Imam Al-Ghazali

*

Author Topic: Imam Al-Ghazali  (Read 17214 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

halawah

  • *
  • Posts: 2589
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
07 July, 2008, 10:26:12 AM
  • Publish
  •  :)

    Al-Ghazali

    Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".

    Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.
     
    Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.
     
    Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana
     
    Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.
     
    Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).
     
    Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.
     
    Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingat- kan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.
     
    Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.
     
    Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama.
     
    Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.
     
    Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.
     
    Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi jelas terpengaruh akan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada antara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh menyebabkan kesesatan dan syirik.
     
    Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.
     
    Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

    Wassalam.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    shahril

    • *
    • Posts: 93
    • Hidup ats kmuliaan Islam,mati krn mmuliakn Islam
      • View Profile
    Reply #1 11 December, 2008, 01:21:47 AM
  • Publish
  • SEHARI BERSAMA AL-GHAZALI

    Hari itu, aku berjumpa al-Ghazali. Janggutnya panjang, renungan matanya tajam, badannya kurus, pipinya cengkung, kelibatnya agung sekali. Orang yang khalis, matanya tajam penuh bercahaya dek menjaga daripada melihat perkara yang mungkar, alangkah, jauhnya jika dibandingkan dengan aku. Badannya yang kurus dan pipinya yang cengkung tanda seorang yang suka berpuasa dan mendambakan diri sepenuhnya kepada dunia keilmuan. Siapa tidak kenal beliau, tulisannya merata di dunia ini.

    “Semua orang mengenali tuan. Tulisan tuan yang sudah lama,namun masih relevan danmasih ditatap sehingga sekarang. Kata-kata tuan sungguh berisi dan bermakna, apa rahsianya?” aku bertanya sekadar inginkan kepastian.

    Beliau kulihat menundukkan kepala, beristighfar seketika, tanda merendah diri dan tawadahu’ seorang alim yang wara’. Alim itu tanda orang yang menguasai ilmu dalam kepala dan ingatannya. Faqih itu tanda orang hikmah yan memahami secara isi dalam, bukan sahaja kulit luar. Wara’ itu tanda orang yang menjauhi perkara syubhat apa lagi perkara haram. Zuhud itu tanda orang yang memalingkan keinginannya daripada keduniaan yang mencengkam. Tawadhu’ itu tanda orang yang sentiasa sedar dirinya hanya dari air mani yang hina, tidak lebih dari itu. Abid itu tanda orang yang selera dan ghairah beribadat serta sentiasa tenggelam dalam kerinduan bercinta dengan Tuhan Yang Maha Pengasih. Mukhlis itu tandaornag yang mengejar akhirat sehingga terlupa dunia. Semua itu ada pada a-Ghazali, yang membuatkan seluruh dunia jatuh segan dengan peribadi beliau.

    “Aku mengenali Allah sebagai Tuhanku, lalu aku mengembara dalam mencari rahsia hidup yang sebenar, sehingga aku mengerti, bahawa dunia ini hanyalah fatamorgana,” balasnya sedikit sedangkan air matanya kelihatan mengalis membasahi pipinya.

    Alangkah, apakah aku mengenali Allah? Persoalan itu kian membuatkan nafas aku termengah-mengah, aku terduduk. Apakah aku mengenali Allah sebagaimana al-Ghazali mengenali zat-Nya yang Maha Quddus? Apakah aku hanya mengenali Allah sebagai pemberi pahala dan dosa, bukannya Tuhan yang harus kucinta? Apakah aku hanya mengenali Allah sebagai Tuhan yang memiliki syurga dan neraka sedangkan aku terlupa Allah sebagai Tuhan yang harus kurindu sepanjang masa?

    “Dan barangsiapa mengharapkan pertemuan yang baik dengan Tuhannya kelak, maka hendaklah ia beramal soleh dan jangan ia mensyirikkan-Nya dengan segala sesuatu” (Al-Kahfi)

    “Apakah tanda orang yang tawadhu’ itu tuan?” aku bertanya lagi ingin mendapatkan kepastian.

