Kebangkitan Islam Diakhir Zaman

*

Author Topic: Kebangkitan Islam Diakhir Zaman  (Read 28454 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • Posts: 2192
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
20 August, 2008, 11:10:58 PM
  • Publish
  • Daripada: Rahimah bt Abdul Latif

    PERKARA: Kebangkitan Islam kali ke 2 akhir zaman

    SOALAN: Ustaz, melalui orang dakwah saya sering mendengar tentang kebangkitan islam kali ke 2 di sebelah timur . kebangkitan kali ini di terajui oleh orang melayu dari malaysia katanya. Boleh ustaz kemukakan hujah yang mudah saya fahami tentang perkara ini?

    JAWAPAN: Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan mene­rima takdir yang bakal berlaku.

    Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:

    Rasulullah SAW bersabda:

    Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
    (Riwayat Ahmad)

    Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun ke­wafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal ber­laku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

    Jadual Tuhan yang Telah Berlaku

    Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku.

    1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam

    Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.

    Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 80-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuh­nya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:

    Maksudnya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah ja­jah­an­nya dan mereka (Rom) selepas itu akan menga­lah­­kan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada se­be­lum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergem­bira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)

    2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam

    Rasulullah SAW bersabda:

    Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.” (Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uq­dud­­durar fi akhbar Al Muntazar.

    Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

    Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

    Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk me­re­but janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Te­tapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewa­fatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kege­milangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

    Jadual Tuhan untuk umat Islam akhir zaman

    Tuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Tuhan dalam jadual-Nya untuk zaman ini seperti berikut:

    1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman

    Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

    Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebe­lum­nya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Ri­wa­yat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

    2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur

    Sabda Rasulullah SAW:

    Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

    Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”  (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

    3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer)

    Rasulullah SAW bersabda

    Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    “Sesungguhnya Allah mengu­tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujad­did) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Ri­wayat Abu Daud)

    4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman

    i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

    Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

    ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain:

    Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya: “Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia di­penuhi ke­zaliman.”

    iii. Sabda Rasulullah SAW lagi:

    Dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia.”

    part 1
    TuhAN cInTa aGuNg..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #1 20 August, 2008, 11:12:34 PM
  • Publish
  • cont..

    5. Putera Bani Tamim dari Timur pemegang panji-panji Imam Mahdi

    Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat:

    Maksudnya: Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda:

    “Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan meme­nuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama (yakni dengan mencarinya) Pe­muda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi.”

    (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

    6. Jemaah kebenaran pimpinan Putera Bani Tamim men­dapat kemenangan di Timur dan merintis jalan untuk Imam Mahdi.

    i. Rasulullah SAW bersabda:

    Maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah da­tang­nya ketentuan Allah (Kiamat).”
    (Riwayat Muslim)

    ii. Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim:

    Maksudnya: Daripada Tsauban, telah bersabda Rasu­lullah SAW:

    “Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mere­ka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun ter­paksa merangkak di atas salji.”
    (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

    iii. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW:

    Maksudnya: “Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi.”

    (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

    v. Hadis Ibnu Mas‘ud

    Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

    Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka me­nye­­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat­ku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
    (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

    7. Pengisytiharan Imam Mahdi pimpinan ummah di Mekah

    Rasulullah SAW bersabda:

    “Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya: “Inilah Al Mahdi sebagai khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manu­sia tunduk dan patuh kepadanya dan mendapat kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang berbai’ah kepadanya antara rukun Al Aswad dan maqam Ibrahim, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar, kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutus kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera (panji-panji) hitam dan mereka menuju ke Syam. Dan Allah menghantar kepadanya 3000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah di antara pembantunya.”

    (Al Hadis dari kitab As’afur Raghibin)

    Sesuai dengan janji Allah dan bukti-bukti nyata maka Islam­lah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empayar dan sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan diserahkan lagi kepada umat Islam sebagaimana Allah telah menyerahkannya kepada Rasulullah dan para Sahabat.

