0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
ramai yang akan berbicara soal jodoh kerana fitrahnya manusia tidak akan mahu hidup bersendirian. dan setiap manusia itu telah ditetapkan pasangan masing-masing yakni jodoh yang membawa kepada ikatan yang sah dan halal. persoalan jodoh tidak akan selesai selagimana manusia itu merasakan dia belum bertemu jodohnya. Wallahu'alam...
Jika anda mencari cinta, maka anda akan kerap kecewa. Jika anda mencari jodoh maka anda berusaha dan bersungguh. Anda terkeliru menjalin cinta itu pintu kepada menemukan jodoh. Jodoh itu berpintukan pernikahan. Anda terkeliru mahukan hadirnya seorang lelaki atau seorang yang bernama suami.Jika anda berharapkan suami maka anda persiapkan diri anda agar mampu menjadi seorang isteri. Dari detik anda diijabqabulkan itulah sebenarnya detik anda mengenal cinta dan belajar menganyamnya sebaik mungkin. Rumahtangga itu dibina bersama dengan cinta dikecapi sebagai pengubat apa jua kepahitan dan ujianSelagi anda memilih jalinan cinta dengan yang bernama lelaki selagi itu terkeliru sehingga anda celik mata apakah dia layak bergelar seorang suami. Cinta sebelum nikah hanya mengawangkan anda dalam khayalan. Bila anda berpijak di bumi nan nyata betapa anda sedar sia-sia masanya yang berlalu dalam mencari cinta lelaki, walhal cinta suami pasti hadir bila dia sanggup menerima sebuah ijab & qabul. "Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya."- Imam Hassan alBanna
Dimulakan Oleh abuzulfiqar « 1 2 3 » Bait Muslim
Dimulakan Oleh Seharum Jannah « 1 2 3 » Bait Muslim
Dimulakan Oleh sakura_hidayah8 Luahan Hati