Boleh Membaca Al Quran di Kuburan

Author Topic: Boleh Membaca Al Quran di Kuburan  (Read 2641 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

abuzulfiqar

  • *
  • Posts: 802
    • View Profile
08 November, 2008, 11:30:19 AM
  • Publish Di FB
  • Saya pernah mengkritis tulisan Dr. Azwira tentang wilayah Najd sebelum ini. Tuslian saya  itu berjaya membongkar penipuan, kesalahan dan kelemahan yang ada. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini bolehlah menyemak semula artikel Azwira dan jawapan saya di SINI. Sesiapa yang ingin mempertahankan tulisan Azwira itu, bolehlah berurusan dengan saya.


    Baru-baru ini seorang sahabat bernama PEACE menulis:

     

    “Assalamualaikum tuan alex..mohon harap dapat memberi penjelasan terhadap bab membaca Al-Quran di kuburan kerana kurang arif terhadap apa yang ditulis di blog ini.syukran [URL]”
    Wed Oct 15, 2008 7:25 am


    Berikut adalah artikel yang dimaksudkan (sebuah lagi nukilan Dr. Azwira) beserta penjelasan saya. Artikel mengisahkan penolakan Azwira terhadap amalan membaca Quran di kuburan.

     

     

    DAKWAAN DR. AZWIRA:

    Dalam sebuah risalah terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ajaran sesat didefinisikan sebagai apa jua ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan sunah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah. (Mustafa Ab. Rahman & rakan-rakan, Mengenal ajaran sesat di Malaysia, Jakim, 2000, hal: 1).

     

    Risalah yang sama juga ada menyebutkan bahawa antara ciri-ciri ajaran sesat itu ialah ia tidak berdasarkan nas-nas syarak sama ada al-Quran atau pun hadis tetapi berdasarkan kepada cerita rekaan, dongeng, khayalan karut, kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam. (Ibid, hal: 10).

     

    PENJELASAN ALEXANDERWATHERN:

    Kita faham-faham sendirilah, tujuan Dr. Azwira menulis muqaddimah dengan maklumat-maklumat di atas tidak lain ialah untuk mengaitkan amalan membaca al-Quran di kuburan (bukan DI ATAS kubur) sebagaimana yang dilakukan oleh umat Islam sebagai AJARAN SESAT. Maksudnya kita semua ini mengamalkan ajaran sesat.

     

    Di bawah nanti kita akan lihat bagaimana Azwira berusaha membuktikan amalan membaca al-Quran di kuburan ini sebagai ‘bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan sunah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah’. Oleh itu ia adalah ajaran sesat.

     

    Tuan-tuan,

     

    SESATLAH IMAM SYAFIE menurut Azwira kerana Imam Syafie menghukum sunat membaca ayat-ayat suci al-Quran di kuburan sebagaimana yang tertera dalam kitab Majmuk Syarah Muhazzab juzuk 5 ms 311 cetakan Darul Fikar yang berbunyi:

     

    “DISUNATKAN bagi orang yang menziarahi kubur MEMBACA APA-APA yang mudah DARIPADA AL-QURAN dan mendoakan untuk mereka (yang telah mati itu) selepas bacaan (al Quran). Telah menaskan (disebut dengan jelas) oleh IMAM SYAFIE padanya.”

     

    Juga dalam Maarifatus Sunan oleh IMAM AL-BAIHAQI juzuk 4 ms 191 cetakan Darul Kutub:

     

    “Berkata IMAM SYAFIE: Dan AKU SUKA jikalau dibacakan al-Quran di sisi kubur dan dioakan ke atas mayat.”

     

    Sesat jugalah SYEIKH ZAKARIA ANSARI yang menyebut dalam Syarah ar Raudh pada kitab al-Ijarah:

     

    “Mengupah bacaan Quran di kuburan (maksudnya memang boleh membaca al-Quran di kuburan) pada masa tertentu atau dengan kadar (bayaran) yang maklum maka adalah HARUS.......”

