Bacaan Talkin.

*

Author Topic: Bacaan Talkin.  (Read 11155 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

apepelloza

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
Reply #20 02 July, 2008, 05:13:12 PM
  • Publish
  •  :)
    baru 2 nie,ana ada menghadiri upucara pengebumian sahabat ana.dalam bacaan talkin ada disebut "siapa bapa kamu?" dan jawapanya adalah "Nabi Ibrahim a.s".Ana ada kemusyikilan mengenai Nabi Ibrahim a.s sebagai bapa.boleh rakan2 beri jawapan...tima kasih....
    « Last Edit: 23 September, 2010, 07:42:22 AM by Ummi Munaliza »

    beruang

    • *
    • Posts: 1352
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #21 10 April, 2009, 07:48:46 PM
  • Publish
  • Lekas, lekas tolong member kita ni... Ana pun tak tahu bab ni...
    :) baru 2 nie,ana ada menghadiri upucara pengebumian sahabat ana.dalam bacaan talkin ada disebut "siapa bapa kamu?" dan jawapanya adalah "Nabi Ibrahim a.s".Ana ada kemusyikilan mengenai Nabi Ibrahim a.s sebagai bapa.boleh rakan2 beri jawapan...tima kasih....

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #22 10 April, 2009, 09:43:20 PM
  • Publish
  • saya pernah ke majlis talkin, tetapi seingat saya tidak ada pertanyaan tentang siapa bapa kamu.
    yang ada hanya 5 perkara, iaitu:

    siapakah Tuhan kamu?
    siapakah Nabi kamu?
    apakah agama kamu?
    apakah kiblat kamu?
    siapakah saudara kamu?

    kemudian, ditanyakan tentang iktikad, dan jawapannya ialah "lailahaillallah"

    boleh saya tahu di mana peristiwa ini terjadi?
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #23 18 April, 2009, 12:57:04 AM
  • Publish
  • di sini saya ingin memetik satu petikan dari kitab fathu-rabbani, karangan syeikh abdul qadir jilani. mungkin saudara boleh hubung-kaitkan dengan peristiwa tersebut.

    Nabi Ibrahim as telah memperoleh teman sebelum baginda menemukan jalannya, baginda telah memperoleh jiran sebelum baginda memperoleh rumahnya, baginda telah memperoleh kententeraman sebelum ketakutan, memperoleh redha sebelum qadar. belajarlah kamu daripada bapamu Ibrahim as. ikutilah dia dalam perkataan dan perbuatan.

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #24 22 September, 2010, 07:25:04 PM
  • Publish
  • Bacaan ketika Tahiyat Akhir
    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Zulhelmi Wahab

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #25 23 September, 2010, 12:18:49 AM
  • Publish
  • Saya tak pernah dengar soalan yang sebegitu semasa talkin. Sudah banyak urusan pengebumian saya hadir tapi tak ada soalan yang sebegitu. 

    jiwakal

    • *
    • Posts: 48
      • View Profile
    Reply #26 23 September, 2010, 12:33:21 AM
  • Publish
  • ALLAH YA SALAM....benar kah bacaan talkin ini yg di amalkan?????? siapakah yg ajar n bawa ajaran ini.................?? adakah Allah REDHAI?????? dan adakah adat telah menjadi agama sehingga hilang kebenaran Allah???? KESIAN MEREKA YG MATI TANPA JASAD YANG MANA TIADA TALIAN HAYAT(BACAAN TALKIN)....... JASAD DI MAKAN DAN KE DALAM PERUT BUAYA ,MATI DI BAHAM HARIMAU,MATI LEMAS TAK DI JUMPAI,MATI HANGUS MENJADI ABU........MAKA TIADA LAH KEADILAN YANG MANA SEBENAR NYA ALLAH MAHA ADIL.......TIADA LAH SYUFAAT BAGI MEREKA YANG HIDUP KEPADA MEREKA YG MATI TANPA JASAD DAN TIADA PULA TALIAN HAYAT (TALKIN)....APAKAH YG KAMU BICARAKAN PADA JASAD YG KOSONG TANPA ROH??????....moga Allah yg MAHA MEMBERITAHU menyampaikan......syukur YA RAHMAN YA ROHIM...

