Qudwah Hasanah

Author Topic: Qudwah Hasanah  (Read 7531 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Azraq Zarqaziq

  • *
  • Posts: 21
  • Salam Eid al-Mubarak... Selamat Berhalaqah...
    • View Profile
07 September, 2008, 03:03:29 PM
  • Publish Di FB
  • QUDWATUN HASANAH
    MUQADDIMAH

    Akhlak merupakan suatuelemen penting dalam kehidupan muslim yang mu'min.Nabi pernah bersabda yang maksudnya, "Hanya sanya aku dibangkitkan untuk melengkapkan akhlak yang mulia".

    Dalam ilmu pengajian Islam, ada tigaelemen atau disiplin ilmuyang menjadi pelengkap agama iaitu Aqidah,Syariat dan Akhlak. Aqidah itu diwakili oleh ilmu usuluddin,syariat pula diwakili oleh ilmu fiqh , manakala akhlak pula diwakili oleh ilmu tasawwuf.

    Ketiga-tiga elemen ini tidak boleh dipisahkan bagi membentuk peribadi mu'min sejati sebagaimana yang disebutkan dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar yang bermaksud:

    Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
    Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
    Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
    Sipemuda : Benar katamu.
    ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
    Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
    Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
    Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
    Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
    Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
    Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
    Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
    Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
    ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
    Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
    Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
    Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

    Hadis di atas membicarakan tentang Rukun Islam, Iman, pengertian Ihsan dan tanda-tanda kiamat. Imam Nawawi berpendapat hadis ini menjadi dalil yang mutawatir tentang keseluruhan agama Islam itu sendiri. Apa yang ingin dikaitkan ialah Islam itu merupakan Syariat, Iman itu adalah aqidah manakala Ihsan itu merupakan Akhlak. Maka kesempurnaan Islam itu wajib mengandungi ketiga-tiga elemen tersebut.

    ASAS-ASAS KELAKUAN DAN ADAB MU'MIN

    Setiap sesuatu yang hendak dibina mestilah ada asasnya.Maka asas kepada pembentukan adab dan kelakuan seorang muslimialahempat buah hadis nabisebagaimana yang disebutkan oleh Imam Qairawani, seorang Ulama' besar dalam mazhab Maliki.

    1.Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya.”

    Asas pertama ialah kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan kita sebagai muslim. perkara yang tiada kena mengena dengan kita ialah segala perkara yang haram dan makruh di sisi agama.Manakalasegala perkara yangberkaitan dengan kita ialah perkara yang menjadisuruhan Allah baik berupa perkara wajib mahupun sunat.

    Adapun perkara harus itu hendaklah kita berhati-hati dengannya kerana boleh jadi ia berkaitan dengan kita dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan kita. Umpamanya, hiburan nyanyian ituharus hukumnya di sisi Islam tetapi ia boleh membawa makruh dan haram sekiranya tidak penuhi syarat-syaratnya.Malah, ulama' berpendapat bahawa orang yang sudah terbiasa dengannyanyian itu tidaklah bolehditerima penyaksiannyadi mahkamah syari'ah.

    Maka kesimpulannya, Al Qur'an dan As Sunnah lah yang menjadi kayu ukur sama ada sesuatu itu ada kena mengena dengan kita atau tidak.

    2.Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama seperti ia menyintai bagi dirinya sendiri.

    Asas kedua yang hendak dibincangkan ialah berkenaan cara berkasih sayang dan bercinta sesama manusia dalam Islam. Hadis di atas menekankan bahawa tanda kesempurnaan iman seseorang Muslim itu ialah dia menyayangi sesuatu yang ada pada saudaranya sebagaimana ia menyayangi sesuatu yang ada pada dirinya sendiri. Sebagai contohnya, sekiranya kita sayangkan kesihatan diri kita, jaga diri kita supaya sentiasa sihat, maka begitu juga kita hendaklah merasakan bahawa saudara seislam dengan kita pun patut menjaga kesihatan. begitu juga kalau kita sayang anak kita dan mahu mereka berjaya di dunia dan akhirat, samalah dengan saudara seIslam dengan kita.

