Sujud Tilawah dan sujud Syukur

*

Author Topic: Sujud Tilawah dan sujud Syukur  (Read 23634 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

03 July, 2008, 10:40:17 AM
  • Publish
  •  :)

    Artikal ini mengingati daku kpd Pakcikku yg telah Kerahmatullah Mantan Ustaz Hj.Mustajab Syai'en seorg.pejuang didlm istana Sulthon Bolqiah bbrp thn yg dulu.Al-fatehah 'ala rohnya di alam barzakh..."Wak nntikanlah kami bersama2mu...Amin.
    Semoga bermenfaat dan menfaatkan kpd kita semua;

    SUJUD TILAWAH DAN SUJUD SYUKUR

    (Bilangan 113 Bahagian Akhir) 

    Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
    `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
    SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG
    Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.

    Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam :

    Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”

    Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.

    Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:

    Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”

    Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir.

    Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)

    Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.

    Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.

    Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)

    BACAAN ATAU ZIKIR  KETIKA SUJUD TILAWAH

    Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir yang di galakkan itu ialah:

    Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”

    Dan zikir yang lain sebagaimana yang di sebut dalam hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

    Maksudnya : “Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud”

    (Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)

    Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan bahawa Imam Asy-Syafi‘ie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :

    Ertinya: “Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana”

    Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud sembahyang.

    Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:

    Ertinya:“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.

    Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)

     

    APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?

    Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

    HUKUM SUJUD SYUKUR

    Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

    “Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

    (Hadis riwayat Imam Ahmad)

    Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)

    Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.

    Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:



     

    Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.

    Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.

    BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?
    Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.
    Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
    Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.
    Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
    Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
    PENUTUP     
    Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
    Wassalm.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #1 22 May, 2009, 04:22:02 PM
  • Publish

  • [box title=SUJUD SYUKUR]
    sebagai tanda kesyukuran di atas anugerah yang Allah kurniakan, maka sewajarnya kita menjadikan  sujud syukur amalan harian kita. Bila sahaja kita di khabarkan dengan berita baik dan mengembirakan.
    [/box]
    « Last Edit: 22 May, 2009, 04:49:47 PM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #2 22 May, 2009, 04:40:03 PM
  • Publish
  • [box title=SUJUD SYUKUR]Sujud Syukur bermaksud sujud apabila mendapat sesuatu nikmat, sesuatu yang kita hajati, mencapai kejayaan atau terhindar daripada bencana, maka sewajarnyalah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.

    Contohnya, dikurniakan zuriat setelah bertahun-tahun mengimpikannya, berita kejayaan anak-anak atau orang tersayang, malah apa sahaja yang dikira berita gembira dan baik. Sujud ini juga dilakukan atas sebab terhindar daripada musibah, bahaya atau malapetaka.

    Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda. Hakikatnya, nilai nyawa itu tiada taruhan.

    Daripada Abu Bakrah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. apabila menerima suatu perkara yang menyenangkan atau diberi khabar gembira, segera baginda menunduk sujud sebagai tanda syukur kepada Allah Taala. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

    Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahasa Ali bin Abi Talib menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu mengenai suku Hamzan yang memeluk Islam. Baginda terus tunduk bersujud, kemudian mengangkat semula kepalanya dan bersabda : ``Selamat sejahtera ke atas suku Hamzan, selamat sejahtera ke atas suku Hamzan.''

    Melakukan Sujud Syukur ada yang mengatakan harus memenuhi syarat-syarat solat, tetapi yang sebenarnya ia tidak memerlukan syarat-syarat sebagaimana syarat solat.

    Ini berpandukan kepada Imam Shaukani yang berkata: ``Dalam Sujud Syukur tidak terdapat sebuah hadis pun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat sujudnya.''

    Juga tidak terdapat keterangan daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa dalam Sujud Syukur harus bertakbir atau mengadap kiblat.

    Hanya di dalam kitab Al-Bahr disebut, takbir dalam Sujud Syukur diperlukan,'' terang beliau.

    Seperkara lagi tentang Sujud Syukur ialah ia tidak boleh dikerjakan di dalam solat dan tiada bacaan khusus ketika sujud.
    [/box]
    « Last Edit: 22 May, 2009, 04:47:33 PM by Munaliza Ismail »

    Reply #3 22 May, 2009, 04:46:28 PM
  • Publish
  • [box title=SUJUD TILAWAH]Sujud Tilawah yang dari segi bahasa bererti sujud bacaan, manakala dari segi syarak bermaksud sujud ketika menemui ayat-ayat sajdah.

    Apabila yang membacanya bersujud, maka mereka yang mendengar atau makmum pun ikut bersujud tetapi apabila yang membaca tidak bersujud maka, yang mendengar tidak pula disunatkan sujud.

    Menurut pendapat jumhur ulama, sujud ini adalah sunat ketika ia membaca sendirian atau mendengar orang lain membaca ayat-ayat sajdah.

    Hukum sunat ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar bermaksud: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah membaca al-Quran, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat sajdah, Baginda pun bersujud lalu kami pun sujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapat tempat untuk meletakkan dahi.'' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Wajib

    Manakala Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) berpendapat bahawa sujud tilawah itu wajib, sama ada ke atas pendengar atau pembaca.

    Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. mengenai fadilat melakukan sujud tilawah, Baginda bersabda yang maksudnya: Apabila anak Adam itu membaca ayat sajdah yang menuntut untuk sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata: Celakalah! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud ia pun sujud, maka baginya balasan syurga, dan aku diperintahkan untuk sujud, aku enggan melakukannya, maka balasan bagiku adalah neraka. (Riwayat Muslim).

