Cara Nak Dapat Kemanisan Iman

*

Author Topic: Cara Nak Dapat Kemanisan Iman  (Read 5676 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ain

  • *
  • Posts: 432
  • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
    • View Profile
28 May, 2007, 06:34:21 PM
  • Publish

  • Dari Anas r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.


    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 60

    Bertapa besarnya nikmat ALLAH....

    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    halawah

    • *
    • Posts: 2592
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #1 09 December, 2008, 01:10:23 PM
  • Publish

  • Cinta kepada Rasulullah s.a.w merupakan bukti cinta kita kepada Allah.

     Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran, ayat  31:

    " Katakanlah: Jika kamu cintakan kepada Allah, maka ikutlah (ajaran) aku nescaya Allah akan menyintai kamu dan mengampunkan dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun laga Maha Penyayang."
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    asrar_syamim

    • *
    • Posts: 222
    • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
      • View Profile
    Reply #2 09 December, 2008, 01:15:03 PM
  • Publish
  • Sentiasa muhasabah diri supaya dapat menyedari perbuatan derhaka yang kita telah lakukan..
    Kemudian apabila kita beristighfar dengan sungguh-sungguh, InsyaAllah terhapus dosa..

    halawah

    • *
    • Posts: 2592
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 09 December, 2008, 01:44:44 PM
  • Publish
  • Muhasabah diri;

    Allah s.w.t dalam surah Az-Zumar, ayat 56:
     
    Ertinya:" Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah )."Sodaqal'Aziim.

    Astaghfirullahal'Aziim.100X

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #4 27 January, 2013, 07:27:29 AM
  • Publish
  • hendak mendapatkan kemanisan Iman, hendaklah mengamalakan kewajipan yang di letakkan ke atas diri masing masing, yang mengaku muslim

    nabi pesan, amalkan dulu Islam mu, semoga iman masuk ke hatimu

    buatlah bersungguh sungguh

    maksud sungguh sungguh itu, ialah:
    buangkan negatif - pemikiran, persepsi, amalan negatif, buang dari dalam diri
    ambil tahu segala yang hendak di amalkan, agar amalinya dengan ilmu pengetahuan
    berserah dirimu bulat bulat kepada Allah
    Insafilah kamu tak punya kuasa
    sekadar apa yang Allah izinkan, subhanallah, ikhlaslah

    apabila kita bersungguh sungguh, tentulah Allah membalas kasih mu kepadaNya
    tentu saja dapat merasai kemanisan Iman
    sebab itulah, walaupun Allah sudah ampunkan segala kesalahan Muhammad SAW
    baginda masih hendak bermesra dengan Rabbnya
    mesra itulah sebenarnya mendapat manisnya

    subhanallah

    silakan ya

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #5 27 January, 2013, 09:05:36 AM
  • Publish
  • 3 syarat yang di sebut dalam Hadith Nabi Muhammad S.A.W untuk mendapatkan kemanisan iman ialah:



    Maksud Hadith :

    “Barang siapa yang ada padanya 3 SYARAT ini,ia dapat merasai kemanisan IMAN :

    1- Jika ia mencintai ALLAH dan Rasul-Nya mengatasi kasihnya kepada yang lain.

    2- Jika ia mencintai seseorang,tidaklah ia cintai melainkan kerana ALLAH.

    3- Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka”

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 27 January, 2013, 09:20:42 AM
  • Publish
  • SETIAP manusia pasti tidak terlepas daripada segala macam ujian dan dugaan hidup. Selagi bergelar insan yang berada di atas muka bumi ini, cabaran itu sebenarnya adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan seseorang hamba.

    Pelbagai musibah seperti banjir dan tanah runtuh yang dihadapi kita hari ini adalah ujian Allah SWT untuk kita bertanyakan kepada diri sendiri apakah kita daripada kalangan manusia yang sabar atau sebaliknya.

    Manusia adalah makhluk paling sempurna ciptaan Allah SWT. Melalui kombinasi roh, jasad, akal dan fikiran menjadikan manusia khalifah yang mentadbir alam ini mengikut peraturan Penciptanya. Kesempurnaan ciptaan menyebabkan manusia lebih hebat berbanding makhluk-Nya yang lain.

    Ini diakui melalui firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan." (Surah al-Isra', ayat 70)

    Keupayaan manusia sebagai khalifah memerlukan kepada beberapa kekuatan dan tumpuan kali ini akan memfokuskan kepada kekuatan emosi dan jiwa sebagai salah satu faktor penting kejayaan manusia meneruskan tanggungjawabnya untuk memakmurkan alam ini.

