RESEPI: LOMPAT TIKAM

*

Author Topic: RESEPI: LOMPAT TIKAM  (Read 24881 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

rsuha

  • *
  • Posts: 105
    • View Profile
02 September, 2008, 03:05:20 PM
  • Publish
  •  :) INGIN MENCUBA
    LOMPAT TIKAM

    Bahan:
    1 1/2 cawan tepung beras
    6 helai daun pandan
    2 cawan air
    1 cawan santan + secubit garam

    Sirap Gula Merah:
    1 cawan gula merah       ]
    2 sudu besar gula           ] didehkan
    2 cawan air                    ]

    Cara.
    1.  Daun pandan di mesinkan dengan 2 cawan air dan tapis.
    2.  Masukkan 1 cawan tepung beras dan kacau sebati.
    3.  Masakkan sehingga pekat/masak.
    4.  Tuangkan dalam loyang.
    5.  1/2 cawan tepung beras di gaulkan bersama 1 cawan santan & garam.
    6.  Masakkan sehingga pekat dan tuangkan atas adunan hijau tadi.
    7.  Sejukkan dan potong.
    8.  Hidangkan bersama dengan sirap air gula.
    ELOK UNTUK HIDANGAN BERBUKA PUASA.
    « Last Edit: 09 May, 2009, 09:48:40 AM by Munaliza Ismail »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 06 May, 2009, 05:31:57 AM
  • Publish


  • Lompat Tikam

    Bahan-Bahan:
    3 kampit kecil tepung beras
    5 cawan air
    3 cawan santan
    3 keping manisan (gula) kelapa
    1 cawan gula
    3 helai daun pandan
    1 sudu garam
    1 sudu kapur makan    Bahan-bahan tambahan:
    3 cawan beras pulut
    1 sudu kecil warna merah
    1 cawan santan kelapa

    Cara:

    Campurkan tepung beras, air biasa, air daun pandan dan kapur ke dalam kuali dan kacau atau adun sehingga sebati. Panaskan adunan di atas api yang sederhana dan kacau sehingga masak. Angkat adunan dan sejukkan ke dalam loyang. Masukkan santan, tepung beras dan sedikit air di dalam bekas yang berasingan dan sejukkan. Beras pulut yang telah direndam, ditos dan dikukus bersama santan sehingga masak.

    Cadangan Hidangan:
    Ambil tepung pulut, santan dan masukkan ke dalam bekas kesukaan anda, kemudian curahkan manisan (gula) kelapa secukup rasa.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 06 May, 2009, 05:37:46 AM
  • Publish
  • RESEPI LOMPAT TIKAM

    Langkah demi langkah resepi diberi,
    jika tak pandai juga, memang sah kena cari isteri.

    Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) )

        * A: Tepung hijau
        * 250gm tepung beras
        * 700ml santan cair
        * secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
        * secubit garam
        * sedikit pandan paste/pewarna hijau
        * B: Santan pekat
        * 1500ml santan pekat
        * 80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
        * secubit garam
        * C: Pulut merah
        * 1 cawan pulut
        * 1 cawan santan cair
        * sedikit pewarna merah
        * D: Air gula
        * 300gm gula melaka
        * 3 cawan air
        * sehelai daun pandan

    Cara-cara

       1. Campur kesemua bahan A dan tapis
       2. Masak atas api hingga pekat
       3. Ummi masuk dalam microwave tapi kena sentiasa dikacau setiap 2mins)
       4. Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A
          (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (ummi masuk microwave je - cepat)
       5.Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah (umie masuk microwave je - cepat)
       6.Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
       7. Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 06 May, 2009, 05:40:49 AM
  • Publish

  • Lompat Tikam Perak



    Selalu orang kata kuih lompat tikam ni, orang kelantan dan terengganu saja pandai buat,

    orang perak pun pandai juga, sebab dah pandai makan. Sedap kuih ni,kerana manis dan berlemak.

    Cepat kolestrol meningkat.

    wArDaH iSlAm

    • *
    • Posts: 372
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Reply #4 08 May, 2009, 05:46:45 PM
  • Publish
  • sedapnye lompat tikam..
    em..
    lame dah tak makan...
    e,....sbelum makan bace bismillah,,
    bace doa makan...hhhheeeee
    berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...

    al-maududi

    • *
    • Posts: 157
    • iluvislam
      • View Profile
    Reply #5 08 May, 2009, 06:32:44 PM
  • Publish

  • Lompat Tikam Perak



    Selalu orang kata kuih lompat tikam ni, orang kelantan dan terengganu saja pandai buat,

    orang perak pun pandai juga, sebab dah pandai makan. Sedap kuih ni,kerana manis dan berlemak.

    Cepat kolestrol meningkat.


    salam......
    x penah mAKN r kuih nih...
    mcm bez je ummi.......
    mane ye nak cari..........
    "Yang ku harapkan adalah
      rahmat dan keredhaan ALLAH swt"
    Kejayaan yang sebenarnya adalah berada di dalam syurga ALLAH swt.....

