Surah Al-Mulk

*

Author Topic: Surah Al-Mulk  (Read 19158 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

halawah

  • *
  • Posts: 2589
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
03 November, 2008, 03:44:25 PM
  • Publish
  •  :)

    Surah Mulk Sheikh Mishary Rashed Alafasy




    FADILAT SURAH;

    Maksudnya:
    Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda
    bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang
    mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat
    kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah
    surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.
    (Riwayat Imam Ahmad)
    SURAH AL-MULK

    Maksudnya:
    Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah
    s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa
    menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah
    kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk
    sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w
    seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah
    di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tibatiba
    (terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-
    Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah
    s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah
    penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.
    (Riwayat al-Tirmidzi)

    Maksudnya:
    Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur
    FADILAT SURAH
    melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah
    al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).
    (Riwayat al-Tirmidzi)

    Al-Laith melaporkan daripada Tawus yang
    mengatakan bahawa kedua-dua surah ini melebihi
    surah-surah lain dalam al-Quran dengan tujuh puluh
    kebajikan.

    Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber
    daripada Ibn Abbas, katanya:
    Maksudnya:
    Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati
    setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi
    biyadihi al-mulk.
    (Riwayat al-Tabarani)

    Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin
    Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar
    iaitu:
    SURAH AL-MULK
    Maksudnya:
    Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki:
    Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan
    menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya:
    Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah
    kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak
    di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini
    adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi
    pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah
    ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan
    pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya
    daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah
    ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.

    Akan bersambung....
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #1 03 November, 2008, 04:21:56 PM
  • Publish
  • sambungan...

