Hukum Membasuh Pakaian Guna Mesin Basuh Automatik

*

Author Topic: Hukum Membasuh Pakaian Guna Mesin Basuh Automatik  (Read 16071 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

fitrah

  • *
  • Posts: 23
  • ya Allah, berilah aku kekuatan & ketabahan hati
    • View Profile
06 August, 2008, 03:15:35 AM
  • Publish
  • Mohon Penjelasan
    Hukum Membasuh Pakaian Dengan Mesin Basuh Automatik

     :) ana nk mntk pndgn, ataupon dlm erti kata lain berkongsi pndpt dan pengetahuan, kalau2 sahabat2 yg lain pernah terbaca, atau pernah mendengar dr ulama' atau buku2 tentang bab suci dalam penggunaan mesin basuh automatik. ana pernah terdengar, mggunakan mesin basuh automatik ni, bab suci nya masih diragukan. tp ana pnh juga dgr pndpt yg mngatakan, suci pembasuhannya.

    kalo boleh, ada dalil atau hadis soheh yg menyebut mengenai bab suci ni, blehlah dikongsi bersama. mudah2an Allah pelihara kita semua dr ragu2 dlm melakukan sesuatu pekerjaan.
    "BERI HATIMU HANYA UNTUK ALLAH, PASTI ALLAH TEMUKAN PADAMU PEMILIK TERBAIK. HAMPARKAN MASAMU SELUASNYA HANYA UNTUK ALLAH, PASTI ALLAH ATURKAN SELURUH HIDUPMU SEBAIKNYA (^_^)

    zaitihamdan

    • *
    • Posts: 559
    • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
      • View Profile
    Reply #1 06 August, 2008, 11:52:46 AM
  • Publish
  • wsalam.

    masa tamreen di Kundasang tahun lepas (disember 2007), ustaz Alias Othman pernah sentuh bab ni. dia cakap takde keraguan pun tentang kesucian nya. boleh aje pakai. yang orang dok tanya sebab ianya menakung air kan? tapi bagi pakaian yang bernajis tu eloklah buang najis manually dulu. pas sudah hilang bau, warna semua tu baru boleh cuci guna mesin.

    wallahu 'aalam
    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    Ghulam

    • *
    • Posts: 130
      • View Profile
    Reply #2 11 August, 2008, 12:13:03 PM
  • Publish
  • Dr Muzammil Siddiqi(islam online) mengatakan pakain yg dibasuh menggunakan mesin basuh, sama ada bernajis ataupun tidak, adalah suci. Ini krn mesin basuh mengalirkan air dgn fungsi wash, rinse dan spin. Bukannya menakungkan air. Maka persoalan perpindahan najis ke pakaian lain tidak timbul. Ia juga menggunakan detergen yg menurut Syafi'iyah adalah illat (sebab) kepada cucinya kotoran. Walaupun demikian, najis 'solid' hendaklah dibuang terlebih dahulu dari pakaian tersebut.

    muhammad161967

    • *
    • Posts: 31
    • Berbudi.Membalas budi.Mengenang budi
      • View Profile
    Reply #3 19 August, 2008, 04:38:14 PM
  • Publish
  • seeloknya yang najis dan yang bersih itu di asingkan terlebih dahulu sebelum dicuci untuk elakan rasa was-was yang menganggu hati kita
    SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNI PERBUATAN SYIRIK TERHADAP-NYA DAN DIA AKAN MENGAMPUNI YANG SELAIN ITU,KEPADA ORANG YANG DIA KEHANDAKI

    ifti

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Reply #4 19 August, 2008, 06:25:54 PM
  • Publish
  • salam..
    first time terbaca sal bab keraguan thdp mesin bsuh ni..hm..mcm yg sahabat kata,buang dlu takut2 ad najis yg terlekat kt pkaian..besenya pakaian kita adlh peluh2 je kan..xde la berat sgt..kalo yg bdk2 pun..pling kotor pun main2 tanah..kalo masih diragukan..boleh je bilas ngan air bersih slpas tu..terutamanya pkaian2 yg nk bwk semayang..setakat tu je la yg dipraktikkn di rumah kmi...wallahu a'lam
    ''Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi robbil 'alamiin..''

    zalwaualif

    • *
    • Posts: 35
    • JAUH TIDAK BERJARAK,DEKAT TIDAK BERSENTUH
      • View Profile
    Reply #5 18 January, 2009, 02:00:04 AM
  • Publish
  • tenggok mesin basuh tersebut,samada dah habis bayar atau masih hutang.

