Berkongsi makanan/minuman antara lelaki dan perempuan bukan Mahram

*

Author Topic: Berkongsi makanan/minuman antara lelaki dan perempuan bukan Mahram  (Read 22635 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

m_husna

  • *
  • Posts: 68
    • View Profile
09 July, 2008, 08:08:20 PM
  • Publish
  •  :)

    Bolehkah kita berkongsi makanan dgn kaum bukan sejenis ngan kita dan bukan muhrim? contohnya, seorg pmpuan berkongsi minuman dengan lelaki bukan muhrimnya.. adakah perkara ni hanya nampak tidak sopan dalam adat atau salah di sisi agama ?

    barrakallhufikum.   :)

    zahrasukhtiyy

    • *
    • Posts: 56
      • View Profile
    Reply #1 22 March, 2009, 02:33:15 AM
  • Publish

  •  :)

    bolehkah kita berkongsi makanan dgn kaum bukan sejenis ngan kita dan bukan muhrim? contohnya, seorg pmpuan berkongsi minuman dengan lelaki bukan muhrimnya.. adakah perkara ni hanya nampak tidak sopan dalam adat atau salah di sisi agama ?

    barrakallhufikum.   :)


    ana selalu nampak pasangan couple ske sangat segelas air share dua orang...paling teruk gune 1 straw je...
    ana pon ter pk gak buleh ke...hisy geli tol

    anonymous

    • *
    • Posts: 123
      • View Profile
    Reply #2 22 March, 2009, 04:39:14 AM
  • Publish
  • ni kalau dah sedap share makanan/minuman sebelum bernikah takut nak share 'yang lain' pulak ... terlanjur ...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 22 March, 2009, 05:14:46 AM
  • Publish

  • 1) keluar makan dan minum berdua-duaan lelaki perempuan bukan mahram itu sudah haram.

    2) bermesra  lelaki dan perempuan yang bukan mahram lagi lah haram.

    3) Sudi berkongsi minum  dan makanan sudah menggambarkan keintiman suatu
        hubungan yang terlarang. jadi fikirlah apa hukum nya? Haram juga.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #4 22 March, 2009, 12:18:27 PM
  • Publish
  • salam..kalau dh xda sumber lain yg boleh didapati lg, bagaimana plk ye?? maksudnya, kalau kita pergi mendaki gunung atau melibatkan aktiviti sukan lasak yang lain, dan kawan2 perempuan kita semua dah habis air...hanya tinggal yang lelaki aje...untuk mengelakkan sebarang masalah lain yang berlaku macam pengsan dan sebagainya, kita minum air dari kawan laki kita....tapi minum air xsentuh lar bahagian mulut botol tuh...bagaimana pula yer??
    Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

    Pedang Keadilan

    • *
    • Posts: 25
    • BERANI BERJUANG
      • View Profile
    Reply #5 22 March, 2009, 01:08:31 PM
  • Publish
  • salam
    ana bukan la seorang ustaz atau pun sape2...cume kat sini ana suke bgtau dgn cara pendekatan kita pada agama...jgn la cepat mengatakan sesuatu benda tu haram..jika sesuatu keadaan tu menyebabkan kite terpaksa lakukan ana rase tak salah sebabnye bile kite dlm darurat insyaallah allah akan mengetahuinye..yang penting kite tidak melanggar batas2 agama yang menyebabkan benda tu boleh jd berdosa..jika niat kita td hanye utk minum air utk mendapatkan tenaga semula takpe..tapi mesti la kaum2 hawa yg lain takde air dah..insyaalah supaya allah sentiasa memberi hidayah pada kite semua
    Mengharungi Samudera Kehidupan..Kita Ibarat Para Pengembara...Fikirkan Lah

    masri

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #6 22 March, 2009, 02:15:45 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt.

    Tiada nas sebenarnya dalam hal ini, yang ada ialah tentang batas-batas lelaki dan wanita.

    Isunya bukan isu kongsi makanan, isunya ialah cara kita kongsi, kenapa kita kongsi.

    Saya pasti saudara-saudari di Halaqah dapat bezakan antara sepasang kekasih yang saling berkongsi makanan di restoran dengan seorang sahabat, yang melihat rakannya tiada wang, lalu memberikan sedikit makanan yang ada kepada rakannya.

    Begitu juga pasti berbeza dengan mereka yang kongsi makanan dalam hutan.

    Yang menjadi masalah ialah bagi pasangan kekasih, lihatlah cara mereka berkongsi makanan, pasti sebabnya untuk menambah kemesraan, dan caranya pula, pasti sepinggan, kadang kala saling suap menyuap. Ini beza jika seorang muslim melihat ada rakan muslimah yang tiada wang, lalu dia berikan sedikit makanan yang dia ada.

