Kenali Diri dari Tarikh Lahir

*

Author Topic: Kenali Diri dari Tarikh Lahir  (Read 108449 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

Reply #260 23 January, 2010, 12:47:50 PM
  • Publish
  •  :)

    bagi saya..pendapat je ek..benda ni bukan ramalan..tapi sekadar berdasarkan hasil kajian...questionaire..kalau horoscope lain..horoscope biasanya menyatakan apa yang AKAN berlaku hari ini..cth bertuah or tidak, warna apa yg bertuah hari ni, yg malang la etc..so bila tgk horoscope kita secara otomatik nya akan berharap pada "benda" yg bertuah itu..or mengelak dari "benda" yg malang itu..ini adalah ramalan..(pd pandangan sya klu slh tlg betolkan)..bila berlaku sesuatu musibah or kebaikan..oh..ini adalah di sebabkan "benda" dlm horoscope tu..nah..itu yg membuatkan benda ni salah..

    ada pon info rahsia bulan lahir ni adalah tetap dan hanya menyatakan sifat2 seseorang secara generally..tidak ada yg bertuah or tidak..betul atau tidak..sama atau berbeza..itu hanya kebetulan..sbb "rahsia" itu hanya berdasarkan drpd hasil kajian..

    wallahualam..=)

    p/s:sekadar pendapat..slh silap tlg btolkan..
    "it is not about 'money'..it is about sending a message"

    Reply #261 23 January, 2010, 01:42:33 PM
  • Publish
  • Pada pandangan saya selagi ada kaitan dengan tarikh lahir atau bulan kelahiran, horoskop, hari kelahiran ada sangkut pautnya dengan sains metafizik dan ini boleh membawa kepada keraguan dan boleh membawa kepada ketaksuban untuk mempercayai tukang tenung atau tukang ramal.. dan saya beranggapan ini boleh membawa kepada Syirik...Tidak Mustahil setelah meneliti rahsia diri melalui bulan kelahiran akan menimbulkan minat untuk mengkaji keserasian pasangan melalui tarikh lahir, personaliti anak2 dan ini semua boleh mengundang kepada kesesatan... saya beranggapan perkara sebegini adalah titik tolak untuk mula mempercayai tukang tenung... Saya juga sekadar memberikan pandangan... Saya sangat berharap kepada mereka yang arif dapat memberikan penjelasan dengan lebih jelas...


    maafkan saya..betul jugak kan..terima kasih awit1910..syukran..=)

    Reply #262 23 January, 2010, 05:16:11 PM
  • Publish
  • saya punye...

    9 = Glamour
    8 = Bisnes
    8 = Bisnes

    Reply #263 23 January, 2010, 05:38:23 PM
  • Publish
  • Salam alayk.

    Ana punya 3,5 dan 8. Tak sama pun dengan ana? ehehe
    Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

    Reply #264 23 January, 2010, 06:34:35 PM
  • Publish
  • ana punyer
    3-
    1-
    4-
    mcm x pcyer la..

    Reply #265 23 January, 2010, 06:39:00 PM
  • Publish


  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Semoga Allah Ta'ala melindungi kita dari berbagai tipudaya syaitan, nafsu, dunia dan makhluk!


    Saban hari kita lihat, ramainya orang2 Islam terpengaruh dengan idea2 yang dibawa oleh pemikir2 Barat.  Setengah daripada kita mengambil dan cuba memngolah mengikut selera kita. Seolah2 kelihatan tidak bercanggah dengan agama.  

    Salah satu idea yang mendapat perhatian ramai orang islam sekarang adalah kenali diri dari tarikh lahir iaitu  mainan  "angka2".    Ada diantara orang2 Islam, mengatakan kajian "angka2" dan kaitannya dengan "tarikh lahir" yang menyatakan "sifat2,  kelakuan, perangai, cita2,  hobi, kerjaya dll "   kononya  adalah berdasarkan kira2/matematik dan tiada kaitan dengan ramalan!    


