Posisi, karakter dan peranan anda dalam keluarga?

Author Topic: Posisi, karakter dan peranan anda dalam keluarga?  (Read 7711 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assyahida

  • *
  • Posts: 27
  • .:assyahida:.
    • View Profile
12 September, 2008, 12:27:56 AM
  • Publish Di FB
  •  ..:: Kenali Perwatakan Melalui Kedudukan Dalam Keluarga ::..

    ANAK SULUNG
    Sebagai anak sulung, anda lebih matang berbanding usia anda. Anda sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab. Sebab itu, anda belajar berterus terang mengenai perasaan. Anda bukan sahaja mahu ketenteraman keluarga tetapi mahu semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.

    Potensi kawan
    Penyokong? Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.

    Pasangan sesuai
    Anda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.

    ANAK TENGAH
    Ada orang boleh anda contohi atau dijadikan panduan. Anda juga sering dianggap sebagai anak contoh. Anda mudah bergaul dengan orang. Ini tidak menghairankan kerana anda pandai menarik perhatian dan menonjolkan diri.

    Potensi kawan
    Anda sudah biasa bergaul dalam kumpulan, jadi mengapa kehidupan social anda perlu berbeza? Semangat anda memberi setiap orang peluang berkawan dengan anda walaupun anda mengambil masa untuk meluahkan rahsia peribadi. Jangan terkejut sekiranya kawan baik anda juga anak tengah. Mereka berkongsi keperluan anda untuk ruang peribadi mereka kerana itulah sifat semulajadi anak tengah.

    Pasangan sesuai
    Sekiranya anda membesar di kalangan perempuan, kewujudan lelaki mungkin agak menakutkan anda. Pasangan ideal anda adalah lelaki yang berterus terang dengan perasaannya. Sekiranya anda ada abang atau adik lelaki, pergaulan dengan mereka tidak menimbulkan sebarang masalah. Cabaran anda ialah menunjukkan sifat kewanitaan anda. Pasangan sesuai untuk anda adalah anak tunggal. Dia akan tertarik cara pergaulan anda dengan adik-beradik anda.

    ANAK BONGSU

    Membesar di kalangan adik-beradik lebih tua, anda selalu mempunyai seseorang untuk menjaga kepentingan anda. Ini perkara semula jadi agar anda berasa selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda suka menonjolkan diri dalam pergaulan walaupun ada kalanya anda suka berlumba pada sesuatu keadaan (sebagai anak bongsu anda perlu mengikut jejak mereka yang lebih tua).

    Potensi kawan
    Anda sudah mempelajari pelbagai perkara dengan memerhati abang dan kakak anda. Jadi tidak menjadi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Cabaran sebagai anak bongsu, anda selalu memberi pandangan berbeza dengan orang lain. Biarpun anda tidak suka bergaduh, anda selalu menimbulkan masalah.

    Pasangan sesuai
    Sekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah sibongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.

    ANAK TUNGGAL

    Sebagai anak tunggal anda menjadi tumpuan keluarga. Anda juga cukup berdikari dan yakin. Anda berani meluahkan perasaan hati kerana ibu bapa anda sentiasa sedia mendengar. Namun, anda menganggap orang lain juga berminat. Ini menjadikan anda seperti terlalu suka bercerita mengenai diri sendiri.

    Potensi kawan
    Tidak pernah berkongsi dengan sesiapa ketika membesar menjadikan anda seorang degil, tidak pandai bertolak ansur dan selalu mahu mendapatkan apa yang dihajat. Bertolak ansur ialah kunci kepada persahabatan panjang. Sekiranya, anda mahu mempunyai teman rapat dan terjalin lama, cuba berkongsi apa yang anda ada dengan saudara-mara terdekat.

    Pasangan sesuai
    Sikap tenang dan keyakinan anda menjadi tarikan utama kepada lelaki. Bagaimanapun, untuk mengekalkan minat pasangan anda perlu belajar berkongsi suka duka dalam hidup anda. Anda tidak pernah ada kakak untuk berkongsi rahsia, apabila sesuatu berlaku naluri anda memberitahu anda supaya membuat lawak atau diam sahaja.
    Itu tidak menjadi masalah untuk meluahkan perasaan anda. Sekiranya pasangan anda mempunyai kakak, dia akan tahu cara memanjakan anda tanpa melemaskan anda.

    Posisi sebagai anak sulung, tengah, bungsu, atau anak tunggal, dan lain2 memungkinkan kita mempunyai karakter yang berlainan dan perwatakan yang berbeza..

    anak sulong kah anda?
    kedua..ketiga...seterusnya...?
    bongsu kah anda...?
    tunggalkah anda...?

    apa pendapat anda tentang posisi anda atau org terdekat anda dan karakternya?

    jom kita kongsi!!!
    [/b]
    « Last Edit: 12 September, 2008, 05:45:04 AM by assyahida »
    tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu, sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan & dusta itu menimbulkan keraguan... ~Rasulullah (Attirmizi)

    assyahida

    • *
    • Posts: 27
    • .:assyahida:.
      • View Profile
    Jawab #1 12 September, 2008, 12:32:09 AM
  • Publish Di FB

