TIPS meningkatkan DAYA INGATAN

*

Author Topic: TIPS meningkatkan DAYA INGATAN  (Read 30122 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • Posts: 1195
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
24 May, 2007, 03:47:04 AM
  • Publish

  • INGATAN umpama otot pada tubuh kita. Semakin kita menggunakannya, semakin kuat otot kita.

    Daya ingatan boleh diperkuat dari semasa ke semasa.

    Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa daya ingatan perlu dirangsang pada setiap masa.

    Jika tidak, ia mungkin akan dirosakkan oleh sikap anda sendiri yang tidak memahami prinsip ingatan , iaitu 'jika tidak digunakan, ia akan hilang.'

    Terdapat banyak teknik untuk para pelajar memperkukuhkan ingatan.

    Jangan rungsing jika anda ada masalah lupa ingatan.

    itu tandanya anda manusia normal.

    Didapati bahawa 80 peratus dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.

    Ini merupakan sesuatu yang normal. Cuma, kalau kita boleh mencipta teknik tertentu, maka tahap ingatan kita mungkin akan menjadi lebih baik.

    Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulang kaji terlalu awal.

    "Buat apa baca sekarang esok lupa juga."

    Inilah kata-kata yang sering diucapkan.

    Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.

    Terdapat perbezaan yang besar antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan.

    Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya.

    Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

    Fahami apa yang dibaca.

    Memahami mata pelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya.

    Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.

    Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat.

    Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan.

    Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

    Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.

    Contoh fakta:

    Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.

    Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta.

    Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud di sebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!

    Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.

    Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak.

    Tidak perlu terburu-buru.

    Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.

    Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada tiga kumpulan kecil.

    Setiap kumpulan mempunyai hanya lima fakta.

    Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta?

    Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.

    Sekali lagi jangan terburu-buru.

    Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.

    Sering membuat imbasan.

    Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulang kaji.

    Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80 peratus daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam.

    Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi pada musim peperiksaan.

    Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat imbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik.

    Petua di bawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:

    Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.

    Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.

    Imbas 5 minit setiap 2 minggu.

    Imbas 5 - 10 minit pada musim peperiksaan.

    Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi.

    Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

    Elakkan tidur petang.

    Ini lagi satu penyakit.

    Tidur selepas waktu Asar akan melembapkan otak anda.

    Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.

    Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.

    Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat Zohor, ini sunnah Rasulullah S.A.W.

    Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar pada waktu malamnya nanti.

    Ajarkannya kepada orang lain.

    Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain.

    Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan.

    Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.

    Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan.

    Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

    Sumber:Utusan Melayu
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #1 24 May, 2007, 04:09:35 AM
  • Publish
  •  :)

    Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.
    Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

    Amalkan Tidur Yang Cukup
    1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

    Mengawal Tekanan
    Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

    Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
    Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

    Bersenam
    Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

    Elakkan Kemurungan
    Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

    Awasi Pengambilan Ubat
    Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

    Belajar Sesuatu yang Baru
    Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

    Permainan
    Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

    Banyak Membaca
    Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

    Katakan Berulang Kali
    Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

    Fokus
    Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

    Bermain Dengan Angka
    Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

    Membaca Al-Quran
    Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

    sutera_kasih85

    • *
    • Posts: 168
    • + Human Is Not PeRfecT +
      • View Profile
    Reply #2 14 June, 2007, 12:08:17 AM
  • Publish
  • :)


    Banyak Membaca
    Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.




    ini belum dapat dikuasai banyak membaca ,baca la tido

     :( tips nih...camne dr segi pemakanan?
    silap makan lain jadinya..
    Success Through Endeavour
    <img src="http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/banner12.gif?v=0" border="0">

    najah

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Reply #3 14 June, 2007, 01:35:54 AM
  • Publish
  •  :-\..org kata kalau termakan semut daya ingatan pon kurang...
    sejauhmana tu ana xtahu la..betul ke??
    ada sape2 yg tahu fakta ni..
    ana ni slalau je lupa..heheheh..

    umsha

    • *
    • Posts: 695
    • Be yourself & always remember ALLAH
      • View Profile
    Reply #4 30 June, 2007, 12:21:09 PM
  • Publish
  • Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita
    dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.

    Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:

    - Buah anggur hitam
    - Madu lebah
    - Halia
    - Buah badam
    - Susu
    - Air zam zam
    - Kismis
    - Jus karot & madu
    - Epal
    - Kurma
    - Ikan tuna
    - Tempe
    - Air soya


    Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

    Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

    Keterangan-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA.

    Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

    Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

    1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
    2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.


    Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    d_heikel

    • *
    • Posts: 120
      • View Profile
    Reply #5 30 June, 2007, 12:36:45 PM
  • Publish
  • dari segi pemakanan?
    untuk tingkatkan daya ingatan?
    cuba makan ulam
    mungkin ada memberi kesan
    hahha
    belum cuba belum tahu

    amz

    • *
    • Posts: 36
    • IsLaM iS mY LifE
      • View Profile
    Reply #6 09 November, 2007, 06:33:50 PM
  • Publish
  • alhamdulillah dgn mengamalkan petua ini...sy semakin cemerlang dalam pelajaran.... ingat amalkan membaca al Quran slalu....
    "WaNiTa YaNg IdEaL iAlAh WaNiTa YaNg TidAk AkAn diUbaH OleH aRuS dUniA,
     BaHkaN DiA YanG MenGubaH DuniA deNgan iMan DaN AkhLakNya..."

    uummii

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Reply #7 29 November, 2007, 08:49:18 AM
  • Publish
  • salams

    mekasih atas tip3 yg diberi..

    uummii nak tambah..memang membaca Al-Quran setiap ari niat kerana Allah akan meningkatkan daya ingatan kita....especially dalam mengingati faktas n figures n datas etc..

    Kalau nak ingatkan figures...boleh jer amalkan cara/kaedah  nih...pandang sekeliling kita n tengok jer benda-benda yang mempunyai bilangan yang banyak..contoh palang kat pintu or tingkap punyer grills,jaring besi squares,kaki kerusi,frames gambar,jumlah kepingn tiles  dll...masa dok saja-saja tuh cuber bilang..n make it a habit..Insyaallah boleh mengasah minda..:senyum: uummii amalkan sejak kecik2 dulu bile guru mathematics uummii suggest kan..

    And one more..selalu buat mental sums(congak)..aha..ini memang the best technique untuk mengasahkan daya ingatan kit...cuber jangan tak cuber insyaallah berkesan...tapi janganler  'hangat-hangat tahi ayam'

    AsRaR

    • *
    • Posts: 205
    • hidup dengAn tArbiyyAh
      • View Profile
    Reply #8 18 January, 2008, 06:48:21 AM
  • Publish
  • org yg hafal Quran pun akan mudah mengingat sebab otaknya dah dibiasakan utk menghafal setiap hari
    kadang-kadang keadaan sukar untuk dimengertikan, ditafsirkan........

    maka kembara diteruskan...

    Ya Allah....redhailah perjalananku...

    imnahzil

    • *
    • Posts: 46
      • View Profile
    Reply #9 22 February, 2008, 04:13:15 PM
  • Publish
  • mmg tips yg berguna..
    terima kasih..
    jika x dpt apa yg kita suka,belajarlah menyukai apa yg kita dpt & bersyukurlah dgn apa yg kita ada.

    budakkolej92

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #10 20 July, 2008, 09:15:38 PM
  • Publish
  • yg paling penting sekali ialah istiqamah dlm belajar, insyaALLAH ALLAH akn bantu kita.....sebab kita berusaha, ttp berusaha belum mencukupi jika tidak ditambah dgn doa, maka dengan itu berdoalah serta bertawakkal lah....he3, ingat Rasulullah pernah bersabda - sesuatu amalan yg dibut secara berterusan selama 21-30 hari, itu akn menjadi tabiat kita, jika tidak pula maka ilmu itu akn mati...(hampir2 mcm tulah bunyi hadis nya)jd sia2 sajalah kita belajar klu tak diamalkan.......

    badang

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #11 20 July, 2008, 11:54:26 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah, semua petua diatas tuh memang hebat terutamanya pengamalan bacaan al-quran.
    Ana teringat masa ana mengaji kat pondok dulu, ana pernah didenda oleh tuk guru ketuk ketampi 300 kali sebab tak boleh hafal doa lepas solat. Selepas didenda tuk guru pun memberi petua supaya mengamalkan surah al-insyirah @ al-syarh 11 kali tiap-tiap lepas subuh. Selepas diamalkan, ana dapati daya ingatan bertambah baik dan mudah untuk menghafaz ayat-ayat al-quran..Amalkanlah insyaalla..
    Lawatilah laman web sekolah saya di http://skbadang.fotopages.com

    maratussolehah

    • *
    • Posts: 47
      • View Profile
    Reply #12 24 July, 2008, 06:08:23 AM
  • Publish
  • jgn mkn organ dalaman haiwan...lebih2 lagi bg ibu yg mengandung...

