Janggut!

*

Author Topic: Janggut!  (Read 18067 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ongbakjahat

  • *
  • Posts: 13
    • View Profile
Reply #40 20 March, 2009, 11:00:27 AM
  • Publish
  • FYI...abu jahal pun berjanggut,berserban,berjubah......muaz,abu bakar as-siddiq, bilal bin rabah...semua begitu...

    kerana itu adalah pakaian orng2 arab...


    sori to say....Islam itu "out of date" jika itu yg dikatakan sunnah...and no wonder la org lain nampk Islam itu mundur, ke belakang...,pengotor an so on..

    tq

    Islam-Relevant 2009

    MrCrackers

    • *
    • Posts: 89
    • Setitik Dakwat Yang Menggoncang Dunia
      • View Profile
    Reply #41 20 March, 2009, 04:00:49 PM
  • Publish
  • aku suka tgk janggut osama laden...
    janggut azli musa pun cute cam osama laden..
    Kalau Takder Hacker.. Saper Lagi Yang Nak Merosakkan Pc??
    Virus Terbaik Melissa.exe.. Virus Baik Crackers.exe Virus Sangat Baik Zet.exe

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #42 20 March, 2009, 04:16:41 PM
  • Publish
  • FYI...abu jahal pun berjanggut,berserban,berjubah......muaz,abu bakar as-siddiq, bilal bin rabah...semua begitu...

    kerana itu adalah pakaian orng2 arab...


    sori to say....Islam itu "out of date" jika itu yg dikatakan sunnah...and no wonder la org lain nampk Islam itu mundur, ke belakang...,pengotor an so on..

    tq

    Islam-Relevant 2009

    :senyum:..ada janggut tu mundur ke?? kiranya ada janggut teknologi x jalan la..hihihi...

    Abu Abrisam

    • *
    • Posts: 26
      • View Profile
    Reply #43 20 March, 2009, 09:21:25 PM
  • Publish
  • FYI...abu jahal pun berjanggut,berserban,berjubah......muaz,abu bakar as-siddiq, bilal bin rabah...semua begitu...

    kerana itu adalah pakaian orng2 arab...


    sori to say....Islam itu "out of date" jika itu yg dikatakan sunnah...and no wonder la org lain nampk Islam itu mundur, ke belakang...,pengotor an so on..

    tq

    Islam-Relevant 2009


    Apa saudara cakap ni.....mengucap saudara....saudara nak kata simpan janggut tu 'out of date' ke??.......

    ummu_sulaim

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #44 20 March, 2009, 09:32:25 PM
  • Publish
  • kalau taknak berjanggut,tak payah simpan,diam dan jangan pertikai ape2,,

    nek_yang

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #45 21 March, 2009, 08:47:42 AM
  • Publish
  • FYI...abu jahal pun berjanggut,berserban,berjubah......muaz,abu bakar as-siddiq, bilal bin rabah...semua begitu...

    kerana itu adalah pakaian orng2 arab...


    sori to say....Islam itu "out of date" jika itu yg dikatakan sunnah...and no wonder la org lain nampk Islam itu mundur, ke belakang...,pengotor an so on..

    tq

    Islam-Relevant 2009


    tak sayang mulut kut......maksud awak cara islam tu pengotor ke?hish hish hish.....
    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah"

    (Riwayat Ibnu Abbas)

    Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan.

    al_haq

    • *
    • Posts: 385
    • ~Hidup & Mati hanya untuk Islam~
      • View Profile
    Reply #46 23 March, 2009, 09:39:25 PM
  • Publish
  • Assalamulikum...nampaknya perbincangan pasal jangut dan misai ni panas,mcm ni,tak salah klu nak bahaskan tpoik ni,tapi biar lah ilmiah,sebab apa yang ana tengok dari awal,ada sesetengah komen tu melampau,ingat kita bebincang pasal sunnah Rasulullah,jangan tersalah cakap,takut2 merosakkan akidah,sebab murtad ni senang saja @ pun nak langgar akidah ni senang sja,cakap je,sebaba tu ana nasiahtkan berhati2lah dalam memberi komen,
    "Semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan,yang penting kembali dan bertaubat kepadanya,(aku mengharapkan keredaanmu ya Allah)(",)"

