Definisi Yaqazah dan Musyafahah

*

Author Topic: Definisi Yaqazah dan Musyafahah  (Read 16667 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

khalifah_04

  • *
  • Posts: 304
    • View Profile
28 March, 2008, 12:51:25 PM
  • Publish
  • PERSOALAN YAQAZAH

    (Menurut Fatwa Mufti Brunei )

    Adakah Harus dan Boleh Menerima Zikir dan Doa daripada Rasulullah SAW pada masa sekarang, waktu yang menerimanya itu jaga atau waktu tidur dalam mimpi?

    Berkata Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdullah bin Syeikh Al Idrus Baalawi yang hidup tahun 978 Hijrah dan mati tahun 1038 Hijrah dalam kitabnya An Nurus Safir ‘An Akhbaril Quranil ‘Asyir:

    Adalah Imam Al Hafiz As Sayutri itu ada banyak karamah terbit daripadanya itu, kebanyakannya itu berlaku sesudah ia mati (dan matinya pada tahun 911 Hijrah)

    Berkata Al ‘Alamah Syeikh Zakaria bin Syeikh Muhammad Al Mahalli As Syafie bahawa Imam As Sayuti itu telah ditimpa oleh sesuatu perkara yang besar pada suatu masa, maka saya minta daripadanya, menulis surat wasiat atau pesanan kepada sesetengah anak muridnya, melalui saya, maka Imam As sayuti enggan berbuat begitu dan Imam itu telah melihatkan kepada saya akan sehelai kertas yang ditulis dengan tangan Imam itu, bahawa: “Saya telah berhimpun dengan Nabi SAW waktu jaga banyak kali lebih dari 70 kali dan sabda Nabi SAW kepada saya, yang maksudnya:

    “Bahawa siapa yang ada keadaannya begini, maka tiadalah ia berhajat pada pertolongan dan bantuan daripada sesiapa.”

    Telah dihikayatkan daripada Imam As Sayuti telah berkata:

    “Saya telah melihat dalam tidur saya, seolah-olah saya ada di hadapan majlis Nabi SAW, maka saya sebutkan sebuah kitab yang saya telah mula mengarangnya dalam perkara hadis dan sunat iaitu Jam’ul Jawaami’ , maka saya berkata kepada Nabi SAW: Hamba akan bacakan sedikit daripada isi kitab itu, maka sabda nabi SAW: Bawalah kepada saya, hai guru hadis (Ya Syeikhul Hadis).” Berkata Imam As Sayuti: “ Mimpi itu suatu khabar gembira kepada saya lebih besar dari dunia dan seluruhnya.”

    Dari kitab Khususiyyatu Yaumil Jum’ah karangan Imam As Sayuti dicetak di Damsyik tahun 1386-1966 Hijrah.

    Al Habib Syeikh Abdul Qadir Al Idrus itu juga ada mengarang kitab bernama Ta’riful Ahyai Bifadhailil Ahya’I Kitab “Ahya” karangan Imam Al Ghazali yang mati tahun 505 Hijrah yang terkenal itu dan kisah Imam As Sayuti itu ada disebutkan oleh Syeikh Najmuddin Al Ghazzi dalam kitabnya Al Kawakibus Saairah.

    Adalah Al Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas yang empunya ratib bernama “ Ratibul ‘Athas” yang terkenal di Malaysia dan rantau sebelah ini, yang mati pada atahun 1072 Hijrah dan ditanam di Huraidah Hadramaut (Selatan Tanah Arab) , ada berlaku di tangannya beberapa perkara yang ganjil dan pelik atau karamah setengah dari perkara-perkara itu:

    1. Apabila Al Habib Umar itu pergi ziarah kubur bapanya Sayyid Abdul Rahman , ia berkata pada kubur bapanya dan ia mengkhabarkan segala perkara dengan penglihatan dan nampak dengan matanya.

    2. Kerabatnya berkata sedang kami duduk di rumah kami dan di sisi kami Al Habib Umar Al ‘Athas, maka tiba-tiba ia memerah akan lengan bajunya dengan air bertitik, maka kami bertanya, “Ya Sayyidi, apa air ini?” Ia menjawab, “ Bahawa suatu kumpulan orang kekasih kami, telah rosak perahu mereka di dalam laut Syam (Tanah Hajaz), dan mereka minta tolong daripada kami maka kami datang membantu mereka, mereka dilepaskan oleh Tuhan mereka dari bencana alam, dan basah ini dari air laut itu.”

    3. Apabila Habib itu beribadah kepada Tuhannya dengan seorang diri jauh daripada manusia maka Nabi SAW datang kepadanya hal keadaannya nyata dan Nabi SAW menyuruh akan dia mengajak manusia kepada jalan Allah Taala, dan menunjuk dan mengajar mereka. Mengapa saya tiada melihat akan keadaan Rasulullah SAW itu dengan nyata, kerana jikalau terdinding daripada saya oleh Nabi SAW sekejap sahaja, nescaya tiada saya bilangkan diri saya daripada kalangan orang Mukmin, dan mengapa terdinding Nabi SAW daripada saya padahal baginda SAW itu ain wujud saya.

    4. Seorang lelaki meminang akan seorang perempuan berkahwin dengannya, maka bapa perempuan dan saudaranya enggan menerimanya, maka ia marah dengan hal yang beraku itu dan ia kembali ke rumahnya dan ia berazam akan membunuh mereka, apabila malam gelap ia menyandang senjatanya dan keluar menuju kepada bapa dan saudara perempuan itu, di antara ia berjalan-jalan tiba-tiba ia merasa seorang yang memegang tangannya seperti harimau yang ganas dan ia berpaling, tiba-tiba ia melihat Habib Umar Al ‘Athas, maka ia tercengang gementar dan Al habib itu berkata, “ Ke mana engkau hendak pergi?” Ia berkata, “Saya ada mempunyai suatu hajat.” Katanya, “ Engkau tiada mempunyai suatu hajat, tetapi engkau keluar ini kerana berbuat begini, begini. Hendaklah engakau kembali ke rumah engkau.” Dan Al Habib itu melepaskan tangannya dan laki-laki itu pun kembali ke rumahnya. Tiada beberapa hari datang bapa perempuan dan saudaranya mengambil hatinya dan menerangkan sebab-sebab penolakan pinangan itu dan meminta maaf. Dan keduanya berkata, “Perempuan itu bagi engkau. Demi Allah kami tiada mengahwinkannya selain daripada engkau.” Kemudian laki-laki itu berkahwin dengan perempuan itu, dan mendapat anak-anak sepertimana khabar gembira yang terbit daripada Al Habib Umar Al ‘Athas itu.

