KISAH WALI-WALI ALLAH

*

Author Topic: KISAH WALI-WALI ALLAH  (Read 35153 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ifah90

  • *
  • “ So Don'T bE SaD, AllaH AlWayS LovE YoU ”
    • View Profile
16 July, 2008, 11:05:14 AM
  • Publish
  • KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

    Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

    Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

    Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

    Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

    Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

    Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"

    Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

    Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

    Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

    Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

    Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

    Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"

    Wali Allah itu berkata, "Saya adalah Awais Al-Qarni."

    Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

    WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"

    Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

    Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

    Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

    Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.
    « Last Edit: 20 June, 2009, 12:24:39 PM by assiddiq »
    Ya Allah
    Ketika aku menyukai seorang tmn, tlng ingatkanlah aku bhwa di dunia ini tak akn prnah ada sesuatu yg abadi.
    Sehngga ketika se2orang meninggalknku, aku akn tetap kuat & tegar kerna aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir, yaitu cinta-Mu Ya Allah

    Reply #1 16 July, 2008, 04:44:27 PM
  • Publish
  • Awais Al-Qarni ni kita boleh dari kitab mana ye?

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 25 November, 2008, 01:03:28 PM
  • Publish
  • KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

    Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

    Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

    Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

    Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

    Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

    Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"

    Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

    Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

    Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

    Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

    Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

    Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"

    Wali Allah itu berkata, "Saya adalah Awais Al-Qarni."

    Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

    WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"

    Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

    Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

    Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

    Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

    Suka baca kisah wali Allah ini...
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    nana9284

    • *
    • carilah ilmu mengenal ALLAH SWT
      • View Profile
    Reply #3 26 May, 2009, 03:16:34 PM
  • Publish
  • sejuk hati bila baca kisah2 sebegini
    "INDAHNYA JALAN MENUJU KE SYURGA NAMUN BETAPA PAHITNYA PERJALANAN ITU"

    naaz93

    • *
    • ..::ISLAM ITU INDAH::..
      • View Profile
    Reply #4 01 June, 2009, 02:39:39 PM
  • Publish
  • Allah itu maha berkuasa..
    Dia tahu apa yg diketahui ataupun tidak..
    ..::Langkah Hari Ini Menentukan Destinasi Hari Esok::..

    Abi Naim

    • *
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Reply #5 09 June, 2009, 10:52:07 PM
  • Publish
  •  :)
    Semoga dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan pada yang belum mengetahuinya.

    Kalau tersilap, tolong betulkan.

    Ada seorang wali Allah yang bernama Imam Ahmad Badawi. Beliau dijadikan guru oleh orang ramai kerana ilmunya dan beliau juga seorang ahli ibadah yang sangat tekun.

    Imam Ahmad Badawi selalu menyelubung mukanya dengan kain tanpa diketahui sebabnya oleh orang banyak. Semua orang tidak berpeluang untuk melihat wajahnya. Beliau juga pernah ditemui di Makkah, kemudian berada di tempat tinggalnya dalam jarak masa yang sangat singkat walaupun kediamannya adalah jauh dari Makkah. Yang demikian adalah mustahil bagi logik akal.

    Terdapat seorang muridnya yang menaruh keinginan yang amat sekali untuk melihat wajahnya. Imam Badawi menegaskan "kamu tidak akan sanggup melihat wajahku". Kerana didesak oleh muridnya itu dan dia berjanji sanggup menanggung risikonya, lalu Imam Ahmad Badawi menyelak selubung mukanya di hadapan murid tersebut. Murid itu walaubagaimanapun meninggal dunia di saat itu juga. Dikhabarkan, murid tersebut tidak mampu menahan cahaya nur yang cemerlang terpancar dari wajah indah Imam Ahmad Badawi. Allahu'alam.

    acit

    • *
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Reply #6 09 June, 2009, 10:56:23 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah, sebenar bertudung ini seperti Imam Ahamd Badawi ini bukan sahaja berlaku
    pada masa itu malah pada majlis-majlis tertentu misalnya dilakukan atas sebab-sebab seperti
    itu jugalah dan juga sebab menutupi rahsia Allah Taala itu.
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    Abi Naim

    • *
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Reply #7 20 June, 2009, 12:15:47 PM
  • Publish
  • Wali Di Tuduh Mencuri

    Kisah ini di cerikakan oleh  Zin-Nun rahimahlah di mana pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barang yang di hajatinya.  Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang dihajatinya.  Kapal yang di naiki oleh Zin-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya.  Pemuda itu duduk di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal itu.

     Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal tersebut penuh sesak dengan orang ramai.  Pada peringkat permulaan pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut tidak bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang.  Suasana di dalam kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang yang sangat berharga.  Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa lagi.  Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.

    Keadaan di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut.  Tidak berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang demi seorang, semua beg,  barang-barang digelidah tetapi tidak  menjumpai barang yang di cari.  Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zin- Nun.  Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang di periksa, pada anggapan orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri barang tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan dengan kasar sekali di dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar yang di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia bukannya seorang pencuri,  Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.

    Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang di lakukan oleh pemeriksa tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut, yang menghairankan orang ramai yang memerhatikan tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu tidak tenggelam di dalam laut, mala ia duduk di atas permukaan air.  Pemuda itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras sekali "Ya Allah, mereka sekalian menuduhku pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela orang teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa permata-mata berharga di mulutnya".

    Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul dan kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya.  Semua orang yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada pemuda itu.  kapten kapal dan pegawainya sungguh terperanjat dan bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka telah lihat.

    Pemuda itu berkata "Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku boleh mengambilnya".  Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas air dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke- 4 surah Al Fatihah yang bermaksud 'Hanya kepada Mulah aku menyembah dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan'.

    P/s: Buat duit dengan handphone
    Layari: http://www.MoBiz2u.com/ziezie

    Abi Naim

    • *
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Reply #8 20 June, 2009, 12:17:13 PM
  • Publish
  • Penjual Kipas

    Kisah ini diceritakan oleh seorang Wali Allah di mana dia mempunyai seorang kawan yang sangat baik paras rupanya dan berbudi luhur.  Dia mempunyai seorang isteri dan hidup dalam keadaan sederhana tetapi sangat bahagia. Kerjanya setiap hari adalah membuat kipas dari bulu burung dan menjualnya di pasar.

    Saya sering menziarahinya disamping mengharapkan doanya.  Setiap kali saya menziarahinya saya dapati banyak bulu-bulu burung yang cantik dan jarang dijumpai berselerak di atas lantai.  Pada suatu hari saya bertanya kepada kawan saya, "Wahai saudaraku, dari mana engkau memperolehi bulu-bulu burung itu sedangkan saya tidak pernah melihat saudara keluar mencarinya".

