Adab bertawasul

*

Author Topic: Adab bertawasul  (Read 7001 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

asrar_syamim

  • *
  • Posts: 222
  • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
    • View Profile
13 August, 2008, 01:37:04 PM
  • Publish
  •  :)
    Di akhir zaman ini, banyak halangan dan ujian yang perlu kita sebagai umat Islam tempuhi.
    Di sebalik itu, ancaman yang paling besar ialah wujudnya ajaran-ajaran sesat.
    Sehubungan itu, apakah adab-adab yang sebenar-benarnya untuk kita bertawasul? Sesungguhnya tawasul yang diamalkan tanpa adab dikhuatiri dapat mendekati kepada syirik..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #1 13 August, 2008, 02:19:52 PM
  • Publish
  • rasa2nya kita nie berada kat mana..masih lagi ker..?
    berada dalam jalan yang benar...
    atau dah jauh tersasar...

    sedangkan ada hadis akhir zaman...
    73 firkah hanya 1 saja yang ke syurga..iaitu...ahli sunnah wal jamaah...
    adakah kita berada dalam satu nie...betul2..mengikut al sunnah ...dan rasulullah..
    sedangkan yang satu nie pun dah berpecah terlalu banyak..
    mengikut fahaman masing2]...

    kalu bab tawassul nie tak payah nak bincang sangat kalu kita bukan...
    dari golongan ahlinya...
    nanti takut kita pulak yang tersesat..
    TuhAN cInTa aGuNg..

    ABUYA

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #2 10 September, 2008, 04:45:26 PM
  • Publish
  •  :)ASSALAMUALAIKUM SEMUA ..
    SAYA AHLI BARU HARAP2 DAPAT BAGI KERJASAMA.

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #3 10 September, 2008, 04:59:10 PM
  • Publish
  • :)ASSALAMUALAIKUM SEMUA ..
    SAYA AHLI BARU HARAP2 DAPAT BAGI KERJASAMA.


    tak jadi hal...abuya...
    sudi2kanlah...

    cold

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #4 02 November, 2008, 10:01:31 AM
  • Publish
  • ceritakanlah supaya dapat ilmu..
    daripada tidak tahu langsung..

    Ahli sunnah wal jamaah, 'sunnah dan jamaah' itu apa?

    NoZaBiZz

    Reply #5 02 November, 2008, 11:42:48 AM
  • Publish
  • ceritakanlah supaya dapat ilmu..
    daripada tidak tahu langsung..

    Ahli sunnah wal jamaah, 'sunnah dan jamaah' itu apa?


    secara ringkasnya... selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, bermulalah detik2 percanggahan dalam aqidah umat Islam... Selepas kewafatan para sahabat, percanggahan tersebut kian merebak... timbullah pelbagai fahaman yang menyimpang dari ajaran Rasulullah S.A.W. Golongan yang tetap berpegang teguh dengan ajaran Rasulullah itulah yang dipanggil ahli sunnah wal jamaah... maaf kalau tersalah mentafsir..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #6 02 November, 2008, 12:25:44 PM
  • Publish
  • ceritakanlah supaya dapat ilmu..
    daripada tidak tahu langsung..

    Ahli sunnah wal jamaah, 'sunnah dan jamaah' itu apa?

    kalu dari segi bahasa ialah orang islam yang mengamalkan sunnah nabi...
    atau lebih tepat jemaah yang sentiasa mengamalkan apa yang rasullullah lakukan..


    lily_mawar

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #7 24 November, 2008, 11:30:53 PM
  • Publish
  • Salam semua,

    Saya tak begitu tau tentang maksud tawasul ... kalau ada sesiapa yg dapat terangkan pengertian tawasul ni ... Terima kasih ...

    hairil.abubakar

    • *
    • Posts: 422
      • View Profile
    Reply #8 25 November, 2008, 01:30:20 AM
  • Publish
  • Salam semua,

    Saya tak begitu tau tentang maksud tawasul ... kalau ada sesiapa yg dapat terangkan pengertian tawasul ni ... Terima kasih ...


