Apakah ada manusia yang sempurna?

Author Topic: Apakah ada manusia yang sempurna?  (Read 4409 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ain

  • *
  • Posts: 432
  • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
    • View Profile
28 May, 2007, 07:12:22 PM
  • Publish Di FB
  • Pertanyaan:

                Apakah ada manusia yang sempurna?

     

    Jawapan:

                Tiada manusia yang sempurna, kerana setiap orang mempunyai kelemahan. Seseorang yang beriman, tentu mempunyai kesalahan dan memiliki sifat buruk yang sukar dihilangkan. Tiada orang Mukmin yang murni atau sempurna.

                Pandangan orang jarang ditujukan pada hal-hal yang berada di pertengahan antara dua hal yang berdekatan. Bagi seseorang sesuatu itu warnanya putih saja, sebahagian yang lain hitam saja, mereka lupa adanya warna yang lain, tidak putih dan tidak pula hitam.

                Nabi saw. pernah bersabda kepada Abu Dzar r.a., beliau bersabda, "Engkau seorang yang masih ada padamu sifat Jahiliyah." Abu Dzar adalah seorang sahabat yang utama, termasuk dari orang-orang pertama yang beriman dan berjihad, akan tetapi masih ada kekurangannya.

                Juga di dalam Shahih Bukhari diterangkan oleh Nabi saw.:

                "Barangsiapa yang meninggal bukan kerana melakukan jihad dan tidak dirasakannya (tidak ingin) dalam jiwanya maksud akan berjihad, maka dia mati dalam keadaan sedikit ada nifaknya."

                Abdullah bin Mubarak meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a. yang mengatakan seperti berikut:

                "Seorang Mukmin itu permulaannya tampak sedikit putih dalam kalbunya; setiap kali iman bertambah, maka bertambah putihlah kalbu itu. Begitu seterusnya, hingga kalbunya menjadi putih semua. Begitu juga kemunafikan, pertama ada tanda-tanda hitam dalam kalbunya; dan setiap melakukan kemunafikan, maka bertambah pula hitamnya, sampai hatinya menjadi hitam semua. Demi Allah, jika dibuka hati seorang Mukmin, maka tentu tampak putih sekali; dan jika dibuka hati orang kafir, maka tentu tampak hitam sekali."

                Ini bererti seseorang tidak dapat sekaligus menjadi sempurna imannya atau menjadi munafik, tetapi kedua hal itu bertahap, yakni sedikit demi sedikit.
       

     

    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Jawab #1 28 May, 2007, 10:25:22 PM
  • Publish Di FB
  • Tiada manusia yang sempurna, kerana setiap orang mempunyai kelemahan. Seseorang yang beriman, tentu mempunyai kesalahan dan memiliki sifat buruk yang sukar dihilangkan. Tiada orang Mukmin yang murni atau sempurna.

    yang sempurna adalah ALLAH SWT
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Jawab #2 27 September, 2007, 11:23:35 AM
  • Publish Di FB
  • sempurna dalam erti hakikat sebenar adalah sempurna yg tiada cacat celanya mahupun sebarang kekurangan...ALLAH MAHA SEMPURNA...

    imnahzil

    • *
    • Posts: 46
      • View Profile
    Jawab #3 14 March, 2008, 11:32:02 AM
  • Publish Di FB
  • semua manusia ada kelemahan masing-masing..dah fitrah Allah jadikan manusia begitu.tapi sbg manusia yg berakal kita harus tahu menilai baik buruk sesuatu perkara..jgn jadikan kelemahan itu satu alasan untuk kita tidak berjaya di dunia & akhirat..
    jika x dpt apa yg kita suka,belajarlah menyukai apa yg kita dpt & bersyukurlah dgn apa yg kita ada.

    nur_inlife

    • *
    • Posts: 92
    • salam ukhwahfillah untuk semua...
      • View Profile
    Jawab #4 09 August, 2009, 05:32:35 PM
  • Publish Di FB
  • Manusia tidak akan adanya yang sempurna kecuali dengan izin dari Yang Esa...

    Wahai setiap diri yang sentiasa diperhati,
    Wahai setiap diri yang berhajat kebahagiaan hakiki,
    Wahai hati yang mengasihi dan dikasihi,
    Sama-sama kita mulai pagi ini dengan doa;
    "Ya Allah, aku terjaga olehMu dalam nikmat,'afiat(keselamatan dari bencana),dan terjaganya rahsia dosa-dosaku, maka sempurnakanlah nikmatMu,'afiatMu dan penjagaanMu itu atasku dunia dan akhirat".Amin.