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2894
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #6 18 January, 2009, 02:04:13 AM
  • Publish
  • tenggok mesin basuh tersebut,samada dah habis bayar atau masih hutang.

    ngapa kalo tak abis bayar lagi..haram ker guna..?
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    zalwaualif

    • *
    • Posts: 35
    • JAUH TIDAK BERJARAK,DEKAT TIDAK BERSENTUH
      • View Profile
    Reply #7 04 March, 2009, 01:28:08 AM
  • Publish
  • tenggok mesin basuh tersebut,samada dah habis bayar atau masih hutang.

    ngapa kalo tak abis bayar lagi..haram ker guna..?
    tak tau le teman haram ke idak tapi tentu berbunge ye

    cssyahril

    • *
    • Posts: 63
      • View Profile
    Reply #8 04 March, 2009, 12:15:50 PM
  • Publish
  • tenggok mesin basuh tersebut,samada dah habis bayar atau masih hutang.

    ngapa kalo tak abis bayar lagi..haram ker guna..?
    tak tau le teman haram ke idak tapi tentu berbunge ye
    kalo yang macam ni, tertakluk kpd terma & syarat dalam perjanjian sewa, jual & beli, sama ada bersandarkan faedah ataupun margin keuntungan.

    anonymous

    • *
    • Posts: 123
      • View Profile
    Reply #9 24 March, 2009, 04:23:30 AM
  • Publish
  • ini perkara penting juga. kalau seluar/kain tu ada najis termasuk mazi atau bekas kencing umpamanya, kena bilas dulu. jadi, saya geli sikit bagi mereka yang campurkan seluar dalam dengan baju kain dalam mesin cuci. ada satu ustazah beritahu kelasnya dia bilas semua baju kain seluar keluarganya dahulu sebelum dia cuci tu menggunakan mesin automatik.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 24 March, 2009, 06:08:14 AM
  • Publish
  • Salah satu syarat sah solat adalah suci badan, pakain dan tempat daripada najis, jika pakaian yang kita gunakan itu suci daripada najis maka ianya telah memenuhi syarat tersebut. Tidak kiralah dengan cara bagaimana kita membasuhnya, apakah dengan tangan, dengan mesin basuh atau memerahnya di sungai dan sebagainya. Haruslah dengan air yang mengalir. Jika dengan mesin , 1 X dibilas dengan air sabun dan 2 X dibilas dengan air biasa, sudah memadai.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 24 March, 2009, 06:10:26 AM
  • Publish
  • Boleh mencuci pakaian solat dalam mesin pembasuh jika pakaian itu tidak terkena najis
    atau tidak bercampur dengan pakaian lain yang terkena najis yang menyebabkan ia bercampur
    baur dalam mesin tersebut. Proses pencucian dalam mesin basuh juga mengalirkan air dan
    bahkan melalui proses pembilasan sehingga pakaian solat itu menjadi bersih.

        Tidak kiralah dengan cara bagaimana kita membasuhnya, apakah dengan tangan, dengan mesin basuh atau memerahnya di sungai dan sebagainya. Haruslah dengan air yang mengalir. Jika dengan mesin , 1 X dibilas dengan air sabun dan 2 X dibilas dengan air biasa, sudah memadai.

    NoZaBiZz

    Reply #12 24 March, 2009, 06:24:55 AM
  • Publish
  • kata ustaz ana, selagi kita tadah air pastue air tue dibuang, tadah lagi buang. 10 kali pun x dinamakan air mengalir. wallahu'alam

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 24 March, 2009, 06:42:54 AM
  • Publish
  • ini perkara penting juga. kalau seluar/kain tu ada najis termasuk mazi atau bekas kencing umpamanya, kena bilas dulu. jadi, saya geli sikit bagi mereka yang campurkan seluar dalam dengan baju kain dalam mesin cuci.