    Sesungguhnya kekuatan dalaman juga penting sebagai benteng pertahanan kukuh dalam menghadapi apa juga rintangan hidup. Allah SWT memberi jaminan beruntungnya manusia yang menjaga dan menyucikan hati serta kerugian mereka yang mengotorinya.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (Surah al-Syams, ayat 9-10)

    Kemewahan juga adalah ujian begitu juga kesusahan dan kesedihan. Justeru, Islam mengatur kehidupan manusia bagaimanakah kaedah yang sepatutnya diamalkan dalam menghadapi ujian hidup.

    Zikrullah atau berzikir mengingati Allah SWT salah satu alternatif ke arah pembersihan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan sifat mazmumah. Zikrullah yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah SWT, menyebut kalimah Allah SWT, mengucap tasbih, tahmid dan takbir serta melakukan pujian kepada-Nya.

    Termasuk dalam istilah zikrullah ialah mengerjakan solat, menghadiri majlis ilmu dan membaca al-Quran. Ini bererti seseorang hamba Allah SWT perlu dan mesti melakukan perkara itu bagi memenuhi ciri zikrullah sebenar.

    Zikrullah adalah penawar hati paling mujarab dalam memberi ketenangan jiwa bagi mengubat keresahan diri. Ini terbukti melalui firman Allah SWT yang bermaksud: "Orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 28 ). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Zikrullah itu adalah penawar bagi hati."

    Sesungguhnya zikir itu boleh dilakukan melalui beberapa keadaan sama ada zikir secara bersendirian mahupun berjemaah atau berkumpulan, melalui lisan mahupun dengan hati. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar ada menyatakan mengenai mengingati Allah SWT dengan lisan atau hati bahawa ia adalah zikir yang paling afdal.

    Zikir dengan lisan adalah dengan menyebut nama Allah SWT berulang kali, menyebut sifat-Nya atau melafazkan puji-pujian kepada-Nya. Zikir dengan hati pula ialah menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah SWT dalam diri dan jiwanya sehingga hati itu menjadi sentiasa sibuk dengan mengingati Allah SWT.

    Seseorang yang lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah SWT akan mendapat beberapa manfaat antaranya;

    ..# Membersihkan hati daripada sifat mazmumah.

    ..# Melembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada Allah SWT.

    ..# Berasa betapa dekatnya diri dengan Allah SWT sehingga apabila berhadapan dengan pelbagai musibah, pergantungannya hanya kepada Allah SWT.

    ..# Meningkatkan mutu amalan kepada Allah SWT.

    ..# Memelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati Allah SWT.

    ..# Menjadi penawar kepada hati yang sering gundah gulana, keluh kesah dan tidak tenteram.

    Menghadiri majlis ilmu sama ada berbentuk kuliah, ceramah, seminar atau bengkel turut termasuk dalam kategori zikrullah malah disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu daripada taman syurga.

    Baginda SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar yang bermaksud: "Apabila kamu melalui taman syurga, maka hendaklah kamu singgah dan ambil perhatian. Sahabat bertanya, apakah dia taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab ia adalah halaqah (majlis) zikir. Sesungguhnya Allah menghantar utusannya yang terdiri daripada malaikat mencari majlis zikir dan apabila malaikat melihat dan berjumpa dengannya, mereka saling menyebut perkara itu sesama mereka."

    Rasulullah SAW ada menyebut bahawa malaikat akan turut serta duduk di dalam majlis zikir yang diadakan sehingga mereka merendahkan sayap menaungi mereka yang menghadirinya.

    Allah pula akan menurunkan rahmat dan ketenangan kepada ahli majlis zikir dan apabila mereka selesai, hati mereka dipenuhi cahaya lantaran menerima percikan pancaran nur Ilahi.

    Solat adalah zikrullah seperti dijelaskan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: "Dirikanlah solat untuk mengingatiKu." (Surah Toha, ayat 14)

    Solat adalah zikir paling afdal mesti menghiasi individu yang mengaku kasih dan cintakan Allah SWT. Sesungguhnya seseorang yang istiqamah dalam mengerjakan solat, dialah yang hampir dengan Allah SWT. Sesiapa yang lalai daripada mengingati Allah SWT melalui solat, sesungguhnya hati dan jiwanya kosong.

    Membaca al-Quran juga zikir yang paling mulia kerana ia adalah kalam Allah SWT atau kata-kata Allah SWT. Maka apabila seseorang membaca al-Quran, dia sebenarnya menuturkan kata-kata Allah SWT dan itu adalah gambaran betapa hampir dirinya dengan Allah SWT.

    Seseorang individu Muslim hendaklah membaca al-Quran setiap hari supaya hatinya tidak kosong tanpa roh. Apabila membacanya, maka dalam masa sama, pembacanya akan mengingati Allah SWT.