    Saban hari kita lalui berbagai ragam kehidupan, sangat teruja iman dan taqwa kita...
    dari itu jiwa perlu terus diperingatkan...
    Mari kita renungi dialog yang berlangsung antara Rasulullah SAW dengan seorang hamba
    Allah yang sangat ingin mencapai kesempurnaan dalam hidupnya, seperti berikut: Sebagaimana diriwayatkan oleh Khalid al-Walid r.a, pada suatu hari, datang seorang
    badwi menemui Rasulullah lalu berkata, "Wahai Rasulullah, aku datang untuk bertanya beberapa perkara mengenai kehidupan dunia dan akhirat?" Maka jawab Rasulullah, "Tanyalah apa saja yang kamu mahu...".
    (berikut merupakan petikan soal jawab tersebut)

    B: Ya Rasulullah, bagaimana saya boleh menjadi manusia yang paling berilmu?
    R: Bertakwalah kepada Allah dan kamu akan menjadi manusia yang paling berilmu.

    B: Saya ingin menjadi manusia yang terkaya di dunia...
    R: Didiklah hati supaya sentiasa berasa cukup dengan harta dunia, kamu akan menjadi
    manusia terkaya.

    B: Saya ingin menjadi manusia terbaik di dunia...
    R: Buatlah kebaikan pada orang lain, kamu akan menjadi manusia yang terbaik. Beramallah
    seolah-olah kamu melihat Allah, dan jika kamu tidak melihat-Nya, yakinlah bahawa dia
    melihat kamu.

    B: Saya ingin menjadi manusia yang paling adil...
    R: Berbuat adil kepada orang lain sebagaimana anda mahu diri anda diperlakukan.

    B: Saya mahu menjadi manusia yang paling dikasihi Allah...
    R: Lakukan apa yang Allah sukai dan kamu akan menjadi manusia yang paling dikasihi-Nya

    B: Saya mahu memiliki iman yang sempurna...
    R: Iman yang sempurna dilihat melalui akhlak yang sempurna.

    B: Saya mahu bersihkan semua dosa saya...
    R: Bersihkan diri kamu daripada semua karat-karat jahiliah, dan kamu akan dibersihkan
    dari semua dosa. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar diampunkan segala dosa.

    B: Saya mahu dibangkitkan di akhirat dengan tubuh yang bercahaya...
    R: Jangan zalimi diri kamu dan orang lain dan kamu akan dibangkitkan dalam keadaan yang
    bercahaya.

    B: Saya mahu Allah mengurniakan kasih-Nya ke atas saya...
    R: Kasihilah orang lain dan kamu akan dikasihi di akhirat kelak.

    B: Saya mahu menjadi manusia yang paling dihormati di dunia...
    R: Jika kamu tidak menyakiti hati seorang mahkluk, kamu akan dihormati di dunia ini.

    B: Saya mahu menjadi manusia yang terkuat di dunia...
    R: Yakinlah kekuatan Allah dan kamu akan menjadi manusia yang terkuat.

    B: Saya mahu doa saya diterima...
    R: Tingallah apa yang Allah larang nescaya doa kamu akan dimakbulkan.

    B: Saya tidak mahu mendapat kehinaan dari Allah di hari pembalasan nanti...
    R: Jagalah kesucian dirimu dan maruah kamu dan jangan membuka aib orang lain.

    B: Apakah yang boleh menghapuskan dosa-dosa saya?
    R: Air mata keinsafan, merendah diri dan sabar ketika ditimpa musibah.

    B: Apakah sikap yang keji pada pandangan Allah?
    R: Panas baran dan sentiasa tergopoh-gapah

    B: Apakah yang boleh menghindarkan kemarahan Allah di dunia dan di akhirat nanti?
    R: Rahsiakan kebaikan dan kebajikan yang kamu lakukan dan berbuat baiklah kepada kaum
    kerabat.

    B: Apa yang boleh menghindarkan kita dari api neraka?
    R: Bersabar ketika ditimpa bencana dan musibah.
    Allah aku rindu Kamu....