    “Wahai anak muda, tidakkah engkau memerhatikan kalam Ibn ‘Ataillah? Tanamlah kewujudan dirimu dalam bumi yang terpencil, maka sesungguhnya sesuatu yang tidak ditanam, maka tidak sempurna natijahnya”, al-Ghazali sekali membuatkan aku terkedu. Menanam kewujudan diri, agar tidak gila mencari kemasyhuran, tidak gila ingin mendapat harta dan pangkat, tidak gila namanya disebut-sebut. Ya,barangsiapa mengejar dunia, dunia akan mendatanginya sedangkan akhirat menjauhkan diri. Barangsiapa mengejar akhirat, maka akhirat dan dunia, kedua-duanya akan berlari mendapatkannya.

    “Bagaimana pula dengan orang yang khauf?”. Al-Ghazali sekali lagi menundukkan kepala, lalu ia menangis teresak-esak. Tangisannya semakin lama semakin membingit, semakin banyak air mata yang tumpak dan bahunya terangkat-angkat menahan sebak. Aku panik dibuatnya, tetapi inilah realiti orang yang soleh, sentiasa takut dengan janji-janji azab dari Allah. Mereka mengerti Allah Maha Pengampun,tetapi mereka juga sangat memahami bahawa seksaan Tuhan amatlah perit tidak tertanggung.
    “Anakku, Ibn Mas’ud menyebut, orang mukmin melihat dirinya yang berdosa seperti ia berada di bawah bukit, takut bukit itu akanmenimpa dirinya. Sedangkan orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang singgah di hidung”. Aku tergamam mendengarnya. Aku semakin takut, kerana aku sedar dosaku bertimbun banyaknya. Dosaku jika dibandingkan dengan al-Ghazali, ibarat lautan dengan setetes air. Neraka itu semakin menghampiriku, sedangkan bau syurga semakin menipis.

    Al-Ghazali itu benar-benar orang yang berilmu dan bijaksana, alim serta soleh. Ia tidak perlu berbicara untuk mendidik orang,kerana cukuplah peribadinya mendidik dan mengasuh orang agar tunduk kepada ajaran agama. Nurul Ilmi,cahaya ilmu itu perlu kepada ‘Ainul Yaqin, iaitu keyakinan yang turut berpaksikan ‘Ainul Basirah. Apabila ‘Ainul Basirah diasah dari semasa ke semasa, takhalli daripada perbuatan yang menjauhkan diri daripada Allah, tahalli dengan amal mahmudah disusuli dengan tajalli, maka akan lahirlah Haqqul Yaqin ataupun ‘Ainul Haqqi.

    Allah berkata kepada Daud, “Hai Daud, kenalilah Aku dan kenal pulalah dirimu”. Maka Daud bermunajat, kata baginda, “Wahai Tuhanku, aku kenal Engkau dengan sifat keesaan-Mu, kekuatan yang Maha Agung dan hidup yang kekal terus-menerus yang tidak ada batasnya, dan aku kenal diriku dengan kedhaifannya, kelemahannya dan tidak kekal”.

    Seseorang bertanyakan Abu Bakar, “Dengan apa engkau mengenali Tuhanmu?”. Abu Bakar menjawab, “Aku mengenali Tuhanku dengan Tuhanku, dan jika bukan kerana Tuha, nescaya aku tidak mengenali Tuhanku”.

    Yang hanya meletakkan Allah di hati namanya fana’. Allah berfirman di dalam Surah Al-Rahman, “Segala sesuatu akan binasa. Dan kekallah Tuhan yang memiliki ketinggian dan kemuliaan”. Rintih munajat turut mendendangkan, Hasbi Rabbi jallaLlah, ma fi qalbi ghairuLlah.

    Yang membulatkan ingatan dan perasaan kepada Allah namanya Baqa’. Yang mabuk dalam cinta kepada Allah namanya Sakr. Apakah engkau tidak memerhatikan seseorang ang mabuk bercinta dengan kekasihnya, tidurnya tidak tenang, perilakunya gelisah, apabila mendengar sesuatu yang buruk menimpa kekasihnya, ia akan menjadi sangat resah?

    Itu baru percintaan dengan makhluk,sedangkan al-Ghazali tenggelam dalam percintaan dengan Khaliq yang kaya dengan erti cinta. Ia sering dikejar rasa resah kerana teringatkan dosanya yang senipisdebu sedangkan kita tidak tergugah langsung dengan dosa kita yang membukit. Al-Ghazali sering diburu rasa rindu dengan syurga Allah sehingga membuatkkannya tidak tenang jika masanya tidak terisi dengan amal ibadat dan zikir yang berpanjangan.

