Persediaan Seorang Pendakwah

*

Author Topic: Persediaan Seorang Pendakwah  (Read 8232 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

abu atiyah

  • *
  • Posts: 387
    • View Profile
28 May, 2007, 05:15:02 PM
  • Publish
  • PERSEDIAAN SEORANG PENDAKWAH

    MUQADDIMAH

    1.   Seseorang muslim / pendakwah yang ingin menceburkan diri dalam dunia dakwah mestilah terlebih dahulu membuat beberapa persediaan awal sebelum menerjunkan dirinya ke dalam bidang dakwah ini. Ini memandangkan ianya satu bidang yang memerlukan kepada seorang da’ie yang benar-benar mempunyai ketahanan diri dan bekalan-bekalan yang secukupnya untuk melicinkan kerja-kerjanya.

    Persediaan-persediaan yang perlu :

    1.   Persediaan yang paling utama ialah bersedia menerima ujian Allah Taala.Ia merupakan peraturan dan syarat untuk berjaya.
    Firman Allah Taala ;
    " ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين "

    Bentuk-bentuk ujian seperti dituduh, difitnah, diugut, dibuang pekerjaan dan sebagainya. Inilah persediaan Rasul dan nabi-nabi sebelum ia diberikan tugas kerasulan. Sebagaimana yang kita lihat di dalam sirah Rasulullah saw umpamanya. Baginda terlebih dahulu diberikan latihan-latihan jasmani dan rohani sebelum kerasulannya.

    Faktor yang menjadikan kita bersedia.

    1.   Iman yang kuat.

       Iman adalah senjata yang terkuat dalam diri seseorang da’ie untuk membolehkannya berasa yakin dan berani berjuang dan menempuh segala ujian di jalan dakwah ini.

    a)   Dengan iman yang kuat kita meyakini Qada’ dan Qadar di tangan Allah.
    b)   Rezeki hamba itu ditangan Allah.
    c)   Yakin bahawa Allah sentiasa bersamanya dan sentiasa memerhati gerak gerinya.Firman Allah :

    " ما يكون من نجوى ثلاثة إلا هو رابعهم ولا خمسة إلا هو سادسهم ولا أدنى من ذلك ولا أكثر إلا هو معهم أينما كانوا "

    2.   Bersedia untuk bekerja.

       Firman Allah Taala :
    " وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله "

    Kerja-kerja yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk Islam yang bertujuan untuk hanya mencari keredhaan Allah Taala.


    3.   Persediaan Ilmu Pengetahuan

       Tanpanya seseorang da’ie akan menghadapi kesulitan di jalan dakwah. Bagaimana mungkin ia menyatakan kebenaran Islam / kesyumulan Islam kepada masyarakat sedangkan ia sendiri tidak tahu apa itu Islam apa itu kesyumulannya.

       Ilmu pengetahuan Islam itu :
    a)   Al-Quran dan tafsirnya.
    b)   Sunnah Nabawiyah.
    c)   Sejarah Nabawi.
    d)   Ilmu tauhid.
    e)   Fiqh dan Usul.
    f)   Ilmu tarbiah.
    g)   Sistem perundangan.

    4.   Persediaan menjadikan diri sebagai Qudwah Hasanah.

       Kita sebagai Ad-Da’ie adalah perlu menjadikan diri kita sebagai contoh yang baik kepada masyarakat. Bagaimanakah masyarakat boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.

    Sifat yang perlu ada pada da’ie :
    a)   Sentiasa benar dalam semua perkara.
    b)   Amanah.
    c)   Lemah lembut.
    d)   Rendah diri.
    e)   Kasih sayang.

    Firman Allah taala:
    " أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون "

    5.   Persediaan membawa kebenaran.

    Hadis :
    "قل الحق ولو كان مرا"
       Firman Allah Taala :
    " يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين"
       Sumber ilmu dan perundangan mestilah dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.setiap perselisihan perlu dirujuk kepada kedua sumber terbesar ini.

