Ahli Sunnah Wal Jamaah [ASWJ]

*

Author Topic: Ahli Sunnah Wal Jamaah [ASWJ]  (Read 17723 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alief

  • *
  • Posts: 80
    • View Profile
14 August, 2008, 09:09:27 AM
  • Publish

  • Assalamu'alaikum...

    Kepada sahabat dan taulan, ayoh kemari kita bincangkan golongan yang  bagaimana dikatakan masuk dalam kategori Ahli Sunnah Wal Jamaah, ada yang panggil Ahli Sunnahtul Jamaah, bergantunglah sama ada nak waqof atau wasal ayat tu.....ikut la...yang penting orang paham.

    Lirik Lagu M.Nasir pun ada mengatakan...
    "ada 73 pintu, yang sampai hanya satu jalan, satu jalan"

    silakan  yang lebih arif untuk membahaskan dan membincangkan secara ilmiah semoga apa yang diperkatakan dapat la juga untuk dimanfaat  oleh para pembaca, tak dapat banyak, skit pun jadila..adalkan dapat...

    alief

    • *
    • Posts: 80
      • View Profile
    Reply #1 14 August, 2008, 09:15:34 AM
  • Publish
  • Kerap kali diperkatakan aku adalah ASWJ, orang sana bukan golongan ASWJ,
    orang sana kata pula teman bukan dari golongan ASWJ, mike la sebenarnya dari golongan ASWJ.

    Apa KES ni...?
    tuduh menuduh dan menganalisa orang lain tanpa kita sedar apakah itu ASWJ..?
    apa pra-syarat yang dikatakan ASWJ ? 
    apa rukun-rukun dan prinsip sebagai ASWJ ?

    marilah kita kupas satu persatu demi mrungkaikan dan mendekatkan pemahaman dalam memberi erti apa itu yang dikatakan ASWJ..

     

    alief

    • *
    • Posts: 80
      • View Profile
    Reply #2 14 August, 2008, 09:16:13 AM
  • Publish
  • Apakah yang dikatakan Ahli ?
    apakah yang dikatakan Sunnah ?
    apakah yang dikatakan Jemaah ?

    ketiga-tiga perkataan ini digabungkan barulah dikatakan sempurna seseorang itu dalam menempahkan diri masuk ke dalam golongan yang dikatakan SATU JALAN.

    Jadinya, bagaimana jika sekiranya seseorang itu hanya sekadar sebahagian saja diambil atau diikuti sepanjang jalan hidupnya untuk diamali pada dirinya sendiri, masih bolehkah dianggap golongan ASWJ..? dan apa pula terjadi kepada mereka yang cuma sekadar celup-celup basah iyakni kejap-kejap ikut, kejap-kejap tinggal ? bahasa mudah tidak istiqomah la...

    ayoh kengkawan marilah kita kupas bersama, semoga apa yang kita bincangkan, dan persoalkan kemari, dapat lah membuka minta dan aqal kita, dalam menelek diri kita sendiri masih di takok yang mana, sama ada di atas pagar, luar pagar, ataupun memang telah pun di dalam pagar.

    setidak-tidaknya ia dapat memberi keinsafan dan mengenali lebih dekat dalam membentuk siasah diri sepertimana akhlak yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W, disamping itu dapatlah kita menanam kecintaan kita terhadap Baginda S.A.W.

    pepatah melayu ada menyebutkan " Jika Tak Kenal Maka Tak Cinta".

    Apakah selama hidup kita sehingga kini, kita mengenali Nabi secara keseluruhannya...? atau apakah kita sendiri tidak mengenali diri kita sendiri, dalam membezakan mana hak dan mana batil yang menjadi punca dan sebab kita menjauh diri daripada meletakkan perasaan hubbun [kecintaan] terhadap Nabi kita.

    sebaliknya kita lebih menenali Artis-artis pujaan yang selalu mendendangkan lagu sebagai halua telinga kita tidak kira dimana pergi, bermula dari bangun pagi hinggalah ke malam hari. malah ada sesetengah pula sanggup mengubah cara hidup sendiri mengikut apa saja perilaku perbuatan, gaya cakap, fesyen rambut, dan berpakaian menurut idola masing-masing.

    Tetapi kita tinggal dan lupa idola yang sepatutnya menjadi ikutan dan pujaan kita adalah cara Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat seluruh alam, Jika kita analisa dan membuat kajian pada remaja dan pelajar hari ini, statistik akan menunjukkan berapa kerat sangat yang menjadikan idola mereka adalah Nabi Muhammad...?

    Boleh dikatakan dari 100%, yang ada cuma mungkin tidak sampai pun 5%, sebaliknya, mejoriti akan menyebut-menyebut nama-nama Artis sensasi terkini yang senantiasa menjadi hidangan halua telinga mereka setiap hari hasil daripada didikan dan pengaruh persekitaran

    darulakhyar

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #3 14 August, 2008, 01:21:21 PM
  • Publish
  • Salaam,

    ASWJ atau ASWAJA kata org Indonesia... ASWJ ni pun ada 2 interpretation.. satu dari yg ori dan satu dari group yg memasukkan diri mereka dlm ASWJ... jadi kita pilih la yg ori.. ijmak ulama' ASWJ bukan dari versi lain.. tapi tak memaksa kalau nak pilih aliran dan pendapat yg lain.. terserah.. WALlahu'alam.. saya copy pastekan dari laman web asal, seorang Ustaz yang mengaji talaqi dari guru dan bukan dari buku. apa2 pertanyaan sila call dia. Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi - 012-2850578

    http://almukminun.blogspot.com/2008/07/aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah.html

    AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

    Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dia-lah yang mencipta ‘arasy, langit dan bumi, Dia-lah jua Pencipta tempat, wujud-Nya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.


    1- Apa itu aqidah dan kaitannya dengan amalan kita ?

    Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah.

    Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah.

    Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan salih. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan keburukan.

    Justeru itu, perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan senda atau diremeh-remehkan. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:

    “Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman
    (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit”.
    (Al-Nisa’ ayat 124)

    Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan salih yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaannya dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud:

    “Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (beraqidah dengan aqidah yang betul)”.
    (Sahih al-Bukhariyy)

    Ini menandakan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.

    2- Apakah aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ?

    Pertamanya perlu diketahui bahawa kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya.

    Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:
     
    “Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.

    Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:

    “Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali”.
    (Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy)

    Hadith Nabi tersebut menunjukkan bahawa Allah sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali.

    Perkara tersebut wajib diimani berdasarkan juga Ijma‘ para ulama yang telah pun dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq halaman 333 cetakan Dar al-Ma‘rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas ‘arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:

    “Dan telah disepakati dan di-ijma‘-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat”.

    3- Siapakah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ?

    Pada dasarnya, Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah mereka yang berpegang dengan aqidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad secara fahaman yang betul dan tidak berpegang kepada zahir nas al-Mutasyabihat. Kelompok ulama yang membawa ilmu aqidah Al-Asya’irah merupakan ِulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah pada zaman kini seperti Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar al-Asqolaniyy dan puluhan ribu lagi ulama Islam yang menyebarkan ilmu tauhid Al-Asya’irah.

    Begitu juga Al-Maturidiyyah merupakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah zaman kini seperti pengikut mazhab Imam Abu Hanifah. Rujuk Ithaf as-Saadah al-Muttaqin Bi Syrhi Ehya ‘Ulumiddin oleh Imam Az-Zabidy.
    "Ilahi anta maksudi wa redhaka mathlubi"

    O Allah, YOU are my objective, your redha (gratification / satisfaction / pleasure) is my purpose.

    hanya kepada-Mu Ilahi aku maksudkan, dan hanya keredhaan-Mu yang ku dambakan

    darulakhyar

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #4 14 August, 2008, 01:24:13 PM
  • Publish
  • 4- Apa itu ulama As-Salaf & Apa aqidah mereka?

    Ulama As-Salaf pada dasarnya merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan mereka adalah ulama yang pernah melalui kehidupannya pada era 300 Hijriyyah pertama.

    Kesemua ulama Salaf berpegang dengan aqidah bahawa: -

    Allah adalah Tuhan sekalian alam yang mencipta setiap sesuatu, wujud-Nya tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran, Maha Suci Allah dari dilingkungi dan diliputi oleh tempat, bahkan wujud-Nya tanpa berada di sesuatu tempat, bukan di langit wujud-Nya bukan di bumi pula tempat-Nya. Allahlah Pencipta ‘arasy, diciptakannya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya, bukan pula ianya dijadikan tempat bagi zat Allah. Kerana Dia Pencipta tempat maka Dia tidak memerlukan tempat.

    5- Buktikan bahawa aqidah ulama As-Salaf adalah “Allah Wujud Tanpa Bertempat”?


    Di sini akan dibawa sebahagian sahaja kenyataan dari para ulama As-Salaf termasuk para sahabat Nabi sebagai bukti menunjukkan bahawa aqidah ulama Salaf antaranya adalah

    Allah wujud tanpa tempat:

    i. Seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan keilmuan beliau pernah dipuji oleh Rasulullah iaitu Imam Sayyidina ‘Ali karramallahu wajhah wafat pada 40 Hijriyyah pernah berkata yang bermakna:

    “Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat”.