    Syair ada menyebut, dan aku dapat merasakan syair itu ada kaitan yang sangat erat dengan peribadi dan akhlak al-Ghazali,

    “Aku tidak ingin pakai baju selain Engkau memakaikan kepadaku,
    Aku tidak menerima dunia jika selain Engkau yang memberikannya”

    Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
    ''Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

    "Dan Allah tuhan Kami
    Rasul ikutan kami
    Al-Quran Panduan kami
    Jihad jalan Kami
    Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 21 December, 2008, 09:14:37 PM
  • Publish
  • ukhuwwah~imam Al-Ghazali

    عن أبي هربرة عن النبي صلى الله عليه وسلم أن رجلا زار أخاه في قرية أخرى   فأرصد الله له على مدرجته ملكا,فلما  أتى عليه, قال أين تريد,قال : أريد أخالي في هذه القرية,قال هل لك عليه من نعمة تربهاز قال :لا غير أني  احيبته فى الله عز وجل  قال : فاٍ ني رسول الله اليك بأن الله قد أحبك كما احيبته فيهز
    (رواه مسلم _صحيح مسلم بشرح النووي , باب فضل الحب في الله تعالى – ج 16 ص123)

    Maksudnya :
      “Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
      Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?”  Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”




    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4553

    Quote
    Al-Ghazali itu benar-benar orang yang berilmu dan bijaksana, alim serta soleh. Ia tidak perlu berbicara untuk mendidik orang,kerana cukuplah peribadinya mendidik dan mengasuh orang agar tunduk kepada ajaran agama. Nurul Ilmi,cahaya ilmu itu perlu kepada ‘Ainul Yaqin, iaitu keyakinan yang turut berpaksikan ‘Ainul Basirah. Apabila ‘Ainul Basirah diasah dari semasa ke semasa, takhalli daripada perbuatan yang menjauhkan diri daripada Allah, tahalli dengan amal mahmudah disusuli dengan tajalli, maka akan lahirlah Haqqul Yaqin ataupun ‘Ainul Haqqi.

    Allah berkata kepada Daud, “Hai Daud, kenalilah Aku dan kenal pulalah dirimu”. Maka Daud bermunajat, kata baginda, “Wahai Tuhanku, aku kenal Engkau dengan sifat keesaan-Mu, kekuatan yang Maha Agung dan hidup yang kekal terus-menerus yang tidak ada batasnya, dan aku kenal diriku dengan kedhaifannya, kelemahannya dan tidak kekal”.

    Seseorang bertanyakan Abu Bakar, “Dengan apa engkau mengenali Tuhanmu?”. Abu Bakar menjawab, “Aku mengenali Tuhanku dengan Tuhanku, dan jika bukan kerana Tuha, nescaya aku tidak mengenali Tuhanku”.

    Yang hanya meletakkan Allah di hati namanya fana’. Allah berfirman di dalam Surah Al-Rahman, “Segala sesuatu akan binasa. Dan kekallah Tuhan yang memiliki ketinggian dan kemuliaan”. Rintih munajat turut mendendangkan, Hasbi Rabbi jallaLlah, ma fi qalbi ghairuLlah.

    Yang membulatkan ingatan dan perasaan kepada Allah namanya Baqa’. Yang mabuk dalam cinta kepada Allah namanya Sakr. Apakah engkau tidak memerhatikan seseorang ang mabuk bercinta dengan kekasihnya, tidurnya tidak tenang, perilakunya gelisah, apabila mendengar sesuatu yang buruk menimpa kekasihnya, ia akan menjadi sangat resah?

    Itu baru percintaan dengan makhluk,sedangkan al-Ghazali tenggelam dalam percintaan dengan Khaliq yang kaya dengan erti cinta. Ia sering dikejar rasa resah kerana teringatkan dosanya yang senipisdebu sedangkan kita tidak tergugah langsung dengan dosa kita yang membukit. Al-Ghazali sering diburu rasa rindu dengan syurga Allah sehingga membuatkkannya tidak tenang jika masanya tidak terisi dengan amal ibadat dan zikir yang berpanjangan.