    6.    Persediaan dari segi rohani.

       Kebersihan rohani akan menjadikan seorang insan itu bertaqwa,mukmin,soleh dan kuat.Ia juga memberikan kesan yang besar kepada dakwah. Doa dari rohani yang suci akan mudah dimakbulkan oleh Allah.
    Firman Allah Taala :
    " يا أيها الذين آمنوا إن تتقوا الله جعل لكم فرقانا ويكفر عنكم سيئاتكم ويغفر لكم والله ذو الفضل العظيم "

    Cara untuk mendapat darjat ketaqwaan adalah dari :

    a)   Mu’ahadah ( ambil masa untuk tenang janji kita dengan Allah)

    Firman Allah Taala : ألست بربكم قالوا بلى شهدنا – إياك نعبد وإياك نستعين
    b)   Muraqabah.Mengawasi diri.
    Hadis : أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
    c)   Muhasabah Firman Allah Taala :
    "يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وانتظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون "

    d)   Mu’aqabah ( membalas semula dosa yang kita lakukan maksudnya, kita menggantikaknnya dengan kebaikan)
    Firman Allah Taala :
    " ولكم فى القصاص حياة يا أولى الألباب لعلكم تتقون"


    7.    Persediaan kesungguhan dalam bekerja.

    Firman Allah Taala :
    " والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا "

    Faktor menjadikan kesungguhan bekerja :
    1.   Akidah yang sahih.
    2.   Ikhlas.
    3.   Menyedari bahawa pekerjaan kita akan dihisab di hadapan Allah.

    8.    Persediaan dari segi harta,jiwa dan waktu.

    Firman Allah :

    "انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا فى سبيل الله بأموالكم و؟أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون"
    PENUTUP

       Inilah secara ringkas beberapa cara atau persediaan yang perlu ada pada setiap da’ie sebelum menceburkan diri ke medan dakwah. Semoga kita sama-sama dapat manfaatkannya demi mencapai kejayaan dalam perjalanan ini.   
    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    Liyana_Afifah

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Reply #1 05 December, 2007, 01:19:24 AM
  • Publish
  • Dipetik daripada buku : TARBIYYAH JIHADIYYAH (JILID I)
    Oleh: ASY-SYAHID DR. 'ABDULLAH 'AZZAM

    Da'wah Islamiyyah telah menyumbangkan teladan dan contoh yang tiada bandingannya. Telah banyak berkorban putera-putera Islam di atas jalan ini sepanjang sejarah. Darah mereka menjadi api obor bagi generasi-generasi yang datang sesudah mereka. Hassan al-Banna telah dibunuh di jalan protokol terbesar di Kota Qaherah, Lapangan Ramses, dan kemudian dihabiskan nyawanya di kamar bedah rumah sakit. Tidak ada yang menyembahyangkan jenazahnya selain empat orang perempuannya sahaja. Namun darahnya telah menghidupkan generasi-generasi sesudahnya di bumi ini.

    Jika 'Abdul Qadir Audah, Muhammad Farghali, Yusuf Tol'at, Handawi Dawir, Ibrahim Toyyib, Mahmud Latif, Seyyid Qutb, 'Abdul Fattah Isma'il, Muhammad Yusuf Hawwasy, Soleh Sirriyyah dan Karim al-Andhuli serta yang lain dapat mereka bunuh, namun darah mereka tidak hilang sia-sia. Darah mereka laksana api yang menggegarkan dada-dada generasi Islam yang berusaha untuk menegakkan Deen ALLAH S.W.T.

    Mengikuti jalan mereka sebelumnya. Al-Qassam, Sallamah dan Al-'Izzu bin 'Abdus Salam serta yang lainnya. Mereka telah menerangi kita dengan nyala api untuk kita pegang dalam melangkah di atas jalan da'wah. Darah-darah mereka merupakan menara petunjuk bagi generasi-generasi yang mahu mencari petunjuk.

    Hamidah Qutb pernah bercerita kepadaku (Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam). Katanya : "Pada 28 Ogos 1966. Hamzah Basiyuni, Pengarah Penjara memanggilku. Lalu dia memperlihatkan keputusan hukuman mati ke atas Seyyid Qutb, Hawwasy dan 'Abdul Fattah Isma'il, kepadaku. Lantas dia mengatakan : "Kita masih punya kesempatan terakhir untuk menyelamatkan Ustaz (Seyyid Qutb), yakni dia harus minta maaf. Dia akan diringankan dari hukuman mati, dan sesudah enam bulan dia akan keluar dari penjara dalam keadaan sihat wal'afiat. Kalau dia jadi dibunuh, maka demikian itu bererti satu kerugian bagi seluruh dunia. Pergi dan pujuklah dia supaya mahu minta maaf."