    HURAIAN AYAT
    PENEGASAN TENTANG KEKUASAAN
    ALLAH YANG MUTLAK
    (67: 1) Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan)
    Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat);
    dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
    Perkataan tabaraka pada permulaan ayat surah ini
    membawa maksud Maha Agung dan Maha tinggi. Iaitu
    keagungan dan kebesaran Allah yang mana segala
    pemerintahan sama ada di langit atau di bumi berada
    di bawah kekuasaan-Nya. Kekuasaan Allah meliputi
    pemerintahan alam dunia dan alam akhirat.
    (Dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu).
    Melalui ayat ini Allah memberitahu bahawa apa sahaja
    yang Dia mahu maka Dia berupaya untuk
    melakukannya. Tidak ada yang dapat menghalang apa
    SURAH AL-MULK
    20
    yang Allah kehendaki, dan tiada sesuatu pun dapat
    melemahkan segala kehendak Allah daripada berjalan
    mengikut kemahuan dan iradat-Nya.
    BUKTI DAN TANDA KEKUASAAN
    ALLAH
    (67: 2) Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan
    hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:
    siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia
    Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.
    Kemudian Allah menerangkan tentang tanda-tanda
    yang menunjukkan tentang kekuasaan-Nya. Dalam
    hal ini Allah memiliki kekuasaan dan iradat mutlak
    untuk mematikan siapa sahaja yang Dia kehendaki dari
    kalangan makhluk yang bernyawa atau tidak
    bernyawa. Dia berkuasa menghidupkan sesiapa jua
    tidak kira manusia, jin, malaikat, tumbuh-tumbuhan
    dan selainnya. Dia memberikan kehidupan kepada
    mereka sampai kepada tempoh yang tertentu. Dari
    kalangan berbagai makhluk yang diciptakan-Nya,
    maka Allah menciptakan manusia dengan diberikan
    ciri hidup dan mati.
    Berdasarkan ayat ini setengah pihak menjadikannya
    TERJEMAHAN & HURAIAN
    21
    sebagai dalil bahawa yang dikatakan kematian itu ialah
    satu perkara yang dikenali sebagai perkara yang wujud
    kerana kematian juga termasuk dalam ciptaan Allah.
    Ayat ini bererti Allah mewujudkan semua makhluk
    daripada tiada kepada ada dengan tujuan untuk
    menguji siapakah di kalangan mereka yang paling baik
    amalannya. Dalam ayat yang lain Allah menyebutkan:
    Maksudnya:
    (Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal
    kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia
    menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian
    Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu
    dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang
    kamu kerjakan).-
    (Surah al-Baqarah ayat 28)
    Ayat ini menyebutkan tentang keadaan yang dilalui
    oleh manusia iaitu daripada tiada kemudian diadakan
    (diciptakan). Keadaan yang pertama disebutkan oleh
    Allah dengan perkataan mati, sementara pewujudan
    manusia daripada tiada dinamakan dengan perkataan
    hidup. Para ulama mengatakan: Yang dimaksudkan
    dengan kematian bukanlah kebinasaan secara total
    daripada hidup. Akan tetapi ia bermaksud peralihan
    dari satu tempat ke satu tempat. Berdasarkan ini telah
    sabit dalam sebuah hadith bahawa mayat dapat
    SURAH AL-MULK
    22
    mendengar dan merasai dengan derianya semasa
    berada di dalam kubur sebagaimana yang disabdakan
    oleh Rasulullah s.a.w:
    Maksudnya:
    Sesungguhnya seorang hamba apabila diletakkan di dalam
    kuburnya dan tatkala para temannya beredar maka dia
    mendengar bunyi hentakan kasut mereka.
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Dalam hadith yang lain baginda s.a.w bersabda:
    Maksudnya:
    Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, bukanlah
    kamu yang lebih kuat pendengarannya berbanding mereka
    (mayat), akan tetapi mereka cuma tidak dapat menjawabnya
    sahaja.
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Dengan ini ternyatalah bahawa yang dikatakan
    kematian itu ialah terputusnya hubungan roh dengan
    badan sahaja sedangkan akal dan deria masih tetap
    berfungsi.
    (Untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah
    di antara kamu yang lebih baik amalnya). Tujuannya ialah
    untuk menguji mereka supaya terbukti dengan cara
    musyahadah (dengan dapat dilihat sendiri oleh
    makhluk), walaupun Allah Maha Mengetahui tentang
    makhluk-Nya dari sudut kebaikan dan keburukan yang
    mereka lakukan tanpa melakukan proses pengujian
    terlebih dahulu. Ini bererti proses pengujian yang
    dilakukan adalah untuk menjadi bukti di kalangan
    sesama makhluk biar mereka sendiri yang menilai
    apakah mereka benar-benar telah melaksanakan
    perintah pengabdian sebagai makhluk sebagaimana
    yang mereka ikrarkan di hadapan Allah ketika berada
    di alam roh sebagaimana yang difirmankan-Nya dalam
    ayat yang lain:
    Maksudnya:
    Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan
    zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang
    mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,
    (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): .Bukankah Aku tuhan
    kamu?. Mereka semua menjawab: .Benar (Engkaulah Tuhan
    SURAH AL-MULK
    24
    kami), kami menjadi saksi.. Yang demikian supaya kamu tidak
    berkata pada hari kiamat kelak: .Sesungguhnya kami adalah lalai
    (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini..
    (Al-A.raaf 7: 172)
    (Dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.) Al-Aziz
    dan al-Ghafur termasuk dalam nama-nama Allah yang
    Maha Indah sekaligus menunjukkan kepada sifat Allah
    SWT. Maksud al-Aziz dalam konteks ini ialah Tuhan
    yang Maha perkasa dan pastinya berupaya untuk
    memberikan pembalasan terhadap mereka yang
    menderhakai-Nya. Al-Ghafur ialah Tuhan Yang Maha
    Pengampun dan bersedia untuk mengampunkan apa
    sahaja dosa yang dilakukan oleh makhluk-Nya asalkan
    mereka mahu kembali dan bertaubat kepada-Nya.

    akan tetap bersambung...

    pg-z

    • *
    • Posts: 29
    • Ketika Raya di Sekolah
      • View Profile
    Reply #2 03 November, 2008, 04:48:26 PM
  • Publish
  • Esok exam surah al-mulk. Exam Tafsir bagi sekolah arab di YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)
    http://hal-agama2.blogspot.com
    http://youthsays.com/go/gy9
    http://e-pg.blogspot.com
    [url=http://youthsays.com/go/gy9]<img src="http://youthsays.com/images/macam-1.

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 05 November, 2008, 09:35:24 AM
  • Publish
  •  :)

    Hm...olehkerana hari ini seharian ada kelas yang akan membahaskan babTafsir,
    maka sarapan pagi ini disiapkan dgn meninggalkan topik
     "KEBESARAN ALLAH" dari dalam surah MULK ni ya!

    Penciptaan Alam Tinggi yang Serba
    Lengkap dan Saranan Supaya Manusia
    Memikirkannya;



    (67: 3) Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala
    langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada
    ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan
    yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau
    ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah
    engkau melihat sebarang kecacatan?

