Yoga: Dalam Perspektif Islam

*

Author Topic: Yoga: Dalam Perspektif Islam  (Read 7184 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

07 September, 2008, 07:33:24 AM
  • Publish
  • Yoga: Dalam Perspektif Islam
    "Dewasa ini kedengaran di banyak tempat dimana YOGA telah dijadikan sebagai satu budaya baru dan ada diamalkan oleh mereka yang berugama Islam.

    Di sini saya ingin menyorot seketika terhadap gejala yang membimbangkan ini kerana terlalu ramai umat Islam yang telah menerima "bulat-bulat" sesuatu ilmu tanpa dikaji latarbelakangnya terlebih dahulu yang mengakibatkan berlakunya fasad dan mungkar yang tidak disedari.
    Sejarahnya Yoga

    MENGIKUT faktor sejarah, Yoga berasal daripada perkataan Sanskrit `yuga' yang bermaksud bercantum atau bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan.

    Pergerakan serta gaya fizikal dalam amalan Yoga adalah rentetan dan bentuk budaya serta falsafah masyarakat Hindu.

    Bukti itu diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu di Lembah Indus sekitar 3,000 tahun sebelum masihi menunjukkan bentuk gaya Yoga dan inilah bukti awal arkeologi, bagaimana Yoga berasal.

    Bagaimanapun, ada pula versi yang menyatakan, ia bermula sejak 8,000 tahun lampau serta dipercayai dijumpai dalam buku sastera Hindu.

    Gaya Yoga daripada batu berkenaan, menyerupai Lord Shiva (Tuhan masyarakat Hindu) dan Parvathi (Dewi), mempersembahkan pelbagai gaya atau Aasanaas serta kaedah pengamalan meditasi.

    Tradisional Yoga berasal dari India beberapa ribu tahun lalu yang ditemui oleh pendeta agung (Rishis) dan cendikiawan (Maharishis).

    Yoga juga pernah disebut di dalam ayat suci agama Hindu iaitu Upanishads dan Puranas. Malah Upanishads, termasuk dalam sistem pembelajaran Yoga.

    Kemudian amalan ini berkembang apabila pengamal-pengamal yoga mendapati ia satu cara untuk menghilang ketangangan (stress) terutama uoleh masyarakat bandar.

    Ada yoga yang telah disaring sementara banyak pula yoga yang diambil bulat-bulat tanpa sebarang penyaringan sehingga pengamal-pengamalnya boleh terjerumus ke lembah kesesatan.

    HUKUMNYA

    Setakat ini belum lagi fatwa tegas yang menyatakan SEMUA YOGA adalah sesat dan haram tetapi fatwa-fatwa berikut boleh dijadikan asas panduan:

    Asasnya : Setiap sesuatu jenis "sukan" adalah halal asalkan ianya tidak mengandungi unsur kemungkaran. Merujuk kepada YOGA pula, ia mengandungi unsur peribadatan dan pendisplinan rohaniah yang ada kaitan dengan keugamaan  dan justeru itu ulamak-ulamak Islam seperti Al-Syeikh Yusof Al-Qaradhawi memfatwakan ianya HARAM.

    Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga berfatwa hampir serupa.

    "Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senaman berbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai senaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, “menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan”.

    Sila rujuk lamanweb muis.

    Ramai pula yang berhujjah bahawa YOGA ini menurut mereka hanyalah satu latihan pernafasan dan untuk menghubungi "minda separa sedar" di dalam usaha meleraikan ketegangan dan penyembuhan sebarang penyakit.

    Namun apabila diteliti, kebanyakan YOGA ini dipandu oleh orang yang bukan Islam. Disinilah syaitan boleh mengambil kesempatan untuk menyusup masuk bagi menyesatkan aqidah orang Islam yang nantinya tanpa bekalan Ilmu Tauhid yang mencukupi maka digelincirkan maksud "penyatuan" itu adalah penyatuan dengan Tuhan.

    Saya akui memang wujud disiplin ilmu di dalam bidang Psikologi yang mengkaji aspek minda dimana dari sudut saintifik minda kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu minda kiri (yang mengawal hal-hal metematika, deduksi, pengiraan dan seumpamanya) dan minda kanan (yang mengawal aspek seni, kreativiti, estetika dan seumpanya).