    Hamidah menyambung : "Lalu aku pergi menemuinya di penjara. Sampai di sana kukatakan kepadanya. Sesungguhnya mereka mengatakan jika engkau mahu minta maaf, maka mereka akan meringankan hukuman matimu." Maka dia menjawab : "Atas kesalahan apa aku harus minta maaf wahai Hamidah? Apakah kerana aku ber'amal di pihak Rabbul 'Izzati? Demi ALLAH, sekiranya aku bekerja untuk pihak lain selain ALLAH tentu aku akan minta maaf. Akan tetapi sekali-kali aku tidak akan minta maaf kerana ber'amal di pihak ALLAH. Tenanglah wahai Hamidah, sekiranya umur belum waktunya habis maka hukuman mati itu tidak akan jadi dilaksanakan. Tidak berguna sama sekali maaf itu untuk mempercepat ajal atau mengakhirkannya."

    Itulah jiwa yang disalut iman!! Kekuatan apakah ini?!! Keteguhan hati apakah ini?!! Tali gantung nampak di depan matanya, namun dia masih sempat menenagkan hati yang hidup atas QudratuLLAH dan qadarNYA.

    Basyir al-Ibrahim mengatakan : "Pernah suatu ketika, aku berada dekat Raja Faruq (Raja Mesir waktu itu). Aku mendengar mereka tengah berbisik-bisik tentang rancangan pembunuhan Hassan al-Banna. Maka aku segera pergi menemui Hassan al-Banna dan kukatakan kepadanya (dengan membaca ayat al-Quran) :
    "Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata : Wahai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu." (Surah al-Qasas : 20)

    Maka dia menjawab : "Apakah engkau berfikir begitu (dia ulang tiga kali), ketahuilah :
    "Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki) NYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Tolaq : 3)

    Sesungguhnya kalau kematian sudah menjadi ketentuan ALLAH, maka kewaspadaan itu tidak akan dapat menjadi penyelamat.

    "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu...Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..." (Imam Nawawi)

    rich_km

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #2 11 May, 2009, 10:53:32 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Sungguh benarlah itu. TAPI.....Buat masa ini; untuk membekalkannya kepada seseorang mengambil masa yang panjang dan komitmen yang tinggi. Sepanjang hayat mendalaminya. Dah tua baru penuh ilmu di dada. Baru nak mula berjuang; dah habis umur.

    Saya mencadangkan agar kita menggunakan bahan-bahan sedia ada dalam diri kita. Mantapkan kefahaman Islam (yang mudah dan simpel itu) sekitar konsep dan prinsipnya sahaja. Kenali kekuatan dan kelemahan kita. Kenali kekuatan dan kelemahan musuh kita. Terus berjuang.... Yang ini dapat diaplikasi oleh ramai orang secara serentak di seluruh dunia.

    Kekuatan kita: 1. Agama kita benar   2. Sumber kita otentik (al-Quran)   3. Kita ada syariat (maksudnya kita agama yang praktikal) 4. Islam agama fitrah (maksudnya sentiasa selari dengan akal, logika dan rasional) 5. Kita ada sampel (maksudnya kita ada hadis).

    Kelemahan kita: 1. Kita suka bertengkar, berhujah dan berbahas   2. Kita sering lupakan Tuhan   3. Kita tidak bersyukur  4. Kita bodoh (sebab selalu tertipu oleh dunia dan sering menjadi mangsa manipulasi Iblis).

    Kekuatan Mereka: 1. Mereka berstrategi (hasut, fitnah dan manipulasi).  2. Mereka istiqamah.   3. Mereka ada penasihat dan pembimbing (yakni Iblis).

    Kelemahan Mereka: 1. Mereka batil (sebab itu mereka takut berdepan dan sering lari-lari)   2. Mereka tidak mendapat pertolongan Tuhan.

    Nota: Kita kalah kerana kita tak buat apa-apa sebab sudah hilang keyakinan diri setelah untuk jangka masa begitu panjang telah diprovokasi melalui penjajahan geografi, penjajahan persepsi dan penjajahan ekonomi.

    Bangkitlah. Ruang kita masih sangat luas.