    Dalam hadis yang lain ada menyebutkan yang maksudnya,"seorang muslim itu kepada seorang muslim yang lain, bagaikan binaan bangunan, saling memerlukan antara satu sama lain." Begitu juga dengan hadis yang membuat perumpamaan orang muslim itu seumpama satu badan, sekiranya satu anggota sakit, maka anggota lain turut merasakan kesakitan itu.

    Namun begitu, cinta dan sayang kita kepada apa yang ada pada diri kita ataupun yang ada pada saudara kita haruslah tidak melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasulnya kerana ia boleh membawa murtad sekiranya kita ucap atau iktiqad begitu.

    3.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri... ."

    Asas yang ketigaialah bercakapdengan perkataan yang baik ataupun diam sahaja.

    Seorang muslim sejatihendaklah sentiasa menjaga kata-katanya agar tidak terkeluar daripada batas-batas syari'at. Ini kerana kata-kata yang terkeluar daripada batas syara' boleh menyebabkan seseorang itu mendapat kemurkaan Allah dan lebih teruk lagi, boleh menyebabkan aqidah tergadai!!! Itu yang melibatkan dosa besar, sedangkan dosa kecil yang melibatkan perkataan pun Nabi larang.

    4.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "

    Asas yang keempat ialah menahan diri daripada perasaan marah. Suka marah adalah salah satu sifat mazmumah(terkeji). Ia merupakan ajaran syaitan kerana marah itu sifatnya panas dan panas itu sifat api. Maka cara untuk memadamkan api ialah dengan air. Apabila seseorang itu terasa ingin marah, maka nabi mengajar kita agar berwudhu' supaya hati yang ingin atau sedang marah disejukkan oleh air wudhu'. Marah tidak mendatangkan manfaat kepada kita bahkan ia membawa kepada permusuhan dan dendam kesumat. Jadi, seorang muslim sejati hendaklah mengawal emosinya agar tidak mudah marah dan menggantikannya dengan sifat sabar, salah satu sifat mahmudah(terpuji).

    Adapun marah kerana agama, maka ia adalah dituntut. Contohnya, kita marahkan anak kita kerana tidak menunaikan solat.Maka perbuatan itu adalah bertujuan untuk mendidik. Hendaklah kita membezakan antara marah kerana emosi dengan marah kerana mendidik.

    asrar_syamim

    • *
    • Posts: 222
    • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
      • View Profile
    Jawab #1 23 November, 2008, 12:56:42 PM
  • Publish Di FB
  • Kesimpulannya daripada artikel ini ialah :
    QUDWATUN HASANAH
    MUQADDIMAH

     


    ASAS-ASAS KELAKUAN DAN ADAB MU'MIN


    1.Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya.”

    Asas pertama ialah kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan kita sebagai muslim. Maka kesimpulannya, Al Qur'an dan As Sunnah lah yang menjadi kayu ukur sama ada sesuatu itu ada kena mengena dengan kita atau tidak.

    2.Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama seperti ia menyintai bagi dirinya sendiri.

    Asas kedua yang hendak dibincangkan ialah berkenaan cara berkasih sayang dan bercinta sesama manusia dalam Islam.

    Namun begitu, cinta dan sayang kita kepada apa yang ada pada diri kita ataupun yang ada pada saudara kita haruslah tidak melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasulnya kerana ia boleh membawa murtad sekiranya kita ucap atau iktiqad begitu.

    3.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri... ."

    Asas yang ketigaialah bercakapdengan perkataan yang baik ataupun diam sahaja.


    4.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "

    Asas yang keempat ialah menahan diri daripada perasaan marah. Adapun marah kerana agama, maka ia adalah dituntut. Contohnya, kita marahkan anak kita kerana tidak menunaikan solat.Maka perbuatan itu adalah bertujuan untuk mendidik. Hendaklah kita membezakan antara marah kerana emosi dengan marah kerana mendidik.


