Ikan Goreng Tiga Rasa

*

Author Topic: Ikan Goreng Tiga Rasa  (Read 54923 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

09 September, 2008, 03:14:12 PM
  • Publish
  • IKAN 3 RASA

    Bahannya
    1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
    Tepung jagung [untuk salut ikan]
    1 labu bawang besar ] mayang
    2 ulas bawang putih ]
    1 s/b halia
    Minyak untuk goring ikan

    Bahan Sos
    ½ cawan sos tomato
    3 s/b sos cili
    3 s/b sos tiram
    3 s/b air
    1 s/k gula

    Bahan Hiasan
    1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
    2 biji cili merah ]
    2 biji cili hijau ] mayang
    2 biji buah tomato [belah 4

    Cara
    1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
    2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
    3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
    4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
    5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.
     SELAMAT MENCUBA

    Reply #1 02 May, 2009, 09:35:58 AM
  • Publish

  • Siakap Tiga Rasa

    Bahan-bahan

    Ikan siakap } dikelar banyak-banyak, dilumur dengan garam, kunyit dan tepung jagung dan digoreng rangup sampai ke tulang.
    Bawang putih – tumbuk kasar
    halia - hiris halus

    Bahan Sampingan, dipotong dadu

    Timun
    Nenas
    Tomato
    Cili bangla
    Sos cili
    Sos tomato
    Sos tiram
    Kicap manis
    Cuka
    Tepung jagung untuk pekatkan kuah
    Air
    Garam

    Hiasan

    Carrot – dihiris halus
    Daun sup
    Daun Ketumbar
    Batang daun bawang
    Cara Membuatnya
       1.      Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
       2.      Masukkan sos cili,tomato,tiram,kicap dan petis udang. Kacau.
       3.      Masukkan air yang dicampur tepung jagung untuk memekatkan kuah.
       4.      Masukkan bahan sampingan tadi dan tunggu hingga masak.
       5.      Curahkan  ke atas ikan dan hiaslah ikan itu kasi menggoda sikit.

    Makanlah panas-panas sementara ikan masih rangup dan garing hingga ke tulang. Jangan lupa gigit cili padi tu lagi pedas lagi sedap.


                                       
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #2 29 September, 2010, 03:21:41 PM
  • Publish
  • Bahan-bahannya:

    1 ekor ikan, disiang,dibersihkan dan diperap dengan garam dan kunyit
    2 ulas bwg merah
    2 ulas bwg putih
    Sedikit halia
    1 biji bwg besar dipotong bulat
    3 ulas cili merah
    1 biji tomato,dipotong kecil
    1 biji lada benggala hijau,dipotong memanjang
    3 sudu besar sos tomato
    2 sudu besar sos cili
    1 sudu besar gula
    Sedikit sos ikan
    Sedikit belacan
    Sedikit daun kucai

    Cara-caranya:

    Ikan digoreng hingga garing.
    Angkat dan letakkan di atas pinggan menghidang.
    Dengan menggunakan sedikit minyak gorengan ikan tadi, tak payah letak banyak, nanti hati kita tersumbat, tumis bwg merah,bwg putih,halia dan cili merah hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tomato,lada benggala,bawang besar dan daun kucai.
    Kacau hingga kuah memekat dan perasakan agar ketara manis,masin dan masamnya.
    Apabila sudah agak mendidih,masukkan sayuran dan akhir sekali daun kucai.
    Tuangkan kuah ke atas ikan dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
    I am proud to be a MUSLIM

    Reply #3 29 September, 2010, 08:43:42 PM
  • Publish
  • nazzmie mesti pandai masak kn???

    ni nak tanya mcm mana nak buat kuah yong tau fu??? klu tau resipinya leh kongsi...

    tq byk

    Reply #4 29 September, 2010, 09:42:50 PM
  • Publish
  • wah sedap tu.. bila nazzmie nak masak untuk paklong??? Nak rasa jugak ni...
    Nazzmie guna ikan apa selalu buat masak tiga rasa tu?
    Sesiapa yang dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangannya,jika dia tidak mampu,maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah) maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah Iman. Muslim

    Reply #5 19 June, 2011, 10:30:30 PM
  • Publish
  •  :)

    baru jer den tercari-cari resepi ini..:senyum:..terima kasih atas resepi di atas yer...

    Reply #6 19 June, 2011, 11:13:01 PM
  • Publish


  • ikan 3 rasa bermaksud : Ada rasa manis, masam dan pedas.