    Kenyataan tersebut dinyatakan dalam kitab karangan Imam Abu Mansur al-Baghdadiyy dalam kitab beliau yang masyhur al-Farq Bayna al-Firaq pada halaman 256 cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

    Ini memberi erti bahawa di antara aqidah para sahabat serta ulama Salaf adalah ‘Allah wujud tanpa bertempat’ iaitu tidak dilingkungi oleh sesuatu tempat mahupun semua tempat. Dalam halaman kitab yang sama juga dinukilkan kenyataan Imam ‘Ali yang bermaksud:

    “Sesungguhnya Allah mencipta ‘arasy adalah untuk menzahirkankekuasaan-Nya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya”.

    ii. Imam al-Syafi‘iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:

    “Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada pertukaran pada sifat-Nya”.

    Kenyataan Imam al-Syafi‘iyy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin juzuk kedua, mukasurat 36 Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah.

    iii. Imam yang terkenal dengan karangan kitab aqidah beliau berjudul ‘Aqidah al-Tahawiyyah bernama Imam al-Hafiz Ahmad bin Salamah Abu Ja‘far al-Tahawiyy wafat pada 321 Hijriyyah (merupakan ulama Salaf) telah menyatakan dalam kitab beliau tersebut pada halaman 15, cetakan Dar al-Yaqin yang bermaksud:

    “Allah tidak berada (tidak diliputi) pada enam penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan, belakang) seperti sekalian makhluk”.

    darulakhyar

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #5 14 August, 2008, 01:28:40 PM
  • Publish
  • 6- Apakah pegangan ulama As-Salaf pada ayat dan hadith al-Mutasyabihat pula?

    Pegangan ulama Salaf pada ayat dan hadith al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah Ta‘ala adalah didapati kebanyakan ulama As-Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) ayat tersebut akan tetapi ditakwil secara ijmaliyy (menafikan makna zahirnya) dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zahirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah.

    Akan tetapi wujud di kalangan ulama Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy ayat Al-Mutasyabihat seperti Imam al-Bukhariyy di dalam kitab beliau Sahih al-Bukhariyy mentakwilkan firman Allah di dalam Surah al-Qasas ayat 88:
    “Wajah-Nya” bererti kerajaan-Nya.

    7- Bagaimana pula ulama Al-Khalaf, siapakah mereka dan apa pegangan mereka?

    Ulama Khalaf juga adalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan mereka dikategorikan sebagai ulama yang hidup selepas 300 Hijriyyah pertama.

    Aqidah ulama Khalaf juga tidak terkeluar dari landasan al-Qur’an dan al-Hadith serta ijma‘ ulama.

    Aqidah ulama Khalaf tidak sama sekali berlawanan dengan aqidah ulama Salaf, bahkan akidah ulama Salaf itu adalah aqidah ulama Khalaf, begitu jua sebaliknya.

    Cuma pada segi penerangan mengenai perkara yang berkaitan dengan sifat Allah dan sandaran kepada Allah, ulama Khalaf telah memilih cara penerangan yang lebih terperinci bagi mengelakkan anggapan yang bersifat tasybih atau tajsim pada sifat Allah.

    Contohnya ramai di kalangan ulama Khalaf mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) sifat-sifat Allah yang tertentu kepada makna yang selari dengan bahasa Arab dan layak bagi Allah serta mudah difahami oleh orang awam dan penuntut ilmu bertujuan menjauhkan anggapan yang tidak benar pada sifat Allah.

    Namun ada juga di kalangan ulama Khalaf yang tidak mentakwilkan secara terperinci.

    8- Apakah bukti bahawa ulama Al-Khalaf beraqidah “Allah Wujud Tanpa Bertempat”?


    Di sini akan disebut sebahagian sahaja kenyataan para ulama Khalaf bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat:

    i. Al-Hafiz Ibn Jawziyy al-Hanbaliyy rahimahullah wafat pada 597 Hijriyyah telah menyatakan di dalam kitab karangan beliau berjudul Daf’ Syubhah al-Tasybih mukasurat 189, cetakan Dar Imam al-Nawawiyy:

    “Sesungguhnya telah sahih di sisi ulama Islam bahawa Allah Ta‘ala tidak diliputi oleh langit, bumi dan tidak berada di setiap tempat”.

    ii. Imam Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazaliyy yang wafat pada 505 Hijriyyah menyatakan dalam kitab beliau yang masyhur berjudul Ihya’ ‘Ulum al-Din :

    “Dan Allah juga tidak diliputi oleh tempat dan Allah tidak diliputi arahenam dan Allah tidak pula dilingkungi oleh langit dan bumi.”

    Rujuk kitab Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Fi Syarh Ihya’ ‘Ulum al-Din, juzuk 2, mukasurat 36, cetakan Dar al-Kutub ‘Ilmiyyah, Beirut.

    Maka ini bermakna antara aqidah ulama Khalaf adalah Allah wujud tanpa tempat.

    9- Apa sebenarnya definisi Ta’wil?

    Ta’wil bererti menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah, ini kerana zahir makna nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk.

    Ta’wilan pula ada dua,

    Pertama: Ta’wilan Ijmaliyy iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya sebagai contoh perkataan istawa dikatakan istawa yang layak bagi Allah dan waktu yang sama dinafikan zahir makna istawa kerana zahirnya bererti duduk dan bertempat, Allah mahasuci dari bersifat duduk dan bertempat.

    Manakala kedua adalah: Ta’wilan Tafsiliyy iaitu ta’wilan yang menafikan makna zahir nas tersebut kemudian meletakkan makna yang layak bagi Allah seperti istawa bagi Allah bererti Maha Berkuasa kerana Allah sendiri sifatkan dirinya sebagai Maha Berkuasa.

    10- Benarkah ulama As-Salaf tidak melakukan ta’wilan langsung?

    Demikian adalah tanggapan yang tidak langsung berunsurkan pengkajian yang sebenar kerana dari pentakwilan Imam al-Bukhariyy pada surah Al-Qosos ayat 88 dan takwilan beliau dalam Sahih al-Bukhariyy juga pada ayat 56, Surah Hud jelas menunjukkan beliau sebagai ulama Salaf telah mentakwilkan ayat al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah. Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy di dalam Fath al-Bariyy Syarh Sahih al-Bukhariyy pada menyatakan hadith al-dhahik (ketawa) berkata:

    “Al-Bukhariyy telah mentakwilkan hadith al-dhahik (ketawa) dengan erti rahmat dan redha.”

    Begitu juga Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan ulama Salaf telah mentakwilkan ayat 22, Surah al-Fajr seperti yang diriwayatkan secara bersanad yang sahih oleh Imam Bayhaqiyy dalam kitab Manaqib Ahmad dari Imam Ahmad mengenai firman Allah:

    “Dan telah datang Tuhanmu”
      ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan: Telah datang kekuasaan Tuhanmu.

    Antara ulama As-Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy iaitu terperinci pada ayat 5 dalam Surah Taha adalah Imam Salaf Abu ‘Abd al-Rahman ‘Abd Allah bin Yahya bin al-Mubarak wafat 237 Hijriyyah dalam kitab Gharib al-Qur’an Wa Tafsiruhu halaman 113, cetakan Mu’assasah al-Risalah, Beirut: Firman Allah:

    “Al-Rahman di atas ‘arasy ber-istawa”, istawa di sini ertinya menguasai.

    Maka natijahnya bahawa kedua-dua jalan pilihan ulama Salaf dan Khalaf adalah benar dan tidak menyimpang kerana kedua-duanya mentakwilkan cuma bezanya kebanyakan Salaf mentakwil secara ijmaliyy dan kebanyakan Khalaf pula mentakwil secara tafsiliyy.

    alief

    • *
    • Posts: 80
      • View Profile
    Reply #6 14 August, 2008, 04:09:09 PM
  • Publish
  • begitu panjang lebar sekali posting yang dilampirkan,
    syukur alhamdulillah semoga mendatangkan pemahaman buat yang membacanya.

    ulasan diastas banyak menyentuh dan menekan kan bab Aqidah, yang menghurai secara bersungguh mahu meletak-dudukankan keyakinan Wujudnya ALLAH Ta'ala tiadalah bergantungan akan sesuatu dan tempat jua, kerana sesuatu dan tempat itulah yang sebenarnya memerlukan DiriNya Allah Ta'ala kerana WujudNya adalah sejak Azali, sedangkan Sesuatu dan tempat adalah wujud dikeranakan Yang Maha Wujud.

    Makanya bila mana telah ada keyakinan dan kepercayaan terhadap Wujudnya ALLAH Ta'ala, maka seseorang itu dikatakan telah BERIMAN kepada Tuhan yang bernama ALLAH. ini baru tahap beriman kepada Tuhan, masih tidak sempurna iman andai dikatakan hanya sekadar percaya dan yakin terhadap wujudnya tuhan yang BEnama ALLAH, sedangkan syarat sempurna iman perlu melengkapkan 6 keyakinan yang haq yang terdapat dalam Rukun IMAN. tiadalah sempurna iman seseorang itu andai sebahagian sahaja rukun yang dipegangnya.