    Amir~Hasif

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #27 23 September, 2010, 08:45:37 AM

    panjang ceritanya..
    kalau xsilap ada dalam kisah imam ahmad berkenaan kisah talkin ni..~
    ...Apa yg dicari, tidak ada mata utk melihat. tiada telinga utk mendengar. tiada mulut utk bicara. yg tinggal, berseorangan di alam sana~

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #28 23 September, 2010, 08:56:55 AM
  • Publish
  • ALLAH YA SALAM....benar kah bacaan talkin ini yg di amalkan?????? siapakah yg ajar n bawa ajaran ini.................?? adakah Allah REDHAI?????? dan adakah adat telah menjadi agama sehingga hilang kebenaran Allah???? KESIAN MEREKA YG MATI TANPA JASAD YANG MANA TIADA TALIAN HAYAT(BACAAN TALKIN)....... JASAD DI MAKAN DAN KE DALAM PERUT BUAYA ,MATI DI BAHAM HARIMAU,MATI LEMAS TAK DI JUMPAI,MATI HANGUS MENJADI ABU........MAKA TIADA LAH KEADILAN YANG MANA SEBENAR NYA ALLAH MAHA ADIL.......TIADA LAH SYUFAAT BAGI MEREKA YANG HIDUP KEPADA MEREKA YG MATI TANPA JASAD DAN TIADA PULA TALIAN HAYAT (TALKIN)....APAKAH YG KAMU BICARAKAN PADA JASAD YG KOSONG TANPA ROH??????....moga Allah yg MAHA MEMBERITAHU menyampaikan......syukur YA RAHMAN YA ROHIM...
    taklin untuk si peziarah yg masih hidup dan mendengar apa itu taklin- maka cari lah jawapan dari soalan bocor itu-
    yg mati tetap mati ... itu urusan dia dengan TuhanNya.... kita cuma menyampaikan dan meyempurnakan jasadNya...
    yg mati tanpa jasad-buat yg solat ghaib... heeeeeee -senyum-
    Islam itu mudah dan tak perlu di susahkan... indah kan.

    Amir~Hasif

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #29 23 September, 2010, 09:05:26 AM

    cuma ada 1 kemusykilan.. camana plk dalam talkin ada dialog antara imam dgn jenazah yg dah ditimbus tu?

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #30 23 September, 2010, 09:14:21 AM
  • Publish
  • ALLAH YA SALAM....benar kah bacaan talkin ini yg di amalkan?????? siapakah yg ajar n bawa ajaran ini.................?? adakah Allah REDHAI?

    panjang ceritanya..
    kalau xsilap ada dalam kisah imam ahmad berkenaan kisah talkin ni..~

    Boleh tak tulis kat sini cerita Imam Ahmad tu?
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Amir~Hasif

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #31 23 September, 2010, 09:24:19 AM
  • Publish
  • ada sedikit penerangan sejarah berkenaan talkin dan kata2 imam syafi'e :

    “Mohonlah kepada Allah baginya (yakni bagi si mati) akan ketetapan (yakni ketetapan dalam menjawab fitnah kubur),”
    dan wasiat Sayyidina ‘Amr bin al-’Aash:
    “Berdirilah kamu di sisi kuburku (walaupun hanya) selama kadar menyembelih seekor sembelihan dan membahagi-bahagi dagingnya, sehingga aku dapat merasakan ketenangan dengan kalian dan aku mengetahui dengan apa akan aku kembalikan utusan-utusan Tuhanku (yakni Munkar dan Nakir)”, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shohihnya. Sentiasalah penduduk Kota Syam beramal dengan amalan talqin ini sejak zaman permulaan Islam lagi, iaitu zaman di mana orang-orangnya dijadikan ikutan.