    Kawan saya menjawab dengan tersenyum, katanya, "Allah s.w.t telah menugaskan malaikatNya untuk mengirimku bulu-bulu burung ini setiap hari Jumaat, sebagai rezeki untuk keluargaku" sambungnya lagi " Dari bulu-bulu burung inilah aku membuat kipas dan menjualnya di pasar kepada sesiapa yang memerlukannya.

    Setelah beberapa lama saya tidak berjumpa dengan dia terasa pula rindu untuk bertemu dengannya.  Pada suatu hari saya pergi ke pasar dengan tujuan untuk menziarahi kawan saya itu.  Setelah tiba di sana saya dapati kawan saya tidak ada di tempat ia selalu menjaja dagangannya.  Puas saya mencari di sana sini tetapi tidak berjumpa, lalu saya bertanya kepada orang-orang yang berjaja di situ, mereka berkata bahawa kawan saya itu telah lama tidak datang untuk menjual dagangannya.

    Saya begitu kecewa kerana tidak dapat bertemu dengannya.  Saya mengambil keputusan untuk pergi ke rumahnya.  Tiba di rumahnya saya dapati keadaan sunyi sepi dan saya memberanikan diri untuk mengetuk pintu dan memberi salam.  Tidak lama kemudian saya mendengar suara isterinya bertanya "Siapa di luar itu?" saya menjawab "Sahabat dari suami kamu, saya amat rindu untuk bertemu dengannya".  "Adakah ia berada dirumah?" tanya saya lagi.  Isterinya menjawa "Ia, dia ada di dalam, tetapi sedang sibuk  berzikir dengan Allah Azzawajalla".

    Isterinya membuka pintu dan mempersila masuk.  Saya merayu supaya mengizinkan saya bertemu dengannya kerana saya amat rindu sekali dengannya.  Isterinya pun segera masuk dan mendapatkan suaminya dan tidak lama kemudian ia kembali seraya berkata "Masuklah".  Saya masuk dan menuju tempat yang di tunjukkan oleh isterinya.  Saya melihat kawan saya berada di suatu tempat yang khusus di bina untuk beramal ibadat.  Apabila  melihatku segeranya  bangun dan memeluku dengan erat sekali, kelihatan sekali di wajahnya nur dan cahaya kebahagian.

    Kami pun berbual agak lama juga dan tidak lama kemudian saya di hidang dan di jamu dengan makanan yang sungguh lazat rasanya.  Belum pernah saya merasa minuman dan makanan yang sedemikian lazat kerana saya tidak pernah melihat makanan sedemikian di dunia ini.  Saya berfikir mungkin makanan ini didatangkan khusus dari syurga.

    Setelah lama berbual saya memberanikan diri untuk bertanya "Kenapakah kamu tidak lagi berjaja daganganmu di pasar, apakah ia tidak laku lagi?"  Kawan saya tersenyum dan berkata "Tidak, tidak bukan kerana itu" "Habis kenapa? Dengan tidak sabar lagi saya bertanya keran ingin mengetahui keadaan sebenarnya".  "Sebenarnya saya mengalami suatu peristiwa aneh" katanya.  "Peristiwa aneh, apakah yang dimaksudkan oleh saudara" saya terus mendesak.

    "Begini ceritanya" jawab kawan saya.  Dia pun mula bercerita. Pada suatu hari saya pergi ke pasar seperti biasa untuk menjual kipas daripada bulu-bulu burung, tetapi tidak satu pun yang laku.  Sedangkan pada hari itu saya benar-benar tidak mempunyai apa-apa pun untuk menyara hidup keluarga saya.  Saya mengambil keputusan untuk menjaja dangangan saya ke sebuah kampung tempat tinggal orang-orang kaya,  tiba-tiba saya terdengar suara orang memanggil, saya mencari-cari suara itu dan mendapati ianya datang dari sebuah bangunan yang tinggi dan saya terus mendongak dan mendapati seorang wanita memanggil untuk melihat kipas buatan saya. 

    Saya terus mengikuti perempuan itu dan dibawanya naik ke tingkat atas sekali bangunan itu.  Saya dapati hiasan  di dalamnya sungguh cantik, lantainya di alas dengan karpet yang tebal sekali,dan bau ruangan itu sungguh harum.  Ditengah-tengan ruangan itu terdapat sebuah katil yang di ukir indah dan bertatah dengan intan permata. Kelambunya berbunga emas dan perak.

    Tiba-tiba saya terkejut ditegur oleh seorang wanita yang sungguh cantik, seluruh tubuh badannya dihiasi dengan bermacam-macam perhiasan.  Wanita itu merenung saya dan seluruh badan saya menjadi gementar lalu saya memejamkan mata kerana tidak sanggup bertentang mata dengannya. "Selamat datang wahai tamuku" kata wanita itu "Mulai malam ini kamu akan di layan selama tiga hari tiga malam, aku akan memberi kepuasan kepada kamu dengan pelbagai kenikmatan yang kamu tidak akan bertemu sepanjang hayatmu" sambung wanita itu lagi.

    "Apa maksudmu?" tanya saya. "Aku akan memberi kepuasan syurga, yang anda tidak akan menyesal seumur hidup anda" jawab wanita itu.  Saya merasa takut sekali dan meminta supaya Allah menjauhkan aku daripada pekerjaan terkutuk ini.  Saya cuba mencari helah namun dia terus memaksa saya supaya menuruti kehendahnya.  Saya tidak dapat mengelak lagi dan akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan kehendaknya.

    Saya meminta izin dari wanita itu untuk naik kebumbung bangunan itu, dan berjanji akan kembali lagi selepas itu.  Wanita itu berkata " Biarlah saya menemani dan membantu anda, jika ingin membuang air" "Tidak" jawab saya dengan tegas.  "Saya cuma ingin melihat dan meninjau keadaaannya saja" sambung saya lagi. Wanita itu berkata "Anda tidak boleh pergi ke mana-mana kerana semua pintu telah di kunci ".  Saya terus memujuk dan berjanji akan kembali lagi.  Lama kelamaan wanita itu bersetuju dan membenarkan saya naik.