    Apabila seseorang itu lengkap keyakinan dan kepercayaan pada Rukun IMAN, telah tentulah segala suruhan yang diperintahkan dan syariaat yang dibawa oleh Rasul dipatuhi dan diamali dengan penuh ketaatan, makanya Rukun ISLAM lah yang menjadi pegangan yang tidak boleh lepas dalam hidupnya selagi mana ingin mengecapi dan membuktikan keimanan miliknya sempurna.

    Ucapan Syahadah lah sebagai lafaz Janji dan ikhtikad penzahiran, sekadar lafaz tanpa memenuhi syarat sah, batal dan rukun syahadah, tiada memberi makna jua, hanya lagak seperti mengajar Kakak tua yang pandai berkata-kata. Bilamana Sempurnanya Syahadah dengan keyakinan yang haq atas rukun iman yang ada, sudah tentulah termasuk dikalangan AHLIlah ia dari kalangan ASWJ, cuma hanya tinggal hanya 2 saja yang perlu dipenuhi untuk menempahkan diri dalam golongan ASWJ yang sempurna, yakni SUNNAH dan JAMAAH.

    nanti sambung la......☺

    alief

    • *
    • Posts: 80
      • View Profile
    Reply #7 18 August, 2008, 01:47:49 PM
  • Publish
  • ..Sambungan

    Bilamana dah terlafaznya Ikatan janji, umpama dah dapat borang keahlian la tu...
    ibadah Syariat yang lain yang bakinya lagi 4 perlu dikotakan sebagai menandakan keyakinan yang mantap dan senantiasa memperbaharui kehaliannya. inilah sebagai bukti yang dipegang utuh tidak goyang sekiranya mahu mengikuti 1 daripada 73 golongan yang dikatakan jalan yang hak lagi benar.

    setiap rukun islam perlu dipatuhi satu persatu dengan syarat sah dan batalnya dipelajari dan diketahui, bukan saja ketakat Rukun IMAN saja perlu diketahui satu persatu secara mantap, bilangan dan nama-namanya juga harus dingati, umpama bilangan Rasul yang wajib diketetahui, sejarah dan perjuangan jua menuntut hak perlu dipelajari, Bilangan Malaikat yang wajib tahu serta nama dan tugas-tugas masing-masing,

    setelah mana satu persatu Rukun Iman dan Islam dah sebati menjadi amalan kehidupan seharian, maka Ahlilah ia dengan kemantapan yang utuh dan senantiasa diperbahuri seharian.

    ini baru diperingkat AHLI, belum lagi menyentuh SUNNAH....

    nanti sambung la....☺

    alief

    • *
    • Posts: 80
      • View Profile
    Reply #8 08 September, 2008, 12:32:30 PM
  • Publish
  • jika bagi jawab ambe yang cetek ilmu ni,
    tiadalah dikatakan seseorang itu Ahli Neraka selamanya selagi mana kalimah Syahadah pernah diucapkan dan tiada pula mensyirikkan /melanggar perkara-perkara yang boleh rukun membatalkan syahadah.


    hasin

    • *
    • Posts: 883
      • View Profile
    Reply #9 17 August, 2010, 02:47:40 PM
  • Publish
  • Allah itu tinggi di atas langit  - ASWJ ke ni?

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #10 17 August, 2010, 03:19:39 PM
  • Publish
  • Salam ..

    Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammadin 'Abdika Wa Nabiyyika  
    Wa Rosulikan Nabiyyil Ummiyyi Wa 'Ala Alihi Wasohbihi Wa Sallim

    Isu  langgit  ...
    Langgit itu kiblat doa ..maka diangkat tangan menadah ke langgit
    bukan bermakna Allah tu dilanggit ...
    seperti mana solat itu kiblatnya Baitullah ..apakah Allah di Baitullah ?
    ASWJ  memahami HaliyahNya maka kenalah difahami  haliyahNya  . .
    biar ada sempadan BAHARU dan Qadim ..
    agar sampai kita makrifah Haq Allah Taala dengan makrifah yang sempurna ...

    Tuhan di langgit hanya tsabit pada iktikad Firaun
    yang beranggapan Tuhan Musa a.s itu di langgit ...
    Takkan kita nak sama iktikad dengan Firaun pula ..
    Buktinya ..lihat surah al Qasas ayat 38 ..

    Dan berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat untuk di jadikan batu-batu kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta."

    Susun batu tinggi-tinggi hingga ke langgit ? Kerana apa ?
    Kerana Firaun menyangka Tuhan Musa di langgit ..

    Pendapat Imam Ali ibn Abu Talib kmwj  
    berkata

    كان الله ولا مكان وهو الان على ما كان

    "Allah itu WUJUD tanpa tempat dan Dia sekarang ini sebagaimana Azali "
    Abdul Qahir al Baghdadi , al Farq Baina al Firaq H:333
     
    Ada hadis-hadis yang diriwayatkan dengan makna bukan lafaz zahir ayat
    Jadi hati2lah  dalam mendapatkan huraiannya

    Mudah2an Allah permudahkan ..
    Allahumma Amin ya Lathiff ..



    « Last Edit: 17 August, 2010, 04:21:05 PM by muridin »
    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #11 17 August, 2010, 04:44:08 PM
  • Publish
  • Allah itu tinggi di atas langit  - ASWJ ke ni?

    Allaah itu di atas, segala galanya
    bahawa makhluk dan ciptaannya itu di bawah NYA

    walaupun di bawah: Roh dari AKU yang memberi kehidupan pada makhluk ku

    AbuZaidPG

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #12 17 August, 2010, 05:26:20 PM
  • Publish
  • Salam ..

    Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammadin 'Abdika Wa Nabiyyika  
    Wa Rosulikan Nabiyyil Ummiyyi Wa 'Ala Alihi Wasohbihi Wa Sallim

    Isu  langgit  ...
    Langgit itu kiblat doa ..maka diangkat tangan menadah ke langgit
    bukan bermakna Allah tu dilanggit ...
    seperti mana solat itu kiblatnya Baitullah ..apakah Allah di Baitullah ?
    ASWJ  memahami HaliyahNya maka kenalah difahami  haliyahNya  . .
    biar ada sempadan BAHARU dan Qadim ..
    agar sampai kita makrifah Haq Allah Taala dengan makrifah yang sempurna ...

    Tuhan di langgit hanya tsabit pada iktikad Firaun
    yang beranggapan Tuhan Musa a.s itu di langgit ...
    Takkan kita nak sama iktikad dengan Firaun pula ..
    Buktinya ..lihat surah al Qasas ayat 38 ..

    Dan berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat untuk di jadikan batu-batu kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta."

    Susun batu tinggi-tinggi hingga ke langgit ? Kerana apa ?
    Kerana Firaun menyangka Tuhan Musa di langgit ..

    Pendapat Imam Ali ibn Abu Talib kmwj  
    berkata

    كان الله ولا مكان وهو الان على ما كان

    "Allah itu WUJUD tanpa tempat dan Dia sekarang ini sebagaimana Azali "
    Abdul Qahir al Baghdadi , al Farq Baina al Firaq H:333
     
    Ada hadis-hadis yang diriwayatkan dengan makna bukan lafaz zahir ayat
    Jadi hati2lah  dalam mendapatkan huraiannya

    Mudah2an Allah permudahkan ..
    Allahumma Amin ya Lathiff ..




    Subhanallah!
    Dengan hujah yang bagaimana agar kalian boleh tunduk kepada kebenaran? Apakah ada kesangsian kalian terhadap hujah-hujah diatas?
    Baiklah supaya kalian sampai puas mari kita baca kisah seorang budak wanita penggembala sebagaimana yang kalian biasa dengar dalam forum ini dan kaifiatnya sekali.

    Dari Mu'awiyyah bin Al-Hakam As-Sulamiy berkata: "Dulu aku mempunyai seorang budak wanita yang menggembalakan kambing-kambingku di daerah Uhud dan Jawwaaniyyah.