    Quote
    Assalamualaikum,
    Saya merujuk kepada ruangan surat pembaca di dalam Harakahdaily pada Isnin 19hb Jun, yang memuatkan soalan dari seorang pembaca, kome_75, yang amat ingin mengetahui tentang hukum tawassul dalam Islam.

    Saya telah mengajukan soalan ini kepada Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat untuk dijawab secara ilmiah dan lengkap.

    Bersama ini saya attachkan jawapan tersebut dan saya amat berharap agar jawapan dari Lajnah Tarbiyyah DPP Pusat ini dapat disiarkan di dalam Harakahdaily untuk manfaat bersama. Jawapan ini juga turut dimuatkan di dalam Blog Ustaz Nasrudin Tantawi.

    Berikut adalah awapan yang diberikan.

    Dari sudut bahasa, kalimah at-Tawassul bermaksud mengambil satu jalan untuk sampai kepada sesuatu.

    Adapun dari segi Syara', ia bermaksud; mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan mentaatiNya, beribadah kepadaNya, mengikuti para Nabi dan RasulNya dan dengan apa sahaja amalan atau cara yang disukai Allah dan diredhaiNya.

    Firman Allah :

    'Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan'.
    (Al-Maidah; 35)

    Tawassul ada yang disepakati oleh para ulamak dan ada yang diikhtilafkan.

    Tawassul yang disepakati oleh ulamak akan keharusannya 'malah digalakkan melakukannya- ialah :

    a) Tasawwul dengan nama Allah dan sifatNya
    b) Tawassul dengan amal soleh
    c) Tawassul dengan doa orang soleh

    Tawassul melalui cara-cara di atas telah disepakati oleh para ulamak dan tidak ada ulamak yang mempertikainya.

    Adapun jenis tawassul yang diiktilafkan ialah bertawassul kepada Allah (iaitu berdoa kepadaNya) dengan kemuliaan atau kemegahan zat salah seorang dari hambaNya.

    Contohnya; bertawassul dengan zat Nabi atau mana-mana orang soleh untuk memohon suatu hajat dari Allah. Para ulamak dalam menjelaskan hukum tentangnya ada beberapa pandangan:

    a) Pandangan yang mengharamkan secara keseluruhannya iaitulah pandangan Imam Ibnu Taimiyyah, Syeikh Nasiruddin al-Albani, Syeikh Bin Baz dan yang sealiran dengan mereka.

    Mereka berpandangan tawassul sedemikian adalah tidak harus dan bid'ah kerana tidak disebut oleh al-Quran dan tidak pernah diamalkan oleh Nabi s.a.w..

    Adapun hadis-hadis yang menyebutkan tentang tawassul sahabat dengan Nabi s.a.w. maka maksudnya ialah tawassul dengan doa baginda, bukan dengan zatnya.

    Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; 'Lafaz tawassul dikehendaki maknanya dengan tiga perkara:

    Pertama: bertawassul kepada Allah dengan cara beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan mentaati baginda.

    Kedua: bertawassul dengan doa dan syafaat baginda

    Kedua-dua bentuk tawassul di atas telah disepakati keharusannya oleh ijmak ulamak. Siapa mengingkarinya ia adalah kafir dan murtad. Ia diminta supaya bertaubat. Jika enggan bertaubat, hendaklah dibunuh.

    Ketiga: tawassul dengan makna bersumpah kepada Allah dengan zat Rasulullah s.a.w. atau memohon kepada Allah dengan zat baginda.

    Tawassul yang ketiga ini tidak pernah dilakukan oleh para sahabat sama ada ketika baginda masih hidup atau setelah baginda mati, sama ada di sisi kubur baginda atau di sisi kubur orang lain'.

    (Lihat; at-Tawwasul wa al-Wasilah, al-Imam Ibnu Taimiyyah)

    b) Pandangan yang mengkhususkan keharusan dengan Nabi s.a.w. sahaja, yakni harus bertawassul dengan Nabi s.a.w., namun dengan orang lain (termasuk para sahabat, wali-wali Allah dan sebagainya) adalah tidak harus.

