Forum > Mistik

Sihir

<< < (22/31) > >>

5zul:

--- Quote from: ctleenly on 25 March, 2011, 03:54:29 PM ---
--- Quote from: nazri0070 on 25 March, 2011, 02:48:46 PM ---
--- Quote from: ctleenly on 25 March, 2011, 10:41:56 AM ---Nak tanya,betul ke ada orang yang disihir ni tidak sedar perbuatan diri sendiri.contohnya terheret ke lembah maksiat....

--- End quote ---
Bagi saya tak betul...maksiat tu keinginan nafsu. Allah anugerahkan akal, pilihlah mana yang Allah redai...

--- End quote ---

saya pun cuma dengar dari orang-orang tertentu,kesahihahanya tu saya tak pasti.orang kata,ada benda "tumpang" dalam badan.wallahualam..

--- End quote ---
Disihir atau tersihir pada diri benar lah tue....


SIHIR
·         MAKSUD
-            ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia
 
·         CONTOH
-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus
 
·         PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-           ada perasaan benci terhadap seseorang
 
·         CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
-           mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
-           menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
-           tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut
 
·         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
-            merosakkan akidah dan membatalkan iman
-            memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
-            hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan
 
·         HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara
-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar
 
·         CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah
 

oleh kerana diri sendiri tidak mahu kan kebaikkan daripada kejahatan.....
melainkan diri itu sendiri mengerti arah tuju kehidupan yg mana harus di kuasaiNya....
Pintu Nafsu pun di jadikan ALLAH ada tujuh jalan....

pokok pangkalNya Keimanan..... (Senyum)-

5zul:

--- Quote from: nazri0070 on 25 March, 2011, 02:54:19 PM ---
--- Quote from: sha ira on 25 March, 2011, 01:15:43 PM ---Assalamualaikum....
Mintak pandangan dari kawan-kawan semua. Malam tadi saya temankan kakak ke darussyifa, katanya kepala dia blur. Kadang2 ingt, kadang2 x ingt. Masa ustaz baca ayat2 Quran, saya rasa lain macam. Kepala sakit yang amat, lepas tu sendawa angin kuat sangat. Kakak rileks je.. lepas tu dia suruh saya plak yang duduk sebelah ustaz. Macam-macam yang ustaz baca. Bila saya dengar je ustaz cakap "ada orang berkenan ni kat ko", terus saya tak boleh kawal prasaan. Airmata mengalir... tangan lenguh, kebas, sakit... rasa seperti ada sesuatu yang menarik tangan macam nak tercabut. Tangan gerak sendiri kedepan, berenti betul2 atas kedua lutut saya (saya duduk atas kerusi). Mata plak terpejam, puas saya cuba bukak mata tapi tak boleh. Dalam masa yang sama, badan saya menggigil. Saya rasa diri saya berada di satu tempat yang tak pernah saya pergi. Kat situ saya nampak sorang lelaki yang dikenali (kawan lama). Tangisan saya makin kuat, prasaan terkilan dan sedih tiba2 muncul dalam diri. Ustaz seolah-olah mengerti apa yang saya rasa. Dia tanya, "rasa sedih ke?" Tangan kebas lagi ke x? Lepas tu baru saya boleh bukak mata. Rasa macam mimpi je. Badan rasa letih... berdebar... balik rumah, saya mandi dengan air yang ustaz bagi. Baru rasa tenang.. badanpun rasa ringan. Sebenarnya dah lama saya sakit kepala yang teruk, kadang2 sampai muntah2.
So kepada yang arif tentang perkara macam ni, adakah besar kemungkinan saya disihir? Lelaki yang saya nampak tu adalah kenalan lama saya. Dia pernah menyuarakan hasrat untuk masuk meminang, tapi saya menolak. Sekarang hubungan kami teramat jauh. Dia seringkali memaksa saya supaya terima dia sebagai suami. Kadang-kadang saya rasa tertekan, serabut.. Pernah saya mintak dia lepaskan saya sepenuh hati dia, izinkan saya hidup bahagia seperti insan lain. Dia cakap " mintak maaf, saya tak boleh penuhi permintaan awak, sampai matipun hanya awak dihati saya". Ya Allah... betapa jahilnya dia dalam berkata-kata. Tapi saya tak mampu buat apa-apa selain diamkan diri dan jauhkn diri dari dia.