    Ini kita petik dari Fathu Rabbin Nas huraian Ratib Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas, telah dihimpunkan oleh Maulana Al ‘Arif Sayyid Hussin bin Almarhum Al ‘Alamah Sayyid Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin Al ‘Athas dalam bahasa Melayu pada tahun 1342 Hijrah.

    Dihikayatkan oleh Abu Abdullah Al Qastalani bahawa ia melihat Nabi SAW dalam tidur dan ia mengadukan kepada Nabi akan sengsara hidup dan fakirnya dan papanya. Maka Nabi SAW mengajarkan dia akan suatu doa.

    Dari kitab Al Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddis Sayyid Muhammad Bin Ali Khidr yang mati tahun 960 Hijrah, dan Sayyid itu mengulas doa yang di atas ini.

    Ketahui olehmu barangsiapa yang menyebut akan “ Asmaul Husna” yang di atas ini, dan dia berperangai dengan perangai kalangan orang-orang yang terpilih daripada hamba Allah, dan beradab dengan adab wali-wali Allah, maka Allah Taala akan hidupkan roh “Asmaul Husna” akan hati orang itu. Dan Allah akan terangkan akan hatinya dengan cahaya hakikat “Asmaul Husna” itu. Dan ia tiada memohon sesuatu daripada Allah melainkan Allah berikan apa yang ia mohon.

    Adalah Habib Al Arifbillah Ahmad bin Hussin bin Abdullah Al ‘Athas, datuk kepada Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim bin Ahmad Hussin Al ‘Athas dan Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim rh. Itu pengelola masjid Ba’alawi di Bukit Timah di Singapura. Dan Al ‘Alamah datuk Habib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Haddad Al Haddar, muftikerajaan Johor yang trdahulu itu adalah anak murid kepada Habib Al Arif Ahmad bin Hussin Al ‘Athas.

    Berkata habbib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Al Haddad dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah Wa Imaamil Haqiiqah, Al Arifbillah Habib Ammad bin Hussin Al ‘Athas: Kata Syeikh Muhamad bin ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab Manaaqibil ‘Arifbillah Al Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas bagaimana disebutkan oleh Imam Habib Al ‘Idrus bin Umar Al habsyi bahawa Al Habib Al Arif Ahmad Al ‘Athas itu seorang wali Allah yang mutlak dan dia dibenarkan mengkhabarkan apa perkara yang disembunyikan oleh orang lain.

    Adalah Al Habib Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘ Athas itu apabila banyak melihat Rasulullah SAW sehingga berulang-ulang kali semalam hingga tujuh kali.

    Adalah Al Habib Al Arifbillah itu apabila ia berasa syak pada suatu hadis maka ia bertanya kepada Nabi SAW.

    Adalah Al Habib Al Arifbillah itu dapat mengetahui perkara bohong, katanya saya melihat keluar daripada mulut pembohong itu seperti sesuatu asap.

    Al Arifbillah itu dapat mengenal karangan-karangan kitab-kitab ilmu, mana kitab itu ditulis mengikut hawa nafsu atau kerana ta’asub atau lain-lain dari hawa nafsu dan ta’asub.


    Al Arifbillah itu dapat memilih mana-mana kitab yang sayugia dibaca dan diamalkan oleh ahli ilmu.

    Adalah guru Al Arifbillah Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas itu bernama Ghausu Zamaanih Al Habib Abu Bakar bin Abdullah Al ‘Athas telah memohon pandangan dan pilihan dalam sesuatu perkara kepada Nabi SAW maka Nabi SAW bersabda kepadanya: “ Akan datang kebenaran atau datang isyarat di atas tangan seorang anak-anak kamu.”:

    Al Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘Athas berkata adalah roh-roh datang kepada saya pada permulaan hidup saya sebagai suatu utusan sepuak lepas sepuak dan dia bercerita bahawa setengah orang mati lalu kepadanya lepas roh-roh berpisah dari jasad orang-orang mati itu atau lalu malaikat kepadanya dengan mmbawa roh-roh itu. Saya Tanya (Habib Mufti), ke mana roh-roh yang tuan guru lihat tadi? Jawabnya , dia bersiyarat dengan tangannya bahawa roh-roh itu pergi ke pihak kiblat.

    Al Arifbillah itu menceritakan kepada (Al Habib Mufti) bahawa Al Arifbillah berhimpun dengan roh-roh “barzzakhiyyah” yang belum masuk ke dalam jasad manusia di dalam suatu perkara berlaku.

    Adalah Al Arifbillah itu bangun tidur pada 1/3 yang terakhir dari waktu malam, ia mengambil air sembahyang, dan ia sembahyang dan panjang sembahyangnya itu. Kemudian ia membaca zikir-zikir yang panjang dan mengulang-ulang “Asmaul Husna”, ia bertasbih, ia bertahmid, ia bertakbir pada tiap-tiap “isim” itu. Kemudian ia baca zikir-zikir yang lain kemudian ia baca Quran dengan bacaan sederhana tiada cepat dan tiada lambat dan dia dapat membaca lima juzuk Al Quran sebelum terbit fajar.

    Disebutkan bahawa Al Arifbillah dan Al Afiful Munawwar Ahmad bin Abdullah Balkhair sembahyang witir berjemaah dengan membaca 10 juzuk Al Quran.

    Adalah wirid Al Arifbillah dalam sehari 25,000 “Lailahaillallah” dan membaca separuh Quran. Adapun usaha Al Arifbillah pada membaca kitab-kitab ilmu dari kitab-kita tafsir, hadis, tasawuf dan lain-lain, maka tiadalah kita ketahui (kata Al habib ‘Alawi) seseorang pun seperti Al Arifbillah itu.