    Wassalam.
    « Last Edit: 11 May, 2009, 10:55:20 AM by rich_km »

    Putih_Hitam

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #3 05 January, 2010, 07:38:25 AM
  • Publish

  • Selain berdakwah dengan mengajar, pendakwah juga sentiasa berterusan belajar. Hasil ilmu asas yang baik dalam diri dijadikan modal untuk meneruskan pembacaan dan galian ilmu yang tiada tara didalamnya.

    Seseorang yang menuntut ilmu sering diingatkan Rasulullah SAW supaya berterusan menjaga keikhlasan. Ilmu yang dicari serta digali dengan niat menunjuk lebih pandai dan alim, jaguh berdebat, mengelirukan orang ramai, menutup kesalahan diri juga seumpamanya, akan pasti membuahkan ilmu yang memporak perandakan masyarakat, bukan menyatupadukan.

    Bukankah ilmu sepatutnya membawa kepada Allah SWT dan semua pihak yang bersama-Nya akan bersatu padu. Itulah formula yang ditegas oleh Yang Esa: “Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman) walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah SWT telah mempersatukan hati mereka (Al-Anfaal: 63).


    Dirinya merasakan sedang berjuang habis-habisan menghapuskan kemungkaran dan kekeliruan dalam agama. Dirasakan dirinya sentiasa di pihak yang benar lagi tepat hingga kebenaran yang dirasakan berada dipihaknya itu menghalalkan dirinya untuk menyesat, mengkafir, membid’ahkan dan menghukum orang juga pihak lain seolah tiada lagi ruang juga kemungkinan kebenaran berada di pihak satu lagi.

    Akhirnya, syaitan mengambil alih, mengubah niatnya daripada menuntut ilmu secara ikhlas untuk mencapai reda Allah SWT kepada menuntut ilmu supaya boleh mempertahankan kumpulannya, ideanya, maruahnya, dan periuk nasinya. Lalu malang mereka... apakah yang boleh menyedarkan mereka? Wallahu’alam.

    puspawatie

    • *
    • Posts: 207
      • View Profile
    Reply #4 07 May, 2010, 03:03:05 PM
  • Publish
  • yang paling utama...niat kita...betulkan niat...nak buat keja dakwah nie kerana nak bangkitkan agama ALLAH...

    rich_km

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #5 19 June, 2010, 04:50:40 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Dalam satu kuliah di sebuah maktab perguruan, seorang pensyarah jemputan menunjukkan seketul ais di dalam sebuah balang kaca bertutup. Untuk beberapa ketika dia menyuruh para bakal cikgu tu membuat pemerhatian sehinggalah balang kaca itu berpeluh. Lalu pensyarah itu berkata:

    "Siapa boleh menerangkan dari mana datangnya air yang berada di lura balang itu?". Para bakal guru terkedu seketika.

    Pensyarah itu menyambung kata: "Saya percaya semua kamu tahu aan jawapannya, kan?".

    Spontan dan serentak mereka kata: "Betul..!".

    "Itulah bezanya guru dengan bukan guru. Untuk menjadi guru anda mesti punya kemahiran bagaimana menjelaskannya bukan sekadar mengetahuinya"; ulas pensyarah jemputan itu.

    NOTA: Begitu juga dengan tugas dakwah. Biar kita cuma ada kalimah 'lailaha illallah'; sebarkalah. Untuk itu; mari kita sama-sama mempelajari kaedahnya. [Sebagai seorang pesara guru, sekarang 60, dan bekas pensyarah sambilan bidang metodologi saya bersedia berkongsi dengan anda]. 

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #6 06 January, 2011, 09:11:24 AM
  • Publish

  • INGAT!  Setiap pendakwah perlu mempunyai persediaan dan latihan bagi memastikan pendengar berpuas hati dengan isi penyampaian.

    Seorang mahasiswa pernah berkata," Saya sedar saya tidaklah solehah,sebab itu saya perlukan kawan yang soleh untuk membimbing saya."

       Seorang mahasiswa lain pula berkata,"Saya memang tidak berapa alim,sebab itu saya kena pilih kawan yang sempurna macam sahabat nabi s.a.w.Saya boleh tumpang kelebihan yang ada padanya."

       Sampai bilakah mereka ini akan menanti kawan yang sebaik sahabat nabi s.a.w dan rakan yang boleh membimbing mereka?Senangkah mereka ini dijumpai?Kalau sampai bila-bila pun tidak dijumpai,adakah mereka akan begitu selama-lamanya?