    Pandangan ini diambil dari Imam Izzuddin Ibnu 'Abdissalam. Beliau berdalilkan sebuah hadis yang menceritakan:

    'Seorang lelaki yang buta matanya datang kepada Nabi s.a.w., lalu ia berkata; 'Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah supaya Dia menyembuhkan mataku'. Lalu Rasulullah menyuruhnya mengambil wudhuk, menunaikan solat dua rakaat dan seterusnya berdoa seperti di bawah :

    'Ya Allah! Aku bermohon dan bertawajjuh kepadaMu dengan nabiMu Muhammad, nabi rahmat. (Aku telah meminta kepadanya (yakni kepada Muhammad);) 'Ya Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh kepada Tuhanku dengan kemuliaanmu bagi hajatku ini supaya Ia menunaikannya untukku'. Ya Allah! Berilah syafaat kepadanya untukku'.

    (Riwayat Imam at-Tirmizi dan al-Hakim. Menurut Imam at-Tirmizi, hadis ini adalah hasan soheh).

    c) Pandangan yang mengharuskannya secara mutlak, iaitu harus bertawassul sama ada dengan kemegahan zat Nabi Muhammad atau orang-orang soleh yang lain. Pandangan ini diutarakan oleh Imam as-Subki.

    Antara dalilnya ialah; riwayat oleh Imam Ibnu Syaibah dari Malik ad-Dar dengan sanad yang soheh - sebagaimana yang ditegaskan Imam al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Fathul-Bari- yang menceritakan :

    'Telah berlaku kemarau yang teruk pada zaman Umar r.a., lalu seorang lelaki pergi ke kubur Nabi s.a.w., lalu ia berkata; 'Wahai Rasulullah! Mohonlah hujan (dari Tuhanmu) untuk umatmu kerana sesungguhnya mereka telah mengalami kemusnahan (kerana kemarau)'. Pada malamnya, lelaki itu bermimpi Rasulullah datang kepadanya dan berkata; 'Pergilah kepada Umar, sampaikan salamku kepadanya dan khabarkan kepadanya bahawa mereka akan dikurniakan hujan (oleh Allah)'.

    Menurut Imam Ibnu Hajar, lelaki tersebut bernama Bilal bin al-Harith al-Muzani dan beliau merupakan seorang sahabat.

    (Rujuk; Fathul-Bari, juz. 3, hlm. 148 dan al-Isabah, juz. 3, hlm. 4).

    Peristiwa di atas berlaku pada zaman Saidina Umar dengan diketahui oleh para sahabat termasuklah Umar sendiri dan tidak ada seorangpun di kalangan mereka yang mengingkarinya, menunjukkan bahawa ia adalah harus.

    Adapun pandangan Imam Izzuddin yang mengkhususkan keharusan bertawassul seperti itu dengan Rasulullah s.a.w. sahaja, yakni tidak harus dengan orang lain, maka pandangan itu dapat dipertikaikan kerana tidak ada dalil yang menegaskan bahawa hal tersebut hanya khusus untuk baginda sahaja. Apabila tiada dalil khusus, maka kekallah ia dengan sifat umumnya.

    Pandangan Imam as-Subki di atas disokong oleh Imam al-Alusi, Syeikh Zahid al-Kauthari, Syeikh Muhammad Hasanin Makhluf (bekas mufti Mesir) dan lain-lain lagi. Syeikh Hasanin Makhluf dalam fatwanya menegaskan :

    'Bertawassul dengan zat para Nabi dan orang-orang soleh dengan pengertian memohon syafaat dengan zat-zat mereka sebagai satu cara untuk memohon hajat kepada Allah kerana melihat kepada hampirnya mereka dan mulianya mereka di sisi Allah seperti dengan seorang itu berkata; 'Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawassul kepadamu dengan NabiMu atau dengan si fulan hambaMu yang soleh agar Engkau menunaikan hajatku atau mengurniakan rezki kepadaku, atau menyemuhkan penyakitku', maka tawassul sebegini atau seumpamanya adalah harus dan tiada apa yang menegahnya'.