    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #2 28 January, 2011, 01:03:22 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Antara dalil2 al-Quran yang menyatakan Rasulullah SAW sebagai suri teladan(Qudwah Hasanah):

    Surah al-Ahzab,ayat 21:

    لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا (٢١

    Tafsirnya:

    "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "

    Surah al-Qalam, ayat 4:

    وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬ (٤)

    "Sesungguhnya pada dirimu (wahai Muhammad) terdapat akhlak yang agung."

    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #3 24 February, 2011, 06:21:34 PM
  • Publish Di FB
  • QUDWATUN HASANAH
    MUQADDIMAH

    Akhlak merupakan suatuelemen penting dalam kehidupan muslim yang mu'min.Nabi pernah bersabda yang maksudnya, "Hanya sanya aku dibangkitkan untuk melengkapkan akhlak yang mulia".

    Dalam ilmu pengajian Islam, ada tigaelemen atau disiplin ilmuyang menjadi pelengkap agama iaitu Aqidah,Syariat dan Akhlak. Aqidah itu diwakili oleh ilmu usuluddin,syariat pula diwakili oleh ilmu fiqh , manakala akhlak pula diwakili oleh ilmu tasawwuf.

    Ketiga-tiga elemen ini tidak boleh dipisahkan bagi membentuk peribadi mu'min sejati sebagaimana yang disebutkan dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar yang bermaksud:

    Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
    Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
    Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
    Sipemuda : Benar katamu.
    ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
    Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
    Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
    Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
    Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
    Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
    Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
    Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
    Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
    ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
    Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
    Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
    Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

    Hadis di atas membicarakan tentang Rukun Islam, Iman, pengertian Ihsan dan tanda-tanda kiamat. Imam Nawawi berpendapat hadis ini menjadi dalil yang mutawatir tentang keseluruhan agama Islam itu sendiri. Apa yang ingin dikaitkan ialah Islam itu merupakan Syariat, Iman itu adalah aqidah manakala Ihsan itu merupakan Akhlak. Maka kesempurnaan Islam itu wajib mengandungi ketiga-tiga elemen tersebut.

    ASAS-ASAS KELAKUAN DAN ADAB MU'MIN

    Setiap sesuatu yang hendak dibina mestilah ada asasnya.Maka asas kepada pembentukan adab dan kelakuan seorang muslimialahempat buah hadis nabisebagaimana yang disebutkan oleh Imam Qairawani, seorang Ulama' besar dalam mazhab Maliki.

    1.Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya.”

    Asas pertama ialah kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan kita sebagai muslim. perkara yang tiada kena mengena dengan kita ialah segala perkara yang haram dan makruh di sisi agama.Manakalasegala perkara yangberkaitan dengan kita ialah perkara yang menjadisuruhan Allah baik berupa perkara wajib mahupun sunat.

    Adapun perkara harus itu hendaklah kita berhati-hati dengannya kerana boleh jadi ia berkaitan dengan kita dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan kita. Umpamanya, hiburan nyanyian ituharus hukumnya di sisi Islam tetapi ia boleh membawa makruh dan haram sekiranya tidak penuhi syarat-syaratnya.Malah, ulama' berpendapat bahawa orang yang sudah terbiasa dengannyanyian itu tidaklah bolehditerima penyaksiannyadi mahkamah syari'ah.

    Maka kesimpulannya, Al Qur'an dan As Sunnah lah yang menjadi kayu ukur sama ada sesuatu itu ada kena mengena dengan kita atau tidak.

    2.Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama seperti ia menyintai bagi dirinya sendiri.

    Asas kedua yang hendak dibincangkan ialah berkenaan cara berkasih sayang dan bercinta sesama manusia dalam Islam. Hadis di atas menekankan bahawa tanda kesempurnaan iman seseorang Muslim itu ialah dia menyayangi sesuatu yang ada pada saudaranya sebagaimana ia menyayangi sesuatu yang ada pada dirinya sendiri. Sebagai contohnya, sekiranya kita sayangkan kesihatan diri kita, jaga diri kita supaya sentiasa sihat, maka begitu juga kita hendaklah merasakan bahawa saudara seislam dengan kita pun patut menjaga kesihatan. begitu juga kalau kita sayang anak kita dan mahu mereka berjaya di dunia dan akhirat, samalah dengan saudara seIslam dengan kita.