    Memang sepatutnya semua pakaian yang terkena najis mesti di cuci dahulu , dibuang najisnya,
    dibilas, dah bersih baru masukkan ke dalam mesin basuh.
    Maknanya semua pakaian dalam mesin basuh adalah bersih dari najis dan maka bolehlah
    kita mencucinya sekadar untuk membersih menghilangkan bau badan sahaja. Bau badan
    bukan najis kan?

    Baju dalam dan seluar dalam memanglah tak bagus di masukkan dalam mesin cuci, cepat
    merosakkan materialnya.

    Bagi pakaian dalam, memang tidak digalakkan mencuci dalam mesin basuh terutama perempuan.
    Jika boleh, sebaik-baiknya, ajar anak-anak perempuan belajar mencuci sendiri pakaian dalam
    mereka sejak kecil, sebaiknya bermula akil baligh.

    Bukan sahaja mengajar mereka berdikari, tetapi mengajar mereka menjaga kebersihan diri
    terutama bahagian sulit. Dan beritahu juga bahawa menjaga pakaian dalam sama seperti
    menjaga maruah diri.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 29 November, 2009, 03:39:30 PM
  • Publish

  • BERSIHKAN PAKAIAN MENGGUNAKAN MESIN PEMBASUH ?

          Islam menggalakan kebersihan. Bersih meliputi semua perkara termasuk tubuh badan, pakaian, tempat, makan minum, dan hati. Bersih bukan saja daripada najis bahkan juga kotoran dan segala pemandangan yang tidak menyenangkan, apatah lagi yang menyakiti.

          Dalam sebuah hadith daripada lbnu Malik AI-Ash'ari radhiallahu'anhu Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:


          Maksudnya: "Kebersihan itu separuh daripada Iman"

          Tiap-tiap yang kotor (tidak bersih) itu tidak semestinya najis tetapi sebaliknya tiap-tiap yang najis itu adalah kotor (tidak bersih). Umpamanya pakaian yang terkena Iumpur tanah, kuah kari atau kopi adalah kotor (tidak bersih). lanya tidak najis tetapi pakaian kotor.

          Memandangkan teknologi masa kini, kebanyakan orang menggunakan mesin pencuci pakaian, akan timbul persoalan; Bersihkah pakaian menggunakan mesin pembasuh? Perkara ini timbul kerana terdapat berbagai-bagai jenis mesin pembasuh ketika ini, sehingga ada yang berperanan boleh mengeringkan dengan hanya menekan satu punat sahaja.

          Macamanakah kalau diantara pakaian yang hendak dicuci itu terkena kotoran atau najis? Apakah boleh bersih pakaian-pakaian ini di campur sekali cuci menggunakan mesin pembasuh? Jika tidak, apakah ada kaedah atau cara tertentu mengenainya?

          Dalam hal mencuci pakaian menggunakan mesin pembasuh ini, yang pertama sekali yang perlu di ambil perhatian ialah air yang akan digunakan. Air itu hendaklah air mutlak, iaitu air yang suci lagi menyucikan.

          Kemudian perhatikan pakaian yang dibasuh sebelum di masukkan ke dalam mesin pembasuh. Jika ada pakaian yang terkena najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan atau dibuang najisnya ('ainnya sehingga hilang rasa, warna dan baunya) dengan cara dibasuh bersungguh-sungguh. Jika hilang dua daripada tiga termasuk rasa, maka memadailah seperti hilang rasa dan bau saja atau rasa dan warna. Yang penting rasa mesti dihilangkan. Jika rasa masih ada, setelah hilang bau dan warna, maka tidaklah memadai.

          Untuk lebih jelas tentang membersihkan pakaian yang terkena najis ini, yang pertama sekali kenal pasti terlebih dahulu apa najis yang mengenai pakaian itu. Adakah ia Najis Mukhaffafah, Najis Mutawassitah atau Najis Mughallazah.

          (i) Najis Mukhaffafah:

          Najis Mukhaffafah ialah najis ringan, seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun dan belum makan makanan secara mengenyangkan melainkan susu (dada) sahaja. Jika kanak-kanak itu makan atau minum selain susu dada seperti susu tepung, maka air kencing kanak-kanak itu tidak lagi dianggap sebagai najis mukhaffafah bahkan ia adalah najis mutawassitah. Mana-mana pakaian yang terkena najis mukhaffafah memadai dengan merinjis air ke atas pakaian-pakaian yang terkena najis itu.