    Dan saya sendiri ada terlibat secara lansung menyaring beberapa ilmu Yoga supaya segala unsur kesesatan dan penyelewengan aqidah dapat dibersihkan kerana memang ada unsur kebaikan di dalamnya cuma yang tidak baik turut juga wujud dan jika tidak berhati-hati ia boleh menjahanamkan aqifdah umat Islam.

    Aspek MINDA PERKASA atau SUPERMIND (subconcious mind) yang wujud di dalam disiplin ilmu psikologi memang telah diajar lama di dalam Al-Quran.

    Pengaturan pernafasan memang satu keperluan untuk membebaskan ketegangan saraf serta membekalkan oksigen ke dalam jantung manusia supaya aliran darah dapat berjalan lancar dan yang demikian minda dapat berfungsi dengan sempurna dan seimbang.

    Dan Islam sendiri juga mengakui malah didalam keadaan tertentu ada menekan aspek pengaturan pernafasan seperti yang diajar di dalam ilmu-ilmu tasawuf dan dan ada juga diajar dan diamalkan di dalam beberapa ilmu seni mempertahan diri (persilatan) yang tidak bertentangan dengan Islam.

    Solat itu sendiri yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. misalnya dengan menjaga segala aspek seperti bilangan rakaat, tuntutan berjemaah, rukun dan syaratnya sudah mengandungi hikmat yang banyak. Ia adalah merupakan "senaman" fizikal yang bertindak untuk menyeimbangkan cas positif dan negatif di dalam badan kita.

    Rasulullah bersabda bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka." Maka sahabat pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?" Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah)." (Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

    Dalam satu hadis lain, Rasulullah melarang umatnya mengerjakan solat seperti burung yang mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa'i).

    Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud." (Riwayat al-Tabrani).
    Semua hadith-hadith menekankan aspek "disiplin" di dalam melakukan pergerakan masa solat.

    Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna dan ini hanya berlaku ketika sujud dgn tujuh angota sujud menyentuh bumi mengikut posisi yg disunnahkan.

    Jadi di dalam Islam itu sendiri sudah ada ajaran-ajaran yang meruntun kepada aspek spiritualiti yang jauh lebih baik dan sempurna yang apabila dikaji dari sudut saintifik dan psikologi sekalipun terbukti sahih ianya mempunyai pelbagai hikmah untuk manusia seluruhnya.

    Justeru itu jelaslah kepada kita betapa perlunya umat Islam mendapat pendedahan ilmu ugama yang secukupnya terutama Ilmu Tauhid dan Ibadah di dalam menolak segala unsur yang boleh menggelincirkan aqidah umat Islam lewat fenomena YOGA yang berbeluasa di negara kita ini apatah lagi YOGA yang dipimpin oleh mereka yang tidak Islam yang mana ilmu yoga itu tidak disaring sehingga segala sampah aqidah dibawa bersamanya.

    Wallahu 'alam.
    (Sumber: TranungKite Online, Yoga & Muslim - zul_mz)

    Reply #1 09 April, 2009, 06:32:29 PM
  • Publish
  • guru saya ada mengajar taktik ubudiyyah kepada ALLAH..
    duduk bersila..
    tarik nafas panjang2..
    tangan buka..dan rapat2 kan jari..
    tapak tangan dalam keadaan menadah..
    pejam mata dan berubudiyyah la dalam hati..
    ENGKAU YANG TADBIR KAMI..
    ENGKAU HIDUPKAN KAMI..
    ENGKAU JADI KAN LANGIT DAN BUMI..
    dan macam2 lagi..
    mengagung2kan ALLAH..
    keakuan kehambaan kita..
    merayu dan merayu..
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #2 09 April, 2009, 06:38:20 PM
  • Publish
  • //sekadar berkongsi mengenai perihal meditasi//

    ok, posisi tapak tangan dalam keadaaan menadah itu agak berbahaya sedikit sebenarnya.
    kerana ia adalah isyarat yang mengundang mahluk halus masuk ke dalam diri kamu.
    sebaiknya, telengkup sahaja tapak tangan tersebut.

    tetapi, anda mungkin boleh bertanyahal ini kepada guru kamu. apa yang saya sebutkan di atas adalah apa yang diamalkan oleh kawan saya. tetapi, tidak saya.