    Kesimpulan

    Bertawassul dengan Nabi s.a.w. jika dengan makna mencari wasilah/jalan kepada Allah dengan cara beriman kepada baginda s.a.w. dan mentaatinya atau dengan makna memohon hajat kepada Allah dengan doa dan syafaat baginda (ketika hayatnya), maka tawassul sebegini adalah harus dengan ijmak para ulamak.

    Adapun bertawassul dengan makna memohon kepada Allah dengan menyebutkan zat atau kemuliaan baginda (selepas kewafatannya), maka ia diikhtilafkan di kalangan ulama. Masing-masing dengan hujjah yang tersendiri.

    Hal ini dijelaskan juga oleh Imam Hasan al-Banna dalam Usul al-'Isyrinnya; 'Berdoa jika diiringi dengan bertawassul kepada Allah dengan salah seorang dari makhluknya merupakan perkara khilaf dalam masalah furu' dalam cara berdoa dan ia bukan tergolong dalam masalah-masalah aqidah'.

    Namun demikian, jika kita dapat mengambil sikap yang mengeluarkan kita dari khilaf itulah yang terbaik.

    Wallau a'lamu bisshawab.


    http://harakahdaily.net/
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al-Furqan: 74] http://hairilabubakar.blogspot.com/

    lily_mawar

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #9 25 November, 2008, 01:41:25 AM
  • Publish
  • Salam,

    Terima kasih diatas posting yg anta kirimkan ... cukup jelas penerangan nya ...

    786

    • *
    • Posts: 284
      • View Profile
    Reply #10 18 March, 2009, 12:09:06 PM
  • Publish
  • ceritakanlah supaya dapat ilmu..
    daripada tidak tahu langsung..

    Ahli sunnah wal jamaah, 'sunnah dan jamaah' itu apa?


    secara ringkasnya... selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, bermulalah detik2 percanggahan dalam aqidah umat Islam... Selepas kewafatan para sahabat, percanggahan tersebut kian merebak... timbullah pelbagai fahaman yang menyimpang dari ajaran Rasulullah S.A.W. Golongan yang tetap berpegang teguh dengan ajaran Rasulullah itulah yang dipanggil ahli sunnah wal jamaah... maaf kalau tersalah mentafsir..

    Ada satu lagi golongan yang dinamakan Ahli Sunat wal Jumaat ... mereka adalah golongan yang hanya melakukan solat sunat hari raya dan solat jumaat sahaja ... maaf kalau tersalah mentafsir ....

    p/s : seperkara lagi .. golongan ini juga tidak lupa untuk bersunat :-)
    « Last Edit: 18 March, 2009, 12:12:35 PM by 786 »

    asrar_syamim

    • *
    • Posts: 222
    • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
      • View Profile
    Reply #11 18 March, 2009, 12:32:01 PM
  • Publish
  • Mengenai tawasul ini, ada satu kisah mengenai tiga orang sahabat yang terperangkap di dalam sebuah gua.
    Mereka bertawasul kepada Allah melalui amal soleh yang mereka lakukan sebelum ini. Dengan rahmat Allah, batu yang menutupi gua itu terbuka atas pertolongan Allah.

    Wallahualam.

    syuhadah_amNa

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #12 23 May, 2009, 11:34:23 AM
  • Publish
  • salam'alaik shbt2..
    adaka kta tergolong dalam jemaah yg dkatakn oleh Nabi e2...
    ahli sunnah wal jamaah..???

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #13 23 May, 2009, 03:24:13 PM
  • Publish
  • Salam semua,

    Saya tak begitu tau tentang maksud tawasul ... kalau ada sesiapa yg dapat terangkan pengertian tawasul ni ... Terima kasih ...


    Quote
    Assalamualaikum,
    Saya merujuk kepada ruangan surat pembaca di dalam Harakahdaily pada Isnin 19hb Jun, yang memuatkan soalan dari seorang pembaca, kome_75, yang amat ingin mengetahui tentang hukum tawassul dalam Islam.

    Saya telah mengajukan soalan ini kepada Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat untuk dijawab secara ilmiah dan lengkap.