    Suatu hari aku menengoknya, tiba-tiba ada seekor serigala membawa pergi salah satu kambingnya. Sedangkan aku adalah seorang laki-laki dari Bani Adam. Aku boleh marah sebagaimana orang lain pun boleh marah. Maka aku pun memukulnya sekali.
    Kemudian aku mendatangi Rasulullah, maka beliau menganggap besar perbuatan yang telah kulakukan.
    Aku berkata: "Wahai Rasulullah, apakah aku merdekakan saja dia?" Beliau menjawab: "Bawa dia kepadaku!"
    Maka setelah budak wanita tersebut dibawa ke hadapan beliau, beliau bertanya kepadanya: "Di mana Allah?" Dia menjawab: "Di atas langit." Beliau bertanya lagi: "Siapa aku?" Budak itu pun menjawab: "Engkau adalah Utusan Allah."
    Setelah mendengar jawaban tersebut, beliau bersabda: "Merdekakan dia, karena dia adalah seorang wanita yang beriman." (HR. Muslim no.537)

    Dari hadits dan kisah tersebut, kita bisa mengambil beberapa faidah, di antaranya:
    1. Adalah kebiasaan para shahabat ketika menghadapi suatu permasalahan meskipun kecil, selalu merujuk kepada Rasulullah agar mereka mengetahui bagaimana hukum Allah di dalam permasalahan tersebut.
    2. Wajibnya berhukum kepada Allah dan Rasul-Nya dalam rangka mengamalkan firman Allah Ta'ala: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman sampai mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisaa`:65)
    3. Pengingkaran Rasulullah terhadap shahabat tersebut yang memukul budaknya dan beliau menganggapnya sebagai perkara besar.
    4. Memerdekakan budak hanya boleh dilakukan terhadap budak yang beriman, bukan budak yang kafir. Karena Rasulullah menguji budak tadi dan ketika beliau mengetahui bahwa budak itu beriman, beliau memerintahkan untuk memerdekakannya. Jadi seandainya dia kafir, beliau tidak akan memerintahkan hal tersebut.
    5. Kewajiban bertanya tentang tauhid, di antaranya tentang tingginya Allah di atas 'Arsy-Nya. Mengetahui hal ini adalah wajib.
    6. Disyari'atkannya memberikan pertanyaan: "Di mana Allah?". Hal ini adalah sunnah karena Rasulullah juga menanyakannya. Hal ini juga sebagai bantahan terhadap orang yang mengatakan: "Tidak boleh bertanya di mana Allah!"
    7. Disyari'atkannya (bahkan wajib untuk) menjawab bahwa Allah ada di langit (yaitu di atas langit). Karena Nabi membenarkan jawaban budak tadi dan juga karena sesuainya jawaban tersebut dengan Al-Qur`an yang mengatakan: "Apakah kalian merasa aman terhadap "Yang di langit" bahwa Dia akan membalikkan bumi bersama kalian?" (Al-Mulk:16)
    Yang dimaksud dengan "Yang di langit" adalah Allah, sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibnu 'Abbas. Sedangkan makna fis samaa` (di langit) adalah 'alas samaa` (di atas langit).
    8. Benarnya keimanan dapat terwujud dengan adanya persaksian terhadap Muhammad dengan risalah beliau.
    9. Keyakinan bahwa Allah ada di atas langit adalah bukti yang menunjukkan benarnya keimanan dan keyakinan ini harus ada pada setiap orang yang beriman.
    10. Hadits ini merupakan bantahan terhadap kesalahan orang yang mengatakan bahwa Allah ada di setiap tempat dengan Zat-Nya, sedangkan yang benar adalah Allah bersama kita dengan ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya.
    11. Permintaan Rasulullah agar budak itu dibawa ke hadapan beliau sehingga beliau dapat mengujinya menunjukkan bahwa beliau tidak mengetahui perkara ghaib, yaitu keimanan budak tersebut. Hal ini sebagai bantahan terhadap golongan sufi yang mengatakan bahwa Rasulullah mengetahui perkara ghaib. Wallaahu A'lam.

    Diringkas dari kitab Taujiihaat Islaamiyyah li Ishlaahil Fard wal Mujtama' dan Kaifa Nurabbii Aulaadanaa karya Asy-Syaikh Muhammad Jamil Zainu dengan beberapa tambahan.
     

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #13 17 August, 2010, 05:45:04 PM
  • Publish
  • ( senyum )
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    AbuZaidPG

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #14 17 August, 2010, 05:47:52 PM
  • Publish

  • Pernyataan Para Imam tentang Istiwa`

    Berkata Al-Imam Abu Hanifah: "Siapa yang berkata: "Saya tidak tahu Tuhanku itu di mana, di langit ataukah di bumi.", maka orang tersebut kafir. Demikian pula orang yang berkata: "Tuhanku itu di atas 'Arsy, tetapi saya tidak tahu 'Arsy itu di langit ataukah di bumi." (Al-Fiqhul Absath hal.46; Lihat juga Majmuu'ul Fataawaa 5/48; Syarh Al-'Aqiidah Ath-Thahaawiyyah, Ibnu Abil 'Izz hal.301;)

    Abu Nu'aim menuturkan dari Ja'far bin 'Abdillah, dia berkata: "Kami berada di rumah Malik bin Anas, kemudian ada orang datang dan bertanya, "Wahai Abu 'Abdillah, Allah Yang Maha Pengasih istiwa` (bersemayam) di atas 'Arsy, bagaimana caranya Allah beristiwa`?"
    Mendengar pertanyaan itu, Al-Imam Malik marah. Beliau tidak pernah marah seperti itu. Kemudian beliau melihat ke tanah sambil memegang kayu di tangannya, lalu beliau mengangkat kepalanya dan melempar kayu tersebut, kemudian berkata: "Istiwa` itu sudah diketahui maknanya sedangkan bagaimana caranya Allah beristiwa` tidaklah dapat dicerna oleh akal. Beriman dengannya adalah wajib sedangkan menanyakannya adalah bid'ah. Dan saya kira kamulah pelaku bid'ah tersebut." Kemudian Al-Imam Malik menyuruh orang itu agar dikeluarkan dari rumah beliau." (Al-Hilyah 6/325-326; 'Aqiidatus Salaf Ash-Haabul Hadiits hal.17-18; At-Tamhiid 7/151; Fathul Baarii 13/406-407)

    Wallaahu A'lam.
    Dinukil dari kitab I'tiqaadul A`immah Al-Arba'ah, Dr. Muhammad Al-Khumais
    (Dikutip dari Bulletin Al Wala' wal Bara' Edisi ke-35 Tahun ke-2 / 23 Juli 2004 M / 05 Jumadits Tsani 1425 H.

    Lihatlah betapa kerasnya respon dari kedua-dua imam tersebut pada mereka yang mendahului akal daripada nash-nash yang shahih. Kerasnya tindakan mereka ini tidak boleh dilihat sebagai suatu tindakan yang melulu bahkan dalam rangka menjaga aqedah umat islam ini dari fahaman-fahaman selainnya. Adakah pernyataan ini menyebabkan mereka terkeluar dari lingkungan ASWJ? Malah merekalah dan selain seumpamanyalah bermanhaj ASWJ, as-salafy, firqatun najiyah, at-thaifah al-manshurah dan ahli hadits yang tulen.
    Wassalam

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #15 17 August, 2010, 06:04:31 PM
  • Publish
  • Salam ..
    Apabila kamu ditanya , "dimanakah Allah "?
    Apabila seseorang bertanyakan kepada kami soalan ini maka kami akan katakan
    kepadanya: "Sesungguhnya Allah itu wujud tanpa tempat"..
    Kemudian kami katakan kepadanya : Adakah kamu mengetahui makna perkataan
    'di mana ' dan perkataan ini mempersoalkan apa ?
    Sesungguhnya perkataan "di mana" bermaksud mempersoalkan tentang tempat dan kedudukan ( martabat atau pangkat )
    Misalnya orang Arab berkata Di manakah kedudukan bumi dari langgit ?

    Allah itu Suci dari pada bertempat sebagaimana firmanNya ..
    "Tiada suatupun yang sebanding denganNya ( DzatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"  As Syura ayat 11

    Justeru tidak berhajat kepada sesuatu tempat melainkan jisim-jisim

    Dalam hal ini,  al Hafiz Abu Bakar ibn al Arabi r.a  menyatakan pendapatnya mengenai hadith
    jariah sebagaiman nasnya : Rasulullah s.a.w bertanyakan kepada Jariah , "Dimanakah Allah ?
    Maksud soalan baginda junjungan s.a.w ini ialah tentang martabat Allah dan bukannya tempat
    kerana MUSTAHIL bagi ALLAH itu bertempat

    Mudah-mudahan
    Allahumma Amin ya Lathiff
    « Last Edit: 17 August, 2010, 06:07:10 PM by muridin »

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #16 17 August, 2010, 06:05:35 PM
  • Publish

  • ( senyum )

    semangka

    • *
    • Posts: 91
      • View Profile
    Reply #17 17 August, 2010, 10:36:16 PM
  • Publish
  • “ Berkata Imam Abu Hanifah: Dan kami ( ulama Islam ) mengakui bahawa Allah ta’al ber istawa atas Arasy tanpa Dia memerlukan kepada Arasy dan Dia tidak bertetap di atas Arasy, Dialah menjaga Arasy dan selain Arasy tanpa memerlukan Arasy, sekiranya dikatakan Allah memerlukan kepada yang lain sudah pasti Dia tidak mampu mencipta Allah ini dan tidak mampu mentadbirnya seperti jua makhluk-makhluk, kalaulah Allah memerlukan sifat duduk dan bertempat maka sebelum dicipta Arasy dimanakah Dia? Maha suci Allah dari yang demikian”

    Sumber:
    http://jerman90.aminus3.com/image/2009-01-29.html

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Reply #18 18 August, 2010, 01:51:34 AM
  • Publish

  • 1. As-Sunnah
    As-Sunnah ialah jalan yang ditempuh atau cara pelaksanaan suatu amalan baik itu dalam perkara kebaikan maupun perkara kejelekan. Maka As-Sunnah yang dimaksud dalam istilah Ahlus Sunnah ialah jalan yang ditempuh dan dilaksanakan oleh Rasulullah salallahu 'alaihi wa sallam serta para shahabat beliau, dan pengertian Ahlus Sunnah ialah orang-orang yang berupaya memahami dan mengamalkan As-Sunnah An-Nabawiyyah serta menyebarkan dan membelanya.