    Dalam hadis yang lain ada menyebutkan yang maksudnya,"seorang muslim itu kepada seorang muslim yang lain, bagaikan binaan bangunan, saling memerlukan antara satu sama lain." Begitu juga dengan hadis yang membuat perumpamaan orang muslim itu seumpama satu badan, sekiranya satu anggota sakit, maka anggota lain turut merasakan kesakitan itu.

    Namun begitu, cinta dan sayang kita kepada apa yang ada pada diri kita ataupun yang ada pada saudara kita haruslah tidak melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasulnya kerana ia boleh membawa murtad sekiranya kita ucap atau iktiqad begitu.

    3.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri... ."

    Asas yang ketigaialah bercakapdengan perkataan yang baik ataupun diam sahaja.

    Seorang muslim sejatihendaklah sentiasa menjaga kata-katanya agar tidak terkeluar daripada batas-batas syari'at. Ini kerana kata-kata yang terkeluar daripada batas syara' boleh menyebabkan seseorang itu mendapat kemurkaan Allah dan lebih teruk lagi, boleh menyebabkan aqidah tergadai!!! Itu yang melibatkan dosa besar, sedangkan dosa kecil yang melibatkan perkataan pun Nabi larang.

    4.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "

    Asas yang keempat ialah menahan diri daripada perasaan marah. Suka marah adalah salah satu sifat mazmumah(terkeji). Ia merupakan ajaran syaitan kerana marah itu sifatnya panas dan panas itu sifat api. Maka cara untuk memadamkan api ialah dengan air. Apabila seseorang itu terasa ingin marah, maka nabi mengajar kita agar berwudhu' supaya hati yang ingin atau sedang marah disejukkan oleh air wudhu'. Marah tidak mendatangkan manfaat kepada kita bahkan ia membawa kepada permusuhan dan dendam kesumat. Jadi, seorang muslim sejati hendaklah mengawal emosinya agar tidak mudah marah dan menggantikannya dengan sifat sabar, salah satu sifat mahmudah(terpuji).

    Adapun marah kerana agama, maka ia adalah dituntut. Contohnya, kita marahkan anak kita kerana tidak menunaikan solat.Maka perbuatan itu adalah bertujuan untuk mendidik. Hendaklah kita membezakan antara marah kerana emosi dengan marah kerana mendidik.


    -salam-

    Izinkan saya share ini post untuk research 'konsep Qudwah Hasanah dan al-Quran sebagai metod untuk menerapkan akidah islam'..terima kasih.. :jaz:

    putri_hambali

    • *
    • Posts: 1061
    • menjadi isteri dan mujahidah solehah impian diriku
      • View Profile
    Jawab #4 24 February, 2011, 08:27:26 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum..

    Lagu Qudwah Hasanah Nyanyian Kumpulan In-Team..

    In Team - Qudwah Hasanah (HQ Audio)
    Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

    putri_hambali

    • *
    • Posts: 1061
    • menjadi isteri dan mujahidah solehah impian diriku
      • View Profile
    Jawab #5 24 February, 2011, 10:00:58 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum..

    Firman Allah:

    Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat ?.
    Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan”.As-Shaf: 2-3.

    Dalam erti yang lebih meluas, qudwah hasanah menuntut seseorang, istimewa bagi yang mengambil tugas kepimpinan, agar menjadikan dirinya teladan kepada melaksanakan dalam kehidupan sehariannya seruan-seruan kebaikan yang dia laung-laungkan. Dia harus bertindak sebaik kebaikan yang dianjurkannya, bukan sebaliknya. Jika dia menyeru dibasmi korupsi, dia sendiri mesti bersih dari segala unsur korupsi. Jika dia menganjurkan peningkatan ilmu, dirinya mesti menjadi teladan sebagai seorang pencinta ilmu. Jika dia memanggil kepada kemuliaan akhlak, peribadinya sendiri adalah gambaran akhlak mulia.