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #47 24 March, 2009, 12:11:00 AM
  • Publish
  • aku juga pernah tanya seseorang perihal janggut, dan sunnah ini. tetapi masih belum dapat kepastian.

    sekiranya dilihat, sunnah yang diutamakan adalah dari segi ibadah, akhlak, dan adab. dari segi pakaian (seperti jubah atau jenis kain), serta cara berhias diri (berjanggut atau berambut paras bahu) itu adalah perkara yang mungkin diberi kelonggaran.

    seringkali kita lihat, pakaian dan cara berhias diri melambangkan budaya sesuatu kaum. walaupun adakalanya tatacara tersebut melambangkan agama (seperti golongan yahudi yang boleh dikenali melalui pakaian, dan rambut mereka). mungkin, dengan berjanggut, bercelak, dan berserban, kamu boleh dibezakan dengan kaum yahudi, atau nasrani. itu hikmahnya.

    lagi satu, sunnah nabi yang lain (yang jarang orang buat, dari segi berpakaian) ialah memakai cincin aked yaman, berterompah (bukan berkasut).

    hidupkanlah sunnah yang kamu mampu. nabi tak larang pun takde janggut, tapi nabi larang kamu menyakiti sesama muslim dengan mengeji mereka, mengatakan mereka "out of date".

    dan lagi satu, sebaik-baik pakaian adalah takwa.
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    MrCrackers

    • *
    • Posts: 89
    • Setitik Dakwat Yang Menggoncang Dunia
      • View Profile
    Reply #48 24 March, 2009, 12:18:30 AM
  • Publish
  • takyah la nak gaduh2..
    ngan kawan2 pun ada yang nak mengeji...
    skrang, saper nak berjanggut simpan je janggut..
    taknak janggut sudah..
    daripada bergaduh sampai melarat siap bawak kes saman-saman lagi pening kepala nanti..



    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2894
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #49 24 March, 2009, 01:06:16 AM
  • Publish
  • FYI...abu jahal pun berjanggut,berserban,berjubah......muaz,abu bakar as-siddiq, bilal bin rabah...semua begitu...

    kerana itu adalah pakaian orng2 arab...


    sori to say....Islam itu "out of date" jika itu yg dikatakan sunnah...and no wonder la org lain nampk Islam itu mundur, ke belakang...,pengotor an so on..

    tq

    Islam-Relevant 2009


    ni gila meroyan aper pulak dah nih..lepas islam hadhari ada pulak dah islam relevant nih..apehal lak dah nih..
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #50 24 March, 2009, 01:14:50 AM
  • Publish
  • sibuk betul hal janggut nie..
    kalu janggut tak nak tumbuhpun jangan menidakkan sunnah nabi....
    TuhAN cInTa aGuNg..

    UMMIHANI

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Reply #51 30 April, 2009, 05:19:07 PM
  • Publish
  • Assalammualaikum w.b.t
    Riuh-rendah topik  mengenai 'janggut' ni.  Simpan janggut tu kan bagus, nanti bercahaya kat akhirat.  Atuk saya pun ada bela janggut.  Bila disuruh potong, katanya sayang.  Janggut atuk pun kemas dan rapi.  Saya lihat, atuk selalu kemaskan janggutnya menggunakan minyak zaitun.  Kelas gitu! Wassalam.

    wardah_najihah

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Reply #52 30 April, 2009, 09:48:12 PM
  • Publish
  • FYI...abu jahal pun berjanggut,berserban,berjubah......muaz,abu bakar as-siddiq, bilal bin rabah...semua begitu...

    kerana itu adalah pakaian orng2 arab...


    sori to say....Islam itu "out of date" jika itu yg dikatakan sunnah...and no wonder la org lain nampk Islam itu mundur, ke belakang...,pengotor an so on..

    tq

    Islam-Relevant 2009


    ni gila meroyan aper pulak dah nih..lepas islam hadhari ada pulak dah islam relevant nih..apehal lak dah nih..

    memang gila meroyan nih..al-Quran dan Sunnah itu sesuai hingga hari kiamat, takdenyer relevant tak relevant ikut arus semasa..
    Let say thank you Allah..

