Kenaikan Harga Minyak - Antara Kesempitan Dan Bala'

Author Topic: Kenaikan Harga Minyak - Antara Kesempitan Dan Bala'  (Read 7946 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

suhaibjb

  • *
  • Posts: 1
    • View Profile
30 June, 2008, 09:55:58 PM
  • Publish Di FB
  • mungkin artikel ini boleh memberi sedikit pencerahan dlmmenghadapi kenaikan harga minyak... allahua'lam

    (source : http://www.haluan.org.my )

    Kenaikan Harga Minyak - Antara Kesempitan Dan Bala'
    oleh: Presiden HALUAN

    Senario Kenaikan Harga Minyak

    Dari segi teori, pada asasnya harga ditentukan oleh keseimbangan permintaan dan penawaran. Harga akan naik jika sama ada permintaan bertambah atau penawaran berkurang dan begitulah sebaliknya. Peningkatan permintaan berlaku, antaranya adalah kesan daripada faktor spekulasi dan perang teluk serta berkurangnya penawaran.

    Kenaikan harga minyak baru-baru ini iaitu petrol daripada RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 dan diesel daripada RM 1.58 seliter kepada RM 2.58 telah memberi kesan yang ketara ke atas cara hidup sebahagian besar rakyat Malaysia. Kenaikan ini dikatakan bertujuan untuk mengurangkan beban Negara dan berpunca dari faktor kenaikan harga minyak mentah dunia. Selain itu dinyatakan juga bahawa kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi hingga menyebabkan faktor kenaikan harga minyak ini diputuskan.


    Kesan Kenaikan Harga Minyak

    Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah yang melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Dijangkakan juga beberapa bulan terdekat ini harga utiliti seperti elektrik pula akan naik. Sekiranya ini benar berlaku, keadaan yang meruncing dan mendadak ini akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk menghadapinya terbeban. Terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang amat membebankan.

    Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Bebanan kos perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Untuk mengurangkan bebanan ini, peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Masyarakat juga bertambah sukar. Dalam keadaan sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan mereka.


    Cadangan Susulan Berkaitan Kenaikan Harga Minyak

    Dalam hal ini HALUAN Malaysia menyeru ahli dan orang ramai untuk mengambil tindakan yang lebih berhemah dan berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian. Pada masa yang sama, HALUAN juga meminta ahli dan orang ramai mengambil pendekatan yang lebih rasional bagi mengurangkan beban kesan daripada kenaikan harga bahan bakar minyak petrol dan diesel ini. Tambahan pula, minyak yang sudah sinonim dengan isu kepenggunaan adalah merupakan asas penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

    Kami yakin pihak kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Usaha-usaha berkenaan seharusnya memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah kerana kelompok berkenaanlah yang akan menghadapi kesulitan besar ketika kenaikan harga bahan bakar ini. Justeru HALUAN mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan inisiatif meringankan kesulitan tersebut dengan segera.

    HALUAN juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil pendekatan yang disarankan di dalam Al-Quran yang dapat mengelakkan kesusahan melampau ketika berlakunya sesuatu krisis.

    Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Al-Furqan:67)


    Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa[1314] semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar:53)

    Langkah-langkah penjimatan yang diumumkan oleh kerajaan hendaklah dilaksanakan serta-merta supaya negara mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk berhadapan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada masa akan datang. Perbelanjaan yang berbentuk hiburan, melalaikan dan tidak memberi faedah kepada kehidupan rakyat hendaklah dikaji semula.Begitu juga dengan projek pembangunan yang berjumlah jutaan ringgit hendaklah dinilai kembali pelaksanaannya ketika ini supaya kos pembangunan negara dapat digunakan secara optimum.

    Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqarah:274)

    Kerajaan juga perlu mendengar maklum balas daripada rakyat Malaysia dan memberi tindak balas segera supaya keresahan mereka tidak menambah beban kepada kehidupan yang dilalui pada masa ini. Contohnya dengan membuat penyelarasan tarif elektrik, tarif dan kadar-kadar (caj) perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, (yuran) kesihatan, pendidikan dan perumahan supaya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana kurang terbeban. Selain itu cadangan untuk mengkaji semula semua bayaran yang dikenakan dalam sektor pengangkutan bagi menghalang kenaikan harga adalah wajar dilakukan.

    Antara cadangan lain pula ialah kerajaan perlu menggiatkan usaha penyelidikan untuk mencari sumber alternatif kepada keperluan petrol seperti minyak kelapa sawit seperti mana tenaga solar juga boleh menggantikan kuasa dalam membekalkan tenaga elektrik. Terdapat pelbagai sumber alternatif yang masih terhad lagi kita gunakan iaitu antaranya tenaga berasaskan angin, suria, hidrogen dan sisa organik.

    Tindakan memberi potongan harga kepada barang-barang keperluan pengguna agar dijual dalam kadar harga yang berpatutan juga wajar bagi menggalakkan perbelanjaan rakyat. Maka tindakan memperkasakan dasar pertanian perlu digalakkan agar negara berupaya mengeluarkan produk bahan keperluan isi rumah secara aktif hingga mampu menampung permintaan kepada sesuatu bahan. Dengan memastikan pengawalan harga bahan keperluan hasil pengeluaran selari dengan permintaan akhirnya akan memberi kesan kepada kelancaran ekonomi.

    Teori ekonomi Ibnu Khaldun pernah menyatakan, untuk meningkatkan perbelanjaan rakyat, maka pengurangan bebanan seperti cukai dan harga minyak perlu dilakukan. Pemberian subsidi daripada kerajaan kepada peniaga sangat penting khususnya golongan yang kurang mampu bagi memastikan mereka tidak menaikkan harga barang dan akhirnya masyarakat akan mudah berbelanja mengikut kadar kemampuan. Manakala bebanan rakyat seperti kadar cukai, harga minyak, dan sebagainya sekiranya berjaya dikurangkan, ia akan menggalakkan lagi rakyat berbelanja atau kita panggil sebagai pendapatan boleh belanja. Seterusnya akan bertambahlah bilangan pengusaha dan pembekal. Kerajaan akan memperoleh semula hasil perbelanjaan rakyat itu menerusi cukai yang dikutip daripada pertambahan bilangan pengusaha dan pembekal berkenaan.

