TERPUTUSLAH ZURIAT SULTAN-SULTAN PERAK DARI KETURUNAN RAJA-RAJA MELAKA SEBELAH P

*

Author Topic: TERPUTUSLAH ZURIAT SULTAN-SULTAN PERAK DARI KETURUNAN RAJA-RAJA MELAKA SEBELAH P  (Read 13925 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kualam

  • *
  • Posts: 5
    • View Profile
31 October, 2008, 03:15:49 PM
  • Publish
  • Dengan mangkatnya Sultan Salehuddin, Sultan Perak yang k 9, di Kampar pada tahun 1655, maka terputuslah zuriat Sultan-sultan Perak dari keturunan Raja-raja Melaka sebelah pihak lelaki. Oleh itu, Sultan Iskandar Thani (yang juga dikenali sebagai Raja Mughal), Sultan Acheh, yang menjadi pemerintah Negeri Perak, telah melantik Raja Sulong mejadi Sultan Perak yang ke-10. Raja Sulong adalah putera Raja Mahmud ibni Raja Kasab @ Ali Al-Ajali dari Siak & Johor dan Tun Kechil, anak Tun Isap Misai,Bendahara Seri Maharaja Johor. Semasa pertabalan Raja Sulong digelarkan sebagai 'Sultan Mudzaffar Shah II', dan baginda bersemayam di Ayer Mati, Padang Changkat di Lambor Kanan.

    Perkahwinan Puteri Almarhum Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah dengan Raja Sulong dari Acheh, Menantu Almarhum Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah Sultan perak ke 7,

    Dilantik menjadi sultan Perak Ke 10 bergelar Sultan Mudzaffar Shah Ii (Marhum Jalilullah - 1636 - 1653), Maka mengalirlah Salsiah Keturunan Raja Perak dari Siak.Walau bagaimana pun ianya berkerabat, berkaitan dan bersusur galur dari Sang Sapurba juga.

    Pada tahun 1639, orang Belanda telah mendirikan sebuah loji di Tanjung Putus, di kawasan kuala Sungai Perak. Tidak beberapa lama itu, orang Melayu telah dibinasakan loji itu. Pada tahun 1641, Sultan Iskandar Thani dari Acheh telah mangkat, dan kuasa kerajaan Acheh mula beransur lama. Pada pertengahan 1641, seorang saudagar Belanda bernama Jan Dircxen Puijt telah datang ke Negeri Perak menghadap Sultan Mudzaffar Shah II. Beliau membawa surat daripada Gabenor Belanda di Melaka yang mencadangkan kepada Sultan Mudzaffar Shah II apalah kiranya dapat memberhentikan perniagaan bijih timah dengan lain-lain bangsa serta meneruskan perniagaan tersebut dengan saudagar-saudagar Belanda sahaja. Sultan Mudzaffar Shah II menyambut baik kedatangan orang Belanda untuk berniaga dan menghadiahkan sebilah keris kepada Puijt serta mengurniakan gelaran ' Seri Johan Pahlawan' kepadanya. Tetapi baginda tidak bersetuju melarang bangsa-bangsa lain untuk berniaga dengan rakyat baginda.

    Diebabkan Negeri Perak masih dalam penaklukan Kerajaan Acheh, pada bulan Disember tahun 1650, tentera Belanda di bawah pimpinan Gabenor-Jeneral Kompeni Belanda, Cornelis van de Lijn, di Betawi, Jawa telah memaksa Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (isteri Almarhum Sultan Iskandar Thani dan puteri Almarhum Iskandar Muda), yang telah menggantikan Almarhum suaminya menjadi Ratu Negeri Acheh, supaya membuat perjanjian dengan Belanda membenarkan orang Belanda dan Acheh sahaja yang boleh membeli timah di Negeri Perak. Sultanah Acheh menghantarkan perutusannya kepada Sultan Mudzaffar Shah II dengan syarat-syarat seperti berikut:

    Orang-Orang Perak Mesti Menjual Bijih Timah Kepada Belanda Dan Acheh Sahaja.