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #5 09 August, 2009, 07:12:31 PM
  • Publish Di FB
  • sempurnalah dia mendapat anugerah tertinggi dari Allah, iaitu pada hari ini AKU redhalah Islam menjadi cara hidup kamu, dan pada muhammad itu AKu redhalah dia menjadi ikutan kamu, >> dia kan maksum, sempurnalah dia, lagi pula dia kekasih Allah, sempurnalah bila diri di kasihi Allah, tanda kecintaan yg amat padaNya < ala kan tuhan dan maafkan tuan? yala tapi tak bulih kaa aku nak bermesra dgn Rabbku, sempurna mana yg kita mahu, mahukan sempurna iman, apabila dapat mencintai Allah dan Rasulnya melebihi daripada selainnya

    sempurna bagaimana yg kamu mahu

    kamu selalu kata, ala, kan ke dia nabi, rasul, utusan Allah

    habis tu tak pernah ke dengar, aku pun manusia, aku puasa, aku berbuka, aku tidur, aku ibadah, seperti manusia biasa juga............. jika mahu sempurna, Dengar dan Taatlah.

    masa hidup terasa panjang, tak kan la tak sempat nak amalkan segala yang dia amalkan? carilah Ilmu, dan dengan Ilmu ketuhanan itu dapatlah .......................tapi takkan nak hebohkan kebolehan kita, diam diam udahlaa, manusia penuh prasangka, takperlah, Allah mengetahui

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 276
      • View Profile
    Jawab #6 09 August, 2009, 07:33:26 PM
  • Publish Di FB
  • hi...
    sesungguhnya kita diwujudkan di muka bumi ini atas tujuan yang hanya Allah yang tau.namun apa yang pasti kita dihidupkan adalah sebagai bukti kebesaran kuasa Allah yang maha sempurna. kerana izin Allah juga lah kita mendapat apa yang kita miliki pada hari ini.namun tidak pernah pun kita bersyukur dengan seikhlas hati atas kurniaan Allah beri.malah kita merungut jika Allah tarik sedikit nikmat di dunia ini. Mula lah merasakan Allah tidak adil sedangkan Allah telah kurniakan begitu banyak nikmat di dunia ini.Ya Allah...jauhkan daripada bisikan syaitan yang membuatkan kami alpa terhadap kurniaan Mu.Amin..
    Berkhidmat untuk Allah,Negara dan Bangsa!!!Allahuakbar!!!

    ruhani

    • *
    • Posts: 229
    • http://www.youtube.com/watch?v=Zcrsfg-EeqM
      • View Profile
    Jawab #7 09 August, 2009, 08:56:23 PM
  • Publish Di FB
  • sempurnalah dia mendapat anugerah tertinggi dari Allah, iaitu pada hari ini AKU redhalah Islam menjadi cara hidup kamu, dan pada muhammad itu AKu redhalah dia menjadi ikutan kamu, >> dia kan maksum, sempurnalah dia, lagi pula dia kekasih Allah, sempurnalah bila diri di kasihi Allah, tanda kecintaan yg amat padaNya < ala kan tuhan dan maafkan tuan? yala tapi tak bulih kaa aku nak bermesra dgn Rabbku, sempurna mana yg kita mahu, mahukan sempurna iman, apabila dapat mencintai Allah dan Rasulnya melebihi daripada selainnya

    sempurna bagaimana yg kamu mahu

    kamu selalu kata, ala, kan ke dia nabi, rasul, utusan Allah

    habis tu tak pernah ke dengar, aku pun manusia, aku puasa, aku berbuka, aku tidur, aku ibadah, seperti manusia biasa juga............. jika mahu sempurna, Dengar dan Taatlah.

    masa hidup terasa panjang, tak kan la tak sempat nak amalkan segala yang dia amalkan? carilah Ilmu, dan dengan Ilmu ketuhanan itu dapatlah .......................tapi takkan nak hebohkan kebolehan kita, diam diam udahlaa, manusia penuh prasangka, takperlah, Allah mengetahui

    Nabi SAW ada lah contoh terbaik ,baginda melihat manusia dgn hati nurani,melihat allah dahulu baru melihat manusia,beliau tak kira musoh atau tidak,islam atau bukan ...setiasa berbaik sangka.
    tapi yg tknak hebohkan tu kenape pulak?kebolehan yg ada jangan lah lokek...:senyum:..prasangka atau tidak kan itu urusan allah,jika encik dol_bendol ada ilmu yg nak sampaikan boleh lah kongsi....

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #8 09 August, 2009, 09:07:29 PM
  • Publish Di FB
  • Ilmu ibarat lautan luas, pi lautan jari telunjuk cucuk dalam lautan, angkat balik, apa yg lekat, sat aja pastu kering.