     

    Sesat jugalah SYEIKH IBNU QAYYIM dan Syeikh az-Za’farani kerana dalam kitab Ruh cetakan Darul Kitab Ilmiah ms 17:

     

    “AZ’ZA’FARANI berkata: Aku bertanya kepada IMAM SYAFIE (gurunya tentang membaca al-Quran di kuburan dan dia (asy-Syafie) berkata: TIADA MASALAH tentangnya.”

     

    “Al-Khilal menyebut lagi: Adalah GOLONGAN ANSAR (para sahabat) apabila ada kematian dalam kalangan mereka, mereka pergi ke kubur yang kematian itu MEMBACA AL-QURAN di sisinya.”

    (Kitab Ruh oleh Ibnu Qayyim cetakan kedua Haida Abad ms 13)

     

    Oleh itu, anda yang membaca tolong jawab soalan-soalan ini dengan hati yang benar-benar ikhlas kerana Allah:

     

    Benarkah Imam Syafie, Imam Baihaqi, Syeikh Zakaria Ansari, Syeikh Ibnu Qayyim dan Syeikh Za’farani mengamalkan ataupun menyokong ajaran sesat sebagaimana tuduhan Azwira?

     

    JAWAPAN ANDA: .....................................

    (Benar, mereka amal dan sokong ajaran sesat/ TIDAK BENAR, itu adalah pendustaan Dr. Azwira)

     

     

     

    DAKWAAN:

    Tidak dinafikan lagi bahawa hadis-hadis palsu yang digunakan dalam epistemologi Islam adalah termasuk dalam kategori cerita rekaan dan dongeng. Tetapi, malangnya di negara kita Malaysia, fenomena penggunaan hadis palsu dalam menghuraikan ajaran agama oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab masih berleluasa.

     

    Antara contoh terkini yang disebarkan ialah hadis-hadis berkenaan membaca al-Quran ketika ziarah kubur. Hadis itu bermaksud, “Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua oran tua atau salah satu di antara mereka pada hari Jumaat dan membacakan surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan”.

     

    Hadis ini dijadikan dalil untuk menjustifikasikan amalan membaca al-Quran di kubur, kononnya amalan itu adalah suatu sunah yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. Walhal, ia adalah sebuah hadis palsu yang mana kepalsuannya telah ditegaskan oleh para ulama hadis seperti Ibn Adiyy dalam Al-Kamil Fi Ducafa' Ar-Rijal (1985, 5:151), Az-Zahabi dalam Mizan Al-Ictidal Fi Naqd ar-Rijal (T.th, 4: 181), As-Suyuti dalam Al-Lali’ Al-Masnu’ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu’ah (1401 H, 2: 440) dan At-Ta’qqubat ‘Ala Al-Maudu’at (1303 H, Hal: 23), Asy-Syaukani dalam Al-Fawaid Al-Majmu’ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu’ah (1407 H, Hal: 850), At-Tarabulusi dalam Al-Kasyf Al-Ilahi (1408 H, 1:937) dan As-San’ani dalam An-Nawafih Al-‘Atirah Fi Al-Ahadith Al-Musytahirah (1414 H, hal: 2167).

     

    Satu lagi hadis palsu berkaitan membaca al-Quran di kubur ialah yang bermaksud, “Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian dia membaca al Fatihah, Qul Huwallahu Ahad dan al-Hakumut Takasur, lalu ia berdoa: “Ya Allah, kuhadiahkan pahala pembacaan firman-Mu pada kaum mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat”.