    HALUAN yakin bahawa kerajaan akan terus memilih pendekatan berjimat-cermat bagi mengekang kenaikan harga bahan bakar minyak supaya penjimatan kos dapat dilakukan dengan sebaik mungkin di samping memikirkan altenatif lain yang lebih bijak bagi menangai permasalahan ini. Hak dan kebajikan rakyat akan lebih terjamin dengan kesepakatan dan permuafakatan yang dibuat hasil dari penelitian yang jitu.

    Contohnya mengenai pembayaran balik rebat RM625 setahun kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda berkuasa 2000cc ke bawah dan bagi motosikal berkuasa 250cc ke bawah akan dibayar RM150 setahun. Sebagai tambahan, kerajaan turut mengumumkan rakyat tempatan yang memiliki kenderaan persendirian dengan memiliki kenderaan enjin sehingga 3000cc di negeri Sabah dan Sarawak kini layak menuntut rebat tunai subsudi minyak berjumlah RM 625 setahun. Walaupun begitu ada sesetengah yang berpandangan bahawa pemberian rebat itu dianggap tidak menyeluruh kerana ada sebahagian besar yang berpendapatan rendah tidak menggunakan bahan api untuk kenderaan persendirian.

    HALUAN sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sama-sama prihatin dengan kesukaran rakyat Malaysia ketika ini menyeru ahli dan orang ramai untuk bersabar dan bijak ketika berbelanja dengan elakkan pembaziran serta memanjatkan doa supaya cabaran dan ujian ini mampu dilalui dengan tabah dan tenang.

    Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Al-Isra’: 26-27)

    Dalam keadaan begini kita juga harus berjimat-cermat. Ini kerana pembaziran itu membawa kesan yang amat besar sekali. Perlu di rasai bahawa negara kita kaya dengan pelbagai hasil. Kita perlu bersyukur di atas segala rahmat kurniaan Allah s.w.t. yang menjadikan setiap rakyat dapat menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Sekiranya pembaziran berlaku hak kehidupan yang lain akan terhalang. Kemusnahan dan penindasan akan berterusan.

    Seharusnya nikmat dan kurniaan yang telah dilimpahkan oleh Allah s.w.t. kepada kita perlu dirasai dan dinikmati bersama. Seperti mana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa, “...kerajaan turut berasa keperitan rakyat dan berasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini”. ( Dipetik dari Berita Harian, Rabu, 11 Jun 2008, muka 11)

    Di dalam Mesyuarat Majlis Inflasi juga ada memutuskan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri yang sebelum ini boleh dinikmati untuk ke sebarang destinasi, kini dihadkan kepada destinasi dalam negeri dan rantau Asean sahaja dengan tempoh tidak melebihi seminggu. Selain itu pengumuman berkaitan pemotongan perbelanjaan awam dan elaun keraian anggota Kabinet sebanyak 10 peratus merupakan tanda keperhatinan terhadap permasalahan ini.

    Hal ini mengingatkan semula berkaitan contoh yang kita boleh ambil daripada ulama terdahul iaitu ketika zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab’. Ketika itu berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab antara tahun 17H dan 18H iaitu selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ini di samping kecemerlangannya dari sudut pendirian dan sikap.

    Sehingga diceritakan pada suatu ketika 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?".

    Begitulah contoh teladan yang kita boleh ambil sebagai pengajaran. Sekiranya kita berusaha berjimat-cermat dan merasai penderitaan yang lain dengan berusaha membantu dan mencari penyelesaian, mudah-mudahan masalah yang timbul akan terungkai.


    Kenaikan Harga Minyak, Antara Kesempitan dan Bala

    Namun perlu diingat bahawa isu ini, kesan dan penderitaan yang melanda masyarakat bukan hanya sekadar untuk menjadi bahan rintihan atas kesempitan dan bebanan yang dilalui lantas mencari jalan untuk saling menyalahi dan menunding jari. Walaupun hakikatnya perancangan dan keputusan ini melibatkan pihak berkuasa di kalangan manusia, tetapi ada yang lebih berhak dalam menentukan sesuatu perkara yang sebenarnya berada di luar penguasaan kita semua sebagai hamba kepada Maha Pencipta.

    Allah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit serta Yang ada di bumi; dan Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab Yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (Ibrahim:2)

    Mungkin isu ini boleh dijadikan renungan bahawa adakah kesempitan dan permasalahan yang melanda merupakan suatu bala daripada yang Maha Kuasa. Apabila maksiat melata dan berleluasa, Allah s.w.t. akan menurunkan bencana kepada umat manusia sebagai tanda peringatan daripada-Nya. Kekufuran dan kemaksiatan hasil daripada tangan dan tindakan manusia akan mengundang azab atas balasan setiap dosa.

    Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum:41)


    Kembali kepada Allah s.w.t. sebagai jalan penyelesaian

    Sedarkah ketika manusia alpa dan leka, kesusahan dan penderitaan yang menimpa akan membuatkan kita kembali menyedari akan kesilapan yang telah dilakukan begitu sahaja. Sekiranya benarlah permasalahan ini merupakan bala daripada Allah s.wt. maka sudah tentulah penyelesaiannya adalah dengan mengembalikan kesedaran manusia kepada hakikat mengapa kita diciptakan? Dari mana dan kemanakah tujuan kita? Menyelamatkan umat dari kehancuran dan kemusnahan dengan mengajak manusia untuk kembali kepada ketakwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t. Melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah s.w.t. dengan penuh ketaatan.

    Semua golongan dan peringkat perlu mengambil perhatian dalam menangani isu ini agar penyelesaian yang lebih berkesan dapat diperolehi. Merasai, memahami dan menginsafi setiap permasalahan yang berlaku dengan pandangan yang lebih luas dan menyeluruh. Mengajak diri untuk mencari kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki secara bersama dan bukan hanya menunding jari. Kembalilah kepada hakikat manusia sebagai hamba Allah s.w.t. Rasailah betapa besar dan Agung sekali kekuasaan-Nya. Menciptakan manusia dan alam keseluruhannya ini bukanlah hanya untuk dipersia. Semoga kita semua dapat menikmati kesenangan dan kebahagian kurniaan Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan aman, harmoni lagi diberkati. Menuju matlamat yang abadi lagi hakiki. Insya Allah.