    Kita kini berada di akhir zaman yang mana sedang berlaku kemuncak kerosakan di lautan dan di daratan. Segala sistem hi­dup yang ada hari ini telah begitu rosak. Semakin dicari penye­lesaian semakin kronik keadaannya. Pembunuhan, per­gaduhan, peperangan, penzaliman, penindasan, tipu-menipu, mementingkan diri, jatuh-menjatuhkan dan lain-lain berlaku di mana-mana. Masyarakat manusia sudah tidak ada kasih sayang, tidak boleh bekerjasama, tidak bertolak ansur dan tidak bertolong bantu. Pergaduhan berlaku di antara suami isteri, anak-anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dan pemimpin, negara dengan negara lain. Manusia sudah hilang kemanusiaannya.

    Watak dunia hari ini menunjukkan sudah sampai masanya Tuhan mengutuskan penyelamat bagi memimpin manusia serta membaiki segala kerosakan yang berlaku. Begitulah se­jarah memberitahu kita. Tambahan pula kita kini berada di sekitar awal kurun yakni awal kurun ke-15 (suku kurun pertama). Di waktu inilah sepatutnya; sepertimana berlaku di kurun-kurun sebelum ini; lahirnya seorang mujaddid.

    Jadual Tuhan untuk umat akhir zaman ini nampaknya sedang berlaku di waktu ini. Kebangkitan Islam kali pertama sedang berulang di sebelah Timur dengan kehendak Allah. Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam se­dang melanda dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir zaman yang dijanjikan itu.

    Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah se­kitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan ia­lah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan sekitarnya. Walau bagaimanapun kebangkitan di Malaysia nampaknya lebih me­nonjol.

    Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya Jadual Tuhan itu berlaku seperti berikut:

    • Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita tahu, orang-orang Arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah tidak menyebut salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya.

    cont...

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #2 20 August, 2008, 11:13:25 PM
  • Publish
  • • Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau jemaah atau toifahnya kemudian mem­besar. Sifat toifahnya mirip kepada jemaah Rasulullah kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagak-ga­gak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau me­reka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat me­reka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis yang panjang menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata:

    Maksudnya: “Maka Allah Azzawajalla mengumpul­kan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah ahli perang Badar atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan singa jantan yang keluar dari hutan, hati mereka bagai­kan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk mengubah gunung nescaya boleh dilakukannya. Gaya mereka adalah satu dan pakaian mereka juga satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu.”

    (Dipetik dari kitab Aqdur Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)

    • Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di mana dia berjuang tetapi tidak diberikan. Na­mun dia dan pengikutnya terus berjuang hingga akhirnya berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya toifah kecil itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.

    • Terdapat juga Hadis yang menyebut Putera Bani Tamim juga diterima kepimpinannya di Khurasan. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim berbunyi:

    Maksudnya: Dari Tsauban r.a. dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu lihat panji-panji hitam telah diterima di sebelah Khurasan maka datangilah ia sekalipun merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al Mahdi.”

    • Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu (dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya sama seperti nama Rasulullah, nama bapa dan nama ibu­nya sama seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah.

    Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengait­kan dengan baginda dari segi hubungan darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab ia disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasu­lullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizi­kalnya.

    • Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi seperti rapatnya Nabi Harun dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya kepada Imam Mahdi, jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah, antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi.



    • Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan oleh Putera Bani Tamim.

    • Apabila Imam Mahdi berkuasa, maka Islam akan berkem­bang ke seluruh dunia. Tetapi ramai lagi manusia yang belum Islam hingga turunnya Nabi Isa a.s. Dunia dan ma­nusia seluruhnya akan masuk Islam. Terjadilah keamanan sejagat melalui pemimpin tiga serangkai: Putera Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

    Setelah kedatangan Nabi Isa a.s., semua manusia akan masuk Islam. Maka selamatlah manusia daripada api Neraka. Itulah dikatakan rahmat Tuhan kepada seluruh manusia.

    Sejarah pasti berulang. Kita beruntung kerana dengan kasih sayang Allah, diberitahu apa-apa yang bakal terjadi. Bolehlah kita bersiap sedia. Seperti juga peristiwa selepas mati, di alam Barzakh, di Padang Mahsyar, di Syurga, Neraka dan lain-lain lagi semuanya Allah sudah ceritakan. Supaya kita tidak menyesal nanti. Beruntunglah orang yang direzeki­kan dengan iman kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang yang mengingkarinya. 


    finish..