    Bersama ini saya attachkan jawapan tersebut dan saya amat berharap agar jawapan dari Lajnah Tarbiyyah DPP Pusat ini dapat disiarkan di dalam Harakahdaily untuk manfaat bersama. Jawapan ini juga turut dimuatkan di dalam Blog Ustaz Nasrudin Tantawi.

    Berikut adalah awapan yang diberikan.

    Dari sudut bahasa, kalimah at-Tawassul bermaksud mengambil satu jalan untuk sampai kepada sesuatu.

    Adapun dari segi Syara', ia bermaksud; mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan mentaatiNya, beribadah kepadaNya, mengikuti para Nabi dan RasulNya dan dengan apa sahaja amalan atau cara yang disukai Allah dan diredhaiNya.

    Firman Allah :

    'Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan'.
    (Al-Maidah; 35)

    Tawassul ada yang disepakati oleh para ulamak dan ada yang diikhtilafkan.

    Tawassul yang disepakati oleh ulamak akan keharusannya 'malah digalakkan melakukannya- ialah :

    a) Tasawwul dengan nama Allah dan sifatNya
    b) Tawassul dengan amal soleh
    c) Tawassul dengan doa orang soleh

    Tawassul melalui cara-cara di atas telah disepakati oleh para ulamak dan tidak ada ulamak yang mempertikainya.

    Adapun jenis tawassul yang diiktilafkan ialah bertawassul kepada Allah (iaitu berdoa kepadaNya) dengan kemuliaan atau kemegahan zat salah seorang dari hambaNya.

    Contohnya; bertawassul dengan zat Nabi atau mana-mana orang soleh untuk memohon suatu hajat dari Allah. Para ulamak dalam menjelaskan hukum tentangnya ada beberapa pandangan:

    a) Pandangan yang mengharamkan secara keseluruhannya iaitulah pandangan Imam Ibnu Taimiyyah, Syeikh Nasiruddin al-Albani, Syeikh Bin Baz dan yang sealiran dengan mereka.

    Mereka berpandangan tawassul sedemikian adalah tidak harus dan bid'ah kerana tidak disebut oleh al-Quran dan tidak pernah diamalkan oleh Nabi s.a.w..

    Adapun hadis-hadis yang menyebutkan tentang tawassul sahabat dengan Nabi s.a.w. maka maksudnya ialah tawassul dengan doa baginda, bukan dengan zatnya.

    Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; 'Lafaz tawassul dikehendaki maknanya dengan tiga perkara:

    Pertama: bertawassul kepada Allah dengan cara beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan mentaati baginda.

    Kedua: bertawassul dengan doa dan syafaat baginda

    Kedua-dua bentuk tawassul di atas telah disepakati keharusannya oleh ijmak ulamak. Siapa mengingkarinya ia adalah kafir dan murtad. Ia diminta supaya bertaubat. Jika enggan bertaubat, hendaklah dibunuh.

    Ketiga: tawassul dengan makna bersumpah kepada Allah dengan zat Rasulullah s.a.w. atau memohon kepada Allah dengan zat baginda.

    Tawassul yang ketiga ini tidak pernah dilakukan oleh para sahabat sama ada ketika baginda masih hidup atau setelah baginda mati, sama ada di sisi kubur baginda atau di sisi kubur orang lain'.

    (Lihat; at-Tawwasul wa al-Wasilah, al-Imam Ibnu Taimiyyah)

    b) Pandangan yang mengkhususkan keharusan dengan Nabi s.a.w. sahaja, yakni harus bertawassul dengan Nabi s.a.w., namun dengan orang lain (termasuk para sahabat, wali-wali Allah dan sebagainya) adalah tidak harus.

    Pandangan ini diambil dari Imam Izzuddin Ibnu 'Abdissalam. Beliau berdalilkan sebuah hadis yang menceritakan:

    'Seorang lelaki yang buta matanya datang kepada Nabi s.a.w., lalu ia berkata; 'Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah supaya Dia menyembuhkan mataku'. Lalu Rasulullah menyuruhnya mengambil wudhuk, menunaikan solat dua rakaat dan seterusnya berdoa seperti di bawah :

    'Ya Allah! Aku bermohon dan bertawajjuh kepadaMu dengan nabiMu Muhammad, nabi rahmat. (Aku telah meminta kepadanya (yakni kepada Muhammad);) 'Ya Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh kepada Tuhanku dengan kemuliaanmu bagi hajatku ini supaya Ia menunaikannya untukku'. Ya Allah! Berilah syafaat kepadanya untukku'.

