      • View Profile
    Jawab #12 18 October, 2012, 02:03:46 PM
  • Publish Di FB
  • buruk sangka ni sebenarnya menyempitkan fikiran kita dan jika kita menyebarkan pada orang lain maka kita mendedahkan keperibadian diri sendiri yang tidak baik
    jika baik sangka pula akan sentiasa rasa lapang dada dan sentiasa rajin memperbaiki diri sendiri

    Berbaik sangkalah,fikirkan yang baik2 saja
    InsyaAllah akan datang yang baik2 jugak

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 884
      • View Profile
    Jawab #13 31 October, 2013, 06:06:54 PM
  • Publish Di FB


  • Di sebuah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran. Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.

    Kebetulan tiada lagi meja kosong lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya.

    Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

    Tiba tiba wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut, setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

    Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat relax dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

    Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya.

    Dalam hatinya berkata "Aku nak lihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu"

    Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua.

    Sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah panas hati wanita itu.

    Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat.

    Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya, di dalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi.

    Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi.

    Apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir.

    Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

    "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al Hujuraat:12)
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    divider3
    halaqahforum4