    Sunnah adalah manhaj (metodologi). KAdang-kala, ia merangkumi manhaj Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. sebagaimana dalam hadith Nabi s.a.w.:

     عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين ) رواه الترمذي وغيره .

    Maksudnya: Hendaklah kamu berpegang dnegan sunnahku dan sunnah khulafa' al-mahdiyyin.." HAdith riwayat At-Tirmizi dan sebagainya.

    As-Sunnah dalam pegangan ahli sunnah wal jamaah ada dua definisi samada umum atau khusus.

    Menurut para ulama' hadith: As-SUnnah adalah semua yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. samada perkataan, perbuatan, taqrir (pembenaran/pengiktirafan), sifat Baginda s.a.w. (fizikal dan akhlak), peristiwa dan sebagainya.

    Menurut ulama' usul pula, As-Sunnah lebih kepada seluruh yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. samada perkataan, perbuatan mahupun taqrir yang boleh dijadikan hukum syarak.

    Boleh rujuk definisi ini dalam kebanyakan kitab-kitab ulum Hadith.

    Maka, ahlus-sunnah adalah mereka yang mengikut manhaj umum Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.. Mengapa disebut manhaj umum? Ini kerana, ada sesetengah orang mendakwa mengikut sunnah, tetapi berdasarkan hawa nafsu ataupun salah faham terhadap sunnah tersebut. Ini kerana, mereka berinteraksi dengan hadith-hadith tanpa mengikut manhaj umum yang telah disusun oleh para ulama' muktabar dalam institusi ulama' as-sawad al-a'zhom.

    Mereka ini ramai mengaku ahli sunnah dan suka membid'ahkan golongan yang tidak sehaluan dengan mereka, padahal mereka sendiri yang terpinggir dalam memahami agama. Benarlah kata Imam Ibn Rajab Al-Hanbali:


    وليكن الإنسان على حذر مما حدث بعدهم – أي الائمة- فإنه حدث بعدهم حوادث كثيرة وحدث من انتسب إلى متابعة السنة والحديث من الظاهرية ونحوهم وهو أشد مخالفة لها لشذوذه عن الأئمة وانفراده عنهم بفهم يفهمه أو بأخذ مالم يأخذ به الأئمة من قبله

    Maksudnya: “Hendaklah seseorang itu berhati-hati tentang apa yang berlaku kemudian setelah mereka (para ulama’ salaf terdahulu) kerana banyak berlaku setelah mereka perkara-perkara buruk. Ada berlaku di mana seseorang dari kalangan Zahiriyyah (golongan yang telalu berpegang dengan zahir bagi nas-nas samada nas mutasyabihat atau dalam bab hukum-hakam) yang menisbahkan diri mereka kepada mengikut Sunnah dan Hadith (mengaku sebagai Ittiba’ Sunnah atau Ittiba’ hadith) dan sebagainya, sedangkan dia sangat menyalahi Sunnah kerana terpinggir daripada para ulama’ (majoriti) dan terasingnya dia dengan kefahamannya sendiri serta pegangannya yang tidak pernah dipegang oleh para ulama’ sebelumnya”. [risalah Fadhl Ilm As-Salaf]


    3. Al-Bid'ah

    Segala sesuatu yang baru dan belum pernah ada asal muasalnya dan tidak biasa dikenali. Istilah ini sangat dikenal dikalangan shahabat Nabi Rasulullah salallahu 'alaihi wa sallam karena beliau selalu menyebutnya sebagai ancaman terhadap kemurnian agama Allah, dan diulang-ulang penyebutannya pada setiap hendak membuka khutbah. Jadi secara bahasa Arab, bid'ah itu boleh jadi sesuatu yang baik atau boleh juga sesuatu yang jelek. Sedangkan dalam pengertian syari'ah, bid'ah itu semuanya jelek dan sesat serta tidak ada yang baik. Maka pengertian bid'ah dalam syariah ialah cara pengenalan agama yang baru dibuat dengan menyerupai syariah dan dimaksudkan dengan bid'ah tersebut agar boleh beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala lebih baik lagi dari apa yang ditetapkan oleh syari'ah-Nya. Keyakinan demikian ditegakkan tidak di atas dalil yang shahih, tetapi hanya berdasar atas perasaan, anggapan atau dugaan. Bid'ah semacam ini terjadi dalam perkara aqidah, pemahaman maupun amalan.

    Ini adalah definisi yang kalaupun sahih, tetapi dikehendaki daripadanya suatu kebatilan. Bid'ah dari sudut bahasa memang suatu perkara yang diada-adakan tanpa contoh sebelumnya.

    Namun, bid'ah dari sudut istilah syarak adalah, sesuatu yang diada-adakan tanpa sandaran syarak dan bertentangan dengan prinsip dan ajaran syarak.

    Adapun segala perkara-perkara yang diadakan namun tidak bertenangan dengan prinsip dan ajaran syarak, maka ianya bukanlah bid'ah dari sudut syarak (atau bid'ah dholalah).

    Adapun takrifan begini: "...cara pengenalan agama yang baru dibuat dengan menyerupai syariah..." maka saya katakan: inilah penyebab lahirnya golongan yang sering buruk sangka kepada sesama muslimin dan memahami sesuatu amalan tanpa mengikut kaedah usul fiqh dan qawa'id fiqhiyyah yang tepat.

    Sebagai contoh, seseorang itu (ahli pembid'ah) melihat suatu kelompok umat Islam membaca yasiin beramai-ramai pada malam jumaat, lalu dia menyangka perbuatan tersebut "menyerupai syariah", lalu menghukum bid'ah amalan tersebut, padahal ianya adalah ibadah umum yang dikhususkan bentuk dan masanya, yang tidak bercanggah dengan ajaran dan prinsip syarak, walaupun tiada contoh pada zaman Rasulullah s.a.w..

    Maka, hambatan pemikiran dengan definisi bid'ah yang terpesong ini mampu merosakkan institusi masyarakat yang harmoni malah mampu merosakkan institusi syariah islamiyyah yang murni.

    Begitu juga orang yang melihat amalan menyambut Maulid Nabi s.a.w. sebagai "menyerupai syariah" lalu menuduh amalan tersebut sebagai bid'ah, padahal ianya suatu amalan adat yang baik dan tidak juga bertentangan dengan prinsip dan ajaran syarak.

    Semoga Allah s.w.t. melindungi umat Islam daripada garis pemikiran yang ekstrim ini.


    4. As-Salaf

    Arti salaf secara bahasa adalah pendahulu bagi suatu generasi. Sedangkan dalam istilah syariah Islamiyah as-salaf itu ialah orang-orang pertama yang memahami, mengimami, memperjuangkan serta mengajarkan Islam yang diambil langsung dari shahabat Nabi salallahu 'alaihi wa sallam, para tabi'in (kaum mukminin yang mengambil ilmu dan pemahaman/murid dari para shahabat) dan para tabi'it tabi'in (kaum mukminin yang mengambil ilmu dan pemahaman/murid dari tabi'in). istilah yang lebih lengkap bagi mereka ini ialah as-salafus shalih. Selanjutnya pemahaman as-salafus shalih terhadap Al-Qur'an dan Al-Hadits dinamakan as-salafiyah. Sedangkan orang Islam yang ikut pemahaman ini dinamakan salafi. Demikian pula dakwah kepada pemahaman ini dinamakan dakwah salafiyyah.

    Ungkapan: "Selanjutnya pemahaman as-salafus shalih terhadap Al-Qur'an dan Al-Hadits dinamakan as-salafiyah." ini adalah suatu ungkapan yang tidak ada sandarannya terutamanya dalam kitab-kitab turath Islam sebelum kemunculan wahabi.

    As-Salaf dari sudut bahasa (sebagaimana disebut dalam definisi) adalah suatu generasi yang telah berlalu. Maka, generasi As-Salaf dikenali sebagai suatu generasi yang telah berlalu. Ukurannya: majoriti ulama' meletakkannya antara kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah. Maka, As-Salaf As-Sholeh adalah suatu golongan muslimin yang hidup di zaman yang diberkati sebagaimana disebut dalam hadith Nabi s.a.w. iaitu, sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun seterusnya dan kemudian kurun seterusnya".