    (Riwayat Imam at-Tirmizi dan al-Hakim. Menurut Imam at-Tirmizi, hadis ini adalah hasan soheh).

    c) Pandangan yang mengharuskannya secara mutlak, iaitu harus bertawassul sama ada dengan kemegahan zat Nabi Muhammad atau orang-orang soleh yang lain. Pandangan ini diutarakan oleh Imam as-Subki.

    Antara dalilnya ialah; riwayat oleh Imam Ibnu Syaibah dari Malik ad-Dar dengan sanad yang soheh - sebagaimana yang ditegaskan Imam al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Fathul-Bari- yang menceritakan :

    'Telah berlaku kemarau yang teruk pada zaman Umar r.a., lalu seorang lelaki pergi ke kubur Nabi s.a.w., lalu ia berkata; 'Wahai Rasulullah! Mohonlah hujan (dari Tuhanmu) untuk umatmu kerana sesungguhnya mereka telah mengalami kemusnahan (kerana kemarau)'. Pada malamnya, lelaki itu bermimpi Rasulullah datang kepadanya dan berkata; 'Pergilah kepada Umar, sampaikan salamku kepadanya dan khabarkan kepadanya bahawa mereka akan dikurniakan hujan (oleh Allah)'.

    Menurut Imam Ibnu Hajar, lelaki tersebut bernama Bilal bin al-Harith al-Muzani dan beliau merupakan seorang sahabat.

    (Rujuk; Fathul-Bari, juz. 3, hlm. 148 dan al-Isabah, juz. 3, hlm. 4).

    Peristiwa di atas berlaku pada zaman Saidina Umar dengan diketahui oleh para sahabat termasuklah Umar sendiri dan tidak ada seorangpun di kalangan mereka yang mengingkarinya, menunjukkan bahawa ia adalah harus.

    Adapun pandangan Imam Izzuddin yang mengkhususkan keharusan bertawassul seperti itu dengan Rasulullah s.a.w. sahaja, yakni tidak harus dengan orang lain, maka pandangan itu dapat dipertikaikan kerana tidak ada dalil yang menegaskan bahawa hal tersebut hanya khusus untuk baginda sahaja. Apabila tiada dalil khusus, maka kekallah ia dengan sifat umumnya.

    Pandangan Imam as-Subki di atas disokong oleh Imam al-Alusi, Syeikh Zahid al-Kauthari, Syeikh Muhammad Hasanin Makhluf (bekas mufti Mesir) dan lain-lain lagi. Syeikh Hasanin Makhluf dalam fatwanya menegaskan :

    'Bertawassul dengan zat para Nabi dan orang-orang soleh dengan pengertian memohon syafaat dengan zat-zat mereka sebagai satu cara untuk memohon hajat kepada Allah kerana melihat kepada hampirnya mereka dan mulianya mereka di sisi Allah seperti dengan seorang itu berkata; 'Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawassul kepadamu dengan NabiMu atau dengan si fulan hambaMu yang soleh agar Engkau menunaikan hajatku atau mengurniakan rezki kepadaku, atau menyemuhkan penyakitku', maka tawassul sebegini atau seumpamanya adalah harus dan tiada apa yang menegahnya'.

    Kesimpulan

    Bertawassul dengan Nabi s.a.w. jika dengan makna mencari wasilah/jalan kepada Allah dengan cara beriman kepada baginda s.a.w. dan mentaatinya atau dengan makna memohon hajat kepada Allah dengan doa dan syafaat baginda (ketika hayatnya), maka tawassul sebegini adalah harus dengan ijmak para ulamak.

    Adapun bertawassul dengan makna memohon kepada Allah dengan menyebutkan zat atau kemuliaan baginda (selepas kewafatannya), maka ia diikhtilafkan di kalangan ulama. Masing-masing dengan hujjah yang tersendiri.