     

    Saya telah cuba setakat terdaya menyemak sumber dan status hadis ini sama ada dalam kitab-kitab yang mengumpul hadis sahih atau yang mengumpul hadis daif dan palsu, tetapi gagal menemuinya. Ketiadaan hadis berkenaan dalam kitab-kitab sumber hadis yang muktabar adalah suatu petanda yang menunjukkan kepalsuannya. Satu perkara yang perlu dijelaskan di sini ialah perbezaan antara hukum ziarah kubur sambil membaca zikir yang sabit daripada Nabi s.a.w. dengan hukum membaca al-Quran di atas kubur. Tiada sesiapa pun yang menghukum amalan ziarah kubur sambil memberi salam kepada penghuni kubur serta berdoa dan beristighfar untuk mereka sebagai amalan bidaah. Kerana amalan sedemikian memang disunahkan oleh Nabi s.a.w. melalui nas-nas yang sahih.

     

    PENJELASAN:

    Jika benarlah DUA hadis di atas palsu, apa masalahnya? Bila masa pula kita berpegang hanya dengan DUA HADIS di atas dalam masalah ini? Secara peribadi, saya tidak memerlukan dua hadis itu pun. Jadi, tak payahlah kita bincangkan perkara yang sia-sia di sini.

     

    Imam Syafie, Imam Baihaqi, Syeikh Zakaria Ansari, Syeikh Ibnu Qayyim dan Syeikh Za’farani pun tidak berhujah dengan DUA HADIS PALSU (sekiranya benar ia palsu) di atas tapi mereka tidak pula kata membaca al-Quran di kuburan ajaran sesat.

     

    Kita pun faham, sebenarnya Azwira menghidangkan dua hadis palsu itu dengan harapan untuk menguasai minda pembaca agar akur bahawa amalan itu tidak ada sumbernya di sisi agama Islam. Orang-orang yang jahil pun akan berkata, “Tengok tu, mereka yang buat amalan ini bersandarkan kepada hadis-hadis palsu saja! Ajaran sesat semua tu.”

    bersambung...
    Pandang Global, Bergerak Sebagai Satu Umat.
    BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw.

    abuzulfiqar

    • *
    • Posts: 802
      • View Profile
    Jawab #1 08 November, 2008, 11:32:39 AM
  • Publish Di FB
  • DAKWAAN:

    Berbeza dengan amalan ziarah kubur sambil membaca al-Quran di atasnya, di mana jumhur ulama memang melihatnya sebagai bidaah, kerana beberapa alasan ilmiah.

     

    PENJELASAN
    Bagaimana boleh dikatakan “JUMHUR ULAMA memang melihatnya sebagai bidaah (anda tentu faham apa definisi bidaah menurut Azwira) jika Imam Syafie, Imam Baihaqi, Syeikh Zakaria Ansari, Syeikh Ibnu Qayyim dan Syeikh Za’farani tidak menyetujuinya? Bahkan golongan Ansar?


     

    Cuba renung-renungkan kembali...

     

     

     

    DAKWAAN:

    Pertama, kerana tidak ada nas sahih yang menyokong amalan membaca al-Quran di kubur. Semua hadis berkenaan amalan tersebut tiada asal usulnya (palsu) sebagaimana yang ditegaskan oleh Al-Albani dalam Ahkam Al-Janaiz Wa Bida’iha (1969, hal: 191).
    Salam

     

    PENJELASAN:

    Apakah Imam Syafie, Imam Baihaqi, Syeikh Zakaria Ansari, Syeikh Ibnu Qayyim dan Syeikh Za’farani menggunakan nas-nas yang tidak sahih? Apakah mereka tidak ilmu tentang hal itu?

     

    Kedua, jika berhujah menggunakan ilmu saringan hadis, tolong jangan bersandarkan kepada saringan Syeikh Albani kerana dia bukan ulama muktabar dalam bidang ini lagi sering melakukan kesilapan. Lihat Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan lain-lain, mereka diterima oleh semua aliran umat Islam. Ini salah satu petanda kemuktabaran mereka. Tetapi Albani hanya diakui oleh mereka yang berfahaman Salafi Wahabi, yang terpengaruh dengan fahaman itu dan mereka yang tidak tahu cerita tentang Albani sahaja, bukan seluruh aliran umat.