    Saya terus naik ke atas dan mendapati bangunan itu sungguh tinggi sekali dan saya terus berdoa "Ya Allah, Engkau amat mengetahui tentang urusanku, mati adalah lebih baik bagiku daripada melakukan maksiat yang terkutuk terhadapMu".  Saya berfikir sejenak, lalu saya mengambil keputusan dan terus terjun daripada bangunan yang tinggi itu.  Tiba-tiba datang satu lembaga telah menyambut dan saya jatuh di atas sayapnya.  Lembaga itu tidak lain tidak bukan adalah malaikat yang di utuskan Allah untuk menyelamatkan saya. Dalam sekelip mata saya telah berada di rumah saya.  Saya bersyukur kepada Allah s.w.t atas pertolonganNya dan menyelamatkan saya daripada pekerjaan yang terkutuk itu.


    P/s: Buat duit dengan handphone
    Layari: http://www.MoBiz2u.com/ziezie

    Abi Naim

    • *
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Reply #9 20 June, 2009, 12:19:38 PM
  • Publish
  • Keramat Seorang Wanita

    Syeikh Sariy Saqaty r.a adalah seorang alim dan ulamak yang abrar. Murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum yang datang dari merata pelusuk. Salah seorang daripada muridnya adalah seorang wanita yang solihah, jujur dan sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah.  Wanita ini mempunyai seorang anak yang bernama Muhammad. Anaknya telah diserahkan kepada seorang guru untuk mempelajari ilmu-ilmu agama dan mengaji Al-Quraan.

    Pada suatu hari guru agama ini pergi ke tepi sungai Dajlah bersama-sama anak wanita tadi untuk megambil angin sambil bersiar-siar.  Ketika guru itu duduk sambil berehat,  anak wanita tadi bermain-main di tebing sungai dan tidak di sedari bahawa anak itu telah terun ke dalam sungai itu. Setelah di sedari oleh guru itu dan belum sempat guru itu untuk menarik anak itu ke darat, tiba-tiba anak itu tenggelam ke dalam sungai. Dengan perasaan cemas guru itu mencari-cari anak itu tetapi tidak berjumpa. Setelah puas mencari guru itu tidak dapat berbuat apa-apa dan beliau berfikir mungkin anak itu telah mati dan di bawa arus.

    Guru tersebut merasa kesal di atas perbuatannya kerana mengajak anak tersebut bersiar di tepi sungai. Fikirannya buntu tidak dapat memikirkan bagaimana untuk memeberi tahu emaknya tentang kehilangan anak tersebut, dia takut dimarahi oleh wanita itu di atas kecuaiannya.  Dengan perasaan yang tidak menentu itu, tiba-tiba ia teringat tentang syeikh Sariy seorang ulamak tempat ibunya mengaji, mungkin syeikh tersebut boleh membantu menyelesaikan masalah ini.  Tanpa membuang masa guru itu terus kerumah Syeikh Sariy untuk memohon bantuannya menyelasaikan masalah kehilangan anak kepada wanita, muridnya.

    Setibanya di sana Guru itu menceritakan kepada Syeikh Sariy tentang kehilangan anak kepada wanita itu, dia memohon supaya mencari jalan bagaimana untuk memberi tahu ibunya tentang kehilangan anaknya.  Syeikh Sariy mengajak kawannya Al-Junid yang kebetulan berada disitu untuk pergi ke rumah wanita itu dan sama-sama membantu supaya wanita itu tidak mengamuk atau memaki hamun guru itu diatas kecuaian yang menyebabkan anaknya tenggelam di dalam sungai.

    Apabila tiba di rumahnya Syeikh Sariy dan Al-Junid mengajarnya tentang kesabaran yang perlu dihadapi kerana ia adalah dugaan Allah, jika sesuatu musibah yang menimpanya ia adalah takdir Allah semata-mata. Wanita itu kehairanan tentang tingkah laku Syeikh Sariy dan kawannya Al Junid. Wanita itu berkata kepada Syeikh Sariy "Apakah sebenarnya yang berlaku? sehingga tuan-tuan menceritakan tentang perkara yang telah saya ketahui".  Syeikh Sariy berterus terang dan menceritakan tentang kehilangan anaknya yang telah tenggelam ke dalam sungai semasa anaknya bermain-main bersama-sama gurunya di tebing sungai Dajlah.

    Mendengar keterangan tersebut wanita itu berkata dengan perasanan tenang "Insya Allah, Tuhan tidak akan membuat sedemikian kepada aku". Wanita itu mengajak mereka supaya menunjukkan tempat kehilangan anaknya.  Mereka menuju ke tebing sungai dan apabila sampai di sana guru itu menunjukkan tempat anaknya tenggelam.  Kata wanita itu "Apakah kamu pasti bahawa anakku hilang di sini" Jawab guru itu "Benar di sinilah dia tenggelam dan saya tidak sempat untuk mememegang tangannya ketika ia tenggelam". Lalu wanita itu menyeru nama anaknya "Hai anakku Muhamammad" beberapa kali, tidak lama kemudian anaknya menjawab "Ibu, Saya ada disini". wanita itu terus turun kedalam sungai lalu menghulurkan tangannya ke dalam air dan menarik keluar anaknya. Syeikh Sariy, Aljunid dan Gurunya hanya terpegun melihat keajaipan yang berlaku di hadapan matanya. Syeikh Sariy berkata "jika kita memberi tahu kepada orang, tentu mereka tidak percaya". Jawab Aljunid "Benar kata tuan, keajaipan tidak diperolehi oleh semua orang, kecuali mereka yang benar-benar takwa dan patuh kepada Allah , maka Allah akan mengurniakan kelebihan kepada mereka".

    Wanita tadi memelok anaknya dangan penuh kegembiraan. Mereka terus beredar dari situ untuk pulang kerumahnya dan tinggallah Syeikh Sariy, Aljunid dan Guru di situ. mereka berbincang- bincang tentang keramat yang diberikan Allah kepada wanita itu. Syeikh Sariy berkata "Wanita itu telah mendapat alamat bahawa anaknya masih hidup semasa ia berkata bahawa Allah tidak akan membuat sedemikian kepadanya" Mereka bertiga pun beredar dari situ dengan membawa kenangan yang tidak dapat di lupakan dan mereka bersyukur kepada Allah diatas kebesaran dan kekuasaanNya dan  segala yang berlaku diatas muka bumi ini adalah di atas ketentuanNya.

    P/s: Modal RM100, pulangan RM120 sebulan, InsyaAllah...
    http://www.kryptondreams.com/buatduit09

    Reply #10 20 June, 2009, 01:34:52 PM
  • Publish
  • citer psl wali allah 2,ana pnh bce dlu
    tym 2 xcye gak solt ats air,tp allah 2 maha kuasa.
    kun fayakun

    Reply #11 24 June, 2009, 12:42:59 PM
  • Publish
  • kisah wali ALLAh ini memang best ek....kagum dengan perjuangan mereka dan ketaatan mereka pada ALLAH golongan-golongan yang zuhud.

