Hukum Berdoa, Solat Dan Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya'ban

Author Topic: Hukum Berdoa, Solat Dan Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya'ban  (Read 24563 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

rsuha

  • *
  • Posts: 105
    • View Profile
10 August, 2008, 02:38:27 PM
  • Publish Di FB
  •  :) Hari Nisfu Sya'ban..
    Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos
    2008(selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1429H)

    Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

    Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

    1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

    2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)

    i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
    ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
    iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

    Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

    3. Baca surah ikhlas 1000x

    4. Berpuasa pada siangnya (Ahad)

    Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

    Antaranya yg termasyhur adalah:

    1. Malam Dimustajabkan Doa
    2. Malam Pembahagian Takdir
    3. Malam Rahmat
    4. Malam Berkat
    5. Malam Pengampunan (Taubat)
    6. Malam Penebusan
    7. Malam Syafaat
    8. Malam Penulisan
    9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
    10. Malam Rezeki
    11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
    12. Malam Penghidupan


    Antara kelebihan bulan Sya'aban:

    1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

    2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

    Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

    Wallahua'alam

    JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA AHAD 17hb OGOS INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...
    _________________


    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #1 10 August, 2008, 07:53:59 PM
  • Publish Di FB
  •     *
          Dan telah menghimpun oleh ulama akan beberapa doa yang ma`tsur yang munasabah dengan hal yang tertentu dengan malam Nishfu, membaca akan dia oleh muslimun pada demikian itu malam, berseorang diri atau berhimpun pada perhimpunan mereka itu atau pada lain-lainnya mengajar akan mereka itu oleh seorang daripada mereka itu atau pun mendoa ia dan yang lain me(ng)aminkan atasnya. Dan kaifiyatnya bahawa dibaca pada mula-mula dahulu daripada berdoa kemudian daripada sembahyang Maghrib akan surah Yaasin 3 kali. Pada bacaan yang pertama dengan niat minta panjang umur, dan yang kedua dengan niat menolakkan bala`, dan yang ketiga dengan niat terkaya daripada manusia. Dan tiap-tiap dibaca Yaasin satu kali, dibaca kemudiannya akan doa satu kali. Maka inilah doa yang tersebut (...lihat di atas).

    Ikhwah, inilah kaifiyat yang disebut oleh Mufti Syaikh Ahmad Muhammad Sa`id dalam "Tuhfatul Awthan wal Ikhwan" dan yang lazim diamalkan oleh masyarakat kita. Dalam beramal tu, biarlah dengan tulus hati memohon anugerah Ilahi, baik anugerah di akhirat berupa pahala dan keselamatan di akhirat maupun anugerah nikmat zahir kat dunia yang fana ini berupa umur yang panjang lagi berkat, keselamatan dari bala bencana duniawi dan kelapangan rezeki yang halal. Bacalah dengan tenang dan betul tajwidnya, jangan berlumba mengejar masa, biar sahaja masa berlalu kerana ianya dilalui dalam keadaan kita beribadah membaca al-Quran dan bermunajat kepada Ilahi. Seelok-eloknya, kita usahakan untuk membaca 3 kali surah Yaasin kerana menurut panduan dan amalan para ulama kita. Baca Yaasin sebelum berdoa ini adalah termasuk dalam bab bertawassul dengan amal sholeh sebelum berdoa, dan tawassul ngan amal sholeh, geng anak Pak Wahab pun tak bantah. Tetapi kalau tak dapat 3 kali, sekali pun boleh, bukannya wajib, tak baca pun boleh, tapi sendiri kena ingat bahawasanya Allah tidak akan mensia-siakan amalan orang yang beramal. Kalau gopoh-gopoh takut tercicir pulak dhommah, syaddah, iqlab, ikhfa` dan idhgham bacaannya, terlanggar pulak hukum-hakam tajwid, jatuh berdosa pulak. Apa-apa pun buat yang terbaik, kemudian serah kat Allah. Yang tak nak baca Yaasin atau yang tak nak sambut Nishfu, hang pa baliklah rumah, Isya` nanti mai pulak untuk sholat berjemaah, respect sikit kat orang yang nak baca, tok sah nak tunjuk keras kepala dan kurang ajar.