      Hampir kebanyakan kita suka berharap dan meninjau jika ada seseorang yang akan datang  'menyelamatkan' agama islam.Ramai remaja kita suka menunggu kalau-kalau ada sesiapa yang dirasakan 'layak' untuk berdakwah kepada mereka.Kenapa dalam soal agama mereka suka menunggu dan bertangguh?

     Berbeza pula dalam soal mencari duit,hampir semua orang rela hati bertindak pantas dan tidak bertangguh.Kalau bab mencari rezeki dan kekayaan,mereka berhempas-hempas berusaha menjadi orang kaya dan tidak menunggu orang lain memberi wang kepada mereka.Tapi malangnya,lain pula terjadi kepada agama.Kenapa mereka tidak membina peribadi yang mulia itu sendiri?kenapa sebagai Muslim,masing-masing tidak berusaha membawa akhlak Rasulullah s.a.w dan menjadi pendakwah itu sendiri?

     Menjadi seorang pendakwah tidak semestinya lulus ijazah usuluddin atau syariah.Bukan semestinya perlu masuk universiti atau lulus peperiksaan tertentu.Menjadi pendakwah ini ialah keupayaan menguasai akahlak mulia dan memahami nas al-Quran dan hadis nabi s.a.w dengan baik.Ia tidak memerlukan proses pendidikan formal atau pembelajaran rasmi.Yang penting ilmu yang diambil itu sahih dan tepat berdasarkan rujukan yang betul.Sijil dan kelulusan itu sebagai jaminan tambahan sahaja.Malah ada juga yang mempunyai sijil dan kelulusan tetapi tidak mempunyai ilmu daripada pusat pengajian tinggi.

    Pendakwah itu fleksibel.Mereka tidak semestinya orang yang berada dalam bidang agama.Kita sudah melihat bukti secarajelas bahawa sesiapa pun boleh menjadi pendakwah.Kita sendiri adalah
    ROLE MODEL gaya hidup islam.Sebagaimana kita tahu pada zaman sekarang ada penceramah agama lulusan jurutera dan perundangan.Ada pula pendakwah bebas yang dahulunya adalah pelakon televisyen.Ini menunjukkan bahawa ilmu dan agama itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja dan boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja.Tidak semestinya pendakwah itu adalah dari golongan ustaz atau agamawan.

     Oleh yang demikian,kita perlu keluar dari sisi gelap kejahilan dan menjadi seorang yang mampu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.Kita perlu tahu mana yang putih dan mana yang hitam,mampu mengenal pasti mana dosa dan pahala.Jika kita sendiri tidak tahu sesuatu tentang islam atau buta agama,bagaimana kita akan selamat di dunia dan mendapat syurga Allah S.w.t.jangan bertangguh lagi,semua orang perlu menjadi pendakwah!!
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    bl4ck_arrow

    • *
    • Posts: 45
    • لا اله الا الله محمد رسول الله
      • View Profile
    Reply #7 17 January, 2011, 02:02:47 PM
  • Publish
  •  :)

    Untuk menjadi da'ie bukan perlu pada adat tapi pada adab
    Untuk menjadi da'ie bukan perlu pada pangkat tapi pada sifat

    Adalah satu kesilapan bila beranggapan bahawa da'ie itu seharusnya yang berkelulusan agama sama ada merangkumi salah satu, beberapa mahupun kesemua cabangannya...Inilah "adat" yang difahami sebilangan besar manusia sehingga menjadi budaya di kalangan kita, hanya yang belajar agama boleh jadi da'ie...
    Juga satu kepincangan bila beranggapan bahawa da'ie itu seharusnya yang berkedudukan Mufti, Qadhi, Ustaz/Ustazah, Imam, Kiyai, Lebai dsb...Inilah "pangkat" yang difahami sebilangan besar manusia sehingga melekat dalam fikiran di kalangan kita, hanya mereka yang begini boleh jadi da'ie...

    Diakui, kedua-dua faktor di atas bagi seorang da'ie adalah sebagai suatu kelebihan...kerana dalam menjalankan kerja da'wah, seorang da'ie menyeru kepada yang haq, yang sebenar-benar haq...
    Dengan mempelajari ilmu agama, akan mendatangkan isti'dad dalam mengenali serta mengamalkan yang haq...Dengan kedudukan sebagai ahli agama akan mendatangkan jazbah dalam memperkatakan serta menerapkan yang haq...Namun faktor yang lebih utama dalam persediaan menjadi da'ie adalah adab DAN sifat...cara perlaksanaan da'wah mengikut kaedah Rasulullah saw disertai nilai-nilai diri yang mesti dibentuk dalam menyempurnakan da'wah tersebut...