    Reply #12 24 June, 2009, 03:07:25 PM
  • Publish
  • Syeikh Muhammad Bahauddin An-Naqsabandi dan Keramatnya

    Syeikh Muhammad Bahauddin An-Naqsabandi adalah seorang wali qutub yang masyhur hidup pada tahun 717-791 H di desa Qoshrul ‘Arifan, Bukhara, Rusia. Beliau adalah pendiri Tariqah Naqsyabandiyah sebuah tariqah yang sangat terkenal dengan pengikut sampai jutaan jama’ah dan tersebar sampai ke Indonesia hingga saat ini.

    Syekh Muhammmad Baba as Samasiy adalah guru pertama kali dari Syekh Muhammad Bahauddin Ra. yang telah mengetahui sebelumnya tentang akan lahirnya seseorang yang akan menjadi orang besar, yang mulia dan agung baik disisi Allah Swt. maupun dihadapan sesama manusia di desa Qoshrul Arifan yang tidak lain adalah Syekh Bahauddin.

    Di dalam asuhan, didikan dan gemblengan dari Syekh Muhammad Baba inilah Syekh Muhammad Bahauddin mencapai keberhasilan di dalam mendekatkan diri kepada Allah Swt. sampai Syekh Muhammad Baba menganugerahinya sebuah “kopiah wasiat al Azizan” yang membuat cita-citanya untuk lebih dekat dan wusul kepada Allah Swt. semakin meningkat dan bertambah kuat. Hingga pada suatu saat, Syekh Muhammad Bahauddin Ra. melaksanakan sholat lail di Masjid. Dalam salah satu sujudnya hati beliau bergetar dengan getaran yang sangat menyejukkan sampai terasa hadir dihadapan Allah (tadhoru’). Saat itu beliau berdo’a, “Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menerima bala’ dan cobaanya mahabbbah (cinta kepada Allah)”.
    Setelah subuh, Syekh Muhammad Baba yang memang seorang waliyullah yang kasyaf (mengetahui yang ghoib dan yang akan terjadi) berkata kepada Syekh Bahauddin, “Sebaiknya kamu dalam berdo’a begini, “Ya Allah berilah aku apa saja yang Engkau ridloi”. Karena Allah tidak ridlo jika hamba-Nya terkena bala’ dan kalau memberi cobaan, maka juga memberi kekuatan dan memberikan kepahaman terhadap hikmahnya”. Sejak saat itu Syekh Bahauddin seringkali berdo’a sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Syekh Muhammad baba.

    Untuk lebih berhasil dalam pendekatan diri kepada Sang Kholiq, Syekh Bahauddin seringkali berkholwat menyepikan hatinya dari keramaian dan kesibukan dunia. Ketika beliau berkholwat dengan beberapa sahabatnya, waktu itu ada keinginan yang cukup kuat dalam diri Syekh Bahauddin untuk bercakap-cakap. Saat itulah secara tiba-tiba ada suara yang tertuju pada beliau, “He, sekarang kamu sudah waktunya untuk berpaling dari sesuatu selain Aku (Allah)”. Setelah mendengar suara tersebut, hati Syekh Bahauddin langsung bergetar dengan kencangnya, tubuhnya menggigil, perasaannya tidak menentu hingga beliau berjalan kesana kemari seperti orang bingung. Setelah merasa cukup tenang, Syekh Bahauddin menyiram tubuhnya lalu wudlu dan mengerjakan sholat sunah dua rokaat. Dalam sholat inilah beliau merasakan kekhusukan yang luar biasa, seolah-olah beliau berkomunikasi langsung dengan Allah Swt.

    Saat Syekh Bahauddin mengalami jadzab1 yang pertama kali beliau mendengar suara, “Mengapa kamu menjalankan thoriq yang seperti itu ? “Biar tercapai tujuanku’, jawab Syekh Muhammad Bahauddin. Terdengar lagi suara, “Jika demikian maka semua perintah-Ku harus dijalankan. Syekh Muhammad Bahauddin berkata “Ya Allah, aku akan melaksanakan semampuku dan ternyata sampai 15 hari lamanya beliau masih merasa keberatan. Terus terdengar lagi suara, “Ya sudah, sekarang apa yang ingin kamu tuju ? Syekh Bahauddin menjawab, “Aku ingin thoriqoh yang setiap orang bisa menjalankan dan bisa mudah wushul ilallah”.

    Hingga pada suatu malam saat berziarah di makam Syekh Muhammad Wasi’, beliau melihat lampunya kurang terang padahal minyaknya masih banyak dan sumbunya juga masih panjang. Tak lama kemudian ada isyarat untuk pindah berziarah ke makam Syekh Ahmad al Ahfar Buli, tetapi disini lampunya juga seperti tadi. Terus Syekh Bahauddin diajak oleh dua orang ke makam Syekh Muzdakhin, disini lampunya juga sama seperti tadi, sampai tak terasa hati Syekh Bahauddin berkata, “Isyarat apakah ini ?”

    Kemudian Syekh Bahauddin, duduk menghadap kiblat sambil bertawajuh dan tanpa sadar beliau melihat pagar tembok terkuak secara perlahan-lahan, mulailah terlihat sebuah kursi yang cukup tinggi sedang diduduki oleh seseorang yang sangat berwibawa dimana wajahnya terpancar nur yang berkilau. Disamping kanan dan kirinya terdapat beberapa jamaah termasuk guru beliau yang telah wafat, Syekh Muhammad Baba.

    Salah satu dari mereka berkata, “Orang mulia ini adalah Syekh Muhammad Abdul Kholiq al Ghojdawaniy dan yang lain adalah kholifahnya. Lalu ada yang menunjuk, ini Syekh Ahmad Shodiq, Syekh Auliya’ Kabir, ini Syekh Mahmud al Anjir dan ini Syekh Muhammad Baba yang ketika kamu hidup telah menjadi gurumu. Kemudian Syekh Muhammad Abdul Kholiq al Ghojdawaniy memberikan penjelasan mengenai hal-hal yang dialami Syekh Muhammad Bahauddin, “Sesunguhnya lampu yang kamu lihat tadi merupakan perlambang bahwa keadaanmu itu sebetulnya terlihat kuat untuk menerima thoriqoh ini, akan tetapi masih membutuhkan dan harus menambah kesungguhan sehingga betul-betul siap. Untuk itu kamu harus betul-betul menjalankan 3 perkara :

    1. Istiqomah mengukuhkan syariat.
    2. Beramar Ma’ruf Nahi mungkar.
    3. Menetapi azimah (kesungguhan) dengan arti menjalankan agama dengan mantap tanpa memilih yang ringan-ringan apalagi yang bid’ah dan berpedoman pada perilaku Rasulullah Saw. dan para sahabat Ra.