     

    Bukti-bukti kedhaifan Albani antaranya boleh dilihat di sini...

     

    SINI

     

    Jika Imam Bukhari dan Imam Muslim itu mencapai tahap TERBILANG, Syeikh Albani hanya ditahap CEMERLANG. Paling kuat pun pada tahap GEMILANG dalam bidang ILMU HADIS .

     

     

     

    DAKWAAN:

    Kedua, kerana semua nas sahih berkenaan cara Nabi s.a.w. ziarah kubur tidak menyebut baginda pernah melakukan amalan membaca al-Quran di kubur. Meskipun para sahabat r.a. mengajukan pertanyaan yang khusus tentang apa yang perlu dibaca ketika ziarah kubur, namun baginda menjawabnya tidak lebih daripada sekadar memberi salam dan mendoakan keampunan untuk ahli kubur. Sekiranya al-Quran boleh dibaca di kubur nescaya baginda akan menyatakannya.

     

    PENJELASAN:

    Hujah ‘kalau Nabi tak pernah buat, maka itu PASTI ajaran sesat/ salah’ tidak pernah betul. Ini hujah lapok yang belum pernah benar.

     

    Buktinya, Nabi Muhammad tidak pernah menyuruh umat Islam bertariqat Naqsyabandiah, apakah itu bukti Tariqat Naqsyabandiah ajaran sesat/ salah? Baginda tidak bertariqat, aliran Naqsyabandiah pun belum wujud secara bersendiri pada zaman itu, nama Naqsyabandi baru dikenal ratusan tahun kemudian...

     

    Tetapi Nabi Muhammad saw menyatakan bahawa yang akan menakluk Constantinople ialah pemerintah yang baik dan tentera yang baik. Begitu pengiktirafan Rasulullah kepada mereka. Ternyata yang menakluk Constantinople ialah Sultan Muhammad al-Fateh seorang ahli tariqat yang bertariqat Naqsyabandiah. Dia dan bapanya Sultan Murad mempunyai bilik suluk yang khas di istana. Penasihat Diraja pula ialah seorang khalifah Tariqat Naqsyabandiah iaitu Syeikh Shamsuddin al Wali. Mereka ini diiktiraf sebagai pemerintah dan tentera yang baik oleh Rasululllah!

     

    Buktinya lagi, Nabi Muhammad mengerjakan solat tarawikh 8 rakaat tetapi para sahabat selepas kewafatan baginda mengerjakannya 20 rakaat. Saidina Umar yang menyaksikan perlakuan sahabat itu menyatakan persetujuannya.

     

    Kalau mengikut kaedah Azwira, ajaran sesatlah semua itu kerana tidak pernah dinyatakan oleh Nabi!

     

    Anda setuju?

     

    JAWAPAN: ...................................

     

     

     

    DAKWAAN:
    Ketiga, kerana terdapat nas-nas sahih yang menafikan adanya amalan membaca al-Quran di kubur pada zaman Nabi s.a.w. seperti sabda baginda yang bermaksud, Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang di bacakan di dalamnya surah al-Baqarah. (Riwayat Muslim, Tarmizi, dan Ahmad).

     

    Dalam hadis ini, Nabi s.a.w. menggalakkan umatnya supaya membaca al-Quran di rumah kerana ia boleh menghalau hantu syaitan. Baginda melarang umatnya daripada membiarkan rumah mereka sunyi sepi tanpa bacaan al-Quran kerana rumah yang tiada bacaan al-Quran itu sama seperti kawasan perkuburan yang juga sunyi sepi lantaran tiada orang membaca al-Quran di situ.

     

    @ Tulis Azwira: “sama seperti kawasan perkuburan yang juga sunyi sepi lantaran tiada orang membaca al-Quran di situ.”

     

    Pernyataan Rasulullah ini berbentuk umum ataupun kebiasaan, bukannya mesti 100%. Untuk memahami perkara ini, saya datangkan contoh.