    Rasulullah saw merupakan manusia pilihan Allah yang diutuskan untuk menyeru manusia ( dan jin ) seluruh alam kepada LAA ILAAHA ILLALLAH...Inilah juga kerja kenabian yang didukung oleh setiap nabi dan rasul terdahulu, dalam keadaan miskin atau kaya, rakyat biasa atau penguasa, berpenyakit atau sihat sejahtera, bahkan segala macam ujian dan keadaan...ada yang diutus hanya untuk dirinya, ada yang diutus hanya untuk keluarganya, ada yang menjadi utusan hanya untuk kaumnya, dan ada pula yang menjadi utusan hanya untuk daerahnya atau negara/kerajaannya...zahirnya Nabi Muhammad saw seorang yang ummiy, namun segala ilmu langit dan bumi milik Allah swt diwahyukan kepada baginda untuk disampaikan kepada setiap manusia sehingga ke hari kiamat. Maka baginda saw telah menjalankan kerja kenabian ini dengan menyeru manusia melalui kaedah yang diwahyukan oleh Allah swt. Kaedah inilah yang telah Allah swt perintahkan Rasulullah saw isytiharkan sebagai "(hanya sanya) inilah jalanku, (untuk) mengajak kepada Allah swt"...dan dengan kaedah ini, Allah swt telah beri kejayaan dalam da'wah Rasulullah saw...
    Namun, sudah menjadi sunnatullah, hayat semua para nabi dan rasul a.salam tidak panjang, setiap mereka diwafatkan setelah sempurna da'wahnya...setelah wafatnya nabi dan rasul a.salam, ummat-ummat terdahulu mula jauh dari agama sehinggalah datang keputusan Allah swt untuk membinasakan kesemuanya...Memahami maksud baginda saw diutuskan sebagai rahmatulil 'aalamiin, ya'ni baginda saw menjadi rasul bukan hanya untuk zamannya, bahkan sehingga hari kiamat, maka Rasulullah saw telah menyediakan para sahabat r.anhum dengan kerja kenabian mengikut kaedah tadi...di antara para sahabat r.anhum, ada yang berkebun, ada yang menternak haiwan, ada yang berniaga, ada yang mengambil upah membantu kerja-kerja dsb...walaupun para sahabat r.anhum berbeza latarbelakang dan sifat, namun Rasulullah saw telah berjaya menyediakan para sahabat r.anhum dengan satu semangat kerja yang sama dalam menjalankan da'wah...Adab da'wah mengikut kaedah Rasulullah saw inilah yang telah berjaya disempurnakan oleh para sahabat r.anhum walaupun selepas kewafatan baginda saw, bilamana 2/3 dunia jatuh di bawah tapak kaki orang Islam...
    Bersama dengan kerja inilah, Rasulullah saw telah tarbiah para sahabat r.anhum dengan sifat-sifat unggul dalam diri tiap-tiap dari mereka, yang mana melalui sifat-sifat ini Allah telah beri kejayaan kepada kesemua mereka untuk menyempurnakan keseluruhan agama dalam kehidupan mereka sehingga turunnya firman Allah swt yang mengisytiharkan bahawa "Aku telah sempurnakan atas kamu agama kamu"...hebatnya para sahabat r.anhum, walau mereka disampaikan khabar gembira mendapat keredhaan Allah swt di dunia lagi, mereka juga faham bahawa sempurnanya agama ini menandakan Rasulullah saw bakal meninggalkan mereka...Dengan adab DAN sifat yang diwariskan oleh Rasulullah saw kepada sejumlah 124,000 para sahabat r.anhum (ada riwayat mengatakan 200,000; dan ada pula yang meriwayatkan bilangan yang lebih), mereka bertebaran ke seluruh pelusuk bumi menyeru manusia kepada LAA ILAAHA ILLALLAH sebagai da'ie...