    Berkata Al ‘Alamah Muhammad Bifadhlu, saya berhubung dengan Al Arifbillah pada tahun 1316 Hijrah, maka banyak bilangan kitab yang ia baca di hadapan Al Arifbillah dan lain-lain penuntut membaca kitab di hadapannya menunjukkan kitab-kitab yang dibaca dihadapannya itu dari semenjak Al arifbillah balik dari Mekah sehingga tahun itu tiada kurang dari 26 tahun, adalah sangat banyak tiada dapat dikira, kerana tuan guru Al Arifbillah itu tiada sabar dari ilmu dan dari ibadah dan dari zikir, semuanya itu makanan bagi dirinya dan rohnya, dan saya tiada lihat akan seseorang pun tahan mendengar kitab-kitab ilmu seperti tuan guru itu.

    Adalah Al Arifbillah itu apabila ia melayan “dhif-dhif” dan tetamu atau utusan-utusan maka ia tiada tahan dari meninggalkan membaca kitab, maka ia letakkan sebuah kitab di atas ribanya dan ia balik-balikan halaman kitab itu, sambil ia melayani “dhif-dhif” itu kerana ia gemarkan ilmu dan kitab-kitab ilmu.
    Dipetik dari Uqudul Almaasi.

    Diriwayatkan oleh Imam Abu Na’im dan Ibnu Basykuwal daripada Imam Sufyan As Tsauri telah berkata, di antara ketika saya mengerjakan haji, tiba-tiba masuk seorang pemuda, dia tiada mengangkat sebelah kaki dan tiada meletakkan sebelah kaki, melainkan ia berselawat atas Nabi SAW dan keluarga baginda.

    Maka saya katakan kepadanya: “Adakah dengan ilmu kamu kata begitu?” Pemuda itu menjawab: “Ya”. Kemudian pemuda itu berkata: “Siapa tuan?”
    Saya menjawab: “ Saya Sufyan As Tsauri.” Ia bertanya: “Dari Iraq ?” Saya jawab: “Ya.”
    Pemuda itu bertanya: “ bagaimanakah tuan kenalkan akan Allah?” Saya jawab: “Allah memasukkan malam ke dalam siang dan Allah memasukan siang ke dalam malam dan Allah menggambarkan anak-anak dalam rahim.” Kata pemuda itu: “ Wahau Sufyan, tuan belum kenalkan Allah dengan sebenar-benar kenal.”
    Saya berkata: “ Bagaimana kamu kenalkan Allah?” Jawab pemuda itu: “ Bifaskhil hammi, wa naqdhil ‘azmi. (ertinya: dengan membuang bimbang dan membatalkan azam.). Dan saya bimbang maka saya buang bimbang itu, dan saya berazam maka dibatalkan azam saya itu, dengan itu saya kenal bahawa bagi saya ada Tuhan yang Esa yang mentadbirkan hal ehwal saya.”

    Saya berkata: “Apa itu selawat yang kamu selawat kepada Nabi SAW?” jawab pemuda itu: “Ceritanya begini: Adalah saya pergi kerja dan bersama-sama saya ibu saya, dan ibu saya minta saya bawa dia masuk ke dalam Kaabah. Maka saya bawa ibu saya ke dalam Kaabah, maka ibu saya terjatuh dan bengkak perutnya dan hitam legam mukanya. Maka saya duduk disisinya dengan sedih hati saya, dan saya angkat 2 tangan ke langit dan saya berkata: Ya Rabbi Ya Tuhanku, beginikah Tuhan hamba buat kepada sesiapa yang masuk ke dalam rumah Tuhan hamba (Kaabah), maka tiba-tiba awan naik dari sebelah Tihamah, dan tiba-tiba ada di dalamnya seorang lelaki memakai pakaian putih, dan ia masuk ke dalam Kaabah. Dan ia lalukan tangannya di atas perut ibu saya, maka muka ibu saya menjadi putih dan kesakitannya reda. Kemudian ia berjalan hendak keluar dari Kaabah itu maka saya tarik bajunya dan saya berkata kepadanya: “Siapa tuan yang menolong menyelamatkan saya dari kesedihan saya?” Jawabnya, “ Saya Nabi kamu, Nabi Muhammad yang kamu memberi selawat ke atasnya.”

    Maka kata saya: Ya Rasulullah “Fa Ausini” (ertinya mohon beri pesan pada saya). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Janganlah angkat sebelah kaki dan jangan letakkan sebelah kaki melainkan kamu berselawat di atas Sayidina Muhammad dan di atas keluarga Sayidina Muhammad.”

    Kata saya: “ Adalah orang muda ini dari kalangan wali-wali yang sampai kepada Allah.”

    Saya kata ini kisah yang diceritakan Imam Sufyan As Tsauri yang terkenal dan dinukilkan oleh Imam Abu Na’im, pengarang kitab Haliyaatul Auliya’ dan Ibnu basykul dan telah dinukilkan oleh “Muhadissud Dunya” Sayyid As Syeikh Abdullah As Siddiq Al Ghamaari daripada ulama Al Azhar dan ulama Al Maghrib dalam kitabnya Fadhailun Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah dicetak oleh maktabah Al Kahirah Syari’ As Sonadiqqiyah, Medan, Al Azhar, Mesir.

    Sedikit masa yang lalu saya telah mendengar seorang penceramah di suatu radio dengan jahil dan lalai dia mengatakan tiada mungkin dan tiada boleh seseorang menerima wirid dan amalan daripada Rasulullah SAW di dalam kaabah zaman sekarang atau sebelum sekarang, adalah Al ‘Alamah Ibnu Taimiyah menegur ahli taswuf bagaimana tersebut dalam kitab Al Fatawal Hadissiyah atau pengikut-pengikut Al hafiz bin Rejab dan Az Zahbi atau sefaham mereka seperti Syeikh Abu Bakar Al Jazairi da Syeikh Halali yang ada di Madinah Almunawarrah itu kedua-duanya tiada senang hati dengan ahli bait Rasulullah SAW dan dengan ahli tasawuf.

    Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini, bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga, dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah HARUS DAN BOLEH, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti ini termasuk di bawah erti kata
    “ fadhoilul ‘amal”.

    Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan terhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.

    Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoifulminan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin ‘Athaillah As Sakandari yang mati tahun 709 Hijrah dan Jami’u karamatil Auliya’ karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya’ oleh Al Hafiz Abu Na’im dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.

    Pihin Datuk Ser Maharaja Datuk Seri Utama
    Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz
    Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

    Pejabat Mufti,
    Kementerian hal Ehwal Agama,
    Negara Brunei Darussalam.
    14 Jamadil Awal 1408H
    4 Januari 1988.
    Dari Allah AKu Datang, Kepada Allah AKu Kembali

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #1 20 August, 2008, 11:06:43 PM
  • Publish
  •  
     
    PERKARA: bermimpi dan berjumpa rasulullah..

    SOALAN: Salam buat jemaah anda moga sentiasa berada dalam lingkunganNYA.. Baru kelmarin saya mendengar dalam halaqah..di internet.. melalui laman web TV9..tarikh 3 ogos..di bawah tajuk mimpi... apa yang saya pelajari dari dahulu hingga kini bahawa setiap apa yang kita mimpi berkenaan rasullulah maka ianya adalah benar...itulah baginda...dan begitu juga perkataan yang di keluarkan semasa di dalam mimpi.. jika ada ucapan rasullullah maka ianya besar kemungkinan adalah benar... begitu juga dengan yakazah...saya amat menyakininya...begitu juga dengan roh para wali allah dan orang soleh...mereka masih hidup dan kita boleh berkomunikasi dengannya (tetapi cuma orang terpilih sahaja).. tetapi dalam halaqah tersebut..menyebut bahawa pada zaman ini..jika orang itu dari mata kasar kita lihat kurang menyenangkan dan jika beliau bermimpi berjumpa rasullullah maka ianya boleh di pertikaikan... dan begitu juga dengan orang kebanyakkan...dan di nyakan bahawa kita tidak kenal akan susuk tubuh baginda..di situ boleh di pertikaikan... jadi saya mohon penjelasan dari pihak tuan..untuk memeberi penjelasan apa yang saya belajar dengan apa yang di dengar di halaqah amat berbeza... untuk mendapat kepastian dengan jelas bolehlah tuan memasukki tv9.. di bawah tajuk halaqah...dan mimpi.. bahagian ketiga..

    JAWAPAN: Waalaikumussalam

    Terimakasih kepada yang bertanya, adapun persoalan tersebut adalah berkaitan dengan Yaqazah dan Musyafahah. Mari kita bincangkan tentang ilmunya dari sudut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah :

    Definisi Yaqazah dan Musyafahah

    Erti yaqazah pada bahasa ialah jaga, sedar, bukan dalam keadaan mimpi, (yaqiza) Aiy mutayaqqizun: Hazirun: jaga, sedar, berjaga-jaga.

    – Mukhtarus Sihah, lisy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al‘asriyah, Soida, Beirut. (m.s. 349)

    Adapun pengertian yaqazah pada istilah perbahasan ilmu tasawuf ialah bertemu atau berjumpa dengan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dan ia merupakan satu karamah wali-wali Allah.

    Erti musyafahah pada bahasa pula ialah berbual-bual antara dua pihak. (Al Musyafahah) Al Mukhatobah min fika ila fihi.

    – Mukhtarus Sihah, lisy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al‘asriyah, Soida, Beirut. (m.s. 167)

    Pada istilah pula ialah berbual-bual dengan roh Rasulullah SAW atau bersoal jawab atas apa-apa kesamaran dalam aga­ma atau menerima amalan-amalan tertentu dari baginda.

    Yaqazah adalah satu perkara luar biasa yang mencarik adat. Ia menjadi salah satu sumber kekuatan para ulama yang hak dalam mempertahankan kebenaran.

    Imam As Sayuti apabila ingin memasukkan sebuah Hadis ke dalam kitab karangannya akan bertanya kepada Rasulullah SAW secara yaqazah: “Adakah Hadis ini daripadamu ya Rasulullah?” Jika Rasulullah SAW membenarkan, barulah beliau merekodkan Hadis tersebut. Begitu juga berlaku kepada ramai auliya Allah.

    Ini merupakan satu ‘teknologi’ yang sangat canggih yang tidak mampu dipintas oleh musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi dan Nasrani. Bagaimana mereka ingin memintasnya sedangkan kekuatan mereka setakat memaksimumkan peng­gunaan akal. Akal sampai bila pun tidak akan berjaya menga­lahkan kekuatan roh. Inilah senjata kemenangan ulama-ulama dan para pejuang Islam sepanjang sejarah. Dengan bersung­guh-sungguh mengusahakan taqwa, Allah kurniakan kepada mereka bantuan-bantuan-Nya secara zahir atau rohani.

    Di antara bantuan-bantuan rohani ialah mimpi yang benar, firasat, kasyaf, hatif dan lain-lain.

    Bacalah sejarah Tariq bin Ziad, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh, Mimar Sinan, Imam Al Ghazali, Imam As Sayuti. Kajilah rahsia ke­jayaan mereka.

    Hukum Yaqazah

    Yaqazah hukumnya harus berlaku pada wali-wali Allah se­bagai kemuliaan (karamah) yang Allah kurniakan kepada mereka.

    Ia adalah perkara yang mencarik adat (luar dari kebiasaan) pada logik manusia sedangkan ia masih dalam lingkungan mumkinat (harus) bagi Allah mengadakan atau mentiadakannya.

    Perlu diketahui perkara yang bersalahan dengan adat boleh dibahagikan kepada empat kategori, berdasarkan di tangan siapa ia terjadi:

    1. Mukjizat: berlaku kepada para rasul a.s. sebagai bukti kerasulan mereka untuk mencabar penentang-penentang mereka.
    2. Karamah: berlaku kepada kekasih-kekasih Allah (para wali) lambang kemuliaan yang Allah beri kepada mereka.
    3. Maunah: berlaku kepada orang-orang mukmin dengan berkat guru atau amalan tertentu yang diistiqamahkan.
    4. Sihir: berlaku di tangan orang-orang fasik atau kafir secara istidraj (dalam murka Tuhan).