    TERJEMAHAN & HURAIAN

    Allah menjadikan tujuh petala langit berlapis-lapis satu
    demi satu. Timbul perbezaan pendapat di kalangan
    ulama tentang sifat lapisan langit itu adakah lapisanlapisan
    itu saling bercantum dengan maksud
    sebahagiannya bertindan di atas sebahagian yang lain,
    atau adakah ia berlapis-lapis dengan dipisahkan oleh
    ruang antara setiap lapisannya. Pendapat yang paling
    kuat ialah pendapat kedua iaitu lapisan-lapisan langit
    itu dipisahkan oleh ruang antara sesamanya. Ini
    dibuktikan melalui kisah israk dan mikraj yang dilalui
    oleh Nabi s.a.w. Penciptaan Allah terhadap langit
    tersebut adalah penciptaan yang sangat kemas dan rapi,
    sehinggakan manusia tidak berupaya untuk mencari
    sebarang kecacatan dan kekurangan pada penciptaan
    tersebut. Apakah manusia masih meragui tentang
    keteraturan dan kekemasan ciptaan Allah ini? Justeru,
    Allah mengajak manusia supaya merenung dan berfikir
    atau gunakan kemampuan akal yang ada untuk
    memerhatikan kejadian maha sempurna di alam langit
    yang merupakan salah satu daripada manifestasi
    keagungan ciptaan Allah selain ciptaan-ciptaan-Nya
    yang lain. Biar bagaimana cerdik dan pintar pun
    kemampuan akal yang ada pada manusia sudah tentu
    mereka tidak akan berupaya untuk mencari
    kekurangan yang terdapat pada penciptaan Allah. Lain
    halnya dengan ciptaan dan kreativiti manusia. Apabila
    ada seorang yang pintar menghasilkan sesuatu ciptaan
    maka ciptaannya itu tentu tidak sempurna. Ada sahaja
    kekurangannya di sana sini yang perlu diperbaiki dari
    semasa ke semasa. Alam maya yang sebegini luas
    dengan segala unit ciptaan Allah yang amat teratur
    hanya berupaya untuk dijadikan oleh manusia sebagai
    sebab untuk mendapatkan penemuan-penemuan baru
    yang menghasilkan kemajuan bagi mereka. Tetapi
    mereka sama sekali tidak menemukan sebarang
    penemuan yang menunjukkan strukutur alam maya
    ini perlu dibaiki atau diubah suai.

    (67: 4) Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali,
    nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan
    hampa, sedang ia pula berkeadaan lemah lesu.
    Akal yang diberikan kepada manusia adalah terbatas.
    Pemerhatian dan fikiran yang diperah dalam
    menghasilkan sesuatu penemuan atau jawapan perlu
    melalui proses tapisan dan saringan iaitu melalui
    pengamatan yang dibuat berulang kali. Tak ada
    manusia yang dengan kemampuannya apabila
    bercadang untuk melakukan sesuatu perkara maka
    dengan sekali fikir sahaja sudah dapat direalisasikan
    apa yang dikehendakinya. Justeru dalam ayat ini Allah
    memerintahkan manusia supaya berfikir dan merenung
    berulang kali, kalau masih tidak yakin tentang
    kekuasaan Allah. Seolah-olah ayat ini memberikan garis
    panduan kepada manusia yang serba lemah ini bahawa

    TERJEMAHAN & HURAIAN

    27)dalam sesuatu penyelidikan mestilah dilakukan
    berulang kali dan dilihat dari segenap aspek jika mahu
    mendapatkan hasil yang memuaskan. Tetapi dalam hal
    mencari jawapan yang memuaskan tentang kekuasaan
    Allah, bukanlah bermaksud sekali pemerhatian belum
    memadai untuk mensabitkan kekuasaan-Nya. Tetapi
    ia bermaksud untuk membuktikan betapa lemahnya
    manusia dengan kelengkapan material dan mental
    yang ada pada mereka. Lantaran itu Allah melanjutkan
    firman-Nya dengan gesaan yang sama seperti gesaan
    pada ayat 3.

    Ulangilah pandangan dan pemerhatian anda
    terhadap alam maya ciptaan Allah ini. Kalau belum
    cukup dengan sekali pemerhatian maka perhatikan
    lagi, fikir dan renungkan. Kemudian perhatikan
    berkali-kali. Jika pemerhatian itu dengan tujuan untuk
    mencari-cari di mana kekurangan dan kecacatan pada
    penciptaan ini maka jawapan yang ditemui tetap sama,
    iaitu tidak ada sebarang kecacatan. Justeru, setelah
    menemui jawapannya bahawa pada alam maya yang
    diciptakan oleh Allah ini sesungguhnya menampakkan
    ciptaan yang amat kemas dan rapi, maka tentulah yang
    melakukan penciptaan itu adalah Tuhan yang bersifat
    dengan maha Berkuasa.