     

    Seorang ibu memarahi anak-anaknya yang riuh-rendah, “Janganlah kamu semua jadikan rumah kamu seperti pasar. “

     

    Si ibu cuba membandingkan rumah yang sepatutnya tenang dengan pasar yang bising. Apakah ini maksudnya di pasar itu suasananya 100% bising 24 jam sehari? Jawapannya TIDAK, bukan ‘kullu’ (dan yang sewaktu dengannya). Ada waktunya pasar pun sunyi juga, c uma kebiasannya pasar riuh-rendah. Pada waktu petang suasanya sudah tenang dan pada waktu malam pasar di tutup- sunyi sepi. Betul?

     

    Begitu juga dengan hadis Rasulullah di atas. Rasulullah membandingkan rumah yang tiada bacaan Quran seolah-olah kawasan perkuburan kerana KEBIASAANNYA kawasan perkuburan sunyi-sepi, malah sunyi daripada bacaan al-Quran (pada kebiasaannya). Ini tidak bermaksud kawasan perkuburan itu mesti 100%  24 jam sehari 365 hari setahun tidak pernah dibaca Quran. Rasulullah bercerita tentang KEBIASAAN, bukan kemestian 100%.

     

    Sesiapa yang membantah penjelasan ini, cubalah tunjukkan bahagian mana dalam hadis itu yang menceritakan memang tidak pernah dibaca Quran di kuburan pada zaman itu? Ada perkatan ‘kullu’ (ataupun yang sewaktu dengannya)?

     

    Yang ada perkataan ‘kullu’ pun belum tentu memaksudkan 100%, apatah lagi cakap-cakap baginda yang umum saja!,

     

     

     

    DAKWAAN:

    Analogi Nabawi ini membuktikan bahawa masyarakat Islam di zaman Nabi s.a.w. sememangnya tidak melakukan amalan membaca al-Quran di kubur, sebab itulah baginda menggambarkan rumah yang sunyi daripada bacaan al-Quran itu sama seperti kubur.

     

    Jika masyarakat Islam di zaman Nabi s.a.w. melakukan amalan membaca al-Quran di kubur nescaya baginda tidak akan menyamakan rumah yang tiada bacaan al-Quran itu dengan kubur.
    Tiada siapapun menafikan kelebihan membaca al-Quran, tetapi sebagaimana syarak menggalakkan bacaan al-Quran pihak syarak juga menentukan tempat yang sesuai untuk membaca al-Quran.

     

    PENJELASAN:

    Para ulama yang kita sebutkan di atas tadi pun rasanya tahu akan hadis ini, tetapi mengapa keputusan mereka berbeza dengan keputusan Azwira? Kerana pemahaman para ulama itu dan saya ke atas hadis ini tidak sama dengan pemahaman Azwira.

     

     

     

    DAKWAAN:
    Majoriti masyarakat Islam di Malaysia boleh dikatakan kurang kerap membaca al-Quran, justeru jika kekurangan itu disusuli pula dengan kesilapan memilih tempat, maka ia sesuatu yang sangat merugikan.

     

    PENJELASAN

    Majoriti masyarakat Islam di Malaysia boleh dikatakan kurang kerap mengkaji tetapi suka lagi kerap untuk mengajar orang lain, justeru jika kekurangan itu disusuli pula dengan kesalahan memilih guru, aliran dan sumber rujukan, maka ia sesuatu yang sangat-sangat merugikan.

     

     

     

    DAKWAAN:

    Lebih buruk lagi jika segala syaitan yang ada di kawasan perkuburan itu berpindah ke kawasan perumahan umat Islam di sebabkan kekerapan mereka membaca al-Quran di kubur daripada di rumah.

     

    PENJELASAN:

    Ini jenaka jenis apa ni Tuan Azwira? Hmm..macam-macam...

     

    Bolehkah situasi di atas berlaku? Mustahil!