    Dalil Boleh Beryaqazah

    Perlu diketahui dan difahami, ada banyak ayat-ayat Al Quran yang memberi isyarat tentang peristiwa yaqazah ini. Kalaulah ia boleh berlaku kepada para rasul a.s. sebagai mukjizat, ia juga boleh berlaku kepada wali-wali Allah sebagai karamah.

    Dalil pertama: Pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s.

    Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda diperte­mukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya:

    Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang per­temuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)

    Dalil kedua: Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul

    Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan. Firman Allah:

    Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)

    Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:

    “Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam tujuh saf. Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”

    Dalil ketiga: Hadis dari Abu Hurairah r.a.

    Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW ber­sabda:
    Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam ke­adaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)

    Pengakuan Ulama Mengenai Yaqazah

    Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:

    “Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya.”

    Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:

    “Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”

    Pihin Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darus­salam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti, Kemen­terian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal 1408H, 4 Januari 1988 iaitu:

    “Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah erti­kata fadhailul a’mal.

    Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini."

    Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah se­perti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoiful minan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin Athaillah As Sakandari yang meninggal tahun 709H dan Jami’u Karamatil Auliya karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya oleh Al Hafiz Abu Naim dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mah­mud, Mesir dan lain-lain.”

    Sekian, semuga jwapan yang diberikan ini dapat menjawab kemusykilan tersebut. Bagaimanapun pandangan ini terhad kepada yang menerimapakai fahaman Ahli Sunnan Wal Jamaah yang bersandarkan kepada AL Quran, Hadis, Qias, dan Ijmak sahaja, yang selain daripada ASWJ mungkin tidak sama pendapatnya.
    « Last Edit: 20 October, 2010, 03:14:32 AM by Ummi Munaliza »
    TuhAN cInTa aGuNg..

    nadirah87

    • *
    • Posts: 123
      • View Profile
    Reply #2 17 November, 2008, 08:11:34 PM
  • Publish
  • nermimpikan rasulullah adalah suatu kemungkinan yang biasa dan pernah dialami para ulama dan solihin. malah memang terdapat amalan khusus yang boleh menyebabkan seseorang itu bermimpi dan bertemu dengan rasulullah. antaranya ialah mengamalkan selawat dan tasbih yang khusus sebelum tidur. diperihalkan juga oleh para arifin bahawa jika seseorang itu bermimpikan rasulullah, bermakna memang terdapat suatu maksud khusus yang perlu diperhalusi oleh orang yang mimpi. adkalanya ia membawa  maksud baik dan adakalanya membawa maksud supaya menjauhi dari suatu perkara yang kurang baik.
    " INGATLAH ALLAH WALAU DI MANA ANDA BERADA "

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #3 13 December, 2008, 02:25:15 AM
  • Publish
  • benar...
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    swordofdeen

    • *
    • Posts: 465
    • Slashing Through Hypocrisy
      • View Profile
    Reply #4 13 December, 2008, 08:16:04 AM
  • Publish
  • Boleh tahu di antara siapakah perbicaraan (tulisan) ini berlaku?
    We Punish to Preach, not Preach to Punish

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #5 26 January, 2009, 11:34:13 PM
  • Publish
  • Ana ada dua kitab yang paling menarik tentang bertemu Rasulullah SAW secara Yaqazah atau fi al-Manam....

    1. Kaifiyat al-Wushul liru'yat Sayyidina  al-Rasul Muhammad SAW, karangan Hasan Muhammad Syaddad bin Umar
    2. Mishbah al-Zalam fi al-Mustaghisin bi khairi al-Anam AS fi al-Yaqzah wa al-Manam, Karangan al-Nu'man (w. 683 H)

    ana pernah dengar, tapi belum pernah bertemu, bahwa sekarang ada seorang habib yang tinggal di Batu Pahat...beliau dapat bertemu dengan Rasulullah SAW fi al-Yaqzah maupun Manam...riwayat ini sudah mencapai 4 syahadah atau lebih...salah satunya adalah Guru kepada guru ana, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Mekkah....

    Semoga Allah memberkati mereka....

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #6 26 January, 2009, 11:36:42 PM
  • Publish
  • bertemu dengan Rasulullah SAW fi al-Yaqzah maupun Manam...riwayat ini sudah mencapai 4 syahadah atau lebih...salah satunya adalah Guru kepada guru ana, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Mekkah....

    Semoga Allah memberkati mereka....
    x paham la...

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #7 26 January, 2009, 11:45:24 PM
  • Publish
  • Kabar tentang Habib tersebut dapat berjumpa Rasulullah SAW secara Yaqazah maupun manam itu kekuatan kebenarannya sudah disaksikan (syahadah) 4 orang atau lebih, di mana ia adalah derajat tsiqah atau dapat dipercaya...salah satu dari yang mengsaksikannya atau sebagai syahid dari kabar ini adalah guru kepada uztaz ana yaitu Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki...

    Faham??

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #8 26 January, 2009, 11:48:23 PM
  • Publish
  • Kabar tentang Habib tersebut dapat berjumpa Rasulullah SAW secara Yaqazah maupun manam itu kekuatan kebenarannya sudah disaksikan (syahadah) 4 orang atau lebih, di mana ia adalah derajat tsiqah atau dapat dipercaya...salah satu dari yang mengsaksikannya atau sebagai syahid dari kabar ini adalah guru kepada uztaz ana yaitu Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki...

    Faham??
    bertambah ktidak pahaman ana...
    maap yek....

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #9 26 January, 2009, 11:58:10 PM
  • Publish
  • Kabar tentang Habib tersebut dapat berjumpa Rasulullah SAW secara Yaqazah maupun manam itu kekuatan kebenarannya sudah disaksikan (syahadah) 4 orang atau lebih, di mana ia adalah derajat tsiqah atau dapat dipercaya...salah satu dari yang mengsaksikannya atau sebagai syahid dari kabar ini adalah guru kepada uztaz ana yaitu Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki...

    Faham??

    Macam ni...di Batu Pahat, ada Habib nama dia Habib Ali al-Idruus...menurut cerita yang authentic, beliau dapat berjumpa Nabi Muhammad SAW secara terjaga, maupun dalam mimpi...cerita ni bukan cerita tipu, cartoon, khurafat, or mat jenin....tapi cerita ni authentic sebab yang meriwayatkan atau yang menceritakan bahwa habib Ali dapat jumpa Nabi sudah melebihi 4 orang....malah salah satu yang menetapkan atau mensabitkan bahwa Habib Ali ni dapat jumpa NAbi adalah Syaikh kepada uztaz ana...syaikh tersebut adalah SAyyid Muhammad bin Alawi al-Maliki yang tinggal di Mekkah...bagaimana mungkin ini karut?? FAHAM????