    PemudaBistari

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #3 09 October, 2008, 10:43:51 AM
  • Publish
  • alhamdulillah... moga Islam akan Bangkit dari sekarang... dan  berlakunya kegemilangan Islam

    PemudaBistari

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #4 09 October, 2008, 10:48:37 AM
  • Publish
  • nak minta izin copy artikle ni boleh tak??
    terima kasih..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #5 09 October, 2008, 11:51:50 AM
  • Publish
  • nak minta izin copy artikle ni boleh tak??
    terima kasih..

    silalah..tak jadi masalah..

    PemudaBistari

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #6 09 October, 2008, 03:46:23 PM
  • Publish
  • nak minta izin copy artikle ni boleh tak??
    terima kasih..

    silalah..tak jadi masalah..

    Terima Kasih diucapkan..

    m_farid

    • *
    • Posts: 16
    • ISLAM is my life
      • View Profile
    Reply #7 11 October, 2008, 02:12:44 PM
  • Publish
  • salam...
    satu penerangan yang bagus skali...
    semoga penerangan tersebut dpt menyedarkan kita semua..
    Islam pasti ditegakkan..
    takbir!
    Allahuakbar!!!!
    Hidup ini hanya sementara. Muda hanya sekali. Gunakan waktu muda untuk melakukan ibadat supaya senang/mudah di hari kemudian.

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #8 11 October, 2008, 10:26:28 PM
  • Publish
  • salam...
    satu penerangan yang bagus skali...
    semoga penerangan tersebut dpt menyedarkan kita semua..
    Islam pasti ditegakkan..
    takbir!
    Allahuakbar!!!!

    terima kasih...
    moga kita sentiasa berada dalam landasan benar...

    muhammad161967

    • *
    • Posts: 31
    • Berbudi.Membalas budi.Mengenang budi
      • View Profile
    Reply #9 13 October, 2008, 02:38:12 AM
  • Publish
  • Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah.  Hadis ada mengatakan;
    ' Siapa yang kenal  dirinya akan Mengenal Allah ".
    Firman Allah Ta`ala;

    "Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri,  supaya Hakikat itu boleh terzahir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)

    Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri.  Jika saya  tidak kenal diri sendiri,  bagaimana saya  hendak tahu perkara-perkara yang lain?  Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu

    bukanlah mengenal bentuk lahir diri saya,  badan,  muka,  kaki,  tangan dan lain-lain anggota saya yang dikurnia ini .  Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa saya  menegnal Allah.  Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri saya,,iaitu bila  lapar saya makan,  bila dahaga saya minum,  bila marah saya memukul dan sebagainya.  Jika saya bermaksud demikian,  maka binatang itu sama juga dengan saya.  Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;
    •   Apakah ada dalam diri saya ini?
    •   Dari mana saya datang?
    •   Kemana saya pergi?
    •   Apakah tujuan saya berada dalam dunia fana ini?
    •   Apakah sebenarnya bahagian yang saya terima diatas afa`al dan apakah sebenarnya derita yang  dialami hari ini juga kemudian nanti?

    jika saya tidak mengenal itu bagamana pula islam dan kencintaan pada Allah akan membangkit dalam diri saya
    Bagaimana islam akan bangkit dinagara timur kiranya  orang lain spt saya yang tak mengenal diri
    dan saya yakin nagara timur umatnya tidak spt saya,,sebab itulah islam bangkit ditimur


    SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNI PERBUATAN SYIRIK TERHADAP-NYA DAN DIA AKAN MENGAMPUNI YANG SELAIN ITU,KEPADA ORANG YANG DIA KEHANDAKI

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #10 13 October, 2008, 12:34:33 PM
  • Publish
  • Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah.  Hadis ada mengatakan;
    ' Siapa yang kenal  dirinya akan Mengenal Allah ".
    Firman Allah Ta`ala;

    "Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri,  supaya Hakikat itu boleh terzahir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)

    Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri.  Jika saya  tidak kenal diri sendiri,  bagaimana saya  hendak tahu perkara-perkara yang lain?  Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu

    bukanlah mengenal bentuk lahir diri saya,  badan,  muka,  kaki,  tangan dan lain-lain anggota saya yang dikurnia ini .  Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa saya  menegnal Allah.  Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri saya,,iaitu bila  lapar saya makan,  bila dahaga saya minum,  bila marah saya memukul dan sebagainya.  Jika saya bermaksud demikian,  maka binatang itu sama juga dengan saya.  Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;
    •   Apakah ada dalam diri saya ini?
    •   Dari mana saya datang?
    •   Kemana saya pergi?
    •   Apakah tujuan saya berada dalam dunia fana ini?
    •   Apakah sebenarnya bahagian yang saya terima diatas afa`al dan apakah sebenarnya derita yang  dialami hari ini juga kemudian nanti?

    jika saya tidak mengenal itu bagamana pula islam dan kencintaan pada Allah akan membangkit dalam diri saya
    Bagaimana islam akan bangkit dinagara timur kiranya  orang lain spt saya yang tak mengenal diri
    dan saya yakin nagara timur umatnya tidak spt saya,,sebab itulah islam bangkit ditimur



    Sodaqta....Anta benar...
     maka sama-samalah kita menjaga Haq Islam dan kemurniannya untuk diwarisi....Insya Allah.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    JundIllah

    • *
    • Posts: 132
    • Kalau kita bantu agama Allah,Allah akan bantu kita
      • View Profile
    Reply #11 01 November, 2008, 10:17:33 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah... Syukran atas penerangan yang sungguh jelas beserta hadis2 tu. Ana brharap sgt agar kegemilangan itu bermula pada zaman kita masih hdup ni. Sbb rindu sgt dgn pemerintahan spt zaman Rasulullah s.a.w. Smoga dari tmpat sperti ni(halaqah/internet), kbgkitan Islam membara dalam stiap diri warga halaqah & ia dibawa kluar untuk kita serap masuk dalam diri sahabat-sahabiah lain agar kitalah yang akan menjadi tentera2 Islam pada zaman ini.
    ALLAHUAKBAR3!!!!!!!!

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #12 01 November, 2008, 06:21:09 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah... Syukran atas penerangan yang sungguh jelas beserta hadis2 tu. Ana brharap sgt agar kegemilangan itu bermula pada zaman kita masih hdup ni. Sbb rindu sgt dgn pemerintahan spt zaman Rasulullah s.a.w. Smoga dari tmpat sperti ni(halaqah/internet), kbgkitan Islam membara dalam stiap diri warga halaqah & ia dibawa kluar untuk kita serap masuk dalam diri sahabat-sahabiah lain agar kitalah yang akan menjadi tentera2 Islam pada zaman ini.
    ALLAHUAKBAR3!!!!!!!!

    ianya pasti akan gemilang itulah janji2 allah melalui lidah rasul..
    dan kite sedang berada di border itu...
    maka harusnya mencari pejuang kebenaran yang hakiki...
    di mana di tangannya saja islam pasti akan gemilang..
    kerana itu juga adalah janji tuhan melalui lidah rasul..

    irdina

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Reply #13 01 November, 2008, 10:24:47 PM
  • Publish
  •  :syukur:

    bila baca artikel ni rasa macam tak sabar sgt nak tunggu ia berlaku...kegemilangan pada zaman pemerintahan Islam yg lalu amat dirindui

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #14 02 November, 2008, 12:24:33 PM
  • Publish
  • :syukur:

    bila baca artikel ni rasa macam tak sabar sgt nak tunggu ia berlaku...kegemilangan pada zaman pemerintahan Islam yg lalu amat dirindui

    insyaallah kita akan berada pada zamannya...diharap kita akan berada dalam..
    jemaah kebenaran tersebut...di kala itu ulama2 suq akan menentang jemaah kebenaran ini...pada mulanya tetapi akan kecundang kerana itulah janji allah..
    "apabila yang benar datang maka yang batil akan tersingkit "

    di kala ini kita betul2 berada di border pengakhiran zaman...
    dan mesej2 kedatangan imam mahdi dah terlalu banyak ..
    terjadi...maka kita tunggu dan lihat di tangan siapakah sebenarnya..
    sistem kekhalifahan ini akan wujud....