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Jawab #1 30 June, 2008, 10:42:09 PM
  • Publish Di FB
  • Semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah...pasti ada hikmah di sebalik nya. Beruntung lah mereka yang mana perubahan2 dunia tidak memberi kesan pada diri mereka.

    enal

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #2 03 July, 2008, 12:20:28 AM
  • Publish Di FB
  • Kenaikan minyak tidak dapat dielakkan.Untuk menjimatkan minyak cuba-cuba le layari laman web http://www.RebetMinyak.com/enalba69

    Nur_Syurga

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Jawab #3 07 August, 2008, 01:45:37 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum...

    Ana bersetuju dengan tajuk ini " Kenaikan Harga Minyak-Antara kesempitan dan bala"

    Situasi ini menghimpit masyarakat...kerana kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barang keperluan yang lain kerana krisis kenaikan harga minyak  yang berlaku hingga hari ini memang telah menyebabkan naiknya Indeks Harga Pengguna (CPI). Bagi mereka yang berpendapatan rendah keadaan ini sungguh membebankan mereka .

    Tapi apa kaitan  bala dengan kenaikan harga minyak? bagi ana ini adalah salah satu bala dari Allah ke atas kita ..malah jutaan krisis dan masalah akan muncul dan berterusan akibat dari melaksanakan sistem sekular kapitalis. Buat pengetahuan antum pemerintah yg menganut ideologi Kapitalis hanya memerintah untuk meraih sebanyak mungkin 'manfaat dunia' bukannya memerintah untuk meraih  redha Allah  dan memburu syurga Ilahi. Selagi Hukum Allah tidak diterapkan selagi itu kita hidup dalam malapetaka dan dizalimi.

    Rasulullah s.a.w bersabda :
    " Ya Allah, siapa saja yang menjadi pengatur urusan umatku kemudian ia memberatkan mereka, maka beratkanlah dia" (HR Muslim)


    Di sini ana ingin menerangkan sedikit penjelasan berkenaan kedudukan minyak dalam negara. Minyak adalah harta milik awam (milkiah al-ammah). Kawasan cari gali dan tempat dimana ada takungan minyak adalah milik umat..juga bukan milik negara. Negara hanya menguruskan dan memulangkan hasilnya pada rakyat. Bukannya diserahkan kepada syarikat asing atau swasta untuk dieksploitasi sumbernya. bukan juga dengan cara kaedah pembahagaian hasil kerana ini akan menjadikan syarikat tersebut menguasai sumber minyak yang sebenarnya milik rakyat. So negara bertanggungjawab eksplorasi atau mencari syarikat awam atau milik negara untuk menyelenggarakan bahan mentah ini. seandainya di dalam negara tidak punya syarikat yang berkelayakan mungkin kerana kekurangan teknologi atau kepakaran dalam mencari gali minyak , negara dibolehkan mengkontrak syarikat asing dengan syarat mereka hanya diberi upah/gaji atas kerja mencari gali, penapisan dsb sahaja agar hukum syarak berkenaan minyak sebagai milik umum tidak dilanggar dengan unsur penguasaan oleh syarikat untuk tujuan meraih keuntungan.

    Realiti saat ini memperlihatkan harta milik awam ini telah bertukar tangan kepada pihak swasta , seperti kita sedia maklum tujuan penubuhan firma swasta adalah untuk mendapat keuntungan sedangkan tugas negara adalah untuk memelihara dan menjaga kebajikan rakyat bukan untuk meraih keuntungan. jadi tidak mustahil kenaikan harga minyak terusan-terusan naik.

    Seperti saudara Suhaibjb katakan kita perlu berjimat cermat , dalam keadaan mendesak ini kita terpaksa berjimat namun kita juga sepatutnya rindu akan kembalinya sistem islam di muka bumi ini..Islam memerintah 2/3 dunia selama 1300 lebih tahun..rakyat tak dizalimi , harta, nyawa, kemuliaan umat islam terpelihara saat itu..nak lihat orang mencuri berapa org je dibanding saat ini.  87 tahun kita kehilangan ulul amri masih singkat dibanding kekuasaan islam satu masa dulu..tapi kesannya sakitnya terlalu perit untuk kita tanggung dengan berbagai permasalahan yang berlaku. Ana berharap kita adalah orang-orang yang termasuk dalam golongan menyeru kepada makruf mencegah dari  yang mungkar . Sampaikan pesanku walau sepotong ayat -Nabi s.a.w.
    Islam did not spread by itself- Islam takkan berkembang dengan sendirinya. Bangun dan teruskanlah perjuangan..


    Nur_Syurga

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Jawab #4 07 August, 2008, 02:49:51 PM
  • Publish Di FB
  • Apakah yang menyebabkan harga minyak melambung tinggi?

    Terdapat pelbagai sebab mengapa harga minyak melambung tinggi. Pengaruhnya mengikut turutan adalah:

    1.Spekulasi
    2. Kapasiti penapisan minyak
    3. Kadar penggunaan minyak yang semakin meningkat
    4. Kemuncak minyak (Oil Peak) – sumber minyak dunia semakin berkurangan..
    5.Suasana geopolitik dan situasi ekonomi AS

    Bagaimana para spekulator telah menyumbang kepada kenaikan harga?