    Tetapi apa yang PAK ARAB temui berkenaan dengan idea atau teori angka2 ini adalah berlawanan dengan kenyataan mereka.    Ada dua unsur yang menjadikannya bercanggah dengan Tauhid :

    1) Adanya unsur2 Ramalan
    2) Berkait dengan Ilmu Nujum/ Ramalan Bintang



    Idea atau teori angka2 berkait dengan "tarikh lahir" atau dikenali  "NUMEROLOGY"  adalah  berdasarkan 'ASTROLOGY"  atau Ilmu Nujum / Ilmu Ramalan Bintang.  Ia bukan berdiri sendiri sebagai satu Ilmu "matematik"  tetapi dipengaruhi oleh "ASTROLOGY" .  

    Cuba perhatikan definisi "NUMEROLOGY"  yang ditemui didalam laman web seperti berikut :



    Numerology

    Numerology is the mathematically-exact method of revealing your inner desires, your fortune, and what is most likely to happen in the future — using your name given to you at birth and your birth date.  No other science, esoteric or otherwise, can give you views into your very essence the way numerology can.

    http://affinitynumerology.com/



    What Is Numerology?

    Numerology is the study of numbers as they pertain to a person's full name given at birth, name(s) currently used and his/her date of birth.  Using numerology a numerologist can determine a person's strengths and weaknesses of character as well as his/her life purpose.  A numerologist can also identify exactly when challenges as well as opportunities will occur throughout a person's life.  

    http://russellrowe.com/numerology%20course.htm



    What is Numerology?

    Numerology is the study of the believed mysterious influence of numbers on the day to day affairs of Human Beings.A numerologist would require the full name and the date of birth to explore the inner self of an individual. Numerology can explain the intrinsic qualities of a person ,his strengths . and weaknesses ,how people perceive him and so on. It can peep into one`s future and see the problems which might come up and suggest ways to avoid it

    http://www.ancient-astrology.com/



    History of Numerology:

    Modern numerology often contains aspects of a variety of ancient cultures and teachers, including Babylonia, Pythagoras and his followers (Greece, 6th century B.C.), astrological philosophy from Hellenistic Alexandria, early Christian mysticism, early Gnostics, theHebrew system of the Kabbalah, The Indian Vedas, the Chinese "Circle of the Dead", and the Egyptian "Book of the Master of the Secret House" (Ritual of the Dead).


    http://en.wikipedia.org/wiki/Numerology


    Wallahu A'lam



    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    Reply #266 23 January, 2010, 06:56:25 PM
  • Publish
  • ALhamdulillah satu ilmu yang baru yang dipelajari daripada PAK ARAB mengenai Numerology..
    Numerologi dikenali juga dengan nama numeromancy atau arithomancy, pernah digunakan sebagai bentuk ramalan umum. Pada masa kini, ilmu numerologi banyak digunakan berkaitan dengan analisa kepribadian dan potensi diri.

    Dasar kepercayaan numerologi, bahawa angka-angka terutama angka primer iaitu 1 sampai 9, mempunyai pengaruh terhadap segala segi kehidupan dan kepribadian kita sampaikan terjadilah macam sekarang ini..




    Reply #267 24 January, 2010, 12:00:44 AM
  • Publish
  • :)

    Semasa ana sedang belayar di dunia maya tiba2 ana terjumpa sesuatu yang agak boleh dikongsi bersama....namun apa yg ana tahu semua tertulis untuk bulan kelahiran ana memang tepat sekali...apa kata anda???

    Adakah bulan lahir mempengaruhi tingkah laku dan perlakuan anda.? Seperti biasa apa yang ditunjukkan adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan semata-mata. Tiada kaitan dengan kepercayaan tahyul dan karut. Semuanya adalah sekadar pengetahuan am.





    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    PAK ARAB tak dapat beri komen yang sesuai tentang ini kerana tiada keterangan mengenai bagaimana carta ini diperolehi.  Tetapi setelah meneliti beberapa artikel yang menyentuh bab yang hampir serupa seperti ini iaiatu kajian dan ramalan sifat2 manusia berdasarkan tarikh lahir, ianya kelihatan sama sahaja.   