    Orang-Orang Perak Tidak Dibenarkan Menjual Bijih Kepada Orang-Orang Eropah Yang Lain Serta Orang India.

    Kerajaan Perak Hendaklah Memberi Tanah Bagi Orang-Orang Belanda Mendirikan Loji.

    Kerajaan Perak Hendaklah Membayar Wang Sebanyak 50,000 Rial Kepada Kompeni Belanda Kerana Ganti Rugi Loji Belanda Yang Dibinasakan Oleh Orang-Orang Perak Di Tanjung Putus Itu.

    Dalam tahun 1651, loji orang Belanda di kuala Sungai Perak tersebut telah diserang dan dibinasakan sekali lagi oleh orang-orang Perak. Sejak itu, perniagaan orang Belanda di Negeri Perak terhenti.

    Sultan Mudzaffar Shah II memerintah Kerajaan Negeri Perak dari tahun 1636 sehingga tahun 1655. Mengikut cerita orang tua-tua, pada masa pemerintahan baginda, berlakulah penyakit Satawar. Baginda berangkat mengubati rakyat baginda yang diserangkan penyakit itu. Baginda pun mangkat dan dimakamkan di Ayer Mati dengan gelaran 'Marhum Jalullullah'. Makam Almarhum tertaman sepohon pokok Satawar.

    Daeng Acan

    • *
    • Posts: 141
      • View Profile
    Reply #1 27 June, 2009, 10:43:11 AM
  • Publish

  •                        SEJARAH BUGIS DI MALAYSIA(DAENG cHELAK)

             Raja Kechil, yang bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah adalah pemerintah awal wilayah Johor, Pahang, Riau, and Linggi. Pada mulanya bertapak di Johor, kemudian Riau, selepas itu apabila baginda membuat keputusan untuk menetap di Siak Sumatra, Daeng Loklok yang bergelar Bendahara Husain ingin mengambil alih pemerentahan Johor tetapi tidak dipersetujui oleh Raja Kechil. Bendahara Husain kemudiannya menemui Raja Sulaiman, putra Almarhum Sultan Kuala Pahang bagi menggunakan pengaruh baginda untuk mendapatkan bantuan 5 beradik Raja Bugis; Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak and Daeng Kemasi bagi tujuan tersebut.   
             Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana  mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah  Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.

             Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.

              Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas.

               Pehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.

               Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau.

               Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi.

               Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana.  Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).

                Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.

               Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.

               Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.

                Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

                 SULTAN SALEHUDDIN (Raja Lumu - 1742-1778)

                Raja Lumu adalah punca kesultanan awal di Kuala Selangor. Raja Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Selangor pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.

                Berita yang mengatakan Raja Lumu anak Daeng Chelak dari Bugis menjadi Yang DiPertuan Selangor sampai kepengetahuan Sultan Muzaffar Shah di Perak, ketika itu bersemayam di Beruas.

                Sultan Muzaffar Shah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda.

                Ketibaan Raja Lumu disambut dengan penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benar-benar berketurunan raja yang berdaulat.

                Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda Sultan Muzaffar Shah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan bergelar Sultan Salehuddin Shah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husain.

                Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Sultan Salehuddin Shah pulang ke Kuala Selangor. Itulah Sultan Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama Bukit Malawati.

                Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap.

                Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang DiPertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak.

                Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat. Dari sejak itu antara keduanya menjadi sahabat baik sentiasa berutusan.

                Kemangkatan Sultan salehuddin meninggalkan empat orang anak iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah.

                Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Sultan Selangor kedua.

                Sultan Salehuddin mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan Marhum Salleh. Baginda memerintah kerajaan dari tahun 1743 (1756) hingga 1778 .