    Dalam ayat ini Allah menyuruh supaya diulangi
    pemerhatian dua kali, tetapi ia bermaksud pengulangan
    yang berkali-kali, kerana sekurang-kurang pengulangan
    itu ialah dua kali. Ini kerana manusia apabila melihat
    kepada sesuatu sekali pandang mungkin tidak dapat
    melihat kecacatan dan kekurangan pada benda yang
    dilihatnya. Kalau pemerhatian itu untuk tujuan yang
    positif demi memantapkan lagi keimanan terhadap
    Maha Pencipta maka tentulah jawapanya juga positif
    iaitu bertambahnya keyakinan dan iman. Namun jika
    sebaliknya, maka jawapannya juga adalah negatif iaitu
    habis masa dan tenaga. Letih dan lesu kerana tidak
    berupaya untuk menemukan kelemahan pada
    penciptaan Allah.

     :msya: masa bak petikan api....
    dan bak pedang....cepat sekali....
    Sambungan ... :ins:
    Ilalliqa'
    Wassalam.

    nadirah87

    • *
    • Posts: 123
      • View Profile
    Reply #4 17 November, 2008, 12:31:58 PM
  • Publish
  • Esok exam surah al-mulk. Exam Tafsir bagi sekolah arab di YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)

    jadi mcm mane dengan exam anda???
    « Last Edit: 17 November, 2008, 12:55:07 PM by hairil.abubakar »
    " INGATLAH ALLAH WALAU DI MANA ANDA BERADA "

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #5 03 February, 2011, 12:50:55 PM
  • Publish
  • Daripada Abi Hurairah r.a dari SAW bersabda :"Sesungguhnya di dalam Al Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al Mulk (Tabaarakl-lazi)."
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #6 03 February, 2011, 12:54:18 PM
  • Publish
  • Maafkan ana jika tersilap,

    Naqib ana pernah kata yang surah al Mulk ini elok diamalkan setiap malam sebelum tidur kerana merupakan salah satu surah amalan Rasulullah S.A.W sebelum tidur...

    Manfaatnya ialah kita akan dilindung daripada gangguan syaitan dan InsyaAllah akan terpelihara daripada azab kubur...
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #7 03 February, 2011, 01:05:17 PM
  • Publish
  • "Daripada anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda:"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah  meninggal dan tidak ada bersamanya daripada kitab Allah kecuali "tabaarakal-Lazi".

    Maka apabila di masukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu adalah kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan.

    Sesungguhnya jika kamu hendak memberi manfaat kepada si mati, jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintaklah syafaat daripadaNya. maka dia (surah al Mulk) pun menemui Allah.
    "Wahai Tuhanku, si fulan ini(si mati),dia pilih saya dalam kitabmu dan da pelajari saya dan dia membaca saya,bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya? Maka jika Engkau ingin berbuat demikian,jadi padamlah saya dari kitabmu.
    Dan Allah berfirman:"Aku nampak kamu marah."
    Dia menjawab(surah) : "Sesungguhnya saya marah."
     Allah SWT berfirman:"Pergilah sesungguhnya Aku memberi Dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya."

    Nabi SAW bersabda: "Surah itu akan datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.
    Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiada menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.
    Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati tidak merasa kesunyian.”

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #8 03 February, 2011, 01:06:57 PM
  • Publish
  • Terima kasih kak Iffah,

    Akhirnya saya jumpa juga dalil berkaitan amalan surah al Mulk ini...

    Ilmu baru, alhamdulillah...

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #9 03 February, 2011, 01:07:48 PM
  • Publish
  • Daripada Anas Ibnu Malik berkata:"Rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam Al Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu Tabaarakal-lazi."
    (HR. Riwayat At Tabarani)

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #10 03 February, 2011, 01:13:30 PM
  • Publish
  • Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubut maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda Rasulullah  dan berkata: "Wahai Rasulullah,saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al Mulk sehingga khatam. "
    Nabi SAW bersabda itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada siksaan kubur."
    (HR. At Tarmizi)

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #11 03 February, 2011, 01:17:41 PM
  • Publish
  • Daripada Jabir r.a sesungguhnya Rasulullah SAW tidak tidur hingga baginda membaca Alif laam Mim,Al Sajadah dan Al Mulk.
    (HR. At Tarmizi)



    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #12 03 February, 2011, 01:22:58 PM
  • Publish
  • Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al Quran.
    Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:"Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu,ia berkata bahkan !"
    Ibnu Abbas berkata bacalah surah Al Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh dirumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah memohon kepada pembacaannya supaya Allah menyelamatkan dia dari api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.