    Dana lindung nilai (hedge funds) dan bank-bank pelaburan di AS khususnya dan di dunia amnya terpaksa menghadapi kerugian akibat penyusutan nilai aset yang sangat besar dari keruntuhan pasaran sebenar di AS yang disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam sektor sub-prima. Untuk mendapat semula modal akibat kerugian yang dihadapi, para spekulator berganjak kepada sektor lain bagi mendapatkan keuntungan. Dan pilihan para spekulator adalah pasaran komoditi – terutama komoditi seperti makanan dan minyak yang boleh dipertaruhkan dan dapat menjamin keuntungan. Akibatnya, keuntungan yang diperoleh para spekulator ’dibayar’ dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk dunia akibat dari peningkatan harga makanan dan minyak yang melampau. Laporan Penyelidikan Jawatankuasa Kecil Kekal Senat AS pada bulan Jun 2006 dalam “Peranan Spekulasi Pasaran dalam peningkatan harga minyak dan gas” menyatakan, “…terdapat bukti yang kuat menyokong satu kesimpulan bahawa spekulasi yang banyak dalam pasaran membawa kepada kenaikan harga yang signifikan..”. Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh William Engdahl, seorang ahli geopolitik, beliau mendakwa bahawa lebih 60% dari harga minyak adalah merupakan kesan spekulasi.


    Kapasiti penapisan minyak tidak banyak diperkatakan dalam sebarang perdebatan mengenai kenaikan harga minyak. Bagaimana ia member kesan terhadap harga minyak?

    Mengeluarkan minyak dari bumi adalah satu persoalan, namun untuk mengeksploitasi pelbagai elemen yang terkandung di dalam minyak mentah memerlukan proses penapisan. Penapisan minyak melibatkan sebuah loji pemprosesan di mana minyak mentah diproses dan disaring menjadi produk petroleum yang berguna, seperti petrol, minyak diesel, minyak pemanas (heating oil), kerosin, dan cecair gas petroleum.

    Penapis minyak beroperasi berdasarkan konsep ‘just-in-time’; cara ini menjejaskan pembinaan lebih banyak kilang-kilang penapis baru. Kos yang tinggi dan masa yang panjang untuk membina kilang-kilang tersebut banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat mengenainya dan akibatnya ia hanya dibina apabila diperlukan sahaja. Harga minyak dan gas ini secara relatifnya adalah rendah sekitar 1980an dan 1990an; justeru terlalu sedikit kilang penapisan dibina. Lonjakan harga yang secara mendadak dalam akhir era 1990an tidak  dijangka akan berpanjangan, justeru kapasiti penapisan tidak ditambah (melalui ramalan tawaran dan permintaan untuk 25 tahun akan datang). Kebangkitan India dan China berlaku sangat cepat dan mengakibatkan peningkatan kapasiti penapisan kilang sedia ada; inilah sebab mengapa sejak beberapa tahun yang lalu penapisan minyak mengalami kesesakana dan ini telah menyumbang kepada lonjakan harga di dalam produk-produk tapisan seperti petrol, nafta, minyak jet dan dan lain-lain.

    Timur Tengah memiliki simpanan terbesar minyak dunia (61%) dan mengepam 31% daripada minyak dunia setiap tahun, tetapi hanya menapis 8% daripadanya.

    Sungguhpun pengeluaran minyak terus meningkat dan walaupun penggunaan juga bertambah, namun dalam 30 tahun terakhir ini sangat sedikit kilang-kilang penapis minyak telah dibina di seluruh dunia. AS – pengguna terbesar minyak dunia tidak pernah membina kilang penapisan baru sejak 1976. Motif utama di sebaliknya adalah mudah - keuntungan yang diperoleh syarikat-syarikat minyak adalah rendah. Dalam era 1980an dan 90an, kilang-kilang penapis minyak milik Amerika bukan sahaja tidak ditambah, malah kilang yang sedia ada ditutup!. Dalam tahun 2001, Senator Ron Wyden penulis laporan lengkap bagi industry penapisan negara AS. Dia menyatakan bahawa antara 1995 dan 2001 terdapat sejumlah 24 kilang penapisan yang ditutup di Amerika Syarikat.

     

    Apakah peranan dimainkan oleh permintaan global dalam peningkatan mendadak harga minyak?

    Sejak awal abad ke-20, penemuan minyak telah membawa sebuah revolusi cara hidup apabila satu anjakan telah berlaku dari penggunaan arang batu dan wap kepada penggunaan minyak dalam kebanyakan mesin dan kenderaan. Sejak itu, dengan penciptaan teknologi baru, masyarakat di Barat menjadi semakin terlalu bergantung kepada minyak.

    Penggunaan di Barat dan kebergantungan terhadap minyak telah memainkan peranan langsung dalam peningkatan harga minyak dan akan terus memberikan pengaruh yang kuat kepada harga minyak di masa akan datang. Oleh kerana ekonomi dunia Barat dibina di atas penggunaan (consumption) keperluan terhadap produk-produk berasaskan minyak seperti bahan bakar untuk kenderaan, bahan bakar untuk penjanaan elektrik, minyak pelincir, plastik dan kemudahan penyediaan makanan akan terus meningkat dan mempengaruhi harga minyak kecuali jika bahan bakar alternatif ditemui.

     

    India dan China selalu dipersalahkan dalam hal ini, sejauh manakah kebenarannya?

    Adalah sangat sukar untuk melihat bagaimana peningkatan berganda harga minyak dalam kurang daripada setahun merupakan akibat dari permintaan yang tinggi dari China dan India, walaupun sebenarnya pertumbuhan permintaan minyak di China semakin perlahan. Permintaan pertama China terhadap minyak diketahui sejak 15 tahun lalu, sementara pertumbuhan di India mula mendapat perhatian sejak bermulanya abad ke 21. Permintaan minyak mereka telahpun menjadi dimasukkan (factored) dalam harga minyak dan ia mustahil menjadi penyebab kepada lonjakan harga minyak secara tiba-tiba.

    Ini juga menjadi alasan yang selalu digunakan oleh AS untuk menyalahkan kemajuan China dan India terhadap semua fenomena global yang berlaku daripada isu pemanasan global, peningkatan harga makanan, peningkatan harga logam sehinggalah isu terorisme pada masa hadapan.


    Adakah dunia sudah kekurangan bekalan minyak?