    Kemudian untuk membuktikan kebenaran pertemuan kasyaf ini, besok pagi berangkatlah kamu untuk sowan ke Syekh Maulana Syamsudin al An-Yakutiy, di sana nanti haturkanlah kejadian pertemuan ini. Kemudian besoknya lagi, berangkatlah lagi ke Sayyid Amir Kilal di desa Nasaf dan bawalah kopiah wasiat al Azizan dan letakkanlah dihadapan beliau dan kamu tidak perlu berkata apa-apa, nanti beliau sudah tahu sendiri”.

    Syekh Bahauddin setelah bertemu dengan Sayyid Amir Kilal segera meletakkan “kopiah wasiat al Azizan” pemberian dari gurunya. Saat melihat kopiah wasiat al Azizan, Sayyid Amir Kilal mengetahui bahwa orang yang ada didepannya adalah syekh Bahauddin yang telah diwasiatkan oleh Syekh Muhammad Baba sebelum wafat untuk meneruskan mendidiknya.

    Syekh Bahauddiin di didik pertama kali oleh Sayyid Amir Kilal dengan kholwat selama sepuluh hari, selanjutnya dzikir nafi itsbat dengan sirri. Setelah semua dijalankan dengan kesungguhan dan berhasil, kemudian beliau disuruh memantapkannnya lagi dengan tambahan pelajaran beberapa ilmu seperti, ilmu syariat, hadist-hadist dan akhlaqnya Rasulullah Saw. dan para sahabat. Setelah semua perintah dari Syekh Abdul Kholiq di dalam alam kasyaf itu benar–benar dijalankan dengan kesungguhan oleh Syekh Bahauddin mulai jelas itu adalah hal yang nyata dan semua sukses bahkan beliau mengalami kemajuan yang sangat pesat.

    Jadi toriqoh An Naqsyabandiy itu jalur ke atas dari Syekh Muhammad Abdul Kholiq al Ghojdawaniy ke atasnya lagi dari Syekh Yusuf al Hamadaniy seorang Wali Qutub masyhur sebelum Syekh Abdul Qodir al Jailaniy. Syekh Yusuf al Hamadaniy ini kalau berkata mati kepada seseorang maka mati seketika, berkata hidup ya langsung hidup kembali, lalu naiknya lagi melalui Syekh Abu Yazid al Busthomi naik sampai sahabat Abu Bakar Shiddiq Ra. Adapun dzikir sirri itu asalnya dari Syekh Muhammad Abdul Kholiq al ghojdawaniy yang mengaji tafsir di hadapan Syekh Sodruddin. Pada saat sampai ayat, “Berdo’alah kepada Tuhanmu dengan cara tadhorru’ dan menyamarkan diri”…

    Lalu beliau berkata bagaimana haqiqatnya dzikir khofiy /dzikir sirri dan kaifiyahnya itu ? jawab sang guru : o, itu ilmu laduni dan insya Allah kamu akan diajari dzikir khofiy. Akhirnya yang memberi pelajaran langsung adalah nabi Khidhir as.

    Pada suatu hari Syekh Muhammad Bahauddin Ra. bersama salah seorang sahabat karib yang bernama Muhammad Zahid pergi ke Padang pasir dengan membawa cangkul. Kemudian ada hal yang mengharuskannya untuk membuang cangkul tersebut. Lalu berbicara tentang ma’rifat sampai datang dalam pembicaraan tentang ubudiyah “Lha kalau sekarang pembicaraan kita sampai begini kan berarti sudah sampai derajat yang kalau mengatakan kepada teman, matilah, maka akan mati seketika”. Lalu tanpa sengaja Syekh Muhammad Bahauddin berkata kepada Muhammad Zahid, “matilah kamu!, Seketika itu Muhammad Zahid mati dari pagi sampai waktu dhuhur.

    Melihat hal tersebut Syekh Muhammad Bahauddin Ra. menjadi kebingungan, apalagi melihat mayat temannya yang telah berubah terkena panasnya matahari. Tiba-tiba ada ilham “He, Muhammad, berkatalah ahyi (hiduplah kamu). Kemudian Syekh Muhammad Bahauddin Ra. berkata ahyi sebanyak 3 kali, saat itulah terlihat mayat Muhammad Zahid mulai bergerak sedikit demi sedikit hingga kembali seperti semula. Ini adalah pengalaman pertama kali Syekh Muhammad Bahauddin Ra. dan yang menunjukkan bahwa beliau adalah seorang Wali yang sangat mustajab do’anya.

    Syekh Tajuddin salah satu santri Syekh Muhammad Bahauddin Ra berkata, “Ketika aku disuruh guruku, dari Qoshrul ‘Arifan menuju Bukhara yang jaraknya hanya satu pos aku jalankan dengan sangat cepat, karena aku berjalan sambil terbang di udara. Suatu ketika saat aku terbang ke Bukhara, dalam perjalanan terbang tersebut aku bertemu dengan guruku. Semenjak itu kekuatanku untuk terbang di cabut oleh Syekh Muhammad Bahauddin Ra, dan seketika itu aku tidak bisa terbang sampai saat ini”.

    Berkata Afif ad Dikaroniy, “Pada suatu hari aku berziarah ke Syekh Muhammad Bahauddin Ra. Lalu ada orang yang menjelek-jelekkan beliau. Aku peringatkan, kamu jangan berkata jelek terhadap Syekh Muhammad Bahauddin Ra. dan jangan kurang tata kramanya kepada kekasih Allah. Dia tidak mau tunduk dengan peringatanku, lalu seketika itu ada serangga datang dan menyengat dia terus menerus. Dia meratap kesakitan lalu bertaubat, kemudian sembuh dengan seketika. Demikian kisah keramatnya Syekh Muhammad Bahauddin Ra. Rodiyallah ‘anhu wa a’aada a‘lainaa min barokaatihi wa anwaarihi wa asroorihii wa ‘uluumihii wa akhlaaqihi allahuma amiin.

    sumber : http://tamanulama.blogspot.com
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    Reply #13 24 June, 2009, 03:08:54 PM
  • Publish
  • Junaid Al-Baghdadi

    Junaid Al-Baghdadi (maqamnya gambar di sebelah)adalah seorang ulama sufi dan wali Allah yang paling menonjol namanya di kalangan ahli-ahli sufi. Tahun kelahiran Imam Junaid tidak dapat dipastikan. Tidak banyak dapat ditemui tahun kelahiran beliau pada biografi lainnya. Beliau adalah orang yang terawal menyusun dan memperbahaskan tentang ilmu tasauf dengan ijtihadnya. Banyak kitab-kitab yang menerangkan tentang ilmu tasauf berdasarkan kepada ijtihad Imam Junaid Al-Baghdadi.
    Imam Junaid adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di kota Baghdad yang ramai pelanggannya. Sebagai seorang guru sufi, beliau tidaklah disibukkan dengan menguruskan perniagaannya sebagaimana sesetengah peniaga lain yang kaya raya di Baghdad.