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #10 27 January, 2009, 12:00:42 AM
  • Publish
  • Kabar tentang Habib tersebut dapat berjumpa Rasulullah SAW secara Yaqazah maupun manam itu kekuatan kebenarannya sudah disaksikan (syahadah) 4 orang atau lebih, di mana ia adalah derajat tsiqah atau dapat dipercaya...salah satu dari yang mengsaksikannya atau sebagai syahid dari kabar ini adalah guru kepada uztaz ana yaitu Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki...

    Faham??

    Macam ni...di Batu Pahat, ada Habib nama dia Habib Ali al-Idruus...menurut cerita yang authentic, beliau dapat berjumpa Nabi Muhammad SAW secara terjaga, maupun dalam mimpi...cerita ni bukan cerita tipu, cartoon, khurafat, or mat jenin....tapi cerita ni authentic sebab yang meriwayatkan atau yang menceritakan bahwa habib Ali dapat jumpa Nabi sudah melebihi 4 orang....malah salah satu yang menetapkan atau mensabitkan bahwa Habib Ali ni dapat jumpa NAbi adalah Syaikh kepada uztaz ana...syaikh tersebut adalah SAyyid Muhammad bin Alawi al-Maliki yang tinggal di Mekkah...bagaimana mungkin ini karut?? FAHAM????
    owh... dah paham dah....
    plik jgak.. mcm mana tu?? nampak jelmaan nabi ke??

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #11 27 January, 2009, 12:04:09 AM
  • Publish
  • owh... dah paham dah....
    plik jgak.. mcm mana tu?? nampak jelmaan nabi ke??

    tak de yang peliknya laa...sebab ada riwayat banyak sekali...baca dua kitab ana tu....jelmaan atau macam mana...ana pun tak tahu, sebab ana tak pernah bertemu...doa je lah suatu saat ana akan dapat bertemu beliau...Amin2...

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #12 27 January, 2009, 01:10:36 AM
  • Publish
  • KOREKSI:

    Yaqazah’ tidak pernah ditimbulkan oleh alim ulama terkenal, ahli fiqh terkenal, ulama hadith atau ulama tafsir terkenal sejak zaman berzaman. ‘yaqazah’ tidak pernah dipopularkan oleh mana-mana sahabat Nabi SAW atau mana-mana tabiin (murid para sahabat). Ia hanya ditimbulkan oleh sebahagian tarekat kesufian dan dipopularkan oleh mereka walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan bukti dan hujah yang menyokong mereka. Persoalannya, apakah faedah yang akan mereka dapat sekiranya masyarakat mempercayai cerita ‘yaqazah’ ini?

    Wallahu'alam
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #13 27 January, 2009, 01:20:20 AM
  • Publish
  • Macam ni...di Batu Pahat, ada Habib nama dia Habib Ali al-Idruus...menurut cerita yang authentic, beliau dapat berjumpa Nabi Muhammad SAW secara terjaga, maupun dalam mimpi...cerita ni bukan cerita tipu, cartoon, khurafat, or mat jenin....tapi cerita ni authentic sebab yang meriwayatkan atau yang menceritakan bahwa habib Ali dapat jumpa Nabi sudah melebihi 4 orang....malah salah satu yang menetapkan atau mensabitkan bahwa Habib Ali ni dapat jumpa NAbi adalah Syaikh kepada uztaz ana...syaikh tersebut adalah SAyyid Muhammad bin Alawi al-Maliki yang tinggal di Mekkah...bagaimana mungkin ini karut?? FAHAM????

    Isu mimpi semua orang boleh bercerita, tetapi bagaimana status  dari segi autoriti mimpi mahupun yaqazah itu?
    lagipun tidak ketahui siapakah 4 orang itu?(dari segi sanad pun penuh kesamaran) Mujurlah ini bukan "hadith", walaupun bukan "hadith", KESUCIAN Nabi s.a.w hendaklah dipelihara agar tidak disalahgunakan oleh pihak2 tertentu.

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #14 27 January, 2009, 05:34:34 AM
  • Publish
  • KOREKSI:

    Yaqazah’ tidak pernah ditimbulkan oleh alim ulama terkenal, ahli fiqh terkenal, ulama hadith atau ulama tafsir terkenal sejak zaman berzaman. ‘yaqazah’ tidak pernah dipopularkan oleh mana-mana sahabat Nabi SAW atau mana-mana tabiin (murid para sahabat). Ia hanya ditimbulkan oleh sebahagian tarekat kesufian dan dipopularkan oleh mereka walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan bukti dan hujah yang menyokong mereka. Persoalannya, apakah faedah yang akan mereka dapat sekiranya masyarakat mempercayai cerita ‘yaqazah’ ini?

    Wallahu'alam

    ada sebuah hadis bukhari dan muslim bahwa Rasulullah SAW bersabda "من رآني في المنام فسيراني في اليقظة ولا يتمثل الشيطان بي"....

    Hadis ini memberikan penjelasan kepada kita, bahwa orang yang pernah mimpi bertemu Nabi SAW akan dapat menumpainya dalam keadaan terjaga.

    Baca kitab mishbah al-Zalam....dalam itu dikeluarkan semua khabar, hadis tentang jumpa Rasulullah SAW fi al-Yaqzah wa al-Manam....dalam kitab tu panjang sekalai dan banyak sekali mula dari sahabat sampai tabi-tabi'in bertemu Rasul...dalam kitab tu keluarkan sekali takhrij2nya...jadi apa tidak authentic??

    Imam al-Suyuthi bahkan mengarang kitab bernama Tanwir al-Halak fi Imkan ru'yat al-Nabi wa al-malak. beliau berpendapat bahwa bertemu Nabi itu mungkin walaupun dalam keadaan terjaga berdasarkan hadis tersebut.