    Syair ada menyebut, dan aku dapat merasakan syair itu ada kaitan yang sangat erat dengan peribadi dan akhlak al-Ghazali,

    “Aku tidak ingin pakai baju selain Engkau memakaikan kepadaku,
    Aku tidak menerima dunia jika selain Engkau yang memberikannya”



    Masya Allah!begitu halusnya guru kita ini dalam perhatian(syahadah)runtunan sanubari/rohaniah berhati murni dalam mengenali Hanya Jauhari kenal Ma'nikam.Inilah yang dinamakan Ilmu ladunni yang tidak semudah itu sesaorang yang dapat memiliki,Masya Allah!
     Kecuali melalui proses  Jihaddunnafsi membersihkan segala hawanafsu dan godaan dunia yang serba tipu-daya licik sekali.Nauzubillah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 13 April, 2009, 06:07:20 PM
  • Publish
  • [box title=Siapakah Imam Al-Ghazali]

    Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i (lahir 1058 di Thus, Propinsi Khurasan, Persia (Iran), wafat 1111, Thus) adalah seorang filosof dan teolog muslim Persia, yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan.

    Riwayat Hidup Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan tahun 1058 Masehi di bandat Thus, Khurasan (Iran). Beliau berkun`yah Abu Hamid karena salah seorang anaknya bernama Hamid. Gelar beliau al-Ghazali ath-Thusi berkaitan dengan Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i (lahir 1058 di Thus, Propinsi Khurasan, Persia (Iran), wafat 1111, Thus) adalah seorang filosof dan teolog muslim Persia, yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan.gelar ayahnya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing dan tempat kelahirannya yaitu Ghazalah di Bandar Thus, Khurasan. Sedangkan gelar asy-Syafi'i menunjukkan bahwa beliau bermazhab Syafi'i. Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya mempunyai cita-cita yang tinggi yaitu ingin anaknya menjadi orang alim dan saleh. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli pikir, ahli filsafat Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 4 Jumadil Akhir tahun 505 Hijriah bersamaan dengan tahun 1111 Masehi di Thus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.
    [/box]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 13 April, 2009, 06:18:10 PM
  • Publish
  • [box title=Imam Al Ghazali]
    Karya terbesar Imam Al-Ghazali, iaitu Ihya’ Ulum Ad Din. Mari kita sejenak menghayati tokoh besar yang telah melahirkan hasil karya yang tersohor dan hingga kini ditatapi dan dikaji oleh umat Islam di sepanjang masa dan zaman.

    Al-Ghazali merupakan seorang ahli teologi, falsafah, dan sufi besar dalam Islam. Beliau dilahirkan pada tahun 450H/1058M di kota Gazalah dekat Tus, Khurasan, bahagian utara Iran. Namanya dinisbahkan kepada tempat kelahirannya. Nama lengkapnya adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Di bidang keilmuan, pada mulanya beliau mendalami ilmu fiqh, kemudian mempelajari secara mendalam ilmu kalam dan ilmu falsafah. Setelah namanya harum sebagai seorang sarjana, pada tahun 1091 Al-Ghazali dilantik menjadi Guru Besar Undang-Undang oleh Nizam al-Mulk (1018-1092), perdana menteri Sultan Maliksyah (1072-1092) dari dinasti Seljuk, di Madrasah Nizamiyah di Baghdad. Beliau sempat mengajar di madrasah itu selama empat tahun dan pada zaman itulah beliau menulis karyanya Maqasid al-Falasifah dan Tahafut al-Falasifah.

    Al-Ghazali dianggap sebagai pembela kebenaran Islam yang terbesar sehingga digelar Hujjatul Islam atau “pembela Islam”. Sehingga sekarang orang muslim tetap tekun membaca karyanya yang terbesar, Ihya’ Ulum Ad din (Menghidupkan Kembali Ilmu Agama).