    adakah dengan cara politik yang di cipta oleh lord reid..
    atau secara khuaratul addah....

    ayie45

    • *
    • Posts: 53
    • Jaring Hitam Di Rumah Pak Abui
      • View Profile
    Reply #15 26 February, 2009, 04:25:14 PM
  • Publish
  • sy selalu membaca hadith2 dr imam bukhari dan at-tarmizi.tapi tak pernah dengar gelaran PUTERA BANI TAMIM pun.

    putra el-islami

    • *
    • Posts: 29
      • View Profile
    Reply #16 26 February, 2009, 04:45:27 PM
  • Publish
  • salam. ana berpandangan kebangkitan Islam bukan untuk kita tunngu bila saat nya, dan kita tak buat apa2..

    kebangkitan islam akan muncul bila mana setiap orang yang ingin menegakkan syiar,
    perlu mengerakkan usaha2 dakwah..
    melalui tarbiyah2 kelompok2 kecil,
    kemudian membentuk baitul muslim, seterusnya ummah,
    daulah dan seterusnya dapat menegakkan sistem khalifah...
    menjadi ustaziatul alam, yang menguasai seluruh dunia.

    bukan kita mahu menjadi yang paling berkuasa,
    tapi matlamatnya adalah mardhatillah, keredhaan Allah...
    umat islam salim akidahnya, solat xtinggal, jaga perintah Allah,
    membayar zakat, berakhlak mulia,
    amanah dalam menjalankan tugas,
    i2 yang kita nak.

    kita nak jadi seperti Zaman para sahabat, khlifah,
    maju dan aman di bawah pemerintahn islam..

    bukan kita setakat menunggu bila datangnya,
    kita cuba bangunkan dalam diri kita 5 rukun,
    ini disandarkan dalam satu hadis shohih
    "Terbinanya islam atas lima perkara, mengaku tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan"(HR Bukahri dan Muslim)..




    cssyahril

    • *
    • Posts: 63
      • View Profile
    Reply #17 26 February, 2009, 04:54:15 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum .....
    ni emel fwd yg saya dpt, komen & pndapat dialu2kan:

    Mesti terkejutkan. .neway , just bace dulu n evaluate it later... Allah sahaja yang tahu kebenarannya. ..

    [Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan
    1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

    * a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
    tahun.... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita
    ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
    Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...

    * b) Saintis telah menjumpai   sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi  yangmenghala ke
    bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu   akan melanggar bumi pada tahun 2014.   
    Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
    Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
    Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..   
    Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
    Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

    * c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...
    Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
    semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan  hidup selama 40 tahun
    dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
    Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
    Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...

    * Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...
    Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
    bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
    Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
    Cubalah anda kirakan sendiri...

    saya masukkan dlm forum ni pasal ade kaitan dengan kebangkitan Islam sebelum kiamat
    « Last Edit: 26 February, 2009, 04:56:11 PM by cssyahril »

    saiful ikhwan

    • *
    • Posts: 50
    • dari Allah, kerana Allah, untuk Allah......
      • View Profile
    Reply #18 26 October, 2009, 08:39:37 AM
  • Publish
  • kawan teringin nak menjadi salah seorang mujahiddin di masa kebangkitan imam mahdi tu nanti.

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Reply #19 13 November, 2009, 11:14:01 AM
  • Publish
  •  :),

    Saya ingin bertanya. Ketika nabi Isa turun adakah sebagai Nabi atau bagaimana? Seba kita semua tahu bahawa penutup segala nabi adalah nabi Muhammad dan tidak akan ada nabi lagi selepas baginda.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    87 Replies
    20243 Views
    Last post 17 December, 2013, 09:29:16 PM
    by Durratul Hikmah
    7 Replies
    1551 Views
    Last post 26 June, 2012, 11:13:25 AM
    by Abg Ngoh
    11 Replies
    2511 Views
    Last post 30 August, 2012, 10:57:31 PM
    by Abg Ngoh