    Para ulama meriwayatkan bahwa di antara sahabat yang dijumpai Nabi SAW dalam keadaan terjaga adalah Sayyidina Utsman RA berdasarkan atsar sebagai berikut:

    حدثنا أبو بكر ، نا إسحاق بن إسماعيل ، نا يزيد بن هارون ، عن فرج بن فضالة ، عن مروان بن أبي أمية ، عن عبد الله بن سلام ، قال : « أتيت أخي عثمان ، لأسلم عليه وهو محصور فدخلت عليه فقال : مرحبا يا أخي ، رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم الليلة في هذه الخوخة ، قال : وخوخة في البيت ، فقال : يا عثمان حصروك قلت : نعم ، قال : عطشوك ، قلت : نعم ، فأدلى دلوا فيه ماء فشربت حتى رويت حتى إني لأجد برده بين ثديي وبين كتفي ، وقال لي : إن شئت نصرت عليهم ، وإن شئت أفطرت عندنا ، فاخترت أن أفطر عندهم ، فقتل ذاك اليوم رحمه الله »
    Atsar ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Dunya, Ibn Asakir, Ibn Katsir, al-Suyuthi.

    Cerita ini adalah yang masyhur, tentang Abdullah bin salam, dia datang menemui Utsman untuk ucapkan salam pada beliau yang sedang dikepung para pemberontak. Lalu Utsman berkata "selamat datang saudaraku, tadi malam aku melihat Rasulullah SAW di jendela ini.....terjemah sendiri!!!!" (Aku dah penat dah)

    Apakah benar kata anta wahai tanpanama bahwa "Yaqazah’ tidak pernah ditimbulkan oleh alim ulama terkenal, ahli fiqh terkenal, ulama hadith atau ulama tafsir terkenal sejak zaman berzaman. ‘yaqazah’ tidak pernah dipopularkan oleh mana-mana sahabat Nabi SAW atau mana-mana tabiin (murid para sahabat)"?????? malah dengan senang2 menuduh orang sufi??? JAWAB!! kalau tak dapat lebih baik mengaku.....ana hany pemindah riwayat..bukan buat2....

    Isu mimpi semua orang boleh bercerita, tetapi bagaimana status  dari segi autoriti mimpi mahupun yaqazah itu?
    lagipun tidak ketahui siapakah 4 orang itu?(dari segi sanad pun penuh kesamaran) Mujurlah ini bukan "hadith", walaupun bukan "hadith", KESUCIAN Nabi s.a.w hendaklah dipelihara agar tidak disalahgunakan oleh pihak2 tertentu.

    sebenarnya lebih dari 4 orang...kalau nak kumpulkan, ada lebih dari 50 orang....or may be more anda more...anda tanya kepada Tuan Guru Fahmi Zamzam (Kedah), Sayikh Nuruddin Marbu Banjari (Bogor), Syaikh Muhammad Afifi al-Akiti (Oxford United Kingdom-mertua beliau di Batu Pahat dan dekat sekali di rumah habib tu), Kiai Haji Ihya' Ulumuddin (Malang), Habib Abdullah al-Sagaf (Surabaya-bos kepada Cetakan Dar al-Fikr. beliau adalah saksi mata S. Muhammad Alawi al-Maliki waktu buat nazam yang dihadiahkan kepada Habib Ali), dan banyak lagi yang pernah bercerita pada ana secara mutawatir....ana sendiri memang belum pernah berjumpa, tapi andaikan ia hadis Nabi, niscaya ana dapat membelanya sebagai hadis yang sahih, bahkan mutawatir sekalipun..

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #15 27 January, 2009, 10:08:12 AM
  • Publish
  •  :)

    Isu YAQAZAH sering di putar belitkan berdasarkan hadith bukhari muslim, atas dasar ini, panel
    aqidah JAKIM menerbitkan jawapan yang boleh dibaca di link berikut.

    http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/MENJAWAB%20DAKWAAN%20YAQAZAH%20SESAT%20JEMAAH%20AL-ARQAM.pdf

    purnamanila

    • *
    • Posts: 103
      • View Profile
    Reply #16 20 February, 2009, 07:40:34 PM
  • Publish
  • salam......sy ingin berkongsi sedikit ilmu dalm perbncangan tajuk ni....sebenarnya yaqazah adalah mustahil berlaku kpd manusia biasa selain Rasulullah....adalah pendapat yg jahil yg mngatakan bahawa jika nabi boleh beryaqazah, wali juga boleh beryaqazah dengn karamahnya....ini adalah qias yang bertentngn dalam islam dan ahli sunnah...cerita mengenai imam sayuti yg beryaqazah dgn nabi apabila hendak memasukkn hadis dalam kitabnya adalh dusta semata-mata....dalil2 yg dinyatakan dala perbincangan ini adalah tidak jelas lg meragukan....sebenarnya pendapat ini dibuat oleh hli sufi yg sesat untuk menyokong pendapat mereka mengenai hadis palsu dan daif...ini amat jelas apabila dikaji semula terdapat hadis daif didalam kitab imam sayuti...jika benar dia beryaqazah dgn nabi tentulh semua hadis dalam kitabnya adalah soheh.....imam bukhari yg lebih tinggi darjatnya drpd imam sayuti pun tidak pernh beryaqazah dgn nabi.....dan yg lebih baik kita lihat adalah Abu Bakar as-siddiq, beliau adalah seorang wali yg lebih baik drp wali-wali yg ada...beliau sendiri pun tidak pernah beryaqazah dgn nabi....kesimpulannya yaqazah adalah mustahil.....tiada dalil yg mengesahkannya.....kembalilah kpd ASWJ wahai ahli sufi sekalian.....

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #17 20 February, 2009, 07:54:31 PM
  • Publish
  • Senang je...apa susah-susah..

    Ada seorang Habib dikurniakan Allah ni'mat bertemu Rasulullahi shollallahu 'alaihi wa sallam secara jaga, bertemu mata dengan mata, jasad dengan jasad, bukannya dalam tidur (inilah Yaqazah) apatah lagi dalam mimpi ketika tidur (inilah Fil Manam). Mereka yang menjadi saksi membenarkan peristiwa tersebut adalah orang yang benar-benar dipercayai (inilah darjat Tsiqah) yang mana lebih dari 4 orang yang dipercayai yang menjadi saksi kebenarannya.