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #53 30 April, 2009, 09:52:00 PM
  • Publish
  • [box title=HUKUM MENCUKUR DAN MENYIMPAN JANGGUT]Berikut kita rumuskan empat madzhab mengenai hukum mencukur janggut (bagi mereka yang ada hormon dan berupaya menyimpan rambut pada dagunya):
    Hanbali & Maliki: haram hukum mencukur janggut;
    Hanafi: Makruh Tahrim
    Syafi'iy: Makruh (Qadhi 'Iyadh (fuqaha' Syafi'iy) berpendapat makruh dalam madzhab Syafi'iy ialah tidak dikenakan sebarang hukuman atau celaan).
    (Lihat: Prof Dr Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 1; Prof Dr Abd Karim Z, al Mufassal) [/box]

    [box title=TitleBox]alQardhawi (Fatawa Mu'asirat; `Awaamil as Sa'at wal Murunah fi asSyari'at alIslamiyah; Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah; Fiqh al Awlawiyat) berpendapat Kesunnahan menyimpan janggut ini termasuk sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan ummat dan rupadiri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia); sunnah ini ditekan oleh Nabi ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan); yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam kini mereka hanya nampak hanya sunnah yang kamaliat dan meninggalkan sunnah-sunnah yang asas dan bersifat wajib dilaksanakan terlebih dahulu untuk membina sebuah umat yang kuat dan berwibawa. Sunnah sejenis dengan menyimpan dan menjaga janggut-misai termasuklahlah dlm urusan memilih jenis pakaian, warna pakaian, tutup kepala, sunnah alfitrah (sikat rambut, potong kuku, mencukur bulu kemaluan, cara makan-minum, adab ke tandas, dsbnya) [/box]

    [box title=TitleBox]Syaikh Mahmud Syaltut (Fatwa Syaltut) mengklaskan sunnah sebagai sunnah bersifat tasyri'at (perundangan) dan sunnah yang bersifat bukan tasyri' (bukan perundangan atau peraturan); maka soal menyimpan atau mencukur janggut bukanlah sunnah yang bersifat peraturan atau perundangan yang wajib dilaksanakan. [/box]

    [box title=TitleBox]alQardhawi (Awamil as Sa'at) menjelaskan lagi, apa yang difatwakan di zaman silam tidak semestinya kekal begitu selama-lamanya bila berlaku perubahan pada zaman dan tempat. Percanggahan pendapat ulama' dalam persoalan janggut banyak ditentukan oleh faktur ulama' itu sendiri, masa dan tempat. Misalnya RasuluLlah saw dan Abu Bakar memberi zakat kepada mu'allaf (saudara baru), bila tiba zaman Umar alKhattab, beliau memansuhkan atas alasan umat Islam telah kuat dan menjadi kuasa dunia, maka tidak perlu diberi wang zakat kepada mu'allaf kerana illat (tujuan) pemberian pada asalnya ialah untuk menjinakkan hati saudara baru. Fuqaha' juga sentiasa berselisih pendapat dalm maksud hadis-hadis ; apakah ia bermaksud perintah dari Nabi saw atau hanya nasihat atau petunjuk sahaja.[/box]

