Pendapat Tentang MIMPI

Author Topic: Pendapat Tentang MIMPI  (Read 31893 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ibnuwalidaini

  • *
  • Posts: 2895
  • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
    • View Profile
Jawab #20 22 May, 2009, 03:27:56 PM
  • Publish Di FB
  • Oleh Dato Dr Haron Din

    MIMPI adalah peristiwa yang diala­mi oleh setiap manusia. Malah mimpi juga sering dikaitkan sebagai turut berlaku dalam alam hai­wan.

    Setiap manusia inginkan mimpi yang balk dan penuh dengan keindahan dan seterusnya menikmati keseronokan daripada mimpi-mimpi mereka. Pada masa yang sama dengan segala kebimban­gan manusia menyimpan harapan agar diri mereka dijauhkan daripada mimpi yang buruk.

    Bagaimanapun manusia bukanlah makhluk istimewa yang mempunyai keupayaan untuk menentukan bentuk mimpi mereka mengikut citarasa sendiri. Ketidakupayaan itu juga membu­atkan manusia tidak mampu menghindarkan kesan mimpi yang buruk daripada menimpa diri mereka. Malah manusia ada kalanya akan mengalami kesinambungan mimpi berulang kali dan mimpi itu pula amat mengerikan.

    Proses mengalami mimpi buruk ini juga ada kalanya meninggalkan kesan yang ketara pada emosi dan fikiran mereka. Ada yang merasa takut untuk tidur kerana bimbangkan mimpi buruk.

    Haruslah disedari bahawa mimpi bukanlah perkara yang sentiasa memberikan petanda atau alamat terhadap sesuatu yang akan, sedang atau telah berlaku. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dalam beberapa keadaan yang tertentu fungsi mimpi beru­paya menjadi pemberi khabar tentang apa yang berlaku berkaitan dengan realiti hidup sebenar.

    Para cendekiawan termasuk ulama-ulama Islam pernah mencuba untuk memberikan tafsiran (tak­ menulis analisis yang bersifat akademik mengenai mimpi. Dalam Islam sendiri AI Imam Fakrul Razzi juga menyiapkan sebuah karangan bertajuk Tafsir Al Alum yang bermakna'Tafsir Mimpi'.

    Melalui Al-Quran sendiri misalnya, Allah S.W.T. memaparkan beberapa kisah yang berkaitan den­gan mimpi yang pernah berlaku ke atas rasul, rasulnya.

    Misalnya mimpi Nabi Yusuf yang menggam­barkan kisah baginda bermimpi melihat 11 biji planet, 13 butir bulan dan bintang tunduk dan sujud di kepalanya.

    Apabila mimpi itu diceritakan baginda kepada ayahandanya, Nabi Yaakob, maka secara spontan baginda diberitahu mengenai tafsiran yang ada di sebalik mimpi itu.
    Ayahandanya yang faham akan tafsir mimpi itu melarang Nabi Yusuf menceritakan perihal tersebut kepada saudara-saudaranya kerana bimbang akan menimbulkan perasaan curiga dan iri hati sehingga boleh membawa kepada perbuatan-perbu­atan yang tidak diingini.

    Gambaran ganjil

    Mimpi itu jelas memberikan erti di mana pada akhirnya 11 biji planet itu menunjukkan lambang 11 saudara kandung Nabi Yusuf. Matahari serta bulan adalah lambang kedua-dua ibu bapanya yang tunduk dan menghormati baginda. Kesemua mereka mulai patuh kepada Nabi Yusuf apabila beliau menjadi pemerintah yang berkuasa di Mesir.

    Urutan daripada peristiwa itu, Al-Quran juga memaparkan kisah mimpi raja Mesir ketika Nabi Yusuf berada di penjara. Mimpi tersebut cuba ditafsir oleh para penasihat istana. Tetapi ternyata mereka semua, termasuk pakar-pakar tafsir mimpi, gagal menemukan makna yang tersirat di sebalik mimpi raja Mesir itu.

    Mimpi yang dialami oleh Raja Mesir dengan gambaran yang ganjil itu ialah beliau melihat tujuh tangkai gandum yang subur dan penuh isinya.

    Pada masa yang sama Raja Mesir juga melihat tujuh tangkai gandum yang kering dan langsung tidak berisi. Raja Mesir juga melihat melalui mimpinya muncul tujuh ekor sapi yang gemuk dimakan tujuh ekor sapi yang kurus.