--- End quote ---

Usah dikenang dirinya yang anda dah 'reject'. Jangan dibiar kata-katanya (lelaki yang berkenan) itu menguasai pemikiran dan hati. Bagi pihak lelaki itu, biarlah dia nak letak diri anda dalam hatinya sampai matipun. Itu hak dan perasaan dia. Bagi anda pula, selalulah mengingati Allah dengan istighfar, selawat, solat-solat sunat dan baca quran...Insya Allah...

--- End quote ---
Benar kata tuan naz.... bila di kenangkan perkara jahil akan mengusai....
maksudnya... di kalangan jin kafir akan mengusai Minda jiwa kamu..... Jauhi Prasangkaan buruk ...
sebenar nya diri kamu di buaikan mainan ketakutan bila kamu keseorangan.... (Senyum)-
luah kan minda lepaskan minda... jauhi kan Diri daripada apa yg di murkan.... Insyallah Diri akan menjadi lebih yakin... oleh itu letak kan keyakinan Iman itu pada Diri... dekat kan Diri Dengan ALLAH - Insyallah sihir ke apa benda ker akan jauhi tubuh Adam yg di muliakan... (Senyum)- bila diri berzikir menginati akan perintah ALLAH Insyallah malaikat akan menjaga mu... malahan berzikir untuk diri kamu...
wawaualam... (Senyum)-

lislam:
 :)
antara doa atau amalan yang boleh diamalkan untuk mengelakkan sihir...insyaallah
Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;


1. Baca doa berikut:


Inilah amalan yang diterima oleh syarak.


“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”


2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.


Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

Aribill:
Sekadar ingin kongsi pengalaman saya. Akhir zaman ni terutama tahun 90an ke atas, amalan sihir-menyihir hidup balik. Zaman 70an dulu selepas peristiwa 13 Mei 1969, saya masih ingat ketika itu masyarakat melayu takjub dengan silat-silat ni, kiai-kiai, amalan pedang terbang. Almaklum lepas berperang, anak-anak muda semuanya minat dengan persilatan dan disinilah bermula nya juga ciri-ciri kesyirikan dengan amalan-amalan tertentu seperti dampingan melalui kaedah menyeru, mentera serta penggunaan barang-barang mistik kononnya dapat memberi kekuatan yg luar biasa.

-Hari ini amalan sihir jadi bisnes. Sebagai contoh kaedah amalan Santau boleh diajar dan diamalkan dengan bayaran tertentu. Lain guru lain kaedah amalan santau, ada yang seru akuan nya dalam liang lahad, guna ikut matahari seperti santau siam, ada santau guna rasmi binatang, diletakkan ibu santau pada diri mangsa, dituju dari jauh, sebab tu ada yang kena santau angin/seru khususnya susah hendak sembuh, kalau rasa kurang atau hampir sembuh nanti dituju nya lagi, sebab kita maklum orang yang mengamalkan santau mesti buang kan santaunya. Kalau dia tak buang santaunya, dia dgn keluarga dia makan diri (kenapalah cari ilmu yang mnyusahkan diri). Orang yang mengubat tadi kena siasat dimana ibu santaunya dulu. Dicari samada dalam tubuh mangsa atau disimpan pada penyihir itu sendiri.
-Amalan minyak Dagu yang terkenal di selatan Siam seperti di Betong, penggal kepala orang khusunya budak yang datang dari keluarga miskin, cacak atas kayu, bakar dagu, letak botol bawah dagu dan sami tu seru sampai terbukak mata dan bercakap, disini syaitan tu dah sampai, minyak dagu ada gred lagi. Ada tu sampai RM10,000 pun ada. Orang yang ada minyak dagu ni mesti balut dgn tanah kalau nak simpan dalam rumah kalau tidak disambar petir.
-Ada pulak tu guna patung (voodoo), amalan di kalangan orang Jawa ni ada saya jumpa guna limau, tengkorak manusia, tengkorak kepala kerbau, patung berbentuk orang ni dibungkus dengan kain hitam yang direndam dgn darah anjing hitam yang dibunuh dan diseru setiap malam jumaat, atau bulan kosong, sebut je nama orang tu, kalau ada gambar lagi cepat kena, titikkan darah dgn limau purut dan jarum. Siapa yang disihir kaedah ni, biasanya lumpuh, sendi2 dipaku/jarum/, selera makan/syahwat disekat dan patung tadi dihanyut ke sungai/laut. Menderita tiada kesudahan mangsa.
-Permainan sihir orang asli ada yang susah untuk diubati sebab induk yang digunakan tidak ditanam atau dihanyutkan ke sungai atau laut tapi digantung atas pokok seperti pokok kelapa. Diikat dan penyihir ni akan seru setiap malam, tak boleh kencing, berak sampai kembung perut macam nak pecah, selagi tak dijumpa induknya selagi itulah mangsa menderita.