    Hal ini dijelaskan juga oleh Imam Hasan al-Banna dalam Usul al-'Isyrinnya; 'Berdoa jika diiringi dengan bertawassul kepada Allah dengan salah seorang dari makhluknya merupakan perkara khilaf dalam masalah furu' dalam cara berdoa dan ia bukan tergolong dalam masalah-masalah aqidah'.

    Namun demikian, jika kita dapat mengambil sikap yang mengeluarkan kita dari khilaf itulah yang terbaik.

    Wallau a'lamu bisshawab.


    http://harakahdaily.net/
    Alhamdulillah syukur
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #14 23 May, 2009, 05:34:24 PM
  • Publish
  • dalam bertawassul, dahulukan dengan bismillah, puji-pujian ke atas allah swt, bertasbih, dan bertahmid - diringi dengan kerendahan hati. dan, kemudian mintalah dengan nama allah,demi keagungan Nya, serta kemurahan sifat Nya, serta kasih sayang Nya yang maha luas. kemudian, bertawassullah (sekiranya anda ingin bertawassul), "Tuhan -ku, demi kemuliaan yang telah Dikau anugerahkan ke atas rasul Mu- muhammad saw, para nabi, para wali, dsbgnya, (dengan rendah hati daku meminta dari Mu, Tuhanku, Tuhan sekalian alam) agar Dikau perkenankan permintaan ku ini."

    ini kerana, menurut salah satu hadis nabi, 'rahmat akan turun apabila nama-nama orang soleh disebut.' wallahua'lam.

    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    Tok Jati

    • *
    • Posts: 46
      • View Profile
    Reply #15 23 May, 2009, 11:56:27 PM
  • Publish
  •  :)
    Minta izin berbicara. Tok tak kenal secra dekat dengan Raja atau Sultan. Tok kenal kepada orang yang hampir dan kenal kepada Raja atau Sultan, jadi tok nakkan sesuatu hajat kepada Raja, tok minta tolong kat orang tu untuk sampaikan hajat tok kepada Raja. :msya:
    12345warna 123456sempurna

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #16 24 May, 2009, 10:42:43 AM
  • Publish
  • :)
    Minta izin berbicara. Tok tak kenal secra dekat dengan Raja atau Sultan. Tok kenal kepada orang yang hampir dan kenal kepada Raja atau Sultan, jadi tok nakkan sesuatu hajat kepada Raja, tok minta tolong kat orang tu untuk sampaikan hajat tok kepada Raja. :msya:

    Sy nak tahu gak.. Hajat apa tu tok.. :")
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #17 24 May, 2009, 01:01:58 PM
  • Publish
  • :)
    Minta izin berbicara. Tok tak kenal secra dekat dengan Raja atau Sultan. Tok kenal kepada orang yang hampir dan kenal kepada Raja atau Sultan, jadi tok nakkan sesuatu hajat kepada Raja, tok minta tolong kat orang tu untuk sampaikan hajat tok kepada Raja. :msya:

    Sy nak tahu gak.. Hajat apa tu tok.. :")


    hajad ya qadial hajad...

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #18 24 May, 2009, 02:09:34 PM
  • Publish
  • hajad ya qadial hajad...

    :senyum:.. Terima kasih pak kanjeng..~
    « Last Edit: 24 May, 2009, 07:06:39 PM by assiddiq »

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #19 24 May, 2009, 03:52:18 PM
  • Publish

  • Sy nak tahu gak.. Hajat apa tu tok.. :")



    hajad ya qadial hajad...


    :senyum:.. Terima kasih pak kanjeng..~
    [/quote]

    same topic...nak lock dah tak bleh dah..
    co bleh bincang dan baca benda yang sama..
     
    disin..http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4762.0

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    19 Replies
    10144 Views
    Last post 06 July, 2009, 10:36:44 AM
    by Ummi Munaliza
    13 Replies
    5759 Views
    Last post 09 January, 2011, 12:58:44 PM
    by aini zinnirah
    23 Replies
    11196 Views
    Last post 10 March, 2011, 10:50:59 AM
    by maliki