    Waktu perniagaannya sering disingkatkan seketika kerana lebih mengutamakan pengajian anak-anak muridnya yang dahagakan ilmu pengetahuan. Apa yang mengkagumkan ialah Imam Junaid akan menutup kedainya setelah selesai mengajar murid-muridnya. Kemudian beliau balik ke rumah untuk beribadat seperti solat, membaca al-Quran dan berzikir.

    Setiap malam beliau berada di masjid besar Baghdad untuk menyampaikan kuliahnya. Ramai penduduk Baghdad datang masjid untuk mendengar kuliahnya sehingga penuh sesak.

    Imam Junaid hidup dalam keadaan zuhud. Beliau redha dan bersyukur kepada Allah SWT dengan segala nikmat yang dikurniakan kepadanya. Beliau tidak pernah berangan-angan untuk mencari kekayaan duniawi dari sumber pekerjaannya sebagai peniaga.

    Beliau akan membahagi-bahagikan sebahagian dari keuntungan perniagaannya kepada golongan fakir miskin, peminta dan orang-orang tua yang lemah.
    Bertasauf Ikut Sunnah Rasulullah saw

    Imam Junaid seorang yang berpegang kuat kepada al-Quran dan as-Sunnah. Beliau sentiasa merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam setiap pengajiannya.

    Beliau pernah berkata:

    “Setiap jalan tertutup, kecuali bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan Rasulullah saw. Sesiapa yang tidak menghafal al-Quran, tidak menulis hadis-hadis, tidak boleh dijadikan ikutan dalam bidang tasauf ini.”

    Memiliki Beberapa Kelebihan dan Karamah
    Imam Junaid mempunyai beberapa kelebihan dan karamah. Antaranya ialah berpengaruh kuat setiap kali menyampaikan kuliahnya. Kehadiran murid-muridnya di masjid, bukan saja terdiri daripada orang-orang biasa malah semua golongan meminatinya.

    Masjid-masjid sering dipenuhi oleh ahli-ahli falsafah, ahli kalam, ahli fekah, ahli politik dan sebagainya. Namun begitu, beliau tidak pernah angkuh dan bangga diri dengan kelebihan tersebut.

    Diuji Dengan Seorang Wanita Cantik

    Setiap insan yang ingin mencapai keredhaan Allah selalunya menerima ujian dan cabaran. Imam Junaid menerima ujian daripada beberapa orang musuhnya setelah pengaruhnya meluas. Mereka telah membuat fitnah untuk menjatuhkan imej Imam Junaid.

    Musuh-musuhnya telah bekerja keras menghasut khalifah di masa itu agar membenci Imam Junaid. Namun usaha mereka untuk menjatuhkan kemasyhuran Imam Junaid tidak berhasil.

    Musuh-musuhnya berusaha berbuat sesuatu yang boleh memalukan Imam Junaid. Pada suatu hari, mereka menyuruh seorang wanita cantik untuk memikat Imam Junaid. Wanita itu pun mendekati Imam Junaid yang sedang tekun beribadat. Ia mengajak Imam Junaid agar melakukan perbuatan terkutuk.

    Namun wanita cantik itu hanya dikecewakan oleh Imam Junaid yang sedikitpun tidak mengangkat kepalanya. Imam Junaid meminta pertolongan dari Allah agar terhindar daripada godaan wanita itu. Beliau tidak suka ibadahnya diganggu oleh sesiapa. Beliau melepaskan satu hembusan nafasnya ke wajah wanita itu sambil membaca kalimah Lailahailallah. Dengan takdir Tuhan, wanita cantik itu rebah ke bumi dan mati.

    Khalifah yang mendapat tahu kematian wanita itu telah memarahi Imam Junaid kerana menganggapnya sebagai suatu perbuatan jenayah.

    Lalu khalifah memanggil Imam Junaid untuk memberikan penjelasan di atas perbuatannya. “Mengapa engkau telah membunuh wanita ini?” tanya khalifah.

    “Saya bukan pembunuhnya. Bagaimana pula dengan keadaan tuan yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk melindungi kami, tetapi tuan berusaha untuk meruntuhkan amalan yang telah kami lakukan selama 40 tahun,” jawab Imam Junaid.

    Wafatnya

    Akhirnya kekasih Allah itu telah menyahut panggilan Ilahi pada 297 Hijrah. Imam Junaid telah wafat di sisi As-Syibli, seorang daripada muridnya.

    Ketika sahabat-sahabatnya hendak mengajar kalimat tauhid, tiba-tiba Imam Junaid membuka matanya dan berkata, “Demi Allah, aku tidak pernah melupakan kalimat itu sejak lidahku pandai berkata-kata.”

    sumber : http://tamanulama.blogspot.com

    assiddiq

    • *
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #14 03 January, 2010, 06:12:38 PM
  • Publish
  • Di antara cerita yang diriwayatkan mengenai para kekasih Allah atau wali Allah adalah cerita yang diberitakan oleh Zin-Nun rahimahullah, katanya:

    Sekali peristiwa, saya bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari suatu barang yang saya perlukannya dari sana. Saya pun menempah suatu tempat di sebuah kapal. Bila tiba waktu kapal itu akan berangkat, saya lihat penumpang² yang menaiki kapal itu terlalu banyak sekali bilangannya, yang kebanyakkannya datang dari tempat² yang jauh, sehingga kapal itu penuh sesak dengan penumpang.

    Saya terus mengamat-amati wajah² penumpang itu, dan saya terlihat di antaranya ada seorang pemuda yang sangat kacak rupanya, wajahnya bersinar cahaya, dan dia duduk ditempatnya dalam keadaan tenang sekali, tidak seperti penumpang² lain, terus mundar-mandir di atas kapal itu. Udara di atas kapal itu agak panas, meskipun angin laut bertiupan, barangkali panasnya datang dari sebab terlalu banyak penumpang yang berhimpit-himpit di antara satu dengan yang lain.

