Login  |  Daftar

Author Topik: Izzah Umat DiJulang Kebahagiaan Akhirat DiIdam  (Dibaca 199 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Halaqah

  • Newbie
  • *
  • Posts: 18
    • View Profile
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian.

Firman Allah dalam ayat 35 surah  al-Anbiya’  :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾
Maksudnya : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Kehidupan dunia ini hanya sementara di mana kesempatan yang ada ini wajib digunakan semaksima mungkin dari segi umur, harta, kesihatan, ilmu dalam menghasilkan pahala akhirat disamping mengelak daripada menggunakan nikmat tersebut untuk melakukan dosa derhaka terhadap Allah. Kehidupan dunia adalah negeri yang penuh dengan ujian kepada keimanan kita manakala akhirat adalah negeri pembalasan atas segala amalan kita. Oleh itu kita wajib berusaha untuk mengisi kehidupan dunia kita dengan pelbagai amalan soleh disamping menjauhi dosa maksiat. Kita wajib bersiap sedia dengan hari kematian kita yang pasti akan datang bila-bila masa tanpa dijangka.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Biasakan diri kita dengan berdoa kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah disamping melakukan beberapa perkara yang membolehkan akhir kehidupan kita nanti dianugerahkan dengan kematian yang baik. Antaranya
[1] Tulus ikhlas kerana Allah dalam apa jua amalan dan niat kita.
 
[2] Sentiasa memperbaharui Niat yang senantiasa berubah. Niat kita dipengaruhi oleh banyak faktor sehingga tidak tetap. Perbaharuilah niat agar tidak terpesong.
 
[3]  Terus Beramal soleh dan Rendah Diri di mana biasanya manusia memiliki kecenderungan berbuat salah. Tatkala merasa salah, bersikaplah rendah diri kepada Allah agar dilimpahi kemuliaan. Kemudian buktikanlah taubat dengan amal soleh. Teruslah beramal. Beramallah dengan sebaik-baik amalan. Jangan biarkan berlalu sedetik pun, kecuali ada amal soleh yang dikerjakan. Sentiasalah berada dalam keadaan demikian hingga datangnya saat kematian bagi kita.

[4] Bergegas dalam Kebaikan dan meninggalkan keburukan. Pesanan Ulama’ : “Suatu kebaikan tidak akan terwujud, kecuali dengan 3 hal iaitu segera melakukan, menganggapnya kecil, dan menutupinya.” Setelah bergegas beramal soleh maka jangan cepat berpuas hati dengan amalan tersebut sebaliknya menganggapnya sebagai amalan yang kecil hingga diri sentiasa melakukannya. Selain itu, dianjurkan untuk menutupi amal kerana yang tersembunyi lebih dekat kepada keikhlasan.

[5] Ikuti Jejak Nabi dalam pelbagai aspek kehidupan agar kelak mendapatkan apa yang baginda gapai.

[6] Banyak ingat Akhirat agar tidak ditipu dengan godaan dunia

[7] Perbaiki Kekurangan Diri agar diri semakin hampir dengan Allah dan tidak tertipu oleh nafsu dan syaitan

[8] Berpegang Teguh Aqidah Islam agar tidak terpengaruh dengan perkara sesat dan rosak.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كُلُّنَا نَكْرَهُ الْمَوْتَ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ كَرَاهِيَةَ الْمَوْتِ وَلَكِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حُضِرَ جَاءَهُ الْبَشِيرُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَا هُوَ صَائِرٌ إِلَيْهِ فَلَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَنْ يَكُونَ قَدْ لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فَأَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَإِنَّ الْفَاجِرَ أَوْ الْكَافِرَ إِذَا حُضِرَ جَاءَهُ بِمَا هُوَ صَائِرٌ إِلَيْهِ مِنْ الشَّرِّ أَوْ مَا يَلْقَاهُ مِنْ الشَّرِّ فَكَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ وَكَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ – رواه أحمد

Maksudnya : Sesiapa senang bertemu dengan Allah, maka Allah senang bertemu dengannya. Dan sesiapa tidak senang bertemu dengan Allah, maka Allah tidak senang bertemu dengannya.” Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, kami semua tidak menyukai kematian?” Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukan itu yang aku maksud, namun seorang yang beriman apabila menghadapi sakaratul maut, maka seorang pemberi khabar gembira utusan Allah datang menghampirinya seraya menunjukkan tempat kembalinya, hingga tidak ada sesuatu yang lebih dia sukai kecuali bertemu dengan Allah. Lalu Allah pun suka bertemu dengannya. Adapun orang yang banyak berbuat dosa, atau orang kafir, apabila telah menghadapi sakaratul maut, maka datang seseorang dengan menunjukkan tempat kembalinya yang buruk, atau apa yang akan dijumpainya berupa keburukan. Maka itu membuatnya tidak suka bertemu Allah, hingga Allah pun tidak suka bertemu dengannya.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 11 surah as-Sajadah :
قُلْ يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ ﴿١١﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”.

Kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka kita mengucapkan takziah kepada seluruh warga dan ahli keluarga mangsa musibah kebakaran yang menyaksikan seramai 21 pelajar dan 2 guru Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, terkorban dalam kejadian kebakaran pagi semalam. Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada kita semua atas kesabaran. Semoga guru dan anak-anak pelajar tahfiz yang terkorban ditempatkan disebaik-baik kedudukan dalam Syurga Allah serta digolongkan bersama para Syuhada’ dan Solehin.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ :  الشُّهَدَاءُ سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ : الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ ، وَالْحَرِقُ شَهِيدٌ ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ
Maksudnya: Syuhada ada 7 selain terbunuh dijalan Allah: mati kerana wabak taun, mati lemas tenggelam, mati kerana penyakit radang selaput dada, mati sakit perut, mati terbakar, mati terkena runtuhan dan wanita yang meninggal bersama janin dalam kandungan.

Kita juga diminta supaya memperbanyakkan berdoa agar dihindari daripada bala Allah antaranya doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ ، وَالتَّرَدِّي ، وَالْهَرَمِ ، وَالْغَمِّ وَالْغَرَقِ ، وَالْحَرْقِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ لَدِيغًا – رواه أحمد وأبو دأود
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa runtuhan, jatuh dari tempat tinggi, penyakit nyanyuk , kesusahan dukacita, tenggelam dan terbakar. Aku berlindung denganMu dari tipuan Syaitan ketika meninggal dunia, dan aku berlindung denganMu dari melarikan diri dari medan jihad. Aku berlindung denganMu dari meninggal dalam keadaan disengat binatang berbisa
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Ketika negara berdepan dengan pelbagai musibah termasuk kenaikan harga minyak bersama kos sara hidup yang lain, rasuah, jenayah tiba-tiba kita dikejutkan dengan suatu berita tentang penganjuran Pesta Arak 2017 pada 5 dan 6 Oktober ini di Kuala Lumpur yang mensasarkan  6,000 pengunjung. Ia dilihat secara sengaja cuba mencabar sensitiviti agama di negara ini. Mimbar Jumaat pada hari ini mendesak agar pihak Kerajaan membatalkan segera program yang tidak bermoral ini. Islam dan kebanyakan agama lain mengharamkan arak malah mengakui arak bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh menyuburkan masalah sosial dan jenayah. Kita bukan mahu menyekat orang bukan Islam untuk minum arak tetapi tidak mahu membiarkan arak bukan sahaja diminum secara bebas malah dijadikan suatu pesta. Sepatutnya negara yang baru menyambut kemerdekaan negara kali ke-60 baru-baru ini dan esok bakal menyambut hari Malaysia memiliki rakyat yang jauh daripada perkara yang merosakkan termasuk arak bukannya menggalakkan rakyat dengan perbuatan tidak bermoral. Bala manakah lagi yang ingin dijemput, Musibah mana lagi yang dipanggil, laknat mana lagi yang dicari.

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لَهَا وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ
Maksudnya : Rasulullah s.a.w telah melaknat dalam masalah arak ini 10 orang iaitu: yang memerah,  yang minta diperah, yang minum, yang memberi minum, yang membawa, yang menghantar, yang membekal, yang menjual, yang membeli dan yang menyimpan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 73 surah at-Taubah :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ ﴿٧٣
Maksudnya : Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Sempena pada hari Jumaat yang mulia, di Masjid yang mulia ini juga maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah menuntut beberapa perkara dalam isu pembunuhan dan pembersihan etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar yang didokong oleh Israel, China, India, Rusia. Antaranya meminta Asean, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Pertubuhan Negara Islam (OIC), supaya campur tangan agar kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia ke atas rakyat Rohingya Myanmar dihentikan. Menghantar pasukan pengaman dari PBB ke kawasan sempadan Arakan dan Mendesak kerajaan Myanmar untuk memberi ruang bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia tanpa menerima sekatan daripada kerajaan Myanmar
Doakan keselamatan kepada saudara seagama. Hulurkan bantuan mengikut kemampuan yang ada. Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat Islam agar pembunuhan, kezaliman dan penghinaan yang berlanjutan dapat dihentikan. Islamlah nescaya kita mulia dan bahagian dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sumber