    Nur Mariam

    • *
    • Posts: 168
      • View Profile
    Reply #13 08 February, 2011, 01:10:45 PM
  • Publish
  • Surah Al-Mulk (Arab: سورة الملك‎) ialah surah ke-67 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 30 ayat. Dinamakan Al Mulk yang bererti Kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Surat ini disebut juga dengan At Tabaarak yang bererti Maha Suci.

    Isi kandungan

    Hidup dan mati ujian bagi manusia
    Allah menciptakan langit berlapis-lapis dan semua ciptaan-Nya mempunyai keseimbangan
    Perintah Allah untuk memperhatikan isi alam semesta
    Azab yang diancamkan terhadap orang-orang kafir
    Janji Allah kepada orang-orang mukmin
    Allah menjadikan bumi sedemikian rupa hingga mudah bagi manusia untuk mencari rezeki
    Peringatan Allah kepada manusia tentang sedikitnya mereka yang bersyukur kepada nikmat Allah.

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #14 08 October, 2011, 08:07:35 PM
  • Publish
  • :)

    Hm...olehkerana hari ini seharian ada kelas yang akan membahaskan babTafsir,
    maka sarapan pagi ini disiapkan dgn meninggalkan topik
     "KEBESARAN ALLAH" dari dalam surah MULK ni ya!

    Penciptaan Alam Tinggi yang Serba
    Lengkap dan Saranan Supaya Manusia
    Memikirkannya;

    http://www.youtube.com/watch?v=LCQicj89X4s&feature=player_embedded
    (67: 3) Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala
    langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada
    ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan
    yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau
    ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah
    engkau melihat sebarang kecacatan?

    TERJEMAHAN & HURAIAN

    Allah menjadikan tujuh petala langit berlapis-lapis satu
    demi satu. Timbul perbezaan pendapat di kalangan
    ulama tentang sifat lapisan langit itu adakah lapisanlapisan
    itu saling bercantum dengan maksud
    sebahagiannya bertindan di atas sebahagian yang lain,
    atau adakah ia berlapis-lapis dengan dipisahkan oleh
    ruang antara setiap lapisannya. Pendapat yang paling
    kuat ialah pendapat kedua iaitu lapisan-lapisan langit
    itu dipisahkan oleh ruang antara sesamanya. Ini
    dibuktikan melalui kisah israk dan mikraj yang dilalui
    oleh Nabi s.a.w. Penciptaan Allah terhadap langit
    tersebut adalah penciptaan yang sangat kemas dan rapi,
    sehinggakan manusia tidak berupaya untuk mencari
    sebarang kecacatan dan kekurangan pada penciptaan
    tersebut. Apakah manusia masih meragui tentang
    keteraturan dan kekemasan ciptaan Allah ini? Justeru,
    Allah mengajak manusia supaya merenung dan berfikir
    atau gunakan kemampuan akal yang ada untuk
    memerhatikan kejadian maha sempurna di alam langit
    yang merupakan salah satu daripada manifestasi
    keagungan ciptaan Allah selain ciptaan-ciptaan-Nya
    yang lain. Biar bagaimana cerdik dan pintar pun
    kemampuan akal yang ada pada manusia sudah tentu
    mereka tidak akan berupaya untuk mencari
    kekurangan yang terdapat pada penciptaan Allah. Lain
    halnya dengan ciptaan dan kreativiti manusia. Apabila
    ada seorang yang pintar menghasilkan sesuatu ciptaan
    maka ciptaannya itu tentu tidak sempurna. Ada sahaja
    kekurangannya di sana sini yang perlu diperbaiki dari
    semasa ke semasa. Alam maya yang sebegini luas
    dengan segala unit ciptaan Allah yang amat teratur
    hanya berupaya untuk dijadikan oleh manusia sebagai
    sebab untuk mendapatkan penemuan-penemuan baru
    yang menghasilkan kemajuan bagi mereka. Tetapi
    mereka sama sekali tidak menemukan sebarang
    penemuan yang menunjukkan strukutur alam maya
    ini perlu dibaiki atau diubah suai.