    Ibu saya pernah bertemu Rasulullahi shollallahu 'alaihi wa sallam ketika tidur. Hanya 10 saat sahaja.

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #18 20 February, 2009, 09:39:01 PM
  • Publish
  • salam......sy ingin berkongsi sedikit ilmu dalm perbncangan tajuk ni....sebenarnya yaqazah adalah mustahil berlaku kpd manusia biasa selain Rasulullah....adalah pendapat yg jahil yg mngatakan bahawa jika nabi boleh beryaqazah, wali juga boleh beryaqazah dengn karamahnya....ini adalah qias yang bertentngn dalam islam dan ahli sunnah...cerita mengenai imam sayuti yg beryaqazah dgn nabi apabila hendak memasukkn hadis dalam kitabnya adalh dusta semata-mata....dalil2 yg dinyatakan dala perbincangan ini adalah tidak jelas lg meragukan....sebenarnya pendapat ini dibuat oleh hli sufi yg sesat untuk menyokong pendapat mereka mengenai hadis palsu dan daif...ini amat jelas apabila dikaji semula terdapat hadis daif didalam kitab imam sayuti...jika benar dia beryaqazah dgn nabi tentulh semua hadis dalam kitabnya adalah soheh.....imam bukhari yg lebih tinggi darjatnya drpd imam sayuti pun tidak pernh beryaqazah dgn nabi.....dan yg lebih baik kita lihat adalah Abu Bakar as-siddiq, beliau adalah seorang wali yg lebih baik drp wali-wali yg ada...beliau sendiri pun tidak pernah beryaqazah dgn nabi....kesimpulannya yaqazah adalah mustahil.....tiada dalil yg mengesahkannya.....kembalilah kpd ASWJ wahai ahli sufi sekalian.....

    Just because you tak jumpa dont claim sesat...anta dah baca kitab al-Suyuthi tu?? kalau tidak soheh, banyak hasan...ini adalah tempat kejahilan wahabi dan kuncu2nya...hadis yang hasan didaifkan...hadis yang soheh ada yang didaifkan malah maudhu'...masalah yaqazah itu ada khilaf...tapi yang jelas, batas tertentu tidak mungkin orang yaqazah tapi malah tidak mutasyari'...ana tak cakap suyuthi jumpa Rasulullah...tapi jelas Suyuthi mengarang kitab tersebut dalam menetapkan bahwa mungkin bertemu Rasulullah SAW...hadis yang dikuatkan juga adalah hadis sahih dari bukhari yang telah ana sebut di atas...kalau anta tak nak accept, janganlah nak mensesat2kan sufis or yang lain...kalau ada yang mengaku jumpa rasul dan cakap tak payah solat of coz kita tolak...orang sufi pun pandai syariat malah ahli hadis...daripada wahabbi yang mengaku ahli hadis tapi sejahil2nya dalam ilmu hadis...seperti contohnya nashiruddin al-Bani...Dialah fitnah paling besar di dalam hadis zaman sekarang menurut imam 'Awamah!!! Saya mohon kepada kawan2 Sunni, non wahabbi yang jahil untuk ikut membela Ahli Sunnah...

    swordofdeen

    • *
    • Posts: 465
    • Slashing Through Hypocrisy
      • View Profile
    Reply #19 21 February, 2009, 06:50:26 PM
  • Publish

  • Macam ni...di Batu Pahat, ada Habib nama dia Habib Ali al-Idruus...menurut cerita yang authentic, beliau dapat berjumpa Nabi Muhammad SAW secara terjaga, maupun dalam mimpi...cerita ni bukan cerita tipu, cartoon, khurafat, or mat jenin....tapi cerita ni authentic sebab yang meriwayatkan atau yang menceritakan bahwa habib Ali dapat jumpa Nabi sudah melebihi 4 orang....malah salah satu yang menetapkan atau mensabitkan bahwa Habib Ali ni dapat jumpa NAbi adalah Syaikh kepada uztaz ana...syaikh tersebut adalah SAyyid Muhammad bin Alawi al-Maliki yang tinggal di Mekkah...bagaimana mungkin ini karut?? FAHAM????

    pendirian swordofdeen

    Saya ingin bertanya:

    1. Maknanya bila ada ada seorang kata dia jumpa nabi, dan ada 4 orang yang tahu pasal perkara itu, maka ia menjadi hukum boleh dipercayai?

    2. Yang empat orang tu jumpa nabi nabi or dengar cerita yang seorang tu yang kata dia jumpa nabi?

    3. Bolehkah kita berjumpa dengan roh orang yang sudah meninggal dunia?


    Persoalan ini bukan berkenaan sunni-wahabi-syiah dll. Ia adalah perbahasan yang wujud dalam semua kumpulan tersebut. T

    Dan para ulama yang soleh secara logiknya adakah mereka akan menceritakan perkara ini secara besar-besaran secara umum?

    Pendirian sebagai moderator

    Saya harap benda ni kalau nak diperbahaskan di halaqah kena ada pengawalan dan dari orang2 yang betul2 ahlinya. Sebab bukan semua pengunjung di sini boleh faham dan belajar semua ilmu yang para pembahas bahaskan. Atau mungkin kalau nak teruskan lebih dalam, PM antara satu sama lain. Saya takut ada yang keliru.

    Dan seperti apa hujjah dan nas yang diberikan, banyak yang takder maksud, tafsir dan penjelasan dalam. Bukan semua orang kat halaqah ni reti bahasa arab. kalu ada yang reti bukan semua reti balaghohnya.

    Jadi yang berkenaan harap faham. Jika di luar kawalan, topik ini terpaksa diselenggara. Maafkan jika terkasar bahasa.

    « Last Edit: 21 February, 2009, 06:54:02 PM by swordofdeen »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    50 Replies
    10008 Views
    Last post 21 January, 2013, 10:05:29 AM
    by Fakir Billah
    3 Replies
    909 Views
    Last post 20 October, 2010, 03:15:45 AM
    by Ummi Munaliza
    6 Replies
    16059 Views
    Last post 18 December, 2012, 01:41:17 PM
    by 5zul