  • pakar motivasi Dato’ dari fadzilah kamsah

    URUTAN DALAM KELUARGA

    anak sulung-cakap serupa bikn,cemerlang di rumah dan sek,jadi model kepada adik2 ,pandai pujuk,suka kawal orang lain

    anak tengah-suka jadi pendamai,pemurah ,mudah berkawan,suka bertolak ansur

    anak bongsu-berani ambil risiko,bertolak ansur,peramah,kreatif

    anak tunggal -yakin,tak bergantung pada orang lain,cemrmat,teliti dan terperinci,cita2 tinggi,pemurah

    assyahida

    • *
    • Posts: 27
    • .:assyahida:.
      • View Profile
    Jawab #2 12 September, 2008, 12:43:14 AM
  • Publish Di FB
  • ANAK BONGSU
    personaliti:

    1. Ceria dan berkeyakinan tinggi
    2. Amat manja
    3. Berkeinginan dan bercita-cita tinggi
    4. Sukar membuat keputusan

    hurm...ada benarnya... kerana aku seorang bongsu..
    :senyum:

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1295
      • View Profile
    Jawab #3 22 July, 2012, 02:02:02 PM
  • Publish Di FB
  • Quote
    ANAK B0NGSUPasangan sesuai
    Sekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah sibongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.

    tapi kan...ada 0rang kata..kalau anak b0ngsu kawen dengan anak sulung lagi sejuk...
    tak tahu la sejuk apa nya...tapi mungkin macam sejuk...bahagia la gitu.... :ins:

    p/s:macam2 pandangan n0h...asalnya kalau anak tengah kawen dengan anak b0ngu p0n tak pa aih.... b0leh gak aih nak bahagia kalau kena cara.... ceria*
    (anak c0nt0h nie..heeeee)

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1377
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Jawab #4 22 July, 2012, 03:34:49 PM

    :senyum: tergelak baca ana tholibah punye post kejap..
    Ada benarnya karakter2 kedudukan dalam keluarga ini,lagi2 tentang anak sulung dan bongsu..Tengah2 tak sure sangat..:senyum:..
    Tentang pasangan tu tak terfikir pulak..apekebenarnya..
    Boleh gak bahagia kalau kena cara..:senyum:

    p/s:ini slang loghat bahasa apa ni?:senyum:
    « Last Edit: 22 July, 2012, 03:39:41 PM by Nurul Nawar »

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #5 23 July, 2012, 10:38:30 AM
  • Publish Di FB
  •  senyum*

    macam-macam pandangan boleh dibuat bila masuk bab karakter ni. sejak kecil dipanggil angah. so, kira tengahla walaupun no 2 daripada 9... oklahtu*

    dulu ex husben anak sulung daripada 11 beradik. memang adalah pertembungan karakter antara kami... terkejut* in my humble opinion, bahagia or x sesebuah pernikahan itu sebenarnya bukan terletak pada karakter semata....

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1377
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Jawab #6 23 July, 2012, 12:53:03 PM

    Kak robhun,pendapat saya kalau no.2 daripada sembilan kira antara yang sulunglah jugaktu..Tapi kena tengok jugak anak yang first tu lelaki ke perempuan.Kalau perempuan juga,tak terasa sulung,orang selalu panggil angahkan..tapi jika 'akak' ialah anak perempuan sulung,memang karakter anak2 sulung boleh ada..:senyum:

    Pendapat sayalah,sebab saya anak perempuan sulung walaupun anak kedua..anak yang tengah2 ni biasa2..yang hujung2 ni manja sikit :senyum:..

    Adik saya panggil saya kaklong.Bila tiba masa abang akan kahwin nanti,semua fikir nak panggil apa kat saya sebab title kaklong nanti adalah isteri abang long..Jadi saya kena tukar title kah?Adeke dorang cakap panggil saya 'alang'..:senyum:..rasa nak tergelakje.Saya cakap kat emak tak payah nak kecoh2,perbesarkan hal kecilni,ini panggilan aje.Dah dipanggil sampai besar tiba2 nak tukar kepelikan pulak..dah sebati dengan panggilantu.Walau tak macam kakak pun kadang2ken..I said no way,tak mahu tukar.Yang penting yang tua dihormati,yang muda disayangi..peace.. :senyum: -)
    « Last Edit: 23 July, 2012, 12:57:08 PM by Nurul Nawar »

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #7 23 July, 2012, 01:09:06 PM
  • Publish Di FB
  • kak robhun,pendapat saya kalau no.2 daripada sembilan kira antara yang sulunglah jugaktu..Tapi kena tengok jugak anak yang first tu lelaki ke perempuan.Kalau perempuan juga,tak terasa sulung,orang selalu panggil angahkan..tapi jika 'akak' ialah anak perempuan sulung,memang karakter anak2 sulung boleh ada..:senyum:

    Pendapat sayalah,sebab saya anak perempuan sulung walaupun anak kedua..anak yang tengah2 ni biasa2..yang hujung2 ni manja sikit :senyum:..