    Sesungguhnya pintu keNabian, keRasulan telah ditutup; tidak akan datang lagi Nabi dan Rasul sehingga ke hari kiamat...Sesungguhnya pintu untuk menjadi sahabat r.anhu/r.anha juga telah ditutup sehingga ke hari kiamat bilamana wafatnya Rasulullah saw...Sesungguhnya pintu untuk menjadi golongan tabi'iin, tabit tabi'iin juga telah ditutup sehingga ke hari kiamat...Namun pintu untuk mengejar redha Allah masih dibuka sebagaimana Allah beritahu dalam Al-Quran surah at-Taubah ayat 100...Sama-samalah kita belajar-belajar membentuk diri kita dengan kualiti sahabat-sahabat Muhajirin dan Ansar yang Allah swt isytiharkan keredhaan atas mereka dengan kita mengikuti jejak langkah mereka sebaik-baiknya sebagaimana mereka ditinggalkan oleh baginda saw...semoga redha Allah dapat kita perolehi dengan kita menjadi da'ie yang ada adab DAN sifat sebagaimana para sahabat r.anhum...

    Insya Allah...Wallahu'alam.....

    :::... دعأ  هداية  انتوق  سلوروه  امة  سلوروه  عالم ... إن شاألله ...:::

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #8 21 January, 2011, 11:40:52 AM
  • Publish
  • Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para petugas amal Islami, sehingga hemah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.

    Dari keterangan ini jelaslah tugas dan tanggungjawab seseorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya. Da'ie akan menyampaikan dakwahnya kepada orang-orang jahil dan orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung. Oleh yang demikian dia wajib menyampaikan dakwah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka. Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah-lembut. Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menganjurkan dan mengarahkan agar seseorang da'ie itu itu berakhlak dengan sifat sabar, lemah-lembut dan berhati-hati.

    A. Arahan-arahan Dari Al-Quran:

    Di antara arahan-arahan Al-Quran ialah:

    1. Firman Allah:

    وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

    Yang bermaksud:
    Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (Surah Asy-Syura, Ayat: 43).

    2. Firman Allah:

    فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ

    Yang bermaksud:
    Oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakan kamu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok. (Surah Al-Hijr, Ayat: 85).

    3. Firman Allah:

    إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

    Yang bermaksud:
    Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar, Ayat: 10).

    4. Firman Allah:

    وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ

    Yang bermaksud:

    Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah An-Nur, Ayat: 22).

    5. Firman Allah:

    وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

    Yang bermaksud:
    Dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. (Surah Al-Furqaan, Ayat: 63).

    B. Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi ialah:

    Sabda Rasulullah s.a.w:
    Yang bermaksud:
    "Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya".

    2. Sabda Rasulullah s.a.w:
    Yang bermaksud:
    "Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."

    3. Rasulullah s.a.w juga bersabda:
    Yang bermaksud:
    Apabila Allah s.w.t menghimpunkan makhluk-Nya di hari Kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam Syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal".

    C. Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi:

    1. Pada hari peperangan Hunain seorang (yang tidak puas hati dengan pembahagian rampasan perang) berkata: "Demi Allah, sesungguhnya ini adalah pembahagian yang tidak adil dan tidak bertujuan mendapat keredaan Allah". Setelah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:
    Yang bermaksud: "Semoga Allah merahmati Nabi Musa kerana ia disakiti lebih dari ini tetapi ia sabar."

    2. Anas r.a telah berkata:
    Yang bermaksud: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah memasuki sebuah masjid. Ia memakai kain selendang buatan Najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang dari arah belakang baginda lalu menarik kain tersebut dari belakang sehingga meninggalkan kesan di leher baginda. Badwi tersebut berkata: "Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami harta Allah yang ada di sisimu, lalu Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya dengan wajah yang tersenyum dan baginda bersabda: "Perintahkan kepada yang berkenaan supaya berikan kepadanya."

    3. Abu Hurairah menceritakan:
    Yang bermaksud: "Bahawa seorang Arab Badwi telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Muhammad! Bawalah gandum ke atas dua ekor untaku, kerana kalau engkau buat begitu ia bukan harta engkau dan bukan juga harta bapa engkau". Kemudian dia menarik kain selendang Rasulullah s.a.w meninggalkan kesan kemerahan di leher baginda. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membawa kepada Badwi tersebut seguni gandum dan tamar."