    Mimpi ini seolah-olah langsung tidak membawa sebarang makna untuk direnungi oleh orang biasa kerana ia wujud secara simbolik yang hanya dapat ditafsir oleh mereka yang memahami kaedah mentafsir mimpi. Setelah semua penasihat dan pakar-pakar takbir mimpi istana gagal untuk menemukan erti mimpi itu, akhirnya mereka merujuk masalah itu kepada Nabi Yusuf.

    Baginda pun memberikan tafsirannya yang jelas lagi meyakinkan. Kata Nabi Yusuf, tujuh tangkai gandum yang berisi dalam mimpi itu memberi erti tujuh tahun yang penuh dengan kesuburan di Mesir. Tujuh tangkai gandum yang kering pula memberi petanda tujuh tahun berikutnya akan melanda zaman kegersangan. Tujuh tahun kegersangan itu menunjukkan tana­man tidak akan menjadi di bumi Mesir.

    Tujuh ekor sapi gemuk melambangkan penghasi­Ian hasil negara yang banyak selama tujuh tahun itu dan amat perlu disimpan bagi menampung keperluan rakyat.
    Simbol rakyat dilambangkan oleh tujuh ekor sapi kurus yang terus hidup dengan memakan hasil tujuh tahun kemakmuran yang dilambangkan oleh tujuh ekor sapi gemuk.

    Tafsiran Nabi Yusuf amat meyakinkan Raja Mesir lalu diperintahkan rakyatnya untuk bercucuk tanam sebanyak yang mungkin dan menyimpan hasil tersebut untuk menghadapi cabaran zaman kegersangan yang bakal mereka hadapi pada tujuh tahun berikutnya.

    Langkah bekerja keras menghasilkan tanaman serta tindakan berjimat cermat untuk menghadapi kegersangan ternyata menjadi realiti di mana kemarau melanda Mesir selama tujuh tahun dan makanan rakyat mencukupi kerana mereka meny­impan bekalan yang secukupnya.

    Rakyat Mesir selamat daripada bencana kebulu­ran kerana apa yang ditafsir oleh Nabi Yusuf ter­hadap mimpi yang dialami oleh raja mereka memang benar-benar terjadi.
    Kisah yang dipaparkan oleh Al-Quran ini ternya­ta membuktikan keupayaan Nabi Yusuf membuat tafsiran terhadap mimpi serta memberikan alamat dan petandanya dengan tepat.

    Bimbingan kepada manusia

    Kisah ini juga memberikan bimbingan yang murni kepada manusia agar melihat fenomena kehidupan ini sebagai anugerah Allah yang amat berharga. Allah memberikan bimbingan kepada manusia bukan sahaja ketika mereka berjaga (sedar) dan waras malah petunjuk dan hidayatnya juga disampaikan melalui mimpi ketika mereka tidur.

    Sesungguhnya bagi mereka yang mahu mem­pelajari akan hakikat itu maka disedarinya akan segala kebaikan daripada petunjuk Allah.

    Dalam hidup Nabi Muhammad S.A.W. baginda juga berkali-kah mengalami mimpi. Satu dari padanya ketika menjelangnya saat berangkat pulang dari Mekah ke Madinah, baginda bermimpi kumpulannya berjaya memasuki Mekah dengan aman dan melakukan umrah dan di kalangan para pengikutnya ada yang mencukur kepala hingga botak.

    Sememangnya mimpi para rasul itu benar dan hakikat ini disebut dalam Al-Quran sebagai Rukya atau 'Arrukya Assadiqah' iaitu mimpi yang benar.

    Merujuk kepada alam manusia biasa pula mimpi memang sering berlaku sama ada pada malam atau sing hari. Malah manusia juga bermimpi meskipun tidur hanya sekejap cuma untuk melepaskan keletihan bekerja di waktu tengah hari dengan ragam yang pelbagai.

    Maka adalah wajar kita melihat fenomena mimpi ini melalui pengalaman hidup manusia dan ada tiga kategori mimpi yang berlaku kepada manusia.
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    Habibullah

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Jawab #21 22 May, 2009, 05:39:43 PM
  • Publish Di FB
  • salammmm....
    inginku kongsikn pd antum semua tentang Mimpi2 Rasul Allah...

    Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

    Daripada  Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
    bersabda:   

    "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan  pada
    malam aku sebelum di Israqkan........"