    Apabila seseorang berhadapan dengan kesulitan, zikrullah alternatif dalam menyelesaikan segala masalah. Inilah sebenarnya kekuatan dalaman atau faktor utama keteguhan emosi dalam mengharungi segala macam pancaroba hidup.

    Semoga hati akan menjadi tenang dan segala urusan kehidupan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tindakan menyalahkan takdir atau meletakkan kesalahan kepada orang lain perlulah dielakkan kerana ini bukan sifat orang yang beriman dan tawaduk.



    Seterusnya boleh baca di sini,  http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2010/01/manisnya-iman-dengan-dugaan-hidup.html
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2086
      • View Profile
    Reply #7 27 January, 2013, 01:21:51 PM
  • Publish
  • PUISI INDAH
    Puisi indah pernah menggoreskan tinta emas mengenai komitmen waktu:

    Ambillah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan..
    Ambillah waktu untuk bermain,itu rahsia dari masa muda yang abadi..
    Ambillah waktu untuk membaca,itu adalah sumber kebijaksanaan..
    Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah kekuatan terbesar di bumi..
    Ambillah waktu mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberi tuhan..
    Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagiaan..
    Ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa..
    Ambillah waktu untuk memberi,itu adalah hari yang sangat singkat untuk kepentingan diri sendiri..
    Ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai yang mendatangkan hasil..
    Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah kunci menuju syurga..
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #8 27 January, 2013, 01:26:09 PM
  • Publish
  • Kemanisan iman...
    Halawatul iman...
    Manisnya iman...
    Bilakah akan merasa kemanisan iman ni?
    Jika Zikir dan Solat hanya pergerakan jasad,tidak dirasai oleh roh,
    Jauh sekali untuk merasai halawatul iman.
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 27 January, 2013, 05:17:07 PM
  • Publish
  • Kemanisan iman ni tak akan diperolehi jika kamu tidak ada masalah, tidak didatangkan ujian. Ujian tu pula kamu kena hadapi dengan sabar, dengan tabah dengan kuat.

    Jangan kamu sangka nak merasa manis iman tu macam  minum air teh. Nak dapat merasa manisnya iman seperti mana kita nak ambik madu original di sarang lebah. Bukan beli madu di pasaraya.

    Manis iman tak boleh dibeli. Dia kena usaha melalui beberapa siri ujian. Jika ujian tu kamu dapat lalui dengan tabah, kuat , sabar dan redha barulah rasa manisnya iman.

    Firman Allah, yang bermaksud:


    "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah : 286)


    Lagi berat ujian tu, dan mampu diterima dengan sabar dan redha, lagi manis iman yang dirasai. Manisnya ukhuwwah kerana iman kepada  Allah, manisnya mujahadah kerana mencari redha Allah.




    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #10 27 January, 2013, 07:11:11 PM
  • Publish
  • 3 syarat yang di sebut dalam Hadith Nabi Muhammad S.A.W untuk mendapatkan kemanisan iman ialah:



    Maksud Hadith :

    “Barang siapa yang ada padanya 3 SYARAT ini,ia dapat merasai kemanisan IMAN :

    1- Jika ia mencintai ALLAH dan Rasul-Nya mengatasi kasihnya kepada yang lain.

    2- Jika ia mencintai seseorang,tidaklah ia cintai melainkan kerana ALLAH.

    3- Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka”


    :senyum:...walaupun nampak hanya 3 perkara...tapi sebenarnya ia telah merangkumi semua aspek...2 perkara berkaitan CINTA...dan 1 lagi berkaitan BENCI...
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    halawah

    • *
    • Posts: 2592
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #11 14 September, 2014, 10:14:07 AM
  • Publish
  • 3 syarat yang di sebut dalam Hadith Nabi Muhammad S.A.W untuk mendapatkan kemanisan iman ialah:



    Maksud Hadith :
    :)
    :jaz: Terima kasih dengan hidangan dan pegangan ini;-
    :ins::msya::aamiin:
    “Barang siapa yang ada padanya 3 SYARAT ini,ia dapat merasai kemanisan IMAN :

    1- Jika ia mencintai ALLAH dan Rasul-Nya mengatasi kasihnya kepada yang lain.

    2- Jika ia mencintai seseorang,tidaklah ia cintai melainkan kerana ALLAH.

    3- Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka”

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    18 Replies
    3557 Views
    Last post 06 March, 2011, 09:57:29 PM
    by barakallah
    26 Replies
    7769 Views
    Last post 14 October, 2009, 11:51:23 AM
    by aman_arab
    7 Replies
    8005 Views
    Last post 21 March, 2012, 12:21:11 PM
    by Fakir Billah