    Ilmu yang telah tertulis di buku, umpama , air laut yg telah di rawat, isi dalam tangki.

    jadi ilmu yg di lautan tu, penuhla prasangka, takut dgn laut dalam, ombak tu sahih dah, tetapi takutla kot ada makhluk, ular ke boya ke, atau raksasa apa tahla, lalu mcm mcm cerita, yg Dajal di ujung dunia atas satu peta telah d jumpai yahudi satu zaman nabi, zaman kita tak tahu di mana, lihat dgn satelit pun tak nampak, lalu banyaklah prasangka

    itu pasal Guru pesan, jangan cerita, nanti timbul fitnah, maafkan mereka belum mengetahui. cth bab Mukjizat nabi, boleh idak manusia pelajari. jika tak leh, kenapalah duk baca wahyuNya, itu al Quran juga mukjizatnya, namun berapa ramai memahami, sehinggakan ulamak, pesan, janganla memandai mandai menafsir.

    tanya jepun pasai apa maju, jepun kata kami ambil ayat khat, yg terpampang dalam kilang di malaysia.
    tanya korea, depa kata belajar dari ayat quran juga

    kenapa kita rata rata pengguna, apa yg kita dah cipta, buat kereta nasional pun, banyak pinjam dan pasang aja.

    jika sendiri nak tahu, marilah bertamu
    dengar sendiri
    tanya
    dah tu, puaskan hati, berila soalan
    soalan demi soalan, agar dapat ketentuan fikiran
    jika pastu timbul kehendak, mahukan, kabarkan, inshallah
    takira agama apa, takira nama apa, takira bangsa apa, semuga dgn Ilmu dapatlah ingatkan Tuhan, dan mahukan ketengan dgnNya, dan makin dekatiNya

    sekianlah gambarannya

    hasin

    • *
    • Posts: 884
      • View Profile
    Jawab #9 09 August, 2009, 09:31:35 PM
  • Publish Di FB
  • Dalam ilmu tasauf, ada dibincangkan soal Insan Kamil iaitu manusia yang sempurna. agak rumit perbicaraannya. bolehlah rujuk kitab tasauf yg muktabar.
    1-ammarah
    2-lawwamah
    3-mulhamah
    4-muthmainnah
    5-radhiah
    6-mardhiah
    7-kamil (mukammil)

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1365
      • View Profile
    Jawab #10 09 August, 2009, 09:47:39 PM
  • Publish Di FB
  • Jika sedang menuju ke hadapan ...sedarkan kita ?
    sedangkan apa yg dilakukan akan tertinggal ke belakang .... sedarkan kita ?
    begitu jugak apa yg di kiri kanan kita
    sama sedar @ tidak .... hendaklah dilalui ketentuan-NYA
    sempurnakan pengerakan @ akhlak dalam melalui masa sebaik mungkin
    ikut perintah Allah dan Nabi SAW
    manusia yg sempurna iman sebagai Islam takkan melaknat manusia lain yg berbuat silap
    doa2kanlah ... baik hati maka baiklah semua anggota2 lain ... maksud Hadis

    firad96

    • *
    • Posts: 253
    • Mencari Keredaan -Mu
      • View Profile
    Jawab #11 10 August, 2009, 07:46:06 AM
  • Publish Di FB
  • Saya rasa tiada manusia yang sempurna kerana setiap orang mempunyai kelemahan. Bukan sahaja pasal muka kita yang cantik atau tidak cacat penglihatan. KALAU KITA HENDAK MENJADI MANUSIA YANG SEMPURNA KITA PERLULAH  BERIBADAT KEPADA ALLAH S.W.T..Maafkan saya kita saya tersalah sebut, semoga ALLAH mengampuni dosa saya. Ammin
    Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #12 10 August, 2009, 09:07:57 AM
  • Publish Di FB
  • yg maksum ada 5, bukankah sempurna begitu, adakah bukan manusia, tulaa jangan tengok lain orang, tapi tengokla diri sendiri, semuga mahulah berusaha, menambah baik, selalu update, senantiasa, muga sampai sempurna lah di download segala yang dari Dianya

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1047 Views
    Last post 21 October, 2012, 09:50:34 PM
    by Nurul Nawar
    2 Replies
    2027 Views
    Last post 12 October, 2010, 09:40:43 AM
    by LAN
    11 Replies
    7363 Views
    Last post 12 September, 2013, 06:30:50 PM
    by 5zul