    ‘Puncak minyak (Oil Peak)’ dalam bahasa mudah, adalah apabila separuh daripada semua pengeluaran minyak telah pun digunakan di mana selepas itu ia terus merosot. Teori ini mula diketengahkan pada tahun 1970an dan tidak diendahkan pada masa itu. Namun, di akhir abad ke-20 pengeluaran minyak mulai mengatasi penemuan minyak. Telaga minyak yang terbesar yang terbaru ditemui di Mexico pada tahun 1985, sementara majoriti pengeluar-pengeluar minyak hanya memiliki telaga-telaga yang telah wujud sejak tahun 50an. Dunia hari ini menggunakan empat kali lebih banyak daripada minyak yang ditemui. Syarikat-syarikat minyak telah membelanjakan harta yang banyak dalam usaha mencari telaga-telaga minyak baru, tetapi telaga-telaga yang mereka temui menjadi kecil dan semakin kecil, dan oleh itu hanya mengeluarkan sedikit minyak.

    ’Oil peak’ ini mempunyai pelbagai ketidakpastian dan ini akan memainkan peranan dalam harga minyak pada masa depan, kebanyakan telaga-telaga minyak yang mampu dikomersialkan telahpun ditemui oleh itu sukar untuk dilihat di manakah lagi telaga-telaga minyak yang besar.

    Sungguhpun teori ini dikatakan teori yang dipinggirkan pada tahun 1970an, namun hari ini ia memainkan faktor yang signifikan dalam menentukan harga minyak.  Meskipun ia bukanlah suatu yang konkrit, keyakinan ramai penganalisis akan kesahihannya pasti memberi kesan ke atas peningkatan harga minyak meningkat.

     

    Sejauh manakah masalah geopolitik dan masalah ekonomi mempengaruhi harga minyak dunia?

    Terdapat beberapa faktor ekonomi dan geopolitik yang memainkan peranan utama dalam kenaikan harga minyak.

    Dari aspek ekonomi, AS merupakan sebahagian penyebab kepada lonjakan harga ketika ini kerana minyak global dijual beli dalam dolar. Kebanyakan negara di seluruh dunia perlu menyerahkan matawang mereka sendiri supaya dapat membeli matawang dolar untuk kemudiannya digunakan bagi membeli minyak. Ini menjadikan kadar tukaran matawang di antara negara tersebut dan dolar satu isu kritikal kerana jika terdapat sedikit perubahan dalam kadar tukaran bermakna negara tersebut perlu meminjam wang untuk membeli komoditi asas ini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, salah satu sebab utama lonjakan harga minyak yang mendadak ketika ini adalah kerana para spekulator memindahkan pelaburan mereka dari pasaran perumahan di AS kepada pasaran komoditi. Sebab kedua yang berasal dari AS yang menyebabkan kenaikan harga minyak adalah AS terus-menerus mencetak wang dolar untuk melepaskan diri daripada krisis sub-prima tersebut. Oleh kerana minyak dijual beli dalam bentuk dolar, harga minyak akan bergerak turun dan naik (fluctuate) apabila semakin banyak wang dolar bergerak dalam pasaran.

    Perubahan kuasa membeli wang dolar boleh dilihat apabila ia dibandingkan dengan emas. Emas kekal stabil sejak abad yang lepas, malah sesungguhnya, hampir keseluruhan sejarah manusia. Harga 100 tong minyak yang diukur dalam unit auns emas masih kekal stabil di antara 5 ke 10 auns emas bagi 100 tahun terakhir ini. Hanya sejak 1973 ke 2008, harga setong minyak dalam dolar AS meningkat sebanyak 3300%. Dalam tempoh yang sama, jumlah auns emas untuk membeli 100 tong minyak hanya meningkat sebanyak 18%. Ini bukan bermakna hanya harga minyak yang turun-naik tidak menentu, namun hakikatnya,  nilai dolar AS-lah yang tidak menentu. Inilah mengapa kebanyakan negara diseru untuk berjual beli minyak dalam matawang Euro.

    Secara geopolitik, Iraq yang merupakan simpanan minyak dunia ketiga terbesar terus mengalami ketidakstabilan politik.  Akibat dari  ketidakstabilan ini, adalah mustahil untuk membawa potensi minyak negara itu ke dalam pasaran antarabangsa. Persaingan untuk menguasai bekalan minyak yang terhad di antara Kesatuan Eropah, AS, Jepun, China, India, dan Rusia akan memberikan impak yang sangat besar kepada harga minyak pada masa depan.


    Bagaimanakah gambaran masa depan minyak (tenaga)?

    Ketika ini populasi dunia adalah 6.7 bilion orang dan ia dianggarkan mencecah sehingga 8 bilion pada tahun 2050. Ini bermakna manusia akan lebih bergantung kepada minyak dan dengan penemuan baru yang terhad, ia memberi gambaran bahawa dunia terpaska menghadapi satu cabaran besar untuk mencari sumber tenaga alternatif.

    Biofuels (bahan bakar bio) telah menarik perhatian ramai pihak sebagai satu alternatif. Walau bagaimanapun, ia akan mengalihkan penggunaan tanah-tanah pertanian dari mengeluarkan makanan kepada mengeluarkan bahan bakar. Teknologi bahan bakar bio masih lagi berada pada peringkat awal dan akan memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun lagi untuk teknologinya berada dalam arus perdana.

    Seruan untuk menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) buat masa ini hanyalah wujud di meja-meja perbincangan di dunia Barat dan dalam banyak kes ia digunakan untuk merencatkan pertumbuhan China. Dalam banyak persidangan dan mesyuarat mengenai tenaga yang boleh diperbaharui, tidak banyak perkembangan yang signifikan ke arah itu dapat diperhatikan. Ini bermakna, kebergantungan dunia, terutama dunia Barat, terhadap minyak akan terus kekal di masa hadapan.

    budakkampung

    • *
    • Posts: 101
      • View Profile
    Jawab #5 11 September, 2008, 12:33:40 PM
  • Publish Di FB
  • Harga minyak sekarang sudah turun..  tak banyak yang turun....  dan gelombang harga minyak mendadak tempoh hari sudah tentu masih terasa sampai kini.. saya percaya masih ramai yang dalam proses menyesuaikan diri dengan kenaikan harga minyak (dan penurunan yang sedikit). Namun begitu .. tidak guna mengeluh.. apabila ada masalah, tidak guna berputus harap.. apa yang penting ialah sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban harga minyak yang tinggi tersebut keatas hidup kita. Saya percaya, kita semua sudah pun mengambilkan tindakan . Namun begitu ingin juga saya  berkongsi sedikit tentang kaedah2 yag boleh diguna pakai seperti berikut:

    1. Berjimat Cermat (Cut Budget) - Ini adalah langkah yang saya rasa paling utama. Namun begitu takkan sampai nak ikat perut kan? Oleh itu langkah ini belum dapat dilaksanakan .. langkah sebelumnya yang lebih utama ialah.. tengok budget! Audit balik budget!  Barulah boleh tengok bahagian mana yang sanggup dijimatkan! Mungkin budget makan diluar? Mungkin budget membeli pakaian? Mungkin budget handphone? Mungkin budget membelanja kawan2? Mungkin budget berjalan2 hujung minggu? Semuanya adalah terpulang kepada individu... check berapa banyak yang boleh dijimatkan. Compare pula dengan budget yang perlu ditambah hasil kenaikan harga barang2. Cukupkah penjimatan tersebut menampung kesan kenaikan harga barang dan kos pengangkutan? Kalau cukup dan sanggup , berjimat cermat sahaja sudah dapat menyelesaikan masalah.. namun begitu saya percaya.. belum cukup lagi, mesti ada lagi cara untuk berjimat cermat. Cara berjimat cermat ialah cara yang dicadangkan kuat didalam e-book pengurusan kewangan , Maskahwin Yang Hilang [img width=200 height=40]http://www.maskahwin.com/images/bannerkecil.jpg[/img] yang diistilahkan sebagai menampung kebocoran.

    Selain itu berjimat cermat satu langkah yang bijak ialah dengan menjadi pengguna yang bijak. Dapatkan kad loyalti dari pasaraya pilihan anda. Membeli ketika jualan Murah, membeli yang perlu sahaja, menggunakan rebet dimana sahaja.. kalau dapat kupon free atau potongan harga jangan lah buang - gunakannya! Syarikat MLM seperti Cosway dan Zhulian juga ada menyediakan plan pengguna yang menarik seperti Redemption Coupon, Bonus PV dan sebaginya... . kalau nak Zhulian, contact lebai85 ^_^. Kalau nak Cosway, boleh PM saya.

    2. Jimatkan Petrol (Save Fuel) - Jimatkan petrol sudah tentulah perkara pertama yang sampai kat fikiran kita.. lagipun ianya directly related. Kalau dapat jimat petrol dapatlah jimat duit. Perhatikan minggu pertama kenaikan petrol, bukankah jalan raya agak lengang? Apakah alternatif2 yang diambil?

    - menaiki motosikal - kawan adik saya dulu naik proton dari Klang ke Puchong setiap kali bekerja.. sekarang beliau menunggang
    motosikal. Namun begitu ada risikonya juga terutamanya ketika hujan.
    - berkongsi kenderaan - kaedah yang praktikal tapi tidak diamalkan sangat..  mungkin ada segelintir sahaja.. saya sendiri pun tidak amalkan selalu.. kecuali jika untuk keluar makan .. untuk pergi keje sukar diamalkanlah.
    - menggunakan kenderaan awam jika memang menjadi laluan kenderaan awam tersebut
    - mengubah cara pemanduan kereta untuk penjimatan petrol
    - menggunakan petrol yang memberi lebih kilometer.. dan lain2 lagi..

    Selain alternatif2 ini terdapat alternatif lain yang juga sangat menarik!

    Iaitu dengan memasang alat penjimatan minyak pada kenderaan masing2. Selepas kenaikan harga minyak bukankah makin ramai mula kenal dengan produk2 penjimatan minyak di pasaran. Ada pelbagai jenis.. 

    - kalau dulu teksi jer yang pakai NGV , sekarang ni kereta2 lain pun sudah pakai NGV.

    - Alat elektronik untuk optimize performance kereta pun ada dipakai. Produk seperti i-Charge dan e-charge adalah sebagai contohnya. ia membaiki power factor , mengoptimumkan litar elektrik didalam kereta. Bermakna jimat teanga untuk mengguna aircond, pasang radio etc.. secara tidak langsung menjimatkan minyak kenderaan.

    - Ada juga yang pakai pemangkin pembakaran minyak ,  ada yang berbentuk pil dan ada yang berbentuk cecair.. terpulang kepada pilihan masing2.. ada juga yang gunakan ubat gegat!

    - Alternatif lain untuk pembakaran minyak ialah dengan menggunakan magnetic fuel saver yang sudah ada banyak dipasaran.. jenama seperti MagSaver , PetroMag , dan Dymium Fuel Saver makin terkenal. Saya sendiri menggunakan Dymium Fuel Saver atas alasan2 tertentu.

    - Ada juga yang optimize pengambilan udara.. semakin banyak udara masuk , semakin banyak oksigen, semakin banyak oksigen , semakin laju pembakaran.

    - Alternatif terbaru ialah dengan menggunakan air..  saya tidak pasti samaada produknya sudah dijual atau belum.. 

    Apa yang menjadi persoalan bila anda memilih untuk membeli produk2 ini ialah adakah ianya berbaloi?

    - peratus penjimatan berapa?
    - harganya pemasangannya berapa ringgit? Berapa pula kena habis RM setiap kali isi minyak?

    3. Cari pendapatan tambahan - Kaedah pertama dan kaedah kedua adalah kaedah yang defensive. Kaedah yang aktif untuk mengatasi masalah ekonomi ialah mencari pendapatan tambahan.  Namun begitu harus diingat, kaedah defensive atau kaedah pasif mestilah didahulukan. Seperti ditulis dalam buku Maskahwin yang Hilang, apa guna menambah pendapatan sekiranya kebocoran wang tidak dikawal. Oleh itu mencari pendapatan tambahan atau Multiple Stream of Income adalah  elok dibuat jika dan hanya jika kaedah satu dipenuhi.. kalau tak , takkan pernah cukup! Untuk yang tidak ada banyak modal pilihan yang menarik ialah dengan menyertai mana2 syarikat MLM yang disahkan oleh Kementerian dan syarikatnya mestilah berdaftar... Jangan join Skim Cepat Kaya! Buat naya kat orang!