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #2 10 August, 2008, 07:54:33 PM
  • Publish Di FB
  • Buya Habib Muhammad al-Maliki telah menulis karangan khusus mengenai kelebihan dan amalan bulan Sya`baan termasuk malam Nishfunya dengan jodol "Madza fi Sya`baan". Di dalam karangannya tersebut pada mukasurat 100 - 101, Habib Muhammad al-Maliki telah menyatakan bahawa pembacaan doa yang masyhur lagi mujarrab (yakni doa Nishfu Sya`baan yang biasa orang kita baca) yang mana sebahagian besarnya diceduk dari doa yang diriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu Mas`ud r.a. sebagaimana dikeluarkan oleh Imam Ibnu Abi Syaibah dalam "al-Mushannaf" dan Imam Ibnu Abi ad-Dunya dalam "ad-Du`a`", bersama-sama tertib susunan pembacaan surah Yaasin telah berlaku sebagai satu adat (yakni kebiasaan umat ini). Walaupun Buya al-Maliki telah memberi komentarnya berhubung penambahan kalimah "fi ummil kitab" dalam doa tersebut yang dianggapnya sebagai kesilapan penyalin, tetapi beliau sekali-kali tidak membid`ahsesatkan amalan tersebut, bahkan beliau menyatakan doa tersebut sebagai masyhur dan mujarrab serta pembacaannya beserta surah Yaasin telah menjadi satu adat kebiasaan. Berhubung dengan komen beliau di atas ianya bertitik tolak kepada pengertian "ummul kitab", sebahagian ulama mengatakan bahawa apa yang termaktub dalam "ummul kitab" atau "lauh mahfudz" itu sekali-kali tidak boleh diubah, manakala sebahagian ulama lain berpendapat apa yang ditulis dalam "ummul kitab" masih boleh ditukar menurut kehendak Allah selagimana ianya belum dizahirkan kepada para malaikat seperti penjelasan Syaikh Ahmad di atas.

    sumber : http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/09/nishfu-syabaan-syaikh-ahmad.html

    Di sinilah tempat berlaku khilaf antara dua golongan ulama kita ini. Perbahasan mengenainya adalah panjang, masing-masing punya dalil dan bukanlah ruang untuk orang miskin seperti kita ini mencampurinya. Apa yang penting ialah kedua-dua golongan ulama kita ini tidaklah memandang salah dan serong bagi umat menjalankan kebiasaan mereka membaca Yaasin dan doa Nishfu Sya`baan pada malam tersebut.

    halaqian

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #3 11 August, 2008, 12:17:45 PM
  • Publish Di FB
  • erm..... maaf yer klu menimbulkan keraguan dihati semua..... xde niat nak menambahkan sebarang kekeliruan berkaitan soal amal ibadah kita semua.... semoga kita dipihak yang benar.....

    beruang

    • *
    • Posts: 1354
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Jawab #4 08 March, 2009, 10:23:36 AM
  • Publish Di FB
  • tp xkan baca yasin pun salah??? baca yasin malam nisfu syaaban memang x da dlm sunnah tp salah ka nak baca yasin??

    purnamanila

    • *
    • Posts: 103
      • View Profile
    Jawab #5 08 March, 2009, 04:04:56 PM
  • Publish Di FB
  • tp xkan baca yasin pun salah??? baca yasin malam nisfu syaaban memang x da dlm sunnah tp salah ka nak baca yasin??

    ada yang kata salah ka????? hang cuba faham betoi2.....dia kata kalau spesifikkan malam nisfu syaaban 2 xboleh la...jd bid'ah....cuba faham betoi2...kalau hang nak bc yasin tiap2 malah pun xpa aih....xsalah pun....dapat pahala lg....

    Annalthafunnisa

    • *
    • Posts: 519
    • put ALLAH first,everything will come to you..
      • View Profile
    Jawab #6 11 April, 2009, 10:07:03 AM
  • Publish Di FB
  • malam Nisfu Sya'aban, malam diangkat buku amalan kita selama setahun dan diganti dengan buku baru. Malam yang paling sesuai untuk membersihkan hati dan jika perlu.... 'menukar hati' yang bukan lagi milik diri.

    Jangan dipersia-siakan malam yang penuh keberkatan ini.... Hidup ini hanya sementara. Segala yg ada di dunia ini hanya pinjaman semata. Masa yang ada juga dipinjamkan. Kematian akan datang tanpa amaran. Luangkan masa untuk pastikan kita membuka buku baru dengan penuh keberkatan...
    smile until you cant smile;

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #7 16 July, 2011, 12:20:36 PM
  • Publish Di FB
  • Soalan :

    Telah tersebar dalam internet mengenai hukum membuat ibadah yang tertentu pada malam nisfu sya'ban adalah bid'ah dengan menggunakan penjelasan dari Dr Yusof al Qardhawy dinukil oleh Dr Asri Zainal Abidin (mantan mufti perlis). Adakah hal ini benar ? Dan tiada penjelasan dari ulamak muktabar lain mengenai ibadah pada malam ini yang didakwa sebagai bid'ah sesat dan masuk neraka ?

    Jawapan  diberikan oleh - Prof Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir) :

     
    Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

    Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

    Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

    Quote

    عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

     
    Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."

    -Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

    Seterusnya,
    Quote


    عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

     
     Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”

    -Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

     
    Seterusnya,
    Quote


    عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

    Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”

    -Riwayat Ibnu Majah.

    Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
     
    Quote
    عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .

    Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”

    -Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

     

     

    Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
    Quote
    “Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

    -tamat


    Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :
    Quote
    “Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.


     

    Pertamanya :

    Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

    Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

    Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

    Keduanya :


    Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat

    Kesimpulannya :


    Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

    Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

    Sumber :

    Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    3057 Views
    Last post 23 November, 2011, 11:08:25 AM
    by 5zul
    2 Replies
    10105 Views
    Last post 23 June, 2013, 07:28:24 AM
    by msa
    4 Replies
    442 Views
    Last post 12 June, 2014, 10:15:22 PM
    by ansarul_haqq