    [box title=TitleBox]Misalnya dalam isu apakah suami boleh berasmara dengan isterinya disiang hari di bulan Ramadhan? Nabi saw memberi banyak version; ada hadis yang melarang, ada hadis yang Nabi saw tidak melarang seseorang mencumbui isteri di siang hari bulan Ramadhan. Begitu juga hadis-hadis mengenai penentuan Ramadhan, hadis-hadisnya boleh ditakwil sebagai wajib secara hilal, dan ada ulama yang berpendapat zaman telah berubah, penentuan secara falak lebih tepat daripada hilal. Maka janggut termasuk dalamisu-isu yang boleh berubah disebabkan oleh faktur ia bukan tasyri', faktur ulama', faktur zaman, uruf, dan tempat atau bangsa itu (misalnya penganut Islam berbangsa Cina, Jepun dan Melayu yang kurang bulu di mukanya)[/box]
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #54 30 April, 2009, 09:52:30 PM
  • Publish
  • [box title=TitleBox]Kesimpulan: Buat masa ini di mana Islam dan umatnya sedang tenat dan gawat dengan pelbagai masalah yang kronik, Soal mencukur janggut tidak dapat lagi dikaitkan dengan dosa-pahala; perbahasan dosa-pahala hanya releven bila sunnah-sunnah yang bersifat wajib telah berjaya ditegakkan oleh umat Islam dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Bahkan Umar alKhattab ra biasa melakukan sesuatu yang lebih dahsyat dari ini, ketika berlakunya tahun kelaparan dan kemarau yang dikenali tahun Ramadah, Umar telah menangguhkan pungutan zakat ternakan dan tanaman; Umar juga telah menangguhkan hukum hudud pemotongan tangan bagi yang mencuri di tahun ramadah. Ini suatu yang lebih besar dari urusan mencukur dan menyimpan janggut. oleh itu janganlah kita terlalu memikirkan urusan umat Islam yang mencukur janggut mereka buat masa ini; kita menghadapi isu-isu mega yang lebih utama untuk dilaksanakan sebelum berdepan dengan isu janggut dan misai. Namun, mereka yang ingin melaksanakan sunnah menjaga janggut dan mengandam misai adalah terpuji pada syara'. Ini tidak ada khilaf lagi.[/box]

    Rujukan: http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id102.html

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #55 30 April, 2009, 09:57:34 PM
  • Publish
  • [box title=Hadits-Hadits Yang Mewajibkan Memelihara Janggut Atau Jambang ]Antara hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka ialah:

    Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu. H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.[/box]

    [box title=TitleBox]Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab. Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.[/box]

    [box title=TitleBox]Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut.
    H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah. [/box]

    [box title=TitleBox]Dari Ibn Umar ra berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka. H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani.[/box]

    [box title=TitleBox]Dari Abi Hurairah ra : Bersabda Rasulullah s.a.w : Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu. H/R al Bazzar.[/box]

    [box title=TitleBox]Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka. H/R Muslim.
    [/box]

    [box title=TitleBox]Dari Abi Hurairah berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu. H/R Ibn Habban.[/box]

    [box title=TitleBox]Dari Abdullah bin Umar berkata : Pernah disebut kepada Rasulullah s.a.w seorang Majusi maka beliau bersabda : Mereka (orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka. H/R al Baihaqi.[/box]

    Rujukan: http://www.perpustakaan-islam.com/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&artid=67

    semut

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #56 30 April, 2009, 10:02:30 PM
  • Publish
  • Betul kate IbnuNafis...
    Kenapa hanya disebabkan sunnah Rasulullah saw (membela janggut) yang buat kita berbahas?
    Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat...

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #57 30 April, 2009, 10:04:42 PM
  • Publish
  • Apakah hukumnya, membiarkan dan memeliharakan tumbuhnya janggut?

    Jawapan :

    Terdapat perintah untuk membiarkan tumbuhnya janggut kerana banyak hadith Nabi s.a.w di antaranya sabda Nabi s.a.w yang bererti :
    Quote
    "Berbezalah daripada kaum Musyrik, bebaskanlah (biarkanlah sebagaimana adanya) janggut dan cukurlah kumis (misai)."
    (Hadith riwayat Bukhari, Sahih Bukari, vol 5, hlmn 2209; dan Muslim, Sahih Muslim, vol 1, hlmn 222)

    Perbezaan Pendapat Ahli Feqh


    Para ahli feqah berbeza pendapat di dalam memahami perintah Nabi s.a.w ini,apakah ia menunjukkan bahawa hukumnya (janggut) wajib ataupun sunnah?