    4. At-Tabrani menceritakan:
    Yang bermaksud: "Bahawa seorang wanita bercakap lucah (iaitu percakapan yang boleh membangkitkan berahi) kepada sekumpulan lelaki, lalu dia melintas di hadapan Rasulullah s.a.w ketika Nabi sedang memakan roti berkuah di atas tanah. Kemudian wanita tersebut berkata: "Kamu lihatlah kepadanya, dia duduk seperti seorang hamba abdi dan dia makan juga seperti seorang hamba abdi".

    5. Abu Hurairah r.a menceritakan:
    Yang bermaksud: "Seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai kaum kerabat yang selalu saya hubungi mereka tetapi mereka semua memutuskan hubungan dengan saya, saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya, saya berlemah-lembut dengan mereka tetapi mereka bersikap keras kepada saya". Lalu baginda bersabda: "Jika sekiranya engkau berbuat seperti yang engkau katakan seolah-olah engkau menjemukan mereka dan engkau tetap akan mendapat pertolongan dari Allah selama engkau berbuat demikian".

    6. Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Kamu dari Bani Abd. Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang". Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir-hampir memenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik".

    7. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s bersama para pengikut setianya (Hawariyyun) menjelajah dari satu kampung ke satu kampung yang lain kerana berdakwah. Lalu di dalam dakwahnya itu dia bercakap kepada manusia dengan cara yang baik, sebaliknya mereka membalasnya dengan kata-kata yang buruk, kutukan dan maki-hamun. Para pengikut setia Nabi Isa merasa hairan terhadap tindakan itu lalu mereka bertanya tentang rahsia perbuatan sedemikian. Baginda berkata: "Setiap orang itu mengeluarkan (membelanjakan) apa yang ada padanya".

    Semua peristiwa di atas dan peristiwa lainnya menjadi bukti yang menguatkan lagi tuntutan ke atas para pendakwah supaya bersifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada khususnya apabila cabaran-cabaran yang menyakitkan itu datangnya dari kaum kerabat, sahabat handai, orang-orang yang dikasihi, teman-teman rapat dan saudara mara kerana sifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada itu akan menghasilkan kasih-sayang, kelembutan hati dan menghapuskan perpecahan serta perbezaan. Cukuplah seseorang pendakwah itu melakukan apa yang diredai oleh Allah.
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #9 21 January, 2011, 12:30:48 PM
  • Publish
  • MENYERU KEPADA ALLAH S.W.T
    Panduan Untuk Pendakwah Muda

    • Hidayah Itu Hanya Milik Allah s.w.t
      Bersangka Baik
      Mencintai Bahasa Arab
      Menelusuri Kisah Sirah dan Teladan
      Perbaiki Dirimu Terlebih Dahulu
      Benar dalam Penyampaian Dan Tindakan
      Pendakwah Itu Penyelamat.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14489
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 10 December, 2012, 09:14:12 PM
  • Publish
  • Antara ujian terbesar seorang ilmuwan Islam yang lahir dari proses pengajian yang panjang, letih & serta mencabar jiwa & minda adalah KESABARAN ketika berhadapan dengan orang awam yang kurang mengetahui, tiada asas dan basis ilmu yang kasar lagi keras membantah serta memperlekeh lalu menduga hanya kerana satu dua pendapat ringkas tanpa hujjah (malah tak mampu difahami olehnya jika ada) yang dikutip dari internet.~ Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14489
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 10 December, 2012, 09:17:42 PM
  • Publish


  • Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman ~Antara ujian terbesar seorang ilmuwan Islam .

    afiQoh

    • *
    • Posts: 774
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #12 17 May, 2013, 08:55:42 PM
  • Publish

  • "bila nak datang lagi...?"

    pertanyaan begitu seolah2 suatu amanah yang tak dapat ditolak...berat..

    jika ditanya pada diri sudah kah bersedia...selamanya akan jawab tak bersedia sebab kita tak punyai apa2...

    kepada Allah tempat meminta segala2nya,

    sekalipun ilmu yang ada dipoket boleh jadi jua terlupa saat tu,boleh saja terkoyak..

    tiada daya serta upaya melainkan hendakNya

    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    47 Replies
    21801 Views
    Last post 02 November, 2012, 10:24:27 AM
    by elsanxs
    4 Replies
    1626 Views
    Last post 23 November, 2012, 02:54:27 PM
    by Air Mata Kasih
    0 Replies
    703 Views
    Last post 12 October, 2012, 03:46:28 PM
    by zanazza