    Maka berkata para sahabat kami (yakni ulama Syafi’i): ” Dan duduklah orang yang membaca talqin itu di sisi kepala kuburan si mati, dan adapun anak kecil yang belum baligh dan seumpamanya, maka tidaklah ditalqinkan.”

    Amir~Hasif

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #32 23 September, 2010, 09:25:17 AM
  • Publish
  • dari imam Nawawi Rahimahullah :

    Imam an-Nawawi rhm. menulis dalam kitab “Raudhatuth Tholibiin” seperti berikut:-
    … Dan mustahab hukumnya mentalqinkan mayyit setelah dikebumi. Maka dikatakan: “Wahai hamba Allah anak hamba perempuan Allah, ingatlah dengan apa yang atasnya engkau keluar meninggalkan dunia, iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sesungguhnya syurga itu benar, neraka itu benar, kebangkitan itu benar, hari kiamat pasti datang tanpa keraguan, dan Allah akan membangkitkan sesiapa sahaja dari kubur. Sesungguhnya engkau telah redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi, al-Quran sebagai panutan, ka’bah sebagai qiblat dan kaum mukminin sebagai saudara”. Telah warid dengannya hadits Junjungan Nabi s.a.w.

    Amir~Hasif

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #33 23 September, 2010, 09:25:58 AM
  • Publish
  • ALLAH YA SALAM....benar kah bacaan talkin ini yg di amalkan?????? siapakah yg ajar n bawa ajaran ini.................?? adakah Allah REDHAI?

    panjang ceritanya..
    kalau xsilap ada dalam kisah imam ahmad berkenaan kisah talkin ni..~

    Boleh tak tulis kat sini cerita Imam Ahmad tu?

    ana silap, kisah dari mam syafi'e.. asif~

    jiwakal

    • *
    • Posts: 48
      • View Profile
    Reply #34 23 September, 2010, 12:36:51 PM
  • Publish
  • ALLAH YA SALAM....benar kah bacaan talkin ini yg di amalkan?????? siapakah yg ajar n bawa ajaran ini.................?? adakah Allah REDHAI?

    panjang ceritanya..
    kalau xsilap ada dalam kisah imam ahmad berkenaan kisah talkin ni..~

    Boleh tak tulis kat sini cerita Imam Ahmad tu?

    ana silap, kisah dari mam syafi'e.. asif~

    moga ALLAH Ya Rahman Ya Rahim yang MAHA MEMBERITAHU menyampaikan pada yg berkehendak......Terima kasih Ya Allah..

    Amir~Hasif

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #35 23 September, 2010, 12:53:22 PM
  • Publish
  • ALLAH YA SALAM....benar kah bacaan talkin ini yg di amalkan?????? siapakah yg ajar n bawa ajaran ini.................?? adakah Allah REDHAI?

    panjang ceritanya..
    kalau xsilap ada dalam kisah imam ahmad berkenaan kisah talkin ni..~

    Boleh tak tulis kat sini cerita Imam Ahmad tu?

    ana silap, kisah dari mam syafi'e.. asif~

    moga ALLAH Ya Rahman Ya Rahim yang MAHA MEMBERITAHU menyampaikan pada yg berkehendak......Terima kasih Ya Allah..

    apa maksud anta~

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #36 25 September, 2010, 05:39:25 PM
  • Publish
  • Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
    Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad

    Apakah hukum mentalkinkan mayat ?
    Mentalkinkan mayat adalah SUNAT

    Makna talkin ialah mendoakan bagi si mati agar dikurniakan ketetapan dan taufiq dalam menjawab
    persoalan malaikat di dalam Kubur .
    dalil mengenainya banyak antaranya ...