    Pada mulanya kapal itu berlayar dengan lancar sekali, kerana barangkali lautnya tenang tidak bergelombang, dan angin pun tidak bertiup kencang, kecuali sekali sekala saja, dan kalau ada pun hanya ombak² kecil biasa yang dihadapinya.

    Dalam keadaan yang begitu tenang di atas kapal itu, tiba² kami dikejutkan oleh suatu pemberitahuan umum yang mengatakan bahawa nakhoda kapal itu telah kehilangan suatu barang yang sangat berharga, dan hendaklah semua penumpang² kapal duduk ditempat masing², kerana suatu penggeledahan akan dijalankan tidak lama lagi untuk mencari barang yang hilang itu.

    Kini penumpang² kapal kecoh berbicara antara satu dengan yang lain mengenai barang yang hilang itu. Masing² cuba mengeluarkan pendapat bagaimana barang itu boleh hilang.

    Saya sendiri merasa hairan bagaimana barang nakhoda itu boleh hilang? Apakah dicuri orang? Ataupun barangkali keciciran kerana manusia di atas kapal itu terlalu banyak. Sebentar lagi nakhoda kapal itu mengumumkan:

    "Semua penumpang hendaklah berada di tempatnya. Sekarang kami akan memulakan penggeledahan!".

    Penggeledahan pun dimulakan oleh beberapa orang pegawai kapal itu. Penumpang² itu semuanya ribut, baik lelakinya mahupun wanitanya. Mereka digeledah satu satu dengan cukup rapinya. Begitu pula tempat tidur mereka dibentang dan diraba, kalau² barang itu disembunyikan dicelah²nya. Namun barang itu masih belum diketemuinya lagi.

    Akhirnya sampailah giliran tempat si pemuda tampan untuk digeledah. Pada mulanya pemuda itu duduk di tempatnya dengan tenang sekali. Tetapi oleh kerana dia adalah orang yang terakhir yang diperiksa, maka muka² orang ramai seolah-olah mengancam memerhatikannya. Mungkin ada orang yang mengatakan di dalam hatinya, barangkali pemuda inilah yang mencuri barang itu.

    Apabila pemuda itu dikasari oleh pegawai² kapal tersebut dalam pemeriksaannya, dia lalu melompat ke tepi lalu memprotes:

    "Saya bukan pencuri, kenapa saya dilakukan begitu kasar?"

    Lantaran pemuda itulah satu-satunya orang yang membantah, maka disangka oleh pegawai² kapal itu dialah pencuri barang itu. Mereka mahu menangkapnya, maka pemuda itupun meronta lalu menerjunkan diri ke muka laut. Orang ramai menyerbu ke pinggir kapal hendak melihat pemuda yang terjun ke dalam laut itu. Yang menghairankan bahawa pemuda itu tidak tenggelam, malah dia duduk di atas muka laut, sebagaimana dia duduk di atas kerusi dan tidak tenggelam. Pemuda itu lalu berkata dengan suara yang keras:

    "Ya Tuhanku! Mereka sekalian menuduhku sebagai pencuri! Demi Zat-Mu, wahai Tuhan Pembela orang yang teraniaya, perintahkanlah kiranya semua ikan-ikan di laut ini supaya timbul dan membawa di mulutnya permata-permata yang berharga!"

    Penumpang² terus merenungkan pandangan mereka ke laut sekitar kapal itu ingin melihat jika benar ikan-ikan itu akan timbul membawa di mulutnya permata-permata yang berharga? Saya juga ikut memerhatikan permukaan air itu.

    Memang benar, dengan kuasa Allah, permintaan pemuda itu dikabulkan Tuhan, timbul disekitar kapal itu beribu-ribu ikan dan kelihatan dimulutnya batu-batu putih dan merah berkilau-kilauan cahayanya, sehingga membuat mata-mata yang memandangnya silau kerananya. Semua orang di situ bersorak menepukkan tangan kepada pemuda itu.

    Saya terus tercengang, tidak dapat mengatakan apa-apa pun. Nakhoda kapal dan pegawai-pegawainya bingung, seolah-olah dia tidak percaya apa yang dilihatnya.

    "Apakah kamu masih menuduhku pencuri, padahal perbendaharaan Allah ada di tanganku, jika aku mahu boleh aku ambil?"

    Pemuda itu kemudiannya memerintahkan ikan-ikan itu supaya kembali ke tempatnya, maka tenggelamlah semula semua ikan-ikan tadi, dan orang-orang di atas kapal itu terus bersorak lagi.

    Pemuda itu lalu berdiri di atas air itu, kemudian berjalan di atasnya secepat kilat sementara lisannya terus mengucapkan: "Hanya kepadaMu lah aku menyembah, dan hanya kepadaMu pula aku meminta bantuan."(Surah Al-Fatihah:4)

    Dia terus menjauhi kami, sehingga hilang dari pandangan kami.

    Saya sama sekali tidak menduga, bahawa pemuda ini kemungkinan termasuk ke dalam golongan ahli Allah, yang pernah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya yang bermaksud:
    "Akan tetap ada dalam ummatku sebanyak tiga puluh orang lelaki, hati-hati mereka sepadan dengan hati Nabi Allah Ibrahim A.S. setiap mati seorang di antara mereka, akan diganti Allah seorang lain di tempatnya".

    Sumber Artikel Dari Syok.Org
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #15 03 January, 2010, 06:19:24 PM
  • Publish
  • LILLAHI TAA'LA.....
    BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...


    ASSALAMUALAIKUM...

    Panas gurun pasir seakan membakar ubun-ubun, ketika seorang pemuda bernama Fulan melangkah tanpa kenal penat lelah. Telah berpuluh kilometer jarak yang dia tempuhi, namun semangatnya tak jua meluntur,demi mengikuti jejak seorang Ahli Hikmah.Ada sesuatu yang begitu menganggu hati si Fulan,dan ia berharap Ahli Hikmah itu dapat memberikan jawapan pada semua pertanyaannya.

    “Wahai, Ahli Hikmah yang dimuliakan Allah! Telah begitu jauh jarak yang kutempuhi untuk
    mencarimu.Rupanya, di tempat inilah Allah berkenan mempertemukan kita,”
    kata si Fulan
    penuh kelegaan.Ahli Hikmah yang sedang berisitirahat di bawah pohon kurma tertegun.

