Pilot peluk Islam-pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

*

Author Topic: Pilot peluk Islam-pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan  (Read 9980 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2095
    • View Profile
01 July, 2008, 08:00:23 AM
  • Publish
  • Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

    Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.


    Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

    Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
    Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
    Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
    Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
    Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
     Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
    Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

     
    [float=left][/float]Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

     
    Semoga Allah  mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

    Al-Fatihah...


    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11222
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #1 04 April, 2009, 10:59:26 AM
  • Publish
  • takkbirr~ allahhuakkhhbarrr!!!
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    ibrahim libya

    • *
    • Posts: 93
      • View Profile
    Reply #2 04 April, 2009, 09:51:48 PM
  • Publish
  • ana akan kenang pada tarikh 23 jun 2002 ini sepanjang hayat kerana pada tarikh ini lah ketaksuban ana pada ameno telah runtuh sama sekali setelah menyaksikan ratusan ribu umat Islam mengiringi jenazah allahyarham ustaz fadzil noor ke muasasah darul ulum sehinggakan ana merasakan seperti berada dalam perhimpunan BERSIH mahupun bantahan PPSMI..cuma bezanya himpunan ini tidak diiringi dengan FRU dan tear gas..sampai sekarang ana masih terpinga2 bagaimana ana bole sampai ke pokok sena tu sedangkan ana berpakaian 'biru'..mungkin ana tengahari tu berasa jelik dengan permainan mahathir yang berpura2 meletakkan jawatan sebagai presiden ameno dan sebagai perdana menteri, wallahua'lam..semoga Allah menerapkan semangat perjuangan allahyarham ke hati2 kita semua..semoga Allah menempatkan allahyarham ke tempat para syuhada..al-fatihah.
    DARI HIDUP BERCERMINKAN BANGKAI, LEBIH BAIK MATI BERKANDUNGKAN TANAH - Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya yang mengharamkan tubuhnya dari kandang ISA... ALLAHUAKHBAR !!!

    ibrahim libya

    • *
    • Posts: 93
      • View Profile
    Reply #3 04 April, 2009, 10:07:49 PM
  • Publish
  • ana penah untuk pegi ke muasasah darul ulum tu untuk kali kedua dan ternyata sekali tempat terakhir yang ana sempat sampai pada 23 jun 2002 tu adalah lebih kurang 10 km dari tempat permakaman allahyarham..subhanallah punya ramai umat yang menziarahi allahyarham waktu tu..allahuakhbar!!

    biela

    • *
    • Posts: 28
    • don't shed no tears.
      • View Profile
    Reply #4 04 April, 2009, 10:28:19 PM
  • Publish
  • tersentuh hati bila baca kisah ni.
    hidayah itu kepunyaan Allah.
    Dia brehak beri kepada sesiapa yg Dia kehendaki.

    btw, semoga Allah sentiasa cucuri rahmat atas Almarhum Ustaz Fadzil Noor.
    aminn.

    ade video menarik.
    everubody has skeleton in their closet.

    azah_firzah

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #5 20 April, 2009, 03:16:36 PM
  • Publish
  • inilah buktinya bila perjuangan ikhlas untuk Islam..Allahu Akbar..

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #6 05 June, 2011, 09:37:33 AM
  • Publish
  • cerita ini walaupun sudah jauh meninggalkan masa tetapi ianya tetap segar dalam ingatan kita dalam mengingatkan kita bahawa pejuang yang ingin menegakkan hukum Allah s.w.t akan dipelihara Allah s.w.t di dunia dan akhirat

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1944 Views
    Last post 23 October, 2012, 09:42:15 AM
    by al_ahibbatu
    26 Replies
    4152 Views
    Last post 02 April, 2010, 03:24:08 PM
    by miftahulQalb
    5 Replies
    6354 Views
    Last post 18 August, 2010, 08:45:04 PM
    by ummulqurra