    amalkan mkn buat delima...boleh tambah darah :)

    AZ^Zahra

    • *
    • Posts: 274
      • View Profile
    Reply #13 19 December, 2009, 05:17:23 PM
  • Publish
  • suka berfikir..tapi berangan2 dan fikir yang bukan2...masalah la juga ni.. =)

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #14 19 December, 2009, 06:12:28 PM
  • Publish
  • Peta Minda is the best
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    h4mb4

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Reply #15 19 December, 2009, 10:47:00 PM
  • Publish
  • kalau kita tgk kat youtube taip kim peek..
    beliau adalah antara beratus manusia yg ada kat mukabumi ni yg mengalami penyakit "x leh lupa"..
    he is become a living google..
    papepun thnx for the info..
    :)

    7861

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #16 18 February, 2011, 04:18:25 PM
  • Publish
  • eh , ada yg saya baca di internet mengatakan soya tu tak bagus untk minda . yahudi mengatakan soya bagus untk minda kerana ingin melemahkan org islam . sejauh mana kebenarannya saya tidak tahu . jadi kepada sesiapa yg arif tolong tegur . :)

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1352
      • View Profile
    Reply #17 06 September, 2012, 12:35:38 PM
  • Publish
  • Peta Minda is the best

    peta minda memang best..tapi sayang gak..saya tak berapa nak reti buat peta minda nie...nak ringkas2..
    bila nak buat peta minda daripada buku..rasa macam salin sebijik macam dalam buku ja...panjang2...habis yang tak penting p0n dia sapu...
    ya la kan..maybe dia tak faham sepenuhnya k0t...
    mmmm...tingen gak nak buat buku n0ta kecik2..b0h dalam p0ket ja..b0leh bawak gie merata2...
    lagi senang kal0 semua nya b0leh serap dalam 0tak ja...kan.. :aamiin:

    p/s:peta minda c0ntengan banyak la yang terhasil... perhatian*

    eh , ada yg saya baca di internet mengatakan soya tu tak bagus untk minda . yahudi mengatakan soya bagus untk minda kerana ingin melemahkan org islam . sejauh mana kebenarannya saya tidak tahu . jadi kepada sesiapa yg arif tolong tegur . :)

    erm..ya..pasal nie saya p0n ada baca kat sebuah buku...kan..jadi musykil la pulak kan..yang mana satu benaran nya ya??  keliru*
    « Last Edit: 06 September, 2012, 12:45:42 PM by ana tholibah »
    "The spirit of knowledge is action"..

    Mei

    • *
    • Posts: 1054
      • View Profile
    Reply #18 06 September, 2012, 12:45:01 PM
  • Publish
  • Betul tu ana....

    peta minda yang cantik...bukan main lama nak dihasilkan...

    tapi sayangnya..si empunya diri sendiri tak faham..apa yang dipetakan....

    Selalunya..bagi akak..buat nota kecik/ringkas/padat/point penting.Pastu hafal..dan tanya balik.


    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #19 06 September, 2012, 12:53:52 PM
  • Publish
  •  :syukur: terima kasih la sudi kongsi tips...banyak teknik2 dan cara pembelajaran yang lebih berkesan di pasaran...apa2 pun harusla mengikut kesesuaian dengan anda sendiri...ada orang sesuai cara A ada orang tak...dan begitula sebaliknya...bagi cupp ilmu ibarat seperti cahaya...hati kita pula ibarat seperti cermin...kalau x polish cermin tu...maka akan kotor la cermin tu dengan debu dan daki kekotoran...camne cahaya nak tembus melalui cermin tadi????????????

    begitu la juga dengan hati kita, kalau banyak buat dosa/maksiat maka bertempel la noda kehitaman...maka akan hitamla hati kita seterusnya menyebabkan sukar untuk mencerna dan menghadam ilmu..:senyum:...


    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    3916 Views
    Last post 06 February, 2010, 11:41:51 AM
    by haszlyn
    21 Replies
    1999 Views
    Last post 24 September, 2010, 10:55:43 AM
    by nazri0070
    3 Replies
    834 Views
    Last post 22 December, 2011, 11:37:15 AM
    by 5zul