    Nabi Muhammad s.a.w. ialah contoh terbaik bagi qudwah hasanah. Apabila isterinya Aishah ditanya mengenai akhlak Nabi, beliau menjawab: “Akhlak Nabi ialah Al-Quran!”Maksudnya, keperibadian Nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda berfikir dan bertindak, kehidupannya, semangat dan perjuangannya – semuanya berupa natijah yang tumbuh dari asuhan Al-Quran. Apa yang baginda lakukan adalah melaksanakan anjuran Al-Quran. Apa yang baginda tinggalkan adalah apa yang dilarang Al-Quran. Baginda menyampaikan Al-Quran, dan dirinya sendiri menghayati semangat dan isi Al-Quran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh dalam dirinya adalah hasil asuhan Al-Quran. Jadilah baginda seolah-olah Al-Quran yang hidup. Itulah yang dimaksudkan Aesha bahawa akhlak Nabi Muhammad s.a.w. ialah Al-Quran.

    Sebagai pemimpin, baginda berada di barisan hadapan dalam menegakkan kebenaran dan dalam menghadapi tentangan daripada perjuangannya. Baginda menolak tawaran kemewahan dan kesenangan hidup, dan bersedia menghadapi pelbagai risiko demi menegakkan kebenaran.Meskipun seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), Baginda amat meninggikan kedudukan ilmu. Di akhir Perang Badar, baginda menawarkan keampunan dan kebebasan kepada setiap tawanan perang yang sempurna mengajarkan bacatulis kepada 10 kanak-kanak di Madinah. Kata baginda,

    Ertinya: “Kelebihan orang berilmu daripada orang abid (yang banyak ibadahnya), adalah seperti kelebihanku daripada orang yang paling rendah dari kamu.” (Riwayat Tirmidzi dari Abi Umamah).

    Baginda juga paling unggul dalam memberi makna kepada prinsip persamaan dan persaudaraan. Status seorang hamba seperti Zaid bin Harithah, diangkat dengan mengistiharkannya sebagai kerabat Baginda, keturunan bangsawan Quraisy. Ketika sebahagian sahabat masih taksub kepada sentimen kebangsaan Arab, Baginda mengistiharkan Salman dari Parsi sebagai kerabatnya, dan sekaligus melunturkan sentimen sempit tersebut.

    Qudwah hasanah juga berlaku dalam kepimpinan para Sahabat.

    Sebagai Khalifah, Abu Bakar, yang telah menghabiskan hampir seluruh hartanya membantu perjuangan Islam, terus hidup sederhana, dan tidak punya istana.

    Umar bin Khattab, yang dengan kehebatan kepimpinannya membolehkan Islam berkembang ke Syria, Iraq dan Mesir, terus dengan amalan hariannya yang sederhana baik dari pakaiannya ataupun makanannya. Ketika jazirah Arab dilanda kebuluran, Umar langsung tidak makan daging, minyak sapi, ikan atau makanan lazat, sambil tidak putus-putusa berdoa, “Ya, Allah! Jangan Engkau hancurkan umat Muhammad dengan dosa-dosaku.” Sifat sederhana itulah yang membolehkan beliau melihat dan merasakan sendiri masalah dan kesulitan rakyat, kemudian mengambil langkah-langkah memberikan bantuan yang diperlukan.

    Ketika sedang solat dan didatangi peminta sedekah, Khalifah Ali bin Abu Talib, tanpa tangguh-tangguh lagi telah memberikan cincin perak yang dipakainya kepada peminta sedekah tersebut. Itulah cara memberikan makna secara unggul kepada erti kedermawanan dan kebajikan.

    Demikianlah beberapa contoh qudwah hasanah, iaitu berbuat baik bagi menghidupkan unsur-unsur kebaikan yang dianjurkan, dan tidak bercanggah antara apa yang diperkatakan dengan yang dikerjakan. Dengan melaksanakan dalam bentuk amali apa yang diperkatakan, sesuatu nilai yang baik itu akan lebih mudah difaham. Dan kesannya akan lebih mendalam. Apa yang dikata, dikota. Yang samar (abstract) menjadi nyata (concrete). Inilah proses pembelajaran yang mudah, dan paling berhasil.