    Dalam join MLM sangat penting untuk lihat pada Modalnya, dan lihat pada Produknya! Jika anda tidak memerlukan produk tersebut cari MLM yang menyediakan produk yang anda kehendaki atau anda minat untuk belajar berkenaan produk tersebut....  satunya untuk kegunaan anda.. jika bagus boleh jual pada kawan2 lak..

    Opss.. terlupa pula nak cerita pasal modal. Ada banyak MLM kat Malaysia, saya cadangkan cari yang murah modalnya... kalau mahal sangat takut nanti tension pula - yer memang lah makin tinggi modal makin tinggi keuntungan.. tetapi tanya poket anda?

    Jika disuruh pilih modal rendah seperti RM22500 vs RM225? mana pilihan anda?
    Jika disuruh pilih RM225 seumur hidup denga RM60 dengan RM30 renewal fee setahun? Mana pilihan anda?

    Jika ada duit banyak sampai RM22500 , anda simpanjerlah dalam ASB (tak silap saya hukumnya dah harus) .. ambil sikit jer untuk start bisnes..

    Jika anda ingin memulakan perniagaan MLM, adalah elok saya cadangkan kepada anda untuk mendapatkan e-book ini:

    [img width=160 height=62]http://www.rahsiamlm.com/images/rahsiamlm.gif[/img]

    Sebenarnya adalah lebih bijak jika anda terus buat two in one , atau three in one? iaitu gabungan kaedah pengguna bijak + cari pendapatan, ataupun gabungan kaedah Jimat Petrol + Cari pendapatan! Pilihlah syarikat yang sesuai .. biasanya syarikat MLM memberi kedua2 peluang atau mungkin Pengguna Bijak+ JImat petrol + Cari Pendapatan!


    Kaedah2 lain banyak lagi.. bolehlah dapatkan buku Maskahwin yang Hilang untuk tips-tips mencari pendapatan tambahan.

    =======================================================================================
    Entry ini ditulis dalam keadaan spontan .. penulis berasa tidak begitu rajin untuk mengedit tulisan ini.. jika ada sebarang salah eja.. penulis akan edit kemudian.
    =======================================================================================

    « Last Edit: 11 September, 2008, 12:55:45 PM by budakkampung »
    ItsMichaelJackson.INFO

    azharjaafar

    • *
    • Posts: 78
    • Mati? Satu Kemestian.
      • View Profile
    Jawab #6 11 September, 2008, 06:51:42 PM
  • Publish Di FB
  • Apa juga yang berlaku di atas muka bumi ni adalah disebabkan amalan perbuatan manusia. Kalau baik amalan manusia, maka baiklah apa yang turun dari langit dan keluar dari bumi. Tetapi sebaliknya kalau buruk amalan manusia, maka buruk lah juga jawapannya.

    Sifat amalan manusia bergantung pada iman dan ilmunya. Kalau iman kuat tapi ilmu kurang atau ilmu banyak tapi iman lemah, maka amal tak akan sempurna dan rosak. Jadi sama-samalah kita buat usaha untuk kuatkan iman kepada Allah dan rukun2 iman disamping belajar ilmu agama. Perlu selalu ajak-mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran.

    InsyaAllah keadaan akan berubah.


    DI PADAM OLEH KANJENG SUNAN..APA2 YANG MUSYKIL SILA PM KEPADA ANA..
    « Last Edit: 11 September, 2008, 07:00:37 PM by kanjeng سنن »

    budakkampung

    • *
    • Posts: 101
      • View Profile
    Jawab #7 12 September, 2008, 12:28:41 PM
  • Publish Di FB
  • Kepada yang rasa posting saya bercorak keduniaan .. minta maaf banyak2 .. tolong2 lah cover.. tambah2 isi.. bagi nampak ke akhiratan.. dan Islamik..

    Dalam hidup ini ada perkara yang dalam kemampuan kita untuk mengawalnya, ada yang bukan dalam kemampuan, ada yang memakan masa .. ada yang cepat pula selesainya...

    Saya percaya jika kita mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah, secara langsung kita juga sebenarnya tidak berputus asa atas ujian yang Allah berikan (Dalam kes ni harga naiklah). Dalam perkara2 macam ini berkongsi cara penyelesaian adalah apa yang boleh dibuat..

    Sudah tentu ada kaedah lain yang digunapakai oleh anda semua.. saya cuma berkongsi..

    Dalam isu naik turun harga minyak - percaya atau tidak paling utama ialah macammana kita bertindak! Bukan macammana kerajaan bertindak, bukan macammana bos kita patut bertindak - apa yang patut kita buat itulah yang lebih utama untuk dibuat terlebih dahulu...

    bergantung kepada kapasiti masing2..

    Sebab itulah salah satu perkara yang perlu dibuat ialah macammana kita sendiri pada level kita dan keluarga kita bertindak untuk menghadapi krisis2 sebegini..

    Saya percaya.. semua orang ada caranya masing2 mengikut kemampuan masing2..


     

    nadirah87

    • *
    • Posts: 123
      • View Profile
    Jawab #8 18 November, 2008, 10:41:59 PM
  • Publish Di FB
  •  :syukur:
    syukur sgt kerana skarang nie minyak dah turun jadi rm2 seliter....erm pelik gak...waktu naik dulu banyak tapi biler nak turunkan, kene pikirlah apelah...ntahlah....kan senang aje x yah dinaikkan...
    " INGATLAH ALLAH WALAU DI MANA ANDA BERADA "

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 13 February, 2009, 12:38:42 PM
  • Publish Di FB
  • Oil Prices - Interesting Logic

    Nice Logic - It May Work!!

    A man eats two eggs each morning for breakfast. When he goes to the Kirana /Grocery store he pays Rs. 12 a dozen. Since a dozen eggs won’t last a week he normally buys two dozens at a time. One day while buying eggs he notices that the price has risen to Rs. 16. The next time he buys groceries, eggs are Rs. 22 a dozen.