    Kes pasangan kekasih itu adalah mendekatkan kepada zina, sedangkan kes mereka yang membantu sahabat kelaparan atau sesat di hutan adalah dua isu yang berbeza.

    Emosi ketika perlakukan ini berlaku jua pasti berbeza.

    Sudah pasti bila kita membantu pasti dengan ada caranya yang menjaga batas-batas pergaulan bukan mahram, contoh asingkan makanan, guna bekas lain-lain supaya tidak makan bersama, atau kita makan dahulu lepas tu balance bagi kepada sahabat kita tu.

    Tidak ada isu perlu bekas berlainan, botol berlainan atau isu tidak boleh sentuh dengan bibir bekas minuman tersebut.

    Saya zaman sekolah ada kawan sekelas perempuan minum air kotak. Lepas tu tak habis, dia tanya siapa nak. Saya haus, saya mintak, dan saya minum. Tak sama dengan orang pasangan kekasih yang sibuk saling berkongsi, saling gilir-gilir minum.

    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #7 22 March, 2009, 02:35:50 PM
  • Publish
  • btl2.... kalau lar xboleh share lansung, alamatnya mati kehausan lar .... mekacihh m_husna atas persoalan yang diutarakan..terima ksh jgk atas jawapan yg diberikan
    « Last Edit: 22 March, 2009, 02:50:35 PM by sofia »

    MrCrackers

    • *
    • Posts: 89
    • Setitik Dakwat Yang Menggoncang Dunia
      • View Profile
    Reply #8 22 March, 2009, 04:02:56 PM
  • Publish
  • yes..
    betul kata encik pedang keadilan...
    kita tak boleh terus meletakkan sesuatu itu haram...
    dalam apa jua yang kita buat ada sebabnya...

    kongsi makanan dan minuman tak haram..

    seperti mana seseorang yang sedang makan.. lalu datang seorang wanita bukan muhrim meminta makanan atau minuman kerana teramat lapar..

    walaupun ketika itu lelaki tersebut dah makan makanan tersebut dan menyedut straw air minuman tersebut, tak salah kalau dia beri pada wanita makanan dan minuman dia..

    saya juga setuju dengan encik Masri..

    soal isu kenapa, mengapa dan apa itu yang penting...

    sebenarnya dalam apa juga kes, kita kena tgk sebab...
    Kalau Takder Hacker.. Saper Lagi Yang Nak Merosakkan Pc??
    Virus Terbaik Melissa.exe.. Virus Baik Crackers.exe Virus Sangat Baik Zet.exe

    zahrasukhtiyy

    • *
    • Posts: 56
      • View Profile
    Reply #9 23 March, 2009, 01:26:05 AM
  • Publish
  • sy setuju gak ngan ustaz masri...
    kalau pasangan kekasih tuh wat mende ngan perasaan yg xbetoi..

    stonez145

    • *
    • Posts: 453
    • Hope
      • View Profile
    Reply #10 23 March, 2009, 02:30:57 AM
  • Publish
  • selalu kongsi2 makan dengan sepupu lelaki...
    kami semua antara sepupu2 memang sangat rapat..dari kecik sampai la ada yang dah kawen pon...
    macam mana eh tu?..
    tak da perasaan apapun...macam adik beradik kongsi makan...
    bab kawan tu ada juga la..lelaki dengan perempuan,kalau tak habis makan,yang lain akan habiskan..tak kira lelaki atau perempuan...
    takpun kalau teringin nak rasa lauk tu...sikit ja la tapi...

    pasal kapel,tak tahu...tak makan sepinggan pun...kalau tak habis,baru tolong habiskan...

    zahrasukhtiyy

    • *
    • Posts: 56
      • View Profile
    Reply #11 23 March, 2009, 05:23:35 PM
  • Publish
  • stonez145,   couple 2 haram...sila rujuk our moderator ummi

    stonez145

    • *
    • Posts: 453
    • Hope
      • View Profile
    Reply #12 23 March, 2009, 06:34:04 PM
  • Publish
  • cik zahra,tahu ja...
    tapi saya guna pakai pendapat ustaz,ustazah saya di sekolah dulu dan matrik ni...
    dah dijelaskan di tajuk 'nak couple boleh tak'...
    malas nak ulang cerita..

    apa2hal pun soalan saya berkenaan sepupu...

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #13 30 March, 2009, 02:35:53 AM
  • Publish
  • seorang ibu digalakkan berkongsi makan dengan anak, dengan menyuap apa yang sedang dimakan ke mulut anaknya. (syarat: dia yang makan dahulu, bukan si anak)
    mudah-mudahan, anak itu mendengar kata.

    tetapi sebaliknya,
    si ibu tidak digalakkan menghabiskan apa yang telah dimakan/diminum oleh anaknya. kerana, tidak layak bagi ibu menghabiskan sisa-sisa si anak.

    berkenaan couple pula. sekarang memang banyak pasangan bodoh (perempuan ikut cakap lelaki. atau lelaki ikut cakap perempuan) sampaikan tak dengar nasihat mak-bapak. kenapa? mungkin sebab berkongsi makanan, atau minuman.