    As-Salaf As-Sholeh tidak pernah mempunyai kerangka "pemahaman" umum sehingga membentuk suatu mazhab bernama mazhab Salafi lalu menyebabkan orang yang mengikutnya dikenali sebagai salafi. Penggunaan istilah sebegini dalam neraca keperpustakaan ilmu Islam sebagai suatu bid'ah.

    Para ulama' salaf berbeza manhaj samada dalam masalah aqidah, masalah fiqh mahupun masalah akhlak walaupun mereka merujuk kepad Al-Qur'an dan As-Sunnah yang sama. Maka, tanpa manhaj umum yang seragam, bagaimana boleh timbul suatu golongan pendakwa yang mengikut pemahaman as-salaf as-sholeh terhadap al-qur'an dan as-sunnah, padahal sesama as-salaf sendiri tidak sepakat dalam perkara tersebut.

    IStilah salaf muncul setelah berlalunya generasi salaf lalu muncul zaman khalaf (yang muncul setelah kurun ketiga hijrah). Maka, salaf itu sendiri istilah yang digunakan oleh para ulama' salaf bagi merujuk kepada orang-orang yang hidup pada sebelum kurun keempat hijrah. Maka, pengaku "Salafi" sebenarnya adalah seorang yang hidup pada kurun tersebut. Bagaimana seseorang "salafi" boleh hidup sehingga hari ini sedangkan dia sepatutnya adalah orang yang hidup dalam lingkungan kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah?

    Atau, istilah salaf ini sudah mendapat penggunaan baru yang tidak pernah digunakan oleh sebarang para ulama' muktabar samada daripada kalangan ulama' salaf mahupun khalaf itu sendiri. Kalau begitu, penggunaan ini juga dinilai sebagai penggunaan yang syaz (pinggiran) dan tidak mengikut manhaj umum para ulama' muktabar.


    5. Al-Khalaf

    Suatu golongan dari ummat Islam yang mengambil fislafat sebagai patokan amalan agama dan mereka ini meninggalkan jalannya as-salaf dalam memahami Al-Qur'an dan Al-Hadits. Awal mula timbulnya istilah Ahlus Sunnah wal Jama'ah tidak diketahui secara pasti bila dan dimana munculnya karena sesungguhnya istilah Ahlus Sunnah wal Jama'ah mulai depopularkan oleh para ulama salaf ketika semakin merebaknya berbagai bid'ah dikalangan umat Islam.

    Apa yang diboldkan itu merupakan suatu definisi bid'ah lagi terpesong, mengiringi kesalahan definisi mereka terhadap salaf.

    Khalaf dari sudut bahasa bererti, suatu golongan yang mengganti golongan terdahulu yang telah berlalu. Maksudnya, generasi khalaf muncul menggantikan tugas generasi salaf (yang telah berlalu) dalam mengembangkan ilmu agama. Maka, khalaf itu sendiri merujuk kepada golongan umat Islam yang hidup setelah kurun ketiga hijrah dan menggantikan generasi as-salaf as-sholeh. Amat hairan bagi pengaku salafi ketika memahami istilah salaf dengan makna yang tidak pernah difahami oleh mana-mana ulama' muktabar sebelum kemunculan mereka (pengaku salafi). Generasi khalaf adalah generasi pengganti generasi yang telah berlalu (salaf), wahai pengaku salafi tetapi masih lagi tidak berlalu-lalu...

    Janganlah menyelewengkan ilmu hanya kerana ingin mencela golongan khalaf yang merupakan majoriti ulama' besar setelah zaman salaf. Sejak bila para ulama' khalaf meninggalkan jalan salaf? Atau kamu wahai pengaku salafi, yang tidak tahu jalan apa yang dilalui oleh salaf?


    Yang jelas wabak bid'ah itu mulai berjangkit pada jamannya tabi'in dan jaman tabi'in ini yang bersuasana demikian dimulai di jaman khalifah Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab Shahihnya juz 1 hal.84, Syarah Imam Nawawi bab Bayan Amal Isnad Minad Din dengan sanadnya yang shahih bahwa Muhammad bin Sirrin menyatakan, "Dulu para shahabat tidak pernah menanyakan tentang isnad (urut-urutan sumber riwayat) ketika membawakan hadits Nabi salallahu 'alaihi wa sallam. Maka ketika terjadi fitnah yakni bid'ah mereka menanyakan, 'sebutkan para periwayat yang menyampaikan kepadamu hadits tersebut.' Dengan cara demikian mereka dapat memeriksa masing-masing para periwayat tersebut, apakah mereka itu dari ahlus sunnah atau ahlul bid'ah. Bila dari ahlus sunnah diambil dan bila ahlul bid'ah ditolak."


    Sengaja saya boldkan tiga perkara:

    Pertama, Imam Muslim yang menulis kitab sahih Muslim. Kedua, dalam masalah isnad min ad-din (sanad adalah sebahagian dariada agama).

    Saya mencabar golongan pengaku salafi ini mendatangkan satu sanad sahih sahaja yang bersambug kepada Sahih Muslim, yang tidak ada pada perawi tersebut, samada seorang tokoh asy'ari ataupun tokoh sufi. Ini kerana, sejak zaman berzaman, ilmu diwariskan kepada generasi seterusnya melalui golongan ahlus-sunnah wal jamaah (asya'irah dan maturidiyyah) dan sufi yang dianggap oleh pengaku salafi sebagai khalafi. Jadi, di manakah sanad-sanad ilmu kamu wahai pengaku salafi? Majoriti ulama' Asya'irah dan Sufi mempunyai sanad ilmu yang bersambung kepada para ulama' salaf tanpa terputus, tanpa kekeliruan dan tersebar secara mutawatir.

    Adapun sanad ilmu kamu semua wahai pengaku salafi, samada terhenti kepada Muhammad Abdul Wahab, atau kepada Ibn Taimiyyah atau terpaksa melalui sanad para ulama' asya'irah untuk sampai kepada sanad para ulama' salaf. Ataupun, yang paling rendah, tidak ada sanad ilmu sama sekali.

    Ini contoh sanad ilmu dan hadith para ulama' Asya'irah dan Sufi:

    SHeikh Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki daripada

    Sheikh Muhammad Al-Hafiz At-Tijani dari daripada

    Sheikh Abdul Baqi Al-Anshari daripada

    Sheikh Sholeh Al-Abbasi daripada

    Sheikh Muhammad bin Ali AS-SAnusi daripada

    Sheikh Sholeh Al-Fullani daripada

    Sheikh Muhammad bin SInnah daripada

    Sheikh As-Syarif Muhammad Al-Wala'ie daripada

    Sheikh Muhammad bin KHalil daripada

    Amirul Mu'minin fi Al-Hadith, Imam Ibn Hajar Al-Asqollani daripada

    Sheikh Abdullah An-NAisaburi daripada

    Sulaiman bin Hamzah daripada

    Al-Hafiz Muhammad bin NAshir As-Sullami daripada

    Al-Hafiz Abdul Rahman bin Muhammad daripada

    Al-Hafiz Abu Bakr Muhammad bin Abdillah As-Syaibani daripada

    Sheikh Makki An-Naisaburi daripada

    Imam Muslim r.a..

    Kebanyakan tokoh-tokoh dalam riwayat ini adalah Asya'irah dan sebahagian mereka adalah Sufi. Jadi, golongan pengaku salafi ini adakah memiliki sanad ilmu tatkala mendakwa seolah-olah mereka ini lebih salaf daripada orang lain?

    Ketiga, Imam An-Nawawi diboldkan untuk menjelaskan bahawasanya beliau sendiri adalah seorang ulama' Asy'ari dan bukan "salafi"? Jadi, walaupun golongan pengaku salafi ini rasa hebat, tetapi pasti terpaksa merujuk kitab-kitab ulama' besar yang tidak "salafi" seperti mereka kerana golongan pengaku salafi ini tidak memiliki karya-karya ilmiah sehebat para ulama' ahli sunnah wal jamaah (asya'irah dan al-maturidiyyah). Mana Sahih Muslim yang disyarah oleh "salafi? Mana "Sahih Al-Bukhari" yang disyarah oleh "Salafi"?

    Jadi, hati-hatilah dalam membuat kesimpulan, definisi dan ulasan. Jangan taqlid ulasan orang lain tanpa memahami apa yang ditaqlid. Kaji terlebih dahulu apa yang cuba diperkatakan. Semoga Allah s.w.t. beri hidayah kepada umat Islam dan memelihara mereka daripada kepincangan fahaman. Amiin..

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Reply #19 18 August, 2010, 03:08:05 AM
  • Publish

  • Beriman kepada seluruh sifat-sifat Allah yang diterangkan dalam Al-Qur`an dan Hadits adalah wajib. Tidak boleh membeza-bezakan antara sifat yang satu dengan sifat yang lain, sehingga kita hanya mau beriman kepada sifat yang satu dan ingkar kepada sifat yang lain. Orang yang percaya bahwa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat, dan percaya bahwa mendengar dan melihatnya Allah tidak sama dengan mendengar dan melihatnya makhluk, maka ia juga harus percaya bahwa Allah itu tinggi di atas langit dengan cara dan sifat yang sesuai dengan keagungan Allah dan tidak sama dengan tingginya makhluk, karena sifat tingginya itu adalah sifat yang sempurna bagi Allah. Hal itu sudah ditetapkan sendiri oleh Allah dalam Kitab-Nya dan sabda-sabda Rasulullah. Fitrah dan cara berfikir yang sihat juga mendukung kenyataan tersebut.