    Tidak akan berlaku situasi di mana jumlah masa umat Islam membaca al-Quran di kuburan lebih banyak daripada jumlah masa bacaan di rumah. Kecualilah alam kes-kes terpencil seperti kampong umat Islam dilanda banjir dnan hanya kawasan perkuburan saja tempat inggi untuk orang kampong berteduh. Kala itu mungkinlah bacaan di kuburan lebih banyak daripada di rumah.

     

    Apa sandarannya Azwira mengatakan kuburan sebagai tempat syaitan (seolah-olah di kuburan terlalu banyak dan di rumah dan lain-lain tempat kurang)? Antara kerja  utama syaitan ialah menggoda hati manusia. Siapa yang hendak digodanya di kuburan? Mayat?

     

    Syaitan sedia ada di banyak tempat termasuklah di rumah-rumah, bukan di kuburan sahaja. Tanpa membaca al-Quran di kuburan pun mereka sudah sedia ada di rumah-rumah kita terutamanya di lubang-lubang tandas. Bahkan di masjid pun ada. Buktinya, banyak manusia  solat tidak khusyuk diganggunya dan banyak manusia yang was-was ketika mengambil air sembahyang. Dalam salur darah kita pun sudah jadi ‘highway’ mereka.

     

    Ilmu sikit, pemahaman banyak adalah lebih baik daripada ilmu banyak, pemahaman sikit.

     

    Wallahualam.

     

     

    Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

    NOVEMBER 2008

    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=437&mode=&order=0&thold=0

    JundIllah

    • *
    • Posts: 132
    • Kalau kita bantu agama Allah,Allah akan bantu kita
      • View Profile
    Jawab #2 08 November, 2008, 12:05:03 PM
  • Publish Di FB
  • :) Syukran2...
    Ana pena juga utarakan masalah ni dgn ustaz di Institut dlu. ia x la juga boleh dikatakan bidaah. kerana Allah menjanjikan keberkatan & rahmat di tempat2 yg owgnya sedang membaca Al-Quran. Membaca Al-Quran dikubur x salah kan?(^_^) wlupun kita melanggar mazhab, ustaz ana ckp x berdosa. btul x? wallahualam.

    abuzulfiqar

    • *
    • Posts: 802
      • View Profile
    Jawab #3 08 November, 2008, 12:12:55 PM
  • Publish Di FB
  • Ana setuju dengan ustaz tu dan JUnillah. Memang rahmat, sakinah ll turun di tempat di mana Al Quran dibacakan. Maksudnya, penghuni kubur juga dapat manfaat.

    wani89

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #4 22 June, 2009, 10:28:04 PM
  • Publish Di FB
  • alhamdulillah

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #5 24 June, 2009, 01:28:51 PM
  • Publish Di FB
  • skang zaman orang sedang hadas besar pun baca quran, mengajar quran, apa nak herankan

    masing masing dah pandai laa kan

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #6 24 June, 2009, 09:46:50 PM
  • Publish Di FB
  • skang zaman orang sedang hadas besar pun baca quran, mengajar quran, apa nak herankan

    masing masing dah pandai laa kan

    Berhadas besar baca al Quran nih dah terang salah. Membaca al Quran di Kuburan tiada masalahnya, dan jika tidak mahu buat pun silakan. Cuma janganlah bermudah-mudah hukum sesat.

    WaLlahua'lam


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 26 August, 2009, 10:21:38 AM
  • Publish Di FB


  • Jika sesiapa ada persoalan mengenai tajuk ini, sila merujuk dahulu artikel di atas, kemungkinan penyelesaian masalah telah ada jawapan dan jika masih musykil sila berhubung dengan mana-mana MOD.

    TOPIK DIKUNCI
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1617 Views
    Last post 20 October, 2010, 05:20:24 AM
    by Sydh al-Dhra
    9 Replies
    1942 Views
    Last post 07 January, 2011, 10:05:08 AM
    by Delima^Biru
    0 Replies
    516 Views
    Last post 20 August, 2013, 05:07:57 PM
    by mohdsiss