                SULTAN IBRAHIM (1778-1826)

              Raja Ibrahim putera sulong Sultan Salehuddin dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menhadi Orang Besar bergelar di Selangor.

              Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi.

            Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740an lagi. Api ini terus menyala selepas 14hb. January, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar Marhum Ketapang.

             Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung.

             Sangkaan ini tepat, pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor,lalu ke Pahang menemui Bendehara Ab. Majid meminta bantuan. Semasa di Pahang Sultan Ibrahim sempat berkahwin dengan Tun Selamah, anak Bendahara Ab. Majid.

              Selama Belanda di Kuala Selangor dia telah memperbaiki kota batu di Bukit Selangor.Diberinya nama Kota Altings burg sempena nama Gebenor Jeneral Belanda pada masa itu.

              Begitu juga kota tanah di Bukit Tanjung dinamakan Kota Utrecht iaitu mengikut nama kapal Jacob Pieter van Braam, kemudiannya kota ini dipanggil Kota Belanda oleh Orang Melayu.

               Pada 27hb.Jun, 1785, angkatan Sultan Ibrahim berjaya menghalau Belanda yang berada di Kuala Selangor.
    Akhirnya pada 27hb. Oktober, 1826 Sultan Ibrahim mangkat kemudiannya dimakamkan di atas Bukit Selangor.

               Almarhum meninggalkan 12 orang putera dan 9 orang puteri. Mereka-mereka itu Raja Muhamad (Sultan Selangor III), Raja Ismail, Raja Yusof, Raja Siah, Raja Siti, Raja Aminah, Raja Fatimah, Raja Mariam, Raja Maimunah, Raja Khatijah, Raja Halijah, Raja Abdullah, Raja Haji, Raja Abd Rahman, Raja Abbas, Raja Salleh, Raja Hussin, Raja Usoh, Raja Hamidah dan Raja Said.

          (Hatta, bermulalah sejarah keturunan Bugis yang bertapak di Kuala Selangor dari keturunan Daeng Chelak.)


                  SULTAN MUHAMMAD (1778 - 1826)

           Sebagai ganti Sultan Ibrahim ditabalkan Raja Muhammad iaitu Raja Muda. Walaupun baginda bukan anak isteri pertama bergelar Sultan Muhammad bersemayam di Kuala Selangor juga.

           Pentadbiran baginda yang lemah itu menyebabkan Kuala Selangor menjadi sarang perompak. Buktinya peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap Orang Melayu ioleh Cina di Lukut tidak diambil tindakan, sedangkan baginda sendiri banyak berhutang kepada saudagar-saudagar di Melaka.

            Perbuatan berhutang ini hingga melibatkan baginda sendiri hendak dicolek oleh saudagar-saudagar di Melaka. Nasib baginda agak baik, menatu Raja Juma’at memberikan jaminanakan melangsaikan segala hutang-hutang tersebut.

            Dari kelemahan baginda inilag juga yang menyebabkan seorang keluarga Diraja Selangor bernama Raja Busu dengan sewenang-wenangnya membuka Lukut kerana bijih timahnya tetapi tidak membayar ufti kepada Sultan Muhammad.

            Kelemahan-kelemahan baginda ini juga membuka luas pintu perang saudara di Selangor. Baginda juga terlalu suka memberikan sesuatu kawasan di bawahnya itu kepada menantu tidak kepada anak lelaki baginda.

            Seperti mana yang terdapat Kuala Lumpur diserahkan kepada Raja Abdullah, Klang pada mulanya diberikan kepada anak lelakinya, Raja Sulaiman, tetapi apabila berlaku sesuatu Klang diserahkan pula kepada menantunya. Sementara Lukut pula diserahkan kepada Raja Juma’at iaitu menantu baginda.