    Bahkan ada carta yang lebih lengkap dengan memberikan sifat seseorang berdasarkan tarikh lahir bukan bulan semata2.   Seperti yang dipaparkan didalam laman web ini....

    http://russellrowe.com/numerology%20course.htm


    Sebagaimana PAK ARAB huraikan didalam Topik Kenali diri dari Tarikh Lahir,  Semua carta2 ini tidak lain membawa kesimpulan yang sama :

    1) Adanya unsur2 ramalan.
    2) Cartanya berkait dengan Horoskop/Ramalan Bintang


    Walaupun mereka2 yang menganjurkan program2 ini / membawa idea ini mengatakan ianya tiada kaitan dengan 'ramalan' dan 'tenung nasib', tetapi hakikat yang ditemui asal usul daripada teori2 yang serupa mengatakan ianya mengandungi unsur2 yang merosakkan Tauhid. 

    Boleh rujuk di sini untuk bacaan lanjut :

    Re: Kenali Diri dari Tarikh Lahir


    Wallahu A'lam

    Reply #268 30 January, 2010, 07:40:27 PM
  • Publish
  • saya..dilahirkan pada subuh hari jumaat..rasanya macam bercanggah..tapi apa pun..hanya sekadar hiburan..tak 100% betul..
    terima kasih..
    SAYANG..KITA DITAKDIRKAN BERSAMA..TAPI SAYANGNYA,KEHADIRANMU CUMA SEKETIKA..BIARKAN AKU SENDIRI MENGHABISKAN USIA DI BUMI ALLAH..SAYANG..CINTAKU TELAH MATI..

    Reply #269 13 April, 2010, 11:16:46 AM
  • Publish
  •  :)

    Saya dah rasa tak sedap hati bila Dr Fadilah Khamsah mula bangkitkan semula ilmu tarikh lahir ni beberapa tahun dulu.
    Sekarang Dr Azizan pulak mempromosikannya.

    Ketahuilah ilmu ini bukan ilmu islam. Malah bercanggah dengan akidah islam.

    Kalau ada sesiapa yang ingin bincang, silakan.

    Reply #270 13 April, 2010, 11:56:12 AM
  • Publish
  • pelik betoi islam orang zaman sekarang..kata zaman dah moden..so patut pemikiran pun kena moden..tu yang selalu nak lawan hukum tuhan sebab dah kuno katanya...tapi bila benda yang kuno serta tak bertamadun macam tilik tarikh lahir ni...boleh plak depa ikut..betoila dunia dah akhir zaman.
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    Reply #271 13 April, 2010, 12:07:17 PM
  • Publish
  • :)

    eh Dr Fadilah tu macam tu ke?

    u sure?
    pasal saya selalu dengar dia suke tanyer tarikh/bulan lahir seseorang pasal dia nak mengetahui sifat2 seseorang tu
    bukan dia leh tau budak ni ape nasib dia dan sebagainya
    bukan macam horoskop dan seangkatan nya

    Dr azizan lak saya tak tau la,..
    tak penah pi dengar ceramah dia


    p/s;tolong betulkan kalau saya ade salah


    Reply #272 13 April, 2010, 12:22:48 PM
  • Publish
  • dalam ILMU meta physic adalah tu kajian tarikh lahir
    ada beberapa manusia melayu, mengadakan sesi, meningkatkan, productiviti, menggunakan kaedah tu, terutama di UiTm

    saya tahulah serba sikit, dalam ilmu kejawen jowo juga ada.

    manusia dalam satu detik berlaku banyak kelahiran, maksudnya, batch processing
    dengan itu dapatlah di ketahui secara statistic, saintifik

    itu sebab mereka dapat ilmu tu begitu

    sebab itu allahu beritahu
    10:36 manusia kebanyakan bersangka sangka sahaja

    Reply #273 13 April, 2010, 12:49:05 PM
  • Publish
  • :) menyentuh soal tarikh lahir saya ada sebuah buku yang banyak membicarakan soal tarikh lahir dan sifat2 seseorang itu. buku tu bertajuk "MENGENAL LELAKI" (koleksi mengenal dari sudut tradisonal serta moden untuk istri dan bakal istri yang menyayangi suaminya dan menghargai cintanya) tulisan ibnu yusof dan terbitan al khalifah enterprise KB. antara lain buku ini menyingkap persoalan mengenal lelaki dari hari kelahirannya, rejang kelahiran,bulan kelahiran dan tarikh lahirnya dan kaitan tarikh lahir ayahnya.