    Disebabkan kehidupannya ‘terganggu’ oleh krisis kepercayaan dan keraguan, pada tahun 1095 Al-Ghazali meninggalkan Baghdad dan mengembara dari suatu tempat ke suatu tempat. Pada mulanya beliau pergi ke Damsyik, kemudian ke Hebron dan Baitulmaqdis, kemudian ke Mekah dan Madinah. Beliau menjalani kehidupan zuhud dengan mengembara selama 10 tahun. Setelah itu beliau kembali ke Nisabur pada tahun 1106, menjadi tenaga pengajar di Madrasah Maimunah Nizamiyah. Tidak berapa lama kemudian, beliau meninggalkan Nisabur, pergi ke Tus dan mendirikan halaqah (sekolah calon sufi) di tempat kelahirannya ini. Beliau mengurus halaqah ini hingga akhir hayatnya.

    Perjalanan intelektual dan spiritual dalam menemukan kedamaian batin serta mengikuti jalan sufi telah beliau abadikan menerusi autobiografinya yang berjudul al-Munqiz min ad-Dalal (Pembebas daripada Kesesatan).

    Al-Ghazali dianggap paling berjasa dalam ‘mendamaikan’ antara tasawuf dengan syariat sehingga tasawuf dapat diterima oleh sebahagian besar umat Islam. Beliau juga berjasa mengembangkan serta menyebarkan aliran Asy’ariyah yang dianut oleh  majoriti  Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Al-Ghazali mengkritik pandangan dan penemuan para ahli falsafah dan akhirnya memilih tasawuf sebagai jalan menuju Tuhan. Dalam kritikannya terhadap para ahli falsafah menerusi karyanya Tahafut al Falasifah, beliau mengatakan bahawa ada tiga pendapat para ahli falsafah yang telah membawa mereka kepada kekufuran, iaitu bahawa alam ini adalah qadim, dalam erti tidak bermula dalam waktu; Tuhan tidak mengetahui bahagian sekecil-kecilnya dalam segala kejadian alam ini dan tidak ada kebangkitan jasmani pada hari kiamat.

    Akhir sekali mari kita renungi sepotong ayat al-Quran dalam surah al-Mujaadalah ayat 11 yang bermaksud:

    “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 13 April, 2009, 06:19:50 PM
  • Publish
  • [box title=Kronologi Imam Al-Ghazali]

    Al-Ghazali sepintas lalu:

    1058 - Lahir di Gazalah dekat Tus, Khurasan, bahagian utara Iran

    1077-1085 - Berguru kepada al-Juwani (m. 1085 M), ahli fiqh dan Guru Besar Madrasah Nizamiyah

    1090-1094 - Belajar dan mendalami bidang falsafah

    1091 - Mengajar di Madrasah Nizamiyah, Baghdad

    1095 - Menghadapi ‘konflik batin’, krisis kepercayaan dan sakit

    1095-1105 - Meninggalkan Baghdad, melakukan pengembaraan sipiritual dan menjalani hidup zuhud

    1106 - Kembali ke Nisabur dan mengajar di Madrasah Maimunah Nizamiyah

    1108 - Meninggalkan Nisabur dan mendirikan sekolah sufi di Tus

    1111 - Meninggal dunia di Tus
    [/box]

    hana zaima

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #6 16 December, 2009, 09:14:32 PM
  • Publish
  • bagusnya artikel ni

    yahya arif

    • *
    • Posts: 69
      • View Profile
    Reply #7 16 December, 2009, 09:56:01 PM
  • Publish
  • terima kasih pada shahril kerana berkongsi artikel ini memang best....

    yahya arif

    • *
    • Posts: 69
      • View Profile
    Reply #8 16 December, 2009, 09:57:18 PM
  • Publish
  • inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi robbil alamin.....

    AlBahr

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Reply #9 20 December, 2009, 06:14:43 AM
  • Publish
  • inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi robbil alamin.....

    Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana ALLAH, Tuhan yang mentadbir sekalian alam

    nurqaseh

    • *
    • Posts: 285
    • http://nurqaseh2010.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #10 20 December, 2009, 06:39:45 AM
  • Publish
  • Imam Al-Ghazali sungguh zuhud dan tawaduk semasa hayatnya.Setiap kata yang diucapkan beliau penuh hikmah dan membuatkan kita berfikir semula.

    ariffuddin

    • *
    • Posts: 249
      • View Profile
    Reply #11 13 April, 2010, 02:20:52 PM
  • Publish
  • ada org bagitahu saya...adiknya imam ahmad..juga seorang ahli sufi.
    adakah imam ahmad ibnu hambal? pengasas mazhab hambali tue??
    macam tak betul jer??

    ada saper boleh jelaskan???