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 08 May, 2009, 07:12:05 PM
  • Publish

  • salam......
    x penah mAKN r kuih nih...
    mcm bez je ummi.......
    mane ye nak cari..........
    Memang sedap pun, kuih tradisional melayu memang sedap-sedap. Kalau nak merasa, sila datang ke rumah
    ummi, nanti ummi buatkan....lemak dan berkrim...

    al-maududi

    • *
    • Posts: 157
    • iluvislam
      • View Profile
    Reply #7 08 May, 2009, 10:43:05 PM
  • Publish

  • salam......
    x penah mAKN r kuih nih...
    mcm bez je ummi.......
    mane ye nak cari..........
    Memang sedap pun, kuih tradisional melayu memang sedap-sedap. Kalau nak merasa, sila datang ke rumah
    ummi, nanti ummi buatkan....lemak dan berkrim...

    :).......
    ala ummi mcm ne lak 2..........
    nak dtg umah ummi plak.........jauh nye......

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 08 May, 2009, 10:48:05 PM
  • Publish

  • :).......
    ala ummi mcm ne lak 2..........
    nak dtg umah ummi plak.........jauh nye......
    :ws:
    Kalau nak seribu daya, tak nak tak apa, tak payah merasa...
    habistu, kalau tak datang ke rumah, nak makan di mana? di tepi jalan ke?

    lily_mawar

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #9 08 May, 2009, 11:07:35 PM
  • Publish
  • Baru pertama kali saya dengar nama kuih tu ... Terima kasih kerana kongsi resepi ... InsyaAllah, saya nak cuba ... mcm sedap gitu ...

    al-maududi

    • *
    • Posts: 157
    • iluvislam
      • View Profile
    Reply #10 09 May, 2009, 12:10:48 AM
  • Publish

  • :).......
    ala ummi mcm ne lak 2..........
    nak dtg umah ummi plak.........jauh nye......
    :ws:
    Kalau nak seribu daya, tak nak tak apa, tak payah merasa...
    habistu, kalau tak datang ke rumah, nak makan di mana? di tepi jalan ke?

    ermmmmm.........
    kuih ni x de jual kat mane2 ker ummi............

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 09 May, 2009, 12:41:39 AM
  • Publish

  • ermmmmm.........
    kuih ni x de jual kat mane2 ker ummi............


    Ada di jual  gerai, tapi di Kelantan ...
    mana jauh negeri sembilan ke johor atau negeri sembilan ke Kelantan?
    Di negeri sembilan memang sah tak ada di jual...

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #12 09 May, 2009, 12:51:36 AM
  • Publish

  • ermmmmm.........
    kuih ni x de jual kat mane2 ker ummi............


    Ada di jual  gerai, tapi di Kelantan ...
    mana jauh negeri sembilan ke johor atau negeri sembilan ke Kelantan?
    Di negeri sembilan memang sah tak ada di jual...


    nie kena melampat pas tu baru di tikam...:ketawa:
    itulah asal usul nama lompat tikam..
    TuhAN cInTa aGuNg..

    Nolita Ayub

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #13 01 March, 2010, 09:25:45 AM
  • Publish
  • Baru join. Tu pun kebetulan sbb caru resepi lompat tikam ni. Dah duduk jauh dr Msia yg mewah dgn makanan, sukarlah dah. Sll beli kat Dataran Senawang, Sbn. Takkan nak mkn donut jer..esok nak buat utk hubby..

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #14 01 March, 2010, 10:30:55 AM
  • Publish
  • negeri sembilan ke kelantan..adoi 9jam..lame sakit punggung..ke johor lbh kurang jer..wakakak
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1291
      • View Profile
    Reply #15 01 March, 2010, 10:58:26 AM
  • Publish
  • Tetiba rindu kat lompat tikam mak, dulu2 masa arwah atuk ada selalu tanya kenapa nama dia lompat tikam, atuk loyar buruk, sebab lompat kemudian tikam, ni feveret atuk dan anak beranak lelaki sebab manis, yang pompuan suka pedas
    Mrs. Ikan Pari

    adrieyana

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Reply #16 01 March, 2010, 11:44:45 AM
  • Publish
  • 1st time dengar la....erm....nak try tapi takut takde nak makan...

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1151
      • View Profile
    Reply #17 01 March, 2010, 11:56:43 AM
  • Publish
  • lompat tikam ni apa?
    tapi kalau melompat sebab kena tikam tu memang betul la....

    Nor_207

    • *
    • Posts: 896
    • Just be yourself
      • View Profile
    Reply #18 01 March, 2010, 12:02:11 PM
  • Publish
  • lompat tikam ni apa?
    tapi kalau melompat sebab kena tikam tu memang betul la....


    Ni sejenis kuih..asalnya dari kelantan. Rasa manis sikit, sedap tau!!!
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1151
      • View Profile
    Reply #19 01 March, 2010, 12:09:12 PM
  • Publish
  • lompat tikam ni apa?
    tapi kalau melompat sebab kena tikam tu memang betul la....


    Ni sejenis kuih..asalnya dari kelantan. Rasa manis sikit, sedap tau!!!

    nak kena pi kelantan la kalau nak makan....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    Aneka Resepi Mee

    Started by faseh « 1 2 3 4 » Resepi

    65 Replies
    23094 Views
    Last post 16 June, 2012, 12:51:26 PM
    by jabbarnur
    12 Replies
    4616 Views
    Last post 08 May, 2009, 05:34:54 PM
    by khairunnisa
    4 Replies
    814 Views
    Last post 21 April, 2012, 08:12:29 PM
    by al_ahibbatu