          (ii) Najis Mutawassitah :

          Najis Mutawassitah ialah najis pertengahan, seperti air kencing orang dewasa, tahi, muntah, darah dan lain-lain. Menghilang atau membuang najis ini hendaklah dengan menghilangkan 'ainya sehingga hilang rasa, bau dan warna dengan cara mengalirkan atau menjirus air ke atas pakaian yang kena najis itu. Adalah tidak memadai membasuh dengan air yang ditakung dalam bekas yang kurang dari dua kolah saperti air yang ditakung dalam besin atau baldi, dimana-mana pakaian itu dicelup di dalamnya sekalipun beberapa kali.

          iii) Najis Mughallazah

          Najis Mughallazah ialah najis yang berat seperti anjing, babi dan campuran atau kacukan keduanya. Jika darah, tahi, air liur, atau air kencing terkena pakaian, maka cara menyucikanya hendaklah dihilangkan 'ainnya (warna, bau dan rasa ) terlebih dahulu. Kemudian dibasuh tujuh kali dengan menjiruskan air, termasuk sekali dengan air yang bercampur dengan tanah.

          Setelah pakaian yang terkena najis itu dibersihkan dengan cara yang disebutkan itu, barulah pakaian itu dimasukkan ke dalam mesin pembasuh untuk penyucian seterusnya. Proses ini adalah lebih mudah berbanding jika pakaian yang bersih dan bernajis dimasukkan semuanya ke dalam mesin pembasuh. Ini menyebabkan semua pakaian akan terkena najis. Jika ini terjadi pakaian-pakaian itu hendaklah dibilas sambil mengalirkan air dari atas terus keluar tanpa air bertakung di dalamnya untuk beberapa ketika.

          Bagi pakaian yang kotor pula seperti terkena lumpur tanah, kuah kari, kopi dan seumpamanya, walaupun ia tidak najis namun ia hendaklah juga dibasuh terlebih dahulu sehingga hilang 'ainnya. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam mesin pembasuh. Proses ini dibuat semata-mata untuk mengelakkan pakaian-pakaian lain yang bersih terkena kotoran.

          Itulah keindahan Islam. Ajaran-ajarannya meliputi semua perkara termasuk ehwal kebersihan. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bersih dari segala kekotoran, bersih dari perbuatan yang tidak diingini dan dilarang, dari bertaubat dari membuat dosa.

          Kemudahan hasil teknologi baru tidak menghalang kita menjaga kebersihan. Cuma yang perlu diambil kira ialah cara pengunaannya yang betul. Oleh itu pergunakanlah ia dengan sebaiknya, pada membantu mempercepatkan proses kerja harian kita tanpa membelakangkan kaedah ke arah kebersihan yang sebenarnya.

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Reply #15 29 November, 2009, 04:09:08 PM
  • Publish
  • salam....alhamdulillah...banyak sumber boleh kite perolehi tuk menyelesaikan persoalan ini....
    ana x nak komen ape2....
    tapi bace lah sumber dari Jabatan Mufti Brunei tu....
    sama2 kita mencari ilmu untuk bekalan akhirat,....
    wallahua'lam

    minaina

    • *
    • Posts: 201
    • setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya
      • View Profile
    Reply #16 29 November, 2009, 04:11:04 PM
  • Publish
  • sy gune manual je..x gune otomatik pun..eehee
    bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup..
    selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..
    kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 29 November, 2009, 04:11:56 PM
  • Publish

  • tapi bace lah sumber dari Jabatan Mufti Brunei tu....
    sama2 kita mencari ilmu untuk bekalan akhirat,....
    wallahua'lam

    Memang Halaqah menjadikan Jabatan Mufti Brunei sebagai sumber rujukan selama ini. Ada dimuatkan dalam link pilihan. Semua jawapan yang diambil dari mana-mana laman perlu disertakan sumber asalnya seperti yang saya buat ini.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    71 Replies
    20767 Views
    Last post 02 January, 2013, 11:11:19 PM
    by Abusofea
    53 Replies
    9877 Views
    Last post 19 December, 2011, 02:37:21 PM
    by mofaz
    2 Replies
    1409 Views
    Last post 06 September, 2011, 12:27:15 PM
    by hafizul_84