    Jumhur Fuqaha' (ahli feqah) berpendapat bahawa (menyimpan janggut) adalah wajib. Sementara, para ulama' Mazhab Syafie berpendapat hukumnya (menyimpan janggut) adaah sunnah.


    Kebanyakan 'ulama Mazhab Syafie yang menetapkan hukum ini (menyimpan janggut) di dalam kitab-kitab mereka. Kami kemukakan sebahagian di antaranya di sini :

    1. Perkataan syeikhul Islam - Imam Zakaria al Ansari

    Quote
    "(Dan), Makhruh (mencabutnya) iaitu jangut pada awal pertumbuhannya, sebab mengutamakan ketampanan (kekacakan) dan keelokan paras rupa".
    - Sheikhul Islam Zakaria al Ansari, Asna al Muthalib, vol 1, hlmn 551.

    2. Al 'Allamah Imam ar Ramli memberikan pandangan terhadap pernyataan ini, di dalam huraiannya (Hasiyah) terhadap Kitab "Isna' al Mutholib". Beliau menyatakan,
    Quote
    "Pernyataan (dan makhruh mencabutnya), iaitu janggut. Dan seumpamanya, adalah mencukurnya."

    3. Manakala perkataan Al Hulaimi di dalam kitabnya Al Minhaj,
    Quote
    "Tidaklah boleh (haram) bagi seseorang mencukur jangutnya dan juga kedua-dua alisnya (bulu kening), " ini adalah pendapat yang lemah.
    - Al Allamah Imam ar Ramli, Hasiyah Asna Al Muthalib, vol 1, hlmn 551.

    4. Ibnu Hajar al Haitami (semoga ALlah merahmati beliau) berkata,
    Quote
    "(Masalah cabang) mereka kemukakan di sini berkenaan dengan masalah janggut, dan seumpamanya tentang beberapa perkara yang dimakhruhkan, di antaranya : mencabutnya, dan mencukurnya (janggut). Demikian juga, kedua-dua alis (bulu kening)
    - Ibnu Hajar al Haithami, Tuhfat al Muhtaj : Syarah al Minhaj, vol 9, hlmn 375-376. "

    5. Imam Ibnu Qasim al Ubbadi r.a di dalam huraiannya (Hasiyah) terhadap Tuhfat al Muhtaj mengguatkan pernyataan ini dan berkata,
    Quote
    "Perkataannya (diharamkan), berbeza pendapat dengan pendapat yang kuat (muktamad), Di dalam Syarah al Ubad terdapat faedah ; kedua syeikh (Imam Nawawi dan Imam Rafi'e) mengatakan makruh mencukur janggut."
    - Ibnu Qasim al al Ubbadi, Hasiyah Tuhfat al Muhtaf syarh al Minhaj, vol 9, hlmn 375-376

    6. Al Allamah al Bujirmi,dalam huraiannya (hasiyah) terhadap Kitab Syarh al Khatib berkata :
    Quote
    "Sesungguhnya mencukur janggut itu adalah dimakhruhkan walaupun daripada lelaki (dewasa), bukan haram.
    - Al Bujirmi, Hasiyah al Bujirmi, "ala Syarh al Khatib, vol 4 hlmn 346.

    Penyebutan lelaki di sini, bukanlah lawan kata dari wanita, tetapi lawan kta kepada pemuda yang masih kecil. Sebab daripada segi kacamata perbicaraan ini adalah - dimakhruhkan mencukurnya (janggut) pada awal pertumbuhannya, iaitu bagi pemuda yang masih kecil. Lalu, beliau memberikan pandangan bahawa "pada masa awal pertumbuhannya" itu bukanlah suatu ketetapan, tetapi bagi kaum lelaki yang dewasa juga dimakruhkan.