    Reply #7 20 June, 2011, 11:55:37 AM
  • Publish
  • wah sedap nyer..... cuti nie leh la mencuba....terima kasih kepada yang sudi berkongsi rahsia

    Reply #8 20 June, 2011, 01:33:47 PM
  • Publish
  • Hmm...sedapnya. Nak cubalah. Thanks. Mesti anak-anak saya suka.

    Reply #9 20 June, 2011, 02:15:23 PM
  • Publish
  • Hmm...sedapnya. Nak cubalah. Thanks. Mesti anak-anak saya suka.

    Reply #10 07 June, 2012, 10:50:23 AM
  • Publish
  • Ini ikan rohu yang selalu di masak di rumah.



    Sapa biasa datang rumah, tentu pernah rasa lauk ni.

    Reply #11 07 June, 2012, 11:13:04 AM
  • Publish
  • Ini ikan rohu yang selalu di masak di rumah.



    Sapa biasa datang rumah, tentu pernah rasa lauk ni.


    ummi, ikan rohu tu nama lainnya ikan apa?ikan laut ke
    Innamal A`Malu binniat " Segala Amal adalah dengan Niat"
    Asif ala kulli hal "Maaf atas apa2 hal", Wallahualam

    Reply #12 07 June, 2012, 11:18:33 AM
  • Publish
  • ummi, ikan rohu tu nama lainnya ikan apa?ikan laut ke


    Ikan air tawar. Saiz besar, seekor dalam 2 atau 3 kilo, besar baby baru lahir. Somi saya suka memancing ikan ni, dan yang selalu kami masak dan makan adalah ikan hasil pancingan somi.



    Reply #13 07 June, 2012, 11:21:21 AM
  • Publish
  • aduh...lapar la jadinya d0k teng0k thread makanan nie...
    erm...nie yang siakap 3 rasa cara rsuha penah makan...yang cara ummi nya lebih kurang la kan..
    nanti b0leh la try teng0k ya.. :ins:
    (memang febret la ngan 3 rasa nie)

    p/s:kena p rumah ummi la n0h kalau nak rasa ikan r0hu yang ummi masak tu...
    "The spirit of knowledge is action"..

    Reply #14 07 June, 2012, 11:26:36 AM
  • Publish
  • Yang dalam gambar tu ikan pacu, lupa pulak. Ikan pacu pun somi suka pancing, spesis ikan air tawar jugak.



    Ikan pacu ni dikenali  vegetarian piranha.

    Reply #15 07 June, 2012, 11:36:29 AM
  • Publish
  •  :) saya ada resepi..ikan goreng 5 rasa...masin,manis,masam,pedas dan kelat..saya namakan resepi ini "CITA RASA NUR KASIH"...hidangan istimewa dari suami buat isteri..sesuai untuk suami bila isterinya merajuk...

    Reply #16 07 June, 2012, 11:48:57 AM
  • Publish
  • Masakan ini pun somi saya masak dengan kasih sayang gak...




    Reply #17 07 June, 2012, 11:51:49 AM
  • Publish
  • ikan goreng 6 rasa...masin,manis,masam,pedas,kelat dan pahit...saya namakan resepi ini "CITA RASA NUR IMAN"...hidangan istimewa dari suami buat isteri..sesuai untuk suami bila isterinya hangin satu badan...

    saya tak dapat nak upload gambarnya kat sini..sebab tak pernah ambik gambar pun masakan ni bila setiap kali saya memasaknya...

    Reply #18 07 June, 2012, 11:55:21 AM
  • Publish
  • ummi, ikan rohu tu nama lainnya ikan apa?ikan laut ke


    Ikan air tawar. Saiz besar, seekor dalam 2 atau 3 kilo, besar baby baru lahir. Somi saya suka memancing ikan ni, dan yang selalu kami masak dan makan adalah ikan hasil pancingan somi.




     :msya: :msya: :msya: besaqnya.....

    Reply #19 07 June, 2012, 12:03:06 PM
  • Publish
  • ada satu lagi resepi...Patin masak 3 rasa ..lemak,pedas dan masam...saya namakan resepi ini  "CITA RASA QOLBU"...kalau pakai belimbing besi atau bacang pasti ia lebih sedap...orang minang pandai masak masakan ni..adus..sedap bangattttt....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    1351 Views
    Last post 07 November, 2012, 06:13:00 PM
    by afiQoh
    8 Replies
    3675 Views
    Last post 20 June, 2012, 02:46:50 PM
    by Ummu Fatimah
    2 Replies
    1913 Views
    Last post 28 March, 2009, 11:18:00 AM
    by assiddiq