    AlBahr

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Reply #12 02 May, 2010, 03:23:21 PM
  • Publish
  • ada org bagitahu saya...adiknya imam ahmad..juga seorang ahli sufi.
    adakah imam ahmad ibnu hambal? pengasas mazhab hambali tue??
    macam tak betul jer??

    ada saper boleh jelaskan???

    Saya tak pernah dengar yang ini, saya juga fikir imam ahmad ibnu hambal tiada ikatan persaudaraan dengan imam al-ghazali berdasarkan pembacaan saya setakat ini...

    p/s : sekadar berkongsi info...mungkin juga saya silap...
    « Last Edit: 02 May, 2010, 05:47:08 PM by AlBahr »

    uwis_qarni

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Reply #13 02 May, 2010, 03:45:01 PM
  • Publish
  • imam ahmad dan imam ghazali jauh masanya, imam ahmad pada akhir abad ke 2 hijrah sedangkan imam ghazali pertengahan abad ke 3 hijrah, jd tidak mgkin adik lebih jauh masa drpd sang abang. mgkin itu Imam ahmad yg lain bukan Imam Ahmad bin hanbal pendiri mazhab hambaliyah

    AlBahr

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Reply #14 02 May, 2010, 05:52:40 PM
  • Publish
  • imam ahmad dan imam ghazali jauh masanya, imam ahmad pada akhir abad ke 2 hijrah sedangkan imam ghazali pertengahan abad ke 3 hijrah, jd tidak mgkin adik lebih jauh masa drpd sang abang. mgkin itu Imam ahmad yg lain bukan Imam Ahmad bin hanbal pendiri mazhab hambaliyah

     :jaz:

    syukran uwis_qarni

    aleeya

    • *
    • Posts: 28
    • ya ALLAH bantulah hambu ini..
      • View Profile
    Reply #15 15 October, 2010, 07:42:41 PM
  • Publish
  • salam..
    persoalan saya..dimanakah silap beliau (ibnu sina) dlm mengaplikasi falsfh aristotle..secara peribadinya..memg benar setiap org akan menggunakan akal dlm apa jua tindakan..dan untuk memperjelaskn dalil naqli harus menggunakan akal..imam ghazali sering mengkritik ibnu sina dlm hal ini..ada pendpt kata imam ghazali menuduh ibnu taiyimiah kafir..persepsi saya terhadap imam ghazali makin lama makin kurang percaya terhadap falsah beliau..adakag saya terlalu taksub dgn ibnu sina..salah kah ibnu sina memndg flsfh aristotle sehingga beliau digelar pemikr falsfh aristitle..ramai ilmuawan barat mengagumi beliau..sehinggakan beliau menghasilkan sebuah falsfh menrt islam setelh menelaah kitab farabi dan al-khindi..satu sumbgn yg besar dlm islam..ibnu taiyimiah byk menjelaskan pndgn ibnu sina..mengapa dlm hal ini imam ghazali sering mengkritik ibnu taiyimiah dan ibnu sina dalam pembhasan mengenai sifat ALLAH..kadang2 saya pikir melewati batasan akal seorg manusia..



    "para sahabatku ibarat bintang2,siapa sahaja yang kamu ikuti nescaya kamu mendapat petunjuk"...

    uninx

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #16 08 May, 2011, 06:51:30 AM
  • Publish
  • Salam..

    Al-Ghazali: The Alchemist Of Happiness

    Bleh dload kat cni..
    http://www.muslimtorrents.com/torrents-details.php?id=9

    Akh FalAh

    • *
    • Posts: 225
      • View Profile
    Reply #17 08 May, 2011, 12:10:11 PM
  • Publish
  • Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.


    Imam al-Ghazali bertanya (pertama): “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.


    Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Lihat Surah Ali-Imran ayat 185).


    Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab China, bulan, matahari dan bintang.


    Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah ‘masa lalu.’


    Walau bagaimana hebat sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita perlu menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.


    Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan ketiga: “Apa yang paling besar di dunia ini?” Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.