    Pendapat dari Ulama dari Mazhab selain Syafieyyah


    Juga terdapat pendapat yang menyatakan bahawa makhruh mencukur janggut dari para ulama' selain para ulama' Mazhab Syafie. Di antaranya ialah para ulama seperti al Imam Qadhi al Iyadh (semoga ALlah merahmatinya) pengarang kitab asy Syifa', iaitu salah seorang Imam MAzhab Maliki. Beliau mengatakan bahawa
    Quote
    "Makhruh mencabutkannya, mencukurkannya dan membakarkannya (janggut)."
    - Perkataan ini diambil daripada al Hafiz al Iraqi di dalam kitabnya "Tharhu at Tasyrib", vol 2, hlmn 83; dan Imam Syaukani di dalam kitabnya Nail al Authar, vol 1 hlmn 143.

    Sumber : Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

    WaLlahua'lam.


    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #58 30 April, 2009, 10:06:16 PM
  • Publish
  • Cukuplah tu, berlapang dada dalam perkara ini. WaLlahua'lam.

    p/s : Saya lock thread ini.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #59 17 July, 2009, 11:49:19 AM
  • Publish
  • Hukum cukur janggut

    Soalan :

    BENARKAH hukum mencukur janggut itu haram? Guru saya mengatakan ia tidak haram, tetapi bagi golongan tabligh,
    hukum mencukur janggut itu haram dan ada bukti mengenai pengharaman mencukur janggut.
    Jawapan :


    TERDAPAT perbezaan pendapat antara mazhab mengenai hukum mencukur janggut (Arab, lihyah).

    Mazhab Maliki dan Hambali mengharamkan perbuatan mencukur janggut.

    Mazhab Hanafi pula menghukumkan makruh yang hampir kepada haram (makruh tahrimi). Manakala mazhab Syafie hanya menghukumkan makruh mencukur janggut (al-Zuhayli, 1985: I: 208).

    Ini kerana ada perbezaan dalam riwayat hadis daripada Rasulullah s.a.w, antaranya, hadis Aisyah daripada Rasulullah s.a.w mengenai sepuluh perkara fitrah iaitu 'memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak.'

    Kata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh, melainkan ia adalah berkumur-kumur." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, an-Nasa'i)

    Menurut Imam an-Nawawi yang kesepuluh kemungkinan adalah khitan (bersunat). Hadis ini menunjukkan memelihara janggut termasuk dalam perkara sunat.

    Manakala dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berbezalah kamu dengan orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmidhi)

    Hadis ini menghendaki seorang Muslim mempunyai identiti sendiri dengan tidak meniru bangsa lain.

    Berdasarkan tujuan terbabit, mencukur janggut dilihat sebagai meninggalkan jati diri Muslim dan tidak mengikut suruhan Rasulullah s.a.w.

    Bagaimanapun, ada yang memahaminya sebagai sunat dan bukannya wajib, iaitu suruhan kepada lelaki Muslim memelihara janggut bagi membezakan antara orang Islam bukan Islam.

    Ada pendapat semasa menyatakan hukum memelihara janggut adalah harus semata-mata dan ia bukan sunat dan wajib.

    Ia kurang tepat kerana mengenepikan hadis mengenai memelihara janggut termasuk dalam sunnah fitrah.

    Dr Yusuf al-Qaradawi pula lebih hampir kepada mazhab Syafie apabila melihat tindakan memelihara janggut sebagai sunat dan bukan wajib. Mencukur janggut pula dihukum makruh (al-Qaradawi, 1995: 94-96).

    Pendapat mazhab Syafie lebih hampir kepada kebenaran dan sederhana (lihat juga artikel Cukur janggut di http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm).
    « Last Edit: 26 August, 2009, 10:13:56 AM by ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    47 Replies
    7725 Views
    Last post 06 October, 2012, 06:10:00 PM
    by Sejadah_Usang
    Disebalik Janggut

    Started by Abg Ngoh « 1 2 » Muslim

    24 Replies
    3043 Views
    Last post 16 January, 2013, 08:12:13 AM
    by Abg Ngoh