    1. Aku telah melihat  seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
    maut dengan keadaan yg  amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
    malaikat itu terhalang   perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
    KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA  IBUBAPANYA.

    2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab  kubur yang amat
    menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG  SEMPURNA.

    3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni  oleh
    syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia  diselamatkan
    dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.   

    4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang  diperbuat
    daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan   dikeluarkan
    rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA  YANG
    KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.   

    5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali   dia
    mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu  datanglah
    pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga  ia
    merasa puas.

    6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan  para nabi yang
    sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang  dia akan
    diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG  SEMPURNANYA
    sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

    7. Aku  melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
    di  sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,  maka
    datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT   lalu
    mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.   

    8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin   tetapi
    mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah  SIFAT
    SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU  lalu
    menyeru kepada mereka agar  menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
    dengannya.

    9. Aku melihat  umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
    segeralah menjelma  pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
    menabir muka dan   kepalanya dari bahaya api tersebut.

    BERSABDA RASULULLAH SAW:  "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
    WALAUPUN DENGAN SEPOTONG  AYAT"

    ....kita sebagai umatNya...haruslah mncontohi dan mngikuti sunnah2 Nabi...
    sama2lah kita dapat brmuhasabah diri ke arah yg lbih baik...



                                                                                                  " HaMBa YAnG SeNtIaSa MErInDuI kAsI IlAHi "
    " wHerEvEr aNd In wHaTeVer CiRcUsTaNcEs yoU Are, fEaR AlLaH; Do a gOoD DeEd aFtEr eVeRy sIn, fOr iT WiLl aNnUl iT; AnD Be kInD aNd cOrDiAl iN CoNdUcT ToWoRdS tHe SerVaNtS oF yOuR LORd."          


                                    "" Ahmad, Ad-Darimi & At-Tirmidhi ""

    muaz

    • *
    • Posts: 91
    • "DoA SeOrAnG UlAmA"
      • View Profile
    Jawab #22 31 May, 2009, 11:37:48 AM
  • Publish Di FB
  • Hadis riwayat   Abu Qatadah ra., ia berkata:
    Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari setan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya

    firus

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #23 07 December, 2010, 10:36:07 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum wbt..saya ingin bertanyakan soalan..sekiranya kita bermimpi yang mayat kita dikafankan..apa makna mimpi itu..sekian terima kasih..harap sy mendapat maklum balas..

    jumardi

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #24 14 January, 2011, 10:12:25 PM
  • Publish Di FB
  • assallamualaikum wrwb setiap mimpi buruk kenapa harus meludah kekiri tiga kali apakah dengan meludah maka mimpi buruk itu tidak akan terjadi kenyataan apa hubungannya ludah dengan takdir kita jika mimpi buruk itu menjadi kenyataan ?

    « Last Edit: 14 January, 2011, 10:51:15 PM by jumardi »

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #25 04 April, 2011, 07:27:13 PM
  • Publish Di FB
  • assallamualaikum wrwb setiap mimpi buruk kenapa harus meludah kekiri tiga kali apakah dengan meludah maka mimpi buruk itu tidak akan terjadi kenyataan apa hubungannya ludah dengan takdir kita jika mimpi buruk itu menjadi kenyataan ?
    untuk menindakkan perkara perkara itu berlaku lagi... bukan berkahak sekali... (senyum) cukup sekadar mengeluarkan air dari mulut...
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #26 04 April, 2011, 07:28:48 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum wbt..saya ingin bertanyakan soalan..sekiranya kita bermimpi yang mayat kita dikafankan..apa makna mimpi itu..sekian terima kasih..harap sy mendapat maklum balas..
    Alhamdulilah selalu di kaitkan dengan rezeki -
    (Senyum)-

    * Alhamdulilah kamu melihat diri kamu sendiri di kafankan.... (Senyum)- bergitu lah kembali nanti kamu akan di perlihatkan diri kamu sebenar nya nanti -
    wawaualam.... hanya ALLAH maha mengetahui-(senyum)-

    saifulimran76

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #27 16 November, 2011, 05:50:28 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    saya nak bertanyakan sekiranya kita bermimpi berjumpa dgn ayah kita yg hendak "embrace" kita tetapi kita hanya berpeluk tubuh sendiri dan kemudian didatangi oleh isteri kita yg kemudian mengucupi pipi kita tp masih kita hanya berpeluk tubuh sendiri dan tiada respond...

    boleh kah tuan tolong tafsirkan, sekian.