    Ibnu Umar pula meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran di hadapan kami. Ketika Baginda melalaui (membaca) ayat sajdah, baginda bertakbir lalu sujud. Kami pun sujud bersama Baginda. (Riwayat Tirmizi).

    ADapun hikmah pengkhususan sujud pada tempat-tempat atau ayat-ayat yang tersebut, kerana ia menceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t. dan ia merupakan pujian bagi mereka yang bersujud dan celaan bagi yang tidak bersujud.

    Di dalam kitab Al-Majmuk menurut Mazhab Syafie bahawa hukum sujud tilawah itu sama seperti hukum sembahyang sunat dari segi syarat-syarat sahnya sujud itu, syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

    i) Bersih daripada hadas kecil atau besar dan bersih daripada najis sama ada pada tubuh badan, pakaian dan tempat.

    ii) Orang yang hendak melakukan sujud tilawah itu juga di kehendaki dalam keadaan menutup aurat.

    iii) Untuk melakukannya hendaklah menghadap kiblat.

    iv) Hendaklah masuk waktunya ketika melakukan sujud itu. Maksudnya, waktu sujud itu ialah sejurus sahaja ia selesai membaca atau mendengar keseluruhan ayat sajdah. Jika sekiranya ia bersujud sebelum habis ayat tersebut dibaca atau didengar, maka sujud tilawah itu tidak sah dan tidak dikira.

    Sujud tilawah sunat dilakukan di dalam sembahyang sama ada pada sembahyang yang dinyaringkan bacaan (jahar) atau pada sembahyang yang dibaca secara perlahan (sir).

    Walau bagaimanapun bagi sembahyang yang tidak disunatkan menyaringkan suara, sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum.

    Mengambil kira sebab-sebab di atas (sembahyang yang dibaca secara suara perlahan), maka begitu juga halnya pada sembahyang yang disunatkan menyaringkan suara (jahar), sunat bagi imam melakukan sujud tilawah setelah selesai sembahyang, jika (diketahui) jarak antara imam dan makmum itu jauh sehingga dia tidak mendengar bacaan imam atau tidak dapat melihat perbuatan imam atau diselangi oleh dinding dan sebagainya bagi mengelakkan kekeliruan para makmum.[/box]
    « Last Edit: 30 August, 2009, 06:47:43 PM by Ummi Munaliza »

    meow

    Reply #4 22 May, 2009, 08:53:03 PM
  • Publish

  • Zaman student dulu selalu juga solat Subuh dgn sujud tilawah ni.. selalunya pagi Jumaat di surau.. tetapi sedihnya amalan itu dikritik kerana katanya ia bid'ah.. Nabi tak pernah ajar untuk sujud tilawah setiap pagi Jumaat.. tak apalah asalkan ikhlas dan betul niatnya.. sekarang ni jarang sangat teman buat sujud tilawah ni.. sedihnya..


    Reply #5 30 August, 2009, 06:48:55 PM
  • Publish

  • Perbezaan Sujud Tilawah dan Sujud Syukur
    Soalan:
    Apakah perbezaan antara sujud tilawah dengan sujud syukur. Adakah ada perbezaan antara kedua-duanya dan apakah syarat kedua-duanya ?
    – Isa Latif,
    Semporna, Sabah

    Jawapan:
    Sujud tilawah disunatkan bagi pembaca dan pendengar yang membaca dan mendengar ayat sajdah tersebut yang 15 tempat dalam al-Quran termasuk dua tempat dalam surah al-Hajj dan tiga tempat dalam surah mufassal iaitu al-Najmi, al-Insyiqaq dan al-Alaq dan sembilan lagi dalam surah berikut iaitu al-A’raf, al-Ra’d, al-Nahl, al-Israa, Maryam, al-Furqan, al-Naml, Aliflammim sajdah dan Hamim sajdah. Tempatnya (ayat sajdah yang disuruh sujud) ada bertanda dengan gambar seperti kubah. Sedangkan pada surah Sad itu bukan sujud tilawah malahan sujud syukur dan tidak disuruh dalam solat.

    Adapun sujud tilawah ini disunatkan sujud bila membacanya di dalam atau di luar solat. Begitu juga makmum kerana bacaan imamnya, sekiranya dia sengaja menyalahi imamnya atau melakukan sujud secara bersendirian tanpa menurut imamnya adalah batal solatnya. Cara melakukan kedua sujud ini ialah dengan memulakannya dengan takbir untuk turun sujud dan tidak perlu mengangkat tangan semasa bangun dari sujud. Manakala rukunnya ialah bertakbir, sujud dan salam.

    Dan syaratnya pula seperti solat berkeadaan suci dan tidak terlalu lama perceraiannya dengan bacaan ayat tersebut. Sedangkan sujud syukur pula dilakukan di luar solat apabila mendapat sebarang nikmat atau terlepas dari bahaya dan bala bencana atau melihat bala bencana. Wallahualam.


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    40 Replies
    12057 Views
    Last post 07 October, 2010, 08:25:43 AM
    by putra_aftus
    18 Replies
    22380 Views
    Last post 14 June, 2012, 12:54:28 PM
    by keMuNcUpp
    13 Replies
    5920 Views
    Last post 16 May, 2010, 09:06:36 PM
    by msa