    AHAHAHA. ini yang aku pernah dengar. wallahua'lam.

    oh, sesiapa yang pernah berkongsi minuman dengan teman wanita/ lelaki sila kongsi pandangan di sini.

    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #14 30 March, 2009, 12:23:34 PM
  • Publish
  •  :jaz:....
    utk semua pendapat sahabat sekalian..
    cuma kat kelas ana ada satu fenomena pelajar lelaki suka meminta air dari sesiapapun,termasuklah dgn muslimah..
    em macam mana ye? di bolehkan ke?
    kalau tak boleh,macam mana nak beri teguran mereka2 ni..?
    « Last Edit: 30 March, 2009, 12:27:09 PM by NuRul IsLam »
    I lOVE ISLAM

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 515
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Reply #15 17 April, 2009, 02:42:58 PM
  • Publish
  •  :)

    ana setuju dengan pendapat masri...

    kerana tiada nas yang sahih

    Bagaimanapun haruslah dielakkan supaya tidak menimbulkan fitnah kepada yang melihat...

    semoga kita diberi petunjuk oleh ALLAH

    Wallahua'lam
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    hairilnua

    • *
    • Posts: 1052
    • Allahuakbar....!!
      • View Profile
    Reply #16 20 April, 2009, 11:29:15 AM
  • Publish
  • tu pasal couple,,, pe salahnye bkongsi minuman? bkn soalannye pasal menyentuh tgn ke,, bdan ke,,, minum je,,, janji bkn sama2 minum racun,, yg penting,, xbuat maksiat,,,dlm hal ni xblh lah dikatekan haram,,, kn allah nye perkara tu,,, xdianggap islam bagi org yg mengharamkan sesuatu perkara dimana allah blm mengatakan ape2 lagi,,, blm de perbincangan pasal hal ni,,, bkongsi minuman sahaja,,, bkn buat benda lain,,, lainla bkongsi minuman di tmpat tido,,, bkongsi minuman keras,,,dah nyata arak tu dosa,,, minum air biase pe probnye,,, janji bkn bkongsi maksiat,,,, kan kan???
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    ainul mardiyah

    • *
    • Posts: 82
      • View Profile
    Reply #17 27 April, 2009, 12:10:52 PM
  • Publish
  • assalammualaikum...pada pendapat saya berkongsi makanan/minuman dengan lelaki atau perempuan bukan muhrim adalah tidak sopan dipandang oleh orang sekeliling...perlakuan ini nampak tidak sopan lagi apabila lelaki dan perempuan bukan muhrim berkongsi bekas minuman/makanan yang sama(satu pinggan makan 2 orang)

    sfleekarto

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #18 02 May, 2009, 11:38:00 PM
  • Publish

  •  :)

    bolehkah kita berkongsi makanan dgn kaum bukan sejenis ngan kita dan bukan muhrim? contohnya, seorg pmpuan berkongsi minuman dengan lelaki bukan muhrimnya.. adakah perkara ni hanya nampak tidak sopan dalam adat atau salah di sisi agama ?

    barrakallhufikum.   :)

    Elakkan Berdua-duaan lelaki dan perampuan yang bukan muhrim, hukumnya haram. Perkara yang diharamkan terlalu manis pada pandangan kerana panahan iblis. Sedarlah, iblis telah berjanji menyesatkan manusia untuk dibawa bersama masuk ke Neraka. Kebanyakan perkara yang menjadi kesukaan kita di dunia adalah menjerumuskan kita ke neraka.  Sebaliknya kepayahan atau perkara yang kita tidak suka itulah membawa kita ke syurga.
    Bersendirian lebih baik dari bertemankan kaum berlainan jantina. Terutama kaum perempuan, walau bukan semua. Renongkanlah kisah yang sering memaparkan akibat perbuatan berdua-duaan. Belajarlah menolak pelawaan kaum bukan sejenis secara beradab.   

    fery_tale

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #19 05 May, 2009, 08:12:36 PM
  • Publish
  • salam

    tp sekiranya sepupu lelaki yg muda beberapa tahun saja dari kite xpe ke?

    sbb dah biasa dr kecik lagi kn,jd xpe ke?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    43 Replies
    11243 Views
    Last post 21 January, 2014, 12:54:10 PM
    by amru
    6 Replies
    6223 Views
    Last post 08 July, 2011, 12:26:25 PM
    by hamimah
    25 Replies
    3295 Views
    Last post 17 July, 2011, 01:01:39 PM
    by maliki