            Sikap memberikan kuasa Selangor dari anak kepada menantu ini menimbulkan perang saudara antara Raja Mahadi (anak saudara) menentang beliau. Begitu juga kuasa mentadbirkan negeri Selangor sendiri juga diserahkan kepada Raja Ab. Samad suami Tengku Atfah, turut membangkitkan peperangan saudara.

             Kuasa menantu ini lebih meluas dan menjadi kemarahan rakyat, apabila pentadbiran Selangor diserahkan oleh Sultan Ab. Samad kepada menantunya Tengku Kudin. Kesemua perang saudara ini secara tidak langsung melibatkan Kuala Selangor.

             Dari pergolakan ke pergolakan yang lain menyebabkan Selangor dalam keadaan kacau-bilau. Akhirnya baginda mangkat dalam keadaan negara yang tidak stabil pentadbirannya. Baginda dimakamkan di tempat yang sama di atas Bukit Selangor.

             Dengan kemangkatan sultan Muhammad, Sultan Selangor tidak lagi bersemayam di Jugra. Perpindahan tersebut berlaku kerana pergeseran antara orang-orang besar di Kuala Selangor mengenai penggantian sultan.
     
     
             Pemeterian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1927 Diantara Sultan  Selangor, Perak, Negri Sembilan dan Pahang.

             Pergolakan antara Raja Muhammad, putera Sultan Muhammad dengan Tengku Ampuan basik yang masih kecil dilantik sebagai Raja Muda dan dipangku oleh Raja Juma’at (Lukut) berterusan kepada perang saudara.

              Ketiga-tiga makam almarhum tersebut masih terdapat hingga ke hari ini dan terpelihara dengan baik di atas Bukit Selangor bersama pusara yang lain.

              Setelah pentadbiran Selangor berpindah ke Jugra, di Kuala Selangor hanya tinggal seorang wakil sultan untuk memungut cukai di Sungai Selangor iaitu Raja Musa, putera Sultan Ab. Samad.

              Apakala wakil sultan ini dihapuskan, Kuala Selangor hanya tinggal di bawah pempinan seorang besar daerah berjawatan Yang Dihormati Datuk Penggawa Paduka Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor, iaitu salah seorang dari empat orang besar Selangor.

    ORANG BESAR KUALA SELANGOR

              Jawatan ini bermula pada tahun 1785 semasa Selangor diperintahkan oleh Sultan Ibrahim. Orang yang pertama tidak diketahui tetapi nyata jawatan tersebut diteruskan hingga ke pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Syah yang bersemayam di Klang.

                Pada 20hb. Oktober, 1898, Sultan Sulaimantelah melantik seorang besar Penggawa Permatang iaitu :

       i. Datuk Haji Ahmad bin Baba, bergelar Datuk Penggawa Tua Permatang Paduka Mahabijaya.

       ii. Datuk Haji Mohd. Shah, digelar pada tahun 1916.

       iii. Datuk Ismail bin Mohd. Shah, digelar pada 13hb. Mei, 1948.

            Datuk Hj. Ibrahim bin Datuk Ismail, dilantik pada 13hb. Mei, 1958 bergelar Paduka Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor. Masih bertugas.

            Mengikut setengah pendapat, di Jeram dahulunya ada seorang ketua bernama Datuk Mafak dikatakan mati tertembak peluru emas, lepas itu digantikanoleh adaiknya bernama Datuk Sulaiman. Dari keturunan inilah yang digelar oleh Sultan Sulaiman sebagai Penggawa Permatang itu.

             Disebabkan Permatang merupakan sebuah kampung Diraja Selangor, itulah sebabnya orang besar daerah tersebut diminta berada atau disebut Penggawa Permatang.
     

     

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    7294 Views
    Last post 06 January, 2009, 11:25:06 AM
    by Raja Adley Paris
    10 Replies
    5299 Views
    Last post 24 April, 2011, 06:29:31 PM
    by arwana
    0 Replies
    794 Views
    Last post 03 June, 2013, 05:55:15 PM
    by abuzulfiqar