Biar apa pun kaedah sihir digunakan iblis/jin/syaitan, keyaqinan kita kepada Allah swt lah yang amat-amat penting. Ada orang yang mengamalkan amalan tertentu tapi kena jugak kadangkala. Ini yang menyebabkan keimanan tu dibisik2 syaitan. Mulalah kita tadi rasa sangsi.was-was, dengan iman kita sendiri. Siapa yang pernah kena sihir ni tentu tahu macamana pengalamannya.

Pentingnya kita berguru dengan guru yang benar-benar boleh membimbing kita untuk mencapai darjat sebagai raja manusia (Malikin Nas - Surah An-Nas:2), yang boleh memerintah jin syaitan ni tadi.  Bukan tak bagus amalan-amalan ikut buku atau kitab2 tertentu tapi setiap amalan yg ampuh sebagai senjata datang dari guru yang mengijazahkan kepada kita. Sepertimana Rasullulah saw dari Jibroil as dan para sahabat dari Rasulullah saw dan bgitulah turutannya. Barangkali kita wajib bertanya kepada diri sendiri mengenai sejarah Nabi besar kita Muhammad s.a.w, kenapakah beliau di arah ke Gua Hira', apakah tujuan utama nya beliau bertahnut?. Disinilah Rasullullah saw mendapat didikan keagungan ilmu Allah swt mengatasi iblis/jin/syaitan tadi. Gedung Ilmu Allah swt itu amatlah luas, bukan hanya dengan satu corak dan bentuk, ibarat beras yang dah dimasak menjadi nasi, boleh dicipta resepinya dengan berbagai nama nasi dagang, nasi ayam, nasi paprik, nasi goreng cina, nasi lemak, nasi berlauk, nasi kukus dll.

"Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada satu pun makhluk bergerak melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus" - Hud:56

Sekadar berkongsi bersama.

ctleenly:

--- Quote from: 5zul on 25 March, 2011, 06:26:50 PM ---
--- Quote from: ctleenly on 25 March, 2011, 03:54:29 PM ---
--- Quote from: nazri0070 on 25 March, 2011, 02:48:46 PM ---
--- Quote from: ctleenly on 25 March, 2011, 10:41:56 AM ---Nak tanya,betul ke ada orang yang disihir ni tidak sedar perbuatan diri sendiri.contohnya terheret ke lembah maksiat....

--- End quote ---
Bagi saya tak betul...maksiat tu keinginan nafsu. Allah anugerahkan akal, pilihlah mana yang Allah redai...

--- End quote ---

saya pun cuma dengar dari orang-orang tertentu,kesahihahanya tu saya tak pasti.orang kata,ada benda "tumpang" dalam badan.wallahualam..

--- End quote ---
Disihir atau tersihir pada diri benar lah tue....


SIHIR
·         MAKSUD
-            ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia
 
·         CONTOH
-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus
 
·         PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-           ada perasaan benci terhadap seseorang
 
·         CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
-           mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
-           menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
-           tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut
 
·         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
-            merosakkan akidah dan membatalkan iman
-            memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
-            hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan
 
·         HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara
-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar
 
·         CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah
 

oleh kerana diri sendiri tidak mahu kan kebaikkan daripada kejahatan.....
melainkan diri itu sendiri mengerti arah tuju kehidupan yg mana harus di kuasaiNya....
Pintu Nafsu pun di jadikan ALLAH ada tujuh jalan....

pokok pangkalNya Keimanan..... (Senyum)-

--- End quote ---

terima kasih info detail tu en 5zul....

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version