    Daripada Amru ibn al 'Aass r.a berkata

    فإدا دفنتموني فشنوا علي التراب شنا، ثم أقيموا حول قبري قدر
    ما تنحر جزور ويقسم لحمها حتى أستأنس بكم وأنظر ماذا
    أراجع به رسل ربي

    "Apabila kalian telah mengkebumikan aku maka timbuslah jenazahku dengan tanah sehingga rata,
    kemudian hendaklah kalian berdiri selepas itu di sekeliling kuburku kira-kira selama masa menyembelih unta
    dan bahagikan dagingnya  sehingga aku dapat bermesra dengan kalian dan sehingga aku mengetahui  apa
    yang akan aku jawab kepada utusan-utusan tuhanku " ..Diriwayatkan oleh Muslim
     
    Negeri Sembilan Darul Khusus adalah negeri yang telah mewartakan fatwa berhubung talqin.
    Di mana dalam Warta Kerajaan Jil. 50 No. 19 bertarikh 11 September 1997 mewartakan fatwa berikut:-

    1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati) dan atau selepas dikebumikan.
    2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata di sisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W. hingga akhir talqin.
    3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -
    (a) membid’ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat.
    (b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah
    dilarang.
    (c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa
    bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.
    4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong
    mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perenggan.

    Mudah-mudahan ...
    Allahumma Amin ya Lathiff
     
    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    Aku_Anak_Mak

    • *
    • Posts: 136
      • View Profile
    Reply #37 03 March, 2011, 11:27:51 AM
  • Publish

  • Copy dan pasta...

    Hadis riwayat Tsauban ra. maula Rasulullah saw.:

    Bahwa Rasulullah saw. bersabda:

    Barang siapa menyalati jenazah, maka ia mendapatkan satu qirath. Jika ia menghadiri penguburannya, maka ia mendapatkan dua qirath. Satu qirath sama dengan gunung Uhud.

    Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata:
     
    Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur.
    Aku  Yang Bengong

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #38 19 October, 2011, 07:13:43 PM
  • Publish
  •  سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

    Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
    Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
    Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
    Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
    Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
    Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
    Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu : Mereka berkata:
    Siapakah Tuhan kamu?
    Siapakah Nabi kamu?
    Apakah agama kamu?
    Apakah kiblat kamu?
    Siapakah saudara kamu?
    Apakah pegangan iktikad kamu?
    Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
    Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
    Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
    Hendaklah kamu jawab begini:

    Allah Taala Tuhanku,
    Muhammad nabiku,
    Islam agamaku,
    kitab suci Al-Quran ikutanku,
    Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah”.

    Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
    Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
    Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
    Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
    Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
    Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
    Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.         

    « Last Edit: 20 October, 2011, 08:47:27 AM by 5zul »

    adi-tok pulau m

    • *
    • Posts: 79
      • View Profile
    Reply #39 19 October, 2011, 10:43:21 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah! Tiada satu soalan pun  bakal dikemukakan oleh dua orang malaikat Allah keatas setiap diri roh
    mengadap Ilahi dikuburan berkaitan diri orang lain. Semua kembali kepada diri sendiri.

    Jadi kenapakah dunia asyik mempersoalkan hal-hal orang lain?
    Walhal hendak dihadapi dikuburan adalah diri sendiri.  Sepatutnya dunia ini sebaik-baik tempat
    muhasabah diri. Persoallah segala-galanya sebelum bertemu mati. Talkinlah sungguh-sungguh
    meskipun sehingga mengalir air mata. Mudah-mudahan dosa sepanjang hidup disirami
    keampunan dan sentiasalah basah dengan air taubat.

    Fakir hanya terpanggil...... dalam pasrah...... kasih sayang sesama insan.
    Mudah-mudahan sekelian mukmin yang berada dalam medan halaqah ini sama-sama
    dianugerah Allah kebaikan.

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    11688 Views
    Last post 06 September, 2009, 03:46:50 PM
    by gurutajwid
    6 Replies
    8748 Views
    Last post 05 May, 2010, 10:00:11 PM
    by ibnukadri
    27 Replies
    100435 Views
    Last post 10 May, 2010, 09:17:01 PM
    by damak09