    Adik saya panggil saya kaklong.Bila tiba masa abang akan kahwin nanti,semua fikir nak panggil apa kat saya sebab title kaklong nanti adalah isteri abang long..Jadi saya kena tukar title kah?Adeke dorang cakap panggil saya 'alang'..:senyum:..rasa nak tergelakje.Saya cakap kat emak tak payah nak kecoh2,perbesarkan hal kecilni,ini panggilan aje.Dah dipanggil sampai besar tiba2 nak tukar kepelikan pulak..dah sebati dengan panggilantu.Walau tak macam kakak pun kadang2ken..I said no way,tak mahu tukar.Yang penting yang tua dihormati,yang muda disayangi..peace.. :senyum: -)

    tu la kan... patutnya tengah2 yang no 4 or 5...:senyum:... yang sulung arwah kakak. so, akak digelar angah. after dat no 3 sampai no 7 lelaki. then no 8 & 9 barulah perempuan semula. so, kira akak ni tengah la ye nurul nawar... ceria*

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1377
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Jawab #8 23 July, 2012, 01:14:49 PM
  • Publish Di FB

  • tu la kan... patutnya tengah2 yang no 4 or 5...:senyum:... yang sulung arwah kakak. so, akak digelar angah. after dat no 3 sampai no 7 lelaki. then no 8 & 9 barulah perempuan semula. so, kira akak ni tengah la ye nurul nawar... ceria*

    Sekarang ni akak yang sulung sudah tiada,akak ni dah jadi 'sulung' lahni..:senyum:

    p/s:oh,,patutlah 'rock'.Banyak lelaki ni dalam keluarga..:senyum:

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Jawab #9 23 July, 2012, 01:22:31 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum

    Saya anak tengah... Bila baca karekter tu ada juga yang kena, suami saya juga anak tengah :-)
    Anak tengah ni selalu memendam raa dan perasaan... Betul tak? Dulu masa kecik bila saya gaduh dengan adik mak akan marah saya, katanya saya ni kakak so kena mengalah. Bila gaduh dengan kakak pun mak marah saya sebab katanya saya ni adik kena mengalah dengan kakak... Hihihihi.... Macam tu kot peranan anak tengah ni kan... Mengalah dan mengalah :-)

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #10 23 July, 2012, 01:28:42 PM
  • Publish Di FB

  • tu la kan... patutnya tengah2 yang no 4 or 5...:senyum:... yang sulung arwah kakak. so, akak digelar angah. after dat no 3 sampai no 7 lelaki. then no 8 & 9 barulah perempuan semula. so, kira akak ni tengah la ye nurul nawar... ceria*

    Sekarang ni akak yang sulung sudah tiada,akak ni dah jadi 'sulung' lahni..:senyum:

    p/s:oh,,patutlah 'rock'.Banyak lelaki ni dalam keluarga..:senyum:

    tak sulung jugak nurul nawar sebab tetap dipanggil angah. even masa jadi isteri dulu pun suami panggil angah..:senyum:... dan adik2 lelaki macam abang sebab mereka semua tinggi n besar dari akak. adik2 perempuan pun slalu orang ingat kakak kepada akak... dan anak2 akak orang ingat anak sedara or adik... terkejut*

    p/s ; rock sebab dulu2 tak reti sangat kawan ngan budak perempuan. arwah kakak lemah lembut. so, fikir2, aku kena rock r...:senyum:

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Jawab #11 23 July, 2012, 01:29:56 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum

    Saya anak tengah... Bila baca karekter tu ada juga yang kena, suami saya juga anak tengah :-)
    Anak tengah ni selalu memendam raa dan perasaan... Betul tak? Dulu masa kecik bila saya gaduh dengan adik mak akan marah saya, katanya saya ni kakak so kena mengalah. Bila gaduh dengan kakak pun mak marah saya sebab katanya saya ni adik kena mengalah dengan kakak... Hihihihi.... Macam tu kot peranan anak tengah ni kan... Mengalah dan mengalah :-)

    abah selalu pesan mengalah tak bererti kita kalah... baguss

    cheksue89

    • *
    • Posts: 288
    • SABAR Yo!
      • View Profile
    Jawab #12 23 July, 2012, 01:52:46 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum

    Saya anak tengah... Bila baca karekter tu ada juga yang kena, suami saya juga anak tengah :-)
    Anak tengah ni selalu memendam raa dan perasaan... Betul tak? Dulu masa kecik bila saya gaduh dengan adik mak akan marah saya, katanya saya ni kakak so kena mengalah. Bila gaduh dengan kakak pun mak marah saya sebab katanya saya ni adik kena mengalah dengan kakak... Hihihihi.... Macam tu kot peranan anak tengah ni kan... Mengalah dan mengalah :-)

    uit.:ketawa:...saya pun terasa jugak......kadang-kadang sekarang nipun walau pas kawen asyik macam tu jgk.uhu
    'wahai hati,bersabarlah.."

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    3808 Views
    Last post 24 December, 2008, 11:15:37 PM
    by halawah
    14 Replies
    4450 Views
    Last post 25 January, 2009, 05:58:47 PM
    by beruang
    1 Replies
    652 Views
    Last post 13 July, 2010, 11:06:07 AM
    by fakirsufi