    Reply #274 13 April, 2010, 12:50:29 PM
  • Publish
  •  :)

    bukan guna nak bagi kenal orang..saya baca, refleks pada diri, ada yang sama, yang buruk buang jauh2, yang baik teruskan.. baguss

    Reply #275 13 April, 2010, 02:45:54 PM
  • Publish
  • saya harap ustaz syarqowy sudi beri komen dalam topik ini.
    apa hukum mempercayai sifat seseorang berdasarkan bulan kelahiran?

    Reply #276 13 April, 2010, 03:32:49 PM
  • Publish
  • timbul tanda tanya lah pada diri saya...ilmu melihat dari tarikh lahir nie bukan ajaran islam..tapi kenapa ada buku2 islamiah yang diantara isi kandungan buku mereka ada menyelitkan soal ilmu tarikh lahir ni. ape kah mereka pun ter "confuse" dengan mane satu ajaran islam dan tidak...?

    Reply #277 13 April, 2010, 04:25:03 PM
  • Publish
  • Diri kita tetap diri kita..Andai kita berubah,berubahlah kita,andai kita ingin berubah,ada sudah motivasi kita untuk berubah,andai kita ingin mencontohi orang,ikutlah jejak RASULLULLAH,,,kalu kita ikut tarikh lahir,horoskop,atau nujum nie,tetapi kita taknak berubah tak berubah lah kita......saya mencadangkan agar kita tidak "memandang ke horoskop dan yang sama spesiesnya"..
    yang Dr Fadilah Khamsah katakan tue adalah hasil kajian pemerhatian yang dilakukan...dan kebanyakkannya memberi satu sifat yang sama...jika kita ambil "keberangkalian",hampir semua akan bersifat seperti hasil  yang telah di perolehi oleh Dr Fadilah Khamsah ...tapi bukan semua sama....ANDA ADALAH ANDA,SAYA ADALAH SAYA




    andai bahasa saya kurang difahami,,maafkan saya...andai saya salah,perbetulkan saya
    * nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
    *Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.....
    * Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan...

    Reply #278 13 April, 2010, 07:07:42 PM
  • Publish
  • dulu waktu saya kuliah..ada kawan sebilik ngan saya percaya pada tafsiran horoskop. kire bukan dia je...ramai lah agi.mereka suka betul tengok tafsiran soal tarikh lahir mereka. lebih2 agi yang berkaitan soal cinta. sebenarnya soal tafsiran horoskop nie..kat akbar2 pun leh dapat.contoh macam yang ada kat NST. dan kat majalah tok sah nak citer..ada punye.macam majalah REMAJA. so, persoalannya kat sini macam maner kiter nak bendung. sebab access nak dapat tafsiran horoskop sangat mudah nak dapat.

    Reply #279 14 April, 2010, 12:26:52 AM
  • Publish
  • Macam mana ye kalau kesimpulan sikap dan sifat berdasarkan hari lahir tu adalah hasil kajian dan pemerhatian semata-mata? tidak ada kaitan dengan objek-objek angkasa seperti peredaran bulan, matahari, bumi dan bintang? Kesimpulan yg didapati itu dari pemerhatian kepada kumpulan sampel tertentu yg lahir pada hari tertentu, kemudian dilihat ada persamaan antara mereka, dan pemerhati membuat kesimpulan yang bukan merupakan ramalan untuk masa hadapan? Adakah itu juga dikira termasuk dalam ilmu tenung nasib atau ilmu nujum?
    ~ Begin with the End in Mind ~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1450 Views
    Last post 04 April, 2010, 02:16:19 PM
    by reformasi
    4 Replies
    1636 Views
    Last post 25 July, 2011, 11:08:58 PM
    by Faizulazhaa
    50 Replies
    8507 Views
    Last post 18 April, 2014, 12:33:51 AM
    by Abg Ngoh