NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Author Topic: NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH  (Read 37045 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

rsuha

  • *
  • Posts: 105
    • View Profile
20 October, 2008, 03:28:39 PM
  • Publish Di FB
  • NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

    Bahan
    2 cawan beras panjang AAA
    2 cawan air

    Cara
    1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
    2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak. [lebih kurang 30 minit]

    AYAM GORENG BEREMPAH

    Bahan
    1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
    3 s/b rempah kari ayam/daging
    3 s/b cili mesin
    1 s/b serbuk kunyit
    3 s/b tepung goreng ayam
    3 ulas bawang merah ]
    2 ulas bawang putih ] mesin halus
    6 inci halia ]
    3 batang serai ]
    garam

    Cara
    1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
    2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

    SAMBAL BELACAN

    Bahan
    5 tangkai cili merah
    5 tangkai ciliapi
    1 biji tomato buah
    3 cm belacan
    garam
    2 biji limau nipis [ambil jusnya]

    Cara
    1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
    2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
    3. Rasakan masam dan masinnya.

    selamat mencuba...

    qiraati

    • *
    • Posts: 284
    • Ukhwah Fillah Abadan Abada
      • View Profile
    Jawab #1 21 October, 2008, 09:38:28 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum wbt.

    Ala takde gambar ke? Oh ye, ana moderator untuk resipi iluvislam. Kalau ada,resipi apa2 ke..leh ke ana muatkan dalam resipi iluvislam. Kalau tak boleh, tidak mengapa. :)
    Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

    rsuha

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Jawab #2 22 October, 2008, 05:09:19 PM
  • Publish Di FB
  •  :ws: tak apa ana sedia bagi resepi lagi lain kali jika masa mengizinkan.
    lagi pun minggu ini ana bz sikit,  :ins: ada gambar ana akan bagi. Terima kasih diatas kesudian
    melihat resepi ana dan sallam perkenalan dari ana di kedah.

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 692
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Jawab #3 22 October, 2008, 06:16:53 PM
  • Publish Di FB
  • inilah menu ana masa berpuasa semasa kerja.
    selalu beli di bazar pekan serdang.

    harga berubah dengan cepat.
    3 minggu pertama harga RM3.
    kemudian kerajaan umum harga minyak turun nasi tu jadi RM3.50 pula.
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2060
      • View Profile
    Jawab #4 11 December, 2008, 04:49:57 PM
  • Publish Di FB
  • inilah menu ana masa berpuasa semasa kerja.
    selalu beli di bazar pekan serdang.

    harga berubah dengan cepat.
    3 minggu pertama harga RM3.
    kemudian kerajaan umum harga minyak turun nasi tu jadi RM3.50 pula.

    Harga minyak turun, nasi makin mahal... dahsyattt..
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    muhammad_efendie

    • *
    • Posts: 46
    • Assalamualaikum...
      • View Profile
    Jawab #5 11 December, 2008, 11:34:09 PM
  • Publish Di FB
  • masyaAllah..ramai juga pandai masak dalam ni ya..SubhanaAllah...ada siapa tahu resipi Nasi Bukhari x?

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2060
      • View Profile
    Jawab #6 12 December, 2008, 12:51:18 AM
  • Publish Di FB
  • Kalau ada gambar lebih menyelerakan...

    [refle]http://tbn0.google.com/images?q=tbn:yRXA0qTmYdfN9M:http://2.srv.fotopages.com/2/15221644/Nasi-kukus-sedia-dimakan.jpg[/refle]

    Rajawali

    • *
    • Posts: 46
      • View Profile
    Jawab #7 08 February, 2009, 03:38:43 PM
  • Publish Di FB
  • ASSALAMUALAIKUM




    SEDAP BETUL LA. SAYA DAH PERNAH TRY DAH RESEPI NI MEMANG SEDAP,RASA MACAM NAK MAKAN HARI-HARI TAPI TIGA HARI SEMINGGU DAH CUKUP.SAYA HARAP PEMBACA YANG LAIN BOLEH TRY RESEPI NI JUGAK.