    Tetapi, katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’ (sila rujuk Surah al-A’raaf ayat 179). Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.


    Pertanyaan keempat: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah.


    Imam al-Ghazali berkata semua jawapan itu namun yang paling berat adalah ‘memegang amanah.’ (lihat Surah al-Ahzab ayat 72).


    Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah ta'ala meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.


    Bagaimanpun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.


    Pertanyaan yang kelima: “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat.’


    Gara-gara keletihan dengan tugasan seharian kita meninggalkan solat. Pertanyaan keenam ialah: “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.


    Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah ‘lidah manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.


    Jangan kita jadi manusia yang lupa daratan walaupun sebenarnya memang kita hidup di atas darat.

    Ezra

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #18 30 December, 2011, 03:20:09 AM
  • Publish
  • salam..
    persoalan saya..dimanakah silap beliau (ibnu sina) dlm mengaplikasi falsfh aristotle..secara peribadinya..memg benar setiap org akan menggunakan akal dlm apa jua tindakan..dan untuk memperjelaskn dalil naqli harus menggunakan akal..imam ghazali sering mengkritik ibnu sina dlm hal ini..ada pendpt kata imam ghazali menuduh ibnu taiyimiah kafir..persepsi saya terhadap imam ghazali makin lama makin kurang percaya terhadap falsah beliau..adakag saya terlalu taksub dgn ibnu sina..salah kah ibnu sina memndg flsfh aristotle sehingga beliau digelar pemikr falsfh aristitle..ramai ilmuawan barat mengagumi beliau..sehinggakan beliau menghasilkan sebuah falsfh menrt islam setelh menelaah kitab farabi dan al-khindi..satu sumbgn yg besar dlm islam..ibnu taiyimiah byk menjelaskan pndgn ibnu sina..mengapa dlm hal ini imam ghazali sering mengkritik ibnu taiyimiah dan ibnu sina dalam pembhasan mengenai sifat ALLAH..kadang2 saya pikir melewati batasan akal seorg manusia..

    Menjawab sebahagian dari soalan;

    Al-Ghazali dalam kitabnya Tahafut al-Falasifah mengkritik Ibnu Sina dan Al-Farabi atas 3 isu:

    1) Menafikan kebangkitan pada hari kiamat
    2) Menafikan Ilmu Allah dalam hal yang terperinci
    3) Menganggap dunia ini kekal

    misbah

    • *
    • Posts: 104
    • fizikal pandangan manusia, hati pandangan Allah.
      • View Profile
    Reply #19 28 October, 2012, 08:38:38 PM
  • Publish
  • IMAM GHAZALI DAN PEROMPAK.
     
    Suatu hari, rombongan Imam Ghazali diserang perompak. Beliau berkata, "Ambil apa sahaja tetapi jangan ambil beg ini." Para perompak itu terus menyelongkar begnya tetapi mendapati beg itu hanya dipenuhi kertas. "Apa ini?? Ini yang kamu katakan barang berharga??" Soal ketua perompak. "Ini adalah catatan-catatan ilmu yang aku pelajari dari guru-guruku selama bertahun-tahun ini. Jika kamu merampasnya, hilanglah ilmu yg aku pelajari selama ini." Lantas, perompak itu menjawab, "Kalau begitu kamu adalah orang paling bodoh. Catatan yang kamu tulis itu bukan ilmu jika kamu tidak memahami dan mengingatinya. Bagaimana kalau aku rampas kertas-kertas ini? Ini bermaksud ilmumu boleh dicuri." Kata-kata ketua perompak itu membuatkan Imam Ghazali terpegun. Ketua perompak itu telah secara tidak langsung mengajarnya tentang ilmu. Mulai saat itu, Imam Ghazali menghafal dan memahami kembali semua ilmu yang dipelajarinya, supaya ia bukan sekadar catatan ilmu, tetapi menjadi ilmu yang boleh diamalkannya.

    Wallahu a'lam...

    aKu....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    17 Replies
    7249 Views
    Last post 29 November, 2012, 02:06:33 PM
    by lylikeny
    4 Replies
    1538 Views
    Last post 04 May, 2010, 12:07:26 PM
    by malekredzuan
    0 Replies
    628 Views
    Last post 18 January, 2011, 11:28:01 PM
    by fzie