    Bukan semua orang mudah memahami sesuatu nilai yang unggul dan murni secara intelektual. Namun, tidak sukar bagi semua orang memaham makna sesuatu dengan cara melihat dan meniru sesuatu yang terang dan nyata. Faktor qudwah hasanah yang dipakai dan dihidupkan oleh para pemimpin Islam di peringkat awal itulah yang membolehkan semangat dan isi Al-Quran menjadi mudah difaham, dihayati, dan dikembangkan oleh generasi umat Islam yang mula-mula.

    Sebaliknya, di suasana kepimpinan tidak menghidupkan qudwah hasanah, sering timbul percanggahan antara aspirasi dengan realiti. Yang hendak dicapai berlawanan dengan pencapaian sebenarnya. Suasana begini pasti mengelirukan orang ramai. Orang akan keliru tentang nilai apakah yang hendak dipegang? Kekeliruan ini menjadi hambatan kepada usaha-usaha menyemai dan menumbuhkan unsur-unsur kebaikan dalam kehidupan masyarakat.

    Firman Allah S.W.T:

    Maksudnya: “Mengapakah kamu menyuruh orang mengerjakan kebajikan, sedang kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca Kitab. Tidakkah kamu mengerti ?".

    Bayangkan kesan-kesan negatif jika berlaku keadaan berikut:

    Pemimpin yang gigih memajukan amalan demokrasi, enggan bersikap toleransi kepada pandangan-pandangan yang tidak sehala atau serasi dengan pandangannya.

    Pemimpin yang menyeru berjimat-cermat dalam perbelanjaan agar mampu menabung untuk membangunkan ekonomi bangsa, menyampaikan perutusannya itu di sebuah majlis makan malam yang lumayan di sebuah hotel paling mahal.


    Pemimpin yang diberi tanggungjawab membawa perpaduan di kalangan jemaah, mengamalkan kepimpinan yang menyebabkan wujud prasangka dan kecenderungan berkelompok-kelompok.

    Ataupun, pemimpin yang mendorong rajin membaca, sedangkan diri mereka sendiri tidak membaca. Mereka menyatakan Islam sangat menggalakkan ilmu sains moden, sedangkan diri mereka sendiri tidak berusaha memahami bagaimana manusia boleh sampai ke bulan, bagaimana berlaku empat musim di setengah-setengah tempat di dunia, atau kurang peduli dengan kesan kejuruteraan baka dalam kehidupan umat.

    Percanggahan begini pasti menambahkan kekeliruan. Nilai-nilai manakah yang benar, mesti diikut dan dihidupkan?

    Kejahilan merupakan satu sebab mengapa qudwah hasanah tidak terjelma pada setengah-setengah kepimpinan. Oleh itu, sesiapa jua yang bersedia mengambil tugas kepimpinan harus memperlengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Satu daripada usaha yang boleh dibuat ialah dengan cara banyak membaca.

    Bagaimanapun, mempunyai ilmu pengetahuan sahaja belumlah mencukupi. Nilai-nilai kebaikan daripada ilmu itu mestilah pula dapat diserapkan dan disebatikan dalam jiwa sehingga mampu melahirkan tindakan-tindakan yang baik secara spontan dan bersengaja, iaitu tanpa dipaksa-paksa dan tanpa mengira tempat, masa dan suasana.

    Mudah-mudahan dengan kesedaran menjalani proses melatih dan membina akhlak seperti ini, dunia kepimpinan dalam masyarakat kita akan menjadi lebih kuat. Dan sesiapa jua yang mengambil tugas kepimpinan, baik di rumah, dalam masyarakat, dan seterusnya pada peringkat negara, akan berbuat sejajar dengan apa yang dianjurkan, iaitu kepada menghidupkan qudwah hasanah

    Laman web artikel ini :   http://ukhuwahfisabilillah-87.blogspot.com/2009/02/qudwah-hasanah.html
    « Last Edit: 24 February, 2011, 10:02:42 PM by putri_hambali »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    4479 Views
    Last post 22 July, 2011, 08:34:04 AM
    by nazri0070
    0 Replies
    367 Views
    Last post 08 October, 2012, 02:34:37 PM
    by klone