    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    Reply #3 09 April, 2009, 06:40:33 PM
  • Publish
  • //sekadar berkongsi mengenai perihal meditasi//

    ok, posisi tapak tangan dalam keadaaan menadah itu agak berbahaya sedikit sebenarnya.
    kerana ia adalah isyarat yang mengundang mahluk halus masuk ke dalam diri kamu.
    sebaiknya, telengkup sahaja tapak tangan tersebut.

    tetapi, anda mungkin boleh bertanyahal ini kepada guru kamu. apa yang saya sebutkan di atas adalah apa yang diamalkan oleh kawan saya. tetapi, tidak saya.

    oh..terima kasih zawq..
    guru saya masa tahlil pun dalam keadaan tangan telingkup..
    mungkin saya silap dengar..

    Reply #4 09 April, 2009, 07:56:49 PM
  • Publish
  • melayu sekarang memang suka ikut trend,,,, apa nak yoga yoga,, solat tu sendiri satu senanan. Cuba kita renung kembali apa kebaikan sujud dalam solat,.........

    Reply #5 09 April, 2009, 08:05:05 PM
  • Publish
  • yoga ni tergantung....buktinya ada byk ulama yang masih memperkenankan dengan ketentuan-ketentuan tertentu...

    sila baca ini:

    Yoga MUI

    PADANGPANJANG, MINGGU — Forum Ijtima Ulama Komisi III Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) se-Indonesia III mengeluarkan fatwa yang terbagi dua mengenai yoga seperti halnya rokok. Hanya yoga yang mengandung meditasi, murni ritual, dan spiritual agama lain yang hukumnya haram bagi umat Islam.
    "Fatwa tersebut dibutuhkan agar umat Islam tidak mencampuradukkan yang hak dengan yang batil," kata Ketua MUI Pusat Ma'ruf Amin di Padangpanjang, Minggu (25/1). Namun, MUI juga mengeluarkan Fatwa bahwa yoga yang murni olahraga pernapasan untuk kepentingan kesehatan hukumnya mubah (boleh).
    Menurut dia, landasan hukum atas fatwa MUI itu adalah Al Quran dalam surat Muhammad ayat 33 yang mengamanatkan orang Islam agar menaati Allah SWT dan Rasul, serta jangan merusak (pahala) amal-amal yang telah diperbuat. Ayat yang mengisyaratkan larangan mencampurkanadukkan yang hak dengan yang batil terdapat dalam Surat Al Baqarah ayat 42.
    "Fatwa tersebut lebih berdasar, persoalan hukum yoga mencuat ke permukaan setelah munculnya berita tentang fatwa Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan (AMMFK) yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 di Kota Bharu Kelantan, Malaysia, yang memutuskan keharaman Yoga," katanya.
    Atas fatwa tersebut, menurut dia, muncul banyak pertanyaan dan permintaan agar MUI mengkaji, membahas, dan juga memfatwakan masalah yoga. Akhirnya, pimpinan MUI membentuk Tim Peneliti Yoga yang terdiri dari Komisi Pengkajian dan Komisi Fatwa MUI.
    Yoga oleh masyarakat Indonesia umumnya dipahami hanyalah sebagai salah satu bentuk olah raga pernapasan yang biasa diajarkan di sanggar-sanggar senam dan kebugaran. Setelah dilakukan penelitian dan pengkajian oleh Tim MUI, ternyata persoalan yoga tidak sesederhana yang dipahami selama ini.
    Yoga sesungguhnya sudah ada sejak 6 abad sebelum Masehi (SM), jauh sebelum agama Hindu lahir. Yoga awal tidak terkait dengan agama apa pun, tetapi dalam perkembangannya banyak pendeta Hindu yang mendalami yoga yang kemudian melakukan asimilasi yoga dengan ajaran agama Hindu.
    "Meski demikian, yoga sendiri tidak seluruhnya dikembangkan atau berkembang dalam bingkai agama Hindu. Ada yoga yang tidak bercampur dengan ajaran agama," katanya menjelaskan.

    http://www.kompas.com/read/xml/2009/01/25/23244652/ritual.dan.spritual.yoga.haram.bagi.umat.islam.

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Reply #6 10 April, 2009, 05:33:39 PM

    ketenangan sebenar nya hanya akan berlaku bila di syurga..
    saya tidak berapa setuju dengan ketenangan di alam dunia yg fana ni..
    memang tiada masa untuk tenang..
    selagi tidak berada di syurga dengan izin ALLAH..~

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    3251 Views
    Last post 20 January, 2011, 09:02:59 AM
    by sh_husna
    9 Replies
    3247 Views
    Last post 14 October, 2010, 05:45:50 PM
    by hasin
    1 Replies
    850 Views
    Last post 25 December, 2012, 07:28:18 AM
    by al_ahibbatu