     :ws:

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 612
      • View Profile
    Jawab #28 16 November, 2011, 06:18:18 PM
  • Publish Di FB
  • Salam,siapa yang anda pecaya diantara Kedua.
    buat pilihan.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #29 16 November, 2011, 08:00:20 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    saya nak bertanyakan sekiranya kita bermimpi berjumpa dgn ayah kita yg hendak "embrace" kita tetapi kita hanya berpeluk tubuh sendiri dan kemudian didatangi oleh isteri kita yg kemudian mengucupi pipi kita tp masih kita hanya berpeluk tubuh sendiri dan tiada respond...

    boleh kah tuan tolong tafsirkan, sekian.

     :ws:

    maksudnya, kamu di minta hisab dirimu
    kamu tak dapat tunjukkan kasih sayangmu

    kecil kecil senag hati, suka, di peluk ibu bapa, abang dan saudara

    bila dewasa, kenapa? berlainan rasa
    dah tak ikhlas ke?
    prejudis ke?

    subhanallah

    takkan nak tunggu ibu bapa terbujur kaku, kita baru nak pi cium depa?

    ada ibu bapa, silakan, ikhlas dan jujurlah, kasihi, sayangi mereka
    ada isteri tu, ala peluk peluk cium lah, jangan di khalayak ramai sudahlah, semuga bertambah erat, kasih dan sayang

    inshallah

    saifulimran76

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #30 16 November, 2011, 09:08:05 PM
  • Publish Di FB

  • terima kasih atas jawapan tu.. tp bahasa tu kasar sgt la...

    perbaiki akhlak dan bahasa... sekian terima kasih...

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #31 16 November, 2011, 11:38:39 PM
  • Publish Di FB

  • terima kasih atas jawapan tu.. tp bahasa tu kasar sgt la...

    perbaiki akhlak dan bahasa... sekian terima kasih...
    semuga di perkemaskan diri sebelum diri memanggil akan diri -
    audit diri sebelum di auditkan kelak...

    akhlak diri di perkemaskan atas kelakuan..
    zahir di perlihatkan dengan ikhlas atas jujuran..
    benteng akhlak adalah tiang diri...
    sebagai kukuhnya tiang agama daripada solat...

    fardhukan keatas diri ...
    (Senyum)-

    Insyallah -

    nur anis

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Jawab #32 17 November, 2011, 12:01:08 PM
  • Publish Di FB
  • salam, jika mimpi tiba-tiba didatangi penyengat yang sangat banyak ketika tidur...tapi anehnya penyengat2 tu tak pula menyengat.....owh banyaknya penyengat dalam mimpilah.. rupanya penyengat tu keluar dari baldi berisi madu yang kononnya dibeli oleh suami..alahai mimpi..senyum

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #33 18 November, 2011, 03:23:59 PM
  • Publish Di FB
  • maksudnya kan

    madu tu bukan madu yang orijinal
    sebagaimana yang banyak kedapatan dalam pasaran hari ini

    sebab tu keluar penyengat yang banyak
    memberi maksud, akan memberikan keburukan kepada kamu
    tapi sebab kamu belum makan, minum madu tu
    jadi penyengat tu, hanya lalu saja lah

    jadi pesanlah dengan suami ya
    awasi jika hendak membeli madu, untuk di minum

    awas juga jika hendak ber madu
    sebab 'madu madu' tu di takuti, serupa penyengat penyengat tu juga lah
    tak salah nak poligami
    niat hendak menjagaa keselamatan mereka
    membantu mereka, inshallah

    perbetulkan niat

    inshallah ya

    Mei

    • *
    • Posts: 1017
      • View Profile
    Jawab #34 18 November, 2011, 03:32:00 PM
  • Publish Di FB
  • maksudnya kan

    madu tu bukan madu yang orijinal
    sebagaimana yang banyak kedapatan dalam pasaran hari ini

    sebab tu keluar penyengat yang banyak
    memberi maksud, akan memberikan keburukan kepada kamu
    tapi sebab kamu belum makan, minum madu tu
    jadi penyengat tu, hanya lalu saja lah

    jadi pesanlah dengan suami ya
    awasi jika hendak membeli madu, untuk di minum

    awas juga jika hendak ber madu
    sebab 'madu madu' tu di takuti, serupa penyengat penyengat tu juga lah
    tak salah nak poligami
    niat hendak menjagaa keselamatan mereka
    membantu mereka, inshallah

    perbetulkan niat

    inshallah ya

    wah..bahaya mimpi madu nih....lain pulak yang dapat.