    (67: 4) Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali,
    nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan
    hampa, sedang ia pula berkeadaan lemah lesu.
    Akal yang diberikan kepada manusia adalah terbatas.
    Pemerhatian dan fikiran yang diperah dalam
    menghasilkan sesuatu penemuan atau jawapan perlu
    melalui proses tapisan dan saringan iaitu melalui
    pengamatan yang dibuat berulang kali. Tak ada
    manusia yang dengan kemampuannya apabila
    bercadang untuk melakukan sesuatu perkara maka
    dengan sekali fikir sahaja sudah dapat direalisasikan
    apa yang dikehendakinya. Justeru dalam ayat ini Allah
    memerintahkan manusia supaya berfikir dan merenung
    berulang kali, kalau masih tidak yakin tentang
    kekuasaan Allah. Seolah-olah ayat ini memberikan garis
    panduan kepada manusia yang serba lemah ini bahawa

    TERJEMAHAN & HURAIAN

    27)dalam sesuatu penyelidikan mestilah dilakukan
    berulang kali dan dilihat dari segenap aspek jika mahu
    mendapatkan hasil yang memuaskan. Tetapi dalam hal
    mencari jawapan yang memuaskan tentang kekuasaan
    Allah, bukanlah bermaksud sekali pemerhatian belum
    memadai untuk mensabitkan kekuasaan-Nya. Tetapi
    ia bermaksud untuk membuktikan betapa lemahnya
    manusia dengan kelengkapan material dan mental
    yang ada pada mereka. Lantaran itu Allah melanjutkan
    firman-Nya dengan gesaan yang sama seperti gesaan
    pada ayat 3.

    Ulangilah pandangan dan pemerhatian anda
    terhadap alam maya ciptaan Allah ini. Kalau belum
    cukup dengan sekali pemerhatian maka perhatikan
    lagi, fikir dan renungkan. Kemudian perhatikan
    berkali-kali. Jika pemerhatian itu dengan tujuan untuk
    mencari-cari di mana kekurangan dan kecacatan pada
    penciptaan ini maka jawapan yang ditemui tetap sama,
    iaitu tidak ada sebarang kecacatan. Justeru, setelah
    menemui jawapannya bahawa pada alam maya yang
    diciptakan oleh Allah ini sesungguhnya menampakkan
    ciptaan yang amat kemas dan rapi, maka tentulah yang
    melakukan penciptaan itu adalah Tuhan yang bersifat
    dengan maha Berkuasa.

    Dalam ayat ini Allah menyuruh supaya diulangi
    pemerhatian dua kali, tetapi ia bermaksud pengulangan
    yang berkali-kali, kerana sekurang-kurang pengulangan
    itu ialah dua kali. Ini kerana manusia apabila melihat
    kepada sesuatu sekali pandang mungkin tidak dapat
    melihat kecacatan dan kekurangan pada benda yang
    dilihatnya. Kalau pemerhatian itu untuk tujuan yang
    positif demi memantapkan lagi keimanan terhadap
    Maha Pencipta maka tentulah jawapanya juga positif
    iaitu bertambahnya keyakinan dan iman. Namun jika
    sebaliknya, maka jawapannya juga adalah negatif iaitu
    habis masa dan tenaga. Letih dan lesu kerana tidak
    berupaya untuk menemukan kelemahan pada
    penciptaan Allah.

     :msya: masa bak petikan api....
    dan bak pedang....cepat sekali....
    Sambungan ... :ins:
    Ilalliqa'
    Wassalam.

     :)
    Bagi seorang muslim hanya Al-Qur'an yang dapat  menghiburkan hatinya engan surah yang digemari..
    Masya Allah sudah dilbray disini rupanya...
    [b][color=red]![/color][/b] Video not found

    « Last Edit: 08 October, 2011, 08:13:50 PM by halawah »

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #15 08 October, 2011, 08:17:37 PM
  • Publish

  •  :syukur:
    baru dapat buka;

    Mishary Rashid Alafasy - Surah Mulk (The Dominion)


    Syahdu dan terhibur rasanya hati dan fikiran mulai tenang apabila merenungkan kebesaran Ciptaaan Allah swt.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    6090 Views
    Last post 28 March, 2009, 12:00:29 AM
    by khairunnisa
    9 Replies
    2841 Views
    Last post 11 February, 2012, 11:44:20 PM
    by halawah
    2 Replies
    1850 Views
    Last post 20 December, 2010, 05:22:32 PM
    by Rahimah Sakinah