    “Wahai, Pemuda! Siapakah engkau ini ? Ada keperluan apa kau mencariku ?” tanyanya heran.
    Si Fulan duduk bersila di hadapannya. “Aku adalah si Fulan. Telah berbilang masa aku mencarimu,demi mendapatkan jawapan atas pertanyaan-pertanyaanku. Aku ingin mendapatkan ilmu yang telah diberikan Allah padamu,” jawab si Fulan santun.
    “Semoga Allah menerima jerih payahmu itu sebagai pahala wahai, Fulan. Apakah gerangan yang ingin kau tanyakan ?” tanya Ahli Hikmah itu ramah.Si Fulan terdiam sejenak.

    “Ceritakanlah padaku tentang LANGIT, dan apakah yang lebih berat darinya.”
    Ahli Hikmah itu mengangguk. “Ketahuilah, Fulan. Bahwa KEBOHONGAN yang dilakukan oleh
    orang-orang suci adalah lebih berat daripada langit.”


    “Lalu ceritakanlah tentang BUMI, dan apa yang lebih luas darinya,” pinta si Fulan lagi
    bersemangat.“Sesungguhnya, KEBENARAN adalah lebih luas daripada bumi,” jawab si Ahli Hikmah pula.

    “Dan ceritakanlah tentang BATU, serta apa yang lebih keras darinya.” “HATI orang kafir jauh lebih keras daripada batu wahai, Fulan.”

    “Lalu, apakah yang lebih panas dari API wahai, Ahli Hikmah ?”“Sungguh KERAKUSAN lebih panas daripada api.”

    “Ceritakanlah pula tentang ZAMZAHIR, dan apa yang lebih dingin darinya.” “Wahai, Fulan. Ketika kau sangat butuh pada orang yang kau cintai, tapi kau DIACUHKAN, maka itu jauh lebih dingin daripada zamzahir.”

    “Alangkah engkau sangat bijak wahai, Ahli Hikmah. Tapi ceritakanlah padaku tentang LAUT, dan apa yang lebih kaya darinya.”
    “Ketahuilah, hati yang selalu QONA’AH jauh lebih kaya daripada laut dan segala isinya.”

    “Orang yang suka menghasut, lalu perkara itu terbongkar di depan orang ramai, maka ia
    dipandang jauh lebih hina".

    Si Fulan pun terdiam sejenak sambil menarik napas panjang.
    “Sungguh Allah telah menganugerahkan kemuliaan dan ilmu yang tinggi padamu wahai, Ahli Hikmah. Kini hatiku terasa tenang karena telah mendapatkan apa yang kucari selama ini,” kata si Fulan kemudian. “Jika demikian, engkau boleh kembali ke kampung halamanmu,” kata si Ahli Hikmah sambil tersenyum.
    “Tidak, aku tak kan pergi ! Sungguh setelah mendengar semua jawabanmu, aku tidak akan
    meninggalkanmu lagi. Sampai semua ilmu yang kau miliki kau bagikan padaku,”
    jawab si Fulan
    mantap. Si Ahli Hikmah tertegun melihat kekukuhan hati pemuda itu. Ia pun tak kuasa menolak.Maka sejak itu jadilah si Fulan sebagai pengikut setianya hingga masa yang tak ditentukan.

    (*) Catatan: Zamzahir = Air yang sangat dingin


    Segala sifat dan perkara yang baik dari diri ini datangnya dari ALLAH SUBHANAHUWATAA'LA...

    Dan,segala yang buruk datangnya dari diri ini.

    Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....

    5zul

    • *
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #16 13 December, 2011, 09:16:50 AM
  • Publish
  • pada diri kita sendiri bagaimana boleh berkawan dengan NAFSU  ini -

    mengapa tidak kepada kebaikkan dalam diri -
    selalu bersangka dalam diri -

    beriman tidak perlukan harta pun...

    cerita itu sebenar nya menunjukkan kepada diri kita... supaya mendekati diri dengan ALLAH -

    dan bukan nya suka baca kisah wali wali ini.. .
    apa amal yang dapat dalam baca...
    jika baca dan beramal Insyallah ALLAH adakan kebaikkan...

    jika tidak seperti membaca nover jer lah.. .ombak NAFSU -

    semuga ALLAH merahmati diri kalian semua..

    subahanallah...

    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #17 04 April, 2012, 08:10:01 AM
  • Publish
  • mujur lah Muhammad ibni abdullah, Sallallahu alaihi wasallam di berikannya Mukjizat

    atas kemujuran itu baginda tidak di kenal sebagai Tok keramat

    jika baginda di kenal sebagai wali keramat, sunnahnya tentulah payah benor nak ikut

    sementara kini, sunnahnya yang biasa biasa itupun kita tak terikut - sementara yang mampu taati, beruntunglah dirinya

    subhanallah

    Jangan terlalu KAGET memuja selain Allah dan Rasul Nya

    inshallah, sengajalah di Duga
    di GODA

    Ujian nya

    apa yang kamu cari?

    mahu ilmu?
    ataukah mahu Hikmat?

    subhanallah


    Reply #18 04 April, 2012, 10:40:38 AM
  • Publish
  • Wali Ayubi Al Pokok Manggis.
    Rumah atas pokok manggis.  Tiap tiap hari menangis.   Sebelah malam berjaga.  Siang hari lena panjang.
    Kehidupan serba dhaif.   Digelar gila.   Makan pucuk kayu dan sayuran semulajadi sekitar halaman kampung milik peninggalan keluarga.
    Bahasa yang sering  digunakan :-  Ada pada yang ada. Tiada pada yang ada. 
    Tariqat MAKAN tak kenyang kenyang.

    Wali Faklam As Sobri Iman.
    Berasal dari KAmpung Telaga, Mukim TIti Gantung, Semeling Kedah.  Tinggal tak menentu, ikut suka.
    Sering berada di Masjid Kota Raja waktu senja atau tengah malam, jam 1-am ke atas. Dinihari jarang diketemu.
    Kehidupan pengemis jalanan.
    Tariqat Salikul Quyup.
    Mandi tak basah basah.
    Makan seminggu sekali. Zikir yang selalu kedengaran di mulut, Robbbbbbbbbbbbbbb.  Huuuuuuuuuuuuuuuuu & haqqqqqqqqqq. pastu zzzzzzzzzzzzzzzzzz (tidur)
    Sesiapa menghampirinya akan mendapat ilmu.  Tiada bahasa khusus.  Percakapan lisan hanya 2 perkataan. Tak Tau.


    robhunhayati

    • *
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #19 04 April, 2012, 01:19:38 PM
  • Publish
  •  :)

    syukran kepada semua yg berkongsi kisah para wali Allah... :syukur: banyak pengajaran dan bertambah koleksi kisah2 yang boleh diceritakan kepada anak-anak tersayang nanti...

    divider3
    halaqahforum4