    Perkataan ini: Beriman kepada seluruh sifat-sifat Allah yang diterangkan dalam Al-Qur`an dan Hadits adalah wajib. adalah suatu kalimah yang hak tetapi dikehendaki dengan maksud yang batil. Persoalan yang lebih utama, adakah semua yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t. itu adalah sifat-sifat dan nama-namaNya? Itu masalah besar mujassimah.

    Kalau semua yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t. adalah sifat dan nama Allah s.w.t., maka ketika Allah s.w.t. menyebut: "Ruh Allah", adakah ruh itu sifat bagi Allah? Kalau ruh adalah sifat bagi Allah s.w.t., tatkala Allah s.w.t. menyebut Nabi Isa a.s. sebagai ruh Allah, bererti Nabi Isa as. adalah sebahagian daripada sifat-sifat Allah? Ini sudah menyamai fahaman Trinity Kristian. Na'uzubillah daripada cara memahami nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah sebegini.

    Inilah kepincangan cara fahaman golongan Mujassimah sebagaimana dijelaskan oleh Al-Imam Ibn Al-Jauzi r.a.. Beliau berkata dalam kitab tulisan beliau sendiri yang ditujukan kepada golongan Mujassimah yang berselindung di sebalik mazhab Hanbali:

    "Janganlah kamu melakukan bid’ah terhadap mazhab ini (Hambali) yang sememangnya bukan daripada mazhab ini sendiri iaitu kamu membicarakan hadith (yang mutasyabihat) lalu menetapkannya hadith berkenaan secara zahirnyaJika sesiapa yang mendakwa : "Allah bersemayam dengan DzatNya maka sesungguhnya dia telah menjadikan Allah sesuatu yang terbatas dengan kebendaan (hissiyyat). Bahkan, kita tidak boleh mengabaikan suatu neraca yang ditetapkan secara asal oleh syariat iaitulah "akal" itu sendiri. Dengan "akal" jugalah kita mengenal Allah s.w.t. dan mengenal sifat qadimNya.

    Kalau kamu sekadar membacakan hadith (menyebut lafaz) kemudian berdiam diri daripada membicarakannya (tidak memperincikan lafaz mutasyabihat) tersebut nescaya tiada orang yang mengingkari kamu. Masalahnya adalah, kamu menetapkannya (lafaz mutasyabihat tersebut) dengan makna zahirnya yang buruk (tidak layak bagi Allah). Janganlah kamu memasukkan (menisbahkan) kepada mazhab lelaki yang soleh lagi salaf (Imam Ahmad) ini apa yang bukan daripada mazhab itu sendiri. Kamu telah menutup mazhab ini (Imam Ahmad) dengan kain sesuatu yang buruk sehingga menyebabkan orang lain menyangka pengikut mazhab Hanbali sebagai Mujassim.

    "...(Keburukan) Kedua (Golongan Mujassimah yang berselindung di sebalik mazhab Hanabilah: Kamu katakan hadith-hadith tersebut sebagai mutasyabihat yang tiada orang mengetahuinya kecuali Allah. Kemudian kamu kata: "kita tetapkan maknanya dengan makna zahirnya". Sangat menghairankan (kefahaman kamu wahai mujassimah), di mana seolah-olah kamu mengatakan tiada yang mengetahui "makna" mutasyabihat melainkan Allah s.w.t. adalah makna zahir itu sendiri (maksudnya: kalau memang makna mutasyabihat adalah makna zahirnya, maka apa sebenarnya yang hanya diketahui oleh Allah)? Bukankah makna zahir bagi istiwa' itu bermaksud duduk (yang membawa kepada tajsim)?". [Daf' Syubah At-Tasybih rujuk muqoddimahnya, oleh Imam Ibn Al-Jauzi r.a.].


    Allah Berada di atas 'Arsy

    Al-Qur`an, hadits shahih dan fitrah yang bersih serta cara berfikir yang sehat adalah dalil-dalil yang qath'i yang mendukung kenyataan bahwa Allah berada di atas 'Arsy.


    Lafaz "berada" adalah suatu penambahan bid'ah dholalah ke atas lafaz istiwa' yang sebenar. Allah sw.t. menyebut "di atas", tidak menyebut langsung kalimah "berada" (kaunuHu atau bizatihi) sedangkan kalimah "berada" merujuk secara jelas kepada tempat bagi zat Allah s.w.t.. Ia adalah suatu kepincangan aqidah yang murni.

    Tidak ada dalam ayat-ayat Al-Qur'an menunjukkan kalimah "berada" sama sekali. Ini adalah penambahan lafaz yang tidak pernah dilakukan oleh para ulama' salaf. Yang ada hanyalah lafaz:

    Istiwa': Maknanya hanya diketahui oleh Allah

    Ala Arasy: di atas Arasy.

    Di atas tidak merujuk kepada makna jasmani sahaja seperti buah di atas pokok, tetapi juga boleh merujuk kepada makna maknawi seperti bos di atas pekerja. Maka, makna di atas menurut para ulama' sunnah adalah kedudukan Allah s.w.t. sebagaimana telah dijelaskan dalam topik di mana Allah. Hanya sikap tidak mahu mengikut para ulama' muktabar dan terperangkap dalam kepompong pemikiran pinggiran sahaja menyebabkan seseorang masih terus dengan fahaman Allah bertempat ini.

    Sheikhul Hanabilah Imam Abu Al-Fadhl meriwayatkan daripada Imam Ahmad r.a. yang berkata ketika mensyarahkan makna istiwa':
     
    هو العلو والارتفاع ولم يزل الله عاليا رفيعا قبل أن يخلق عرشه فهو فوق كل شىء والعالي علي كل شىء... علا ولا يجوز أن يقال استوي بمماسه ولا بملاقاه تعالي الله عن ذلك علوا كبيرا والله تعالي لم يلحقه تغيير ولا تبدل ولا تلحقه الحدود قبل خلق العرش ولا بعد خلق العرش

    Maksudnya: "Iaitu ketinggian darjat dan keagunganNya. Allah s.w.t. sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjatNya) sebelum Dia menciptakan Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukanNya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istiwa itu zat Allah s.w.t. menyentuh Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah s.w.t.daripadanya (bertempat tersebut) setinggi-tinggiNya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan Arasy dan setelah kejadian Arasy tersebut" (Risalah At-Tamimi: 2/265-290)

    Ini aqidah Imam Ahmad r.a.. Ketinggian Allah s.w.t. di atas segala makhluk adalah ketinggian kedudukan dan keagunganNya, bukan tempat letak zatNya di atas Arasy. Adakah kamu lebih salaf berbanding Imam Ahmad lalu memahami Allah "berada di atas Arasy" hanya melalui salah faham terhadap nas-nas mutasyabihat?


    Al-Qur`an, hadits shahih dan fitrah yang bersih serta cara berfikir yang sehat adalah dalil-dalil yang qath'i yang mendukung kenyataan bahwa Allah berada di atas 'Arsy.


    Al-Qur'an dan HAdith memang sahih. Tetapi cara kamu faham kedua-duanya itu tidak sahih bahkan batil sebagaimana cara mujassimah memahami Al-Qur'an dan As-Sunnah.

    Fitrah siapa yang memahami Allah berada di atas Arasy? Adakah fitrah orang-orang hindu juga bersih sebab memahami dan percaya tuhan mereka di atas singgahsana di atas langit? Adakah fitrah orang-orang Yahudi dan Nasrani juga dikatakan bersih kerana percaya tuhan duduk di atas langit? ADakah fitrah seseorang itu dikatakan bersih kerana memahami tuhan dibatasi oleh makhluk bernama arasy dan langit? Itu adalah fitrah yang sudah tercemar.

    Seseorang yang mempunyai fitrah yang murni dan bersih mudah sahaja menghayati maksud bahawa Allah s.w.t. tidak dibatasi oleh masa dan tempat kerana Dia menciptakan kedua-duanya (masa dan tempat).

    Cara berfikir yang sihat juga boleh memahami tuhan di atas Arasy?

    Wahai orang yang berfikir sihat, ketahuilah posisi "atas" itu relatif. Tiada sebenarnya posisi atas kerana dunia ini berbentuk sfera. Atas di sesuatu tempat adalah bawah bagi tempat yang berbeza. Jadi, kalau Allah s.w.t. dikatakan di atas sesuatu tempat, maka Dia di bawah sesuatu tempat yang berlawanan. Itu mustahil.