    ahtep07

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #35 27 December, 2011, 04:55:46 PM
  • Publish Di FB
  • assalam tuan..apakah maksud mimipi kita bersalaman dengan sesama muslim(orang tua)..kemudian saya disuruh peluk..macam yang kita tengok kalau orang dah lama tak jumpe tu..tapi saya ada berkata yang saya tak biasa salam sampai berpeluk seperti tu..kemudian orang tua tu kata tak mengapa..boleh belajar..:)
    apakah maksud mimpi saya tu?

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #36 27 December, 2011, 06:15:19 PM
  • Publish Di FB
  • supaya diri mendekati diri seadaNya...

    yang tua di kasihani kan sebaik mana dahulunya pernah mengasihani akan diri kamu..
    sebaikNya mengambil iktibar...
    Insyallah -hormatilah org tua yang hampir dengan kita..

    (senyum)-

    kalau berpelukkan maksud nya rezeki -
    Alhamdullilah..

    niena717

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #37 03 January, 2012, 04:56:05 PM
  • Publish Di FB
  • mohon penjelasan bg yg arif..
    sy telah bermimpi pada minggu lepas, sy bersiar-siar dgn adik-adik sy. kami bertiga telah singgah ke sebuah warung/restoran bagi mengalas perut. kawasan di atas bukit, terdapat banyak hotel/apartment penginapan yang tinggi-tinggi mencakar langit tidak jauh dari tempat kami makan. tiba-tiba rasa seperti ada gegaran. tiba-tiba bangunan yang tinggi-tinggi tersebut kelihatan roboh dan runtuh satu demi satu. kami bertiga, beredar bagi mengelakkan runtuhan tersebut mengenai kami. saya memandu kenderaan beredar daripada kawasan tersebut. dlm perjalanan, adik sy ingin singgah solat, kami berhenti rehat di sebuah kedai makan lain. saya dan adik bongsu masih berhampiran kereta bersebelahan kedai makan itu, sedangkan adik saya pergi ambil wuduk. tiba-tiba runtuhan kedai makan berlaku di kedai makan tempat kami itu. saya dan adik bongsu saya panik dan berusaha mencari adik saya yang seorang lagi. kelihatan dia terbaring di lantai kedai makan sambil lengan baju telah diselinsingkan seolah-olah baru selesai mengambil wuduk. dalam keadaan sedih, saya terjaga dari tidur dan kendengaran azan subuh.
    saya sangat takut, bila mimpi itu masih terbayang-bayang...

    k2a

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #38 02 February, 2012, 12:34:10 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    baru-baru ini,ayah sy bermimpi bahawa Imam Mahdi telah muncul..apakah maksud mimpi sebegini..??

    selain itu,saintis barat telah menjangkakan bahawa tahun 2012 adalah tahun kiamat akan tiba..perlukah kita
    mempercayai tilikan ini?ataupun orang barat mahu memesongkan akidah kita sebagai orang islam???

    elsanxs

    • *
    • Posts: 884
      • View Profile
    Jawab #39 02 February, 2012, 12:44:53 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    baru-baru ini,ayah sy bermimpi bahawa Imam Mahdi telah muncul..apakah maksud mimpi sebegini..??

    Yang ni.. tunggu yang arif reply ya.

    selain itu,saintis barat telah menjangkakan bahawa tahun 2012 adalah tahun kiamat akan tiba..perlukah kita
    mempercayai tilikan ini?ataupun orang barat mahu memesongkan akidah kita sebagai orang islam???

    Hari Kiamat tu kan Allah sahaja mengetahui. Tilik menilik ni tak boleh percaya. Sudah ditegah dalam Islam.

    “Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.”

    (Surah Al-Maidah : Ayat 90)

    Filem-filem yang ala2 kiamat macam 2012 dan seangkatan dengannya tu, boleh tengok. Tetapi usah percaya. Buatlah sebagai pengajaran
    halaqahforum4

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    15 Replies
    5367 Views
    Last post 25 November, 2012, 07:31:04 PM
    by al_ahibbatu
    205 Replies
    30670 Views
    Last post 09 October, 2013, 03:20:04 PM
    by mashatul
    198 Replies
    45949 Views
    Last post 24 November, 2009, 04:23:04 PM
    by zaitihamdan