    Jawab #8 09 February, 2009, 07:46:52 AM
  • Publish Di FB
  • kat kolej pun ade jugak jual nasi ayam berempah..rm3..memang makan tiap2 ari,xmuak..memang ayam dia crispy..lagi best dari ayam kfc

    memek

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #9 13 August, 2009, 11:20:24 PM
  • Publish Di FB
  • ayam tu tak perlu kukus dulu ke...pernah makan sedap sangat... ayam tu lembut bila dimakan..rasanya hujung minggu nak buat.

    zahirah_s

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Jawab #10 13 August, 2009, 11:51:08 PM
  • Publish Di FB
  • macam mana nak pastikan ayam goreng berempah tak masak kat dalam tapi garing/hitam kat lua....? dulu pernah buat pastu jadi macam tu..... :jaz:
    may Allah bless us

    Daeng Jati

    • *
    • Posts: 616
    • Daeng Jati Merah Silu
      • View Profile
    Jawab #11 13 August, 2009, 11:52:35 PM
  • Publish Di FB
  • Tak tahu le, tapi teman rase nak makan ja ni... meh masak cepat. Sesiapa yang tahu tu meh tolong beri panduan.
    'Berjinjang Naik, Bertangga Turun' - http://signifikankkal.blogspot.com

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 692
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Jawab #12 14 August, 2009, 01:21:04 AM
  • Publish Di FB
  • Bulan puasa kalini adalah agaknya.
    Eh nak tanya lah, kukus tu nak pakai ape yer nasi tu.
    Tengok yang jual tu kukus nasi dalam tong kayu.
    Apa kelebihan nye yer..

    zaujah solehah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Jawab #13 14 August, 2009, 08:20:24 AM
  • Publish Di FB
  • oh...itu senang jer...pastikan ayam itu diperap di dalam peti sejuk selama semalaman...kemudian goreng macam biase,pastikan api sederhana jer...hitam kat luar tu cz guna api besar.Bahan-bahan rempah kena sekata lah ngan rase masin manis ayam tu...masukkan juga asam keping sebelum menggoreng atau secubit garam ke dalam minyak yg panas .... selamat mencube.

    hani muslim

    • *
    • Posts: 848
      • View Profile
    Jawab #14 26 April, 2011, 01:28:01 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    :ketawa:..tetiba rasa lapar pulak....hehehehe.nasi kukus ayam berempah.....

    maliki

    • *
    • Posts: 608
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Jawab #15 26 April, 2011, 06:45:39 PM
  • Publish Di FB
  • alamak,sdapnya nasi kukus ni..nak nak
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    annur nafisah

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Jawab #16 26 April, 2011, 10:00:55 PM
  • Publish Di FB
  • oh...itu senang jer...pastikan ayam itu diperap di dalam peti sejuk selama semalaman...kemudian goreng macam biase,pastikan api sederhana jer...hitam kat luar tu cz guna api besar.Bahan-bahan rempah kena sekata lah ngan rase masin manis ayam tu...masukkan juga asam keping sebelum menggoreng atau secubit garam ke dalam minyak yg panas .... selamat mencube.

    sebab tu la rasa rangup kt luar...lagi satu, kalau nak goreng ayam berempah, pastikan ceraikan dulu kulit ayam nye....baru lah rempah tu betul-betul meresap kat daging dan daging luar tu pun akan ranggup ciket... lepas tu makan sambil cicah dengan sambal cili api yang pedas.... :msya: nikmat~~~~ :senyum:
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    cahayE_matE

    • *
    • Posts: 305
      • View Profile
    Jawab #17 27 April, 2011, 12:52:25 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    sedap ni
    nanti cahaye cube di ruimah
    :senyum:
    entah kan jadi entahkan tiodak
    :senyum:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    831 Views
    Last post 19 October, 2012, 04:18:38 PM
    by leesya
    4 Replies
    1086 Views
    Last post 25 September, 2012, 03:46:26 PM
    by azrinkun
    9 Replies
    1676 Views
    Last post 12 October, 2012, 05:12:47 PM
    by Nurul Nawar