    Jika zat Allah s.w.t. meliputi bumi secara sfera juga, ia lebih menafikan atas bagi Allah s.w.t. kerana sesuatu yang meliputi itu bukan setakat di atas, malah di tepi, di bawah, di kiri, di kanan dan di depan sesuatu yang diliputi olehnya. Maka, fikiran macam mana yang boleh meletakkan Allah s.w.t. sebagai tuhan yang bertempat dan berbatas?

    Benarlah kata-kata Imam At-Tahawi yang lebih salaf berbanding kamu dan golongan kamu:

    Imam At-Tohawi (321H) berkata juga:

    "وتعالى - أي الله - عن الحدود والغايات والأ ركان والأعضاء والأدوات، لا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات"

    Maksudnya: "Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (Al-Aqidah At-Tohawiyyah)

    Adakah ulama' salaf bernama Imam At-Tahawi dan Imam Ahmad sebelum ini tidak mempunyai fitrah yang bersih dan tidak mempunyai fikiran yang benar, kerana menafikan tempat dan posisi sudut bagi Allah s.w.t., sedangkan mereka adalah salaf?

    Salaf yang mana kamu ikut kalau begitu? Mujassimah pun ramai hidup zaman salaf juga.



    Para tabi'in menafsirkan istiwa` dengan naik dan tinggi, sebagaimana diterangkan dalam hadits Al-Bukhariy, yang merupakan bantahan terhadap orang yang mena`wilkan istiwa` dengan istaula (menguasai). (Lihat Syarh Al-'Aqiidah Al-Waasithiyyah, Asy-Syaikh Al-Fauzan hal.73-75 cet. Maktabah Al-Ma'aarif)


    SHeikh Fauzan ini hidup sezaman dengan Imam At-Tahawi ke? Atau sezaman dengan Imam Ahmad? Imam At-Tahawi dan Imam Ahmad tidak pun memahami istiwa dengan makna di atas secara zat. Imam Ahmad r.a. menegaskan "di atas" dan tinggi itu bukan berkenaan dengan tempat letaknya zat Allah s.w.t., tetapi status, keagungan dan kedudukan Allah s.w.t. di atas sekalian makhluk. Takkan bahasa semudah ini pun tidak faham?


    Menurut Ibnu 'Abbas yang dimaksud dengan "Yang di langit" adalah Allah seperti disebutkan dalam kitab Tafsir Ibnul Jauziy.
    3. "Mereka takut kepada Tuhan mereka yang (ada) di atas mereka." (An-Nahl:50)


    Syubhat pertama: Di langit itu maksudnya dalam langit. ADakah Arasy Allah dalam langit dan Allah s.w.t. juga dalam langit lalu langit lebih besar daripada Allah s.w.t.? Jadi, kefahaman literal sebegini adalah tertolak juga.

    Syubhat Kedua: yang di langit dalam ayat itu adalah Allah menurut Imam Ibn Abbas r.a.. Itu benar. Tetapi, adakah yang dimaksudkan "Allah di langit" bererti zatNya di langit, atau ada makna lain berdasarkan kaedah bahasa Arab (bukan kaedah bahasa Melayu)?

    Kalau difahami zat Allah yang di langit, maka ia kembali kepada syubhat pertama. Kalau bukan, apakah tafsiran sebenar? Rujuklah tafsiran-tafsiran ulama' salaf yang lain. Jangan jadi tukang taqlid je kalau nak berbahas secara ilmiah.

    LIhat tafsiran Imam At-Tabrani yang juga seorang ulama' tafsir yang hidup hampir dengan zaman salaf.

    { أَءَمِنتُمْ مَّن فِي ٱلسَّمَآءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ ٱلأَرْضَ }؛ معناهُ: أأمِنتُم يا أهلَ مكَّة مَن في السَّماء سُلطانه وقدرتهُ ومُلكه

    Maksunya: ((Tidakkah kamu beriman dengan yang di langit...)) Maknanya: tidakkah kamu wahai ahli makkah beriman dengan Siapa yang mana di langitlah sultan, kekuasaan dan kerajaan Nya. (Tafsir At-Tabrani bagi ayat tersebut)

    Jelas ayat ini difahami oleh mufassir muktabar sebagai majaz hazfi yang mana di langit itu bukan zatNya, tetapi kekuasaanNya. Majaz Hazfi dalam kaedah kiasan dalam ilmu bahasa arab adalah, sesuatu kalimah dibuang tetapi maksudnya ada. Ia seperti dalam surah Yusuf di mana abang-abang Nabi Yusuf berkata: "Tanyalah Al-Qaryah..." Maksudnya: "Tanyalah kampung..." Mana boleh tanya kampung. Lalu, ianya kembali kepada kaedah majaz hazfi yang mana maksud sebenarnya adalah: "tanyalah "ahl" qaryah" (tanyalah penduduk kampung). Begitu juga dalam ayat ini.

    Imam As-Samarqandi (w: 375 H) berkata:

    ويقال هذا على الاختصار ويقال أمنتم عقوبة من هو جار حكمه في السماء

    Maksudnya: DIkatakan bahawa Ini perkataan yang ringkas... Dan dikatakan juga maknanya: tidakkah kamu beriman dengan siksaan Dia yang mana hukum-Nya terlaksana (terjadi) di langit" [Tafsir As-Samarqandi]

    Kamu perlulah cari rujukan lain. Kenapa rujuk tafsir Ibn Al-Jauzi tetapi tidak mahu ikut aqidah Ibn Al-Jauzi yang menolak fahaman tuhan bertempat atas langit sebagaimana dalam Daf' Syubah At-Tasybih?

    4. Firman Allah tentang Nabi 'Isa: "Tetapi (yang sebenarnya), Allah mengangkatnya kepada-Nya." (An-Nisaa:158)
    Maksudnya Allah menaikkan Nabi 'Isa ke langit.

    Janganlah faham Al-Qur'an dengan pendapat sendiri. Rujuklah para ulama'. Nabi s.a.w. memberi ancaman jelas sesiapa yang memahami Al-Qur'an dan berbicara dengannya mengikut fikiran sendiri tanpa ilmu, maka dia akan disediakan tempat baginya di neraka? Adakah sanggup bertempat di neraka dengan menggunakan nas-nas sebegini untuk menjadikan Allah s.w.t. "bertempat" di atas Arasy?

    Imam At-Tabrani r.a. (tokoh ahli tafsir yang hidup di hujung zaman salaf) berkata tentang ayat tersebut:

     أي بَلْ رَفَعَهُ الله إلى السَّماء، وإنَّما سَمَّى ذلكَ رَفْعاً إليهِ؛ لأنه رُفِعَ إلى موضعٍ لا يَملكُ فيه أحدٌ شيئاً إلاّ (اللهَ).

    Maksudnya: "Iaitu, tetapi Allah s.w.t. mengangkatnya (Nabi Isa a.s.) ke langit. Dan dinamakan yag demikian diangkat kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. mengangkat Nabi Isa a.s. ke suatu tempat yang tidak dimiliki padanya (langit) tersebut selain Allah s.w.t.". (Tafsir At-Tabrani)

    Imam Al-Qurtubi r.a. menjelaskan juga dalam ayat tersebut: "والله تعالى متعال عن المكان

    Maksudnya: Sedangkan Allah s.w.t. Maha Tinggi (Suci) daripada tempat". (Al-Jami'e li Ahkam Al-Qur'an)


    5. "Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik di langit maupun di bumi." (Al-An'aam:3)

    Ibnu Katsir mengomentari ayat ini sebagai berikut: "Para ahli tafsir sepakat bahwa kita tidak akan mengucapkan seperti ucapannya Jahmiyyah (golongan yang sesat) yang mengatakan bahwa Allah itu berada di setiap tempat. Maha Suci Allah dari ucapan mereka terebut."
    Adapun firman Allah: "Dan Dia bersama kalian di mana saja kalian berada." (Al-Hadiid:4), maka yang dimaksud adalah Allah itu selalu bersama kita, dalam ertian mendengar dan melihat kita, seperti diterangkan dalam tafsir Ibnu Katsir dan Jalalain.


    Sebagaimana kita tidak mengucapkan ucapan Jahmiyyah bahawa Allah berada di setiap tempat, kita juga tidak mengucapkan perkataan Mujassimah iaitu Allah berada di tempat atas Arasy. Apa gunanya tidak mahu jadi Jahmiyyah tetapi menjadi Mujassimah?



    6. Rasulullah mi'raj ke langit ketujuh dan berdialog dengan Allah serta diwajibkan untuk melakukan shalat lima waktu. (Muttafaqun 'alaih)


    Nabi Musa a.s. naik ke atas gunung Tursina untuk bermunajat dan berdialog dengan Allah s.w.t., maka adakah Allah s.w.t. di atas gunung tersebut? Apa punya cara fahaman sebegini?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    7306 Views
    Last post 18 September, 2013, 09:03:42 PM
    by ZakiaAliaMedina
    33 Replies
    3265 Views
    Last post 28 October, 2012, 01:30:06 AM
    by IbnuNafis
    0 Replies
    587 Views
    Last post 19 October, 2012, 09:27:46 AM
    by qabil dan habil