    When asked to explain the price of eggs the store owner says, ‘The price has gone up and I have to raise my price accordingly’. This store buys 100 dozen eggs a day. He checked around for a better price and all the distributors have raised their prices. The distributors have begun to buy from the huge egg farms. The small egg farms have been driven out of business. The huge egg farms sell 100,000 dozen eggs a day to distributors. With no competition, they can set the price as they see fit. The distributors then have to raise their prices to the grocery! stores. And on and on and on.

    As the man kept buying eggs the price kept going up. He saw the big egg trucks delivering 100 dozen eggs each day. Nothing changed there. He checked out the huge egg farms and found they were selling 100,000 dozen eggs to the distributors daily. Nothing had changed but the price of eggs.

    Then week before EID the price of eggs shot up to Rs. 40 a dozen Again he asked the grocery owner why and was told, ‘Cakes and baking for the holiday’. The huge egg farmers know there will be a lot of baking going on and more eggs will be used. Hence, the price of eggs goes up. Expect the same thing at Christmas and other times when family cooking, baking, etc. happen.

    This pattern continues until the price of eggs is Rs. 60 a dozen. The man says, ‘ There must be something we can do about the price of eggs’.

    He starts talking to all the people in his town and they decide to stop buying eggs. This didn! ‘t work because everyone needed eggs.

    Finally, the man suggest ed only buying what you need. He ate 2 eggs a day. On the way home from work he would stop at the grocery and buy two eggs. Everyone in town started buying 2 or 3 eggs a day.

    The grocery store owner began complaining that he had too many eggs in his cooler. He told the distributor that he didn’t need any eggs.
    Maybe wouldn’t need any all week.

    The distributor had eggs piling up at his warehouse. He told the huge egg farms that he didn’t have any room for eggs would not need any for at least two weeks.

    At the egg farm, the chickens just kept on laying eggs. To relieve the pressure, the huge egg farm told the distributor that they could buy the eggs at a lower price.

    The distributor said, ‘ I don’t have the room for the eggs even if they were free’. The distributor told the grocery store owner that he would lower the price of the eggs if the store would start buying again.

    The grocery s! tore owner said, ‘I don’t have room for more eggs. The customers are only buying 2 or 3 eggs at a time. Now if you were to drop the price of eggs back down to the original price, the customers would start buying by the dozen again’.

    The distributors sent that proposal to the huge egg farmers but the egg farmers liked the price they were getting for their eggs but, those chickens just kept on laying. Finally, the egg farmers lowered the price of their eggs. But only a few paisas.

    The customers still bought 2 or 3 eggs at a time. They said, ‘when the price of eggs gets down to where it was before, we will start buying by the dozen.’

    Slowly the price of eggs started dropping. The distributors had to slash their prices to make room for the eggs coming from the egg farmers.

    The egg farmers cut their prices because the distributors wouldn’t buy at a higher price than they were s! elling eggs for. Anyway, they had full warehouses and wouldn’t need eg gs for quite a while.

    And those chickens kept on laying.

    Eventually, the egg farmers cut their prices because they were throwing away eggs they couldn’t sell.

    The distributors started buying again because the eggs were priced to where the stores could afford to sell them at the lower price.

    And the customers started buying by the dozen again.

    Now, transpose this analogy to the gasoline industry.

    What if everyone only bought Rs 200.00 worth of Petrol each time they pulled to the pump? The dealer’s tanks would stay semi full all the time. The dealers wouldn’t have room for the gas coming from the huge tanks. The tank farms wouldn’t have room for the petrol coming from the refining plants. And the refining plants wouldn’t have room for the oil being off loaded from the huge tankers coming from the oil fiends.

    Just Rs. 200.00 each time you buy gas. Don’t fill up the tank of! your car. You may have to stop for gas twice a week, but the price should come down.

    Think about it.

    Also, don’t buy anything else at the fuel station; don’t give them any more of your hard earned money than what you spend on gas, until the prices come down…’

    …just think of this concept for a while.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    rahmanw

    • *
    • Posts: 1154
      • View Profile
    Jawab #10 02 April, 2011, 08:21:56 PM
  • Publish Di FB
  • rupa rupanya harga minyak di indonesia jauh lebih murah berbanding di malaysia...
    (^_^) mati2 hang tipu den...hidup2 den percaya kat hang (^_^)


    JAKARTA – Parlimen Indonesia semalam meluluskan satu rang undang-undang yang tidak membenarkan kereta-kereta persendirian menggunakan minyak pada harga subsidi mulai tahun depan.

    Undang-undang itu yang bakal dilaksanakan mulai Mac tahun depan itu akan bermula di Jakarta.

    Pengurangan subsidi itu dibuat ekoran desakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang mahu wang digunakan bagi tujuan pembangunan infrastruktur.

    “Sebayak 25 peratus golongan kaya di Indonesia menggunakan 77 peratus subsidi minyak. Subsidi sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukannya,” kata seorang ahli parlimen dari Parti Pembangunan Bersatu, Romahurmuziy.

    Pemilik kereta persendirian perlu membayar minyak mengikut harga pasaran iaitu sekitar 5,600 rupiah (RM1.94) seliter untuk minyak gred lebih tinggi berbanding 4,500 rupiah (RM1.56) seliter sekarang pada harga subsidi.

    Minyak subsidi hanya boleh digunakan oleh pengangkutan awam dan motosikal.

    Undang-undang itu akan dikuatkuasakan di seluruh Indonesia secara berperingkat.

    – AFP


    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

    nazirul razali

    • *
    • Posts: 875
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Jawab #11 02 April, 2011, 08:33:41 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    minyak naik, barang naik, pengguna naik minyak............ =.="
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    62 Replies
    13975 Views
    Last post 02 October, 2007, 05:23:24 PM
    by kanjeng sunan
    24 Replies
    6069 Views
    Last post 07 March, 2011, 06:42:09 PM
    by 5zul
    6 Replies
    2113 Views
    Last post 28 June, 2011, 01:46:35 PM
    by pancingming